TERKINI :

Tuesday, March 26, 2013

Umno guna tektik lucah untuk senjata terakhir...

Politik lucah taktik terakhir Umno lawan Pakatan Rakyat – Saifuddin

(Oleh Norutul Ilham)

PETALING JAYA 26 MAC: Penyebaran video seks fitnah melibatkan pimpinan KEADILAN taktik terakhir Umno BN berdepan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, taktik kotor itu terpaksa digunakan kerana Umno BN kehabisan ‘umpan’ untuk mengalahkan kekuatan Pakatan Rakyat.

“Umno BN takkan pernah berhenti (sebar fitnah). Mereka tidak mampu lawan dari segi dasar, tawaran dan rekod pemerintahan. Mereka hanya boleh bergerak di atas penguasaan media perdana untuk membina persepsi hodoh rakyat terhadap pemimpin KEADILAN dengan menerbit video jijik dan tidak bermaruah.

“Ajak debat tak nak, kita (Pakatan) buat manifesto, dia (Umno BN) tak buat. Kita lancar manifesto, dia lancar video,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Saifuddin mengulas pendedahan terbaru video lucah yang didakwa melibatkan pimpinan KEADILAN yang ditonton beliau bersama beberapa pemimpin parti.

Menurutnya, video itu dipertonton kepada beliau oleh ejen Umno tiga hari lalu dalam kereta yang dipandu sekitar Kuala Lumpur.

Pasai calon : Pemuda umno kubang pasu

Blog wwwkaptenpower.blogspot.com

Sambil dok pekena rojak buah depan Agro Bank, Alor Setaq, jumpa la pula sorang dua yang dah lama tak bergebang dengan depa. Dekat-dekat pilihan raya ni tentu sekali tajuk utamanya politik semasa..Jolok mai jolok pi bab calon, terkeluar la kisah pencalonan di Kubang Pasu…la tak habeh lagi rupanya. Hari tu dengar tentang calon Parlimen…hari ni dengaq tentang calon dun Bukit Kayu Hitam pula…nasib..nasib.

Alkisah tentang pencalonan ni nampak berbelit macam bakal calon parlimen juga. "gitulah umno" jawab sorang tu. PAS cara PAS..umno cara umno..takut semua terlepas..yang kenyang orang yang buat don noo..kata sorang lagi.

Ni..kisah dun Bukit Kayu Hitam..cantik punya pusing…Penyandang yang dok ada,depa nak upgrade konon..hantar pi untuk bertanding di parlimen Jerlun supaya Dato' Ahmad Zaini dok kelupoq dengan Chop Usima..Mukhriz mana ?..Depa kata pi bagi tanding di dun Ayer Hitam…bakal mb..hang tau ka..kalau kalah.senyum lebaq la puak Jerlun dan Kubang Pasu...kalau menang pun belum tentu boleh perintah Kedah..kerana walaupun kami umno...tapi pangkah masa mengundi ABCD sambil gelak sakan. 

Cukuplah mandat sebegini lama untuk Najib

KUALA LUMPUR: Ketika rakyat dibuaikan dengan pelbagai insiatif dan insentif, rakyat pula tidak lupa bagaimana lemahnya Perdana Menteri memerangi rasuah dan penyelewengan di zamannya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi (gambar) berkata, negara menjadi hampir lingkup oleh sikap ketamakan segelintir pemimpin negara membolot harta negara.

“Cukuplah mandat yang sebegini lama untuk Najib, menandakan berakhirnya era BN memerintah negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Tun Daim Zainuddin adalah antara segelintir pemimpin veteran UMNO yang masih meyakini kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Pujian beliau melangit tinggi dengan mendakwa PM telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau.

Menjadi lumrah pemimpin Umno BN, mengangkat pemimpin sendiri dengan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

PAS perlu keluar untuk bersama masyarakat



Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ini, suasana politik negara kembali menjadi hangat dengan pelbagai isu dan spekulasi tentang kalah menang parti-parti yang bertanding.

Begitu jugalah dengan suasana di negeri Terengganu yang secara tradisinya merupakan antara negeri yang paling sengit pertarungan politik berlaku khususnya di antara  dua parti Melayu terbesar iaitu Pas dan Umno. Timbul kembali persoalan, apakah  suasana arus dan perubahan dalam politik negara sekarang akan kembali berjaya  memacu kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ‘Penyu Bertelur’ ini?

Persoalannya, apakah ‘faktor penentu’ kepada perubahan landskap politik tanah air akan juga mempengaruhi pengundi-pengundi dalam pilihan raya yang dianggap sebagai "ibu kepada segala pilihan raya" ini?

Begitu juga dengan persoalan, apakah rakyat Terengganu juga telah bersedia untuk melakukan perubahan besar dalam pilihan raya ini dengan pelbagai isu nasional dan tempatan yang boleh mempengaruhi pengundi?

Walaupun Video Seks NIK AZIZ sekalipun didedahkan...kita tetap ABCD.. Asal Bukan Cap Dacing

Video Seks Nurul Izzah dan Khalid Ibrahim Bakal Disebarkan..

On the way.

Pemimpin PKR dah dapat official invitation dari wakil umno..

Jika DSAI takmo berundur dari melibatkan diri dalam politik negara, umno tiada jalan lain melainkan mengheret anak DSAI dalam isu pendedahan skandal seks.

Tujuan umno berbuat demikian adalah untuk memastikan DSAI berundur.

Inila yang aku diberitahu.

Sejujurnya aku nya opinion memang firm dalam issue neh. Regardless siapa pun involved dalam sex scandal be it nurul, khalid even ulama dalam pas pun, doesn't matter la. My vote goes to pr.

BN ditolak bukan kerana tiada scandal sex. Tetapi kerana penyelewengan. Pecah amanah. Tak reti buat kerja. Tak cekap. Gagal menjadi pentadbir yang baik.

Antara JOHOR & KELANTAN..negeri mana TANAH SIMPANAN MELAYU paling banyak..???

https://lh3.googleusercontent.com/-JNQs5g5DAok/TXYLcyrpqjI/AAAAAAAAAHc/T2GMIkJ1LfU/s1600/johor+vs+kelantan.jpgNegeri Kelantan diperintah oleh PAS/Pakatan. Keluasannya ialah 1,510,462 hektar. Baki Tanah Simpanan Melayu (TSM) di negeri itu berjumlah 1,307,153.4 hektar. Jumlah itu bersamaan dengan 86.4 %.

Negeri Johor diperintah oleh UMNO/BN. Keluasannya ialah 1,898,688 hektar. Baki TSM di negeri itu berjumlah 195,262.42 hektar. Jumlah itu bersamaan dengan 10.28 % sahaja.

PAS tidak pernah menyifatkan dirinya sebagai pejuang Melayu. Namun demikian, berjaya memelihara TSM dengan rekod yang sangat cemerlang. UMNO sentiasa berteriak bahawa merekalah pejuang Melayu. Teriakan itu ternyata palsu apabila mereka telah mengkhianati Melayu dengan mengorbankan TSM.

Fakta yang dikemukakan di atas dengan sendirinya menunjukkan siapa yang sebenarnya mentransformasikan dirinya menjadi petualang kepada orang Melayu. Masihkah orang Melayu di Malaysia mahu menyokong UMNO dalam PRU Ke-13 nanti? Hentikanlah. Ini kalilah

DAP guna Bulan, nescaya pitam Umno

oleh Subky Latif, 

TIADA yang paling memeranjatkan semua orang mengenai PRU13 ini apabila DAP bersedia bertanding atas nama PAS dengan lambang Bulan Penuh Purnama kiranya ROS membabi buta membatalkan pendaftaran DAP.
Dan PAS pula menyambutnya bagai menyediakan nyiru kalau tidak  cukup  tapak  tangan kiranya DAP diuji oleh pejabat Pendaftaran Pertubuhan berikutan kesilapan kira undi pemilihan pimpinannya lalu. ROS mahu DAP mengundi semula sedang DAP merasa  tidak perlu kerana ia telah membetulkan kesilapannya.

Politik ROS itu sudah berakhir apabila Lim Kit Siang menggemparkan alam sedia bertanding atas nama PAS kiranya DAP dibatalkan dan  PAS pula menyambut cadangan Kit Siang dan Karpal Singh.

Saya berada di ceramah PAS di Bukit Katil, Melaka apabila penceramah  PAS menyebutkan kesediaan DAP menjadi calon PAS, disambut dengan takbir  dan tepuk tangan oleh sekitar 400 orang yang hadir.

Bersih dari rasuah pencapaian paling utama Kedah

Azamin Amin, 26 Mac 2013

http://jomkitabaca.files.wordpress.com/2012/04/kedah-bebas-rasuah.jpgSUNGAI PETANI: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Razak (gambar) menyifatkan pencapaian paling bermakna sepanjang beliau mentadbir Kedah selama lima tahun adalah bersih dari rasuah.

"Kalau ada tangkaplah," kata Azizan dalam wawancara khas beliau dengan wartawan Kedah dekat sini baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga berkata, kerajaan negeri memberi bantuan rakyat tanpa mengira kaum iaitu skim Kafalah.

"Kalau berlaku kematian, kita bagi pada India, Cina, Siam dan Melayu. Bagi bantuan pendidikan, agenda pertanian Kedah dan banyak lagi.

"Semuanya ada dalam ‘Buku Sayangi Kedah Sejahtera’ yang telah dilancarkan," katanya lagi.

Apa erti ekonomi naik tapi rakyat tetap merempat?

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

Minggu lalu hampir semua akhbar arus perdana milik BN menyiarkan isu khas bagi mempromosikan angka prestasi ekonomi Malaysia bersumberkan pelbagai maklumat rasmi dikeluarkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Angka selalunya tidak berbohong. Memang ada desas-desus mengatakan ada sesetengah perangkaan yang kurang tepat tetapi sengaja digunakan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak bagi memperindahkan khabar dari rupa sebenarnya.

Cakap-cakap seperti ini tentulah mengingatkan kita akan kata-kata Benjamin Disraeli (Perdana Menteri Great Britain, 1874-1880) ketika berdepan musuh politik beliau dari kalangan Parti Buruh dan Parti Liberal yang menjadi kerajaan selepas era beliau dan ketika mana Disraeli cuba memenangi kembali kedudukannya sebagai kerajaan. Kata Disraeli: “Terdapat tiga jenis pembohongan: pembohongan, pembohongan terkutuk, pembohongan perangkaan.”

Namun, benarkah tohmahan ini, hanya Najib dan mereka yang terlibat sahaja mengetahuinya. Kita tentu sekali tidak boleh membuat tuduhan sembarangan. Apa yang jelas ialah angka tersebut, sama ada betapa gah dan indah sekalipun, dan tepat dan benar sekalipun, ia sebenarnya sama sekali tidak relevan untuk kebanyakan rakyat biasa Malaysia.

Pembayar Cukai Tidur.. Tidak sedar mereka sedang membayar setaraf dengan Ananda Krisnan & Syed Moktar bayar cukai..!!!


Syabas YB Nasir Mustafa - Walaupun menang SAMAN RM150 RIBU tapi duit pembayar cukai tak hilang..!!

Oleh: senik

Assalamualaikum,,.. Mendengar ada ADUN yang menang saman fitnah terhadap RTM, penulis terus surfing untuk mendapatkan berita penuh mengenainya.

Awalnya penulis terfikir ADUN berkenaan menang saman sebanyak RM150 ribu terhadap RTM, yang bermakna wang pembayar cukai yang akan digunakan untuk membayar saman tersebut. Kalau perkara ini terjadi, malanglah pembayar cukai dek perbuatan tidak bermaruah kakitangan RTM, penulis sama sekali tidak menyalahkan ADUN tersebut. Tetapi setelah membaca berita lengkap mengenainya, barulah penulis sedar bahawa yang disaman oleh ADUN tersebut bukan RTM tetapi kakitangan yang terlibat dalam konspirasi menfitnahnya. Lalu penulis berkata dalam hati, syabas YB Nasir Mustafa "


Berita dari mahkamah menyebut : 

"Dalam penghakiman hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50 ribu, manakala penerbit rancangan RTM “Titik Sentuhan” Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula diarah membayar sejumlah RM70 ribu".



"Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu".
 

Rakaman Manifesto 10 Minit - Pakatan Rakyat Tolak

PAS ikut DAP tolak tawaran bentang manifesto di RTM

KUALA LUMPUR, 25 Mac — PAS menolak tawaran kerajaan untuk menyiarkan manifesto mereka selama 10 minit di Radio Televisyen Malaysia (RTM), berikutan DAP menolak tawaran tersebut.

Setiausaha agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) berkata partinya enggan menerima tawaran tersebut kerana tidak mahu memberi pandangan bahawa gabungan pemerintah tersebut mengamalkan kebebasan bersuara.

“Kami tolak kerana ia adalah rakaman bukan siaran langsung,” kata setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu The Malaysian Insider hari ini.

“Boleh jadi apa-apa kalau bukan siaran langsung,” katanya lagi, apabila ditanya jika PAS bimbang siaran tersebut diolah oleh RTM.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Jumaat lalu bahawa parti politik akan diberi masa 10 minit untuk membentangkan manifesto mereka menjelang Pilihan Raya 2013.

Rais berkata peluang itu diberikan sebagai menghormati sistem demokrasi di dalam negara ini.

PRU13 : Tak lari gunung di kejar, perubahan akan berlaku juga

oleh Aspan Alias

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/PRU-13.jpg
Tidak usah kita membuat spekulasi tentang pilihanraya lagi kerana ia akan tetap datang. Tidak lari gunung di kejar, kata pepatah kita. Yang terpenting arus perubahan sudah tidak dapat di hambat lagi oleh pihak yang cuba menahan arus perubahan itu. Setiap hari arus itu semakin pantas berkembang. Perubahan jelas akan berlaku jika di izin Tuhan.

Bagi saya pilihanraya akan di adakan pada bulan Mei yang akan datang ini. Penggal kali ini adalah penggal yang penuh dan terpanjang dalam sejarah Malaysia Merdeka. Penggal yang terpendek ialah penggal 1978 sehingga 1982 yang hanya selama 3 tahun lapan bulan.

Kita sedang melalui pengalaman pertama kali di mana penggal pilihanraya yang di bawa sampai kepenghujung penggalnya kerana pihak yang berkuasa amat takut menghadapi kekalahan.. Najib tidak dapat mengukur sejauh mana rakyat menyokong beliau dan partinya walaupun berbagai-bagai ‘hand-outs’ di berikan kepada rakyat sekarang ini.

Makin Lambat Najib bubar makin mengarut puak UMNO bercakapnya..!!!

Kerana takut kalah, semua cakap mengarut

KUALA LUMPUR: Semuanya gara-gara Datuk Seri Najib Tun Razak yang takut kalah pilihanraya sehingga Tan Seri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Hishamudin Hussein Onn dan Tan Seri Aziz Yusuf  membuat kenyataan yang mengarut mengenai suasana PRU 13.

Sebelumnya Tan Seri Muhyiddin mengatakan beliau memiliki dokumen yang mengatakan ada pihak yang hendak mengadakan huru hara selepas PRU 13.
Manakala  Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan ajaran sesat akan menganggu pada hari mengundi.

Datuk Seri Hishamuddin pula mengatakan akan berlaku gangguan di dalam ceramah semasa kempen PRU 13.

Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta mereka janganlah menanamkan budaya takut kepada pengundi.

"Seolah-olah jangan bagi rakyat tukar selera daripada memilih BN kepada memilih PR. Hentikanlah tektik lapuk untuk menjatuhkan parti lawan," katanya.

AWAS !! Pakatan Rakyat Kedah jangan 'over confidence sangat'...!!!!

'Yang dikendong mungkin berciciran' bagi Pakatan Kedah
 
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pernah menyuarakan keyakinannya bahawa Kedah mampu menyumbang kesemua 15 kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat untuk membantu membentuk kerajaan di Putrajaya.

Tetapi dalam keghairahan itu, keputusan sebaliknya mungkin berlaku beberapa kerusi yang ditandinginya mulai goyah.

Jika strateginya tergelincir, kemungkinan besar situasinya menjadi "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

PaNONEda 2008, Pakatan menang 11 kerusi parlimen - PAS menang enam dan PKR menang lima kerusi, manakala BN menang empat kerusi.

Berdasarkan keputusan pilihan raya tersebut, Pakatan menang selesa di sembilan kerusi Parlimen - Padang Serai (majoriti 11,738 undi), Sungai Petani (9,381), Baling (7,613), Kuala Kedah (7,018), Pokok Sena (5,731), Kulim Bandar Baru (5,583), Pendang (4,073), Merbok (3,098) dan Jerai (2,299).

Dua lagi kerusi Parlimen dimenangi Pakatan dengan majoriti tipis - Padang Terap (369 undi) dan Sik (481 undi). Berdasarkan keputusan tersebut, kecuali Alor Setar, BN juga mengekalkan tiga lagi kerusi Parlimen dengan majoriti yang selesa.

Gerakan Haramkan UMNO di lancarkan...

Kenyataan Media
26 Mac 2013

SAMM & GABUNGAN BLOGGER REVOLUSI 13 MULAKAN GERAKAN HARAMKAN UMNO

Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama hampir 100 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan. Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali sebagai 'Haramkan Umno'.

Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan mahkamah tinggi. Ini kerana pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr.Mahathir dan Tengku Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya ialah membawa perwakilan haram. Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan Umno diharamkan.

Anwar: Siasat pertemuan Najib & Aziz Shamsuddin dengan Esmail Kiram


(Oleh Sidiqin Omar)


KOTA KINABALU 25 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pihak berkuasa menyiasat bukti bergambar pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Aziz Shamsuddin dengan Esmail Kiram, pimpinan Kesultanan Sulu.

“Ada bukti bergambar foto pertemuan dengan Aziz Shamsuddin, Menteri dan bekas Setiausaha politik Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang terlibat dalam projek IC dan juga dengan Datuk Seri Najib.

“Patut ada siasatan rapi tentang hubungan mereka dengan pimpinan Umno. Tidak hanya menuding dan tohmah pemimpin pembangkang,” kata Anwar pada sidang media bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah di Hoytel Hyatt, hari ini.

Media semalam melaporkan pasukan keselamatan mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna pada 23 Mac lalu ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.

Anwar dedah sebab dia jumpa Misuari...

Pertemuan Anwar dengan Misuari untuk usaha damai
(Oleh Sidiqin Omar)

KOTA KINABALU 25 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan serantau.

Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

“Saya mahu ceritakan sejarahnya. Ketika bersarapan dengan Presiden Fidel Ramos di (Istana) Malacanang, dia meminta tolong dari saya menyampaikan mesej kepada Nur Misuari untuk menyelesaikan perjanjian perdamaian antara Filipina dengan MNLF.

“Saya cakap kepada Nur (Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana itu pendirian saya. Alhamdulillah dia setuju. Dia kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao).

“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).

Menjawab Isu Masjid yang dibina di Kedah

Ingat kerajaan negeri pon tak kata disitu mereka yg bina...yang dinyatakan ialah sebanyak 12 buah masjid telah dibina sejak 2008 dinegeri kedah tapi tak la pulak kata disitu kerajaan negeri yg binanya... habis apa masalahnya..
 
Yang pasti masjid yg dibina itu sumbangan dia ada yg mai dari pusat, ada mai negeri, ada wang zakat, ada sumbangan orang ramai..

bila dicampoq semua nie..maka 12 buah inilah senarai masjid yg dibina di Kedah sepanjang 2008 - 2013

Kroni DAP buat terowong terdedah...jom terjah betoi atau tidak?

TENDER TERBUKA P.PINANG 'CAKAP SERUPA BIKIN' - ZARUL



RUPA-rupanya kontraktor Melayu bernama Datuk Zarul Ahmad Zulkifly mempengerusikan Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd., iaitu syarikat kontraktor yang dipilih untuk membina infrastruktur beberapa lebuh raya nyah trafik serta terowong bawah laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Zarul berkata, beliau terkejut kerana Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus sendiri mempengerusikan jawatankuasa pemilihan tender secara telus dan terbuka,tanpa campurtangan mana-mana ahli politik pemerintah di negeri berkenaan.

"Tender sebesar ini kalau di (bawah Kerajaan) Persekutuan, saya rasa saya tiada 'can' (peluang memenangi).

"Di sini, saya hormat dan tabit kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana dia cakap serupa bikin.

"Saya tak pernah mengalami prosedur yang begitu telus, tiada 'sembunyi-sembunyi', semuanya jelas dan terang-terang dikendalikan oleh Ahli Lembaga Tender yang bukan terdiri oleh ahli-ahli politik, tetapi, (dikendalikan) oleh pegawai-pegawai kerajaan," ujar beliau dalam satu majlis interaksi dua hala bersama-sama warga Seberang Perai Utara (SPU), di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng dan Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I) turut berucap pada majlis interaksi tersebut yang dikendali oleh Kerajaan Negeri.

Zarul berkata pihaknya dipilih kerana mempunyai rekod cemerlang dalam membina infrastruktur terbaik di peringkat dunia.

Malah, katanya lagi, Zenith BUCG dipilih kerana syarikat itu menawarkan sebut harga terendah berbanding syarikat-syarikat lain semasa proses tender terbuka berlangsung sebelum ini.

"Dia (Kerajaan Negeri) tak tanya pun Zairul ini orang Umnokah atau orang apa, tetapi dia lihat atas rekod pencapaian kita (Zenith BUCG)...kita lawan secara tender terbuka dengan semua syarikat gergasi Malaysia.

RM23.2 juta untuk PBT Kedah



MOHD RIZAL ABDULLAH 25 Mac 2013 BALING - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak RM23.2 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Kedah bagi melaksanakan 132 projek PBT di negeri itu.

Menterinya, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, kelulusan itu bagi memastikan seluruh rakyat Kedah menerima manfaat menerusi projek yang bakal dilaksanakan.

Menurutnya, projek berkenaan melibatkan kemudahan awam antaranya pembinaan dewan serbaguna, kemudahan sukan dan rekreasi.

“PBT merupakan agensi barisan hadapan yang paling hampir dengan rakyat dan memainkan peranan penting dalam menzahirkan hasrat kerajaan,” katanya semasa berucap sempena Majlis Pecah Tanah Mini Stadium Majlis Daerah Baling dan Penyampaian Sumbangan Membantu Kadar serta Geran Tahunan tahun 2013 PBT Kedah di pekarangan Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, di sini, semalam.

Menurutnya, kelulusan itu diharap dapat digunakan sebaiknya oleh PBT bagi memastikan rakyat Kedah mendapat manfaat sepenuhnya.

Tahun lalu, KPKT telah meluluskan RM19.4 juta kepada PBT Kedah untuk melaksanakan 274 projek di 11 PBT di Kedah.

“Dalam jumlah itu, RM14.9 juta bagi melaksanakan projek kecil di kawasan PBT dan kampung tradisional yang melibatkan 169 projek infrastruktur dan 13 projek kemudahan awam dan dua projek sosioekonomi,” katanya.

[PANAS] Dengar kata MUKHRIZ sedang melobi Presiden UMNO untuk gugurkan MAT BASHAH..!!!


Menentang Mukhriz ibarat menempah kubur sebelum mati!

Itulah perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan bagaimana dilema yang dihadapi ADUN Bakar Bata yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah walaupun jawatannya lebih besar dari timbalannya itu.

Mengapa?

Kerana keputusan untuk memilih calon pilihanraya di negeri Kedah ini khususnya Umno bukan ditentukan Ahmad Bashah sebaliknya Mukhriz lebih berkuasa kerana bapanya, Mahathir Mohamad adalah dalang di sebalik semua ini.

Semua orang tahu Mukhriz masih belum dapat keluar dari bayang-bayang bapanya hinggakan ada yang menyindir sampai bila hendak duduk di bawah ketiak bapak kalau imej dan kepimpinannya pun lemah.

Ahmad Bashah yang juga dalam keadaan tertekan kerana pelbagai skandal yang berjaya dibongkar nampaknya lebih menumpukan masanya untuk menangkis serangan yang dilakukan terhadapnya dan tidak mustahil kem Mukhriz sendiri yang membocorkannya.

Kedudukan Ahmad Bashah sendiri yang seakan 'diikat kaki dan tangan' mengurangkan lagi pengaruhnya dan dalam masa yang sama, Muhkriz pula bernafsu besar menjadi menteri besar!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...