TERKINI :

Friday, March 8, 2013

Doa Al-Marhum Ust Fadzil Noor kepada TUN akhirnya termakhbul untuk dilihat hasil kerja jahat bab IC FREE..!!


Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri. Apakah kini doa Al-Marhum mantan Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu ? mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri. 

Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh Sulu di Lahad Datu bukan penyelesaian penuh berikutan musuh negara sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah.

Orang-orang UMNO patut akur kesilapan para pemimpin mereka akibat sikap tamak keselamatan negara tergadai.

Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri. Apakah kini doa Al-Marhum mantan Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu ? mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.

Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh Sulu di Lahad Datu bukan penyelesaian penuh berikutan musuh negara sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah.

Orang-orang UMNO patut akur kesilapan para pemimpin mereka akibat sikap tamak keselamatan negara tergadai.

Mai kita pakat pasang BANNER nie depan rumah kita tengok warna apa yang banyak..!!!

Banner terbaek BN sebelum pilihanraya...

Haha...

Nuh, Mak Long hang pun dok berkira-kira nak letak banner camni gak kat depan rumah dia. Nak elak dari lau ayam ngan pokok moktan dia disalah guna. Maklum la nak dekat ngan pilihanraya neh...

Ni tanah persendirian tau, tak kira puak memana waima sultan Sulu sekalipun tak berhak nak ceroboh tak ketahuan... Try la kalau nak kena hamput ngan Mak Long hang, haha...

Wassalam...

Puak berkaitan militan Sulu kena tahan bawah SOSMA ( Akta nak sama dengan ISA )

Lebih 50 orang ditahan di bawah SOSMA berkait dengan militan Sulu

Polis memeriksa dua lelaki yang ditahan selepas mereka keluar dari Tanjung Labian, kampung bersebelahan dengan Kampung Tanduo, pada 6 Mac 2013. — Gambar Reuters

LAHAD DATU, 8 Mac — Lebih 50 orang telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) kerana dituduh mempunyai kaitan dengan militan Sulu di sini, kata pihak berkuasa hari ini.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengatakan hari ini, suspek yang termasuk perempuan, turut ditahan di bawah Kanun Keseksaan.

“Penangkapan ini adalah diperlukan,” kata Ismail kepada pemberita di sini hari ini.

Tiga suspek pengganas ditahan di bawah SOSMA di Kuala Lumpur, undang-undang kontroversi di mana peguam hak asasi manusia menganggapnya tidak berperlembagaan kerana membenarkan bukti yang tidak mengikut peruntukan dalam Akta Kerahsiaan.

Najib masih Perdana Menteri tidak dipilih rakyat

oleh Aspan Alias

Pilihanraya umum tidak juga sampai sedangkan waktu tamatnya penggal ke12 ini sudah hampir ke penghujungnya.. Isu pencerobohan di Lahat Datu dan Semporna mungkin dijadikan sebagai isu yang menghalang pilihanraya tidak diadakan sampai ke penghujung penggal. Kita tidak nampak kenapa pilihanraya masih tidak nampak bayangnya akan tiba.

Kalau ada pun bayangnya ialah dengan melihat BN melakukan serangan terhadap pimpinan pembangkang dengan tidak beretika dengan sumpah seranah yang dibawa oleh media perdana setiap malam. Najib yang bercakap besar itu tetap dan masih seorang Perdana Menteri yang tidak dipilih rakyat.

Dalam isu Lahat Datu dan Semporna ini apa yang perlu di lakukan ialah untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan, samada Polis mahu pun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau pihak-pihak keselamatan yang lain. Kalaulah isu mempertahankan kawasan dan persempadanan kita di berikan pihak keselamatan untuk menyelesaikannya mengikut tata-cara yang sedia ada saya yakin isu ini telah selesai dengan lebih mudah lagi.

Jika masalah di Sabah itu berlarutan pasukan keselamatan tetap akan menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara walaupun siapa yang memerintah negara kita selepas pilihanraya nanti. Angkatan Tentera, Polis dan yang lain-lain itu adalah penjawat awam yang ‘professional’ dan tugasnya ialah untuk memberikan khidmat kepada ‘government of the day’ tidak kira Pakatan Rakyat atau BN yang memerintah.

Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Utusan Malaysia dan TV3 isu #LahadDatu


KUALA

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Utusan Malaysia dan TV3 kerana menyiarkan berita yang didakwanya berunsur fitnah kerana mengaitkan dirinya dengan insiden keganasan di Lahad Datu.

Saman tersebut difailkan peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya dan N Surendran di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini.

Turut dinamakan dalam saman tersebut adalah lima defendan iaitu; Utusan Malayu (Malaysia) Bhd; Editor Utusan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak; TV3, Pengarang Urusan Kumpulan TV3, Datuk Shahruddin Abdul Latif; dan Pengarang berita Buletin Utama, Ing Boon Seng.

“Tuduhan-tuduhan itu amat berat kerana ia seolah-olah menggambarkan Anwar (gambar) nak tawan negara sendiri,” kata N. Surendran ketika sidang media di sini.

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 telah menyiarkan artikel bertajuk “Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?”

Selain ganti rugi am RM100 juta, Anwar turut menuntut gantirugi teruk dan gantirugi teladan, termasuk injuksi menghalang defendan-defendan menyatakan atau menerbitkan “perkataan-perkataan firnah” sama ada melalui percetakan, lisan atau Internet.

Akhirnya Kita Bertemu 8 Mac Kelima, dan Parlimen Masih Di Situ

Tulisan Umum
8 Mac 2013

Saya mula menulis artikel ini ketika satu jam menghampiri tarikh 8 Mac, sebuah tarikh keramat di mana fasa kedua reformasi tanahair berlaku. 8 Mac lima tahun yang lalu, sebahagian daripada rakyat Malaysia yang punya rasa tanggungjawab ke atas negara telah dengan berani menongkah arus untuk perubahan dengan mengundi selain Barisan Nasional.

Separuh daripada rakyat yang keluar mengundi telah memberanikan diri melakukan perubahan tanpa ‘clue’ atau ‘leads’ atau testimoni yang betul-betul menjamin. Dengan kata lain, mereka memilih dalam gelap di atas kekecewaan ‘wayang’ seorang Mr. Clean yang tidak berapa clean iaitu Paklah. Ketika itu, hanya Kelantan sebagai negeri testimoni yang tidak mampu membuktikan banyak kelebihan selain kewarakkan pemerintahan TG Nik Aziz – modal dan model yang cukup besar. Faktor Anwar Ibrahim juga tidak boleh diketepikan, beliau faktor penyatu membawa harapan baru kepada negara. Dengan faktor-faktor yang tidak seberapa termasuklah kelemahan Umno di bawah Paklah itu sendiri, maka tercetuslah apa yang dinamakan Tsunami 8 Mac.

Tanggal 8 Mac adalah sejarah negara yang juga digelar tsunami politik oleh kebanyakkan orang politik, manakala orang yang bukan politik turut merasai satu kejutan budaya apabila pada malam yang sama selepas pengiraan undi, jauh di sudut hati mereka menyatakan betapa Umno dan Barisan Nasional tidak mustahil untuk ditumbangkan. Perasaan seperti ini tidak wujud sebelum 8 Mac, perasaan Umno dan BN boleh ditumbangkan ini wujud hanya pasca 8 Mac.

Liwat II adalah konspirasi politik – Bapa Saiful Bukhari


TERKINI !!! KUALA LUMPUR : Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.-

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul.

Isu Lahad Datu: Meh Aku Jadi PM pulak..

 oleh Monier Mat Din
 
Siang tadi saya balik kg di Baling sana nu, tu dia haih – Markaz PAS dan Bilik Gerakan P/Raya UMNO sudah naik merata tempat, bendera dan banner berkibar megah merata ceruk kampung dan simpang jalan, membawa makna pilihanraya dah dekat sangat dah.

Bila tengok bendera-bendera itu, saya mula teringat, kalau orang kg jemput balik ceramah, nak cakap isu apa pulak ini. Depa yang mai dengar kita ceramah, tak kira penyokong parti ataupun orang atas pagar, kalau boleh depa nak dengar isu/topic yang penceramah lain belum cakap lagi.

Belek pi belek mai, suka tak suka ka isu Lanun SULU mengganas di Lahad Datu sudah ambik tangga no-1, mengalahkan isu-isu besar Negara yang lain. Nak tak nak, kena sentuh juga isu ini.

Saya melihat isu Lanun Sulu ini sebenarnya melambangkan kelemahan yang amat ketara di pihak kerajaan BN dari segi cara mereka mentadbir dan menguruskan isu keselamatan negara, terutamanya yang melibatkan dasar politik luar negara (Foreign Affair).

MBAS lancar Tabung Wira Lahad Datu


ALOR SETAR - Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang telah mengorbankan pasukan keselamatan negara merupakan satu sejarah berdarah yang amat mendukacitakan kita sebagai rakyat Malaysia.

Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Mohd Asri Redha Abdul Rahman berkata, kesan daripada peristiwa itu, seramai lapan anggota keselamatan telah terkorban.

“Kematian mereka telah meninggalkan kesan yang besar kepada keluarga masing-masing dan kepada seluruh rakyat Malaysia amnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Tabung Wira Lahad Datu, Sabah di Pejabat Dato’ Bandaraya Alor Setar, di sini.

Menurutnya, MBAS sebagai sebuah agensi yang rapat dengan masyarakat amat tersentuh dengan peristiwa berdarah yang menimpa negara ini.

#LahadDatu - Contoh terbaik perang siber dimenangi Pakatan

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Isu konflik di Sabah antara tentera kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia biarlah diselesaikan oleh kerajaan yang memerintah hari ini. Itu tanggungjawab mereka.

Tak perlu semua pihak nak bincang strategi pertahanan dan keselamatan negara. Kecuali kalau Dato' Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri rasa tidak mampu lagi untuk mengawal kedaulatan negara, maka bolehlah beliau bercadang untuk menggunakan khidmat Unit Amal atau kumpulan samseng pro-Umno yang sangat gagah mengawal Felda.

Selagi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dalam PRU12 lalu rasa mampu mengendalikan isu tersebut, biarkan mereka. Jangankan pihak pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku bekas Perdana Menteri pun sepatutnya diam. Tak payahlah nak mengajar Najib itu dan ini. Zaman Mahathir melingkupkan negara sudah berlalu, sekarang zaman Najib.

Kes #LahadDatu: Najib rendahkan martabat PM

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Ketua Polis Negara, Ismail Omar pada petang 5 Mac lalu, mengakui misi menentang puak bersenjata Sulu yang menawan Kampung Tanduo, Lahad Datu, masih belum berakhir meskipun pasukan keselamatan, membabitkan angkatan tentera dan pihak polis, telah melancarkan serangan udara, bermula jam 7 pagi, Selasa lalu, menggunakan jet pejuang F-18 dan Hawks.

Sambil memberikan sokongan sepenuhnya ke atas sebarang langkah mempertahankan kedaulatan negara, terdetik kebimbangan di hati saya, apakah tindakan ofensif melibatkan tujuh batalion tentera itu mampu menyelesaikan kes yang sememangnya tidak ditangani secara profesional dan berkesan di peringkat mulanya?

Ataupun tragedi berdarah itu baru di peringkat permulaan, dan Sabah bakal menyaksikan lebih banyak adegan tragis berpanjangan? Namun begitu, lebih penting daripada segalanya adalah mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

16.3 | HIMPUNAN RAKYAT BONGKAR 403JUTA

HIMPUNAN RAKYAT 
BONGKAR 403JUTA
TARIKH - 16 MAC 2013
HARI - SABTU
JAM -2.00PM ~ 4.30PM
TEMPAT - BANDAR ALOR SETAR
DI ALOR SETAR WALK 
BERSAMA - MB KEDAH,
PIMPINAN PR, 
TIMB. PRESIDEN PAS,
 SU AGUNG PKR,
AHLI PARLIMEN PR,
ADUN-ADUN PR,
CHEGU BARD
 SERTA
AKTIVIS & NGO

AYUH SEMUA RAKYAT JELATA
SAMPAI SEKARANG UMNO BN
TIDAK MENJAWAP APA YANG
DIKATAKAN BONGKAR 403JUTA
JADI KITA AKAN TERUS BONGKAR
AYUH MARILAH TURUN RAMAI-RAMAI  

Inilah golongang mangkok hayun dalam PAS yg gila jawatan



Geng Atas Pagar

inilah golongang mangkok hayun dalam PAS yg gila jawatan... Golongan inilah yg akan buat PAS JADI ORANG MELUAT nak dekati.... dok kalut JAWATAN PM... menang pon belom lagi kalut KELAKU sebijik macam UMNO... awat dah rasa kuat sangat dah dah rasa nak menang banyak kerusi dah...

PRESIDEN PAS pun suruh buat kerja bagi menang baru pikiaq siapa PM... DSAI pon suruh tumpu kerja menangkan PAKATAN RAKYAT tup tup tup mai puak 3 segi nie kalut pulak jawatan PM... puak nie patut ambik taik lempaq muka jaa....

Lanie dah gila sangat nak PAS jadi PM.... pulon bagi menang kerusi PARLIMEN banyak lepas tu ambik la kat hangpa....kalau kebuloq sangat laa....

#LahadDatu - Presiden PAS arah SOLAT HAJAT selepas solat Jumaat nanti..


Apabila JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH berkempen POLITIK...


Apabila Timbalan Pengarah Pendidikan mula berpolitik maka istihar perang pun mulalah boleh kita laungkan. Orang suruh buat kerja pikiaq bagi elok sekolah berjalan supaya anak murid dalam Kedah terus cemerlang tapi hangpa kalut dok kerah guru-guru dengaq ceramah politik....

Dok paksa buat apa lantak depa la nak dengaq ceramah sapa pon ini hak demokrasi rakyat dalam negara nie... nak sangat berpolitik buat POSTER & BANNER sewa dewan lepas tu tempek merata POSTER & BANNER ceramah tu panggil orang ai dengaq.. biaq depa mai secara sukarela tanpa ada paksa-paksa....

Nie dak buat program nama baik punya...tapi last tutuh ceramah politik.... depa kata mula 20 minit je dengar asyik hentam tok guru je ghamai cikgu cabut balik gelembong kuat sangat sampai tak ada yg boleh percaya . Tahniah PPD Pendang buat kerja politik guna sekolah ...

Cikgu Kamal
AJK Kesatuan Cikgu Meluat UMNO

UMNO Laksanakan politik samseng ala geng sulu di Melaka malam tadi

MALAM tadi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaiki oleh Anwar Ibrahim, sekali lagi diserang oleh samseng-samseng upahan Barisan Nasional ketika tiba di lokasi ceramah kawasan Bukit Katil, Melaka. Kawasan Parlimen Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam.

Seorang jurugambar dari dalam bas, sempat mengambil gambar samseng-samseng yang memakai baju t-shirt Barisan Nasional itu ketika mereka menunjukkan isyarat lucah "jari tengah" sebelum mereka menyerang bas Jelajah Merdeka Rakyat.


Samseng-samseng ini kemudiannya menyerang dengan cara membaling batu-batu yang besar ke arah cermin bas dipercayai untuk mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mai kita belajaq bab KESULTANAN SULU & TUNTUTAN KEATAS SABAH..

Kesultanan Sulu sudah tiada, tuntutan Sabah terbatal

7 Mac 2013
eroboh Sabah: Pengikut Sultan Sulu enggan serah diri
Sultan Sulu, Jamalul Kiram dan pengikutnya tidak mahu berganjak dari Lahad Datu.

KOTA KINABALU - Penyertaan Sabah dalam gagasan atau pembentukan Malaysia pada 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas negeri ini yang dahulunya dikenali sebagai North Borneo, kata Prof Madya Dr Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pensyarah Sekolah Sains Sosial (Program Sejarah) itu berkata berdasarkan perkara itu sebarang tuntutan hak ke atas negeri Sabah ketika ini adalah terbatal.

"Tarikh penubuhan Malaysia pada tahun 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas Sabah dan pada tahun 1888, Sabah di bawah naungan kolonial British dan pada tahun 1903 protokol telah menetapkan jajahan Amerika Syarikat di Filipina tanpa Sabah.

"Pada tahun 1946, Sabah diserah kepada British dan jelas pada tahun 1963 Sabah berada dalam Malaysia," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Penceroboh #LahadDatu boleh di tuduh berperang dengan Yang di-pertuan Agong - Musa Hasan

Ceroboh Sabah: Kajian terperinci perlu, kata Musa Hassan
HAMIZAH BASIR
7 Mac 2013
Ceroboh Sabah: Kajian terperinci perlu, kata Musa Hassan
Musa melawat Ganaphati yang patah tulang rusuk dan punggung 
akibat kemalangan ketika bertugas.
 
SEREMBAN – Kerajaan perlu membuat kajian secara terperinci tentang insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kajian perlu dibuat bagi kenal pasti bagaimana insiden pencerobohan itu boleh berlaku termasuk kelemahan negara sehingga berlaku insiden itu.

“Kita nak tahu macam mana ia boleh berlaku dan apa kelemahan yang menyebabkan perkara ini berlaku.

“Kita kena kaji supaya kita dapat perbetulkan kelemahan ini dan pertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan Lahad Datu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini, semalam, selepas melawat seorang anggota polis berpangkat Sarjan yang mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya ketika bertugas.

Menurutnya, kerajaan boleh memohon untuk ekstradisi Sultan Jamalul Kiram III di negara ini ekoran dakwaannya yang mengarahkan serangan penceroboh di Lahad Datu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...