TERKINI :

Sunday, March 10, 2013

Tolak UMNO BN maka terhapuslah POLITIK SAMSENG..!!

Tolak yang melindungi samseng
 oleh Aspan Alias

UMNO tidak berupaya mempersiapkan diri mereka untuk menjadi parti yang mempunyai ‘attribute’ sebagai parti pemerintah lagi. Apa yang dilakukan oleh penyokong UMNO ke atas program Pakatan Rakyat di Bukit Katil Melaka semalam amat menjijikkan. Jika UMNO benar-benar hendak menjadi parti pembangkang, parti itu dengan penyokongnya mestilah bersabar. Tidak akan lari gunung dikejar. UMNO akan tetap menjadi pembangkang.

Banyak tuduhan buruk yang dilemparkan ke atas Pakatan Rakyat tetapi UMNO itu sendiri sudah menjadi parti yang tidak siuman kerana berkelakuan seperti gangster zaman batu dahulu. Orang hendak berdemokrasi, UMNO pun hendak berdemokrasi, tetapi tidak faham apa itu demokrasi.

Kalau di Sabah rakyat Kesultanan Sulu telah menyerang pasukan keselamatan kita, dan di Bukit Katil, Melaka pula penjenayah dan penceroboh UMNO masuk di majlis anjuran Pakatan Rakyat dan ‘mengganas’ terhadap mereka yang hadir dalam ceramah itu. Sekarang ini di mana ada pencerobohan di situ ada UMNO. Kalau dahulu saya selalu memberikan pandangan saya UMNO itu rasuah dan rasuah itu UMNO, sekarang kita lihat pula dan hampir menjadi bidalan, di mana ada keganasan di situ ada UMNO dan di mana UMNO ada di situlah ada kekerasan dan kemusnahan.

#LahadDatu - Dok sebok report bab Tian Chua cuba buat report polis bab apa yg dikatakan oleh bekas IGP nie..??

 

Bukti Video NAJIB kencing rakyat depan khalayak ramai..!!!



FAHAMILAH APA ITU CUKAI PREPAID & GST
SEMUA INI DITANGGUH SEMENTARA PRU13
DAN RASALAH KEINDAHANNYA APABILA
HABIH PRU NANTI...TAK CAYA HANGPA PANGKAH BN

Ketakutan BN tak dapat disembunyi lagi

Oleh: Saiburi Sudin

Oleh kerana anak bulan masih tak kelihatan maka hingga saat ini Najib masih belum berani umum tarikh PRU13 walaupun tempoh lima tahun genap sudah berlalu. Satu demi satu tarikh yang dikatakan ‘hampir pasti’ berlaku pembubaran berlalu begitu saja.

Rakyat mudah faham.. tak lain tak bukan mengapa PRU belum diadakan ialah kerana BN tak yakin boleh menang mempertahankan Putrajaya. Najib ada pelbagai agensi berbayar yang menilai keupayaan BN secara detail, mereka ni yang bagi maklumat pada PM... ketika ini boleh menang ke tak lagi. Mereka ini yang maklumkan kepada Najib, kalau buat PRU sekarang... insyaAllah BN bungkuih!

Apa yang digambarkan oleh media-media mereka seperti Utusan Meloya, TV3 Suku, Berita Hairan hanyalah propaganda semata-mata kononnya mereka dapat sokongan padu rakyat dan bahayanya propaganda itu bagi BN ialah ia menyebabkan ahli-ahli tegarnya syok sendiri bahawa BN akan terus berkuasa, maka ini akan mempercepatkan lagi kemampusan BN.

Najib serta seluruh juak-juaknya yang berada dalam kerajaan sedar hal tersebut. Segala umpan yang dilaburkan hingga berbilion2 sehingga kini belum mampu melonjakkan sokongan untuk BN. Bukan Sharijat saja pening, Najib lagilah pening... dah mati akal nak buat camna lagi tarik sokongan rakyat.

Benarkah Aktivis maya UMNO keciwa...disebabkan elaun RM3000..??

Aktivis maya UMNO keciwa... ada yang dapat elaun sampai RM3000, ada yang cuma makan wap masuk angin keluar asap, kesiaannnn

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
 
Macam biasa minum di kedai catok Taman Wira pagi tadi, bertemu rakan UMNO. Dia tau aku PAS aku pun tau dia UMNO, jadi tarak masalah apa nak sembang apa pun. Semua info biasa saja, tak ada apa menarik MK nak kongsi dengan pembaca... tapi ada jugak satu yang menarik, mengenai blogger upahan UMNO. Kebetulan rakan aku ni adalah kawan baik kepada seorang blogger UMNO Kedah yang setahun dua tahun dulu cukup ligat menulis tapi blog dia lani boleh kata mampoih pi dahh.
Menurut memba UMNO nih, rakan blogger dia tu tak minat lagi nak menulis sebab kata blogger tu, tulih buat lenguh tangan haram tak dapat apa pun padahal puak2 dari team uk uk uk.. depa dapat tambahan elaun khas untuk PRU RM1000 sorang. Dulu elaun depa dah RM2000, kini tambah lagi RM1000... dah jadi RM3000!!! Tudia aihh, kerja buat fitnah dan maki orang saja dapat RM3000 sebulan (kalau betullah seperti yang dicerita rakan UMNO aku nih).

Apabila si jahil memegang kuasa... nak ajaq budak pakai tudung di sekolah pun di LARANG..!!

 

PRU13: Luar biasa bila lepasi tempoh 5 tahun

Harakahdaily, 10 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Tempoh lima tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008 lalu, kini sudah genap malah sudah lebih dua hari jika dikira sehingga tarikh hari ini 10 Mac 2013.

Rata-rata rakyat mula bercakap tentangnya yang selama ini tidak sabar menantikan bilakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen untuk diadakan PRU13.

Bairpun perkiraan mudah itu tidak termaktub dalam perlembagaan, namun bagi mereka, kerajaan BN bermula tarikh 9 Mac 2013 iaitu semalam, sudah dianggap kerajaan sementara (caretaker) kerana pentadbirannya sudah melebihi mandat lima tahun yang diberikan oleh rakyat pada PRU12 lalu.

Penantian rakyat untuk PRU13 sejak lebih tiga tahun lalu ini terus membawa kepada satu persoalan baru, iaitu mampukah kerajaan yang BN yang dipimpin Najib pada hari ini mematuhi prinsip-prinsip­ umum kerajaan caretaker.

Jurucakap 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram, Jacel Kiram mendakwa "konspirasi sebenar" adalah di antara Najib dan Aquino

Media Filipina siasat dakwaan konspirasi

Pemimpin Filipina berkata satu siasatan akan dijalankan ke atas konspirasi di sebalik pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah untuk mengenalpasti punca keganasan yang berlaku.

Jurucakap timbalan presiden negara itu, Abigail Valte memberitahu stesen radio dzRB bahawa presiden Benigno Aquino III berhasrat untuk menjalankan siasatan itu selari dengan usaha untuk menyelesaikan krisis berkenaan secara aman.

Portal berita PhilStar juga memetik kenyataan Valte bahawa usaha berkenaan selari dengan tuntutan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki Moon agar untuk menghentikan
pertentangan dengan segera.

Laporan hari ini juga menyebut, pegawai istana presiden sebelum ini mempersoalkan keupayaan 'Kesultanan Sulu' untuk membiaya pencerobohan Sabah dan percaya pengikut berkenaan didorong dengan janji untuk mendapatkan habuan sebanyak $600 setiap seorang.

#LahadDatu : Bangla Kapet pun ada IC inikan pula puak-puak SULU

MyKAD hanyalah sekeping kad plastik

oleh Monier Mat Din

Dua tiga hari ini bila baca berita pasal Lahad Datu, dia mai rasa marah dan panas hati mendidih semacam. Bila tengok gambar yang kawan-kawan duk post dalam FB di bawah ini pula, rasa tension itu makin bertambah-tambah, GERAM tak tau nak lepas kat mana.

Ini tumpang ada Blog/FB ini, duk harap boleh lah release tension itu kat sini sikit.

Bukannya apa, cuba hangpa tengok gambar dan keratan berita di bawah ini, awat la kejam, tak berhati perut dan tak ada peri-kemanusiaan langsung puak-puak SULU ini pi buat macam itu sekali kat pasukan keselamatan kita:

PRU13 : Buatlah Pilihan Yang Bijak - Antara ADIL & ZALIM pada diri sendiri..???

Adakah Najib bubar Parlimen 11 Mac, 11.11 pagi?

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang memberitahu, dua hari lalu beliau telah ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada 11 Mac, jam 11.11 pagi.

“Ini mengingatkan saya kepada ramalan ‘Enam Satu’ dua tahun lalu, bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 11 Nov, 2011 yang mempunyai ‘6 angka 1’, memandangkan ‘11’ merupakan nombor kegemaran dan nombor ajaib Najib,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam..

Penasihati DAP Kebangsaan itu berkata, akan tetapi ‘Enam Satu’ iaitu ‘11.11.11’ telah datang dan pergi, tahun 2011 dan 2012 telah berakhir, dan bermula semalam, Parlimen ke-12 telah melangkaui lima tahun jangka hayat kebiasaan.

Ini, ujarnya menjadikan Najib di mata kebanyakan rakyat Malaysia sebagai ‘Perdana Menteri tidak sah’, terutamanya apabila Najib merupakan Perdana Menteri paling lama tanpa mandatnya sendiri iaitu hampir empat tahun.

In Sha Allah.. KEDAHLANIE akan ditutup sekiranya benar apa yang dikatakan ini...!!

Pakatan jadikan media lebih adil untuk rakyat

GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat berjanji akan menguruskan semua sistem media negara dengan lebih terancang, dinamik, mantap dan penuh dengan keadilan untuk rakyat, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, pelaksanaan sistem media yang lebih telus memberikan impirasi kepada keseluruhan rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran tidak seperti sekarang yang berat sebelah dan dimonopoli kerajaan yang memerintah.

"Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berkuasa nanti langkah pertama yang saya akan pastikan ialah sistem medianya mesti telus dan dan mempunyai kredibiliti yang tinggi tidak seperti sekarang tidak amanah, menurunnya etika kewartawanan dan sukakan penyebaran fitnah, " terangnya semasa pembentangan Manifesto Pusat di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Dewan Tunku, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), semalam.

Anwar: Saya sedia hadapi fitnah baru BN

NIZAM ZAIN 
Anwar: Saya sedia hadapi fitnah baru BN
Anwar Ibrahim sedang berucap.
Anwar: Saya sedia hadapi fitnah baru BN
Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat yang hadir pada Majlis 
Ulang Tahun Kelima Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam, malam tadi.
 
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersedia untuk menghadapi serangan fitnah baru dibawa  pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno termasuk cubaan melabel beliau sebagai dalang insiden warga Filipina menceroboh Lahad Datu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu tegas Anwar, walaupun sejak akhir-akhir ini banyak tipu muslihat BN dan Umno satu-persatu terbongkar, namun ia tidak bermakna cubaan mereka untuk menghancurkan karier politik beliau akan terhenti.

"Cara media perdana mainkan saya (kaitkan) isu Lahad Datu, saya akan hadapinya, namun undur tidak sekali.

"...tipu muslihat mereka terbongkar satu persatu, saya tak rancang pun, tapi ALLAH tunjukkan.

#LahadDatu : Silap Besar Penceroboh Sulu - Ustaz Shamsuri




Kuliah malam tadi pun Ustaz ada ulas sedikit lagi pasal isu Sulu/Lahad Datu. Kesimpulan yang kita boleh ambil untuk isu nie, walau apa pendirian politik kita, seeloknya kita bersatu dalam isu nie bagi mempertahankan kedaulatan negara.. sekiranya ada pun konspirasi politik dan sebagainya disebaliknya, biar mereka yang terlibat dalam merencanakan agenda konspirasi nie yang tanggung jawab di hadapan Allah nanti.. tapi kita sebagai rakyat Malaysia.. bersatu, dalam masa yang sama doakan supaya puak penceroboh ini berundur dengan baik, kerana -- mereka saudara seagama...

Mudah2an Allah memberi kekuatan dan pertolonganNya kepada kita semua, dan berikan juga hidayah dan kesedaran kepada penceroboh semua.. Amin..

Pekerja asing merusuh memukul majikan sebab tak laksana gaji minimun..!!

Pekerja mengamuk tuntut gaji minimum


SEBAHAGIAN daripada 150 pekerja asing yang terlibat dalam mogok
di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar, Johor.


MUAR - Kesabaran 150 pekerja warga asing di sebuah kilang di Parit Jamil dekat sini yang melancarkan mogok sejak kelmarin bagi menuntut kenaikan gaji minimum RM900 sampai ke penghujungnya apabila mereka bertindak memukul seorang pengurus pengeluaran dan tiga penyelia kilang semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mereka ditumbuk dan disepak oleh 20 pekerja.

Seorang pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 33, mendakwa, kumpulan pekerja asing terbabit secara tiba-tiba memasuki pejabat kilang sebelum menarik keluar ketiga-tiga mangsa.

"Pada mulanya mereka hanya menarik pengurus dan ia disedari tiga penyelia kilang yang cuba membantu tetapi dihalang kumpulan pekerja terbabit.

Khas Untuk WANITA - DOA Elak di ROGOL...!!!

Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

KHAS UNTUK WANITA

 

Doa ini adalah doa sahih yang dibaca oleh Sarah,
isteri Nabi Ibrahim yang menyebabkan para lelaki
yang zalim termasuk rajanya sendiri melarikan diri.

Asalnya raja tersebut ingin merogol wanita
tersebut (Sarah kalau tak silap), kemudian setelah
wanita itu membaca doa ini raja tersebut rasa
menggigil dan akhirnya tak jadi nak
menganiayanya dan beredar dari situ. Kisah yang
panjang dan menarik, diringkaskan.

harap doa ini dapat diamalkan.

Nota:
Walau bagai mana pun pakaian kita pun mestilah menuruh perintah Allah, 
jika tidak macam mana Allah hendak makbur kan doa itukan. :)

CHANGLUN - Bilakah nak selesai masalah Van Thailand yang haram nie

Van Thailand beroperasi lagi
Wartawan Sinar Harian
9 Mac 2013
Van Thailand beroperasi lagi
Perkhidmatan van haram masih dijalankan seperti biasa menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia.
 
CHANGLUN - Kemasukan van haram Thailand ke Malaysia dilihat tidak serik dikenakan tindakan penguat kuasa apabila mereka mula beroperasi seperti biasa.

Setiausaha Persatuan Kereta Sewa/Teksi Luar Bandar, Bukit Kayu Hitam, Pekan Changlun, Bandar Baru Sintok, Muhamad Nadzrin Ibrahim, berkata, modus operandi terbaru yang dilakukan oleh perkhidmatan van Thailand itu kini menggunakan haluan kiri bagi mengaburi dari dikesan pihak berkuasa.

Menurutnya, mereka menggunakan nombor pendaftaran Malaysia bagi mengangkut penumpang, terutamanya pelancong dari Bukit Kayu Hitam.

“Mereka kini dilihat menggunakan jalan belakang melibatkan jalan kampung sebelum ke lebuh raya bagi membolot semua penumpang untuk dihantar ke mana sahaja.

Apakah kesalahan manusia yang dipanggil Jelmaan Syaitan, Malaun & Gila isim ini..??

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)


Dia selalu dihina dikatakan najis. Juga dikatakan Jelmaan Syaitan.Juga dikatakan malaun. Tak kurang mengatakan dia gila isim. Tapi diamati org yang mengata kepadanya bukanlah ustaz jauh sekali ulama' yang banyaknya mereka sendiri tidak mempunyai peribadi mulia maka tahulah aku...tapi apakah salahnya orang yang aku panggil Tuan Guru ini?

Apa kesalahan beliau...???

Adakah akibat memimpin rakyat Kelantan dengan syiar Islam???? Adakah akibat memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan x pernah disabitkan dengan salahguna wang kerajaan...

Kalu itu salah nya orang itu perlu menyedarkan diri dari diperbodohkan pemimpin mereka yang mementingkan fulus....

Ya ALLAH,hindarilah tok guru kami dari fitnah-fitnah dari golongan ini..!

Ameen.. Takbir!!

Tulisan @Mohd Fahmi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...