TERKINI :

Tuesday, March 12, 2013

Siapa Biadap, TV3 Atau Tian Chua?

MENCANAK MINDA                                                                                                    
Tian Chua tidak perlu gentar.
Tokoh politik pembangkang yang menjadi sasaran UBN hari ini ialah Naib Presiden PKR Tian Chua. Isunya ialah kononnya Tian Chua menganggap tragedi pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara. Tiap malam media PB memainkan isu berkenaan. Tv3 dalah media paling ke depan dan hero di dalam membawa isu ini. Cara tv itu memainkan isu berkenaan sudah tidak waras lagi.

Tv itu seakan melihat Tian Chua lebih bahaya daripada penceroboh Sulu di Sabah. Cara tv mengecam Tian Chua dengan menemu ramah orang-orang tertentu agar mengecam Tian Chua lebih hebat daripada kecamannya kepada penceroboh Sulu.

Tv3 hanya beberapa hari saja menemu ramah orang ramai untuk pengaruhi pemikiran awam agar benci kepada pencerobohan di Lahad Datu itu, sebaliknya mengenai Tian Chua ini berhari-hari dan masih belum ada tanda-tanda ianya akan dihentikan. Mungkin episod Tian Chua akan berpanjang selagi tiadak tokoh oposisi sebagai pengganti.

Orang yang dijadikan koresponden pula berbagai lapisan masyarakat, dari orang awam yang kencing tidak basuh sampailah kepada bekas-bekas pegawai keselamatan, dari polis maupun tentera. Kenapa?

KERAJAAN umNO(Baru)bN EXPIRED 8 MAC 2013.

KERAJAAN umNO(Baru)bN EXPIRED 8 MAC 2013.
BAHAYA DEKAT PENGGUNA DAN NEGARA .
RENCANA : IBN ABDULLAH AL AWAB
8 MAC 2013 / 25 RABIULAKHIR 1434 (JUMAAT 5.20 PAGI)

Ketika saya menggagahi untuk menulis rencana ini, tepat jam 5 pagi 8 Mac 2013 Jumaat. Bermakna genaplah tempoh 5 tahun usia penuh kerajaan pusat Putrajaya umNO(Baru)bN sesi tersebut. Seiring dengan itu, maka DS NaZak Rosmah dan kroninya menjadi PM dan sekelian menteri, timbalan menteri serta kerajaan pusat Putrajaya yang expired yakni dah luput tempoh. Sekelian anda masih tak sedar, tetapi rakyat jelata sedar dan khabar bahawasanya sekelian anda sebaik pada dan selepas 8 Mac 2013 dah menjadi kerajaan bangkai pusat. Sebab roh kerajaan dah tercabut tersendirinya. Kenapa???? PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008 dahulu. Nampaknya PM1Malaysia YAB DS NaZak Rosmah yang bacul pengecut ini dah menodai sistem demokerasi berparlimen negara. Membawa bencana krisis kepercayaan. Negara menjadi punah ranah keranamu DS NaZak Rosmah bersama dengan segala retoritnya. Oh!!!

DS NaZak Rosmah telah mencampak dirinya bersama dengan parti pimpinannya umNO(Baru)bN termasoklah sekelian kroni dan macainya berselindong bersembunyi kedalam longkang. Didalamnya penuh dengan air danor dan char. Anda telah khianati dan menodai demokerasi, condong nak jadi diktator kuku besi. Kerajaan Putrajaya umNO(Baru)bN samalah macam roti High 5 yang tamat tempoh. Tidak dapat dimakan mamah, kerana ianya mengundang merbahaya penyakit dan malapetaka. Jadi macamtulah juga kerajaan luput tarikh-expired. Pekedai yang sengaja sembunyi-menipu akan tarikh luput dan pamirkan roti luput tarik tersebut untuk dijual kepada pengguna, makanya kementerian dan jabatan bertanggungjawab akan bertindak dengan undang-undang yang dikuatkuasa. Apakah kerajaan bangkai umNO(Baru)bN dikecuali lepas dari tindakkan dan bolos dari kuatkuasa dan kebal berselindung??????

AL FATIHAH - Senarai anggota keselamatan terkorban di Lahad Datu dan Semporna


KUALA LUMPUR 12 Mac - Berikut senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah:

1 Mac 2013 - Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69

1 Mac 2013 - Sarjan Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69

2 Mac 2013 - Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.

2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

2 Mac 2013 - Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 - Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 - Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

2 Mac 2013 - Koperal Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.

- BERNAMA

Bawa sedar diri lah wahai UMNO BN..orang dah tak kelapaq dah tuu..!!!

PRU13: Hadapi kenyataan, sedia terima mood rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak masih enggan membubarkan parlimen sekalipun tempoh hayat kerajaan BN sudah semakin dekat, malah mandat yang kerajaan BN terima sejak 5 tahun lepas juga sudah terlepas pada 8 Mac 2013 yang lalu.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor berkata, ini bererti sudah genap 5 tahun kerajaan BN memerintah dan kini seakan-akan kerajaan BN memerintah tanpa mandat dari rakyat selepas dari tarikh 8 Mac 2013.

Katanya, PM perlu mandat baru selepas mengambil tampuk pemerintahan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Menurutnya, mandat baru penting supaya PM dapat membuktikan kepemimpinan beliau benar-benar direstui rakyat atau sebaliknya.

Ketua pemuda PAS Kedah calon sesuai menumbangkan Johari Baharom di Kubang Pasu..

oleh Anak Muda Kubang PASu.


Ketua Pemuda PAS Kedah dikatakan akan menentang Dato' Mohd Johari Baharum di Parlimen KUBANG PASU. Ini bersandar dari beliau sebagai tokoh agama yang hebat di bumi Kedah ini dan merupakan anak tempatan KUBANG PASU dan menjadi suara anak muda di parlimen nanti...

Beliau juga dikatakan masih lagi mempunyai ramai sanak saudara dan ahli keluarga yang bertapak di Kubang Pasu dimana kerja-kerja kempen mudah dilakukan...

Selain menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS beliau juga menpunyai kuliah-kuliah pengajian di kebanyakan masjid di sekitar Kubang Pasu dan dengan ini ia juga mudah penduduk sekitar Kubang Pasu mengenali beliau.

SAMM Kedah Bersama Jelajah BONGKAR403J.. menjelajah keseluruh negeri Kedah


Bongkar2
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah akan bersama sekretariat BONGKAR 403J dalam program penerangan berbentuk jelajah besar-besaran seluruh negeri Kedah.

Turut didedah beberapa projek ‘sakit’ kerajaan negeri Kedah pimpinan BN zaman sebelum 2008 yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri pimpinan PR sekarang.

BONGKAR 403J dilancarkan secara rasmi pada 7 Februari bertempat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bakar Bata, Taman Wira, Mergong, Alor Setar, Kedah. Beberapa aktiviti Bongkar 403 Juta telah dirangka antaranya siri jelajah ceramah, jelajah ke pasar tani, pasar malam serta tempat-tempat awam, forum, dan juga konvoi anak muda.

Sabah..Ulasan dari MSO : Tenggara Sabah Selamat Yang Tidak Selamat?

Tenggara Sabah Selamat Yang Tidak Selamat?

ULAS SABAH                                                                                                                  

Saya tidak tahu hendak memulakan di mana catatan mengenai Sabah kali. Ada dua cerita yang ingin saya bawakan. Cerita ini pula bergabung di antara satu sama lain; perang dan politik. Walaupun pemergian ke Sabah dan berada di sana selama lima hari empat malam untuk meninjau keadaan di Lahad Datu dan daerah-daerah lain tetapi sebagai pemerhati dan penulis politik, saya tidak melepaskan peluang untuk membuat tinjaun politik Sabah di saat-saat akhir menjelang PRU-13.
Salah satu kubu di jalan menuju ke Balai Polis di Lahad Datu.
Tentu juga ia akan digali apakah peristiwa yang berlaku di Lahad Datu khasnya kejadian yang meragut nyawa 12 Mac itu memberi kesan langsung kepada politik Sabah.

Atau tepat lagi pemergian saya kali ini ialah untuk melihat kedua-dua keadaan dan situasi itu sekali gus, politik dan perang dan perang dan politik.

Biarlah saya menceritakan keadaan perang atau tragedi pencerobohan dulu kemudian diikuti dengan perkembangan politik di Sabah mutkahir ini atau pasca tragedi - 12 Mac mengenai kronologi pencerobohan puak Sulu dari versi di sana.

Sebenarnya versi tragedi itu tidak banyak beza dengan apa yang difaham dan sampai kepada kita dari Semenanjung. Cuma apa yang beza atau kelainannya mengenai susur galur kejadian itu saja serta bagaimana emosi orang menerima kejadian itu. Bagi kita di sini ia menakut dan membimbangkan sekali, kerana pencerobohan itu diberikan berbagai konotasi serta digambarkan kesadisan keadaan di sana.

Musa: 'Politik perkauman politik bankrap'

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD dan NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
12 Mac 2013
Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam.
 
SHAH ALAM – Ahli-ahli politik yang menggunakan isu perkauman sebagai bahan atau modal survival masing-masing merupakan ahli politik yang sudah bankrap, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini.

Sehubungan itu kata Musa, melihat kepada perkembangan hari ini banyak perkara yang boleh dibahaskan secara membina.

"Kita dalam suasana pilihan raya umum (PRU) pada pendapat saya dulu, baru ini dan sekarang, barang siapa yang menggunakan perkauman sebagai isu politik adalah ahli politik yang bankrap," kata beliau pada program Bicara Minda Survival Ekonomi Melayu di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini.

Musa yang berkecimpung dalam dunia politik lebih lima dekad yang lalu berkata, jika dahulu parti politik boleh menggunakan isu perkauman apabila berada atau berkempen di kawasan-kawasan yang majoritinya satu-satu kaum, kini keadaan tidak begitu lagi.

Tun Musa Hitam pula yang pertahankan dasar Buku Jingga PR

Tun Musa Hitam pertahan dasar Buku Jingga PR.
Tun Musa Hitam pertahan dasar Buku Jingga PR.
Dakwaan ekonomi bangkrap adalah kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.
Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat.
“Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan.
“Saya tak fikir ekonomi negara akan musnah, sama seperti apa yang pernah saya jelaskan kepada beberapa sektor perbankan dan pelabur asing.
“Perkara asasnya kita kena menjaga komuniti pelaburan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. selepas menghadiri Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ di Kompleks Karangkraf.

Dakwaan ekonomi bangkrap adalah kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.

Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat.

Apabila orang 'kanan' & 'kiri' Saiful belot..!!

Orang di kanan Saiful 'belot' – Pakatan tambah majoriti di Permatang Pauh
Kini orang sebelah kiri 'belot' – Insya Allah Pakatan tawan Putrajaya!
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Mandat lima tahun yang diberikan rakyat kepada BN baru sahaja berakhir. Sekarang BN memerintah dalam ‘masa kecederaan’ iaitu suatu tempoh masa yang pertama kali dapat dirasai oleh rakyat Malaysia sejak merdeka.

Di masa kecederaan ini juga ditakdirkan Allah, bapa Saiful Bukhari yang dikaitkan dengan dengan Anwar Ibrahim dalam isu liwat bersiri mendedahkan bahawa tuduhan liwat itu hanya konspirasi yang dirancang. Anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri.

Isu #LahadDatu - TIAN CHUA sedang ligan hantaq saman kepada semua blogger UMNO BN yang fitnah beliau...!!!

Senarai blogger umno yang bakal disaman Tian Chua
Parpukari antara blogger umno yang telah menarik balik artikel yang memfitnah Tian Chua

Hari ini saya telah menghantar satu lagi Surat tuntutan melalui peguam saya kepada Zaini bin Haris (IC: 811104-01-6015) pengurus portal MyMassa. Portal MyMassa merupakan punca berita palsu yang menyatakan kononnya saya menghina Pasukan Keselamatan dengan kata-kata ” KOMANDO MATI KATAK”.

Selain daripada itu, saya juga telah hantar surat tuntutan kepada Mohamad Salim bin Iskandar (IC: 730709-08-5123) yang mengurus portal Parpukari. Namun, sejak semalam berita yang merujuk kepada berita fitnah tersebut telah diturunkan. Dengan ini, saya secara rasminya menarik balik surat tuntutan saya terhadap Parpukari.

KPN akui PR mampu tawan Putrajaya didepan Tun Mahathir & 200 orang profesor senior..!!


PERAK 12 MAC: Ketua Polis Negara sendiri akui Pakatan Rakyat ada kemungkinan besar tawan Putrajaya, dedah Pengerusi Biro Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Manuty mendedahkan maklumat tersebut dalam ceramahnya ketika sesi Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak kelmarin.

Katanya, Tan Sri Ismail Omar yang memegang jawatan Ketua Polis Negara sejak 2010, secara terbuka mengakui keupayaan Pakatan Rakyat menawan putrajaya.

Kenyataan Ismail itu dipetik dari ucapannya dalam Kursus Tarbiah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di hadapan 200 orang profesor senior kira-kira tiga minggu lalu.

“Kursus Tarbiah itu turut dihadiri Tun Mahathir, dia (Ismail) beritahu, Pakatan Rakyat ada potensi besar ke Putrajaya dan keadaan akan jadi huru hara.

“Beliau terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita dah sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih sebagai penasihat keselamatan kita

“Isu huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah, yang penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya,” Katanya.

Liwat II: Najib, hang jawab - Anwar

Harakahdaily, 12 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh mahu Datuk Seri Najib Razak menjawab berhubung pendedahan bapa Saiful Bukhari bahawa Fitnah Liwat II adalah konspirasi jahat pihak yang rapat dengan perdana menteri itu.

Katanya, pendedahan bapa Saiful, Azlan Md Lazim bahawa dalang konspirasi tersebut seorang pegawai khas pemimpin Umno, menimbulkan persoalan adakah Najib juga tahu berhubung konspirasi tersebut.

“Najib, hang jawab. Lepas ini tak tau apa lagi nak terdedah,” katanya dipetik KeadilanDaily.

Anwar dilaporkan berkata demikian di hadapan ribuan rakyat yang membanjiri program Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak baru-baru ini.

Pada 8 Mac lalu, Azlan tampil mengadakan sidang media khas membuat kenyataan 'u-turn' bahawa kes liwat membabitkan anaknya terhadap Anwar adalah satu konspirasi politik.

Usia NAJIB menjadi PM cuma tinggal 51 hari sahaja lagi..!!!

51 hari Najib bernafas dalam talian hayat parlimen
 
KUALA LUMPUR: Kongres Melayu Pulau Pinang berpendapat dalam situasi yang munasabah adalah satu usaha yang sia-sia sahaja sekiranya dibiarkan parlimen terbubar dengan sendirinya.


Presidennya, Rahmad Isahak (gambar) berkata, ini amat jelas di antara tarikh 9 Mac 2013 hingga 28 April 2013 iaitu bersamaan 51 hari tersebut bererti Kerajaan Malaysia serta penerajunya beroperasi tanpa mandat dari rakyat tetapi sebaliknya bernafas melalui talian hayat parlimen semata-mata.

“Amat bertepatan pihak kami katakan dalam tempoh 51 hari berkenaan negara ini sedang ditadbir oleh caretaker government tanpa sebab yang munasabah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Nampaknya MARKAZ PAS semakin bertambah di Johor.... inikalilah...

Tubuh markas, tanda hampir ke Nusajaya

KUALA LUMPUR: Arus kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan dilihat sukar dikekang ekoran bercambahnya markas- markas dan pembukaan bilik gerakan di pelosok negeri Johor.

Terbaru, PAS Cawangan Taman Johor Jaya berjaya ditubuhkan dan mampu memberi saingan buat BN Johor yang selama ini bangga berstatuskan kubu kuat mereka, blog Nusajaya Kini dipetik.

Difahamkan, kejayaan PAS Pasir Gudang membina jentera di peringkat kawasan sekaligus menolak dakwaan yang ahlinya memberontak seperti insiden ‘lakonan’ demonstrasi berhubung kalimah Allah baru-baru ini.

Senarai Calon UMNO KEDAH terbongkar.. Mat Bashah di sisihkan Mukhriz di naikkan bakal MB..!!

Senarai Calon - Umno Kedah Perang Besar

ALOR SETAR – Datuk Mukhriz Tun Mahathir dipersiapkan sebagai calon Menteri Besar jika BN menang adalah antara perkara tersirat dari senarai calon BN Kedah yang terdedah semalam dari sumber ibu pejabat UMNO, Kuala Lumpur.

Sekaligus ia memberi tamparan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah yang dikatakan turut mengidamkan jawatan tersebut.


Terdapat beberapa kejutan dalam senarai calon yang dikatakan hampir pasti disahkan oleh Presiden UMNO iaitu; empat muka lama yang kalah dalam pilihanraya umum lalu akan dicalonkan semula, seorang pegawai KCS, seorang penghulu dan dua pemimpin NGO mewakili belia turut tersenarai.

Datuk Mukhriz diletakkan bertanding di kawasan DUN Kuah manakala Dato’ Ahmad Bashah kekal di Bakar Bata. Harapan kemenangan untuk Mukhriz adalah lebih baik kerana Kuah adalah kawasan berstatus Putih bagi BN, sementara Bakar Bata berstatus kelabu kerana faktor pengundi bukan Melayu mewakili 27 peratus di kawasan tersebut. Sementara itu, ADUN Kuah kini Dato’ Ir Nawawi Ahmad akan diberi amanah bertanding kerusi Parlimen Langkawi.

Isu Baling Telor : Macai UMNO mengaku diberi upah RM20...


Betulkah ada satu Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?


Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?

“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.

Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 20113.

Pengerusi PEKIDA Perak Tengah telah isytihar sokong Pakatan Rakyat

KeadilanDaily

http://4.bp.blogspot.com/-R9rXRJpxpVw/UT6LHdTvw6I/AAAAAAAALUM/f-6SuYFapog/s1600/601403_486620401386331_470616267_n.jpg

Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap dikaitkan dengan Umno BN, Pengerusi Pekida Perak Tengah, Sabri Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan.

“Pekida adalah NGO, bukan parti politik. Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13,” kata kakitangan sebuah agensi kerajaan di Batu Gajah, Perak.

Beliau berkata demikian kepada Keadilan Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam.

KANTOI! Pembohongan Raja Petra Terbongkar Lagi!


Lagi pembohongan blogger dalam buangan di Manchester, United Kingdom, Raja Petra Kamaruddin terbongkar!

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam bersumpah dia tidak dijanjikan bayaran untuk membuat akuan bersumpah pertama (SD1) yang mengaitkan Perdana Menteri, Najib Altantuya dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Bala berkata demikian sebagai tindak balas terhadap dakwaan oleh Raja Petra bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri telah dijanjikan penyiasat persendirian RM700,000 jika dia bersetuju untuk tampil dengan SD1pada Julai 1, 2008.

Memetik sumber dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Raja Petra berkata Anwar mahu SD1 untuk mengaitkan Najib Altantuya, yang ketika itu menteri pertahanan, supaya rancangan menjadi perdana menteri pada 16 September 2008 akan berjaya.

"Saya bersumpah pada ibu saya, saya tidak tahu apa-apa tentang perkara RM700,000 ini. Semua tuduhan-tuduhan terhadap saya adalah mengarut, "Bala memberitahu.

Gambaq tawa riang VIP Umno bersama superstar...



Perghh...!!

Hebat betoi superstar sorang neh... Beruntung sungguh la VIP-VIP Umno yang dan jugak bergambaq kenangan ngan bisnesmen punggung neh... Ini gambaq sebelum dia jadi superstar.

La ni, payah nak jumpak dia dah... Toksah kata nak bergambaq, nak bersembang bertepuk tampaq hang aku pun payah dah... haha...

Dengan berbekaikan ''biasiswa'' yang Najib bagi, si Saiful neh kini berjaya dan terkenai seantero dunia sebagai sorang saudagaq segera... Kenalan dia semua jenih ataih angin, orang-orang kampung dia tak main...

Puak Samseng di depan pejabat PKR di kenal pasti..siap laman facebook lagik...!!!


#TumbangBN #No2BN

ANTARA MUKA MUKA MACAI UBN YANG BALING KON, TELUR DAN KAYU DI PEJABAT HQ PKR TOLONG SHARE

Antara Link FB MAcaiNGOK MACAI PerKOsa :

https://www.facebook.com/mohdazri.said

https://www.facebook.com/azwanddin.hamzah

https://www.facebook.com/idayu.yusuf.50

https://www.facebook.com/abugiler

https://www.facebook.com/mohamadsani.mohamadshafee

https://www.facebook.com/wanindraputra.ahmad

https://www.facebook.com/azam.nakal.7

https://www.facebook.com/yusoffsam

https://www.facebook.com/sheikhweshal.sheikhahmad

P/S : Laporan Polis juga sudah dibuat....apa lagi Pak-Pak Polis ... video ada gambar pun ada ... jalankanlah tugas anda ... — dari facebook KLIK SINI

Akhir BLOG BN PENIPU guna nama PAKATAN RAKYAT kantoi...

KANTOI..!!! BLOG SUARA PAKATAN RAKYAT adalah blog milik MACAI Umno


Ramai yang dah tahu ini bukan blog PR. Namun, ini yang selalu kita ingatkan pada semua penyokong dan pendokong PR. Jangan terpedaya dengan tipu helah musuh yang kini menyelit diantara kita untuk memburuk-burukkan keutuhan Pakatan Rakyat dari dalam...
AWAS!!! BLOG SUARA PAKATAN RAKYAT adalah blog milik MACAI Umno yang menyamar sebagai blog pro PR. Ini adalah kerja kotor Umno untuk burukkan PR...
Mahukan lagi bukti saheh bahawa blog ini adalah blog pencacai Umno...?
NAH..!! Saksikan, si pengendali yang memang amat bodoh ini telah terkantoi dengan sendirinya dekat blog aku... kat sini: http://shalehudin.blogspot.com/2013/03/gambar-gambar-yang-takkan-ada-dalam.html#comment-form
KALAU DAH MACAI UMNO TU MACAI JUGAK. KALAU DAH PERUT BUSUK, DIMANA-MANA PUN PERUT BUSUKNYA TETAP AKAN TERBURAI... MASA SAJA YANG MENENTUKAN...
Itulah yang terjadi bila si macai neh bertandang ke blog aku untuk berkomen...

Salih Yaacob Tetap Bersara, Mahu Fokus Perniagaan


KUALA LUMPUR, Pelawak dan penyampai radio, Salih Yaacob, 52, akui akan tetap berpegang dengan keputusannya untuk bersara dari dunia hiburan pada penghujung tahun ini.Bukan kerana dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video berjudul Bangkang dari Longkang yang tersebar di laman Youtube sejak minggu lalu, tetapi Salih Yaacob berkata keputusan untuk bersara itu telah dibuat lama sejak beberapa tahun lalu.

"Insya Allah saya akan bersara pada penghujung tahun ini iaitu selepas kontrak saya tamat dengan radio Sinar FM. Namun semua itu ikut juga pada ketentuan dan perancangan Allah juga.

"Sebenarnya kalau hendak diikutkan, saya mahu bersara pada usia 50 tahun lalu. Maknanya kini target saya untuk berhenti sudah terlebih. Isu video berkenaan bukan alasan utama tetapi ia telah menguatkan lagi alasan saya untuk berhenti daripada dunia hiburan," katanya kepada murai.com.my selepas Sidang Media Konvensyen Tahunan 2012/13, di Saloma Bistro, petang semalam.

[PANAS] Bekas Ahli Parlimen PAS di bunuh..!!!

Hari ini Dalam Sejarah : Samad Gol, Ahli Parlimen PAS yang dibunuh kejam oleh pihak MUSUH dengan KAPAK BUNGKUS

SIAPA BUNUH SAMAD GOL?


Saya selalu mendengar cerita tentang kehebatan tokoh Pemuda PAS tahun 1960-an daripada bapa saya. Nama tokoh tersebut ialah Samad Gul. Baru-baru ini sahabat saya Syed Azidi Kickdefella telah menemui dan menyiarkan fotonya. Gagah dan handsome.

Menurut cerita bapa saya, gaya ceramahnya dahulu hampir sama dengan gaya penampilan Mat Sabu, AJK PAS Pusat sekarang. Berani dan berterus-terang. Lantang dan menggugat parti lawan.

Abdul Samad Gol Ahmad Mianji sebenarnya adalah bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Hulu. Waktu itu Pasir Mas mempunyai dua kawasan parlimen. Parlimen Pasir Mas Hulu dan Parlimen Pasir Mas Hilir. Pasir Mas Hilir diwakili oleh Allahyarham Chekgu Mohmad Fakaruddin. Parlimen Pasir Mas Hulu di wakili oleh Allahyarham Abdul Samad Gol.

MB Selangor jawab Tun M

MB jawab Tun M
NURULFATIHA MUAH
12 Mac 2013
MB jawab Tun M
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak mengikuti perkembangan semasa di Selangor apabila mengeluarkan kenyataan negeri itu patut diselamatkan daripada Pakatan Rakyat (PR) untuk menjamin hak istimewa orang Melayu dan kedudukan agama Islam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, sepanjang PR menerajui Selangor, penggunaan masjid di negeri itu kerap kali diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan.

“Dr Mahathir akan terperanjat kalau beliau diberitahu qiamullail dihadiri beribu orang dalam satu masjid.

“Ini tak berlaku langsung dalam zaman (pemerintahan) Dr Mahathir. Penggunaan rumah ibadat Islam (masjid dan surau) sangat diterima rakyat (ketika PR memerintah),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Eksekutif Halal dan Dialog Industri, di sini, semalam.

Rafizi: Pakatan ada tawaran lebih baik bagi kakitangan awam

Wartawan Sinar Harian
12 Mac 2013
rafizi
Mohd Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM - Susulan pengumuman sembilan perkara 'berita baik' sektor awam yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Pakatan Rakyat (PR) menegaskan ,pihaknya ada "tawaran lebih baik" untuk 1.4 juta anggota perkhidmatan awam.

Sehubungan itu kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, pihaknya tidak bimbang dengan pengumuman 'lumayan' diumumkan oleh perdana menteri semalam.

Malah katanya, kakitangan awam boleh membezakan antara tawaran PR dan Barisan Nasional, yang diketuai oleh Najib.

"PR ada tawaran yang lebih baik dan kami tidak bimbang, sebab penjawat awam boleh bezakan. Soalnya, jangan salah guna tempoh selepas mandat," kata beliau.

Penduduk Terkesan Sentuhan Dr Hamdan

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
 
TERATAK penduduk menjadi destinasi wajib bagi Dato’ Dr Hamdan Mohamed Khalib setiap kali berada dalam Dun Tanjong Dawai. Beliau lebih selesa berziarah ke rumah penduduk mengamati kehidupan mereka berbanding mengadakan program menghimpunkan orang ramai kepadanya. 

Hampir kebanyakan rumah dilawatinya jika diizinkan masuk, beliau pasti menjelajah hingga ke dapur. ‘Jelajahnya’ itu menghayati norma harian penduduk dalam diam.

Barangan sumbangan sentiasa tersedia di dalam kenderaan yang selalu dipandunya sendiri dengan disertai beberapa pegawai pusat khidmat beliau. Tidak cukup dengan pemberian dari pusat khidmatnya, acapkali juga beliau pantas menghulurkan wang tunai terutamanya anak-anak penduduk yang masih di alam persekolahan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...