TERKINI :

Saturday, March 23, 2013

LIVE - Ceramah DSAI di Johor

BERJASA anak emas Umno/BN?



Seremban 23 Mac 2013 – Banyak bendera PAS dan PKR yang dipasang sekitar DUN Paroi, Ampangan dan Sikamat pada ketika ini hilang , ada yang dibakar oleh pihak tertentu. Sedangkan bendera Umno dan BN begitu bebas berkibar di pokok-pokok, tepi jalan, tiang elektrk dan sebagainya.

Jika alasan belum waktu berkempen, kenapa hanya turunkan bendera PAS dan PKR?

Terbaru bendera BERJASA pun begitu bebas berkibar sekitar Ampangan, tanpa ada apa-apa tindakan lansung oleh pihak berkuasa tempatan.

Adakah Parti BERJASA merupakan anak emas Umno dan BN hingga diberi layanan istimewa sebebas-bebasnya mengibarkan bendera di Seremban ini?

Nampaknya ahli dan penyokong parti BERJASA tidak melalui perit jerih bendera, kain rentang, risalah di sabotaj oleh pihak tertentu.

Nampaknya parti BERJASA direntang pemaidani merah untuk bertanding di Malaysia.

Macamana PR nak bagi peluang pekerja 1juta selama 5 tahun..??


Selepas tiru internate free 30 minit hari nie tiru Permit Teksi pula..!!!

Najib tiru idea Anwar lagi!.. Anwar janji nak bagi Permit Teksi, Najib pun bagi Permit Teksi..

Samada Setuju atau tidak kita perlu akui bahawa Pemandu Teksi memainkan peranan penting dalam membawa perubahan politik di negara ini kerana merekalah antara kelompok yang paling dekat dengan rakyat.

“Sebaik kita tawan Putrajaya, kita umum harga minyak turun. Dan dalam beberapa minggu, kita umum segera permit untuk setiap pemandu teksi,” kata Anwar Ibrahim.

Oleh kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan permit teksi kepada setiap pemandu teksi, beberapa bulan yang lalu, Kerajaan UMNO/BN cuba menawan hati pemandu teksi dengan membuat sogokan empat tayar melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Ia dibuat dengan menyogok baucar bernilai RM520 untuk ditukar dengan empat tayar tetapi pemandu teksi perlu keluar duit poket sendirti jika harga melebihi had yang ditawar.

Bagaimanapun langkah tersebut telah dianggap sebagai hanya menguntungkan kroni mereka sahaja yang terlibat dalam industri melibatkan tayar... dan menjadi bahan tawa ramai Pemandu Teksi.

Bebaskan pasukan polis dari pengaruh politik 'samseng' UMNO..!

Tunggu sampai samseng serang balai polis!baru ada tindakan!

Assalamualaikum,,..

NONEMeneliti keluhan rakyat, nampaknya pihak polis tidak berminat mengambil tindakan terhadap samseng upahan UMNO malah tidak ada kenyataan apa pun dari polis berkaitan kerja gila para semseng ini terhadap PR.IGP baru saja melenting apabila ditanya wartawan berkenaan kenyataan bekas KM Sabah yang mendakwa polis memusnahkan IC milik rakyat keturunan Suluk yang menetap di Sabah.

IGP boleh melenting dengan dakwaan ini tetapi tiada ulasan berkenaan tindakan samseng yang merusuh di depan pejabat PKR yang terletak bersebelahan dengan balai polis.Polis cuma bertindak tegas dengan rakyat yang berkumpul menuntut pilihanraya yang adil, bersih serta bantahan bantahan lain yang ada kaitan dengan PR.Dasar pilihkasih yang menyerlahkan penguasaan UMNO terhadap polis.IGP juga tidak berkata apa mengenai sikap pemimpin tertinggi negara yang menyerahkan mandat kepadanya untuk menyelesaikan pencerobohan Sulu sedangkan mandat yang diberi itu terlalu berat dan tidak mampu dipikul oleh IGP yang akhirnya menyebabkan dua wira negara gugur tak pasal pasal! IGP patut sekali menyerahkan nota bantahan terhadap PM yang tidak bertanggungjawab terhadap pasukan keselamatan.

Gambaq terbaek dari kem Najib...



Ca hangpa renung betoi-betoi muka Piem Umno neh, kesian kan... Apa la gamaknya yang Najib tengah dok pikiaq time neh... hehe...

Sori la, saja ja Pak Long nak mengusik Najib... Jangan dok ingat pelik-pelik pulak bila hangpa tengok gambaq neh, kesian kat dia... hehe...

Gambaq neh depa ambik time Rosmah buat pelancaran buku biografi dia kat orang ramai. Biografi Najib tak tau la pulak bila... haha... Dengaq habaqnya Mahathir ada cadangkan biografi laki Najib tuh, oppss... biografi bini Najib tuh nak di edaqkan secara percuma kat bebudak sekolah, owhh... rosak habih la bebudak sekolah tuh...

Tak tau la pulak pasai apa percuma, mungkin dah tak laku kot...
Hehe... pandai sungguh Mahathir perli Rosmah...

Rahsia nyalakan api guna ais batu



Kesian IGP....kami tumpang simpati sahaja..nak kata tak cakap pun rasanya dah berbuih dah cakap..!


IGP, kami simpati dengan anda !


""Saya sudah diam lama, tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap mengarut. Kita menghadapi keadaan di mana orang saya mati (di Lahad Datu).

"Sekarang mereka di barisan depan menggadai nyawa. Kamu ingat ini main-main? Katanya, membuatkan wartawan terdiam seketika.

Marah betul IGP Ismail tentang soalan wartawan tentang dakwaan mantan KM Sabah Haris Salleh tentang perbuatan polis terhadap orang Sulu di Sabah..

Baru IGP tahu tentang permainan ahli politik UMNO dan sekutunya. Untuk pengetahuan IGP, biasanya pihak polis dan tentera akan menjadi mangsa politik permainan ahli-ahli politik.

Lihatlah di Amerika. Ramai menjadi janda ,ibu kehilangan anak dan anak menjadi yatim akibat arahan orang poltik mengerah Tentera Amerika menuju Vietnam,Iraq, Afghanistan dan Somalia.

Peribahasa al-najib untuk tatapan rakyat Malaysia

King Jason

#Kompilasi Peribahasa PRU 13 - Fuad Syazwan Ramli#

(1) “kerajaan Malaysia punya duit, Barisan Nasional dapat nama."

maksudnya: orang lain yang bekerja tetapi orang lain yang diberi penghargaan.

(2) “alang-alang memerintah, biar cukup 5 tahun."

maksudnya: melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

(3) “ibarat rakyat menunggu pembubaran parlimen."

maksudnya: sesuatu yang ingin dicapai tetapi sangat mustahil.

(4) “sepandai-pandai Najib elak pilihan raya, akhirnya terbubar dengan sendiri juga."

maksudnya: kelicikan seorang yang pengecut akhirnya berakhir juga.

(5) “ibarat melapor SPRM kesalahan rasuah UMNO."

maksudnya: perbuatan yang sia-sia.

Teknik suami nak kahwin adik dengan kakak yang dua beradik..!


Apa punya pengarah di RTM.. nak jumpa mahasiswa pon penakut..!

(Gempar) Najib letak jawatan...!


(Video) Betapa bongkaknya UMNO bila menolak undi cina & india...


Artis Sokong Pas, Ulamak Sokong Umno


Oleh Ustaz Idris Hj Ahmad

Ketika artis, pegaawai tertinggi tentera dan pegawai kerajaan tidak sokong Umno,, tiba-tiba ada cendekiawan Islam sedia tubuh badan penasihat khas BN untuk tadbir Kelantan. Dunia sudah tua, manusia yang diberi otak untuk memahami agama Allah pula hendak sokong perjuangan Umno yang batil dan penuh dengan rekod buruk sepanjang 55 tahun merdeka.

Apakah mereka ini golongan yang telah buta hati sehingga tergamak untuk membantu Umno di Kelantan. Kita tidaklah anggap pemerintahan Pas di Kelantan sempurna, sekurang-kurangnya lebih baik daripada negeri yang Umno perintah. Kenapa Prof Mahmud Zuhdi dan rakan-rakan yang sama waktu dengannya tidak menegur sikap zalim kerajaan Pusat yang sekat royalti minyak hampir RM12 bilion. 118 projek sejak RMK 6 disekat sampai di Kelantan. Apakah tidak berdosa kerja kerajaan Pusat?

Najib cakap semua bagus, cantik tapi bila nak mengundi nie?


Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Pertama kali dalam sejarah moden Malaysia, penggal parlimen dicukupi, Sebelum ini, sering didendangkan oleh PM yang memegang kuasa, kita perlukan mandat baru, kerana itu parlimen dibubarkan sebelum tempoh tamatnya. Tetapi kali ini, Najib kata kita tak perlu mandat sebab agenda transfomasi dan refomasi masih belum mencapai matlamat, otak kau Najib!

Siapa perlu transfomasi, siapa perlu refomasi? Yang sangat sangat diperlukan sekarang ialah kerajaan baru, kerajaan yang tidak melakukan trasfomasi dan refomasi, tetapi kerajaan yang tidak rasuah, tidak rompak harta rakyat sekalipun tanpa transfomasi dan refomasi. Tetapi Najib kata semuanya baik, semua cantik, negara tak perlu kerajaan baru kerana kerajaan yang ada sekarang sedia melakukan perubahan, perubahan otak kau, perubahan Rosmah adalah, dari mengaku menabung dari kecil kepada dipulangkan semula kepada syarikat pengeluar setelah dilihat besannya.

Najib terus menuduh pihak yang mencabarnya sebagai pihak yang akan menghancurkan negara atas alasan budak budak tadika. Pada Najib kerjasama PAS dengan DAP adalah satu dosa besar kerana DAP tidak akan membenarkan PAS melaksanakan hudud, sedangkan yang terjadi ialah kerajaan persekutuan yang ditabdir oleh UMNO yang memegang kuasa yang lebih banyak dari kerajaan negeri yang menjadi penghalang utama perlaksanaan hudud di Kelantan. Najib tak habis habis memperlekehkan PAS kerana menggugurkan cita cita perlaksanaan hudud dan diganti dengan negara berkebajikan kerana hendak bekerjasama dengan DAP dan PKR. Tetapi Najib tak pula mengatakan mengapa UMNO enggan melaksanakan hudud.

lsu Kurung - Pemuda PAS Jerai kunci mulut

Pemuda Pas kunci mulut isu Phahrolrazi 'dikurung'

Sumber Sinar Harian

ALOR SETAR – Pemuda Pas Jerai tidak mahu dilibatkan termasuk menolak daripada memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi 'dikurung' selama dua jam di sebuah sekolah agama di Bukit Besar, Kota Sarang Semut, dekat sini, Sabtu lalu.

Ketuanya, Mohd Firdaus Jaafar yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan memberi kenyataan mengenai kejadian itu.

"Saya tak mahu kata apa-apa, susah pulak nanti," katanya ketika dihubungi petang semalam.

Firdaus diminta mengulas tindakan Pemuda Gerakan membuat laporan polis berhubung kejadian itu atas alasan untuk meminta pihak berkenaan menyiasat apa yang berlaku sehingga menyebabkan keselamatan seorang anggota pentadbiran negeri diancam.

Jika pakat tak puas hati...lepas nie UMNO jaga negeri.. PR jaga Putrajaya..baru puas hati..!!!

oleh DepaKataV2

hangpa dengaq apa depa dok kata nie...
https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQpAffWjWxYJqAzL-maIChIZbstVpozt7CaPVth2T_N-kk8xv17hA

saya sokong dan istiqomah dengan perjuangan... malas nak berkira sangat consider level tegar la... tapi senario grass root di kedah ni harap pucuk pimpinan kena teliti bebaik... minta maaf kepada semua, kalau kali ini aku buat undi protes KAT KEDAH... PARLIMEN untuk PR, DUN untuk UMNO... REALITINYA awal pentadbiran penuh harapan...ditengah- tengah dah jadi UMNO... PENYUDAH SAMPAI SEKARANG HILANG IDENTITI PAS PUN TIDAK..UMNO PUN TIDAK... KALAU NAK BUAT PERANGAI MACAM UMNO, AWAL2 DECLARE TAK LA AKU AKTIVIS KAT BAWAH NI BUANG MASA, BUANG DUIT BACK UP UPU, AKU NI DOK PARLIMEN SIK, DUN JENERI.. PI KAT BALING PUN BUNYI X PUAS HATI KAT MB, PI KOLA KEDAH PUN PAKAT X PUAS HATI MB, PI S.P PUN SAMA X PUAS HATI... KALAU PAKAT X PUAS HATI KITA BAGI KAT UMNO JAGA NEGERI... PR JAGA FEDERAL... BARU PUAS HATI...

Orang Khianat Akan DiPacakkan Bendera Dihari Kiamat


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/atTakiri1.pngKUALA TERENGGANU - Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, sebesar-bear pengkhianatan adalah pengkhianatan pemerintah terhadap orang awam.

Beliau memetik makna sepotong hadis RasuluLlah SAW, katanya, setiap orang yang khianat akan dipacakkan bendera di hari kiamat, berdasarkan kecil dan besar pengkhianatannnya.

Katanya, janganlah kehebatan pemerintah itu menghalang daripada umat Islam menyatakan kebenaran dan ketahuilah sebesar-besar jihad adalah kalimah yang benar di sisi pemerintah yang zalim.

"Nabi SAW menegaskan, khianat bukan perkara kecil..........Allah memberikan amanah kepeda pemerinth untuk melaksanakan amanah kepada rakyat, amanah yang kita berikan kepada Menteri esar terengganu adalah untuk menunaikan hak-hak rakyat,

Ayuh....Fathul Bari, Kita Bersatu Di bawah Islam, Bersama PAS!


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/mohd%20nor%20hamzah.jpgTiba-tiba ada suara yang mengajak kepada apa yang dipanggil sebagai “Perpaduan”. Belum hilang ingatan rakyat kepada tuduhan “PAS Parti Ajaran Sesat” yang mereka adakan wacana suatu ketika dulu (sehinggakan huruf jawipun berterabur tak tahu nak eja – sesat jadi “Syesyat” mereka mengajak PAS bersatu pula. Sekejap sesat, sekajap bersatu....macam biskut.

Bagi saya, saya boleh menerima perpaduan itu dengan kita pakat-pakat menyokong PAS dalam PRU nanti. Bermakna Umno mesti menyuruh penyokongnya mengundi PAS kerana itulah langkah pertama kearah perpaduan PAS – Umno. Kenapa perlu Umno menyokong PAS dalam PRU nanti untuk bersatu? Ini sebabnya :

1. 56 tahun Umno khianati rakyat dengan tangannya berlumuran dengan darah dan najis hasil daripada sikap jahatnya terhadap PAS, Islam dan rakyat diwaktu yang sama Umno mula cemburu dengan perpaduan  yang berjaya dibina oleh PAS melalui kerjasamanya dengan parti PKR dan DAP yang mula mendapat sokongan dan keyakinan rakyat untuk mengadakan perubahan dalam PRU.

Tentera jaga sempadan diminta tidak leka - Azizan

 
lahad datu Dua anggota tentera melakukan rondaan di Kampung Tanjung Batu bagi mencari saki baki pengganas bersenjata yang masih bersembunyi di Kampung Tanjung Batu, hari ini.- Foto Bernama
 
PENGKALAN HULU - Anggota tentera yang bertugas di kawasan sempadan Malaysia-Thailand diingatkan agar sentiasa waspada dengan sebarang kemungkinan sekalipun keadaan di situ aman.

Panglima Dua Divisyen Mej Jen Datuk Azizan Md Delin turut meminta anggota pasukan keselamatan di sempadan itu mengambil iktibar kejadian pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Dalam menjaga keselamatan negara ini tidak boleh leka kerana pasti ada pihak yang berniat jahat mahu menyelinap masuk ke negara ini sama ada untuk melakukan jenayah mahupun menggugat kedaulatan negara, katanya hari ini.

Adakah UMNO akan bela PENYOKONG dia yang MABUK ini..???

MACAI UMNO MABUK ARAK, PUAK-PUAK NI LA YANG SELALU DOK PERLI PAS "TAKE BEER" KALAU TAK MABUK BUKAN UMNO LA NAMANYA.... KAHKAHKAH...

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku bersalah mengugut bunuh seorang lelaki yang didakwanya berjalan sambil membawa bendera Pas dan DAP, 18 Mac lalu.

Hukuman terhadap lelaki berusia 40 tahun itu bagaimanapun ditangguhkan Mahkamah Majistret di sini, semalam berikutan fakta yang belum lengkap.

Noor Rozi Harun, 40, mengaku mengugut Mohamad Zahari Ibrahim, 53, dengan berkata ‘kalu mu tok buang aku bunuh mu dan tikam mu’ di tepi jalan Bandar Madrasah Pasir Puteh, jam 6.10 petang.

Siapa yang berhenti dulu, Najib atau Taib?

oleh Aspan Alias

Najib sedang berhadapan dengan satu lagi tekanan, iaitu berhubung dengan isu rasuah dan penyalah gunaan kuasa oleh Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Pembenterasan rasuah merupakan salah satu dari NKRA yang di laung-laungkan oleh pentadbiran Najib sejak beliau mengambil alih jawatan dari Abdullah Badawi. Video Global witness yang tersebar luas tidak boleh menyorokkan apa yang sedang berlaku dalam pentadbiran Taib Mahmud, dan itu pun persepsi lama rakyat terhadap Ketua Menteri tertua dan terlama sekali mentadbir sesebuah kerajaan negeri itu.

Rakyat sedang menunggui tarikh pilihanraya untuk membuat penentuan dan isu ini sudah tentu menjadi isu yang boleh mempengaruhi sikap pengundi dalam pilihanraya yang akan datang tidak lama lagi ini. Sejak akhir-akhir ini BN sedng menghadapi terlalu banyak isu yang bakal membawa malapetaka kepada kerajaan yang diterajui BN ini.

Dalam pilihanraya negeri tahun lepas Najib telah berjanji akan menyediakan pelan persaraan Taib Mahmud tetapi sekarang janji-janji beliau itu tetap tinggal janji dan Taib masih melakukan apa yang sangat di benci dan di isukan oleh rakyat sekian lama. Apa yang berlaku yang terlihat di dalam video Global Witness itu adalah satu perkara yang tidak mengejutkan sesiapa. Video itu hanyalah menambah keyakinan dan bukti yang tuduhan rakyat terhadap BN sebagai parti yang terlalu sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu seratus peratus benar.

MBAS benar parti politik pasang bendera

Photo: Orang aloq setaq duk nganga lagi pasang sampai kelam....

Eishhh RM700 dan 14 hari penjara sahaja untuk pesalah menuruskan pusat hiburan tanpa lesen di Kedah..!!!

Pengusaha pusat hiburan tanpa lesen didenda
Wartawan Sinar Harian
22 Mac 2013
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki didenda RM700 selepas mengaku bersalah menguruskan pusat hiburan tanpa lesen sah di Taman Bandar Baru PKNK di sini semasa pertuduhan dibacakan kepadanya di Mahkamah Majistret Sungai Petani semalam.

Leow Teik Hock, 45, didenda RM700 atau 14 hari penjara sekiranya tidak melunaskan denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menguruskan pusat hiburan tanpa  lesen yang membenarkan tertuduh menjalankan perniagaan dari pihak berkuasa.

Buka Pusat Hiburan denda 14hari penjara tapi Takung ayaq bela nyamuk aedes kena sampai 4 bulan...

Padah biar air bertakung
Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2013
BALING - Seorang lelaki didenda sebanyak RM150 atau penjara selama empat bulan oleh Mahkamah Majistret Baling, setelah mengaku bersalah membiarkan air bertakung di dalam tayar buruk sehingga berlakunya pembiakan nyamuk.

Badrul Hisham Endot, 33, dari Simpang Tiga, Pokok Gelugor  melakukan kesalahan di hadapan kediamannya kira-kira jam 10 pagi pada 25 Mei dua tahun dulu.

Hukuman dijatuhkan mengikut Seksyen 13(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (akta 154) kerana menimbulkan sesuatu keadaan yang boleh membiakkan dan memberi perlindungan kepada larva nyamuk Aedes Albopictus di dalam sebuah tayar buruk di luar kediamannya.

Azizan akan terus terajui Kedah - Pemuda PAS Negeri

Pemuda Pas yakin Azizan terus teraju Kedah
Ahmad Yahya
Ahmad Yahya
 
ALOR SETAR - Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah yakin Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan terus diberi mandat oleh Pusat menerajui parti termasuk negeri, selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) Kedah mengekalkan kemenangan.

Ketuanya, Ahmad Yahya berkata, Azizan boleh diibaratkan seperti imam yang berjaya memimpin makmum dan sehingga kini beliau tidak terbatal syarat untuk terus diberi kepercayaan memimpin di Kedah.

“Azizan adalah pesuruhjaya negeri dan sayap parti teguh di belakang beliau untuk bersama berjuang memerangi musuh politik, iaitu Barisan Nasional (BN). Jangan pula ada pihak yang lebih laju daripada imam atau mahu cantas kedudukan beliau,” katanya.

Azizan kekal: Ulamak PAS Kedah sokong Presiden

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah menyatakan sokongan terhadap kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, bahawa Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan memimpin sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan tidak ada sebarang pertukaran dalam menghadapi PRU13.

Justeru itu, kata Setiausahanya, Syeikh Muhd Zainul Asri Romli sesuai dengan ketetapan itu, semua pimpinan PAS di negeri Kedah dan dewan-dewan diminta menumpukan kerja dalam menghadapi PRU yang bakal dihadapi dalam waktu terdekat ini.

“Tugas utama kita ialah menumbangkan kekuasaan dan kezaliman Umno dan Barisan Nasional.

“Dengan ini, Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah berdiri teguh bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan kepimpinan Majlis Syura Ulamak, untuk mempertahankan kemenangan PAS di Negeri Kedah dalam PRU13,” tegas dalam satu kenyataan ringkas.

Anwar yakin dia disasarkan dengan dakwaan kes Sulu

(Anwar bergambar dengan crew Treler Demi Rakyat selepas melancarkannya. Dengan ini ketiga-tiga parti Pakatan mempunyai treler masing-masing menjelang pilihan raya umum ke 13 ini)

SELAYANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau adalah orang yang disasarkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib  dalam kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu sekarang.

Bagaimanapun Anwar berjanji beliau tidak akan berhenti dengan dakwaan itu bahkan akan memberikan semangat lebih kuat kepada beliau untuk melawan kerajaan BN sehingga ia tumbang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dakwalah saya, fitnahlah saya tetapi jangan harap saya akan menyerah," kata Anwar ketika memberikan ceramah dalam program Merdeka Rakyat di Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri malam ini.

Anwar dipercayai mengulas pengakuan seorang yang didakwa dalam kes pencerobohan Sulu bahawa dia diupah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...