TERKINI :

Wednesday, March 6, 2013

[Gempar] Jangan ingat BOM di #LahadDatu sahaja.. BOM di mahkamah awal tahun lalu apa cerita..??


Walaupun #LahadDatu bergegar kita jangan lupa BOM yang meletup di Mahkamah awal tahun dahulu...!

Apa yang berlaku pada 9 Januari 2012 dahulu? Pada hari tersebut tiga butir bom telah meletup di hadapan mahkamah Jalan Duta. Bom jangka ini meletup satu persatu sebaik sahaja mahkamah membuat keputusan kes liwat Saiful. Suasana di hadapan pekarangan mahkamah dimana ada 15,000 orang berkumpul menjadi gempar. Ledakan bom ini memusnahkan kereta YB Elizebeth Wong dan beberapa buah kereta yang lain.

Apa sebenarnya makna ledakan bom ini? Bom jangka ini dipasang oleh ajen-ajen upahan.... Mustahil ini kerja Angkatan Muda Keadilan.

Brig Jen (B) datuh Abdul Hadi - Musuh sebenar dah diberi IC

MUSUH SEBENAR SUDAH DIBERI IC


Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh Sulu di Lahad Datu bukan penyelesaian penuh berikutan musuh negara sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah.

Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata ‘musuh sebenar’ sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara leluasa.

“Sekarang mereka hendak buat apa? Kita hantar jet pejuang, pasukan tentera bom mereka. Tak semudah itu kerana orang-orang yang jadi musuh dibawa oleh Mahathir, diberi IC.

“Yang inilah yang jadi musuh sebenar, bukan mudah hendak kenal pasti mereka sekarang,” katanya ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Ampang Malam tadi.

Kita patut berbangga dengan Usahawan berjaya di Filipina sana..!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Kita patut berbangga w/pun SULU di FILIPINA sana tak puas hati dengan negara kita tetapi kita ada wakil pengusaha pengeluar minuman utama di Filipina...

Bangga ooo bag hang...!!

Sepanas di #LahadDatu.. ini Lagi panas dengan bekas PANGLIMA TENTERA joint PKR..

Bekas Panglima Turus Tentera Darat Masuk PKR Hari Ini 


PETALING JAYA, 6 MAC: Mantan Panglima Turus Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Datuk Seri Md Hashim Hussein hari ini mengumumkan kesediaan untuk menabur bakti dan idea berhubung sistem pertahanan keselamatan negara bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

Sambil ditemani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengumuman ini dibuat seiring dengan langkah yang diambil oleh beberapa bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia terasuk mantan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

Menurutnya, ini merupakan masa yang tepat memandangkan sebelum ini pelbagai pihak menghubunginya bagi mendapatkan pengesahan berhubung penyertaan di dalam Pakatan Rakyat.

Menceritakan pengalaman berkhidmatan selama lebih 40 tahun sebagai anggota pertahanan negara, beliau bersependapat dan mengakui apa yang dijelaskan oleh Jeneral(B) Datuk Abdul Ghafir adalah benar.

Rahsia Tian Chua & Sivarasa ke Manila terdedah...

Anwar jelas sebab Tian Chua, Sivarasa ke Manila

PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Tian Chua dan bekas Naib Presidennya, Sivarasa Rasiah ke Manila pada 7 Februari lalu semata-mata untuk memperoleh maklumat tentang penipuan membabitkan lebih RM900 juta yang disyaki didalangi anak saudara Ketua Menteri Sabah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR ini berkata, usaha itu penting bagi memastikan maklumat tersebut tidak mengandungi unsur fitnah dan pihaknya cuba mendapatkan pengesahan daripada Kerajaan Filipina berhubung kes itu.

"Mengapa kita harus beri pelindungan, jadi bila kita ketengahkan, maka Siva dan Tian Chua pergi ke Manila untuk mendapat maklumat.

"... kita mahu maklumat yang lebih terang dan kita dapat pengesahan tentang percubaan menipu itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Mengapa Sulu ceroboh di ambang PRU13?


KETEREH: Mungkinkah ada kaitan kemunculan penceroboh yang mendakwa pewaris kesultanan Sulu di Lahad Datu dengan tarikh pembubaran parlimen Malaysia?

Dalam kehangatan isu berkenaan, penggal ke-12 Dewan Undangan Negeri Sembilan akan berakhir pada 22 Mac ini, manakala parlimen pula pada 28 April depan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, ketika suasana politik sekarang dianggap ramai tidak menyebelahi Umno dan BN, tiba-tiba pula muncul isu lain.

Mungkinkah katanya, dalam suasana itu Umno mencari kaedah lain pula bagi meneruskan kuasa yang ada.

“Sedangkan kita tahu keturunan Sulu ada susur galurnya daripada keturunan Nabi Muhammad saw. Mereka terkenal dengan amalan Islam.

“Bagaimanapun rakyat kecewa cara pengurusan isu Lahad Datu yang dilakukan kerajaan. Kerajaan BN seperti lumpuh. Timbul persoalan kalangan rakyat mengapa penceroboh datang ketika dekat tarikh tarikh PRU13,” katanya pada program solat hajat keamanan di Kok Lanas malam tadi.

Pada program berkenaan diadakan solat hajat diketuai anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat. (Gambar atas)

Pengarah Pendidikan Kedah dok main politik..


#LahadDatu : Apa persamaan video Operasi bersih dan Lahad datu....



Media Filipina beri ruang kepada Anwar perjelas tuduhan Umno

AMPANG 6 MAC: Media Filipina memberi ruang penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tuduhan kerajaan Malaysia mengaitkan beliau dalam isu pencerobohan Lahad Datu.

Tawaran itu dinyatakan media Philippine Inquirer yang menghubungi Ketua Umum KEADILAN itu kelmarin, bagi mengatur sesi wawancara. Perkara itu dimaklumkan Anwar pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Kampung Tasek Tambahan, Ampang, malam tadi. “Akhbar Filipina semalam (kelmarin) telefon saya.

Dia kata oleh kerana kami disalah tafsir, diperalatkan untuk buat fitnah di Malaysia, kami bagi ruang penuh kepada saudara untuk cakap di surat khabar, dan radio – Philippine Radyo Inquirer untuk 40 minit jelaskan keadaan sebenar.

#LahadDatu - Antara Perang dengan militan & pilihanraya..??

Pergolakan Sabah : Kesannya kepada politik negara??

Masih berkaitan dengan isu pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu tapi kali ni wa nak kita kaji pulak dari sudut politiknya.
Wa memula malas nak relate kan sangat isu ni dengan pergolakan politik Malaysia tapi bila Pengerusi SPR buat kenyataan kat sini, wa dah nampak serampang dua mata yang cuba di mainkan.
Pertamanya, pelan SPR yang masih dirahsiakan hingga di beritahu kemudian. Sembang bagai nak rak dengan pelbagai pelan2 back up yang SPR dah sediakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan tapi apa tindakannya, kena rahsiakan dulu. Kena mintak kebenaran Rosmah anak Mansor dulu ke?

Orang Sabah kata Insiden #LahadDatu ialah sandiwara makan tuan..!!

Lajim Ukin: Insiden Lahad Datu - Sandiwara Yang Makan Tuan


SSabak Bernam: Selepas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai 'sandiwara', malam tadi seorang lagi pemimpin pembangkang tampil dengan mengatakan krisis yang telah mengorbankan wira negara itu adalah ‘wayang’ yang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Dataran Sungai Air Tawar, di sini malam tadi, dengan lantang menyatakan bahawa insiden tersebut merupakan ‘wayang’ yang Umno-BN bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah yang mana katanya akan menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada parti pemerintah itu.

“Sekarang ini Lahad Datu sudah hancur...yang mana ini adalah merupakan tanggungjawab kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan.

Saman TV3, Utusan: Fitnah di sebalik berita benar?

KUALA LUMPUR: Dalam keadaan berita benar dilaporkan mengenai perkembangan terkini terhadap pencerobohan di Sabah, Utusan Malaysia dan TV3 masih menjalankan propaganda dan fitnah mereka terhadap Pakatan Rakyat, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Nampaknya mereka masih tidak serik turun naik mahkamah dan kalah serta sering membayar saman malu ekoran kalah di mahkamah,” ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Sebagai respons marah, Anwar telah mendesak Utusan Malaysia dan TV3 memohon maaf atau berdepan dengan saman RM200 juta jika media tersebut gagal membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan beliau dalam isu di Lahad Datu.

Tempoh 24 jam diberikan agar mereka menginsafi fitnah yang dilemparkan atau bersedia sekali lagi ke mahkamah.

“Itulah nada tegas pemimpin PR supaya media ini tahu bahawa etika kewartawanan atau pemberitaan mereka telah terlalu jauh menyimpang dari kebenaran,” kata Riduan lagi.

#LahadDatu - Ops Memasang bendera salah..!!

Oleh Hishamuddin Rais

Pada Jun 2001 saya telah dibawa ke Kamunting sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di Kamunting saya bertemu, bersuai kenal dan bercerita panjang dengan tahanan-tahanan dari kumpulan Al-Maunah. Anggota Al-Maunah ini telah ditahan lebih awal dari saya.

Biar saya ingatkan kembali kenapa lebih dari 20 orang warga Al-Maunah ini telah ditahan di Kamunting. Mereka ini ditahan kerana berlaku apa yang dikatakan rompakan bersenjata Bukit Jenalik pada 2 Julai 2001. Sebanyak 5 tan senjata telah diangkut masuk ke dalam 3 buah Pajero. Senjata ini dibawa ke Bukit Jenalik - tempat perkhemahan kumpulan Al-Maunah - satu kumpulan silat.

Ketika kejadian ini berlaku dunia masih ini belum melihat blog, twitter atau facebook. Hanya ada laman Mahazalim dan Malaysiakini. Laman-laman ini, terutama Laman Mahazalim telah ‘menembak' kisah dongeng ini sehinggakan tidak ada sesiapa pun dalan negara akan percaya versi United Malays National Organisation.

Lawak seram Al-Maunah ini menjadi bodoh kerana senjata lima tan boleh dimasukkan ke dalam Pajero dalam masa 15 minit. Najib Razak yang ketika itu menteri pertahanan bersungguh cuba membuktikan cerita kentut kerbaunya.

Kibaran bendera menjelang PRU13

Oleh DR AMINUDIN MANSOR


KEMPEN pilihan raya semakin rancak. Perang strategi melalui kibaran bendera berlaku di mana-mana. Pemerhati dan penganalisis politik mengatakan, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah yang paling hangat dan bersemangat sejak berlangsungnya pilihan raya di negara ini kerana semuanya mahukan kemenangan untuk mendapat mandat rakyat.

Kajian dan pemerhatian ini berdasarkan kepada program perhimpunan dan juga usaha menghimpunkan para penyokong parti, sama ada daripada Barisan Nasional (BN) mahupun dalam kalangan parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang disertai oleh Pas, DAP dan parti-parti lain. Isu demi isu dimainkan dan tuduh-menuduh menjadi permainan politik.

Menghimpunkan orang ramai atau penyokong parti bukannya senang. Memasang bendera parti di sepanjang jalan, di atas pokok dan juga di atas bangunan, atas puncak bukit tertentu juga bukan senang. Semuanya memerlukan upah dan semangat cinta akan parti sahaja dapat membuktikan bendera berkibar dengan megah.

Boleh sesiapa buat pencerahan tak... Petugas Insaniah yang dikatakan nie berapa % dari keseluruhan pekerja di sana..??

Petugas Insaniah anjur pentas Bersih Insaniah 2.0 di Padang Lumat Khamis ini

5 Mac 2013

ALOR SETAR - Petugas Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) akan menganjurkan siri penerangan isu kolej itu yang betul dan sebenar dinamakan Pentas Bersih Insaniah 2.0 Khamis ini.

Program di Sekolah Menengah Agama Taufiqiah Halimiah, Batu 16, Padang Lumat, dekat Yan pada 9 malam itu adalah siri penjelajahan dan penerangan kedua selepas Pentas Bersih Insaniah yang pertama di Jalan Suka Menanti di sini minggu lepas.

Penolong Pendaftar Kanan Insaniah Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, yang mewakili petugas Insaniah, berkata objektif penganjuran ialah memperjelas isu sebenar berlaku dalam kolej itu berserta fakta dan bukti.

Beliau berkata petugas tidak mahu tindakan mereka menuntut hak daripada pengurusan tertinggi dikaitkan dengan mana-mana parti politik, dan agar masyarakat jelas serta tidak terkeliru dengan dakwaan palsu berkaitan isu Insaniah.

#LahadDatu - Rakyat Jangan Lupa..!!!


KL, Manila label penceroboh Sabah pengganas

Lahad Datu


KUALA LUMPUR - Malaysia menganggap penceroboh bersenjata Sulu yang membunuh lapan anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, sebagai pengganas, dan ini turut dikongsi Setiausaha Luar Filipina, Albert F. Del Rosario.

"Setiausaha Rosario bersetuju kumpulan ini patut dilabelkan sebagai pengganas," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di ibu negara Malaysia ini malam tadi untuk membincangkan perkembangan yang berlaku di kedua-dua pekan di Sabah itu.


"Kita menghargai pendirian kerajaan Filipina dan Presiden Benigno Aquino yang menggesa kumpulan Sulu itu menyerah diri dan pulang kepada keluarga dan rumah masing-masing di Filipina.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...