TERKINI :

Tuesday, March 5, 2013

Azizan - Patuk dan belit BN macam ulaq sawa


Nurul - Manifesto pencetus harapan

NURUL IZZAH ANWAR
5 Mac 2013


HARAPAN dijadikan tempat berteduh bagi idaman seseorang itu tercapai. Harapan mampu menyatukan semua jiwa – apabila dijadikan panduan kepada yang miskin, mahupun kaya dalam usaha membina masa depan lebih baik.

Begitulah impian bagi Pakatan Rakyat – untuk mewarnakan landskap masa depan Malaysia menerusi Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 24 Februari lalu – bertemakan Pakatan Harapan Rakyat.

Bertitik-tolak dari Dasar Bersama Pakatan Rakyat empat tahun lalu, kepada Buku Jingga, sehinggalah manifesto dinihari, empat perkara penting telah dikenal pasti dalam usaha murni untuk memperbaiki hidup rakyat: Kesejahteraan rakyat, ekonomi rakyat, rakyat bersaudara dan ekonomi rakyat.

Reformasi ekonomi: Kerajaan Pakatan Rakyat membuktikan bahawa gagasan tiga parti ini boleh mentadbir Selangor dan Pulau Pinang dengan penuh ketelusan dan akauntabiliti. Kedua-dua negeri ini menunjukkan hasil pendapatan yang baik bagi tahun 2012, mengikut laporan Ketua Audit Negara, dan pada masa sama membawa perubahan kepada rakyat negeri-negeri tersebut. Antara prinsip utama yang perlu diberi tumpuan kini adalah untuk beralih dari era pemusatan kekayaan kepada segelintir kroni ke pengagihan kekayaan saksama.

[Video] Adun BN kena sound denga Adun PAS di Dewan Kedah


Ini bukan #LahadDatu ini kesah Kak Ros dengan PERMATA..!!!


Secret of Solok - Adakah akibat kelemahan 'menteri'.. nyawa polis polis dan rakyat di pertaruhkan...!!

Secret of Solok 

 
PERHIMPUNAN NUR MISUARI DAN 
MNLF DI PULAU JOLO SULU 

Welcome to Sulu

TARIKH : 3hb Januari 2013... 

AGENDA:

1 -Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi PEMERINTAHAN MILF-FILIPINA yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui. 

 2 -Mendapatkan sokongan dan saranan apakah TAUSUG bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan NOERTH BORNEO SEMULA? KALAU NAK TUNTUT BAGAIMANA? 

ADAKAH PERLU MENGANGKAT KESULTANAN SULU? KALAU YA, SIAPA SULTAN YANG DISOKONG DAN DIDOKONG? 

3 -Mencanangkan bahawa Malaysia dan Filipina bersama MILF bersekongkol memperbodohkan MNLF dengan membuat perjanjian baru sedangkan perjanjian lama belum dilaksanakan. 

4 - APAKAH REAKSI TAUSUG di Sabah terhadap gerakan MNLF di Sulu ini?

Anwar Ibrahim: Kita Bukan Berperang Dengan Orang Sulu, Kita Berperang Dengan Orang Bersenjata


Berita palsu & Niat jahat cybertroopers Umno

Oleh Tian Chua 

Tragedi Lahad Datu kini dimanipulasi oleh cybertrooper Umno untuk menjana kebencian terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk saya. 

Semalam beberapa blog pro-BN telah menyiarkan berita palsu bahawa saya telah menghina pembunuhan anggota keselamatan kita dengan istilah "Komando Mati Katak" di satu ceramah di Puchong.

Ini adalah cerita yang dipalsukan dan tidak benar sama sekali. Semalam saya tiada berada di Puchong dan tidak pernah beri ucapan menghina pengorbanan Pasukan Keselamatan. Sebenarnya saya berada di Johor dan dalam semua ucapan saya, saya menyatakan keyakinan dan sokongan saya terhadap Pasukan Keselamatan dan anggota-anggotanya. 
 
Blog pro-BN seperti Mymassa, Talk With Hand, Aloqlaloq dan Papagomo sengaja melemparkan fitnah terhadap saya. Selain dari siaran berita palsu mereka juga mendesak pembaca terutamanya anggota polis dan askar untuk menghantar sms maki-hamum serta panggilan bantahan kepada saya. 

Benarkah Umno tidak mempolitik isu Lahad Datu?

— Mohamed Hanipa Maidin

March 05, 2013

5 MAC — Satu budaya politik di negara ini adalah jika Umno, melalui medianya, mendapati wujudnya mana-mana kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat berbeza dari versi kerajaan, maka kita akan menyaksikan skrip seperti berikut . Utusan dan TV3 akan mula menyerang pemimpin PKR tersebut selama beberapa hari dan adakalanya berminggu, diikuti oleh demonstrasi dan laporan polis oleh golongan yang suka dilihat sebagai pencacai Umno. Jika skrip itu lebih tebal maka pemimpin PR tersebut akan dipanggil polis untuk disoal dan skrip itu kadangkala berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.

Itulah yang terjadi pada Mohd Sabu di dalam isu Bukit Kepong. Utusan dan TV3 serang beliau lebih kurang 20 hari lebih diikuti dengan 1,000 lebih laporan polis ke atas beliau, dipanggil polis untuk disoalsiasat dan akhirnya didakwa di mahkamah . Nurul Izzah juga diganggu dengan modus operandi yang sama kecuali beliau tidak didakwa seperti Mohd Sabu.

Kini nampaknya giliran Tian Chua. Fasa serangan ke atas Tian Chua kini di peringkat serangan bertalu-talu oleh media Umno diketuai oleh Utusan dan TV3, demonstrasi ke atas Tian Chua oleh mantan-mantan pegawai atasan polis dan laporan polis. Mungkin sehari dua ini polis akan panggil Tian Chua dan tidak mustahil Gani Patail akan sempurnakan skrip Umno dengan mendakwa Tian Chua.

Saya "termenonton" berita di TV 3 tentang demonstrasi oleh mantan pegawai atasan polis ke atas Tian Chua. Salah seorang peserta demonstrasi tersebut menyebut bahawa isu keselamatan negara tidak boleh sama sekali dipolitikkan. Saya tersenyum dengan kenyataan tersebut tetapi saya juga bersetuju seratus peratus dengan kenyataan tersebut. Ya, isu keselamatan negara tidak sewajarnya dipolitikkan. Namun kita berhak bertanya, jika benar Tian Chua dilihat mempolitikkan isu Lahad Datu bagaimanapula dengan Umno dan media yang menjadi proksi Umno? Adakah mereka tidak mempolitikkan isu Lahad Datu atau isu keselamatan negara?

K'jaan S'gor tubuh dana RM10j untuk wira yang gugur

NONEKerajaan Selangor akan menubuhkan dana khas  RM10 juta sebagai mengiktiraf jasa lapan anggota polis yang terkorban mempertahan kedaulatan negara ketika berdepan dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
  
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat majlis exco negeri esok sebelum pengumuman rasmi mengenai butiran dana itu.
  
"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," Khalid memberitahu Bernama ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di Kuala Lumpur hari ini.
  
Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggota keluarga terdekat wira-wira negara ini.
    

#LahadDatu : Media baru penyelamat PR dari dikeronyok oleh BN...


Keganasan DI Lahad Datu, Nasib Baik Ada Media Baru

Oleh Ust Idris Ahmad

Jika peristiwa keganasan di Lahad Datu berlaku 10 tahun yang lalu sudah pasti pemimpin Pakatan Rakyat dicincang lumat oleh media ortodok Umno di negara ini. Nasib menyebelahi PR kerana sekarang ada media baru, maka penjelasan boleh dibuat secepat kilat. Dengan ini perancangan mereka untuk mengaitkan peristiwa ini gagal. Cuba bayangkan sewaktu langit terbuka ini pun media Umno masih menyebarkan fitnah kononnya ia ada kaitan dengan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelik bin ajaib, di Semenanjung mereka menuduh Pakatan Rakyat hendak buang Raja, manakala di Sabah Pakatan Rakyat hendak melantik Raja.

Kenapa pemimpin Umno BN masih berfikiran primitif walau pun berada di zaman maklumat di hujung jari. Di dalam suasana gawat sehingga terkorban anggota keselamatan, media yang menjadi tali barut Umno tidak pernah bertaubat dan insaf untuk menghentikan kerja jahat mereka demi memuaskan nafsu serakah ketuanya. Penjelasan pantas melalui media alternatif seperti kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com , anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.

#Lahaddatu - Mencari udang di sebalik mi

Majdan Dagang, 05 Mac 2013

Cubaan Umno BN melalui medianya TV3 dan Utusan Malaysia yang cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan pembangkang Pakatan Rakyat dengan isu pencerobohan di Sabah bukan suatu tindakan yang bijak. Hal ini kerana, tindakan itu menambahkan lagi persepsi penyokong PR bahawa kejadian kejadian itu adalah sandiwara Umno-BN demi kelangsungan politiknya.

Hakikatnya, saya bersangka baik bahawa pencerobohan ini tidak ada kena mengena dengan kehangatan rakyat menanti pembubaran parlimen dan berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Apatah lagi ketika semua pihak memberi tumpuan 100 peratus kepada persiapan dan kempen PRU13.

Tambahan pula Pakatan Rakyat (PR) dalam kedudukan menyerang dengan pelbagai fakta dan isu. Sementara Umno-BN pula dilihat dalam kedudukan bertahan dan hanya mampu menyerang balas PR melalui isu-isu emosi seperti ketuanan Melayu, kalimah Allah dan beberapa lagi. Umno-BN juga sedar bahawa mereka tidak mampu menjawab apatah lagi menangkis pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh PR.

Benarkah negara kita selamat?

Kalau difikirkan sedalam-dalam apa yang berlaku di Sabah sejak tiga minggu yang lepas dan hasilnya (kematian lapan orang anggota keselamatan) yang kita terima, kita sedang berada di dalam keadaan yang begitu ‘crucial’. Masalah bagi kita pula dalam menghadapi isu seperti ini, kita tidak dapat memberikan komen kerana pihak kerajaan akan menjawab yang isu keselamatan seperti ini bukannya orang awam seperti kita untuk membuat komen.
Tetapi dalam keadaan sekarang rakyat berhak untuk memberikan komen-komen kerana negara ini adalah hak rakyat dan merasakan keresahan dengan tahap keselamatan negara kita yang tercinta ini. Rakyat yang begitu lantang mengkritik tentang kelalaian kerajaan tentang pendatang asing ini tidak digemari oleh mereka yang membawa masuk mereka (pendatang asing) ini dahulu.

Rakyat merasakan tindakan membawa masuk pendatang asing itu sebagai satu pengkhianatan kepada negara tidak disukai oleh pihak yang mahukan pendatang asing itu berada di sini kerana politik dan kepentingan peribadi mereka. Bak kata perpatah ‘sudah terantuk baru hendak mengadah’ itu benar-benar terjadi. Tidak salah lagi pandangan orang ramai yang tindakan pimpinan negara memberikan kad pengenalan kepada ratusan ribu rakyat asing di Sabah dahulu merupakan satu isu keselamatan kepada negara kita.

Pemuda PAS mendapat seruan Jihad di #LahadDatu dari Ketuanya

Jihad ke Lahad Datu

1. Memandangkan pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna Sabah masih berlarutan dan keadaan belum reda, sedang mempertahankan kemuliaan Islam, kedaulatan negara dan keselamatan rakyat adalah satu kewajipan yang telah ditetapkan oleh oleh syara' , maka ...

2. Dengan Nama Allah swt Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan segala kerendahan diri yang penuh keinsafan dan kesedaran mengharapkan redha Allah swt ....

3. Saya mewakili DPPM dan seluruh warganya dengan ini menawarkan diri untuk turun berjihad, menjadi tenaga sukarela bagi membantu mempertahankan kemuliaan Islam, kedaulatan negara dan keselamatan rakyat tanpa syarat jika tenaga kami diperlukan. [ namun tindakan kami tertakluk kepada kebenaran dan arahan pihak berkuasa negara ]

#Bongkar salah laku UMNO BN diteruskan - Duit PKNK diguna untuk UMNO..!!


Pemberontakkan Sulu : Sandiwara Atau Tidak, Kerajaan Tetap Harus Bertanggungjawab

Dua hari lepas, dua orang anggota komando VAT69 telah terkorban di Lahad Datu ketika Kerajaan Malaysia terus mengambil sikap 'berunding' sedangkan dalam mana-mana negara berdaulat tidak akan berkompromi dengan pencerobohan bersenjata. Semalam tanggal 2 Mac, seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban dan kali ini di Semporna.

Saya ucap takziah dan tidak dapat sembunyi perasaan sedih berbaur kemarahan. Sedih kerana peristiwa kematian ini mampu dielak jika kerajaan bertindak lebih awal sebelum melarat seperti yang diberitakan. Sesungguhnya, membenarkan kependudukkan yang berminggu kepada anggota pengganas Sulu ini merupakan satu langkah malang buat negara, menjadikan kedudukan mereka yang lebih sedia untuk menyusun gerakan - Ini harus diakui.

Pagi ini saya terkejut membaca laporan media yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia memberikan kata dua kepada penceroboh ini atau hadapi tindakkan pihak berkuasa. Pertama, mereka bukan lagi sekadar penceroboh tetapi musuh negara pengganas bersenjata yang telah membunuh anggota keselamatan Malaysia. Kedua, mengapa perlu memberi kata dua? Bukankah sudah ada yang terkorban? Di atas dua perkara ini, saya simpulkan bahawa Perdana Menteri Malaysia adalah bangsat dan tidak layak lagi meneraju negara.

#LahadDatu - Kenyataan Media KPN

LAHAD DATU: KENYATAAN MEDIA KPN


Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

[BONGKAR] Penduduk ada 1,788 tapi pengundi ada 3,589 orang... mai mana yang lebih tu..??

Ada Kawasan di Selangor Pengundi Lebih Ramai Dari Penduduk


Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk.

Ini sekaligus menguatkan dakwaan terdapat keraguan di dalam daftar pemilih yang akan digunakan di dalam pilihan raya akan datang.

Semakan Kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara contohnya, mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang.

Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti.

Pesuruhanjaya PAS Kedah - Saya dah tahu siapa dalang..!!

MB Kedah: Saya tahu siapa dalang
ROSLINDA HASHIM
4 Mac 2013
AZIZAN

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu dalam parti yang disifatkan sebagai pengkhianat, kerana sering menimbulkan masalah dalam parti.

Katanya, pengkhianat terbabit semakin rancak menimbulkan masalah terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap saya termasuk parti, kini dikatakan pula senarai calon yang ada pada Pusat, itu senarai baru yang dirombak. Jika benar dakwaan itu datang dari sumber Pas Kedah, bagi saya ia amat malang sebab dalam parti ada pengkhianat,” katanya kepada Sinar Harian.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pengkhianat terbabit juga didakwa berniat jahat kerana cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin dalam parti, terutama membabitkan calon yang diuar-uarkan akan bertanding.

[Gempar] Kesultanan Sulu menafikan dakwaan pembangkang Malaysia terlibat

Kesultanan Sulu menafikan dakwaan pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarakkan krisis Sabah sebagaimana dakwaan kerajaan Malaysia.
“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari interaksyon.com bertarikh 4 Mac lalu.

Beliau juga menolak dakwaan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.

Muka depan Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac lalu melaporkan berita fitnah dengan tajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala TV3 menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dalam Tragedi Lahad Datu.

Cadangan redakan konflik Lahad Datu....!!!

oleh Aduka taruna


Jangka masa pendek.

1. Oleh kerana ianya adalah perang saudara muslim Sulu dan muslim Malaysia.

Gua harap ulama Malaysia dapat panggil ulama sulu untuk satu hujah agama. Atau deklarasi.

Gugurkan hujah agama itu melalui udara dalam bahasa Sulu dan Malaysia.

Mudah2an pengikut Sultan kembali ke hujah agama. Baik buruk tindakan mereka. Sultan2 ni memang berhala yang menyusahkan.

Senarai calon PAS KEDAH di ubah oleh tangan ghaib..!!

Senarai calon Pas Kedah tidak sah?
ROSLINDA HASHIM
4 Mac 2013
Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
 
ALOR SETAR  -  Senarai calon Pas Kedah bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) didakwa ‘senarai haram’ kerana dibuat tanpa prosedur setelah senarai sedia ada dirombak sebanyak tiga kali, tanpa mendapat persetujuan akar umbi.

Sumber Pas cawangan Alor Mengkudu berkata, senarai baru itu didakwa dirombak bagi mencantas atau membunuh karier politik pemimpin tertentu yang dilihat tidak sehaluan dengan Pesuruhjaya Pas, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan perubahan itu dibuat oleh tangan-tangan ghaib dalam Pas Kedah.

“Prosedur memilih calon diamalkan sebelum ini, dengan meminta pandangan akar umbi, terutama kawasan dan cawangan. Panggil semua Dun dan Parlimen adakan pungutan suara dengan mengundi atas kertas, untuk dapatkan senarai calon pilihan sebelum ke Pusat,” katanya.

Menurutnya, senarai calon asal yang diperakui semua pihak itu dibuat dua tahun lalu.

[MUSYKIL] Perjanjian Geneva & Motif pengganas serang negara..????

ATM: Malaysia ikut Konvensyen Geneva tangani isu ceroboh Sabah

4 Mac 2013
ATM: Malaysia ikut Konvensyen Geneva tangani isu ceroboh Sabah
Kenderaan berat membawa kereta perisai menuju ke Felda Sahabat 16, Lahad Datu bagi menghadapi kira-kira 150 penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina. - Foto Bernama
 
ATM: Malaysia ikut Konvensyen Geneva tangani isu ceroboh Sabah
Penduduk kampung membawa mayat salah seorang penceroboh yang ditembak mati untuk dibawa keluar dari Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna hari ini. - Foto Bernama
 
KOTA BHARU  - Malaysia perlu mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah, kata seorang pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.
  
Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan.
  
Beliau berkata Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.
  
"Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka (kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
   [????????????????????????????????????????????????]

[TERKINI] Lahad Datu - Serangan di lancarkan...!!!

marilah kita semua berdoa semoga pejuang-pejuang kita SELAMAT & DILINDUNGI oleh ALLAH SWT....

Tasik Insaniah venue sukan antarabangsa

Wartawan Sinar Harian
4 Mac 2013
Tasik Insaniah
Tasik Insaniah bakal muncul venue sukan baru Kedah.
 
ALOR SETAR - Kampus Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) Kuala Ketil bakal menjadi tumpuan ramai di rantau ini apabila tasik buatannya, sepanjang 1.2 kilometer diiktiraf sebagai venue sukan baru di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tasik itu menepati piawaian antarabangsa sebagai venue pertandingan sukan air khususnya perahu panjang dan perahu naga.

“Kita boleh anjurkan acara sukan air peringkat antarabangsa di Tasik Insaniah pada masa akan datang, secara tidak langsung menyumbang dana kolej universiti itu jika ada pihak ingin menggunakannya sebagai venue sukan,” katanya.

Azizan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah berkata, pengiktirafan itu diakui oleh Setiausaha Penang International Dragon Boat Federation (IDBF), Geh Teng Teik, yang meninjau keadaan tasik itu baru-baru ini.

Sabah - Agong ucap takziah

Agong ucap takziah kepada keluarga pegawai dan anggota polis yang terkorban
 
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muad'zam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini  menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang terkorban semasa menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat berdukacita di atas kehilangan pahlawan negara tersebut.

Seri Paduka juga berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah.

Baginda juga berharap agar setiap ahli keluarga anggota yang terkorban supaya tenang serta tabah menghadapi ujian ini.

Dua anggota VAT 69 terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu pada 1 Mac manakala enam anggota pasukan keselamatan terkorban setelah diserang hendap kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna, Sabtu lepas. - Bernama

Al-Fatihah - Jenazah wira negara tiba dan selamat dikebumikan

4 Mac 2013
lahad datu

Anggota polis mengusung jenazah Supt Ibrahim Lebar dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran sejurus tiba di Pangkalan TUDM, Subang petang tadi. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

KUALA LUMPUR - Jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, tiba dan dikebumikan di kawasan kediaman masing-masing hari ini.

Jenazah Supt Ibrahim Lebar, 52, dan jenazah L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 6.35 petang.

Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM itu apabila anggota keluarga tidak dapat mengawal kesedihan melihat ketibaan jenazah yang dibawa dengan pesawat tentera C-130 itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...