TERKINI :

Tuesday, March 19, 2013

Politik samseng: Taktik pihak kalah sebelum bertempur

Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, 19 Mac 2013

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menyokong penuh dan bersetuju dengan gesaan daripada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga supaya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menolak keganasan politik dalam PRU ke 13.

Gesaan Datuk S Ambiga amat baik dan wajar dinilai oleh setiap parti politik. Dalam iklim PRU ke 13 yang semakin panas, parti-parti politik tidak seharusnya memanaskan landskap politik negara dengan insiden keganasan. Iklim politik hanya perlu dipanaskan dengan isu-isu semasa yang dibangkitkan dengan kefahaman dan kesedaran, bukan dengan keganasan.

Rakyat merasa terkejut dan takut untuk menerima kenyataan terhadap budaya membaling telur dan botol terhadap penceramah, menyerang dan mencederakan pemimpin, membaling batu terhadap penonton, menyimbah cat merah terhadap premis dan kenderaan aktivis, menghalang laluan pemimpin politik, melempar molotov cocktail terhadap rumah pemimpin, serta mengganggu ceramah yang diadakan oleh samseng bermotosikal dan lain-lain.

ISU KIDNAP - Benarkan Malaysiakini tersalah lapor seperti kata sahabat ini..???

Malaysia kini tersalah lapor

Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi tidak “diculik” atau ditahan bagi menghalangnya daripada berceramah di kawasan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak, yang dikaitkan dengan konflik dalaman parti.

Berbeza dengan laporan dua akhbar arus perdana semalam, sumber yang dekat dengan Phahrolrazi berkata, pemimpin kanan PAS negeri itu memilih untuk berada di Sekolah Agama Nahdzah dan tidak hadir berceramah di Sungai Limau, Yan setelah dinasihati rakannya.

"Beliau (rakan Phahrolrazi) merasakan keadaan di tempat ceramah membahayakan keselamatan Phahrolrazi dan menasihatkan Phahrolrazi agar membatalkan hasratnya untuk ke tapak ceramah pada malam itu," kata sumber itu.

Sepatah Kata Untuk ISMA alias Berjasa

MERENUNG KATA

http://4.bp.blogspot.com/-ULMX08Oa_7Q/USGUG3p90dI/AAAAAAAAAnQ/JyAN5Q_RHEc/s1600/isma.jpghttp://ohduniaku.com/wp-content/uploads/2011/07/parti-politik12.jpg

Barang kali saya tidak perlu membongkar 'rahsia' Dr Mohd Asri Zainal Abidin seperti dijanjikan dalam catatan awalnya kerana apa dimaksudkan rahsia itu sudah terbongkar. Beliau terlebih dahulu mendedahkan rahisanya di dalam twiternya kemudian sudah dihighlightkan oleh bebera protal berita.

Yang saya maksudkan sebagai rahsia bukan penegasannya tidak akan bertanding di dalam pilihan raya akan datang, tetapi perjumpaannya dengan Najib Razak. Bagi saya perjumpaan menarik dan perjumpaan itu memberi (mungkin) idea menjadikan dia membuat keputusan tidak mahu terlibat dalam pilihan raya.

Secara peribadi saya setuju kalau beliau tidak terlibat dalam pilihan raya. Biarlah dia kekal berada berstatus seperti sekarang ini. Harga dirinya lebih masih dan dia akan menjadi 'hak' semua. Ilmunya tidak dikotori dengan unsur dan elemen politik. Kalau dia menyertai politik hanya segolongan saja akan menerimanya dan dia juga akan terkena najis siasah yang sukar untuk disamak.

Malaysia politiknya masih belum matang lagi. Kalau kita menyertai sesebuah parti kita akan dikeji dan dikecam sampai ke akhirnya oleh parti yang menjadi musuh kita. Dari segi ilmu mungkin boleh tetapi sosial politik. Maksudnya kita boleh berada di satu pentas wacana tetapi tidak di bawah dalam membawa kebajikan kepada rakyat.

Nabil telah istihar sokong UMNO BN... jadi terpulang pada anda..!!!


Kita akur, inikan negara demokrasi...
Setiap orang punya pendirian politik tersendiri...
Suka dia la nak sokong sebelah mana...

TAPI... satu yang perlu sangat dia tahu...

Suka hati aku jugak la nak boikot kau atau tidak...

Yang PASti Sayonara Nabil...

MMI Punya pasai, ramai pelajar lelaki tidak sembahyang Jumaat....!!!!

Luahan seorang Guru,
iklan saja nie...
Salam admin, saya antara puluhan ribu warga guru di kedah ingin memberi pandangan mengenai perkara tersebut di atas, Untuk pengetahuan admin MMI adalah akronim bagi Melindungi Masa Instruksional, iaitu menjaga masa Pengajaran di dalam Bilik Darjah. Hal ini termaktub dalam PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan).MMI ini hanya melibatkan negeri kedah dan Sabah sahaja sebagai anak angkat kementerian Pelajaran akibat kedudukan ranking yang teruk berbanding negeri lain.

Memanglah hasrat MMI bagus, tatapi masalahnya di sini ialah hampir semua aktiviti pelajar di peringkat Zon, Daerah, Negeri diadakan pada hari cuti umum. Misalnya Kejohanan Sukan Daerah melibatkan hari Jumaat dan Sabtu. Hal ini juga termasuklah bermacam-macam jenis kejohanan permainan yang lain juga diadakan pada hari jumaat dan sabtu.

Macamana boleh kata MELAYU hilang kuasa.. MELAYU UMNO saja kot..???


KUASA MELAYU TIDAK AKAN HILANG SELAMA-LAMANYA - DR AGUS

Dalam dok kata bangrap tu tetiba hari nie Najib tiru juga..!!!

Antara negeri PR yang beri WIFE FREE....
Dan benda nie ada dalam MANIFESTO PR untuk beri
WIFI PERCUMA
https://lh5.googleusercontent.com/-Uj1_tDy8qyc/TYS5MzLta3I/AAAAAAAAIJc/P4p0fhEOs4Y/s320/PG_Free-WiFi.jpg 

LALU UNTUK TAK KETINGGALAN MAKA PM PUN
UMUMLAH SATU PAKAGE HARI INI....
KLIK SINI

Bekas Ketua Daerah Sandakan tegas mendakwa bekas PM, Tun dalang projek IC Sabah

Kad Pengenalan Sabah ‘projek Mahathir’ - Hassnar

http://235874981.r.cdn.myinstantcdn.com/media/k2/items/cache/5c7e602df35c1071ce03be623e13e380_XL.jpgKUALA LUMPUR: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim secara tegas mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang projek kad pengenalan (IC) Sabah.

Beliau berkata, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Megat Junid Megat Ayob sendiri mengakui Tun Mahathir meluluskan projek tersebut dengan alasan untuk 'mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di Sabah.

Akibatnya kata Hassnar, seramai 130,000 pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan pada tahun 1985.

Bercakap pada Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi, Hassnar juga berkata, beliau terlibat dalam menandatangani dokumen untuk pemberian IC kepada pendatang asing tanpa disedari.

UMNO sedang membuat percaturan calon di Permatang Pauh.. jangan PKR gigit jari sudah..!!!

Strategi Umno letakkan calon di Permatang Pauh terbongkar

MENARIK percaturan Umno Permatang Pauh di dalam mengelakkan calon mereka daripada diserang oleh blogger Pakatan Rakyat.

Mereka dari awal mengumumkan Dr. Mazlan Ismail, GM di Telekom Malaysia, yang berasal dari Mengkuang, Permatang Pauh sebagai calon pilihan Najib Razak untuk menentang Anwar Ibrahim.

Tetapi dalam masa yang sama calon ini ditolak oleh pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Permatang Pauh, kerana beliau calon yang dipilih oleh Najib, bukannya dipilih oleh Umno Bahagian Permatang Pauh sendiri.

Selain itu, Mazlan Ismail bukanlah Ahli Umno, jadi tiada hak untuk beliau bertanding atas tiket Umno/BN. Malah beliau sebelum ini tidak pernah langsung terlibat dengan sebarang aktiviti Umno Permatang Pauh.

Jelas strategi yang digunakan ini dapat dibaca, Mazlan Ismail ini bukanlah calon sebenar yang akan menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Sebaliknya, gambar di bawah sebagai jawapannya.


Sebar gambar fitnah: Anwar saman Papagomo

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/377285_386389381432854_1717567122_n.jpg
PETALING JAYA 19 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papagomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial.

Peguam Anwar, N Surendran dalam kenyataan tengahari ini berkata, Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo dalam saman itu, sebagai individu bertanggungjawab menyebar gambar fitnah tersebut.

“Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno,” kata Anwar di twitter hari ini.

Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.

Mai kita tengok pelanduk 2 serupa disebabkan oleh solekan

Oleh: MaZaShah

"Anda harus ingat kerajaan yang sudah lebih 50 tahun berkuasa tidak akan mudah untuk menyerahkan kuasanya. Apa sahaja sanggi dilakukannya! Tepuk dada tanya selera.

Rahsia Menjayakan Fitnah Porno

Menarik tetapi tidak memeranjatkan bagi mereka yang sudah lama berkecimpung di dalam industri ini, 'makeup artis'. Ya, dengan wang ringgit yang mencukupi, anda mampu mengubah seseorang menjadi siapa sahaja yang anda inginkan! Disini ada beberapa contoh kaedah yang boleh digunakan.

SOLEKAN

Mahatma Ghandi

Sebagai contoh, Ben Kingsley, seorang pelakon berkulit putih, berjaya melakonkan watak Mahatma Ghandi, dari segi fizikal dan sebagainya. Ia hanya dilakukan dengan solekan. Melalui solekan Ben Kingsley mampu menjadi seorang yang bernama "Mahatma Ghandi". Menarik bukan?

Video Seks - Ku Li tolak politik tak ada nilai seperti ini..!!



Dalam Umno tak ramai pemimpin pemikirannya spt Ku Li.
Jika ada ramai pemimpin spt Ku Li, Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Shahril Samad
Umno mungkin boleh diterima oleh org melayu.

PANAS - mana ada Phahrolrazi di culik oleh orang Azizan cuma dinasihati sahaja..!!!

Phahrolrazi tak 'diculik' orang Azizan, cuma dinasihati

Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi tidak “diculik” atau ditahan bagi menghalangnya daripada berceramah di kawasan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak, yang dikaitkan dengan konflik dalaman parti.

Berbeza dengan laporan dua akhbar arus perdana semalam, sumber yang dekat dengan Phahrolrazi berkata, pemimpin kanan PAS negeri itu memilih untuk berada di Sekolah Agama Nahdzah dan tidak hadir berceramah di Sungai Limau, Yan setelah dinasihati rakannya.

NONE"Beliau (rakan Phahrolrazi) merasakan keadaan di tempat ceramah membahayakan keselamatan Phahrolrazi dan menasihatkan Phahrolrazi agar membatalkan hasratnya untuk ke tapak ceramah pada malam itu," kata sumber itu.

Rakannya itu juga merupakan pemimpin PAS kawasan.

Berita Harian semalam melaporkan "PAS Kedah bergolak" kerana Phahrolrazi (gambar) ditahan daripada menghadiri ceramah di kubu kuat Azizan ketika dalam perjalanan.

Manakala New Straits Times pula melaporkan persengketaan antara Azizan-Phahrolrazi semakin panas sehingga Phahrolrazi ditahan secara tidak sah oleh enam individu yang didakwa condong kepada menteri besar.

Menurut tuan rumah ceramah Zolkfley Ismail, kejadian berkenaan dilaporkan kepada kepada ibu pejabat polis daerah (IPD) Yan kira-kira jam 2 petang semalam.

nampaknya pakai perang lagilah sebab Sultan Sulutarik balik gencatan senjata..!!

Sultan Sulu Tarik Balik Gencatan Senjata, Arah Tentera Lancar Serangan Gerila Di Sabah

PETALING JAYA: Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan media, Jamalul Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" katanya kepada para pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.

Dewan Rakyat Bubar Rabu Selepas Mesyuarat Kabinet BN Yang Terakhir

Oleh Musli Oli

Dato Sri Najib Tun Razak cuba mengecapi nikmat kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia hingga talian hayatnya berakhir sebelum DUN Johor bubar secara otomatik pada 21 Mac 2013. Amat memalukan jika Najib masih kekal sebagai PM jika sebuah negeri telah diistihar bubar oleh SPR.

Maka atas pertimbangan itu, Najib dinasihatkan untuk membubar Dewan Rakyat selewat-lewatnya pada 20hb Mac 2013 iaitu 12 jam sebelum tempuh kerajaan BN Johor tamat tempoh penggalnya.

Pada hakikatnya Najib telah cuba melengah-lengah pengumuman pembubaran parlimen dengan pelbagai helah. Dia cuba every tricks in the political books untuk tidak bubarkan parlimen termasuk menjadikan insiden Lahad Datu sebagai alasan darurat.

Walaubagaimanapun setelah pengerusi SPR membuat kenyataan bahawa pilihan raya boleh diadakan serentak kecuali beberapa kawasan yang terlibat sahaja boleh ditangguhkan, menyebabkan Najib tiada pilihan.

KUIN - Asrama Oh Asrama...takan tak seattle lagi...kata guna bilik kuliah..???

Pelajar Insaniah kecewa tiada asrama
ROSLINDA HASHIM
18 Mac 2013
Pelajar Insaniah kecewa tiada asrama
Antara barangan ditinggalkan pelajar dalam dewan besar Insaniah 
sementara menunggu ditempatkan di asrama.
 
KUALA KETIL - Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) kecewa terdapat mereka masih tidak mendapat penginapan apabila mendaftar di kampus Kuala Ketil bagi memulakan pengajian, semalam.

Penuntut pengajian Kulliyyah Muamalat (tahun tiga), Musab Habib berkata, setiba pelajar ke kampus kelmarin untuk pendaftaran, mereka dikejutkan dengan pengumuman disuruh berpindah ke luar kampus kerana asrama tidak siap.

“Saya kecewa dengan apa yang berlaku. Sebelum ini pengurusan Insaniah berjanji pelajar yang dipindahkan dari kampus Alor Setar dan Sungai Petani akan menduduki asrama sebaik tiba bagi memulakan pengajian,” katanya.

Umno BN penaja politik longkang

Mohd Rashidi Hassan,

http://farm6.static.flickr.com/5122/5266046228_a282f9f53e.jpg
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga hari ini berdolak-dalik dan enggan menjawab soalan wartawan yang meminta bukti bahawa pembangkang akan mencetuskan huru hara pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Nantilah sampai masa yang sesuai," jawab Muhyiddin sewaktu sidang media selepas mengumumkan nama Sasterawan Negara ke-12 di Putrajaya baru-baru ini.

Ketika berucap di majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat Kuala Kubu Baru sebelum ini, Muhyiddin mendakwa menerima beberapa dokumen.

Beliau berkata, dokumen yang boleh dipercayai itu mendakwa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihanraya umum ke-13.

Lahad Datu: Pengganas tinggal kurang 50 orang, boleh tumpas waktu terdekat


LAHAD DATU - Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.

Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.

"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.

Baru Zul Nordin ada akai... last nak cover malu terus sindir 'samseng UMNO'

Marahkan PKR.. Zulkifli Nordin sindir samseng UMNO...

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/zulkifli%20noordin%20(4).JPG

[AnakSungaiDerhaka] Berikutan dengan kebodohannya sendiri yang menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah ( baca sebagai fitnah) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang semalam ceramahnya telah diminta dihentikan oleh penduduk tempatang dan juga ahli-ahli PKR Permatang Pauh.

Kumpulan berkenaan memasuki kawasan sekolah tersebut untuk menghentikan acara berkenaan yang memfokuskan isu pencerobohan Lahad Datu dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Mereka membantah ceramah berbentuk politik itu diadakan di Dewan Sekolah Menengah tersebut memandangkan premis seperti itu tidak boleh digunakan oleh ahli politik. Ratusan penyokong berkenaan, termasuk ketua AMK negeri Amir Ghazali, berhimpun di sekeliling kawasan sekolah sejak jam 9 malam, namun dihalang kira-kira 100 orang polis yang berkawal.

AMK Pulau Pinang melalui kenyataan media oleh Naib Ketua Angkatan Muda, Dr. Afif menganggap kekecohan tercetus kerana tindakan penganjur yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat terutamanya di Taman Guar Perahu dan Penanti..

Read More >>

Ingatkan NAJIB saja tak boleh pakai...rupa-rupanya adik dia pon 2x5 jaa..!!!

Adik PM Malaysia Mungkir Janji - Nube

KOTA BHARU: CIMB melanggar Rukun Negara dengan mengenepikan hak penggantungan gambar Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong di semua cawangan bank itu dengan alasan menjimatkan kos.

Selain itu CIMB mengkhianati tanggungjawab sosial korporat dengan mengenepikan 27 aduan pekerja yang belum dapat diselesaikan.

Bank yang dimiliki adik Perdana Menteri, Datuk Nazir Razak juga didakwa melanggar hak pekerja dengan memecat, menindas mereka semata-mata kerana kakitangan mempersoalkan penyalahgunaan dana.

read more





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...