TERKINI :

Thursday, March 7, 2013

Peperangan antara MEDIA BN & MEDIA BARU... apa untungnya..??

Media perdana itu hanya lah 'political bouncers'
oleh Aspan Alias


Pihak pimpinan UMNO dan BN semakin terhimpit dengan krisis keyakinan yang mereka sedang hadapi. UMNO sekarang mungkin telah sedar tiada apa yang kita sembunyikan selama ini akan kekal tersembunyi buat selama-lamanya. Perkembangan dan pembangunan industri media dan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini sangat menyusahkan UMNO. Tiada apa yang buruk mereka lakukan tidak dapat di sorokkan dan dengan sekelip mata sahaja akan di ketahui umum.

Apabila sampai sahaja maklumat ke satu-satu tempat maka dengan pantas UMNO akan menghadapi kejatuhan tahap keyakinan rakyat terhadapnya. Tetapi UMNO masih ada sedikit saki-baki kawasan yang belum di tempuhi oleh maklumat dan di sinilah UMNO mengharapkan pergantungan sokongan dari kawasan itu untuk mengharapkan dukungan.

Apabila TIAN CHUA bersuara semula... siap sedialah wahai pencaci semua..!!

Penjelasan saya - Tian Chua

Sejak tanggal 1 Mac, pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya.

Blog dan cybertrooper pro-BN juga meyebarkan numbor telefon saya dan menghasut penyokong BN hantar mesej ancaman kepada saya.

Pada tanggal 4 Mac, Parti Umno telah hantar surat tuntutan kepada saya bahawa saya harus memohon maaf kepada Umno.

Di sini saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak. Saya akan serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya.

Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah fitnah dan pembohongan jahat oleh pemimpin-pemimpin BN.

Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati perana Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan negara.

Kenapa perlu di tubuhkan "KAWASAN KESELAMATAN KHAS" di SABAH..? Ada apa-apa kah nie..??

Kawasan Keselamatan Khas Pula Di Sabah?

TANGGAPAN PETANG                                                                                                      
Najib Razak: Tubuh kawasan khas.
Tujuan kunjungan Najib Razak ke kawasan sedang bergolak di Lahad Datu Sabah hari ini di samping meninjau keadaan di sana ia juga untuk mengumumkan sesuatu yang penting dan mengejutkan serta boleh diterjemahkan dengan berbagai tujuan di sebaliknya.

Hari ini Najib telah mengumumkan penbentukan kawasan yang dipanggil Kawasan Keselamatan Khas di Sabah? Perwujudan kawasan itu kononnya untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan di kawasan perairan pantai Sabah.

Kawasan yang termasuk didalam kawsan keselamatan khas ini ialah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Dengan perwujudan kawasan keselamatan khas ini membolehkan kerajaan menempatkan beberapa 'kabin' sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera.

Perwujudan kawasan seprerti ini katanya pernah diwujudkan pada tahun 1972, menubuhkan Rajang Area Security Commad (RASCOM) iaitu pasukan kawalan keselamatan di Ranjang Sarawak dan pasukan ini berjaya menghapuskan ancaman komunis di negeri itu.

Sudah TV3 & UTUSAN tak mau..lalu radio Filipina yang temuramah dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicadangkan supaya mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat untuk membincangkan perkembangan di sabah sekarang.

"Saya mencadangkan agar dia membenarkan pertemuan formal antara dia dengan pemimpin pembangkang," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan ini, kata Anwar perlu untuk saling memahami dan bekerjasama.. "tetapi dia sebagaimana sebelum ini tidak pernah memberikan respon," kata Anwar.

Anwar berkata demikian dalam wawancara khas melalui telefon dengan radio Filipina, Philippine Inquirer yang dirakamkan hari ini.

Anwar mengaku, ada perbezaan pendapat antara PM dengan pembangkang, "tetapi bila datang situasi di Sabah dan Lahad Datu sekarang, saya meminta dia membenarkan satu mesyuarat formal."

Apa punya Pengarah HKL... dengan sticker pembangkang pon takut

Kerajaan Kedah bagi tiket percuma pada rakyat game bola malam esok

Kerajaan Tolak gencatan senjata

Sultan Sulu pohon gencatan senjata dah...

Anwar.. Anda Salah...!!!!

'Semuanya salah Anwar'
Oleh Penulis Khas

Seperti sudah menjadi tradisi bagi Umno BN apabila berlaku sahaja sesuatu perkara buruk, maka yang dituding mereka sebagai dalang atau penyebab adalah seorang individu bernama Anwar Ibrahim. Lihat sahaja sebelum ini, bermacam-macam tuduhan dikaitkan dengan Ketua Pembangkang yang pernah mencetuskan reformasi ketika dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Tuduhan "Anwar agen yahudi", "Anwar pro-Israel", "Anwar petualang bangsa", "Anwar......" bukan baru setahun dua di dengar, malah sejak beliau dipecat dari kerajaan dan dianggap musuh utama oleh Umno BN.

Dan terbaru dalam insiden pencerobohan tentera bersenjata Filipina di Sabah sejak 22 hari lalu, yang telah menyebabkan lapan anggota polis meninggal dunia, sekali lagi Anwar menjadi mangsa tuduhan.

Dikatakan kumpulan penceroboh yang juga pengikut Sultan Sulu itu datang kononnya 'atas ajakan' Anwar Ibrahim.

Kumpulan yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III didakwa datang kerana menuntut janji dari sekutu Anwar ke atas tanah Sabah.

Lagi 'cerita auta' BN pasal balak di Kedah

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
 
Kisah pembalakan di Charuk Genting Bunga, Pedu akhirnya reda apabila kira-kira 15 ribu penyokong kerajaan negeri mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di lokasi tersebut bulan lalu. Perhimpunan besar di kawasan hutan, tanpa penempatan manusia agak unik dan keunikan itulah satu kaedah untuk memberitahu dunia secara berkesan bahawa BN berbohong kepada rakyat dalam isu pembalakan di sekitar Tasik Pedu.

Kini muncul pula satu lagi kawasan yang dikatakan terbabit dengan 'pembalakan rakus' yang mahu dijadikan isu oleh jentera propaganda BN. Modus operandi mereka sama saja iaitu memaparkan kawasan yang asalnya hutan tetapi kini digondolkan. Orang yang berfikir selapis akan menelan bulat-bulat propaganda tersebut tetapi orang yang berfikir berlapis-lapis tahu itu cuma cerita propaganda.

Asal usul bumi Malaysia sebelum kedatangan manusia, hampir semuanya adalah kawasan berhutan. Hari ini manusia memajukannya untuk pembangunan. Jika pembangunan yang dibuat merupakan bangunan berbatu atau mukabumi diturap, maka tiada hutan yang akan muncul semula di situ. Namun pembangunan untuk pertanian, hanyalah proses menukar jenis tumbuhan. Dari hutan rimba kepada ladang getah, kelapa sawit, nenas dan sebagainya. Sementara tanah itu berganti dengan tumbuhan baru yang bakal menutup serta menghijaukan permukaan bumi, maka tergondol terlebih dahulu. Itu proses biasa.

[BONGKAR] Mana perginya hasil balak RM3 j?

JERAI: Penyelewengan hasil balak yang dianggarkan berjumlah RM3 juta membabitkan kawasan hutan balak sepanjang 27 kilometer (km), dari Tasek Beris ke Kampung Batu 8 Weng di era pemerintahan rejim Umno-BN Kedah, perlu dibongkarkan. 

Menurut Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar, mengikut perkiraan matematik, keluasan kawasan balak tersebut adalah seluas 95.7 hektar (27km x 0.033 km) dan hasil balak dianggarkan seperti mana yang didakwa.

Tambah beliau, projek tersebut telah diserahkan kepada Kedah Corporation Berhad bagi tujuan di kawal selia, namun timbul kesangsian apabila tiada sebarang hasil diserahkan kepada kerajaan negeri.

"Timbul persoalan yang begitu besar berkenaan hal ini. Ketika kerajaan Pakatan baru memerintah, sebuah site office dan sebuah kereta telah dibakar.

Zul Hazmi..Antara Manusia yang PEGUAM NEGARA takut bila berhadapan dalam mahkamah...

‘Zulhazmi bertubuh kecil, tapi AG takut dengannya’

SUNGAI PETANI: Biarpun bertubuh kecil, namun, kelibat dan usaha yang dilakukan Peguam Jawatankuasa Anti-Saman Ekor, Zulhazmi Shariff menghalang penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mengecutkan Peguam Negara (AG). 

Malah pada satu tahap, Peguam Negara terpaksa menangguhkan sementara perbicaraan saman ke atas tertuduh bagi kes kompaun AES sehingga kini akibat tekanan yang dilakukan Zulhazmi dalam kempen-kempennya.

Demikian kata Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Saifuddin Nasution semasa berucap di atas pentas yang dibina di atas treler Negara Berkebajikan di Pekan Tikam Batu, dekat sini 24 Februari lalu. Saifuddin hadir bagi memeriahkan majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di sini yang turut disertai Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan Adun Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh.

Kisah super teksi tolak Umno....

Oleh Rossem

Menarik sekali kata-kata super teksi itu yang diucapnya pada suatu pagi yang damai saat menaiki mobilnya ke kota. “Saya, selama 20 tahun menjadi super teksi sudah empat kali mengundi (pemilu).

Keempat-empat kali itu saya pangkah Dacing (BN), tetapi kehidupan saya tetap sama, yang berubah ialah kenaikan harga minyak terutama selepas selesai pilihan raya umum (PRU)” kata sang super sambil mengemudi teksi, kebetulan pagi itu jalanraya tak macet. 

Saya diam sambil berfikir mencari makna dari kata-katanya yang berbaur politik. “Pada PRU ke 12 (2008) saya pangkah Bulan Purnama (PAS)- kali pertama dalam hidup saya. Tiba-tiba saya dapat empat biji tayar teksi grantis (percuma) dari pemerintah pusat” ujar super separuh usia itu dengan bangga. 

“Sekarang saya sudah khabarkan kepada keluarga saya dan teman-teman super, kalau mahu nasib berubah, pada PRU 13 akan datang jangan pangkah Dacing. Undilah Pakatan Rakyat (PR)”. Ujar sang super sambil senyum. Saya membalas senyumannya dengan secambak senyuman.

Ke mana titik akhir tragedi Lahad Datu?

Oleh Penulis Khas

Dengan lapan anggota polis sudah terkorban dan berpuluh-puluh tentera Kesultanan Sulu yang dikatakan telah terbunuh, ke mana titik akhirnya krisis Lahad Datu dan Sabah secara keseluruhannya ini?

Walaupun polis sudah berkata, pencerobohan itu sudah selesai dengan serangan besar-besaran termasuk menggunakan jet pejuang, berdasarkan laporan dari media Filipina, nampaknya ia belum selesai.

Ini kerana, berpuluh-puluh tentera kesultanan Sulu dan juga mereka yang simpati dengan mereka sedang menyusup masuk ke negara ini.

Ia menambahkan lagi ribuan rakyat mereka yang sememangnya sudah didaftarkan menjadi rakyat negara ini melalui skandal kad pengenalan untuk undi sebelum ini.

Moro National Liberation Front (MNLF) sudah mengisytiharkan akan membela saudara mereka yang terkorban selepas memberi amaran sebelum ini agar ia diselesaikan menggunakan 'kepala dingin' bukannya perang.

"Saya berharap mereka tidak dicederakan. Mereka (penyokong Kesultanan Sulu) adalah saudara kita. Jika setitik darah mereka gugur, kita mungkin terpaksa membela mereka,"  Nur Misuari, pengerusi pengasas MNLF memberi amaran pada 21 Februari lalu.

Kesultanan Sulu - siapa sebenarnya sultan?

Oleh Syed Imran

Kesultanan Sulu yang diasaskan oleh seorang pedagang/pendakwah Arab yang berhijrah ke kepulauan selatan Filipina itu dari Johor, kini menimbulkan masalah dan pertanyaan, walaupun pada hakikatnya kesultanan itu tidak wujud.

Isu tuntutan ke atas Sabah oleh apa yang didakwa sebagai waris sultan Sulu sebenarnya sudah basi dan tidak dapat diterima. Rakyat Sabah atau yang dirujuk sebagai "North Borneo" itu telahpun membuat keputusan kira-kira 50 tahun lalu untuk bersama-sama Persekutuan Malaysia. Nokhtah.
Keputusan yang dibuat oleh rakyat Sabah melalui 'pungutan suara' oleh Suruhanjaya Cobbold itu disah dan diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan diterima oleh pentadbiran Manila ketika itu. Ia tidak lagi berbangkit.

Ada beberapa dokumen yang dengan jelas dan nyata menyokong pendirian  Malaysia walaupun kerajaan membayar 'sagu hati' kepada waris kesultanan Sulu. Pembayaran itu dibuat berdasarkan satu perjanjian kuno dan sebagai kerajaan yang bertangungjawab, Putrajaya akur. Itu yang berlaku tetapi ia tidak bermakna yang Malaysia mengiktiraf atau menerima hak kesultanan Sulu ke atas Sabah, tidak sama sekali.  

Mana lebih bahaya, demostrasi jalanan atau perang gerila Sulu?

Oleh: senik

"Assalamualaikum,

Negara berdepan dengan risiko berperang dengan penduduk Sulu, satu kenyataan yang harus dipandang berat oleh semua pihak. Bukan sahaja warga Sulu malah kesemua bangsa Moro mungkin bangkit sama berdasarkan amaran pemimpin utamanya Nur Massouri. Sementara UMNO/BN pula berdepan dengan demostrasi jalanan ala Arab Spring dek kedeilannya sendiri tidak mahu mendengar tuntutan pilihanraya yang bersih dari rakyat.

Pemimpinnya pula sibuk memberi amaran mengenai kesan demostrasi jalanan ala Arab Spring dengan alasan apa yang berlaku di negara Arab tidak berlaku di negara kita sambil terus mengabaikan gelombang kebangkitan rakyat yang secara jelas menyatakan kalau pilihanraya dijalankan di atas padang yang sama rata tidak akan ada Arab Spring.

Oleh kerana kedegilan UMNO untuk mendengar laungan rakyat, PRU 13 berkemungkinan besar akan dijalankan secara penipuan yang memihak kepada UMNO, maka rakyat tiada pilihan selain turun ke jalanraya untuk membenam penipuan UMNO.

Jamalul Kiram III bukan Sultan Sulu sebenar, kata kerabat diraja

 Jamalul Kiram III dikatakan bukan merupakan keturunanan kepada sembilan “waris sah” Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam “Penghakiman Macaskie” pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah. — Gambar AFP 
KUALA LUMPUR, 6 Mac — Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.

Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.

Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan “waris sah” Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam “Penghakiman Macaskie” pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran  bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).

Sudah terlambat untuk maaf, kata keluarga Kiram kepada Manila

Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, berdoa bersama keluarga dan penyokongnya di Taguig, 

Manila 6 Mac 2013. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 6 Mac — Keluarga Kiram menolak permintaan Manila untuk memohon maaf kerana tidak membalas surat yang ditulis pada 2010, dan memberitahu sudah terlambat kerana terlalu ramai warga Filipina mati ketika pertempuran ganas di Sabah.

Fatima Celia, isteri kepada Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu berkata kerajaan Filipina seharusnya memohon maaf kerana tidak melindungi “keluarga diraja Sulu”.

“Kerosakan sudah berlaku, bukan? Ramai yang sudah mati,” katanya ketika berita perdana jam 8 malam.

Adik Jamalul, Agbimuddin Kiram, yang mengetuai sekumpulan 200 orang bersenjata yang dikatakan “tentera diraja” Sulu ke Lahad Datu di Sabah pada 9 Februari, dan berharap dapat menakluk negeri Borneo itu.

TV3, Utusan minta tangguh jawapan notis saman dari Anwar


Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR 6 MAC: Dua media kawalan Umno meminta tangguhan jawapan terhadap notis tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan laporan
fitnah yang mengaitkannya dalam tragedi Lahad Datu.

Peguam, N Surendran berkata TV3 Malaysia Berhad meminta tempoh dua minggu manakala Utusan Malaysia tidak menyatakan tempoh.

Suren“Semalam, kami terima surat dari TV3 yang minta tempoh dua minggu untuk menjawab notis. Utusan juga tapi tak nyatakan tempoh.

“Mereka patut boleh jawab pada kadar segera,” kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily, hari ini.

Pada 4 Mac lalu, Anwar menghantar notis tuntutan saman dan memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik tuduhan, membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi, masing-masing RM100 juta.

Tabung Haji bantu 10 Keluarga terima rumah baru

Rumah untuk keluarga miskin
Wartawan Sinar Harian

JENIANG - Sebanyak 10 keluarga miskin di kawasan ini menerima rumah baru sumbangan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya.

Projek Bumbung TH itu dimulakan tahun lalu ke arah pembangunan komuniti yang lestari dan mampan khususnya komuniti Islam.

Prihatin dengan nasib mereka yang tidak mempunyai rumah yang sempurna dan berkongsi rezeki yang diperoleh, TH tampil menghulurkan bantuan membela nasib mereka yang memerlukan.

Ia adalah sebahagian daripada agihan zakat perniagaan TH untuk pembinaan atau penambahbaikan rumah bagi golongan asnaf fakir miskin dan surau atau masjid bagi komuniti yang tidak berkemampuan.

Jen (B) Hashim dilantik Jeneral Politik PKR

Wartawan Sinar Harian
6 Mac 2013

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai Jeneral Politik PKR berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan itu mengakhiri desas-desus mengatakan Hashim dikatakan akan menyertai PKR.

"Tan Sri Hashim bersetuju dilantik sebagai Jeneral Politik PKR," kata Anwar pada sidang media, hari ini.

Sementara itu, Hashim berkata, hari ini merupakan hari pertama penampilan pertama beliau di hadapan pihak media yang dilakukan secara sukarela, tanpa paksaan mana-mana pihak.

"Saya terpanggil untuk buat pendedahan ini kerana ia adalah tanggungjawab saya.

"... ramai pesara tentera pujuk saya untuk tampil ke depan kerana dalam tentera ada strategi tertentu, guna pada masa yang tepat," katanya.

Seorang pengganas ditembak mati, 9 mayat ditemui di Lahad Datu

6 Mac 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh

KUALA LUMPUR - Hari kedua Op Daulat hari ini menyaksikan seorang anggota kumpulan pengganas ditembak mati dan sembilan mayat ditemui didalam lubang di kawasan ladang dekat Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pengganas itu maut dalam kejadian berbalas tembak dengan anggota keselamatan yang menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di kampung itu selepas gerakan ofensif oleh pasukan keselamatan negara di kampung yang menjadi kubu kumpulan pengganas itu semalam.

Selain kejadian pada pukul 6.45 pagi itu, pasukan forensik juga diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan mayat-mayat ituditanam.

Kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas turut berlaku di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, pada pukul 4.15 petang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...