TERKINI :

Wednesday, March 20, 2013

Isu Altantuya: Pendedahan tanpa pendakwaan

Oleh Mohamed Hanipa Maidin,

Memang banyak perkara yang tidak kena dalam isu Altantuya. Rakyat sudah didedah dengan pelbagai pendedahan dari beberapa individu yang mengetahui isu pembunuhan gadis Mongolia tersebut. 


Mendiang Bala dan Deepak telah mendedahkan secara terperinci bagaimana mendiang Bala diarahkan untuk membuat akuan bersumpah kedua yang palsu dengan tujuan menafikan akuan bersumpahnya yang pertama.

Yang terbaru peguam Bala, Americk Sidhu mendedahkan peguam yang menderaf akuan bersumpah kedua Bala iaitu Cecil Abraham telah mengaku kepada Americk bahawa Najib adalah individu yang mengarahkan Cecil menderaf akuan bersumpah palsu Bala yang kedua itu.

Akuan bersumpah Bala yang pertama menurut Bala adalah cerita sebenar tentang pembunuhan Altantuya. Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah sama dengan keterangannya kepada polis apabila beliau disoal siasat oleh polis dalam kes pembunuhan Altantuya.

Nah !! Macamana tak botak negeri SERAWAK....!!!

SENARAI HARTA YG DI MILIKI OLEH KETUA MENTERI SERAWAK.... Pastikan Sarawak bukan milik BN lagi!!!

1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk Plantations Entiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang Future Atmosphere Sdn Bhd Abu Bekir Taib.

4. 11,000 hektar di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

5. 3,000 hektar … di Tinjar,Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yg berkahwin dgn bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) & CEO kpd SCORE Wilson Baya Dandot.

6. 750 hektar … di Jalan, Miri.

Presiden CUEPAS bodek Najib.. awat hang ingat penjawat makan gaji buta kaa..??

Penjawat awam bukan bergaji buta
KUALA LUMPUR: Tindakan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman menyifatkan tindakan segelintir pesara kerajaan yang mengkritik pelbagai dasar kerajaan atas pentas politik bersama parti pembangkang sebagai tidak mengenang budi adalah pandangan yang sangat dangkal.

“Penjawat awam bukannya bergaji buta, gaji yang diterima adalah untuk kerja yang dilakukan. Setelah sekian lama membanting tulang untuk kerajaan dan rakyat, tindakan menganggap pesara yang kini menyokong pembangkang sebagai tidak mengenang jasa adalah pandangan yang sangat dangkal,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim menyarankan Datuk Omar Osman untuk mengkaji kenapa para pesara kini beralih menyokong pembangkang.

“Sebagai Presiden CUEPACS, beliau harus sedar bahawa beliau bukan mewakili parti pemerintah. Beliau mewakili pelbagai kakitangan yang terdiri dari pelbagai segmen parti politik,” tegur Tuan Ibrahim.

Awat Mahathir pulun lebih daripada Najib nie.. Pak Lah relax jerrr...!!!???

Keaktifan Mahathir Membuktikan Lemahnya Najib
Oleh Shahbudin Husin

Semakin dekat tarikh pilihanraya, semakin sibuk Mahathir ke sana dan ke sini. Beliau tidak saja sibuk mahu mempertahankan kuasa BN dan tidak mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri, dalam masa yang sama beliau juga mahu memastikan anaknya berjaya menjadi Menteri Besar Kedah.

Mahathir kini sama sibuk seperti Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Beliau tidak saja pergi ke merata tempat berckap mengenai politik tetapi juga turut pergi ke Lahad Datu memberi sokongan moral kepada anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas mempertahankan kedaulatan negara di sana.

Dengan pergi ke Lahad Datu dan mencadangkan kampung air dirobohkan, Mahathir seperti ingin membersihkan dosanya memberikan ratusan ribu kad pengenalan biru kepada pendatang Filipina dalam tahun 90an dulu dengan tujuan menumbangkan PBS dan memastikan BN memenangi pilihanraya. Beliau mungkin mahu orangramai melupakan Projek IC itu dan kaitan dengan dirinya, tetapi selagi beliau cuba membasuh dosanya, semakin kerap dosanya itu diperkatakan orang.

Teguran buat presiden CUEPACS

Syed Abdullah Jamalullail,

Sebagai seorang pemimpin Kesatuan yang besar saperti CUEPACS, Datuk Omar Osman yang terkenal dengan dedikasinya untuk berjuang hak kakitangan Perkhidmatan Awam terutama sekali memperjuangkan gaji sektor awam itu, tidak sepatutnya mencela pesara Kerajaan yang menyokong parti pembangkang. Hal ini kerana itu adalah hak individu yang tidak boleh dipertikaikan, tambahan pula mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Sebagai sebuah negara yang berpandukan kepada prinsip sistem demokrasi adalah wajar sekali untuk pesara-pesara ini memilih jalannya sendiri atau memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang mereka rasa mereka suka.

Menyokong parti pembangkang sebenarnya bukannya bererti kita anti Kerajaan. Berkemungkinan mereka mahukan suara mereka didengar dengan meluas lagi dan bukan setakat didengarkan diwarung atau kedai kopi atau pun hanya diluahkan kepada rakan dan taulan yang sama-sama pencen sahaja tetapi mesti disampaikan kepada rakyat yang cintakan negara dan mahukan keadilan.

Hadi - Azizan pimpin PAS masuk bertarung PRU13 hadapi BN


Antara Internate FREE 30 minit Najib bagi & WIFI FREE yang PR bagi.. mana satu pilihan kalbu..???

Internet percuma 30 minit bukan kehendak rakyat
Salmiyah Harun, 20 Mac 2013

http://www.pounaweagrove.co.nz/images/157/large/free-wifi-hotspot.jpg
KUALA LUMPUR: Pemberian internet percuma untuk 30 minit pertama sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak mencapai apa yang dikehendaki rakyat.

Inisiatif yang diberikan kerajaan itu, jelas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil ianya terlalu jauh berbanding tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat yang menawarkan internet atau wifi secara percuma kepada seluruh rakyat negara ini.

"Setengah jam pertama tidak ada erti apa-apa hanya sekadar boleh buka internet sahaja. Setiap individu mengambil masa paling minima selama empat jam menghadap internet, selepas waktu kerja, ini tidak termasuk waktu siang. Setengah jam pertama terlalu sedikit," katanya kepada Harakahdaily.

'DAP Melayu' pelan kontigensi hadapi Umno di PRU13

Penanti, Permatang Pasir, Batu Maung dan Sungai Bapak menjadi kerusi DUN fokus Umno Pulau Pinang sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) demi memastikan DAP yang dijangka kekal memenangi  di19 kurusi tradasinya akan gagal menubuh sekali lagi Kerajaan Negeri kelak.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak (gambar) mencadangkan, DAP supaya memberi laluan kepada Melayu untuk bertanding di dua atau tiga kerusi tradisi parti masa depan itu sebagai pelan kontingensi.

"19 kerusi (DAP) ini perlu mencerminkan kepelbagaian bangsa. Melayu wajib bertanding dan menang di satu dua kerusi tradisi DAP bagi menggagalkan rancangan Umno sekarang," ujar beliau.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara terperinci mengenai empat kerusi DUN sasaran yang wajar diwakili "DAP Melayu".

Cakap-cakap politik ini diluahkan semasa Zairil Khir Johari (Setiausaha Politik bagi Setiausah Agung DAP, Lim Guan Eng), Senator Dr. Ariffin SM Omar (Naib Pengerusi DAP) dan Zulkifly Mohd. Noor (veteran DAP) disebut-sebut bakal bertanding di kerusi tertentu sempena pilihan raya umum kali ini.

Kenapa GERAKAN main jarum bab 'culik' @ 'nasihat' Phahrolrazi...???

Phahrolrazi 'dikurung', Gerakan buat laporan polis

20 Mac 2013

ALOR SETAR - Pemuda Gerakan Kedah hari ini membuat laporan polis berhubung kejadian Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi, 'dikunci' dalam kawasan sebuah sekolah agama di Bukit Besar, Yan, Sabtu lepas.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, laporan polis itu dibuat kerana pihaknya melihat perbuatan tersebut sebagai mengancam keselamatan Phahrolrazi yang juga anggota exco kerajaan negeri Kedah.

"Kita prihatin dengan apa yang terjadi... Kita tidak mahu beliau yang mungkin juga calon pada pilihan raya umum ke-13 terancam keselamatannya," kata Teng pada sidang media selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini.

Ini masalahnya pimpinan UMNO.. tak reti bab AGAMA tapi nak bercakap juga..!!!

Pak Ali Rostam! Hang toksah dok merapu isu Mati Syahid kalau tak faham, meh sini nak habag bagi...

“Apa yang dia (Ustaz Harun Taib) maksudkan dengan Syahid Dunia dan Syahid Akhirat? Adakah dia memaksudkan mereka yang terkorban ini hanya mendapat faedah dunia sahaja, tidak di akhirat?” kata Naib Presiden UMNO Ali Rostam.
Apa yang penulis faham dari kata-kata Pak Ali tu ialah dia tak faham apa-apa bila ulamak dok berbicara isu Syahid Dunia, Syahid Akhirat atau Syahid Dunia Akhirat. Rasanya Pak Ali dan rata-rata orang UMNO mungkin itu kali pertama dengar istilah seperti itu lantas menganggap ‘Syahid Dunia, Syahid Akhirat’ itu adalah istilah ciptaan Ustaz Harun Taib. 

Tak apa biarkan... jangan marah dengan orang yang tak faham. Kewajipan kita selaku umat Islam ialah memberi kefahaman kepada golongan yang tak faham.

Dalam kitab-kitab fiqah menyebut syahid itu terbahagi dua iaitu jenis berperang dan jenis tidak berperang.

Jenis berperang terbahagi kepada:

i. Syahid Dunia dan Akhirat, iaitu mereka yang mati dalam peperangan berlawan dengan orang kafir kerana menegak agama Islam dengan ikhlas tanpa berhajat untuk membolot harta rampasan dalam peperangan atau untuk mendapatkan upah atau gaji.

ii. Syahid Dunia, iaitu mereka yang mati dalam peperangan berlawan dengan orang kafir dengan tujuan utamanya kerana upah, gaji atau untuk membolot harta rampasan di samping berperang menegak agama Islam.

Hukum ke atas mati syahid bahagian (i) dan (ii) tidaklah wajib disembahyangkan dan dimandikan sekalipun berada dalam hadas kecil ataupun besar. Sebagaimana arahan Rasulullah ke atas para syuhada perang Uhud.

[GEMPAR] #LahadDatu - Ketua penceroboh pernah jadi ADO di Kudat

PKR: Agbimudin Kiram pernah jadi ADO di Kudat
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

KLIK GAMBAR NAK LIHAT DENGAN JELAS
PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan Ketua Penceroboh, Azzimuddie Kiram, yang dikenalai sebagai Raja Muda Sulu, mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, maklumat itu diperoleh daripada penduduk tempatan sehinggalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking berjaya menjejaki maklumat berkenaan.

"Kerajaan tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini kerana maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram (Azzimuddie) tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat.

DEBAT antara BONGKAR 403 JUTA Vs UMNO BN.... mai pakat baca..!!!

DEBAT RM403 JUTA BERMULA!... mai pakat ikuti, jeng jengg...

AUTA VS FAKTA


Oleh: Saiburi Sudin

Satu-satunya isu di Kedah yang aku tunggu sampai janggut pun beruban tapi takdak seorang pun pemimpin UMNO BN boleh jawab ialah isu KERUGIAN DUIT RAKYAT RM403 JUTA ANGKARA BN DAHULU YANG DITANGGUNG OLEH KERAJAAN KINI. Puas juga menunggu, macam tunggu tarikh bubar Parlimen, tapi tak seorang pun pemimpin UMNO BN mahupun para pahlawan maya mereka di alam siber yang berani jawab. Bukan apa kalau depa jawab aku nak jawab balik... pagi tadi entah mengapa aku terlebih rajin hari ni maka bukalah blog-blog UMNO BN yang tak terkenal kot-kot ada isu menarik, maka terjumlah isu RM403 konon-konon macam nak bagi jawapanlah... hakikatnya bukan ada fakta pun, main sedap tulis... agaknya kerana nak lena malam tak boleh sedap terminum kopi O, jadi penulis blog tu pun merapu ikut dann macam tuulah. Oleh kerana itulah saja satu2nya ‘jawapan’ yang ada dalam dunia ini maka aku petik sebahagian ‘jawapan’ tu untuk aku ber jawapan balik berdasarkan fakta.

(Nota: Teks yang biru tu kelentongan blogger UMNO, yang hijau jawapannya)

RM403 JUTA. SELEWENG, KONON..... 

Buat roadshow cerita cerita pada orang kampong yang PAS tok-tok memanglah puak tu percaya. Kononnya benar-benar berlaki penyelewengan. Walhal hampir 90% daripada projek yang disebut, bepuluh-puluh ribu rakyat negeri Kedah menikmatinya hingga ka hari ini. 10% lagi nampak kegagalannya, itu lumrah.

Yang menariknya, diantara projek yang dinyatakan oleh Unit pembohongan (penerangan-kutuanya Zulkifli Yahaya) PAS itu adalah merupakan projek yang ditolak dan diterajang oleh Kerajaan pada zaman pemerintahan BN lagi. Contohnya, Taman Antarabangsa Merbok. Jadinya, tidak timbul berlaku penyelewengan.

Tadi kata 90% projek beri manfaat untuk rakyat, kini kata projek itu sudah ditolak oleh BN dulu lagi. Hujah tak konsisten. Taman Antarabangsa Jerai (bukan Merbok) itu memang batal tapi  perjanjian dgn pemaju tak batal.Sebuah syarikat besar dalam proses menyaman kerajaan negeri Kedah sebanyak RM60 juta ekoran kegagalan projek Jerai International Park pada masa Tan Sri Osman Aroff menjadi menteri besar. Syarikat itu dikatakan mendapat pembiayaan dari pihak tertentu di Qatar untuk projek JIP.

Pelik dizaman UMNO BN.. "Sudut Pidato" tak boleh berpidato siap kena tangkap polis lagi....!!!

Beberapa Aktivis Mahasiswa Dicekup Polis Kerana Berpidato di ‘Sudut Pidato’



18 MAC, SHAH ALAM: Beberapa orang mahasiswa termasuk mahasiswa dari SAMM saudara Farel, ditahan pihak polis ketika berpidato di Speaker Corner Uitm Shah Alam (Dataran Cendekia). Namun aktivis mahasiswa yang ditahan ini telah dilepaskan selesai dari sesi memberi kenyataan kepada pihak polis. Berikut adalah komen saudara Farel Penyelaras SAMM Mahasiswa setelah dibebaskan;

Saya bersama teman2 aktivis Mahasiswa antaranya Safwan Anang, Khalid ismath & Ehsan Bukhari sudah dibebas oleh Polis .. Kena tahan atas sbb hendak berucap di Speaker Corner Uitm Shah Alam shja ..

Mukriz yang bakal MB KEDAH dikatakan akan bertanding di Bukit Kayu Hitam..!!!

Mukhriz bertanding di Bukit Kayu Hitam?
MOHD SOFEE WAHAB
20 Mac 2013
Datuk Mukhriz Dr Mahathir
Datuk Mukhriz Dr Mahathir
 
Desas-desus mengatakan bahawa Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir bakal bertanding di Dun Bukit Kayu Hitam.

Ada sumber mengatakan Ahli Parlimen berkenaan pernah dipelawa Adun Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar untuk mengambil alih kawasan takluknya itu.

Ahmad Zaini berkata, sebelum itu beliau pernah mendengar ‘gosip’ tersebut melalui masyarakat sekitar Kubang Pasu namun, tidak menjadi masalah sekiranya benar Mukhriz mahu bertanding di kawasannya itu.

Menurutnya, beliau bersedia untuk ‘melepaskan’ kerusinya itu seandainya perkara yang diperkatakan masyarakat adalah benar.

“Saya tiada masalah dan mengalu-alukan kehadiran beliau (Mukhriz) ke kawasan ini. Apa yang penting adalah kemenangan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Apa yang diperkatakan rakyat kemungkinan adalah satu kebaikan untuk parti dan kita sentiasa menerima pandangan mereka kerana rakyat merupakan penentu kemenangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ulama Pas Kedah minta tukar Azizan

ROSLINDA HASHIM
20 Mac 2013
 Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli
Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli

ALOR SETAR - Dewan Ulama Pas Kedah sudah beberapa kali minta pucuk pimpinan Pas menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai pesuruhjaya Pas negeri dengan pemimpin lain sejak setahun lalu.

Setiausahanya, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menamakan siapa pemimpin yang paling layak menggantikan Menteri Besar Kedah itu.

"Ini kerana kita (Dewan Ulama) yakin pimpinan tertinggi Pas tahu siapa yang terbaik untuk mereka pilih," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Syeikh Muhd Zainul Asri berkata, pihaknya mencadangkan demikian bukan kerana tidak menghormati Azizan ataupun menolak kepimpinannya.

"Apa yang kita ambil kira hanya atas sebab masalah kesihatannya saja. Kita akui kehebatan Ustaz Azizan sebagai ahli politik yang disegani," katanya.

Ditanya kepada siapa cadangan itu dikemukakan, Syeikh Muhd Zainul Asri berkata, ia dsuarakan terus kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini semua merupakan rompakan harta rakyat yang maha dahsyat!

Tolak Kerajaan Perompak, Tiada Alasan Lagi!
oleh GAMIS

Kepimpinan korup kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak perlu lagi dinilai dari sudut integriti dan profesionalisme dalam memimpin Malaysia. Sudah tiba masanya seluruh warga Malaysia menolak kepimpinan paling korup dalam sejarah Malaysia ini.

Bagaimana mungkin seorang isteri Perdana Menteri Malaysia sanggup menghabiskan wang sejumlah USD 24 juta atau RM 73 juta untuk membeli sebentuk cincin, sepasang kasut berjenama terkenal bernilai USD 10 ribu atau RM 31 ribu, beberapa buah beg tangan bernilai RM 28 ribu hingga RM 472 ribu, membelanjakan lebih RM 400 ribu untuk majlis pertunangan anaknya, dan membayar RM 10 juta kepada sebuah akhbar di New York semata-mata untuk menerbitkan sebuah iklan di dada akhbar.

Dalam keadaan masih ramai rakyat Malaysia yang menganggur, yang hidup tiada tempat tinggal, Dewan Rakyat pula memaklumkan akan jumlah bil elektrik rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mencecah RM 160 ribu sebulan, bil air pula RM 33 ribu sebulan, kos penyelenggaraan rumah bernilai RM 48 juta dan kos sewaan kediaman-kediaman lain berjumlah RM 30 juta dari tempoh 2006 hingga 2010.

Macam nie punya baguih SPRM pun Najib tak percaya....

Aduhai Najib oi.. yang dak ada SURUHANJAYA DIRAJA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA tu nak buat apa.. hang tak percaya ke depa dah ka sebab dah kerap kantoi sehari dua nie terbaru bab LEMBU MB SELANGOR yang mana semalam BEKAS KETUA SPRM yang kena MOHON AMPUN DAN MAAF kepada MB SELANGOR...
Najib oh Najib.... sudah2 laa nak temberang tuuu.. bubar saja parlimen tuu..dah menyampah dah nie...

  • KUALA LUMPUR - Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 bagi tempoh tiga tahun akan datang dijangka menyaksikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Anti-Rasuah terus mempertingkat proses perubahan yang dicetuskan dalam GTP 1.0 dengan tiga aliran kerja menjadi tunjang semua usaha NKRA itu.


#LahadDatu : Yang Orang kata SANDIWARA tu kpd 2 MENTERI nie...!!!

 
mereka dua orang nie antaranya yang mengeluarkan statement entah apa-apa... nak cover line ka apa kaalast dokpie kata depa tu tak gugat keselamatan negara...tup tup tup hari nie...dikatakan 7 batalion dah tentera dengan kereta perisai pie Lahad Datu... dunia dunia... boleh pusing mcm tu jaa apa depa sendiri yg kata...!!!

Takut punca tarikh PRU13 samar, dakwa Mat Sabu

Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2013
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
JOHOR BAHRU - Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih belum mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri kini memerintah negara dalam kerajaan yang sudah luput tempoh dan ia merupakan kali pertama sejak tanah air mengecap kemerdekaan.

“Inilah kali pertama sejak merdeka Perdana Menteri susah untuk mencari tarikh pilihan raya, tidak jumpa. Anda mahu tahu kenapa? Sumber yang membantu Perdana Menteri untuk menentukan tarikh mengakui PR boleh menang jika pilihan raya diadakan.

“Johor pula bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) kerana ia akan menjadi kubur BN. Sejak dulu pakatan menghormati demokrasi negara ini dengan menerima keputusan rakyat dan tewas kepada parti kerajaan.

Jauhilah politik aibkan maruah

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KECENDERUNGAN mengaibkan pihak lawan dengan pelbagai cerita berupa tohmah yang belum tentu akan kesahihannya bagaikan sudah lumrah dan sebati dalam kerangka politik kepartian masa kini.

Setiap pencacai parti-parti politik kini tidak kira pemerintah mahupun pembangkang bagaikan berlumba-lumba mendedahkan aib pihak lawan. Menariknya dalam keghairahan mendedahkan aib lawan, sering kali juga mereka suka menuding jari menuduh pihak lain yang melakukan penyimpangan tersebut.

Ia samalah seperti pencuri menuduh dan cuba meyakinkan orang ramai bahawa orang lain yang mencuri. Memanglah tidak ada pencuri mengaku dia mencuri. Tapi sikap menuding jari pada orang lain demi mengaburi mata orang ramai akan hakikat kebobrokan dirinya pastilah tidak akan membawa apa-apa makna.

Namun apa boleh buat kerana demikianlah realiti budaya politik masa kini yang bagaikan sudah semakin lompong akhlak dan akal-budi Islami sehinggakan yang mengakar adalah budaya songsang yang langsung tidak berpaksikan agama dan hukum moral manusiawi.

Bagi penulis budaya politik sebegini tentunya tidak cocok bahkan merupakan tragedi kepada politik Islam yang seharusnya berteraskan al-Quran dan as-Sunnah yang sejati. Jika ditelusuri prinsip Islam, membuka aib sesama Islam adalah suatu yang amat keras dilarang ALLAH sebagaimana ayat 12 daripada Surah Al-Hujurat:

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya sebahagian besar prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan aib orang lain; dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain.”

Pakatan tubuh majlis penasihat keselamatan



RUZY ADILA IDRIS 19 Mac 2013 KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini memutuskan untuk menubuhkan majlis penasihat keselamatan pihaknya atas alasan isu keselamatan adalah penting susulan perkembangan di Lahad Datu, Sabah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa bekas jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama bekas pegawai kanan polis yang kini bersama Pakatan Rakyat (PR) akan memainkan peranan untuk memberi pandangan dan nasihat.

"Jeneral-jeneral terbabit sudah mengemukakan mengapa masih terdapat kelemahan dari segi tindakan kawalan membabitkan kawasan di Sabah berhubung isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu.

"Persoalan-persoalan ini yang mesti dijawab.

"Sebaliknya, yang dibuat oleh pimpinan Umno hanyalah menggunakan isu ini untuk politik domestik dan membuat tohmahan serta menunding," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, hari ini.

Phahrolrazi - Saya akur PAS Pusat nak pilih siapa MB


Phahrolrazi: 'Jawatan MB bukan hak milik sesiapa'


ROSLINDA HASHIM 19 Mac 2013 ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi tidak berkecil hati sekiranya beliau tidak lagi tersenarai sebagai calon Menteri Besar, sekiranya jawatan itu tidak lagi disandang Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, beliau seolah-olah telah mendapat bayangan bahawa namanya tidak lagi berada di kedudukan teratas senarai berdasarkan kepada ‘cakap-cakap kedai kopi’ termasuk analisis yang dibuat beberapa blog tempatan.

“Nama saya sudah digugurkan sebagai calon menteri besar. Sudah tidak ada dalam senarai calon menteri besar akan datang,” katanya, ketika dihubungi.

Anak Buruh mendapat keputusan cemerlang STPM

Anak buruh cemerlang STPM


WARTAWAN SINAR HARIAN 19 Mac 2013 SUNGAI PETANI –“Walaupun dapat keputusan cemerlang tetapi tak boleh gembira sangat sebab belum dapat kerja lagi, masih jauh perjalanan dan banyak cabaran.

Demikian kata-kata semangat seorang buruh, Hambali Md Noor, 43, kepada anak sulungnya, Nurul Hidayah Awang, 20, antara pelajar cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang diumumkan semalam.

Nurul Hidayah merupakan pelajar Melayu cemerlang antara sembilan pelajar paling cemerlang di sekolahnya dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.42.

Menurut Hambali, pada mulanya dia mahu menghantar anak sulung dari tujuh beradik itu ke sekolah agama tetapi memandangkan yuran yang tinggi menyebabkan dia menghantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim (SMKI).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...