TERKINI :

Monday, March 25, 2013

Najib tidak tahu malu ciplak idea orang

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak didakwa seorang pemimpin yang tidak tahu malu apabila menciplak idea pihak lawannya menjelang pilihan raya umum ini.

Ia terbukti apabila Najib mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi kepada pemandu teksi terpilih baru-baru ini.

Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 1,000 permit teksi akan diberikan kepada pemandu-pemandu teksi terpilih mengesahkan beberapa perkara.

Demikian dinyatakan oleh Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategi PKR dalam satu kenyataannya hari ini.

Bagi beliau, pengumuman Najib itu memberi tiga implikasi.

Pertama, ia pengakuan terbuka Umno/Barisan Nasional bahawa dasar dan program ekonomi yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat (melalui Dasar Bersama, Buku Jingga dan Manifesto Rakyat) benar-benar memenuhi citarasa dan tuntutan rakyat.

Kedua, ia mengesahkan bahawa program-program ini mampu dilaksanakan dan tidak mengundang kesan kewangan yang buruk, seperti yang dituduh oleh Umno/Barisan Nasional.

Ketiga, ia membuktikan terdesaknya Datuk Seri Najib Tun Razak sehinggakan beliau tidak lagi mempunyai perasaan malu untuk menciplak idea dasar dan program yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

SAH.. Parlimen bubar 29 Mac...tapi jika TAK SAH JUGAK...pakai biaq buruk macam tuuu laaa...!


Parlimen bubar 29 Mac!


Oleh: Aiman Rasis

InsyaAllah, jika Rosmah Mansor tidak melakukan sebarang campurtangan maka tarikh pembubaran Parlimen untuk PRU13 ini ialah pada 29 Mac 2013. Demikian menurut satu sumber yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri.

Asas yang kuat terhadap dakwaan tersebut itu PM telah menyelesaikan semua sasaran kempen politiknya yang meliputi segemen sasaran dan lokasi; semua kalangan rakyat seperti nelayan, peneroka, guru, polis, tentera, remaja, veteran dll sudah ditemui serta seluruh negeri telah dilawati pada tarikh tersebut.

Ia dikuatkan lagi dengan tarikh beliau selesai menandatangani beberapa perjanjian yang berkaitan dengan LIMA di Langkawi. Tarikh PRU tidak boleh dilewatkan lagi kerana BN rakyat Malaysia yang menerima BR1M 2.0 akan 'mudah lupa' apabila semakin lama masa berlalu di samping isu Lahad Datu yang masih panas yang dianggap menguntungkan BN kerana pameran sandiwara seolah2 BNlah penjaga kedaulatan negara. Sebab yang paling kuat PRU tidak boleh diliwatkan lagi opss silap.. dilewatkan lagi ialah kerana BN sendiri sudah keletihan. Mereka di arah buka bilik gerakan dan penaik bendera sejak 1 Februari lalu, sekarang bendera pun dah nak reput, semangat juang ahli-ahli UMNO BN dah merosot.

Untuk PRU 13 ini BN dijangka akan tewas di Pusat.

Permit teksi individu: PM letak syarat merapu umpan pemandu

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 25 MAC: Pemberian lesen individu dengan pelbagai syarat kepada pemandu teksi bukti Perdana Menteri tidak ikhlas, bertujuan untuk mengumpan golongan itu menjelang pilihan raya, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Dalam majlis Pemberian Lesen Teksi Individu di Putrajaya semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 1,000 penerima lesen teksi individu akan menerima geran bernilai RM5,000 tiap seorang bagi pembelian Proton Exora.

Kata Najib, semua pemandu teksi yang menerima lesen tersebut wajib membeli kenderaan jenis MPV itu untuk digunakan sebagai teksi.

Rafizi PJ PC“Ini tandanya Najib tak ikhlas. Pemandu dipaksa beli kereta yang ditetapkan. Sepatutnya mereka diberi kebebasan untuk menggunakan apa saja kereta yang mereka mampu asalkan mematuhi peraturan,” kata Rafizi mengulas pengumuman tersebut.

Kenapa UMNO haram...!



BN akan menang FREE 7 kerusi PARLIMEN & 15 kerusi DUN di Sabah..!!

Umno Akan Menang Percuma di 10 Kawasan Keselamatan Khas?

http://siasah.com.my/dev/images/anne/location_map.jpg

Hari ini Najib Razak mengistyharkan 10 daerah di Timur Sabah menjadi kawasan Selamat di Sabah berkuat kuasa hari ini. Sepuluh daerah itu ialah; Kudat, Kota Marudu, Pitas, Baluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Pemilihan kawasan itu sebagai kawasan keselamatan khas yang membawa kepada penubuhan satu jawatankuasa menurut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri.

Jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri manakala Najib selaku perdana menteri akan menjadi pemantau. Jawatankuasa lain akan diumum perlatikannya nanti.

Menurut Najib beliau sendiri telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Ordinan Pemeliharaan Keselamatan  Awam 1962 dikuatkuasakan bagi memastikan keselamatan rakyat di Sabah terus terjamin.

GEMPAR - Ada orang hendak bunuh Anwar Ibrahim

Dalam dok kata BANGRAP tetapi NAJIB tiru dasar permit teksi..!!!

PKR dakwa Najib ciplak dasar untuk permit teksi

PKR mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meniru dasar Pakatan Rakyat dan menggunakannya untuk menarik sokongan pemandu teksi supaya mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa perkara ini terbukti apabila Najib membuat pengumuman mengenai pemberian 1,000 permit teksi individu semalam.

Rafizi berkata, tindakan Najib itu menunjukkan perdana menteri mengaku bahawa dasar dan program ekonomi yang dicadangkan oleh Pakatan memenuhi citarasa dan tuntutan rakyat.

“Kedua, ia mengesahkan bahawa program ini mampu dilaksanakan dan tidak mengundang kesan kewangan yang buruk, seperti yang dituduh oleh Umno atau BN.

Ketua Ulama PAS Kedah kembali ke Rahmatullah

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Muhammad Abdullah (gambar) meninggal dunia kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah dimasukkan ke wad hospital berkenaan, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata Allahyarham yang berusia 72 tahun memang diketahui mengidap masalah jantung sebelum ini.

Beliau yang sempat menziarahi Allahyarham pada minggu lepas, berkata ketika ziarah itu, Allahyarham masih dalam keadaan baik dan sihat, biarpun mengadu tangan sebelah kanannya agak sukar untuk diangkat.

Bagaimanapun, Allahyarham dikejarkan ke hospital semalam, dan ditempatkan di wad kecemasan bahagian kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Mahfuz turut berada di hospital ketika itu, biarpun Allahyarham sudah berada dalam keadaan tidak sedar.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Pondok Makaribul Akhlak, di Langgar sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berdekatan.

Kompenan BN dari Sabah suruh Putrajaya tarik balik IC dan bagi IC baru untuk pemutihan..

Komponen BN: Tarik balik semua IC di Sabah

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun KadazanDusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menggesa kerajaan menarik balik kesemua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah dan mengeluarkan semula dokumen berkenaan kepada golongan yang dikenalpasti sebagai warga yang sah.

Menurut laporan Borneo Post, MP Penampang itu menuntut demikian untuk menyisihkan golongan yang memiliki dokumen berkenaan secara tidak sah.

Anggota exco kerajaan Sabah itu juga berkata, beliau akan mengesyorkan perkara itu kepada suruhanjaya siasatan diraja mengenai pendatang asing di Sabah.

"Ini akan memberi peluang kepada kita di Sabah untuk membuktikan ketulenan kewarganegaraan kita supaya orang Sabah yang asli sahaja diberikan dokumen kerakyatan seperti kad pengenalan baru itu," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

PAS berulang kali kata wujud pengundi hantu, Papagomo kes terbaru

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu telah menegaskan, berlaku manipulasi dalam daftar pemilih dan wujud fenomena 'pengundi hantu' yang telah mengalahkan PAS pada pilihanraya umum kali ke 11 pada tahun 2004.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Teregganu telah berulang kali menyatakan perkara tersebut dan kali terakhir, beliau menegaskannya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Dana PRU PAS untuk Parlimen Kuala Nerus pada 15 Mac lalu.

Sehubungan itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.

Kit Siang guna lambang PAS, Umno hilang punca

KUALA LUMPUR: Kesediaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang bertanding menggunakan lambang PAS menyebabkan Umno BN semakin hilang punca.

Jika sebelum ini, Umno BN sering menggunakan senjata perkaumannya meyerang Pakatan Rakyat khususnya dalam isu kebersamaan PAS dan DAP, namun dengan kenyataan terbaru Kit Siang itu membuatkan Umno mati akal.

“Umno cuba pecah belahkan Pakatan Rakyat dengan isu perkauman tapi bayangkan jika Lim Kit Siang bertanding dengan lambang PAS. Kita mahu tengok apa lagi hujah Umno untuk dimainkan. Umno hendak cakap apa lagi?

“Kalau pilih (lambang) PKR, ini biasa sebab KEADILAN parti berbilang kaum tapi pemilihan guna lambang PAS pasti beri kesan luar biasa,” kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik KeadilanDaily.

Beliau berkata demikian dengan disambut tepukan gemuruh hampir 10,000 penduduk tempatan pada Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Melayu Majidee, Jphor Baharu malam tadi.

Siapa Memperalatkan Islam yang sebenarnya nie.. PAS atau UMNO..????

Oleh: BayangDiAir

"Rakyat secara berterusan dikelentong oleh pemimpin UMNO. Mereka terus menuduh PAS mempergunakan Islam untuk kepentingan politik. Hanya kerana PAS bercakap tentang Islam. Hanya kerana PAS membaca ayat-ayat al-Quran dalam berhujah. Oleh kerana PAS tidak lekang dan tidak renggang dengan Islam mereka dengan mudahnya menuduh PAS memperalatkan agama untuk tujuan politik.

Sebaliknya, hanya dengan banyak membina masjid dan menyambut maulidur Rasul, mereka mengangkat diri mereka sebagai pembela Islam. Mereka lupa tentang lesen judi, rumah sundal, rasuah, budaya hedonism yang mereka biak dalam negara. Mereka terlupa akan kehidupan pemimpin mereka dengan pendedahan auratnya, perlakuan sumbangnya dan amalan rasuahnya.

Rakyat yang berakal sepatutnya berfikir siapa yang berjuang untuk Islam dan siapa yang mempergunakan Islam. Sejak PAS tertubuh, Islam-lah dasar perjuangan PAS. Sudah berpuluh-puluh kali pilihanraya PAS kalah dengan dasar itu. Majoriti rakyat menolak dasar Islam yang diperjuang oleh PAS. Pernahkah PAS menggugurkan dasar Islamnya hanya kerana kalah pilihanraya? Kalaulah benar PAS memperalatkan Islam, sudah lama PAS tolak dasar Islamnya apabila dasar itu tidak menguntungkan PAS.

Buku Rekod YB-YB Sedang dinilai... Sudah Terlewat kah?!

Oleh: adi_jagat

Semua sedia maklum PRU13 akan diadakan dalam masa yang terdekat dan bila-bila masa saja... malah ada yang meramalkan minggu akhir MAC ni akan penuh dgn berita2 sensasi termasuk pembubaran bagi memberi laluan kepada PRU. Parti-parti bertanding juga da bersiap sedia dan ada yg telah membuka bilik gerakan dan markas pru. Lebih menarik masing masing da 90% selesai menentukan calun2.

Dalam masa yang sama jangan lupa rakyat di sana sini telah mula membuka buku rekod prestasi YB2 yang telah mewakili mereka sejak mac 2008 yang lalu. Sejauh manakah YB2 mereka pilih dapat menyelesaikan masalah masalah yg mereka kemukakan atau apakah pelan dan janji YB2 ini telah ditepati. Di warung-warung kopi, dimasjid dan surau, dikenduri kendara topik yg hangat waktu ini ialah tarikh pru dan calun yang akan terpilih. Ada bakal2 calon da melobi sejak 2012 lagi untuk memenangi hati pucuk pimpinan masing masing. Yang pasti isu pemilihan ini juga akan menimbulkan 1001 masalah.

Nazir rayu abangnya kekal sedangkan warga CIMB mahu dia turun

Blog Omakkau

Malaysia's CIMB Group's Group Chief Executive and Managing Director Nazir Razak.CEO CIMB Nazir Razak, meminta dan merayu kepada  rakyat agar memberi peluang kepada abang sulungnya Najib dikekalkan sebagai PM selepas PRU 13 nanti, tetapi dalam masa yang sama kakitangan dan warga CIMB mau supaya dirinya turun dari mengepelai CIMB sebab dikatakan tidak adail dan zalim serta menindas kakitangan bawahan.

Kalau dah diri sendiri kakitangan CIMB pun dah meluat dan maukan beliau ditendang keluar begitu jugalah rakyat yang sudah lama didera dan menderita dibawah rejim abangnya.

Jadi janganlah nak buang masa merayu dan mengemis undi dan sokongan rakyat untuk mengekalkan Najib sebagai PM pada PRU 13 nanti. Elok jengok dan ambil pusing akan permintaan kakitangan CIMB.. Itu lebih afdal dan baik.

Rakyat sudah bangkit bertekad mau melakukan perubahan. Tiada kuasa yang boleh menghalang melainkan kuasa dan kehendak Allah SWT.

GEMPAR - Bukti jelas DAP yg menjahanamkan Melayu...



Bekas IGP: Pertingkat risikan di perairan Sabah


Penambahan aset dan jumlah anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah mampu melindungi kawasan itu daripada dibolosi penceroboh di masa depan, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata tindakan meletakkan kawasan itu dalam kawalan keselamatan yang ketat membolehkan semua aset keselamatan ditumpukan di sana.

Ketika menyampaikan ceramah umum bertajuk "Lahad Datu: Negara Terjajah, Aqidah Tergadai, Siapa Dalang" di Klang malam tadi, Musa turut menyarankan tindakan risikan oleh pasukan penguatkuasaan dipertingkatkan di kawasan perairan Sabah bagi mengelakkan insiden pencerobohan berulang.

Katanya semasa pasukan polis marin ditempatkan di setiap pulau di Sabah, pasukan keselamatan itu turut menjalankan risikan bagi mendapatkan maklumat mengenai penceroboh.

Jemaah Dato’-Dato’ Kedah dan YSB beri sumbangan untuk Tabung Wira Lahad Datu

ALOR SETAR - Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Kedah Darul Aman menyumbang sebanyak RM20,000 untuk Tabung Wira Lahad Datu yang disampaikan oleh Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia (YTM) Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Sultan Badlishah yang diadakan di Istana Anak Bukit, di sini.

Turut sama menyampaikan sumbangan ialah Yayasan Sultan Bahiyah (YSB) yang diwakili oleh Pengerusi YSB, YTM Tunku Panglima Besar Dato’ Seri DiRaj Tunku Puteri Intan Safinaz.

Setiausaha Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Kedah, Dato’ Ismail Hamid berkata, sumbangan yang diberikan itu adalah sebagai tanda simpati dan mengenang jasa perajurit dan perwira negara yang telah terkorban.

Isu Culik Pharol - Sekolah nafi tohmahan

nURUL FATIHAH SULAINI
24 Mac 2013
Sekolah nafi tohmahan
Gambar sekolah yang dikatakan menjadi tempat Phahrolrazi dikurung.

 
Nasir Othman ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menerima layanan mesra seperti hubungan akrab 'adik dan abang' sepanjang berada di Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Bukit Besar Yan.

Situasi harmoni itu sekali gus menangkis tohmahan pelbagai pihak yang mendakwa Exco kerajaan negeri terbabit “diculik”, ditahan serta pintu pagar sekolah dikunci bagi menghalangnya pergi berceramah di kawasan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bekas pengetua sekolah berkenaan, Nasir Othman berkata, hubungan rapat antaranya dengan Phahrolrazi sudah sedia terjalin sejak berpuluh tahun lalu.

“Memang betul saya ada telefon sewaktu beliau dalam perjalanan ke tempat ceramah di Kampung Kabu. Saya mintanya singgah sekejap di rumah yang berada dalam kawasan sekolah.

“Sewaktu kami berjumpa saya ada menasihati dan berbincang secara elok untuk kebaikan parti supaya beliau tidak pergi ke tempat ceramah anjuran orang persendirian itu kerana bimbang berlaku kekecohan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Nik Aziz: Tarikh bubar Parlimen patut diumum awal

ROSMIZA KASIM
25 Mac 2013
Nik Aziz
Nik Aziz
 
KOTA BHARU - Ketika tarikh pembubaran Dewan Rakyat menjadi teka-teki, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemerintah sekarang takut untuk umumkannya lebih awal, selain bimbang berdepan dengan kekalahan.

Menurutnya, berbanding dengan negara lain, tempoh mengundi akan dimaklumkan lebih awal sama ada dalam tempoh tiga bulan sebelumnya ataupun selain itu.

"Sekarang ini negara kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bila-bila masa. Di Eropah negeri-negeri Eropah tiga bulan nak mengundi sudah diumumkan.

"Negeri (negara) kita ini takut nak bagi tahu, seperti budak dadah takut nak oyat kor dadah. Tak tahu takut kor gapo (tidak tahu apa yang sebenarnya ditakutkan untuk umum)," kata beliau ketika Ceramah Perdana anjuran Majlis Tindakan Pengkalan Chepa di sini.

Menjelang PRU13: Bubar atau terbubar?

NIZAM ZAIN
25 Mac 2013
PRU13
Tarikh pembubaran automatik
 
ANALISIS - Jelajah Janji Ditepati anjuran Barisan Nasional (BN) yang berakhir di Pahang kelmarin bukan petanda bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.

Ramai meramalkan kemungkinan ada berita mengenai pembubaran hari ini.

Jika tidak, negara akan menyaksikan, buat pertama kali satu Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik, esok, jika tidak dibubarkan seperti amalan biasa sebelum ini.

Menurut penganalisis politik, Prof Dr Chandra Muzaffar, kerajaan Malaysia tidak mengamalkan sistem pilihan raya seperti di England yang menetapkan tarikh keramat itu dalam masa tertentu.

Katanya, kerajaan lebih gemar mempraktikkan sistem spekulasi sekali gus membebankan banyak pihak khususnya rakyat kerana tidak diberikan masa yang mencukupi untuk bersedia menghadapi hari pengundian itu nanti.

“Menteri Kabinet pun tak tahu bila tarikh parlimen akan dibubarkan selepas jelajah BN terakhir semalam.

“... amalan memilih tarikh pilihan raya (hingga timbul spekulasi) di Malaysia hari ini diamalkan dalam sistem Parlimen British dulu.

“... apabila tidak nyatakan tarikh pilihan raya, menyebabkan banyak pihak tidak dapat buat perancangan dengan teratur dalam projek jangka panjang jabatan dan agensi kerajaan manakala pelaburan syarikat swasta pula terjejas.

“Ketidaktentuan tarikh pilihan raya akan merugikan masyarakat dan semua pihak,” katanya bercakap kepada Sinar Harian Online, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...