TERKINI :

Friday, March 15, 2013

LIVE Wacana Perdana : PASCA PRU13 - Melayu Islam Di Mana..?

Ayuh semua, kita saksikan Wacana Perdana yang pasti hangat dan sensasi....Klik Link di bawah.. Jangan lupa SHARE!!!...GpBp..

Radio : http://waufm.blogspot.com/

Tonton : http://www.kelantantv.my/

EHSAN : http://www.kelantantv.my/v1/

Najib dan Mahathir Pensabotaj Utama UMNO Dalam PRU 13?

Oleh Shahbudin Husin

Siapa sebenarnya pensabotaj UMNO dalam pilihanraya akan datang? Persoalan ini sentiasa bermain di fikiran banyak pihak. Sementara ada yang berpendapat ia terdiri daripada kalangan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon, lalu merajuk, menutup bilik gerakan dan mengalih sokongan kepada parti lain, ada yang merasakan pensabotaj juga mungkin daripada kalangan ahli yang tidak bersetuju dengan pemilihan seseorang sebagai calon.

Namun daripada kedua-dua golongan itu, sabotaj daripada kalangan pemimpin yang kecewa dan merajuk adalah lebih besar kesannya kepada parti dalam usaha mencari kemenangan dalam pilihanraya nanti.

Najib pula, dalam usaha mahu memenangi pilihanraya, nampaknya amat menyedari kemungkinan unsur sabotaj ini menjadi halangan utama kepadanya untuk mencapai kemenangan. Lantaran itu, selain sering mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO dan komponen BN lainnya agar mengutamakan parti dan kekal setia sama ada terpilih atau tidak sebagai calon, beliau juga meletakkan pemantau di setiap bahagian yang terdiri daripada perwakilan G7 untuk melaporkan tentang sesiapa saja yang didapati menyeleweng daripada perjuangan parti semasa pilihanraya nanti.

Kelantan Panas !!! Seramai 450K rakyat turun sambut Najib siang tadi..!!

hangpa perasan tak sekarang nie jika surat habaq BN tulis bab sesuatu majlis PM tak kisah lah dimana kompom akan tulis angka puluh2 ribu punya...tapi yg paling best GAMBAQ MESTI TAK ADA..!!! He He He... [AnakKedah007]

Wahai UMNO.. Jika hangpa TAK PANDAI jangan marah pada yang PANDAI..!!!

Kalau tidak pandai jangan marah pada yang pandai
oleh Aspan Alias

http://4.bp.blogspot.com/-dWkn8485TDc/T3e_ZGzTZ3I/AAAAAAAAGOw/IfoZ0xh3xMM/s1600/2012-03-31_145954.jpg
UMNO dan BN dalam bahasa yang paling mudah, boleh dikatakan sebagai puak yang sangat cemburu dan sakit jiwa dengan kemampuan orang lain. UMNO tidak boleh tidur apabila terfikir tentang apa pihak Pakatan Rakyat boleh lakukan selepas memenangi pilihanraya nanti (jika di izin Tuhan). UMNO telah di berikan mandat mentadbir negara sejak merdeka tetapi inilah hasil pengalaman mereka mentadbir selama lebih dari setengah abad itu. Apa pengalaman UMNO sejak tiga dekad yang lalu itu?

Pengalaman UMNO yang terbesar ialah untuk memusnahkan daya pemikiran rakyat khususnya orang Melayu. Oleh kerana terlalu lama mendapat mandat UMNO sudah percaya parti itu telah mengajak rakyat berfikir hanya UMNO sahaja lah yang boleh menjamin segala-galanya. Tiada UMNO maka tiada apa-apa yang ada di negara ini. Nilai kekufuran yang di bina dan di bentuk oleh UMNO ini sememangnya tiada apa yang boleh di bandingkan dengannya.

Mahathir hina masyarakat kampung air

KUALA LUMPUR: Gesaan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad agar kerajaan mengharamkan kampung air di Sabah disifatkan satu penghinaan kepada penduduknya yang berpuluh-puluh tahun menetap di sana.

Kampung air adalah salah satu penempatan penduduk yang kebanyakan mereka adalah nelayan malahan kampung tersebut merupakan kampung tradisi yang wujud lebih 50 tahun yang lalu.

Pesuruhjaya PAS Sabah Aminuddin Aling berkata, di Sabah cukup terkenal dengan kampung air yang ada di mana-mana sahaja misalnya di Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan, Lahad Datu dan beberapa tempat lagi.

"Saya bertanya kembali kepada Tun Mahathir, adakah kampung air hari ini baru wujud? Kenapa dipersendakan dan dihina mereka (penduduk kampung air), ini adalah kampung tradisi," soalnya kepada Harakahdaily.

Isu keselamatan t'jawab bersama, bukan politik

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan cara pemimpin negara mempolitikkan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sedangkan isu keselamatan merupakan tanggungjawab bersama.

Katanya, isu berkaitan negara sebesar itu sepatutnya ditangani dengan serius melibatkan semua pihak mewakili rakyat negara ini kerana membabitkan kematian di pihak anggota keselamatan dan penceroboh.

“Malangnya dengan tragedi tersebut masalah melibatkan kematian pun ada orang nak politikkan dengan meletakkan siapa hero, siapa jahat.

“Saya tekankan soal keselamatan ini soal bersama sepatutnya buat kenyataan bersama, seperti kenyataan tentang isu Palestin dulu. Sebab itu saya dah minta sidang parlimen khas,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tambah Anwar, malangnya pihak kerajaan dan Umno melalui media kawalannya lebih mudah mengait dan menuduh beliau terbabit dengan pencerobohan kumpulan Melayu Sulu itu tanpa hujah dan bukti.

Siasat Shafie Afdal bersama Sultan Sulu

Akhirmya.. Rahsia Shafie Afdal Terbongkar

Dia seorang ahli politik Tausug dari Semporna, Sabah. Datuk Seri Shafie Apdal, datuknya dari etnik Sulug, Jolo dan ibunya dari etnik Sama-Bajau adalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan Pesta Lepa-Lepa atau Pesta Sambulayang yang diadakan setiap tahun di Semporna.

Pesta Lepa-Lepanya menjadi kejutan budaya kepada Sabahan yang selama ini tidak pernah didedahkan dengan Pesta Kesultanan.
Sebenarnya Pesta lepa-Lepa ialah Pesta Sambulayang iaitu suasana perarakan di laut menyambut Sultan Sulu dan para Datu Diraja.

Kebenaran tentang SD pertama PI Bala


Izinkan saya mulai dari awal. Ini kisah yang panjang, jadi tolong bersabar. M Puravalen (atau Valen, seperti dikenali oleh rakan-rakannya) dan saya belajar undang-undang bersama-sama, di Inns of Court, London, pada 1980-81.

Saya mempunyai hubungan lama dan panjang dengan Valen sejak 33 tahun lalu. Beliau tidak pernah melakukan apa-apa sepanjang tempoh itu yang membolehkan saya mengesyaki sesuatu, sebaliknya adalah seorang anggota dalam bidang undang-undang yang berwibawa dan berterus terang.

Saya diperkenalkan dengan bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atau PI Bala dan ASP Suresh oleh Valen di restoran (Fogles untuk lebih tepat) di Plaza Damansara di Sri Hartamas pada suatu tempoh di April 2008. Ada lagi yagg hadir, dan mereka boleh mengesahkan perkara ini.

Bala sudah meninggal...


Mai kita tengok senarai MELAYU dalam AJK TERTINGGI BN..!!!

 

Fathul Bari nak berpadu pulak dengan PARTI AJARAN SESAT nie..??

Fathul Bari: Perpaduan Umno dan Pas perlu disegerakan

KOTA BAHRU - Perpaduan antara Umno dan Pas perlu segera diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau berkata perpaduan itu bukan untuk mana-mana pihak membubarkan parti tetapi mewujudkan kerjasama ke arah kebaikan untuk kekuatan kepada Islam dan orang Melayu.

"Umno telah lama hulur tangan untuk perdamaian dan perpaduan ke arah kebaikan, sewajarnya Pas menimbang dan menerima tawaran tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah isu-isu semasa kepada Penceramah Penerangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Benarkah PENGANAS SULU itu memiliki KERAKYATAN MALAYSIA YANG SAH..???


Krisis Pencerobohan Lahad Datu, Sabah

Masalah utama Pihak Keselamatan ATM & juga PDRM dalam menjalankan Ops Daulat ialah bagaimana mahu mengecam Penceroboh di Lahad Datu, Semporna & lain-lain kawasan di Sabah.

Rakyat diberitahu bahawa Penceroboh adalah "Tentera Kesultanan Sulu" & atas kenyataan itu, Rakyat faham bahawa ianya adalah 1 perkara mudah untuk menjejak Penceroboh kerana "Tentera Kesultanan Sulu" mudah dijejak, masuk secara Haram - Tiada Pengenalan Diri.

TETAPI, Rakyat TIDAK DIBERITAHU bahawasanya, kebanyakan yang dikatakan sebagai Penceroboh tadi, antara mereka adalah Pemegang Kad Pengenalan Warga-Negara Malaysia YANG SAH.

Kesulitan timbul dipihak Keselamatan - ATM & PDRM bilamana Penceroboh pada masa ini, dengan kelebihan mempunyai Kad Pengenalan Warga-Negara Malaysia bercampur-gaul dengan orang ramai... Ada antara mereka telah menetap di Sabah sejak awal tahun 1984 - 1985 & menerima Kad Pengenalan Warga-Negara Malaysia melalui Projek IC Tajaan Barisan Nasional dibawah Pemerintahan Mahathir Mohamad.

Bukti UNDI PAS HARAM dan UNDI UMNO HALAL..!!!

Kerjasama kerajaan Negeri dan NGO realisasikan kebajikan rakyat



SUNGAI PETANI – Kerajaan perlu rasa bersalah sekiranya tidak dapat menyelesaikan masalah makanan, tempat tinggal dan pakaian kepada rakyatnya, selain memastikan perlindungan, pendidikan dan tuntutan kesihatan.

“Selain semuanya itu menjadi tanggungjawab pemerintah, bantuan dari NGO-NGO juga sangat penting dalam membantu kerajaan merealisasikan kebajikan kepada rakyat.

“Saya cukup menghargai usaha NGO yang begitu mengambil berat hal-hal kebajikan rakyat seperti menyediakan rumah dan perlindungan kepada warga emas, anak-anak yatim, OKU dan lain-lain yang memerlukan bantuan,” ucap Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Katanya lagi, masyarakat perlu memahami konsep kebajikan yang sebenar dan kerajaan negeri tidak terlepas pandang mengatur pelbagai program untuk mencapai hasrat melahirkan masyarakat sejahtera .

Sempadan Malaysia - Thai : Bina segera tembok pagar

Wartawan Sinar Harian
14 Mac 2013
Bina segera tembok pagar
Ahmad Zaini (dua, kanan) bersama anggota keselamatan meninjau keadaan pagar yang perlu penambahbaikan.
 
BUKIT KAYU HITAM - Seramai 10 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) berjaya ditahan oleh Batalion 3 Kor Amour Diraja (KAD) ketika dalam cubaan meloloskan diri melalui lubang tikus berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, anggota sempadan yang bertugas di kawasan berkenaan berjaya menahan 10 pendatang asing warganegara India cuba meloloskan diri melalui lubang yang dirosakkan oleh mereka sebelum ditahan.

Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 30-an melibatkan enam lelaki serta empat perempuan diserahkan kepada balai polis berhampiran bagi tindakan selanjutnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...