TERKINI :

Saturday, March 16, 2013

[SKTESA] Aku Seorang Macai...UMNO BN...!!!


Jam Menunjukkan Jam 8.15 mlm. Setelah selesai menunaikan solat maghrib, aku merenung ke siling. kulihat lampu yang menyala, kulihat kipas yang berpusing. aku sungguh terharu. lalu ku berlari keluar rumah. sambil menitiskan air mata, aku tersenyum melihat lampu jalan yang nyalaannya macam hidup segan mati tak mahu. lalu aku panjatkan kesyukuran ke atas kerajaan Barisan Nasional kerana telah melimpahkan kurnia tenaga elektrik pada bumi yang tercinta ini.

sesudah penat mendongak ke lampu, aku pun tunduk. kulihat jalan yang kelabu. aku melutut dan tekapkan tapak tanganku ke atas jalan. aku geselkan pipiku ke atas jalan tar yang kasar itu. sambil menangis aku berkata. aku bersyukur dengan kehadiran jalan ini. tanpa jalan buatan kerajaan Barisan Nasional, hidup aku mungkin punah dimamah tanah merah.

setelah ditegur oleh jiranku seorang pembangkang, "woi orang gila. kau tonggeng tengah jalan dah kenapa?" aku pun masuk ke dalam untuk menjenguk ibuku yang berada di dapur. ku lihat tong gas! dengan rasa kesyukuran aku memeluk tong gas itu seerat-eratnya. tiada barisan nasional, tiadalah tong gas. ibuku kehairanan. dia menyuruhku masuk ke bilik sebelum perkara yang lebih tak senonoh akan berlaku.

TUN SEDANG MEMPROMOSI anaknya untuk jadi MB KEDAH...

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Ha Ha Ha TUN SEDANG MEMPROMOSI anaknya untuk jadi MB KEDAH.... daya tarikan promosi kali ini ialah JANJI PROJEK & PROJEK.... dah 55 tahun hangpa jaga KEDAH kenapa masa tu tak ingat PROJEK itu PROJEK ini.. bila dah kena cerai dengan RAKYAT KEDAH baru hangpa dok mai JANJI PROJEK SEMULA.... masa 55 tahun tu hang juga yg jadi PM sehingga 20 tahun lebih... tapi kenapa sekarang baru dok janji...

Hang sekarang bukan lagi PM hang hanya mantan sahaja.... sekadar JANJI BERJANJI sahajalah nampaknya...  masa hang 20 tahun jadi PM awat tak tolong selesaikan KOMPLEK TENKU YAAKOB yang terbengkalai 30 tahun lebih tuuu.... mai AZIZAN terus seattle...nampaknya dari apa yg dilakukan AZIZAN kami lagi berkeyakinan dari hangpa yang sekadar JANJI JANJI JANJI.. bila menang hangpa jugak yang KAYA RAYA.. RAKYAT TERUS PAPA KEDANA....

BN rancang banyak projek di Kedah - Tun M


DR. Mahathir Mohamad melambai tangan kepada orang ramai sambil diiringi Mukhriz Mahathir (kiri) pada Himpunan Anak Kedah di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 16 Mac - Sebuah loji penapisan minyak dan jeti bakal didirikan di Jerlun, Kedah oleh tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary apabila negeri itu kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ustaz Azhar Jawab Soalan : Apa Hukum Pasang Bendera BN..?

Realisasikan Negara Berkebajikan... ALLAHU AKBAR !!!

KFATV | LIVE PERSAHABATAN - KEDAH vs PERAK


IHSAN : KFATV

Sejak bila Najib jadi mufti?

Pakatan dakwa Najib keluar 'fatwa' songsang
NIZAM ZAIN
16 Mac 2013
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
 
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) menegaskan dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa perikatan berusia lima tahun itu khususnya Pas telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini tidak berasas sama sekali.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menempelak tuduhan serius presiden Umno itu sambil menyindir Najib sebagai "mufti dan ahli majlis syura baru" kerana mengeluarkan fatwa songsang dengan pelbagai tohmahan dan fitnah cuba memburuk-burukkan parti yang memperjuangkan Islam itu khususnya Kerajaan Negeri Kelantan.

“Sejak bila dia jadi mufti? Kenapa dia pulak nak jadi Majlis Syura mengeluarkan hukum hakam.

Isu Altantuya : Ingatkan BALA mati NAJIB dah habis balanya...tetiba timbul pulak Cecil Abraham....

Cecil Abraham Mengaku SD2 Arahan Najib Altantuya!

Mengejutkan!

Peguam Americk Singh Sidhu mendakwa, peguam Cecil Abraham memberitahunya bahawa beliau menyediakan akuan bersumpah kedua (SD2) untuk bekas penyiasat persendirian, mendiang P Balasubramaniam atas arahan perdana menteri, Najib Altantuya.

Americk, bekas peguam kepada mendiang Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala dikatakan mendedahkan perkara ini semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Peguam Malaysia (Bar Malaysia) di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Peguam Sivarasa Rasiah melaporkan perkembangan itu melalui pesanan di Twitter miliknya semasa AGM, yang sedang berlangung ketika laporan ini ditulis.

@SivarasaRasiah:Americk Singh Sidhu, PI Bala's lawyer reveals in Bar AGM that Cecil Abraham told him he did the 2nd SD on instructions from PM Najib #fb

HKR Bongkar 403j (RM 403 juta penyelewengan BN Kedah)..Tak ramai adale....



Pasai pa HARGA KERETA MAHAL..... jawab dia UMNOooooooOOOoOOOoO!!!!

Najib nie tau ka DOSA BESAQ tu apa dia.. no. satu pon kantoi dah...!!!

Najib tidak layak dakwa Pakatan buat 7 dosa besar
ROSMIZA KASIM
16 Mac 2013
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
 
KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menghukum kononnya Pakatan Rakyat (PR) melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini, sebagaimana diumumkan beliau di Tanah Merah semalam.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah yang tidak setuju dengan pendirian perdana menteri itu berkata, tujuh dosa besar digariskan berkenaan tidak selayaknya ditaburkan terhadap PR daripada mulut pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) itu.

Bank Adik Najib..CIMB tidak naikan gambar DYMM Yang Dipertuan Agung & Permaisuri untuk penjimatan kos..

‎16.Mac - KOTA BHARU - NUBE pertikai tindakan CIMB yang melaksanakan penjimatan kos dengan mengarahkan semua cawangannya untuk tidak menaikkan gambar DYMM Yang Dipertuan Agong & Raja Permaisuri yang baru..CIMB mendakwa ia mendapat persetujuan dari Jabatan Adat Istiadat dan Protokol.

 

Pemimpin Cina BN gagal menarik pengundi Muda Cina untuk pangkah mereka..!!

BN akui sukar untuk menangi Cina, pengundi kali pertama

 Wee (tengah) tiba di sebuah perhimpunan membantah kekurangan guru di SJK(C) di Kajang 25 Mac 2012.— Gambar failKUALA LUMPUR, 16 Mac ― Kelemahan kepimpinan bukan Melayu menyebabkan sukar bagi gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi orang muda Cina, memaksa kepimpinan Melayu bekerja lebih keras bagi memenangi demografi yang menjadi kunci utama dalam Pilihan Raya 2013, menurut satu sumber.

Pengundi kali pertama, berjumlah 30 peratus daripada 13.3 juta pengundi, dilihat menjadi kunci utama dengan masyarakat Cina menjadi sebahagian besar daripada golongan atas pagar, menurut tinjauan daripada Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) yang dikeluarkan pada Januari.

“Kepimpinan dari parti komponen tidak melahirkan pemimpin yang bagus seperti Khairy Jamaluddin,” kata seorang pemimpin kanan gabungan tersebut kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada ketua pemuda Umno dan BN.

Apahal nie PAHANG..masalah air dalam rumah tak selesai ada hati nak pie bagi kat SELANGOR..!!!

Krisis air Pahang semakin meruncing


KUALA LUMPUR: Sesuatu yang amat memalukan buat negeri kelahiran Perdana Menteri yang masih bergelumang dengan isu gangguan bekalan air sehingga ke hari ini.

Setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang, Huzir Sulaiman berkata, kerajaan negeri mengambil sikap mendiamkan diri walaupun Solidariti Hijau dan PAS negeri mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat di Negeri Pahang merupakan satu sikap yang amat mengecewakan.

Oleh kerana itu, ujarnya tidak ada pilihan lain buat Rakyat Pahang kecuali menolak Umno BN di dalam PRU13 ini.

“Negeri Pahang amat memerlukan mereka yang masih ada ‘telinga’ untuk mentadbir negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ada sebuah negara yang neutral jadi orang tengah untuk tamatkan krisis Sabah.

Usaha diplomatik rahsia untuk menamatkan krisis Sabah

Tentera Malaysia sewaktu serangan di Sungai Nyamuk berhampiran kampung 
Tanduo Sabah, terhadap kumpulan lelaki bersenjata Filipina Islam pada 
13 mac 2013, gambar dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

Satu "usaha diplomatik rahsia untuk menamatkan kebuntuan Sabah sedang dimulakan.Demikian berita dipetik dari akhbar Manila Bulletin hari ini. 
Abraham J. Idjirani, jurucakap kesultanan, mendedahkan hari ini mendedahkan, bahawa seorang ketua negara Barat tidak dinamakan telah memulakan usaha itu dua atau tiga hari lalu untuk membawa Malaysia dan Kesultanan Sulu bertemu di Brunei untuk mencari cara-cara untuk menamatkan kebuntuan yang bermula pada Feb 12 di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. 
Beliau membuat pengumuman itu selepas mengulangi rayuan kesultanan kepada Malaysia supaya mendedahkan 10 tawanan anggota Tentera Keselamatan Diraja (RSF) supaya keadaan mereka dapat diketahui. 
Idjirani berkata Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) telah menghantar "nota verbale" ke Malaysia mengenai hal keadaan anggota ahli RSF itu. 

Kesian tengok UMNO memperbodohkan rakyat Selangor..nie bab bantuan pra-sekolah pulak..!!.

Bongkar saman Tuntutan Bantuan Pra Sekolah Di Selangor

Hari ini akhbar Utusan melaporkan seramai1,888 ibu bapa memfailkan saman kepada kerajaan negeri Selangor..

saman itu dibuat konon-kononnya kerajaan negeri gagal memberikan bantuan prasekolah anak-anak kepada seramai 1,888 ibu bapa yang telah dipergunakan UMNO itu..

Mereka mendakwa kerajaan negeri mungkiri janji apabila anak-anak mereka tidak dapat bantuan sebanyak RM50 sebulan itu sepertimana yang terkandung di dalam manifesto pilihanraya 2008.

Namun..
apa yang tidak mereka ketahui adalah..
1) Bantuan RM50 ini merupakan bantuan dari kerajaan negeri untuk kanak-kanak yang layak dan kelayakan bergantung kepada pendapatan isi rumah dibawah RM1,5000 (namun kini sedang dipertimbangkan untuk melonggarkan syarat kelayakan kepada pendapatan isi rumah sebanyak RM2,500).

Transformasi Najib gagal, dituduh PAS pula berdosa

TASEK GELUGOR: Akibat terlalu kecewa dengan kegagalan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak segan silu menuduh kononnya PAS melakukan tujuh kesalahan besar di Kelantan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) ketika berceramah di Taman Pokok Sena, di sini malam tadi hairan tiba-tiba Najib bersuara begitu dalam keadaan PAS semakin melonjak ke persada politik tanah air dan antarabangsa.

Menurut Mujahid lagi, apa sudah jadi kepada transformasi yang dilancarkan oleh Najib sendiri dengan harapan ingin membawa Malaysia sebaris dengan negara maju.

"Hari ini tiba-tiba Najib menghalakan senjatanya pada PAS kononnya melakukan tujuh dosa besar kepada rakyat Kelantan. Sepatutnya beliau mengkaji kenapa transformasi yang diilhamkannya gagal, bukan bertindak sehingga menambah kemarahan rakyat lagi," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

9 Dosa Besar UMNO terhadap RAKYAT & UMAT ISLAM


Dalam PAS sekarang menular satu penyakit, yakni penyakit percaya yang UMNO ini boleh diharap untuk berjuang Islam.

Lantaran itu, saya terpanggil menulis senarai beberapa dosa besar yang di halal kan dalam UMNO. Semoga senarai ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan aktivis-aktivis PAS betapa jahilnya pemikiran sedemikian rupa.
1. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).

2. JUDI : UMNO sejak penubuhan telah meluluskan “Loteri UMNO” yang telah dijual dan dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun Razak meluluskan lagi 10 lesen “Special Draw”/Judi tidak berapa lama dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram.

Muhyiddin sembang 'gah'.. bila mintak bukti terus sunyi sepi..!!

CERITA "PORAK PERANDA" MUHYIDDIN YASSIN BARU SIAP TAJUK AJE RUPANYA... KAH KAH KAH !

Atas sebab itu beliau TAK DAPAT nak MENDEDAHKAN apa yang dikatakan MAKLUMAT yang beliau DAKWA mengenai "RANCANGAN PEMBANGKANG UNTUK MENGGAGALKAN PILIHAN RAYA UMUM MELALUI KEADAAN PORAK PERANDA"... kerana ianya baru saja dalam PERANCANGAN Pemimpin Umno/Bn dan masih lagi belum MENEMUI MAKANISMA bagaimana dan cara mana ianya dapat MENGAITKAN Pakatan Rakyat (PR) dengan PORAK-PERANDA tersebut... jadi TERPAKSA lah kata "NANTILAH SAMPAI MASA YANG SESUAI"... kah kah kah !.

Macam mana lah PENGIKUT kepada PARTI SYAITAN YANG DIKENALI tidak SUKA kepada FITNAH beb... kalau dah dikalangan PEMIMPIN mereka pun SUKA kepada FITNAH apatah lagi PENGIKUT mereka beb... sedangkan PEMIMPIN tersebut bukan gak CALANG-CALANG orang tentang Pengetahuan nya dalam hal AGAMA ISLAM... dan difahamkan juga beliau adalah ANAK kepada ULAMA TERKENAL di NEGERI JOHOR DT... tapi ini lah HASILNYA...  dan betul juga lah kata-kata PUJANGGA yang berbunyi IMAN BUKANLAH WARISAN... kah kah kah !.

UMNO kini berada dalam keadaan tersepit..!!

Oleh Anuar Mohd Nor

Umno sendirian! Adakah benar Umno sendirian dalam menghadapi PRU 13? Adakah benar komponen lain sudah sampai ke tahap lepas tangan dan seakan tidak mampu lagi melakukan apa-apa dalam usaha untuk menjadikan BN peneraju utama politik dan ditabalkan sebagai kerajaan memerintah dengan sokongan melebihi 2/3 majoriti.

Umno seolah-olah tinggal bersendirian dalam menjalani kempen untuk PRU 13 nanti. Rakan utama — MCA dan MIC — dalam erti komponen terbesar dalam BN sudah hilang bentuk dan arah. Kaum Cina tidak perlu menyorokkan realiti sudah nampak menolak MCA secara total. Kempen mereka sudah tidak jelas dan MCA sendiri masih tidak nampak bergerak selain bergantung harap kepada Umno. Begitu juga keadaan kempen dalam MIC bergantung harap pada Umno. Maka politik komponen dalam BN bergantung harap pada Umno dan kaum Melayu dalam mengundi.

Perlu kita melihat bahawa penolakan bangsa lain khususnya Cina merangkumi kegagalan MCA sendiri dalam membentuk perjuangan untuk kaum Cina. Persoalan utama kegagalan MCA sebenarnya amat subjektif. Ada pendapat yang mengatakan MCA terikat dengan Umno lantas perjuangan sebenarnya kaum Cina terbatas dengan gerakan Umno dan NGO yang menyokong Umno. Ini menjadikan MCA tersepit.

2 bekas UTK yang "saja-saja" bunuh Altantuya akan di dengar rayuan 10 jun nanti..!!

Kes Altantuya: Rayuan dua bekas anggota UTK didengar 10 Jun
15 Mac 2013

http://pemudasarawak.files.wordpress.com/2009/02/sembunyiazharsirul.jpg
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan tiga hari mulai 10 Jun untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Peguam Kitson Foong yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darma Fikri Abu Adam memaklumkan pembelaan dan pendakwaan dalam kes itu bahawa Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif mengarahkan rayuan itu didengar dari 10 hingga 12 Jun.

Beliau berkata memandangkan tarikh itu jatuh dalam tempoh 'pengosongan prosiding mahkamah', satu panel khas akan bersidang untuk mendengar rayuan berkenaan.

Katanya, kedua-dua pihak juga dikehendaki memfailkan hujahan bertulis dua minggu sebelum 10 Jun.

Kedah jalani latihan keras selama 7 hari...!!


 

BARISAN PEMAIN KEDAH AKAN MENJALANI LATIHAN KERAS SELAMA TUJUH HARI DAN LATIHAN SATU SESI SELAMA BAKI TUJUH HARI SEBELUM BERTEMU SARAWAK DI KUCHING

Penolong jurulatih Kedah, Antonio Sisic yang mengendalikan latihan Pasukan Hijau Kuning dengan ketiadaan Mario Tot yang pulang ke Croatia membahagikan latihan selama 14 hari kepada dua bahagian, iaitu latihan pagi dan petang selama tujuh hari dan latihan satu sesi sahaja selama baki tujuh hari lagi sebelum Kedah bertemu Sarawak di Kuching pada 29 Mac depan.

Menurutnya, latihan pagi dan petang itu adalah untuk memastikan barisan pemain Kedah kembali cergas dan latihan petang sahaja adalah untuk menyediakan barisan pemain secara mental dan fizikal ketika berdepan pendahulu Liga Premier Sarawak yang kini berkongsi mata dengan pasukan KL Sime Darby FC di persada liga.

“Saya akan menjalankan latihan pagi dan petang selama enam puluh jam pertama setelah barisan pemain kembali dari cuti selama empat hari lalu dan bagi memastikan mereka dapat mengembalikan kecergasan mereka tiga hari ini saya akan menekan pemain dengan latihan keras.

3 dari 10 beradik tidak bersekolah...

Kesempitan hidup punca 3 daripada 10 beradik tidak sekolah
Wartawan Sinar Harian
15 Mac 2013
Kesempitan hidup punca 3 daripada 10 beradik tidak sekolah
Keluarga Ishak terpaksa tinggal berhimpit di rumah mereka 
yang usang akibat kesempitan hidup.
 
ALOR SETAR - Sepuluh beradik yang tinggal di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, di sini, bukan sahaja menjalani hidup dalam serba kekurangan, malah tiga daripada mereka mengalami masalah keciciran dari persekolahan akibat kesempitan hidup.

Kehidupan yang sukar itu turut ditambah dengan keadaan ketua keluarganya, Ishak Darus, 73, mempunyai masalah jantung bengkak dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala isteri, Jamaliah Rejab, 46, mengalami sakit kaki.

Lebih menyedihkan, mereka sekeluarga terpaksa berhimpit mendiami rumah yang usang tanpa bekalan elektrik sejak setahun lalu dan bakal berhadapan dengan masalah bekalan air akibat tidak mampu menjelaskan bil tertunggak.

Jamaliah berkata, mereka sekeluarga hanya memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan yang diterima suaminya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...