TERKINI :

Monday, March 4, 2013

Senjata Umno makan tuan...

 oleh PakLong

"Salam semua... Ni la akibatnya bila dibiaq pemimpin tamak yang hanya jaga kepentingan tembolok sendiri untuk teruih kekai berkosa tanpa pikiaq panjang. Jenih ada akai tak reti pakai...

Tak dak kerja pi cari kerja...
Bila ada kerja mula nak ternganga...
Bagi IC nak kekai berkosa...
La dah kalut, rakyat jadi mangsa...

Bagi lagi IC kat orang luaq...
Depa dah mula gagau kot dalam seluaq...
Buat la apa pun depa tak mau keluaq...
Kacau-kacau jadi lagi hingaq...

Perisikan pertahanan gagal banteras pencerobohan musuh – Bekas Tentera


Lahad DatuMajlis Rundingan Keselamatan (MRK) ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

MRK peka dengan perkembangan peristiwa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah kerana pertumpahan darah tersebut sepatutnya tidak berlaku jika pihak kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara bertindak cepat, tegas dan tidak bertolak ansur dengan musuh negara yang menceroboh perairan negara dan membolos masuk menggugat dan mencabar kedaulatan negara.Lahad Datu

MRK sangat sedih kerana kelemahan pihak perisikan negara dan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) yang hanya sibuk memantau aktiviti ahli-ahli politik Pakatan Rakyat sehingga terlepas pandang kepentingan menjaga dan mempertahan perairan negara dari dicerobohi musuh negara.

Hentikan campur tangan politik dalam urusan keselamatan negara – Anwar

(Oleh Aisha Geoffrey)

Lahad
PETALING JAYA 4 MAC: Pakatan Rakyat yakin komitmen dan kecekapan pasukan keselamatan menjaga pertahanan negara dan berharap agar tiada campur tangan politik bagi menyelesaikan isu pencerobohan di Sabah.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, anggota keselamatan boleh menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara tanpa kekangan politik.

Lahad“Pasukan keselamatan negara pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campur tangan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Kenyataan Tian Chua dimanipulasi, Rahim Nor pula terlibat dalam politik

oleh Aspan Alias

Sedang kita berkabung kerana kehilangan ramai anggota keselamatan, saya tidak dapat menahan diri tentang perlakuan politik yang timbul dikeliling kejadian berdarah ini. Sesiapa pun boleh bercakap apa tentang isu ini dan cara kerajaan mengendalikannya.

Dari awal kejadian ini lagi kita telah mendengar permainan politik setengah pihak yang menuduh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai dalang kepada kejadian ini dan ia sesungguhnya sangat menjilikkan. Apabila kejadian seperti ini berlaku ada pihak tidak sempat-sempat hendak menjadikan kejadian ini sebagai alat politik mereka.

Sudah dua malam kita telah diberitahu yang TV3 telah memainkan isu terhadap Tian Chua dan salah seorang yang dipaparkan dalam siaran itu melalui buletin utama TV itu ialah Rahim Nor, bekas Ketua Polis Negara, yang pernah dipenjarakan oleh Mahkamah kerana memukul Anwar semasa dalam tahanan Polis pada tahun 1998 dahulu.

Tian Chua dijadikan sasaran oleh UMNO dengan menggunakan TV3 dan media massa lain sambil menuduh Tian Chua bermain politik dengan isu tembak menembak di Sabah sekarang ini. Kata-kata Tian Chua dimanipulasi oleh pihak media kononnya Tian Chua menuduh kejadian di Lahat Datu itu adalah sandiwara UMNO dan BN. Apa yang dikatakan oleh Tian adalah respons kepada tuduhan yang pencerobohan di Lahat Datu itu didalangi oleh Anwar. Tian tidak membuat komen tentang tembak menembak itu.

Kan dah kata semuanya salah Anwar....!!

'Semuanya salah Anwar'


Seperti sudah menjadi tradisi bagi Umno BN apabila berlaku sahaja sesuatu perkara buruk, maka yang dituding mereka sebagai dalang atau penyebab adalah seorang individu bernama Anwar Ibrahim.

Lihat sahaja sebelum ini, bermacam-macam tuduhan dikaitkan dengan Ketua Pembangkang yang pernah mencetuskan reformasi ketika dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Tuduhan "Anwar agen yahudi", "Anwar pro-Israel", "Anwar petualang bangsa", "Anwar......" bukan baru setahun dua di dengar, malah sejak beliau dipecat dari kerajaan dan dianggap musuh utama oleh Umno BN.

Dan terbaru dalam insiden pencerobohan tentera bersenjata Filipina di Sabah sejak 22 hari lalu, yang telah menyebabkan lapan anggota polis meninggal dunia, sekali lagi Anwar menjadi mangsa tuduhan.

Kali ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu dituduh 'dalang' kepada pencerobohan.

Jangan Tembak kaki Sendiri...

Semakin dekat tarikh PRU13, pelbagai persoalan dan isu timbul, ada kalanya tanpa dijangka, sebahagiannya pula akibat kelalaian atau kesilapan sendiri. Wartawan Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN menemui AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menggariskan beberapa panduan buat aktivis Pakatan meningkatkan persiapan terakhir sebelum Parlimen dibubarkan.

HARAKAH: Jarang orang bercakap soal strategi pilihan raya secara terbuka, tapi kalau boleh, minta Dr dapat kongsi bersama strategi PAS dan Pakatan utuk menumbangkan Umno-BN?

DR DZULKEFLY: Mana boleh dedahkan strategi mengalahkan musuh! (ketawa) Jawapan itu mungkin satu yang lazim. Di segi kebijaksanaan konvensional, sebutan itu adalah munasabah. Namun tidak dalam ‘peperangan’ dan PRU13. Ini "Ibu Segala Peperangan", paling getir dan paling sengit kerana ia menjanjikan perubahan besar.

Ya, semua rakyat yang mahukan perubahan wajar dan wajib tahu! Dan semua mesti bertanggungjawab menjayakan strategi itu. Kejahilan atau kecuaian akan menjadikan ia penyebab kegagalan dan sekali lagi rakyat berputih mata.

Saya ingat dari kitab strategi peperangan tua Sun Tze – The Art Of War bahawa "strategi tanpa taktik adalah jalan paling jauh kepada kejayaan (victory)" tetapi "Taktik tanpa strategi adalah hiruk-pikuk (noise) sebelum kekalahan (Defeat)".

Pengundi pilih parti...............


BeritaSHAH ALAM – Calon Bebas yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) kelak mungkin bukan menjadi pilihan utama pengundi di Selangor kerana mereka dilihat tidak signifikan ‘berperang’ dengan dua parti dominan ketika ini.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat, ini kerana trend pengundi sekarang dilihat lebih cenderung kepada parti, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, calon Bebas itu bagaimanapun boleh bertanding dalam pilihan raya, asalkan mempunyai karisma, pesona dan kriteria lain untuk menambat hati pengundi.

“Mereka bukan pengacau (jumlah undi). Gerakan ketiga, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau masyarakat setempat boleh bertanding sebagai calon Bebas, tetapi hanya setakat itu saja.

“(Sekatat ini), tiada lagi orang (calon Bebas) yang boleh menandingi Mohd Jabar Mohd Yusof, Adun Batu Laut (yang kini dikenali sebagai Tanjung Sepat) yang hebat, bertanding sebagai calon Bebas dan menang di Selangor,” katanya ketika diminta mengulas berhubung kemungkinan pertembungan tiga penjuru melibatkan calon bebas di Selangor pada PRU13.

Pemerintah kuku besi, rakyat derita


oleh Abdul Mu’izz bin Muhammad

Zaman kini merupakan zaman yang amat mencabar. Kejahatan diberikan kedudukan istimewa, kebaikan dilihat janggal. Gejala ini nyata terlihat dalam sinema Melayu yang lebih mengagungkan tajuk-tajuk filem Juvana, KL Gangster, Karlos dan sebagainya seolah-olah watak-watak itulah yang seharusnya menjadi inspirasi anak-anak muda. Budaya-budaya ini akibatnya bekal menjadi simbol panutan generasi muda yang bakal menggantikan kepimpinan di masa akan datang.

Ketika itu kejahatan subur melata kerana sang penguasa terdiri di kalangan penganut politik 'kuku besi', hasil dari paparan pembudayaan golongan autokrat terhadap generasi muda.

Makna Kuku Besi

Syeikh Abdul Rahman al-Kawakibi mendifinisikan kuku besi bermaksud sifat ghairah mencengkam manusia supaya menuruti segala kemahuannya. Amat benci mendengar nasihat dan pandangan. Sifat ini lebih sinonim dikaitkan dengan pemerintah kerana mereka yang paling berkuasa menaja segala kejahatan.

Pemerintah kuku besi bakal memangsakan semua lapisan manusia yang berada di bawah mereka. Sama ada rakyat biasa, penentang, bahkan pengikut dan pembodek. Sama ada sedar atau tidak, semua menerima nasib yang sama. Sentiasa ditindas dan dinafikan hak.

Lokman Noor Adam mengakui menjadi penasihat Sultan Sulu yang “sebenar”

KUALA LUMPUR, 4 Mac — Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam mengakui menjadi penasihat Sultan Sulu yang “sebenar”, dan menafikan menafikan dengan “Sultan Sulu” palsu yang mana pengikutnya sedang mengganas di Lahad Datu, Sabah.

Lokman berkata, Sultan Sulu yang sebenar ialah Sultan Roodinood Julaspi Kiram yang kini menetap di Manila, dan bukan Sultan Jamalul Kiram III (gambar) yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang sebenar.

“Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.

“Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita,” kata Lokman dalam satu kenyataan hari ini.

Projek IC sudah makan tuan....!!!

Pemerhati: Krisis keselamatan Sabah menunjukkan Projek IC menghantui Malaysia
Oleh Ida Lim

Pemerhati melihat 'Projek IC' kembali menghantui Malaysia. – Gambar fail

KUALA LUMPUR, 4 Mac - Pemerhati melihat pencerobohan Sabah oleh kumpulan bersenjata Sulu bahawa “Projek IC” kembali menghantui Malaysia, sementara seorang ahli akademik berkata tuntutan seorang yang mendakwa dirinya Sultan Sulu adalah tidak adil untuk rakyat Sabah.

Pemerhati diminta memberi komen terhadap “Projek IC”, iaitu pendatang asing didakwa menerima kewarganegaraan tanpa mengikut undang-undang, yang kini sedang disiasat dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI).

Apabila ditanya tentang hubungan “Projek IC” dengan ketegangan di Sabah, penulis Karim Raslan berkata, “aspek hitam” kini sudah mula didedahkan.

“Krisis yang berlaku ini menunjukkan terdapat aspek hitam dalam operasi rahsia (Projek IC) dalam memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing.”

“Kita perlu bertanya pada diri sendiri siapa dibelakang Projek IC ini?” kata Karim lagi.

Apabila ditanya apa yang perlu dilakukan, Karim berkata: “Kita perlu menyiasat butiran tentang bagaimana (Projek IC) dijalankan, dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Anwar : Utusan & TV3 bakal berhadapan dengan saman RM200 juta jika enggan mohonan maaf


Utusan Malaysia dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) bakal berhadapan dengan saman RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam kes warga Filipina menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Tempoh 24 jam itu yang bermula hari ini.

Anwar menuntut Utusan dan TV3 masing-masing membuat permohonan maaf secara terbuka.

Jadual 'Optimus Prime' untuk jelajah keseluruh negara... temui di kawasan anda..!!


KUALA LUMPUR: Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS akan memulakan siri jelajahnya ke seluruh negara mulai esok, 4 Mac yang menjadikan Melaka sebagai destinasi pertama.

Jika sebelum ini Kedah merupakan destinasi sulung bagi program jelejah selepas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan jentera tersebut pada 21 Februari lepas.

Treler yang telah menamatkan program jelajahnya di Selangor sebelum ini dan malam ini merupakan program terakhir di Wilayah Persekutuan yang mana Kampung Pandan merupakan destinasi terakhir sebelum bergerak ke Melaka.

Sambutan yang menggalakkan diberikan oleh rakyat sepanjang di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Walaupun sewaktu treler berhenti di Putrajaya terdapat gangguan dari sekumpulan manusia yang memakai baju Barisan Nasional dan Umno, namun tiada kejadian di luar jangkaan berlaku.

Kepada pendokong dan penyokong PAS KEDAH.. pakat-pakat pikaiq la noo..!!!

AHLI PAS WAJIB BACA TULISAN INI!


Bagaimana Kita Sebagai Ahli PAS Boleh Menjayakan PAS?

BERJAYA atau gagalnya sesuatu organisasi itu yang sebenarnya adalah
bergantung kepada sikap ahli-ahlinya di peringkat akar umbi. Sesebuah persatuan
itu hanya akan menjadi aktif dan sentiasa berfungsi sepanjang tahun jika ahli -ahlinya
sendiri yang mengaktifkannya; iaitu sanggup memelihara dan menjaga persatuan
supaya persatuan itu aktif sebagai mana menjaga dan memelihara Amanah.

PAS adalah sebuah jemaah. Apabila kita menjadi ahli kepada sesuatu jemaah, iaitu
sebagai ahli-ahli PAS; ini bererti kita telah pun sanggup menerima Amanah dan
sanggup menerima untuk menunaikan Amana h yang termaktub di dalam
Perlembagaan PAS itu iaitu semasa kita menandatangani di dalam Borang
Permohonan menjadi ahli PAS dulu. Adalah silap bagi sesiapa yang beranggapan
bahawa hanya mereka yang telah dilantik bagi menerajui atau sebagai pemimpin
PAS sajalah yang mesti menunaikan Amanah. Ini adalah kerana setiap ahli PAS
bila ia menjadi ahli bererti pada masa yang sama ia adalah juga turut sama telah
menerima Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu; yang perlu
dijaga dan dipelihara olehnya, iaitu menghidup-aktifkan Amanah itu..

[DEDAH] Gambar Najib dengan WAKIL Sultan Sulu, Jamalul Kiram III tersebar....

PANAS, RUPANYA DIA ORANG NI MEMBER KAMCING YER..

Nampaknya insiden pencerobohan warga Sulu dari Filipina di Lahad Datu Sabah semakin panas untuk diperkatakan sekarang ini. Selepas tersebar gambar-gambar kehadiran pemimpin Sulu sebagai pemerhati atas jemputan UMNO ketika Perhimpunan Agung parti itu tahun lalu (2012), kini tersebar pula gambar keakraban Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan WAKIL Sultan Sulu, Jamalul Kiram III. 

Foto ini pernah disiarkan dalam sebuah portal terkenal di Filipina iaitu ABN News atas tajuk "Najib: Malaysia has to help sustain MILF peace deal" pada 16 Oktober 2012 yang lalu. Jika ini keadaannya maka apakah motif pencerobohan Sabah sebenarnya?.

Isu Sabah : Kenyataan Media Pimpinan Pakatan Rakyat

KENYATAAN MEDIA
PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

4 MAC 2013

DATO’ SERI NAJIB RAZAK SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN

Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Apa persamaan antara LAHAD DATU & BUKIT JENDALIK..??

FAKTA YANG PATUT KITA KAJI DI LAHAD DATU
UMPAMA PERISTIWA DI BUKIT JENDALIK ( SAUK , PERAK )..


1. Kenapa penceroboh yang lainnya lepas lari.

2. Dimana letaknya radar Rotello buatan Italy yang canggih sehingga sampan kecil pun dapat dikesan.

3. Kenapa pihak polis yang terlibat bukannya tentera.

4. Adakah tentera laut, dan polis merin tidak mengawal kawasan yang sisyaki laluan ke Tawi-Tawi .

5.Peranan tentera di perkecilkan

6. Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang tak masuk akal.

7.Ketua gerombolan adalah menantu kepada Ketua Caw Umno Sg Bilis.

8.HJ Musa pemimpin No 2 pula adalah besan kepada Ketua cawangan Sg Nyamuk kerana anak lelakinya bernikah dengan anak Hj Musa.

Sabah - Ahli parlimen minta sidang khas

MP mahu Parlimen bincang isu keselamatan Sabah
11:57AM Mac 4 2013

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar meminta agar satu sidang Parlimen khas diadakan secepat mungkin bagi membincangkan tentang isu keselamatan di Sabah.

Selain itu Mahfuz juga berkata, beliau meminta kerajaan membentangkan satu kertas putih berhubung situasi di perairan pantai timur Sabah itu.

"Saya nak minta penjelasan daripada pihak kerajaan supaya bentang peristiwa Lahad Datu ini dalam satu kertas putih dalam persidangan khas Parlimen.

"Perkara ini menjadi persoalan rakyat macam mana penceroboh boleh bolos kawalan keselamatan. Sebab itu kita minta kerajaan perjelaskan melalui pembentangan kertas putih di Parlimen untuk ketahui keadaan ini bagaimana boleh berlaku," katanya.

[GEMPAR] Anwar suruh NAJIB terima SULTAN SULU jadi AHLI UMNO...lepas tu bagi pulak penempatan...

Gempar!! Media Filipina Dedahkan Najib Telah Janjikan Penempatan Untuk tentera Sulu Di Sabah




Laporan dari portal berita Filipina, Inquirer News yang melaporkan seperti perkara di atas digunakan oleh Blogger Pro UMNO untuk mengaitkan pertumpahan darah di Sabah dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dan laporan dari Blogger Pro UMNO itu telah dipetik pula oleh Utusan Malaysia untuk menimbulkan persepsi buruk masyarakat Melayu yang membaca Utusan terhadap Anwar..
Seterusnya pula TV3 memetik pula apa yang disiarkan oleh Utusan yang menyebut laporan media Filipina kononnya memetik sumber risikan mendapati ada pihak tertentu yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari.

Antara Manifesto BN & PR....Antara RACUN si ANWAR & NAJIB...????

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Aduhai..pagi2 buta dah buat gua maki lu wahai Najib.... dahlah insiden Lahad datu sampai sekarang lu tak selesai lagi...lepas tu dok racun Rakyat jangan terpengaruh dengan JANJI MANIFESTO mereka.....

Tak perngaruh camna Najib oi....
  1. Turunkan Harga Minyak
  2. Harga Kereta TURUN
  3. Pelupusan TOL
  4. Gaji Minima RM1100
  5. Pendidikan PERCUMA
  6. PTPTN di hapuskan
  7. Hapuskan monopoli GLC
  8. Caruman Wanita Nasional
  9. Kurangkan PENDATANG ASING berperingkat
  10. Elaun JKM dinaikan
  11. .....HANGPA BACA AMBIK SENDIRI LAAAA......
http://anakmudamalaysia.com/wp-content/uploads/2013/02/Manifesto-PR.jpg

Cerita Hantu Raya dari SULU

oleh Monier Mat Din

Bila tengok muka depan Utusan Malaysia semalam 2.3.13, yg memuatkan sebuah berita kecil di muka depan yg mengaitkan pembangkang sebagai dalang pencerobohan tentera sulu di Lahad Datu, hati kecil saya berdetak - tunggu masa aja ini Datuk Najib akan umumkan p.raya.

Terlintas dalam hati ini, habislah Pakatan kali ini, macam mana lah puak Pakatan nak jawab kat orang-orang kampung ini kalaulah betul berita seperti yang disensasikan.

Semalam x sempat nak beli Utusan Malaysia, cuma sempat view utusan on line ja; hari ini 3.3.13, saya pi beli Mingguan Malaysia nak confirm sekali lagi.

Memang betoi, kali ini berita lebih terperinci di muka surat 5 Mingguan Malaysia dengan tajuk berita: “Perisikan Sahkan Pertemuan Anwar-Nur Misuari”. Siap tunjuk gambaq Anwar dengan Misuari lagi. Dimuatkan juga berita kononnya Datuk Dr Jeffrey Kitingan ada pi berjumpa dengan keluarga Sultan Kiram beberapa bulan yang lalu. Kononnya, ada kaitan dengan tawaran Pakatan untuk MNLFdan Sulu berkenaan Sabah sekiranya Pakatan menang.

Wow – hebat ini.

Puak Sulu nie rupa-rupanya bagai Isi & Kuku dengan UMNO.. tapi Pak Anwar juga yang salahnya..!!!



Bab insiden Lahat Datu...Nampaknya TUN tak meroyan kali nie..

Ceroboh Sabah: Kerajaan perlu ambil tindakan keras
Ceroboh Sabah: Kerajaan perlu ambil tindakan keras
Dr Mahathir turut mengibarkan Jalur Gemilang sempena pelancaran majlis Perhimpunan Rakyat Perak anjuran Perkasa Perak di Dataran Bagan Serai, semalam.
 
BAGAN SERAI - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan keras terhadap pihak penceroboh selepas insiden pertumpahan darah di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Beliau berkata, walaupun kerajaan berhati-hati dalam menangani isu itu pada peringkat awal dan berharap ia dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah,  malangnya ia tidak dihargai oleh mereka sehingga sanggup membunuh anggota pasukan keselamatan negara.

"Sekarang ini saya fikir tidak ada jalan lain melainkan kerajaan melancarkan serangan balas supaya dapat dihapuskan sama sekali pasukan Sulu ini walaupun dengan (tindakan) ini ramai mereka terbunuh, tapi ini tidak dapat dielakkan kerana mereka yang menyerang Sabah, bukan kita yang menyerang mereka," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan pada Himpunan Rakyat Perak anjuran Perkasa di sini, semalam.

Terkini: 6 polis maut, 6 anggota kumpulan bersenjata terbunuh

3 Mac 2013
Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
 
LAHAD DATU - Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas
air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata, polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan
selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Pada sidang media kira-kira 9 malam tadu di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...