TERKINI :

Thursday, March 21, 2013

Patutlah NAJIB tak umum lagi PRU13, calon BN masih tak selesai lagi...!!

BN masih halusi senarai calon, Soi Lek dijangka tidak tanding PRU13
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
21 Mac 2013
PRU13
PRU13
 
SHAH ALAM - Ekoran kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu, rombakan besar-besaran dipercayai telah dilakukan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) kali ini.
Dua tokoh utama parti komponen BN juga dikatakan tidak tersenarai sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut sumber, hanya tiga presiden parti komponen utama BN di Semenanjung Malaysia iaitu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mesyuarat kelmarin masih belum ada keputusan lagi. Masih ada pembahagian, parti mana ambil berapa kerusi," kata seorang sumber yang mahu namanya dirahsiakan kepada Sinar Harian Online.

Keputusan itu dicapai dalam pertemuan perdana menteri bersama ketua-ketua komponen BN kelmarin.

Ketua Penceroboh bolos keluar tinggalkan Sabah... nampknya 'sempadan' kita bolos lagi..!!!

Agbimuddin Kiram tinggalkan Sabah 11 Mac, sembunyi selatan Filipina

21 Mac 2013
Zulkifeli Mohd Zin

LAHAD DATU - Ketua pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, Azzimudie atau Agbimuddin Kiram telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac dan kini bersembunyi di pulau-pulau kecil di selatan Filipina.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perkara itu disahkan hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.

"Azzimudie bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak mahu kedudukannya diketahui Bangsamoro dan kerana takut ditangkap pihak berkuasa Filipina," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Lahad Datu : Bekas Pengarah Siasatan Jenayah tegur Peguam Negara

'Penceroboh patut dianggap lancar perang sejak awal'

NONEKelmarin, rakyat dihidangkan dengan satu lagi episod baru dibintangi oleh Tan Sri Abdul Gani Patail, anak kelahiran Sabah, yang dilaporkan mengepalai pendakwaan seramai 8 orang daripada penceroboh bersenjata di Lahad Datu, kerana kesalahan keganasan dan melancarkan perang terhadap SPB Yang Di-Pertuan Agong.

Gani sepatutnya sedar hakikatnya, bahawa pertuduhan melancarkan perang terhadap YDP Agong yang dikenakan keatas tertuduh itu, bukan membuktikan keberanian, kecekapan atau kepintaran beliau sebagai peguam negara.

Sebaliknya, pertuduhan yang dikenakan setelah 10 orang anggota keselamatan kita terkorban, hanya menyerlahkan kelemahan, kecuaian dan keangkuhan Gani Patail sendiri, yang sepatutnya telah bertindak melaksanakan tanggungjawab utama beliau semenjak pencerobohan bersenjata itu dikesan lagi.

Chua Soi Lek pemimpin 'touch-no-go'

Oleh Aspan Alias

Kita boleh nampak dengan jelas reaksi dari BN khususnya MCA apabila Lim Kit Siang mengambil keputusan untuk bertanding di Johor dalam pilihanraya kali ini. Tindakan Penasihat DAP untuk menawarkan diri bertanding di Johor ini tidak sepatutnya di jadikan isu oleh MCA jika benar-benar MCA masih kuat dan relevan sekarang ini.

Pertamanya LKS sememangnya berasal dari Johor dan tidak sepatutnya penhijrahan beliau ke Johor menjadi isu kepada mana-mana pihak.Tidak perlu melabelkan LKS sebagi pemimpin ‘touch-n-go’ seperti yang di tuduh oleh pihak Chua Soi Lek itu kerana LKS merupakan pemimpin  parti yang di terima oleh mana-mana kawasan di negara ini.

Yang bertanding itu bukannya LKS tetapi adalah DAP dan LKS sebagai seorang yang berpengalaman beliau sememangnya boleh meletakkan diri beliau di mana-mana parti merasakan perlu untuk bertanding. Yang penting beliau di terima oleh parti kerana DAP adalah parti yang sudah di terima oleh semua kaum dan rakyat.

Ini dia senarai 7 DOSA BESAR UMNO BN versi 2...


Subky Latif, 21 Mac 2013

SAYA tidak hendak menyama dan membandingkan tujuh dosa besar yang dikatakan oleh Perdana Menteri Najib dilakukan PAS atau kerajaan Kelantan dengan hadis tujuh dosa besar yang baginda Rasulullah SAW sabdakan.

Tetapi dengan tujuh dosa besar yang najib timbulkan itu seperti adalah tujuh dosa besar selain dari disebut dalam hadith Rasulullah SAW itu.

Kupasan atas dosa besar yang Perdana Menteri sebut itu telah saya kupas di media ini sebelum ini.

Maka kali saya cuba kaitkan antara dosa besar yang baginda sebut itu dengan keadaan semasa di kalangan kehidupan kita.

Hadis Rasulullah SAW itu adalah tafsiran kepada firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 31 yang bermaksud: Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu dan akan Kami masukkan ke dalam tempat yanag mulia (syurga).

Dosa-dosa besar itu seperti yang disebut Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Sulaiman bin Hilal, dari Tthaur bin Zaid, dari Salim Abil Mughith, dari Abu Hurairah bermaksud: Jauhi tujuh hal yang membinasakan.

PRU13: 9 negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Katanya, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Malah Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.

"Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang  tidak tertanggung.

"Sebab itulah, apabila mereka mendapat berita pembubaran semalam, terus menarik nafas lega kerana ia memang ditunggu-tunggu mereka. Masing-masing menyatakan kekecewaan bila dapat tahu ianya tidak jadi," katanya kepada Harakahdaily.

Menoleh semula di sebalik Mageran Kelantan 1977

Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar,


(Antara keratan akhbar ketika Mageran diisytiharkan di Kelantan 1977)

Selepas insiden 13 Mei 1969 yang di mulakan oleh Harun Idris yang mengetuai pemuda tahan lasak, maka parti PAS terasa terpanggil untuk bersatu dengan niat yang murni menyertai Kerajaan Campuran PAS  Perikatan di Kelantan pada tahun 1973. Ketika itu, Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Razak Hussein mentadbir negara.

(Sebagaimana yang di lapurkan oleh dokumen-dokumen yang di klasifikasi sebagai tidak lagi sulit oleh kerajaan British di London)

Manakala pada tahun 1974, PAS menyertai Barisan Nasional untuk bergabung dalam kabinet Kerajaan Persekutuan yang di tadbir Umno.

Namun niat baik PAS untuk bersatu telah dimanipulasi Umno untuk menimbulkan pepecahan sesama pemimpin PAS hingga menyebabkan PAS di buang daripada Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Hussein Onn Perdana Menteri Ketiga, pada penghujung tahun 1977.

[PANAS] Ada KCS berpakat dengan bakal MB Kedah untuk jatuhkan kerajaan negeri Kedah..!!

Tugasan Hakiki KCS dan Pakatan dengan Mukhriz Memutuskan Garisan Profersionalisme.
Oleh: Teropong Hikmat

http://www.yourcolor.net/academy/wp-content/uploads/2011/11/yourcolor-financial-reports.jpgPada Mac 2008, di Seri Mentaloon diadakan satu perjumpaan antara semua Pegawai KCS dengan Menteri Besar yang baru dilanti selepas menang Pilihanraya Umum ke -12. Antara ucapan YAB Ustaz Azizan yang menjadi sejarah ialah pembebasan KCS dari paksaan menyokong dan mendokong parti politik kerajaan yang memerintah kerajaan.

Antara ucapan MB ialah... Tuan-tuan dari kalangan yang terpelajar, apa yang tuan-tuan belajar di universiti, tuan-tuan gunakanlah untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan yang profersional. Saya tidak akan memaksa tuan-tuan bekerja untuk parti saya, tuan-tuan boleh menjadi UMNO, MCA, MIC atau apa saja parti yang tuan-tuan suka. Ini negara bebas, tuan-tuan berhak untuk menganuti sebarang kefahaman politik. Saya ada jentera parti saya yang telah bekerja memenangkan kami sebagai kerajaan yang memerintah negeri ini. Saya perlukan para pegawai yang profersional untuk berkhidmat kepada rakyat yang memilih kita semua".

Selepas ucapan pada malam itu, KCS bebas menyokong atau menentang PAS-PKR-DAP, tetapi mereka wajib profersional melaksanakan tugas hakiki pentadbiran dan menyimpan kerahsiaan maklumat tertentu berkaitan kerajaan. Mereka bebas menyokong BN-UMNO selagi tidak melakukan tugasan pentadbiran atas kehendak UMNO seperti yang pernah berlaku sebelumnya. Ramai yang mengistiharkan secara terbuka sokongan dan simpati mereka kepada UMNO, dan ia tidak membimbangkan MB.

Syoknya jadi KETUA PEMUDA UMNO PERAK..!!!

 

King Jason

Suatu Permulaan...pengakuan dari cai umno..

Aku tahu bilamana aku mula menyatakan sokongan kepada Dato' Ahmad Husni maka akan ada pihak-pihak yang tidak suka dengan aku. Pelbagai komen yang jijik dihidangkan dalam peti komen aku mengatakan aku dibayar oleh pihak yang ingin melihat Umno tersungkur sekali lagi di negeri Perak.

Sampai begitu sekali. Kenapa tidak ditanya kepada Datuk Seri MB apa perkara yang dia buat sampai buat ahli Umno mcm aku menjadi seolah saldadu Sulu menyerang Malaysia tempohari??? Sudah diberi pelbagai imbuhan namun tergamak menyerang tempat mereka mencari nafkah. Bukan begituuuu. Aku ada asas yang nyata untuk menyerang kepimpinan Datuk Seri MB. Tidak percaya? Ok benda pertama aku nak kongsi dengan anda jika mengaku sayangkan parti keramat melayu ini.

MAHKAMAH dapati RTM menipu.. YB Nasir menang saman RM150,000

ADUN PAS Kedah menang saman RM150 ribu keatas RTM


ALOR SETAR, 21 Mac — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa berjaya memenangi kes tuntutan saman fitnah ke atas Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan sebanyak RM150 ribu selepas Mahkamah Tinggi Kedah membuat keputusan pagi ini.

Dalam penghakiman hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50 ribu, manakala penerbit rancangan RTM “Titik Sentuhan” Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula diarah membayar sejumlah RM70 ribu.

Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu.

#LISTEN ...UUM Not for Universiti UMNO Malaysia..!!!

 

Kami membantah sekeras-kerasnya tindakan HEP UUM yang tidak membenarkan Syeikh Zainul Asri menyampaikan ceramah dan menggantikan beliau dengan penceramah yang lain atas alasan yang tidak munasabah!

Beliau tidak dibenarkan memasuki kampus Sintok atas 'alasan' individu yang mempunyai jawatan dalam parti PAS.

Persoalannya kenapa Ustaz Fathul Bari yang merupakan CEO Ulamak Muda UMNO (ILMU) dibenarkan pula memasuki kampus semasa Student Leadership Camp (SLC) pada Februari lepas??! Adakah UMNO sebuah NGO??

Isu Cincin - Akhirnya Rosmah mengaku..!!!

Rosmah dakwa beliau berat hati terima hadiah barang kemas


KUALA LUMPUR, 20 Mac — Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa dalam biografinya beliau berat hati untuk terima hadiah barang kemas yang mahal dari kerajaan asing sebagai tanda penghargaan.

Isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu menafikan membeli cincin berlian berharga RM24 juta seperti didakwa pembangkang dua tahun lalu.

"Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya," kata Rosmah dalam biografinya yang dilancarkan semalam oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dan apabila telah diberi, saya pun memakainya. Takkan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia disimpan kaku dalam kotak simpanan," katanya lagi.

Jika macam nie punya kelaku... KEDAH boleh kat BN tapi PUTRAJAYA kita tawan.... punggahh....!!!

Perang dingin antara kem Sg Limau & Pengkalan Kundur sudah masuk tahap culik menculik dah...!!

http://media1-cdn.malaysiakini.com/447/1220ab10ffbb337333f46259f843ccd0.jpg

depa kata lanie perang dingin antara kem Sg Limau & Pengkalan Kundur sudah masuk tahap culik menculik dah....tak kegila nak pie ceramah kawasan Sg Limau boleh orang pie culik tak bagi ceramah...takut apa dia tak tau....mai hari nie ULAMAK KEDAH pula buat kenyataan supaya Azizan diganti dengan orang yang lebih sihat untuk memimpin PAS Kedah hadapi PRU13...

Namun mai petang Presiden PAS telah buat kenyataan AZIZAN tetap meminpin PAS Kedah.....depa dok heran skrg nie Presiden tak dengaq kata ahli di kwsn nak dengaq sapa lagi...jika macam nie punya kelaku Azizan dengan Phahrol nie baik drop aja masa pru13 nie dua2 org dah buat semak dalam negeri kedah...asyik nak bertokak sahaja dua org tu...org hang org aku semua 2x5....sampai terkini jadi kes kidnap menginap....apa kejadahnya sampai jadi macam tuu..jika nak buat kerja cara islam dia takan jadi sampai macam tuu...jangan ingat org tak tau apa berlaku dalam PAS kedah.. zaman skrg bukan zaman dulu....

Kalau Allah baik kenapa perlu buat Neraka..???

Islam Agama Ku : Kalau Allah baik kenapa buat Neraka

http://2.bp.blogspot.com/-ijUEHfjfwfU/UFvdKhwaBII/AAAAAAAABLU/2K4BSX_XOOg/s1600/allah_hijau.jpg

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Tu dia ada anak RAJA dok komen pasai PAS..!!!


Bekas Exco PEMUDA UMNO dedah pasai apa dia keluar parti dan joint PAS..!!

Punca bekas Exco Pemuda Umno Larut keluar parti
Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2013
SELAMA – Bekas Exco Pemuda Umno Larut, Zulkifli Minhat mendedahkan, banyak masalah berlaku dalam Umno terutama di peringkat kampung, yang menjadi punca beliau meninggalkan parti itu setelah sekian lama dan pernah menjadi exco pergerakan itu pada 2008.

Zulkifli yang kini menyertai Pas mendakwa, terlalu banyak penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa berlaku dalam Umno terutama melibatkan pemberian bantuan dan sebagainya.

Katanya, beliau melihat kebanyakan bantuan diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya dan selepas melihat sendiri keadaan seumpama itu kerap berlaku, timbul rasa tidak suka dengan cara kerja dijalankan.

"Kita sebagai orang muda tak dapat terima keadaan itu kerana di peringkat kampung, masih ramai individu atau keluarga yang susah dan memerlukan tetapi tidak mendapat hak mereka.

Mahkamah mendapati RTM menfitnah ADUN Kubang Rotan YB Nasir Mustafa

Terkini !! Tahniah....

Mahkamah Tinggi Alor Setar Pagi Ini Telah mengarahkan RTM & Dua Ahli Umno Membayar RM120 Kepada Adun Pas Kubang Rotan,YB Nasir Mustafa & Kos RM30 Ribu Kerana Memfitnah Beliau !!

inilah ucapan mula2 YB di fb beliau.. Ya Allah! Aku bersyukur kpdMu!


INI kesnya...

SPR mula cuci tangan..daftar pemilih tak BERSIH diguna PRU13

Dari tahun 2008 hingga 2013 berbuih2 kami utarakan masalah ini.
Tapi bila dah nak PRU, macam2 alasan diberi.
Orang suruh jaga data, bukan suruh BERPOLITIK!!!!!
POLITIK kerja orang POLITIK!!!!
Sebelum nie pun Suruhanjaya Pilihanraya dah dibuat.
40,000 data meragukan. Tp SPR tetap TIDO!!!
Cakap jer la korang memang BALACI BN!!!
KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!

Sultan Sulu duk kata ada komando Malaysia nak bunuh dia..!!

Keluarga Sultan Sulu Dakwa Jadi Sasaran Bunuh Komando Malaysia

SHAH ALAM – Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Kesultanan Sulu mendedahkan terdapat rancangan untuk membunuh ketua mereka, Jamalul Kiram III, penasihat Pastor ‘Boy’ Saycon serta ahli keluarga mereka oleh komando Malaysia.

Memetik beberapa laporan media Filipina, jurucakap kepada Jamalul, Abraham Idjirani mendakwa, seorang berpangkat Kolonel bernama Sunny Ng bersama dengan empat komando tiba di negara mereka untuk menyelesaikan misi tersebut.
Abraham juga mendakwa pasukan komando ini turut mengupah tiga warga tempatan dari New People’s Army dari Daerah Quezon untuk membantu mereka.

Bercakap dari kediaman Jamalul di Bandar Taguig, Abraham berkata, rancangan ini telah didedahkan oleh seorang peguam yang pernah bekerja dengan Pastor Saycon, tetapi sekarang peguam tersebut bekerja dengan seorang usahawan Malaysia yang bernama Kenneth Lee.

Wartawan Utusan nak ke Harakah?

Oleh H FANSURI

Orang Utusan nak kerja Harakah?Baru-baru ini, pemberita Utusan Malaysia mengajak saya berbual-bual dengan saya. Antara isunya adalah hal kemelut kerja di tempat mereka.
 
Seperti biasa, saya pun bercerita juga hal kemelut kerja yang semakin kalut menjelang hari-hari pembubaran Parlimen dan penggulingan Najib Razak ini.
 
Perkongsian rasa dan pertukaran pemikiran itu boleh dikatakan seimbang. Kejujuran itu menyebabkan kami tidak meng'SB'kan antara satu sama lain.

Ya, ada gurau-gurau juga sepanjang bualan itu. MUngkin sama juga dengan ahli-ahli Parlimen BN dan PR yang bergaduh dalam pembentangan, tetapi siap bergelak ketawa semula selepas berlabun di cafe! 

Tapi wartawan tak pandai hendak hipokrit. Kisah Lahad Datu juga berbangkit. Hal ini tentu saja laris dalam bualan. Ia adalah hal kedaulatan negara. Maka setiap jiwa pasti akan dihanyutkan oleh kisah ini setiap saat setiap ketika.

"Kalau dah menang nanti, kalau ada kerja kosong Harakah, bagtahulah," kata beliau, dengan nada gurau. 
 

Pengundi Sulu di #LahadDatu pulau Najib?

Oleh H FANSURI

Sulu tak sokong BN lagiKad pengenalan sudah diberi dan tempat juga sudah diberi. Hanya menunggu masa untuk turun mengundi. Itu keistimewaan yang diberikan Najib Razak kepada Sulu.

Entah di mana silapnya, rencana itu tidak mengikut pelan asal. Tiba-tiba saja, berlaku pertumpahan darah. Lalu, dikerahkan lebih ramai tentera ke Lahad Datu.

Lagu-lagu kepahlawanan berterusan didendangkan dengan harapan rakyat melupakan hajat asal Umno-BN.
 
Apakah niat asal Umno itu? Iaitulah rencana hendak jadikan undi kaum Sulu di Lahad Datu itu sebagai pengundi yang menyelamatkan kuasa BN.
 
Ya, siapalah yang dapat menjangkakan hal ini terjadi. Yang paling malang tentu sahaja balu-balu dan anak-anak tentera yang terkorban baru-baru ini.

Maksiat Oh maksiat..kenapa remaja suka dengan maksiat..???

Buat maksiat belakang pokok
Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2013
Buat maksiat belakang pokok
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh
 
KULIM - Polis berjaya menemui semula seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu di  sebuah ladang kelapa sawit dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.
Pelajar itu dikatakan lari dari rumah dan tinggal bersama rakannya.

Ketika ditemui, dia bersembunyi di belakang pokok kelapa sawit dan lebih mengejutkan, pelajar itu sedang melakukan hubungan seks bersama kekasihnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...