TERKINI :

Sunday, March 24, 2013

10 Dosa Isa Samad pada Peneroka melayu Felda


Kisah Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita...

Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita : Suatu Hak Kebebasan Peribadi ?
Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.

Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.

Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-

فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا

Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?

Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)

"Seks" jadi manifesto BN?

Oleh LIM HONG SIANG

Mungkin tiada yang serius tentang bilakah Barisan Nasional (BN) membentangkan manifesto pilihan raya mereka, setelah hampir sebulan Pakatan Rakyat melancarkan Manifesto Rakyat.

Sebaliknya, "gambar video seks" pula yang dihidangkan terlebih dahulu sebagai cubaan untuk mengaitkan Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dengan tuduhan homoseksual.

Apakah ini satu-satunya "manifesto" yang mampu ditawarkan BN untuk pengundi Malaysia, setelah lebih setengah abad memerintah? Memang cukup mual apabila "seks" digunakan sebagai senjata untuk menyerang musuh politik. Kalau bukan budak jambu, maka "pelacur China" (kononnya). Kalau dahulu lelaki, kemudian perempuan, kini berbalik pula kepada lelaki... Sehingga warga internet terus menyindir, "barangkali 'Anwar' akan ditangkap kerana mengadakan hubungan dengan lembu dalam kondominium pada masa akan datang!"

Belum sampai 24 jam, warga internet telah berjaya mengesan bahagian-bahagian yang disyaki, termasuk garis rambut pelaku dalam gambar (lebih ke tengah) yang tidak sama dengan Anwar (jelas di sebelah kiri), sudut cahaya dengan bayang yang berbeza dan sebagainya. Antara yang dipertikaikan, mengapa masih gambar hitam-putih sedangkan kita sudah masuk zaman digital dengan rakaman berwarna? Lebih-lebih lagi, jikalau benar Anwar berkelakuan sedemikian, dan "video" ini sengaja dirakam untuk mendedahkan "Anwar yang sebenar", mengapa tidak terus sahaja menyerbu ke bilik dan menangkap Anwar, ketika aksi-aksi ini berlangsung dalam hotel?

Lagi lama tak bubar lagi tak popularlah BN tuuu..!!!

Semakin lambat bubar, BN semakin tidak popular
Oleh Nasrudin bin Hassan

Seketika dulu YAB Perdana Menteri dan BN mungkin beranggapan bahawa langkah melengah - lengahkan pembubaran kabinet adalah meletihkan pembangkang dan menguntungkan mereka. Saya juga berpandangan demikian pada awalnya. Setelah lebih 11 kali meramal tarikh bubar kabinet sejak tahun lepas, semuanya tidak menjadi.
Terasa bodoh pula diri, menunggu saban fajar bilakah detik kabinet atau parlimen dibubarkan. Pastinya pihak BN girang mempersenda PR yang termangu - mangu menanti tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah.

2. Lebih menarik, PM sanggup melanjutkan tarikh pembubaran tanpa sebarang pengumuman atau penetapan tarikh melepasi period 5 tahun tempoh antara 2 pilihanraya iaitu 8 Mac 2008 hingga 23 Mac 2013 [sehingga kenyataan ini ditulis].

3. Negara kini dilanda demam bubar. Ia bukan lagi satu persendaan tetapi rakyat mendesak dan menuntut supaya PM berani membubarkan kabinet secepat mungkin untuk rakyat memperbaharui mandat kepimpinan dan pemerintahan negara. Jika anda rajin belayar di laut cyber, 1001 jenaka, tuntutan, xpresi, rayuan dan permohonan supaya kabinet dibubarkan dan PRU 13 dipanggil segera.

[BONGKAR] UMNO lama HARAM.. dan UMNO (Baru) pun HARAM..!!!

Umno bukan sahaja membiarkan parti mereka dulu haram,malah sehingga hari ini parti umno adalah HARAM.

http://www.jomubah.com/pru13/images/stories/umno_24_years.jpg
Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.

http://3.bp.blogspot.com/_oKAqpxZjB5c/TDwYZRKPQzI/AAAAAAAAKD8/WOOuHDUtebQ/s1600/siasah208.jpg
Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah[1]. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

Kesian sahabat kita nak kahwin nie.. ini semua Najib punya pasailah nie...!!!

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/486506_10151398472129582_1790374291_n.jpg 

Erin Radzuan

Selagi tak bubar, selagi tu surat ni menghantui kami. Menyusahkan org najib ni. Kalau laa dari bulan November tu ko bgtau dewan nak gune kan senang. Stress aku dh tahap melampau. Aku bosan dah dgr org duk ckp mengundi time date kawen. Ko igt kalau bgtau bulan januari (date surat) tp sampai umah 25 feb 2013 dah boleh selesaikan masalah org? Dah tentu semua bende dah booking. Hmmmm pls bubar cepat2 and btau kat rakyat cam aku ni.

Dr Harlina tegur Rozita Che Wan bab pakai skirt pendek

Kalaulah ada 10 000 org mcm Dr.Harlina ni...

Beberapa hari lalu, kecoh mengenai sekeping gambar Rozita Che Wan memakai skirt pendek bewarna biru sambil bersimpul duduk di sebelah kekasihnya, Zain Saidin.

Gambar berkenaan telah menyebabkan Zain terus memadamkan akaun Instagramnya.

Malah, sehari selepas itu, Rozita tampil dengan kenyataan tentang seksi itu adalah hak miliknya.

Susulan dari kontroversi itu, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj telah tampil dengan satu kenyataan.

Adalah diharap perkongsian artikel ini akan memberi manfaat bukan saja kepada Rozita, malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Salam ukhuwah.

Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.

Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘

Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :

Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!

Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku!’

Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?

Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaí) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.

Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.

Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.

Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :

Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)
Kalaulah ada 10 000 org mcm Dr.Harlina ni...

Beberapa hari lalu, kecoh mengenai sekeping gambar Rozita Che Wan memakai skirt pendek bewarna biru sambil bersimpul duduk di sebelah kekasihnya, Zain Saidin.

Gambar berkenaan telah menyebabkan Zain terus memadamkan akaun Instagramnya.

Malah, sehari selepas itu, Rozita tampil dengan kenyataan tentang seksi itu adalah hak miliknya.

Susulan dari kontroversi itu, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj telah tampil dengan satu kenyataan.

Adalah diharap perkongsian artikel ini akan memberi manfaat bukan saja kepada Rozita, malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Salam ukhuwah.

Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.

Mukhriz & UMNO Kedah patut ke Serawak buat lawatan sambil belajaq bab tebang balak dari Taib Mahmud..!!!

 

Hebat Sungguh manusia nama Anwar.. boleh dilantik ejen pelbagai negara dan terkini ajen Sulu..!!!

Anwar: 'Tak kisah dilabel ejen, pentingnya saya bela rakyat'


Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - 
Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

RAWANG - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak bimbang diserang atau dilabel dengan pelbagai gelaran termasuk sebagai ejen pihak-pihak tertentu, sebaliknya bertekad untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) demi rakyat.

Ketua Pembangkang ini mendakwa banyak dikaitkan dengan perkara tidak sihat seperti ‘kaki liwat’, ejen Israel dan Amerika, terbaru dikaitkan mempunyai kaitan dengan keganasan di Lahad Datu.

Anwar berkata, matlamatnya adalah mengubah struktur politik dan mengubah sistem media negara yang disifatkan dikongkong oleh segelintir pihak.

Menurutnya, selepas PR menawan Putrajaya, pihaknya tidak akan membalas dendam ke atas individu yang menjatuhkannya.

“Saya dah maafkan mereka, walaupun hati marah tetapi tidak akan membalas dendam dan menyalah guna kuasa.

Alhamdulillah.. baguih POLIS Sabah nie..sebab angkut Samseng Politik yang nak buat kacau.. TAHNIAH sekali lagi..!!!

PECAH BERITA! 20 Samseng Upahan Umno Cuba Serang Bas Pakatan Rakyat!


Ini maklumat terbaru yang diterima!

Seakan meniru gaya rakan-rakan subahat mereka di Semenanjung, kira-kira 20 samseng upahan Umno cuba menyerang sebuah bas dan sebuah van yang diletakkan di hadapan Pusat Konvensyen Star City, Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi.

Kedua-dua kenderaan tersebut disasarkan untuk dicalar dan disimbah cat merah beberapa ketika sejurus Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merasmikan penggunaannya bagi tujuan kempen menjelang pilihanraya umum ke-13.

Insiden tersebut sempat dihalang anggota polis yang bertugas mengawal keadaan setelah mendapat maklumat samseng berkenaan cuba melakukan khianat terhadap harta persendirian.

Anwar kini berada di negeri ini bagi lawatan dan merasmikan pelancaran manifesto khas untuk Sabah di pusat konvensyen di tengah-tengah bandaraya ini.

Bas dan van tersebut disewa bagi memudahkan gerakan kempen dan merayu undi khusus untuk kegunaan pemimpin Pakatan Rakyat dan akan mula menjelajah ke seluruh negeri ini dalam tempoh terdekat.

Kesetiaan PAS dan DAP terbukti : yang penting matlamat murni tercapai

oleh Aspan Alias

http://4.bp.blogspot.com/_TWqwOnMGV78/THPTbisQjvI/AAAAAAAAGVg/faZvygchuks/s400/pas_dap.gifTidak pernah terfikir oleh orang ramai sebelum ini PAS dan DAP menjadi parti-parti yang di terima oleh semua kaum dan inilah yang membuatkan BN menjadi gering sementara menunggu pilihanraya yang akan datang ini. PAS telah berjaya membawa bukti bahawa Islam itu merupakan agama yang 'universal' dan juga agama yang boleh memimpin semua kaum dan kelompok dalam dunia ini. Kekuatan sokongan PAS ini juga telah mewujudkan ‘ulamak songsang’ yang datang dari kumpulan UMNO yang tertekan sambil memfatwakan PAS sebagai PAS sesat dan haram di sokong.

Berbagai kumpulan upahan telah di bawa ke depan kaca TV3 untuk menyiarkan fatwa songsang ini semata-mata untuk menyesuaikan dengan kehendak politik mereka. Mereka mahukan agama di sesuaikan dengan keperluan mereka dan bukannya menyesuaikan kehendak Islam terhadap semua perjuangan mereka.

Semalam Lim Kit Siang telah menyatakan yang beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya ini. Ini di sebabkan ROS mungkin mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP berikutan dengan kesilapan dalam pemilihan CEC DAP di Pulau Pinang 15hb Disember yang lalu. Sebagai parti pembangkang dan memahami tindak laku BN yang sedang ketandusan sokongan menggunakan ROS untuk membatalkan pendaftaran DAP itu tidak boleh di anggap ringan. Dalam keadaan terdesak BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kelazatan kuasa yang ada kepada mereka (UMNO).

[Bongkar] 10 Dalil UMNO/BN Mesti Ditolak Pada PRU13 Ni

Oleh unclemajid

1) MEMBUAT DEMO YANG TIDAK BERMORAL, PERKAUMAN, LUCAH, KEJI DAN GANAS, MENYEMAI BUDAYA SAMSENG/GANGSTER KEPADA ANAK-ANAK MUDA:

 
Jangan sampai di bawah ini menjadi ikutan anak-anak kita. Tapi inilah hakikat kepimpinan tidak bermoral dan keji diterapkan oleh UMNO/BN. Tiada satupun pemimpin UMNO yang membidas pendemo ini. Sokong le tu.




Kenapa POLIS biarkan 'SAMSENG UMNO' buat bising disebelah ceramah PR..???

Johor : Hebat sangat sampai melarikan diri

8da91cd893de11e2b01422000aaa05b1_7JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.

Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.

Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah. 

Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.

“Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno),” kata Ketua Umum KEADILAN itu.


Pandangan import baru Kedah dari kacamata jurulatih Mario Tot


WALAUPUN BERAKSI PADA DIVISYEN DUA LIGA CROATIA, PENYUDAHNYA MEMIKAT SAYA UNTUK MEMBAWANYA KE KEDAH

Photo: E-BERITA RASMI KEDAH FA: HIJAUKUNING 3SIXTY (103) Ahad, 25.3.2013
Wartawan: Bashah Zainol Abidin 
Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin

WALAUPUN BERAKSI PADA DIVISYEN DUA LIGA CROATIA, PENYUDAHNYA MEMIKAT SAYA UNTUK MEMBAWANYA KE KEDAH

KETUA jurulatih pasukan Kedah, Mario Tot yang pulang ke Kedah Khamis lalu menepati janjinya dengan membawa penyerang Alen Guć dari Croatia untuk mengantikan tempat ChAyene Santos bagi memastikan masalah terbesar Pasukan Hijau Kuning untuk menepati sasaran akan berakhir ketika Liga memasuki pusingan kedua pada 12 April depan.

Menurutnya, Alen adalah seorang pemain berpengalaman dan dia juga sudah beraksi pada divisyen satu Liga Croatia selama lima tahun dan beraksi bersama kelabnya di bahagian dua selama lima tahun lalu.

“Penyudahnya memikat saya untuk mendapatkannya sebagai penyerang Kedah yang menjadi punca Pasukan Hijau Kuning terpaksa berada di tempat keempat pada tangga Liga Premier ketika ini dan kehadiran penyerang dari Croatia ini bakal melupuskan segala masalah menepati sasaran oleh pasukannya.

“Sebelum datang ke Alor Star, Alen berjaya menjaringkan empat gol pada tiga perlawanan dan dia juga berjaya menjaringkan 27 gol pada 30 perlawanan bersama kelabnya di bahagian dua musim lalu.

“Ini bukan pertama kali saya mengenali Alen tetapi sudah bertahun saya mengenalinya dan yakin pengalaman dan kemantapannya sebagai seorang penyerang yang berumur 31 tahun mampu membantu Kedah mencapai hasrat menjuarai Liga Premier musim ini,” kata Tot.

Katanya, beliau juga terharu dengan sambutan yang di berikan oleh ratusan peminat setia Pasukan Hijau Kuning ketika mereka menyambut barisan pemain kesayangan mereka di Stargate Tesco, Alor Star, semalam dan yakin semangat yang di pamerkan oleh peminat setia pasukan mampu membangkitkan semangat pemainnya bagi meningkatkan lagi prestasi mereka ketika bertemu Sarawak di Kuching pada 29 Mac depan.

“Petang ini kita akan bertemu Perak di Ipoh dan saya akan memberi peluang kepada Alen untuk merasakan keadaan panas dan juga turut merasai corak permainan yang di amalkan oleh kita di sini. Alan memberitahu saya bahawa dia terasa begitu letih dan cuaca panas juga membuatnya cepat penat tetapi dia akan mengatasinya secepat mungkin.

“Kesemua pemain akan di beri peluang ketika kita bertemu Perak dan saya akan menilai prestasi mereka untuk menamakan kesebelasan utama saya ketika bertemu Sarawak pada Liga Premier Jumaat ini. Inilah peluang terbaik bagi barisan pemain Kedah untuk membuktikan keupayaan mereka supaya dapat berada dalam kesebelasan utama.

“Saya hanya akan memilih kesebelasan terbaik bagi memastikan kita mampu meraih mata penuh ketika bertemu Sarawak kerana inilah sahaja jalan untuk memastikan kita terus merapatkan lagi jarak perbezaan mata berbanding pendahulu liga ketika ini iaitu KL Sime Darby FC dan juga Sarawak dengan lima mata,” kata Mario.

END.
#iamhijaukuning
© Media KFAKETUA jurulatih pasukan Kedah, Mario Tot yang pulang ke Kedah Khamis lalu menepati janjinya dengan membawa penyerang Alen Guć dari Croatia untuk mengantikan tempat ChAyene Santos bagi memastikan masalah terbesar Pasukan Hijau Kuning untuk menepati sasaran akan berakhir ketika Liga memasuki pusingan kedua pada 12 April depan.

Menurutnya, Alen adalah seorang pemain berpengalaman dan dia juga sudah beraksi pada divisyen satu Liga Croatia selama lima tahun dan beraksi bersama kelabnya di bahagian dua selama lima tahun lalu.

“Penyudahnya memikat saya untuk mendapatkannya sebagai penyerang Kedah yang menjadi punca Pasukan Hijau Kuning terpaksa berada di tempat keempat pada tangga Liga Premier ketika ini dan kehadiran penyerang dari Croatia ini bakal melupuskan segala masalah menepati sasaran oleh pasukannya.

'Mahathir tahu penyakit dialami Umno'

Wartawan Sinar Harian
24 Mac 2013
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
MARANG - Amanat Tun Dr Mahathir Mohamad tahun lalu bahawa 'lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali’ adalah satu sindiran tajam supaya rakyat tidak lagi menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Demikian kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menurutnya, walaupun ada yang berhujah bahawa perkataan ‘devil’ dan ‘angel’ dalam ungkapan asal Tun Mahathir, ia adalah satu metafora atau kiasan semata.

“Tetapi ia tidak menafikan hakikat bahawa Tun Mahathir sendiri telah membuat dua cabang kelas bahawa Umno-BN berada di pihak yang ‘buruk dan rosak’ manakala Pakatan Rakyat (PR) berada di pihak yang ‘baik’,” katanya.

Nak tunjuk hebat dari Mukhriz... Mat Bashah sanggup buat cerita bodoh...!

KANTOI: AKHIRNYA TOK MAT BASHAH MENGAKU MENIPU!!!




Tiada Cawangan PAS di Tunku Yaakob Alor Setar dan tiada ahli PAS bernama 'Ahmad Man' di situ

Oleh: Mat Kering

Dato' Mat Bashah buat pasai pulakkk... terpampang muka dalam sebuah akhbar harian pembohong nombor satu di Malaya iaiatu Utusex Meloya, kononnya 72 ahli PAS masuk UMNO di Taman Tunku Yaakob. Alahai Mat Bashah oiii walaupun MK ni orang Taman Wira tapi Alog Setag tu kawasan jajahan takluk aku... maksudnya aku berada dan berjuang dalam PAS Kawasan Alor Setar, takkan aku tak tau status cawangan PAS Kawasan.

Untuk pengetahuan rakyat jelata 1Malaya... tiada cawangan PAS di Taman Tunku Yaakob tapi penyokong PAS tak dinafikan di mana-mana ada, termasuk yang bekerja di ibu pejabat UMNO Kedah tu pun ada penyokong PAS (jangan terkejut nooo) tapi tiada ahli PAS yang bernama Ahmad Man di situ! Jelas ityu satu pembohongan oleh media2 talibarut APCO dan Tok Mat Bashah.

UMNO mula buat pening-pening lalat bab 'Kesultanan Sulu'

Hairan kenapa Umno iktiraf 'Kesultanan Sulu' yang tak wujud

KUALA LUMPUR: Undangan yang dibuat oleh pihak Umno ke atas keluarga Kiram dari Sulu, Filipina pada Perhimpunan Agung Umno menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada orang ramai.

Bekas Setiausaha Eksekutif Umno Silam, Mutalib MD berkata, jemputan itu tidak sewajarnya dilakukan oleh Umno kerana keluarga Kiram bukan lagi mewakili sebarang kerajaan.

Menurut beliau, Kesultanan Sulu sudah hancur sejak 1936 dan kini keturunan sebenar Kesultanan Sulu telah tiada lagi bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Filipina.

Katanya, orang Sulu yang tinggal di Pulau Sulu di Filipina sememangnya orang Sulu, tetapi mereka yang tinggal di pulau itu sekarang bukan lagi keturunan Kesultanan Sulu yang sebenar.

"Jadi, jika ada pihak yang mendakwa mereka Sultan Sulu atau keturunan Kesultanan Sulu, itu adalah bohong atau pihak yang menyamar semata-mata.

"Ini termasuklah dalam kalangan keluarga Kiram yang dikaitkan dengan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah sejak 9 atau 12 Februari lalu," katanya ketika dihubungi 22 Mac lalu.

Apabila pemuda umno sendiri tolak pemimpin UMNO & lagi suka pemimpin PR..!!


kami memang nak bagi MANDAT kat hang NAJIB tapi sebagai KETUA PEMBANGKANG..!!!

Beri kami mandat 5 tahun lagi kerana 55 tahun yang lalu kita lupa untuk melakukan BR1M dan kita pasti jika kita diberi mandat 5 tahun lagi baru kita betul-betul boleh mufliskan negara. Percayalah saudara-saudari akan janji-janji manis saya berana saya bukan sahaja akan meneruskan pemberian BR1M setiap tahun, malah saya akan memberi kaum wanita Malaysia sebentuk cincin belian yang bernilai 24 juta seorang. 

Kerana saya akan pastikan kita duduk sama rendah dan berdiri tak tinggi-tinggi macam isteri saya. Saya berjanji dengan sungguh-sungguh yang tuan-taun dan puan-puan akan mendapat makanan yang berzat sebagaimana isteri saya lakukan. Tidakkah saudara melihat bagaimana sihatnya isteri saya hasil daripada pemerintahan saya. Saya akan pastikan kepada puan-puan, adik -kakak akan memiliki barang-barang kemas dan beg berjenama yang sama dimiliki oleh isteri saya.

11 soalan untuk ISMA

44330_417751214972690_70156924_nISMA secara tiba-tiba mengumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya. Di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, hasrat ISMA itu tidak boleh dihalang sebagaimana nenek Maimun Yusuf yang dibenarkan menjadi calon bagi parlimen Kuala Terengganu pada tahun 2008 dahulu.

Walaubagaimanapun, sebagai sebuah NGO yang mendakwa diri mereka sebuah jemaah Islam yang mirip Ikhwanul Muslimin di Mesir, beberapa persoalan perlu dijawab agar rakyat tidak terus terkeliru dengan beberapa kenyataan dan tindakan mereka mutakhir ini yang agak memeningkan.

1. Melayu sepakat, Islam Berdaulat
Slogan yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden ISMA Haji Aminuddin Yahaya dan dipersetujui oleh pimpinan ISMA ini secara jelas memberi jaminan bahawa Islam di Malaysia akan berdaulat jika kaum Melayu sepakat.

Persoalannya, bagaimana dengan tahun 1974 – 1978 apabila dua entiti Melayu terbesar iaitu PAS dan Umno bergabung, adakah kedudukan Islam pada waktu itu lebih baik?

Jika Islam eksklusif untuk orang Melayu, bagaimana pula dengan Cina Islam, India Islam dan kaum-kaum lain beragama Islam di Malaysia? Adakah Melayu Islam lebih mulia berbanding Muslim dari kaum lain?

Siar Manifesto - Tempoh 10 minit itu hanya sebagai ajak-ajak ayam

Siar manifesto PRU: Kerajaan tak ikhlas, kata Pakatan
JAMILAH HAMZAH
24 Mac 2013
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kerajaan tidak bertindak telus dalam soal memperuntukkan ruang masa kepada parti-parti politik memperkenalkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR  akan mengadakan perbincangan untuk memutuskan keperluan  pakatan pembangkang menggunakan ruang 10 minit yang diberikan kerajaan.

Menurutnya, tempoh masa dan syarat  yang diumumkan  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kelmarin  seperti "memperbudakkan" parti politik terutamanya pembangkang.

Beliau berkata, pada umumnya RTM adalah 'ala' Barisan Nasional (BN) yang digunakan 24 jam sehari untuk menyiarkan makluman termasuk manifesto parti kompenan perikatan itu.

Najib kena "BOOOOO" lagi...!!!

KALI ini di komen facebook & sinar harian... 
anda lihatlah....

Anda lihatlan sendiri KOMEN-KOMEN rakyat Jelata atas artikal NAJIB ini

Rahsia ketua penceroboh boleh terlepas terbongkar.. Inilah MalaysiaKU



Seorang lelaki yang membantu rakyat Filipina untuk pulang ke Sulu selepas insiden pencerobohan ke atas Sabah gusar untuk kembali ke tanahair kerana bimbang bakal menghadapi tindakan oleh penguatkuasa undang- undang menurut laporan akhbar online, ABN News

Cerita panas dalam negara dari kaca mata Khalid Samad

Kematian Pi Bala
Oleh Khalid Samad

Setelah membuat pendedahan beliau dan mengatakan kenyataanbersumpah pertama (SD1) adalah yang sebenarnya dan yang kedua (SD2) dipaksa ke atasnya, PI Bala meninggal dunia. Ada yang mendakwa ianya hasil tindakan khianat BN. Samada benar atau sebaliknya saya tidak mahu komen.

Tetapi yang tidak boleh dinafikan adalah kenyataan bahawa PI Bala telah mengambil risiko untuk kembali ke Malaysia dan matlamat beliau, sehingga sanggup menghadapi risiko itu, adalah untuk menyatakan kenyataan bersumpah yang pertama (SD1) adalah benar!

Kematian beliau tidak menafikan bahawa beliau telah menyatakan beberapa kali secara terbuka bahawa SD1 adalah yang sebenar-benarnya. Dan terdedah pula bagaimana Najib sendiri yang terlibat menyediakan SD2 yang menafikan kebenaran SD1 untuk ditandatangani PI Bala! Cecil Abrahams dilaporkan berkata bahawa beliau telah menyediakan SD2 untuk Bala tandatangani di atas arahan Najib.

Masa operasi LTAL dilanjutkan sempena LIMA 2013


LANGKAWI - Masa operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) akan dilanjutkan sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2013) selama lima hari mulai 26 Mac ini.

Pengurus LTAL, Abdul Halim Othaman berkata, waktu operasi dilanjutkan dari 6 pagi hingga 12 malam berbanding 7 pagi hingga 11 malam sebelumnya.

Pihak pengurusan LTAL juga bersedia melanjutkan lagi masa operasi bergantung kepada permintaan penganjur LIMA 2013, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Seramai 25,000 hingga 30,000 pelancong dan pengunjung dijangka menggunakan LTAL sepanjang LIMA berlansung manakala beberapa syarikat penerbangan memberi jaminan untuk mengunakan pesawat lebih besar bagi membawa lebih ramai pelancongmenyaksikan LIMA 2013, katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...