TERKINI :

Monday, March 18, 2013

Akhirnya Dr Asri bersuara pasai calon pilihanraya...

Penjelasan Dr Asri Sebab Beliau Enggan Bertanding Pada PRU 13

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menamatkan spekulasi beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 apabila beliau berkata hanya mahu kekal neutral dan berada dalam sempadan sedia ada.

“Saya tidak bertanding. Saya mahu kekal dalam sempadan yang saya berada sekarang,” kata beliau dipetik laporan Sinar Harian Online

Bekas mufti Perlis itu sebelum ini diwar-warkan akan menyertai politik sekaligus bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga sebelum ini pernah mengakui ditemui pemimpin politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu.

Asri sebaliknya berkata beliau hanya mahun memainka peranan sebagai pemikir yang hanya akan “menegur” pemimpin kerajaan yang memerintah.

PR akan rombak sistem CUKAI LHDN untuk keadilan semua pihak

Rafizi : PR Tawar Sistem Cukai Lebih Adil

SHAH ALAM,18 MAC : Pakatan Rakyat (PR) akan menawarkan sistem cukai yang adil kepada semua golongan di negara ini jika berjaya ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, sistem cukai yang sedia ada sudah lapuk dan perlu dirombak semula supaya tidak berterusan menindas golongan bawahan.

Katanya, sistem cukai yang digunapakai Kerajaan Umno-BN sekarang dibuat pada puluhan tahun dahulu dan tidak sesuai digunapakai pada masa kini.

“Sistem cukai ini dibuat pada tangga gaji 40 ke 50 tahun dahulu, sebab itu contohnya di bawah Umno-BN sekarang, bagi mereka yang mendapat pendapatan boleh cukai bersih adalah RM 100,000 ke atas setiap tahun,” katanya dalam satu sesi Dialog Anak Muda bersama Anwar Ibrahim di Bandar Utama baru-baru ini.

Jelasnya, ini bermakna pekerja di negara ini yang mendapat gaji bulanan RM10,000 ke atas merupakan pembayar cukai tertinggi di negara ini.

“Maknanya, awk kerja sebagai eksekutif kanan, awak bayar cukai sama nilai macam Ananda Krishnan, Ananda Krishnan ada RM18 bilion kekayaan,” sindirnya.

Kit Siang tanding di Gelang Patah


Anwar umum Kit Siang tanding Gelang Patah


9:31PM Mac 18 2013

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi parlimen Gelang Patah.

Beliau membuat pengumuman itu dalam majlis sambutan ulangtahun ke-47 DAP di Skudai menjelang jam 9.30 malam ini.

Pemimpin MCA Tan Ah Eng memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008.

Ia merupakan salah satu daripada beberapa kerusi parlimen di Johor dengan lebih 50 peratus pengundi Cina.

Anwar (kanan) dalam ucapannya di majlis itu yang dihadiri kira-kira 20,000 orang mengakui bahawa Gelang Patah merupakan kerusi PKR, namun perkara itu boleh dirunding, katanya.

"Saya masih berpendapat bahawa ia masih kerusi PKR. Tapi jika Kit Siang datang dan bantu kita, pimpin kita dan menjadi calon Gelang Patah, saya beri sokongan penuh," katanya.

Beliau kemudiannya menjemput Lim serta pemimpin DAP lain untuk tampil ke atas pentas sebelum mengumumkan sokongannya kepada pemimpin veteran tersebut untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Kerusi berkenaan ditandingi PKR dalam dua pilihan raya umum terakhir.

Perebutan kerusi tersebut sebelum ini mencetus pergeseran di antara ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan ketua PKR negeri Datuk Seri Chua Jui Meng.

Rahsia Kereta Misteri terungkai... ini jawapan urusetia..!

Ini adalah jawapan urusetia berkenaan isu kereta misteri yang dibangkitkan di ceramah sempena 5 tahun PR KEDAH perintah kedah. ?.. Tq atas penerangan....

Bekas bos SPRM pula kena mohon maaf pada MB Selangor


Gempar - Peguam kes kapal selam dari Perancis dijumpai mati bunuh diri


Kes Ganggu Ceramah di Guar Perahu - Sudahla guna dewan sekolah lepas tu dok buat ceramah politik pulak w/pon polis kata itu taklimat..!!

Tu dia baru hangpa kenai langit tinggi RENDAH.. sebelum nie hangpa saja reti baling batu mai malam tadi baru ada akai.... so far pada kami kita tak patut berkelakuan seperti mereka..biarlah mereka sahaja menjadi mawas dan ungka... kita tak payahlah meniru mereka....

Yang jelas program mereka malam tadi adalah menggunakan DEWAN SEKOLAH... Jika macam tu rasanya pengetua sekolah tersebut perlulah juga memberikan DEWAN tersebut untuk kegunaan pihak PR.. jika tidak dilihat seperti SEKOLAH PUN SUDAH BERPOLITIK...

Surat terbuka kepada Dr Mahathir - Siapa Yang Terancam Sebenarnya..??

18 Mac 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
 
Tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya masa depan, hak keistimewaan orang Melayu dan kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus berkuasa di Selangor baru-baru ini melampaui batas.

Kenyataan tersebut lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan itu menunjukkan beliau tertinggal jauh dari perkembangan politik tanah air. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama, lagu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu.

Dr Mahathir mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam dalam kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Pas mahu tumbang BN secara terhormat

W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
18 Mac 2013
Pas mahu tumbang BN secara terhormat
Harun menerima serahan sumbangan dana pada Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya PRU13 Parlimen Kuala Nerus di Kuala Ibai.
 
KUALA TERENGGANU – Pas mahu menumbangkan kerajaan dengan cara demokrasi dan menolak menumbangkan kerajaan dengan cara tidak sepatutnya bagi memastikan usaha menawan kerajaan dilakukan dengan cara terhormat.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib berkata, apa yang penting usaha perlu dilakukan secara berterusan untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap pembangkang tetap kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita beramal, bekerja keras untuk meyakinkan orang bahawa kerajaan yang ada bukanlah kerajaan yang baik dan betul.

Malaysia dilanda KRISIS KIRA MENGIRA... tolonglah HUMBAN UMNO BN cepat sikit..lagi lama lagi merapu..!!

HANGPA TENGOK DAN LIHAT SENDIRILAH...

Umno sedang mengalami 'brain death'

Setengah pendapat sekarang ini Parlimen sepatutnya telah terbubar jika di kira dari tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Legislatif negeri-negeri pada 8hb Mac 2008 dahulu. Setengah pendapat lagi Parlimen dan Dewan Legislatif sesebuah negeri itu terbubar dengan sendirinya jika dikira dari tarikh persidangan Dewan Legislatif yang pertama selepas pilihanraya tahun itu.
Kalau dikira dari sudut mana pun Perdana Menteri sudah kehilangan moral politik beliau kerana beliau selama ini bukanlah seorang Perdana Menteri yang ‘legitimate’ kerana mandat yang beliau arak ke hulu ke hilir sekarang ini adalah mandat Tun Abdullah Badawi.

Semalam Najib meminta rakyat memberikan beliau mandat yang besar kerana beliau belum lagi mendapat mandat itu. Katanya jika beliau dan BN tidak dapat mandat besar lebih-lebih lagi jika BN kalah dalam pilihanraya ini segala perancangan beliau untuk mentransformasi kerajaan dan negara akan terganggu dan punah. Jika itulah yang dipinta Najib, kita boleh membuat persepsi yang ‘conclusive’ yang beliau akan kempunan untuk mendapatkan mandat itu, jauh sekali untuk mendapatkan mandat yang besar.

Projek IC Sabah lebih berbahaya dari cadangan baharu Tun Dr M


1. Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya ‘Kampung air’, rangkaian rumah yang dibina di atas di atas batang kayu di pantai Sabah diharamkan. Alasannya kerana ia boleh digunakan untuk pencerobohan asing dan menyumbang kepada pencemaran.

2. Cadangan Tun Dr Mahathir amat baik, kerana ia berusaha mengelakkan kejadian serupa di mana anggota keselamatan yang diserang hendap dan dibunuh di kawasan kampung air berulang. Aspek keselamatan negara perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa dan kerajaan perlu mengambil iktibar dari kes yang berlaku di Semporna tempohari. Kesan dari rumah air mewujudkan perkampungan haram serta penceroboh dengan mudah menyusup masuk melalui kenalan dan rakan-rakan mereka di kampung tersebut. Ia juga merosakkan pantai dan menyebabkan perairan negara tercemar.

3. Namun demikian, sebenarnya ancaman yang paling berbahaya adalah dengan adanya projek rahsia pemberian kad pengenalan kepada warga asing seperti yang didedahkan oleh beberapa individu kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat mengenai projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

"Kereta Misteri" di Sambutan 5 tahun Pakatan Rakyat Kedah di tapak Kedah Agro malam tadi..??

Photo: Yang lain best dah malam nie cuma kereta nie ja dok pie boh depan ceramah buat apa nak tayang kat sapa....
Kawan-kawan tolong KIRA dekat geng UMNO jap berapa orang yang HADIR?

Minta penjelasan pada urusetia program...awat kereta tu duk depan tak dak tempat parking untuk vip ka....kalau nak tunjuk kpd rakyat bab kereta silap banyak lah...kereta rasmi kerajaan pulak tu....

Pada pandangan kami kereta MB tak sesuai di letakan di depan stage kerana ia boleh menimbulkan isu kerana malam ini prog. pakatan rakyat dan itu kereta rasmi kerajaan negeri ia seperti MB telah guna harta kerajaan negeri untuk datang program parti...


Satu lagi dengan diletakan didepan sekali stage tu ibarat kita sedang menayang kereta tersebut kepada orang ramai dan selain itu kerana kereta tersebut audion yg di blkg kena berdiri sebab terlindung.. maaf sebab komen bab kereta nie....

kami di ceritakan bab  yg lain semua alhamdulillah dah baguih dah...dan terbaik kepada semua.. ini semua selepas baca cerita perang hunain la nie [Diskusi Panjang Bab Nie]


Membongkar Rahsia MAZA - Pendangan mengenai parti ISMA

Membongkar Rahsia Asri Zainal Abidin...

ULASAN TEMU                                                                                                                   

Kota Bharu 16 Mac pagi, sementara menunggu untuk berangkat ke airport saya mengambil sedikit makanan di cafeteria hotel. Alas perut untuk makan ubat. Sambil makan dan berbual dengan YB Limbongan Drs Zainduddin Awang Hamad, tiba-tiba melalau kelibat Dr Mohd Asri Zainal Abidin alias Dr Maza.
Terserempak dengan Asri di Kota Bharu.
Begitu tertenguk kelibatnya saya teringat kepada satu twit beliau kepada saya beberapa minggu lalu. "Sayuti call saya" begitulah tulisnya rengkas agak penting. Saya terlepas pandang mesej itu menyebabkan hampir enam jam baru saya membalas. Saya tidak memiliki nombor telefonnya. Lalu saya hantar PM menerusi Facebook. Tidak dijawab.

Kebetulan satu hari terjumpa dengan seorang rakan di Utara yang baik dan kenal dengan Dr Maza. Saya minta nombor telefon kemudian menghantar mesej. Tidak jawab juga. Apa lagi saya abaikan, bahawa tidak ada apa-apa hendak cakap ataupun tempoh penting itu sudah berakhir.

Dalam kepala terus tertanya-tanya kenapa dia twit saya, kemudian kenapa tidak balas SMS saya? Mungkin dia sibuk atau dia juga sudah ada diabetis seperti saya, mudah lupa. Kekadang spek yang sudah terletak di dahi pun masih mencari cari sampai ditegur bini. Al nyanyuk dah tetapi tidak seterus Mahathir Mohamad. Cis..

[video] 'Pasca PRU-13 : Melayu-Islam Di Mana?' ( Kesian wakil ISMA tuu..macam tak ada pendirian dilihatnya..!! )



Rakaman Wacana Perdana Siri-14 bertajuk
'Pasca PRU-13 : Melayu-Islam Di Mana?'
yang berlangsung pada 15 Mac 2013
bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI.
3 Jamadil Awal 1434H/ 15 Mac 2013M
KelantanTV: Tepat dan Informatif

TAHNIAH POLIS.. baru pertama kali dengaq ada tangkapan samseng ganggu ceramah...tapi sayang ini ceramah UMNO... yang ceramah PR batu terbang pon tak apa..!!!


Ceramah Zul Nordin ,Mursyidul Am TIBAI, dan Perkosa dikepung penduduk kampung di SMK Guar Perahu.. suasana di luar lebih ramai dari dalam.. disebabkan kena kepung....puak UMNGOK-Be End semakin terdesak..Sambil mengedarkan seratus ribu risalah fitnah...mereka cuba mengetest market.. Zul Kulim menjadi ayam tambatannya.. 

Modalnya seperti biasa tak lain tak bukan memburuk-burukkan DSAI..Tapi dia silap tempat..katak kurap sepertinya cuba masuk ke kandang harimau... Setiap patah perkataan yang diucapkannya disahut dengan laungan "Takbir" dan "Reformasi" juga " Katak, Katak " .... oleh penduduk yang rata-ratanya penyokong kuat PR.. 

Info - 16 sebab kenapa PAS kawan dengan DAP & Tolak UMNO..!!

INFO: ANTARA SEBAB KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO

http://1.bp.blogspot.com/-XbGUM1fp4BY/TdZlMxdNc_I/AAAAAAAAHBo/vloXldcgkh8/s400/Logo%2BDAP.png
Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

Tidak mustahil PAS kehilangan Kedah dan gagal tawan Putrajaya.. kenapa?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
(Petikan Nota Utara, Harakah)

Saat tumbangnya BN semakin hampir. Buktinya tampak jelas apabila di mana sahaja himpunan anjuran Pakatan Rakyat, walaupun tanpa upah, rakyat jelata hadir berpusu-pusu. Kehadiran untuk program BN ramai juga tetapi semuanya hadir kerana kerahan tenaga dan paksaan. Setiap program yang melibatkan kehadiran Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri maka semua kakitangan kerajaan dipaksa hadir, sekalipun ia program politik. Inilah kelebihan dan keaslian sokongan untuk Pakatan berbanding BN.

Selepas Parlimen dibubarkan nanti, keghairahan akan lebih terserlah di kalangan para penyokong Pakatan. Semua markaz pilihanraya Pakatan akan dihurung siang dan malam. Kehadiran rakyat dalam apa jua himpunan akan berlipat ganda berbanding sebelumnya. Kekuatan yang paling  meyakinkan Pakatan untuk menang ialah sokongan bukan Melayu, khususnya kaum Cina. Mereka jadi undi penentu terhadap kemenangan Pakatan di banyak lokasi. Waktu itu amat sukar untuk setiap benak sanubari aktivis pembangkang yang telah terdera separuh abad oleh kerajaan memerintah untuk tidak meyakini bahawa 'ini kalilah' Pakatan akan menerajui Putrajaya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...