March 17, 2013

Bagi Reme, Najib telah menabur lebih banyak 'saguhati' wang tunai untuk
meringankan kos sara hidup yang meningkat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 17 Mac — Demam Pilihan Raya 2013 mendorong ahli politik Malaysia daripada kedua-dua belah pihak menaburkan gula-gula untuk mencerahkan peluang mereka, lapor akhbar Singapura sambil mengingatkan bahawa bukan pengundi penentu pilihan raya tetapi sebaliknya mereka yang akhirnya terpaksa bayar untuk gula-gula kerajaan.
“Pertarungan sengit untuk meraih undi mendorong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pembangkang PR menjanjikan lebih banyak langkah yang populis.
“Anda boleh gelarkannya politik Santa Claus,” tulis Reme Ahmad penolong pengarang berita luar dalam akhbar Straits Times dalam laman pendapat untuk edisi hari Ahad.