TERKINI :

Thursday, March 14, 2013

Mai kita kenali siapa dia gerangan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein

TAHNIAH.

Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein adalah pemegang Ijazah Sarjana dalam War Studies dari King's College di London. Beliau merupakan pegawai Malaysia yang pertama lulusan US Army Command and General Staff College. Beliau juga adalah bekas Panglima 10 Briged Para Pertama yang merupakan komponen utama Pasukan Aturgerak Cepat (PAC). 

Selepas bersara beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan pada 2003 sehingga 2006. Beliau juga pernah menyandang jawatan Panglima Tentera Darat dari 1 Januari 1999 sehingga 31 Disember 2002.

Ayuh..marilah Kita bentuk sebuah negara baru.. kita jadikan UMNO sebagai lipatan sejarah negara kita...

oleh Aspan Alias

http://mejakerusi.files.wordpress.com/2010/08/2811733164_0f6d8295b6.jpg
Pandangan Tun Musa Hitam (TMH), bekas Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan isu politik negara baru-baru ini mendapat reaksi yang agak menggegarkan perasaan banyak pihak dalam kerajaan dan BN keseluruhannya. TMH merupakan pesara politik dan kerajaan yang sudah lama tidak bercakap tentang hal politik kerana beliau menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang bekas pemimpin utama negara.

TMH hanya memberikan pandangan di tempat yang betul dan sesuai sebagai seorang pemimpin yang telah bersara dan tidak mudah teruja untuk campur lagi dalam hal politik negara secara aktif. Beliau hanya memberikan pandangan apabila di minta untuk mengulas sesuatu isu yang hangat sekarang ini yang berkaitan dengan pertembungan di antara dua pihak yang sedang berebut untuk menambat hati dan jiwa rakyat.

Beliau telah di tanya dalam temubual bersama Sinar Harian dua hari lepas dan beliau telah memberikan pandangan beliau secara bebas tanpa condong kepada mana-mana pihak yang sedang bertarung bagi menghadapi pilihanraya umum ke13 ini. Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam politik beliau memahami keadaan dan situasi sebenar dalam politik dan siasah negara sekarang ini.

Penakut juga UTUSAN nie rupa-rupanya... lepas kena saman terus link dia di lesapkan..!!!

Kenyataan Terbuka
14 Mac 2013


Rencana Fitnah Utusan Terhadap Chegubard Lesap

Dua hari lalu, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan telah menyerahkan notis kepada Utusan Malaysia beberapa tuntutan kepada Utusan Malaysia. Melalui peguamnya Sazali & Lim, notis telah diserahkan dan telah diakui terima oleh pihak Utusan.

Berikutan itu, paparan rencana Utusan Online bertajuk “Medan Perah Duit Rakyat” tulisan Mohd Asron Mustapha yang menjadi bukti fitnah jahat terhadap Chegubard telah lesap. Ia disedari hari ini sekitar jam 12 tengahari tadi dan sehingga kenyataan ini ditulis, rencana tersebut tiada di paparan. Kali terakhir rencana itu dilihat masih terpapar ialah semalam.

Siapa kata UMNO wakil MELAYU....???

Umno Bukan Wakil Melayu.. Jangan Syok Sendiri

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Gelaran ‘pengkhianat bangsa’ diguna pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) kepada ahlinya yang belot dan menyertai parti lain terutama DAP tambahan pula ia dimomokkan sebagai parti cauvinis dan pelampau.

Bekas pemimpin UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri menyifatkan tuduhan itu sebagai angkuh dan syok sendiri apabila UMNO mendakwa mereka pembela dan mewakili Melayu,

Ariff yang lebih dikenali sebagai Sakmongkol AK47 berkata, anggapan hanya orang Melayu yang menyertai UMNO sebagai Melayu, sebaliknya Melayu yang menyertai parti lain dianggap kurang ‘Melayunya’ adalah tidak betul.

Ariff berkata, perumpamaan sedemikian sangat dangkal kerana setelah menyertai DAP, sifat Melayu dan Islam beliau tidak sedikit pun berubah.

Tahukah anda apa acara menarik yang akan berlaku di Kedah dalam tempoh seminggu ini?

Abdul Hadi Mihada

Tahukah anda apa acara menarik yang akan berlaku di Kedah dalam tempoh seminggu ini? Antara yang akan berlaku ialah:

http://3.bp.blogspot.com/-3_lOoXnEm0I/UT1VTi4JTmI/AAAAAAAAPmc/SLDUFEVNjpg/s1600/2013-03-11_115258.png 

1. Himpunan Rakyat Kedah (HRK) Bongkar 403J di Star Walk Alor Setar pd 16 Mac 2013 (SABTU). Mula jam 2.00 ptg hingga 5.00 petang. Jom kita pakat yong hadir ramai-ramai bersama pimpinan PAS Kedah dan PKR serta DAP

Negara Huru Hara - Selalunya orang yang tuduh-tuduh orang nie dia yg dok buat benda tuu..!!!

Seolah-olah 'ada pihak' mahu huru-hara – Dr Hatta

KUALA LUMPUR: Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Pakatan Rakyat merancang huru-hara merupakan satu dakwaan yang tidak berasas.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata bagaimana Pakatan Rakyat yang berkeyakinan untuk menawan Putrajaya boleh bercadang untuk menimbulkan huru-hara.

"Untuk apa huru-hara itu? Siapa yang untung jika kita bercadang untuk timbulkan huru-hara? Dalam suasana kita (Pakatan Rakyat) bersedia menjadi kerajaan baru, sudah tentulah kita mengharapkan satu suasana yang lebih aman supaya transisi ke arah itu lebih baik," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Selain menyifatkan dakwaan Muhyidin itu sebagai sangat prejudis, ia juga menampakkan seolah-olah 'ada pihak' yang mahukan huru-hara berlaku.

Bersih 2.0 dedah kes pengundi didaftar tanpa izin

Salmiyah Harun, 14 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 hari ini mendedahkan terdapat lapan kes daftar pemilih meragukan yang dilaporkan oleh orang awam dalam tempoh dua bulan ini.

Lapan kes itu termasuk lima individu yang terdaftar sebagai pengundi tanpa izin atau pengetahuan mereka di mana tiga daripada mereka didaftarkan di kawasan undi bukan tempat kediaman mereka.

Lapan kes ini telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu ini namun masih belum ada respons daripada SPR, kata Maria Chin.

Jelas Maria, dalam satu kes ada individu diberitahu oleh SPR bahawa pihak SPR tidak pernah menerima borang pendaftaran pengundinya walaupun telah mendaftarkan diri melalui sebuah konsulat luar negara Malaysia pada tahun 2012, justeru itu beliau tidak layak untuk mengundi dalam PRU 13 ini.

Tuduhan kepada Anwar terungkai satu-satu


Posted on Thursday, March 14 @ 00:22:11 MYT by paktam

Oleh Subky Latif

Dengan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim membuat kenyataan memihak kepada Anwar Ibrahim, ia tambah meringankan beban yang dihadapi oleh ketua pembangkang berhubung dakwaan liwat olehnya.

Dalam kemunculannya di khalayak umum tidak yakin anaknya tidak diapa-apakan oleh Anwar. Dalam kemunculan pertamanya dia minta maaf kepada Anwar dan menyeru rakyat menyokong Pakatan Rakyat. Dalam kemunculan keduanya, dia menyertai PKR.

Dia bukan seorang saksi dalam kes melibatkan anaknya, maka tindakannya tidak mengganggu kes yang sedang dirayu itu. Tetapi beban Anwar dapat diringankan sementara menunggu keputusan rayuan itu.

Walau apa pun beban yang dihadapi Anwar, mengikut pegangan undang-undang di negara kita, Anwar sebagai seorang yang dituduh tidak dikira bersalah selagi mahkamah tidak membuktikannya bersalah.

Adalah benar Anwar telah dipenjara selama enam tahun, tetapi dalam kedua-dua tuduhan liwatnya dia dibebaskan oleh mahkamah. Yang orang fikir tentang Anwar tentulah bermacam-macam tetapi dalam kes liwatnya yang pertama, dia dibebaskan. Ini bererti telah terungkai bebannya itu. Dari sudut undang-undang dia orang yang merdeka.

Perairan sabah bergelora kerana......

÷

Kementerian Pertahanan Kini Bertanggungjawab Jaga Perairan Timur Sabah


KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kementerian Pertahanan kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan arahan terbaharu itu, perairan Sabah yang dikawal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), akan terletak di bawah tanggungjawab kementeriannya dengan dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Saya menerima 'command' (kuasa pemerintahan) ini Jumaat lepas, yang suratnya telah diserahkan kepada saya oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri yang bertanggungjawab berhubung APMM.

"Command APMM di Sabah telah diserahkan kepada saya (Kementerian Pertahanan), tidak lagi di bawah JPM," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera Singapura, Leftenan Jeneral Neo Kian Hong di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Catatan MSO di Sabah - Terima Kasih Polis Membantu Kami

oleh MSO

RAKAMN RASA                                                                                                                  

Semasa kunjungan saya ke Sabah yang berakhir semalam, khasnya sewaktu di Kunak dan Lahad Datu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dari kedua Ibu Pejabat Polis (IPD) di situ. Kerjasama yang diberikan sungguh menyenangkan.

Untuk menjamin keselamatan kunjungan saya bersama Drs Zainuddin Awang Hamad menerusi program "Musafir Keamanan dan Kebajikan Kelantan", kami terlebih dahulu mendapat bantuan dan pandangan dari pihak polis. Maklumat dan masalah keselamatan semasa juga diperolehi oleh pihak polis. Maklumat ini bagi memudahkan kami membuat tinjauan dan intraksi dengan orang ramai.

Sebaik sampai di Kunak kami langsung ke IPK Kunak untuk mendapat penjelasan perkembangan terkini mengenai tahap keselamatan di situ dan kawasan kampung sekitarnya. Kami mulanya diberi taklimat dan penerangan secara ringkas oleh Ketua Cawangan Khas di situ Tuan Zulkefli sebelum OCPD M Ghazali yang ketika itu masih di luar pejabat.

Semoga bila PR memerintah nanti mereka akan tetapkan tarikh p/raya awal-awal lagi..

Lagi cadangan agar PR tetapkan pilihan raya dari awal

KUALA LUMPUR:
Seorang lagi pemimpin akar umbi mencadangkan agar Pakatan Rakyat menetapkan tarikh pilihan raya lebih awal selepas mentadbir Putrajaya nanti.

Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar), Penyelaras Parlimen Titiwangsa PAS meminta Pakatan memastikan PRU di era akan datang akan diumumkan lebih awal dan lebih lama supaya semua pihak mampu bersiap sedia dengan tugas dan peranan masing-masing.

Sebelum ini,  Datuk Takiyudin Hassan mencadangkan agar Pakatan menetapkan tarikh pilihan raya akan datang sebaik sahaja selepas menang pilihan raya ke 13.

Bagi Zamri, permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak agar diberikan masa lagi sebelum mengumumkan tarikh pilihanraya umum akan datang sangat menyusahkan.

Nada kenyataannya, katanya, seperti Pru ke 13 akan berlanjutan buat beberapa bulan mendatang walaupun mandat kerajaan genap lima tahun sudah berakhir pada 8 Mac 2013 dan tarikh akhir parlimen wajib dibubarkan adalah pada 28 April 2013.

Oooo Tian Chua hangpa kalut... Si Ibrahim Ali & Ridhuan Tee hangpa biaq saja..?o



Sultan Sulu yang tak di iktiraf ada di AGM UMNO.. Sila Jelaskan kenapa..??

Najib perlu jelaskan wakil "Kesultanan Sulu" di AGM Umno

KUALA LUMPUR: Majlis Pakatan Rakyat Sabah mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kepada rakyat apakah agenda sebenar pertemuan beliau dengan pihak yang medakwa diri mereka "Sultan Sulu" mahupun wakilnya yang dijemput ke perhimpunan agung Umno dan majlis-majlis lain.



(Gambar yang tersebar di internet mendakwa Najib bersama pihak Kesultanan Sulu)

Dalam satu kenyataan bersama semalam, mereka juga menuntut Najib segera memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan di Lahad Datu seperti yang dituntut pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan tersebut ditandatangani Ahamd Thamrin Jaini  Pengerusi PKR Sabah selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Sabah, Jimmy Wong  Pengerusi DAP Sabah, DSP Lajim Ukin Presiden PPPS, DSP Wilfred Bumburing Presiden APS dan Aminudin Aling Pesuruhjaya PAS Sabah.

TPM dah fitnah...habih Pemuda PR tunggu apa lagi.. masa inilah nak belasah depa pulak..!

KENYATAAN TPM BERUNSUR FITNAH DAN HASUTAN MELAMPAU

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kerana melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan tuduhan PR berusaha menggagalkan pilihanraya umum ke 13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda.

DPPM menganggap tuduhan TPM terlalu berat dan fitnah serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat. Sebagai pemimpin nombor dua negara, kenyataan beliau boleh mencetuskan suasana panik dan penafsiran yang pelbagai dari kalangan masyarakat.

Mahathir kata bankrap, Tun Musa kata tidak

oleh Aspan Alias

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/08/mahathir-and-musa.jpg?w=545Kenyataan Tun Musa Hitam semalam memberikan pencerahan yang sangat baik untuk politik rakyat dan negara. Beliau tidak bersetuju apa yang didakyahkan oleh pimpinan UMNO khususnya Dr Mahathir yang negara akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah selepas pilihanraya yang akan datang ini. Musa berkata Pakatan Rakyat akan bekerja keras untuk memastikan yang negara akan terus mencapai kemajuan dan tidak akan melalaikan tanggungjawab yang buat pertama kali diberikan oleh rakyat terhadap pihak pembangkang.

Musa juga tidak bersetuju dengan politik rasis yang menebal sekarang dan pihak yang memainkan sentimen perkauman itu merupakan permainan poltik bankrap yang sudah tidak relevan lagi buat masa dan zaman ini. Kenyataan Tun Musa ini tentunya bertentangan dengan pandangan Dr Mahathir, seorang pemimpin yang boleh berjalan di atas air itu.

Dr Mahathir yang akhir-akhir ini seperti orang yang dalam ketakutan yang amat sangat itu telah membuat kenyataan-kenyataan yang menghangatkan dengan bermatlamat untuk membina dan meningkatkan sentimen perkauman di negara ini. Beliau (Mahathir) telah meminta Felda untuk memainkan filem Tanda Putera bagi menaikkan perasaan kebencian orang Melayu terhadap kaum Cina dan ianya tentulah untuk menghalang DAP yang menjadi sasaran cemuhan Mahathir akhir-akhir ini.

Mat Lagu nie punya cerita.. kira Mat Bashah dok ajaq orang kedah jadi 'rosak aqidah'..!!!

Tian Chua di dakwa....




KUALA LUMPUR, 14 MAC: Pertelingkahan kecil berlaku di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di antara polis dan pihak Naib Presiden PKR, Tian Chua semasa beliau hadir untuk mendengar tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.

Pertelingkahan itu tercetus apabila dua anggota polis bertemu dengan Tian Chua dan peguamnya di kantin kompleks mahkamah tersebut sebelum kesnya bermula.

Kedua polis itu menyatakan hasrat untuk menahan Tian Chua di dalam lokap mahkamah, akan tetapi mereka dihalang oleh peguam MP Batu itu, Latheefa Koya.

Menurutnya, Tian Chua tidak perlu ditahan di dalam lokap kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk kes berkenaan.

Aura kebangkitan rakyat untuk berubah bertambah jelas

oleh Aspan Alias

http://4.bp.blogspot.com/-WGgSO0TZyxM/T7OhACx_ViI/AAAAAAAAPvE/jB8xNky3_Oo/s400/kedah-pakatan-300x202.jpg
Saya sudah berada di Kedah sejak tiga hari yang lepas dalam siri ceramah saya bersama Pakatan Rakyat. Kedah merupakan negeri yang selalu saya kunjungi untuk berceramah dan bertemu muka dengan orang ramai.

Daripada lawatan saya sebulan yang lalu dengan lawatan kali ini amat banyak kemajuannya. Saya telah berceramah dan bertemu di beberapa peti undi sejak dua hari yang lepas sebagai lanjutan kepada lawatan saya yang lalu.

Kali ini pertambahan sambutan amat memberangsangkan kerana tempat yang kurang sambutan dahulu telah berubah dengan drastik dan menampakkan sokongan baru yang lebih jelas sekali. Situasi sekarang akan diterjemahkan kepada undi dan nampak UMNO sudah hampir pasti menjadi sejarah. Beberapa kubu kuat UMNO telah berjaya di tembusi dan ramai ahli-ahli UMNO turut bersama dengan saya menghadiri majlis-majlis ceramah penerangan itu.

Tuu dia.... Manila.. Ekstradisi...Amalino & Lahad Datu...?u


Delegasi Manila Akan Tiba Di Malaysia Untuk Rundingan Ekstradisi Amalilio


Oleh MARTIN CARVALHO

PETALING JAYA: Satu delegasi rasmi dari Jabatan Kehakiman Filipina akan tiba di sini tidak lama lagi bagi proses ekstradisi pendakwaan terhadap dalang skim piramid Manuel Amalilio, yang menghadapi tuduhan penipuan berjumlah lebih RM895 juta.Pegawai penerangan kedutaan di sini, Johann Andal berkata, mereka sedang menunggu butiran lawatan.

Amalilo yang dikenal pasti sebagai Mohammad Kamal Saad, merupakan seorang ahli perniagaan Sabah, dari Beaufort.“Setakat ini, kita masih menunggu pemberitahuan daripada Jabatan Kehakiman,” katanya.Menurut laporan di Manila, Malacang telah berikrar untuk mencuba segala usaha bagi mendapatkan Amalilo diekstradisikan dari Malaysia.

Jangkahayat Blogger2/Cybertrooper UMNO Sudah Sampai Penghujungnya


Setelah bapa SAiful mendedahkan konspirasi yang ditaja Najib Tun Razak, saya lihat begitu bersemangat cyberuk2 serta blogger2 UMNO bersilat.

Macam2 alasan dan hujjah mereka gunakan sehingga sampai ke tahap mereka mahu bapa Saiful bersumpah laknat. Ada yang kata sepatutnya bapa Saiful menghalang anak dia dari bersumpah.

Pendek kata macam2 hujjah bodoh yang dilemparkan oleh mereka ibarat manusia yang terkapai2 kelemasan di laut yang dalam.

Segalanya telah berakhir untuk para cyberuk2 dan blogger2 UMNO. Mereka wajib menerima hakikat bahwa hayat mereka di alam siber politik Malaysia sudah berakhir.

Ingat pada mula2 dulu, waktu cyberuk2 ni baru memulakan kareer mereka sebagai pencaci upahan, kesah liwat Saiful inilah yang membawa ramai pembaca ke blog dan laman FB mereka.

Ramai orang Melayu tertunggu2 pendedahan demi pendedahan yang mereka buat kerana seperti nya mereka mempunyai banyak maklumat.

Dalam KCS pun dah ada team MUKHRIZ & Team AZMI DIN...!!!

10 KCS dah himpit Mukhriz.. menang pun belum tentu

(Dato' Mie bakal calon BN Sungai Tiang bersama MB, ... tapi Mie dalam cerita ni bukan yang ni)

Oleh: Mat Kering

Baru semalan Kedah La siarkan pendedahan bakal calon BN Kedah, di mana Datuk Mukhriz disediakan tempat oleh Najib di Kuah sebagai persediaan jadi MB jika ditakdirkan BN menang. Hari ni MK dapat satu cerita baru, ruapanya MB BN dalam khayalan ni dah siap atur orang-orangnya untuk menguasai KCS. Tudia aihh, belum apa-apa lagi dah atur sampai ke situ.

Pertemuan Mukhriz dengan 10 KCS yang diketuai oleh Mie (bukan Datuk Mie Din) diadakan pada 7 Mac di Hotel Seri Malaysia. Senarai nama semua KCS, dua darinya wanita... ada kat tangan MK. Depa hantag mai dekat MK siap dengan CD rakaman butiran perbincangan tu... tak berapa ketahuan sangat isi sebab audionya tak berkualiti, tapi yang pasti depa dok fokus nak tawan Kedah.

#LahadDatu - Banner besaq depan Komplek PAS Kedah..!!

Bantuan Pendidikan Sek Agama - Negeri PR sekadar dapat one-off tapi negeri lain dapat bantuan tahunan.

Negeri Pakatan Rakyat masih dipinggirkan dalam bantuan pendidikan

ALOR SETAR – Pendidikan merupakan tanggungjawab kerajaan persekutuan, namun masih terdapat unsur diskriminasi, di mana negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat dipinggirkan oleh kerajaan persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, laungan 1 Malaysia oleh kerajaan persekutuan yang dibangga-banggakan tidak membezakan fahaman politik, namun adalah sebaliknya.

“Sebagai wakil kerajaan negeri, saya telah hadir satu mesyuarat bantuan pendidikan di Kuala Lumpur bersama Kementerian Pelajaran, hasil daripada keputusan mesyuarat, kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada sekolah agama kepada semua negeri, tetapi empat negeri di bawah Pakatan Rakyat hanya dapat bantuan one-off saja, tetapi negeri lain dapat bantuan tahunan.

Kerajaan negeri sentiasa mementingkan pendidikan

Bantuan pendidikan adil kepada semua
 

SUNGAI PETANI – Kerajaan Negeri Kedah sentiasa prihatin terhadap pendidikan di negeri Kedah apabila menyediakan pelbagai sumbangan dan bantuan kepada sekolah-sekolah persendirian dan pelajar-pelajar yang memerlukan.

Pengerusi Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, kerajaan negeri sentiasa mementingkan pendidikan kerana pendidikan diperlukan oleh setiap insan dan tidak mengira fahaman politik.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian basikal dan beg sekolah kepada pelajar yang memerlukan, di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Sidam, Pekan Lama, di sini.

“Pendidikan amat diperlukan oleh setiap insan bagi membentuk masyarakat yang harmoni. Kita akan sentiasa membantu insan yang memerlukan bantuan. Maka, gunakanlah bantuan yang diberikan dengan sebaik mungkin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...