Wednesday, March 13, 2013
Terbongkar - Mr Karpal Singh & Agenda Kristian di negara Malaysia..
Karpal Singh & Agenda Kristian
Petang tadi gua sembang-sembang dengan sorang geng gua, x perlu perkenal siapa geng gua tu... Cukup gua cakap Mamat ni Penyokong TEGAR UMNO/BN... Orang kampung cakap, ni jenis Telan 10 helai Bendera UMNO/BN tiap-tiap hari...
Gua nak kongsi 1 peringatan dari geng gua tadi yang gua pikir X KAN GUA LUPA SAMPAI BILA-BILA.
Peringatan geng gua tadi ialah supaya Rakyat Malaysia beringat dengan Agenda DAP yang diketuai oleh Karpal Singh... Katanya, sekarang Karpal Singh melalui DAP tengah giat MENGKRISTIANKAN umat Islam di Seluruh Negara.
Gua angguk je malas nak cakap banyak...
Jika betul puak pemberontak rancang Ogos lalu nampak sangat risikan kita tak buat kerja.!!!
Jamalul rancang ceroboh Sabah Ogos lalu
![]() |
bekas KPN pun pertikai.. bekas Jeneral pon pertikai, nak jadi apa laa.. |
MANILA - Seorang penasihat Jamalul Kiram III hari ini membuat pendedahan bahawa pihaknya mahu menceroboh Sabah seawal Ogos lalu dalam usaha menuntut wilayah Malaysia itu.
Setiausaha Agung Majlis Hal Ehwal Filipina, Pastor Saycon berkata, Agbimuddin Kiram mula merancang untuk menuntut Sabah ekoran keengganan Presiden Filipina, Benigo Aquino III mengadakan perbincangan dengan Jamalul.
Saycon berkata, pada awalnya, Agbimuddin merancang untuk menceroboh Sabah, Ogos lalu tetapi rancangan itu ditangguhkan.
ABIM saman UTUSAN sebab kata depa Hina Isteri Rasulullah
Abim saman fitnah RM10 juta ke atas Utusan
KUALA LUMPUR - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berhubung penyiaran artikel oleh akhbar itu pada 8 Feb lepas.
Presiden Abim, Amidi Abdul Manan sebagai plaintif memfailkan writ saman itu melalui Tetuan Anwar Ismail & Associate di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini.
Amidi menamakan Utusan Melayu dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti wartawannya Lukman Ismail sebagai defendan ketiga.
Dalam pernyataan tuntutannya, Amidi mendakwa artikel berjudul 'Pas Benarkan Tarian Lucah, ABIM Hina Isteri Rasullulah' yang diterbitkan pada 8 Feb lalu adalah berniat untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah serta merendahkan martabat pertubuhan itu.
Beliau mendakwa artikel itu membawa maksud bahawa Abim merupakan pertubuhan Islam yang jahat, tidak berintegriti dan pertubuhan yang tidak boleh dipercayai dan tiada kredibiliti.
Dalam writ saman itu, Amidi menuntut gantirugi teruk, gantirugi teladan, injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada menerbitkan atau menyiarkan mana-mana perkataan fitnah serta kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama
#LahadDatu - Siapa Yang Memperlekehkan Pasukan Keselamatan?
oleh MSO
SAYUP MEMANDANG
Di hari
pertama ketika Zahid Hamidi tampil bersama Hishmuddin Hussein memberi
sidang akhbar melaporkan perkembangan tregedi pencerobohan di Lahad Datu
lagi saya memerhati kredibiliti dan relevansi beliau dalam sidang
akhbar itu. Zahid khasnya cuba menampilkan dirinya sebagai seorang
Menteri Pertahanan yang berwibawa dan digeruni serta prihatin.
Setidak-tidaknya secanggih kapal salam Scorpene.
Cara dia bercakap dan mimik muka yang dipamerkan di skrin tv seakan dia serius, bukan main-main. Zahid menanggalkan iras muka selamba dan hemah. Sememangnya didalam situasi sebegitu seorang menteri pertahanan seperti dia harus serius dan mencermin semangat juang yang tinggi. Perang bukan boleh main-main. Perang bukan pemilihan jawatan dalam Umno.
Sidang sidang kemudian selepas itu saya terus memerhati aksi dan body lenguage Zahid dan memerhati juga kepada mulut dan pipi Hishamuddin Hussein. Mereka saling bercakap dan bertukar microphone seperti tok jora dikit barat dengan tukang karut pula lagaknya. Saya tidak pasti apakah berlaku keadaan demikian di dalam perang di negara-negara maju, sidang akhbar bersama menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan diadakan.

Leftenan Jeneral (B) pertikai mana pergi tenaga Risikan Negara... adakah mereka diguna untuk tujuan POLITIK..???
Tenaga risikan negara diguna bagi tujuan politik, dakwa Ghafir
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
13 Mac 2013
13 Mac 2013

Sabah diceroboh
PETALING JAYA - Kegagalan agensi perisikan negara mengesan awal akan
pencerobohan di Lahad Datu, Sabah adalah punca utama banyak nyawa telah
terkorban dalam insiden berkenaan.
Menurut bekas Leftenan Jeneral (B), Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, jika anggota perisikan menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal akan kemasukan penceroboh dari negara luar, maka insiden di Lahad Datu dapat dielakkan.
"Apa yang saya hendak tekankan perisikan tak berfungsi sehinggakan mereka yang masuk ini tidak dapat kita ketahui.
"Keupayaan mereka dari segi perisikan luar negara, badan dan aset mereka digunakan bagi tujuan operasi politik," dakwa beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Walaupun Insurance telah naik namun masa membelinya telah tiba...

BILA KAPAL NAK TENGGELAM
TIKUS MULA LARI
atau
TIKUS BELI INSURAN
jeneral sudah menjadi kaum kerabat pakatan
bekas ketua polis negara nak jadi kaum kerabat
keluarga diraja mula usik usik nak jadi kerabat
pegawai tinggi kerajaan sudah mahu jadi kerabat
towkay besar dan sedang
mula bertanya-tanya
ramai yang meloroh menyatakan pegangan diri
yang dulu buat salah macam ayah saifol
mula bertaubat untuk menjadi kerabat pakatan
adik vincent tan juga
sudah beli insuran
Apabila Umno selalu berbohong.......
oleh Mohamed Hanipa Maidin
Sehingga kini Umno dan Najib menghadapi masalah bagi meyakinkan rakyat bahawa tragedi Lahad Datu bukan hasil teori konspirasi. Mengapa berlaku sebegitu? Jawapannya rekod Najib dan Umno sendiri. Umno dan Najib sudah terlalu biasa menipu rakyat hinggakan kini mereka menghadapi krisis keyakinan bagi menyakinkan rakyat dalam apa sahaja isu yang timbul. Najib dan Umno hanya layak menyalahkan diri sendiri jika rakyat yakin isu Lahad Datu adalah hasil teori konspirasi.
Dilema Umno meyakinkan rakyat ini mengingatkan saya kepada cerita di zaman kanak-kanak dulu. Kisah bagaimana budak gembala kambing yang sering menipu orang-orang kampung kononnya kambingnya dimakan serigala. Orang kampung yang terpedaya dengan pembohongan budak tersebut dengan jujur cuba memberi bantuan kepada budak tersebut. Apa yang orang kampung dapat? Budak penipu itu mentertawakan orang kampung kerana mudah ditipu. Akhirnya apabila serigala benar benar datang memakan kambing beliau jeritan budak sipenipu itu tidak lagi berguna. Orang kampung sudah tidak percaya lagi pada sipenipu? Sudah 12 pilihanraya Umno tipu rakyat, maka rekod buruk mereka kini nampaknya memakan tuan.
Toeri konspirasi bukan fenomena baru dalam dunia politik. Tragedi 11 September yang menyaksikan serangan ke atas Menara Berkembar, World Trade Centre (WTC) dan Pentagon sehingga kini tidak diterima sepenuhnya sebagai tragedi sebenar. Tidak sedikit rakyat Amerika dan penduduk dunia ini yang percaya tragedi 9/11 adalah hasil teori konspirasi jahat Bush, Dick Cheney dan Donald Rumsfeld. Tidak sedikit tulisan, buku, rencana, dokumentari dan filem dihasilkan bagi menyokong teori konspirasi tersebut.
Jangan Lupa - UMNO lah punca tulisan JAWI pupus atas muka bumi Malaysia..!!!
Tulisan Jawi, khazanah yang semakin pupus
Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka, tulisan Arab yang diadaptasikan pengejaannya ke bahasa Melayu dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi memiliki signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan negara. Hal ini kerana tulisan jawi merupakan alat interaksi yang digunakan secara meluas oleh intelek Melayu dengan masyarakat awam ketika itu.
Pernah satu berita yang bertarikh 5 Julai 2007, sumber Harakahdaily melaporkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengisytiharkan tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran wajib kepada pelajar sekolah menengah. Realiti yang berlaku kepada kenyataan ini merupakan ancaman terhadap khazanah warisan Islam kepada masa depan bangsa Melayu Islam.
Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan, barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat Sekolah Rendah Agama (SRA), kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah. Natijahnya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi qurani yang tergolong daripada lapisan hafiz dan hafizah sahaja, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al-Quran merupakan tuntutan Islam bertaraf fardhu ain buat seluruh umat Islam.

Konvensyen Geneva apanya.. Musuh ceroboh negara bawa senjata - Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia
Kematian anggota boleh dielak jika tindakan awal tepat - Ghafir

KUALA LUMPUR: Kerajaan melakukan kesilapan awal apabila tidak terus menggunakan pasukan tentera bagi menangani pencerobohan dari Sulu sebaliknya hanya menggunakan pihak polis untuk berunding.
Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid berkata, kerajaan seharusnya segera mengambil tindakan mempertahankan negara kerana kumpulan penceroboh lengkap bersenjata dan membahayakan keselamatan awam.
Katanya, kerajaan perlu mengutamakan keselamatan rakyat sebelum memberi alasan mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 dalam isu ini.
"Kerajaan kata mereka patuhi Konvensyen Geneva. Ini tidak masuk akal kerana penceroboh masuk jelas membawa senjata. Anggota tentera diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara kita yang telah diceroboh.
"Tapi kerajaan minta nasihat peguam sana-sini dan akhirnya guna polis untuk berunding. Seolah-olah ada perompak masuk rumah, kita ada penyapu dan senapang. Kita nak guna penyapu atau senapang? Mestilah kita gunakan senapang untuk pertahankan diri kita," katanya dalam Forum Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Punggah otak UMNO BN nie... ada ka buat ayat mcm nie.. "BN PENENTU KESENANGAN RAKYAT".....!!!
oleh PR Harapan Rakyat

"BN PENENTU KESENANGAN RAKYAT"?
ingatlah MAT BASHAH oi...Yang Menentukan Kesenangan Rakyat Adalah ALLAH SWT.
Manusia Hanya Mampu Berusaha Untuk Mendapatkan Kesenangan Itu.
Nampaknya Rakyat Kedah Dah Mula Terima "Kad" Ini Yang Diposkan Ke Alamat Mereka.
Tak Sabar2 Nak Jadi MB Nampaknya Cik Abang Ahmad Bashah nih..

Live dengan Najib di TV3 malam tadi KANTOI MENIPU..!!!!

EDISI KANTOI TERBURAI TERBARAI MALU!!!!!... SIARAN LANGSUNG NAJIB RUPA-RUPANYA PALSU BELAKA??????..SIARAN LANGSUNG SANDIWARA!!!!
Clever clever squirrel jumping at last fall on the ground also.
Dihebohkan seluruh negara kata malam ini ada siaran langsung berinteraksi dengan Najib Razak.. Rakyat soal dia jawab secara spontan.
Boleh ytanya apa-apa jua soalan tetapi kena hantar soalan terlebih dahulu kepada penganjur...Ertinya soalan kena tapislah beb!!!.. Bukanlah kira secara langsung.
Paling memalukan Najib terkantoi terlondeh terburai terbarai ialah audien yang datang di studio rakaman mendengar jawapan Najib.
Isu Tian Chua - Mana dia UMNO kata nak saman TIAN CHUA...dah 10 hari dah nie..???
oleh AnakKedah007.blogspot.com
Mana dia UMNO kata nak saman TIAN CHUA...sampai sekarang tak nampak surat saman lagi...
keluaq
SINAR kata nak saman 4hb...skrg dah 13hb....haram TAK SAMAN sampai
sekarang lagi pun...
Yang dok bising dengan REPORT POLIS 1MALAYSIA adalaa
sampai 200 lebih dah report polisnya... itu pun POLIS tak tangkap pon
mamat TIAN CHUA nie...cuma mai ambik kenyataan saja...dan yang NAK
best skrg TIAN CHUA dok hantaq SAMAN kepada blogger2 UMNO BN yang
mula-mula dok buat mereka cerita pasai nie siap ada yg buang dah
artikal depa dlm blog takut kena saman....
Antara dua ASET NEGARA yang UMNO BN tak boleh beza - Dari UNIVERSITY & PUSAT SERENTI..!!

Kenapakah UMNO BN menentang PENDIDIKAN PERCUMA... sedangkan yang masuk sekolah dan university nie mereka adalah aset negara...aset yang akan mengeluarkan buah fikiran untuk kemakmuran negara kita..merekalah produk cerdik pandai dari kolej dan university dalam negara... tetiba bila diangkat sebagai aset negara keluaq sekolah ada tanggung HUTANG...
manakala sebuah lagi intitusi pendidikan di PENJARA & PUSAT SERENTI...para pelajarnya di beri makan percuma, tidur percuma, perubatan percuma manakala setiap xtvt dihadiri ada diberi elaun....inilah mereka yg menjadi hantu kampung, masalah dalam kawasan, mencuri, merompak, merogol....dan sewaktu dengannya.... manakala bila keluar nanti akan diberi elaun dok tinggal dalam tuu...
Anwar memang layak jadi PM...inilah sebabnya.....!!!
Kehebatan Anwar seorang mengatasi kekuatan sebuah negara... wuyooo super superr superrmannn!!!! up up and away
Oleh: Ayaq Ketom Pekan Naka
Mai pakat baca pendedahan mengejutkan
kat bawah ni, tapi sebelum baca tu kena angkat tempurong otak dan
keluarkan otak dari kepala terlebih dahulu kerana pendedahan kononnya
oleh Wikileaks hanya layak dibaca oleh manusia tidak berotak.. kah kah
kahh!!!
Sebelum baca tu, meh aku nak bagi satu
kesimpulan dekat hangpa iatu Bakal PM Malaysia memang seorang yang
sangat hebat, bayangkan kekuatannya sehingga menyebabkan para pengganas
Sulu boleh masuk ke Malaysia dengan mudah, masuk dengan pelbagai senjata
sehinggakan empat lapis pertahanan Malaysia yang canggih tidak dapat
berbuat apa-apa. Itu baru jadi ketua pembangkang, aku ingat bila jadi PM
esok.. fuhh Amerika Syarikat pun Malaysia boleh tawan.
Menjawab RISALAH "BANGANG" UMNO BN Kedah..!!!
Sapaalah yang karang risalah haram ni? BANGANG TAHAP GABAN!!!
Oleh: Johari Don
Sewaktu Joe dan rakan-rakan turun ke Pendang pagi kelmarin
untuk mengedarkan buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ maka terserempak dengan
budak-budak UMNO juga dok edar risalah kat pecan sehari (nat). Tengah rancak
depa dok edar tapi bila bertembung dengan crew kami terus tersentot tak berani
nak hulur risalah tu. Lepas Joe minta, baru terketar-ketar bagi.
Balik ke opis letak atas meja, pagi ni baru mula buka baca.
Maklumlah risalah UMNO ni bukan ghairah sangat sapa pun nak baca... banyak
muhong.
Setelah menyelak helai demi helai memang ternyata bahan
risalah tu banyak merapu dari memberi fakta, rupanya depa cuba jawab
risalah ‘Beza antara 2 Kerajaan Negeri’ (PR dan BN) yang dikeluarkan
oleh Urusetia Penerangan.
Kesimpulannya bahan risalah haram depa tu (haram sebab tiada penerbit,
memanglah risalah UMNO tapi UMNO mana ada telog nak mengaku... harap
ambik
telog ayam nak bagi kata ada telog).
Dari aspek bahasa, memang tak pro
langsung,
bahasa budak Tabika Kemas pun elok lagi. Lebih kurang bahasa budak
nangoi Pekan
Naka tulah, maki hamun usah dikira. Fakta bohong tu dah jadi kewajipan
depa, kerana Fitnah adalah rukun UMNO no 1. Contohnya, dia kata PR
penaik cukai tanah UUM 10 kali ganda... walhal sejak ambik alih kerajaan
PAS turunkan cukai tanah hingga 75% sejak tu sampai la ni tak pernah
naik sekepiang pun.
Hesa & Pasti Kedah Bakal Miliki Kompleks Sendiri
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
Usaha terkini terlihat menerusi komitmen Pertubuhan Hal Ehwal
Sekolah Agama Kedah (Hesa) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Dewan
Pemuda PAS Kedah yang bakal mempunyai kompleks pentadbirannya sendiri.
Majlis pecah tanah kompleks berkenaan telah diadakan di Kampung Pondok Haji Majid, di sini baru-baru ini.
Menurut Pengerusi Hesa, Ustaz Ahmad Yahaya, pembangunan kompleks
tersebut sebagai usaha menggiatkan lagi usaha sama dalam memartabatkan
bidang pendidikan Islam di negeri ini.
Pas Kedah yakin tingkat majoriti
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
11 Mac 2013
11 Mac 2013

Phahrolrazi (tengah) menyampaikan bendera Pas kepada wakil jentera parti Pas Kuala Kedah sebagai persediaan menghadapi PRU13, malam kelmarin.
KUBANG ROTAN – Pas Kedah yakin mampu meningkatkan majoriti undi yang
lebih banyak di Dun Pengkalan Kundur, Dun Kubang Rotan dan Dun Anak
Bukit pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya yakin sokongan rakyat terhadap Pas dan Pakatan Rakyat (PR) akan terus meningkat berikutan pelbagai isu yang sedang berlaku di negeri ini.
Beliau berkata, Pas juga akan mengusahakan untuk mendapatkan majoriti undi lebih tinggi berbanding PRU12 di setiap Dun kawasan Parlimen Kuala Kedah sekurang-kurangnya majoriti 5,000.
“Kuala Kedah merupakan kubu kuat kita (Pas) dan kita sudah pun menjadi kerajaan. Insya-ALLAH dengan keyakinan majoriti yang ada sekarang, kita akan mantapkan lagi sokongan rakyat di Kuala Kedah kerana kita sudah pun maksimum dari segi kemenangan kerusi, cuma kita nak tingkatkan lagi majoriti.

Subscribe to:
Posts (Atom)