TERKINI :

Saturday, March 9, 2013

Jom LIKE page BONGKAR 403 JUTA.. kita bagi tak panggung kepala UMNO Kedah

MAI PAKAT LIKE PAGE BONGKAR

 ini senarai salah guna kuasa UMNO BN KEDAH

AWAS !!! Pastikan BLOG yang menyamar sebagai PR nie kita sisihkan..!!

Inilah kelaku UMNO..terpekik terlolong FITNAH..FITNAH..tapi bila panggil naik pentas cerita apa yang fitnahnya haram tak berani..!!


PRU12 dalam kenangan, PRU13 di persimpangan

Syed Ahmad Fadhli, 08 Mac 2013


Bagaikan bermimpi, sudah 5 tahun berlalu rupanya PRU12 yang lepas. Saat dan detik yang pasti tidak dapat dilupakan dalam lembaran sejarah Malaysia. Pada 8 Mac 2008, 'tsunami' politik telah melanda tanah air ini sehingga merubah lanskap politik Malaysia. BN hampir tumbang pada saat itu, hilang majoriti 2/3 di parlimen, hilang kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, gagal menawan Kelantan serta kehilangan banyak kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ibu negeri yang lain.

Rakyat khususnya di Semenanjung memberi isyarat dan amaran yang tegas kepada BN. "Tak selamanya kamu boleh tipu kami dengan gula-gula yang ditaburkan tiap kali menjelang pilihanraya. Kami ingin ajar kamu bahasa peti undi dan kuasa rakyat.."

Menyorot kembali keputusan PRU lepas, ia menunjukkan pembangkang (PR belum ditubuh ketika itu) berpotensi besar di kerusi-kerusi urban, dan separa bandar. Antara faktornya ialah akses media baru sebagai alternatif kepada rakyat untuk membuat pilihan. Ia berbeza bagi BN yang mempunyai kelebihan sebagai kerajaan pusat yang mengawal sepenuhnya media arus perdana termasuklah TV, radio dan surat khabar.

Balak: Kenapa Kelantan dan Kedah, Pahang bagaimana?

Tiba-tiba seorang kolumnis di akhbar Berita Harian, dalam tulisannya yang bertajuk “Pemimpin PAS undang bala amaran al-Quran”, teringatkan amaran al-Quran yang melarang kerakusan manusia melakukan pembalakan tidak terkawal sehingga memusnahkan hutan dan alam sekitar.
Penulis merujuk ayat 41 Surah Ar-Rum yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Kita akui bahaya ancaman itu, tetapi sayangnya amaran daripada kitab suci itu hanya ditujukan kepada Kedah dan Kelantan sahaja, kenapa tidak Pahang yang sinonim dengan penebangan balak dikaitkan?

Saya faham tulisan yang dibangkitkan itu semata-mata untuk menyokong isu-isu menjelang pilihan raya umum yang sedang dibangkitkan oleh media-media Umno, namun seelok-eloknyanya apabila menghukum biarlah adil. Itu juga tuntutan al-Quran.

PKR matang atur strategi sejak PRU 2008

RUZY ADILA IDRIS
9 Mac 2013
PRU13

SHAH ALAM – Semalam genap lima tahun Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) berlalu. Secara kebetulan negara dikejutkan dengan pendedahan Azlan Mohd Lazim, bapa Mohd Saiful, yang menjadi fokus dalam kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendeahan itu dilihat menghakis 'suhu' isu pencerobohan warga Filipina ke Lahad Datu sejak sebulan lalu.

Seusia lima tahun itu, PKR, komponen Pakatan Rakyat (PR) dilihat menjadi sebuah parti yang semakin matang dalam mengaturkan strategi politik sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Jayum Jawan, kematangan itu jelas terpamer dalam Manifesto Rakyat yang dibentangkan dua minggu lalu.

Walaupun sudah 205 laporan Polis kenapakah TIAN CHUA masih belum di tangkap..??


BERAPA RATUS LAGIKAH LAPORAN POLIS DIPERLUKAN UNTUK PIHAK POLIS MENANGKAP DAN MEMANGGIL TIAN CHUA UNTUK DI SOAL SIASAT...

ADAKAH MASIH TERUS MEMBIARKAN BELIAU BEBAS SUPAYA RAMAI RAKYAT DILUAR BOLEH BUAT DEMONTRASI MEMAKI HAMUN NAIB PRESIDEN PKR ITU.

AYUHHH..JANGAN BERLENGAH LAGI..SILA TANGKAP DAN DAKWA TIAN CHUA..!!

Anwar kritik ahli Pakatan dalam merebut kerusi calon

 Penyokong Pakatan Rakyat di Konvesyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. — Gambar oleh K.E. OoiGEORGE TOWN, 9 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada ahli Pakatan Rakyat (PR) yang merebut kerusi dan mengeluarkan "amaran" kepada mereka jika tuntutan rakyat tidak ditunaikan. 

"Ini adalah pemikiran sempit dan tidak melihat kepada gambaran yang luas," kata ketua pembangkang tersebut

Beliau berkata akar umbi mungkin mahu untuk kerusi, atau mungkin menuntut untuk kerusi, tetapi adalah salah untuk mengugut untuk mendapatkan kerusi.

"Jangan korbankan prinsip PR hanya kerana mahu merebut kerusi di satu atau dua kawasan," kata ketua umum PKR itu lagi.

Konflik Sabah rumitkan keadaan untuk Najib, lapor BofAML

Likha Cuevas-Miel, InterAksyon

Konflik di Sabah antara pengikut Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia boleh menjejaskan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pilihan raya umum Malaysia, kata Bank of America Merrill Lynch (BofAML).

Dalam nota penyelidikan terbarunya yang bertarikh 7 Mac, BofAML berkata kajiselidik yang dijalankan pada bulan Januari hingga Februari itu menunjukkan bahawa populariti Najib merosot, didorong oleh penurunan dalam sentimen pengundi Melayu, manakala rasa "tidak puas hati" dengan BN dan kerajaan, meningkat.

"Krisis berterusan di Sabah (Lahad Datu) juga boleh merumitkan keadaan untuk PM Najib. Sabah adalah salah satu kubu kuat BN. Sabah dan Sarawak menyumbang satu pertiga daripada Kerusi parlimen BN dalam pilihan raya umum ke-12," kata bank itu.

SPR tak boleh lepas tangan bab 28% pengundi yang tak dikenali...!!

Kesucian pilihan raya tanggungjawab SPR, tidak boleh biarkan 28 peratus pengundi Selangor tidak dikenalpasti

Oleh Jahabar Sadiq

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, memberitahu sidang akhbar semalam bahawa tidak dapat mengesan 28 peratus pengundi adalah "perkara biasa".— Gambar fail

Hari ini, lima tahun lalu, rakyat Malaysia bangun tidur dengan lanskap politik yang telah berubah dengan Barisan Nasional (BN) terus memerintah, tetapi majoriti mudah dan turut kehilangan empat negeri kepada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya 2008.

Hari ini, pemerintah BN dan empat negeri di bawah PR masih belum mengadakan pilihan raya oleh kerana mandat mereka hanya tamat selepas lima tahun dewan masing-masing mula bersidang.

Akan tetapi, tanggungjawab untuk memastikan demokrasi berjalan dengan baik dan terus hidup supaya rakyat Malaysia boleh membuat keputusan memilih kerajaan melalui peti undi bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jadi, tidak dapat diterima jika SPR mengatakan 28 peratus pengundi baru yang tidak dapat disahkan adalah perkara biasa, selepas Selangor dilaporkan penemuan daripada 500,000 pengundi baru dalam negeri terkaya di Malaysia itu.

“Persoalan 28 peratus pengundi baru tidak dapat dikesan, ini adalah perkara biasa,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam satu sidang akhbar semalam.

Misteri Perang Lahad Datu - Kenapa WARTAWAN tak dibenarkan buat liputan..??

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Gua ada baca satu artikal bab perang Lahad Datu nie....bab dok perang tu tak apalah kita doakan semoga perajurit2 kita selamat dah menyahkan militan sulu dari bumi sabah....cuma yg dok musykil nie yg nie lah...

Photo: Waratawan Antara Bangsa menjadi terpinga-pinga bila mana mereka ditegah dari menghampiri kawan peperangan di Lahad Datu kononnya demi keselamatan mereka..    Rata-rata wartawan tersebut berasa pelik dgn alasan yang diberikan kerana selama ini mereka telah pergi Keseluruh pelusuk dunia yg mergolak dengan peperangan yang mengunakan senjata2 morden dan juga gas biologi tetapi mereka dibenarkan membuat liputan terus dari lokasi-lokasi peperangan tersebut..     Mereka sanggup menggadaikan nyawa masing-masing agar dunia mendapat liputan yang secara terus dari medan pertempuran..    " Kami terlibat dan berada dalam medan pertempuran bersama-sama para pejuang seperti di dalam perang iran-iraq. di Bosia, Pakistan, Kashimir, Palastine, Afghanistan, Israel, Lubnan dan banyak negara lagi.. Apa yang ditakuti oleh kerajaan Malaysia..? Apakah peperangan ini cuma suatu sandiwara semata-mata..? " ujar mereka lagi

Rata-rata wartawan tersebut berasa pelik dgn alasan yang diberikan kerana selama ini mereka telah pergi Keseluruh pelusuk dunia yg mergolak dengan peperangan yang mengunakan senjata2 morden dan juga gas biologi tetapi mereka dibenarkan membuat liputan terus dari lokasi-lokasi peperangan tersebut..

Mereka sanggup menggadaikan nyawa masing-masing agar dunia mendapat liputan yang secara terus dari medan pertempuran..

Adakah Saiful Bukhari Sedang Melalui Laknat Allah..??


Sewaktu membuat kenyataan akhbar yang terbaru, Saiful Bukhari telah berkata:
"Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan hingga akhir hayat," katanya sambil menambah beliau telah memaafkan bapanya.
Si Saiful ni tak sedar ke yang dia sedang melalui proses laknat dari Allah SWT? Laknat Allah SWT sedang turun ke atas Saiful Bukhari hasil dari sumpah palsu yang dilakukan olehnya.

UMNO..Kapal yang sedang karam..


Dalam keadaan terdesak , UMNO pula cuba melawan bom nuklear yang diletupkan oleh Bapak Saiful dengan mengadakan sidang medianya tersendiri. Di dalam sidang tersebut yang baru sahaja selesai dilangsungkan, Saiful pula cuba mengajar bapaknya untuk kembali ke pangkal jalan.

Semua orang sahaja tersenyum melihat gelagat UMNO yang kini bagai cacing kepanasan. Anak pula yang mengajar bapa.

Nasib UMNO kini benar benar mirip kerajaan Jepun dan Nazi semasa pengakhiran Perang Dunia Kedua dimana ramai cuba meninggalkan kapal bahteranya yang nampak sudah nak karam.

Pertama, pengakuaan bapa Sayful sekali gus menghancurkan segala percubaan untuk mempalitkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu. Ianya menghancurkan percubaan mempalitkan Dato Seri Anwar dengan isu pencerobohan Lahad Datu, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu China Doll, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu Sodomi 1 dan Sodomi 2.

Setelah 5 tahun sudah berlalu... KEDAH terus mensyukuri NIKMAT dan meneruskan HARAPAN..!!

MENSYUKURI NIKMAT, MENERUSKAN HARAPAN.


Jam 1.21 pagi, 9.3.2008, tercatat sejarah yang amat manis bagi para pejuang Islam dan Keadilan di kawasan Kuala Kedah, apabila Dato’ Ahmad Mat Isa yang bertindak sebagai pegawai pengurus pilihanraya telah mengisytiharkan bahawa keempat-empat calon yang bukan dari BN telah memenangi pilihanraya bagi kawasan Parlimen Kuala Kedah, dan DUN-DUN Anak Bukit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundur. 

Pengisytiharan tersebut telah disambut dengan penuh kesyukuran oleh para amilin jamaah yang menunggu dengan penuh debar di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) berselang seli dengan laungan takbir membesarkan Allah disamping menzahirkan kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan nikmat “an nasr – kemenangan” kepada jamaah ini hasil dari rintisan perjuangan yang telah diteroka oleh para pendahulu perjuangan.

Lebih manis lagi, apabila kemenangan di Kuala Kedah ini rupanya memberi saham kepada kemenangan “aspirasi” jamaah bagi negeri Kedah Darulaman. Seluruh negeri Kedah pada pagi tersebut bagaikan “berjaga” menyambut kemenangan yang telah diimpikan sejak 50 tahun. Pelbagai kaedah dan usaha untuk dilakukan untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya diterjemahkan dalam bentuk “undi” pada setiap piliharaya. 

Konspirasi Liwat II: AMK Selangor Desak Polis Jamin Keselamatan Bapa Saiful Bukhari


Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini begitu terkejut dengan pengakuan bapa kepada Saiful Bukhari, yang mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipercayai bagi menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 dalam satu sidang akhbar beliau petang tadi.

Beliau turut menamakan beberapa individu termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri yang dipercayai menggunakan anaknya Saiful Bukhari dan menjadi dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

AMK Selangor mahu Polis DiRaja Malaysia mengambil serius pengakuan tersebut kerana jelas penglibatan pegawai khas kepada Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak, sekaligus membuktikan teori konspirasi yang menyelubungi Perdana Menteri itu yang dilihat cuba menenggelamkan imej Dato Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lam sesuai dengan dakwaan Azlan bahawa rancangan itu adalah untuk memenjarakan Anwar buat kali kedua.

Akmal dengan mesej #prayforsabah dalam perlawanan bola malam tadi..

Akmal dengan mesej #prayforsabah dalam perlawanan malam tadi. Aksi beliau meraikan jaringan gol dengan mesej mulia ini mengundang kad kuning dari pengadil. Legenda hijaukuning masih tajam!

AR14 always hijaukuning!
Mesej yang dibawa Akmal malam tadi. AR14 Legenda Kedah!

Pemain import Kedah, CHAYENE SANTOS sah digugurkan.



Marijo Tot di dalam sidang media selepas tamat perlawanan menentang Kuala Lumpur sebentar tadi mengesahkan bahawa seorang pemain import dari Croatia bakal dibawa masuk ke kem Kedah sebaik sahaja jendela perpindahan pemain Liga Malaysia dibuka pada April ini. Masih berselindung mengenai nama pemain Croatia terbabit, Marijo Tot menjelaskan bahawa pemain tersebut bakal mengisi posisi Striker pasukan Kedah. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi oleh KFA kelak.

Kepada Chayene Santos, BIAR JASA JADI KENANGAN..!!

Macam Taik #SPR nie.. 140 ribu pengundi baru tak dapat dikesah dia boleh jawab "BIASA"


SPR: Perkasa biasa 28% pengundi baru tak dapat dikesan

Ketika Pakatan Rakyat menyuarakan kebimbangannya kerana lebih 28 peratus daripada 500,000 pengundi baru di Selangor tidak dapat dikenalpasti, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyifatkannya sebagai "biasa" memandangkan mobiliti di negeri ini adalah tinggi.

NONE"Persoalan 28 peratus pengundi baru tidak dapat dikesan, ini adalah perkara biasa," kata Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Omar dalam satu sidang akhbar di kediamannya hari ini.

Beliau berkata ramai orang berpindah di seluruh negara, seperti bertukar kerja, dan semua ini menyumbang kepada bilangan pengundi yang tidak dapat dikenalpasti.

Pada tahun 2010, Selangor kedudukan teratas dari segi bilangan warganegara yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih, dengan seramai 700,000 orang, katanya.

Amannya bumi kita.. nie kes tikam-tikam nie kes terpencil sahaja..!!

Wanita 71 tahun mati ditikam

9 Mac 2013
SUNGAI PETANI - Seorang wanita warga emas ditemui mati di rumahnya di Kampung Padang Temusu dekat sini semalam dengan kesan tikaman pada badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nasir Ya berkata, polis menerima maklumat penemuan mayat Siti Zainab Bakar, 71, setelah dimaklumkan seorang daripada anak mangsa.

Beliau berkata, anak kedua mangsa itu tampil membuat laporan pada kira-kira 5 petang di Balai Polis Sungai Petani.

"Kita sudah turun ke rumah mangsa untuk melihat tempat kejadian dan menemui mayat mangsa yang berada di atas katil di dalam bilik.

"Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih dijalankan. Suspek dan motif kejadian juga masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kejadian malang yang menimpa Siti Zainab itu hanya disedari seorang anaknya yang pulang ke rumah selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. - Bernama

Alhamdulillah...bersyukurlah negara kita masih aman..!!

Lima sekeluarga diacu parang, rugi RM55,000
Nik Amirulmu’Min Nik Min
8 Mac 2013
KUANTAN - Lima sekeluarga tergamam apabila rumah mereka yang sedang diubahsuai di pecah masuk lima perompak bertopeng dan bersenjatakan parang  dalam kejadian di Felda Jengka 17 dekat Jerantut, awal pagi semalam.

Perompak yang turut membawa bersama pemotong besi dan kuku kambing bertindak ganas apabila mengacukan parang ke arah mangsa berusia 35 tahun di hadapan isteri dan tiga anaknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang peneroka diikat kaki dan tangan menggunakan kain oleh perompak tersebut manakala isterinya berusia 35 tahun dan anak-anak mereka berusia antara tiga hingga 11 tahun tidak diapa-apakan.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, akibat kejadian, mangsa kerugian kira-kira RM55,000 apabila wang tunai RM42,000, sejumlah barang kemas dan telefon bimbit dilarikan perompak terbabit.

Sejarah bola sepak Hijau Kuning di pentas forum



ALOR SETAR - Pasukan Kedah muncul juara trible dengan memenangi Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia iaitu pada tahun 2007 dan 2008.

Ahli Parlimen Pendang, YB. Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman berkata, pasukan Kedah juga berjaya membawa pulang Piala Malaysia iaitu pada tahun 1990 dan 1993.

“Pasukan Kedah juga muncul juara Piala FA pada tahun 1996 selepas menewaskan pasukan Sarawak 1-0,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Forum Pengkisahan Sejarah Bola Sepak Negeri Kedah di Pekarangan Muzium Negeri Kedah, di sini.

Menurutnya, pasukan Kedah mempunyai ramai pemain yang berkaliber dan berjaya menunjukkan prestasi yang membanggakan seperti penjaga gol, Ahmad Sobri Ahmad; Radhi Mat Din, Mohd Fariza Ahmad dan Naina Mohamad pada era 90-an.

Menteri Besar adakan perjumpaan dengan guru KAFA dan pegawai masjid


KUALA KETIL – Kira-kira 4,500 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan pegawai masjid seluruh Kedah berkumpul di Dewan Permaisuri Tunku Haminah untuk meraikan Majlis Perjumpaan bersama Menteri Besar.

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, beliau menyeru agar ketamadun pendidikan Islam di Kedah dapat dikembalikan seperti dahulu serta dikekalkan untuk genarasi yang akan datang.

“Kedah terkenal dengan sistem pendidikan pondok. Selain dari Kelantan, tiada negeri lain yang mempunyai sejarah pendidikan Islam yang unik bermula dari sistem pondok dan sehingga sekarang ke sistem yang lebih moden iaitu universiti-universiti yang mengekalkan serta menyediakan pendidikan Islam untuk pelajar-pelajarnya,” katanya.

Katanya lagi, guru-guru Kafa mahu pun pegawai masjid atau tuan-tuan imam adalah elemen penting dalam memberi kefahaman Islam, lebih-lebih lagi pendidikan itu bermula dari peringkat rendah. Pendidikan awal merupakan pendidikan yang sangat penting kerana bermula dari itu, kanak-kanak mula mengenal Allah serta perkara-perkara yang melibatkan dosa dan pahala.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...