TERKINI :

Sunday, March 3, 2013

Sekarang Nie Siapa Yang Mempolitikkan Isu "Lahad Datu"?



Seluruh Media Milik UMNO/BN Samada Televisyen & Akhbar Menuding Jari Kepada Pakatan Rakyat Terutamanya DS Anwar Ibrahim. Dalam Kata Jangan Politikkan, Mereka Yang Lebih2. Penceroboh Yang dah Lebih 3 Minggu Dibawa "Berunding" Sambil Kita Maklum Bahawa Menteri Dalam Negeri Pernah Mengatakan Mereka (Penceroboh) Bukan Militan & Pengganas. Mengapa Tidak Terus Ambil Tindakan Semasa Mereka Menceroboh & Mengapa Lama Sangat "Berbincang" & Yang Rakyat Mahu Tahu, Apa Yang Mereka Bincangkan?...


Bila Dah Ada Melibatkan Nyawa Yang Hilang, Terus Pembangkang Difitnah Dengan Menyatakan Mereka Terlibat Disaat Laporan Malaysiakini Melaporkan Bahawa BN Membayar RM1.2 Juta Untuk Propaganda Media Anti Anwar Di AS Yang Disokong Israel (APCO) Serta Kembalinya PI Bala Yang Mendedahkan Misteri Pembunuhan Altantuya...

DEMI ISLAM DAN PAS, YAB USTAZ AZIZAN & YB PHAHAROLRAZI berundurlah secara berhemah..!!!

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera kepada semua ahli dan penyokong PAS khususnya dan PR amnya.

Dewasa ini kedengaran banyak sekali ulasandan kritikan ke atas YAB Azizan dan YB Phaharolrazi samada di media internet mahupun di media karat (kedai kopi). Semuanya ini ‘dibincangkan’ demi untuk memuaskan nafsu serakah kedua-dua pihak masing-masing.
Setiap kali membaca akhbar di internet mahupun berbual di ‘media karat’ semuanya hendak menegakkan ‘benang yang basah’. Puak ‘Jerai’ dengan hujah mereka manakala puak Pengkalan Kundur pula tidak kurang sama iramanya, masing-masing berpaksikan ULAMAK menyokong mereka.

Isu Lahad Datu - Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS) menyeru semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat

Nik Abdul Aziz Nik Mat


‎[admin] Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS) hari ini menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi menyelamatkan negara daripada musibah dan bala bencana setelah digemparkan dengan berlakunya pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah yang melibatkan anggota keselamatan negara.

Dewan Ulamak PAS Sabah yang diketuai oleh Ustaz Nuruddin Bin Ibrahim juga mencadangkan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri Sabah untuk melakukan solat hajat bagi tujuan yang sama pada masa-masa tertentu.

Sidang Media Anwar - berkenaan fitnah belia menjadi dalang trajedi di Lahad Datu & Sultan Sulu..!!

(Oleh: Nazar Hashim)


PERMATANG PAUH 3 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah.

Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.

“Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.

Beliau juga mempertikaikan bagaimana pencerobohan perairan negara boleh bolos hingga memberi ruang kepada musuh mengancam keselamatan negara.

Patutlah Sempadah Sabah Bolos.. Ini sah ARAHAN 'Anwar' untuk hentikan operasi Polis Marin di Sabah..!!

Punca Perairan Sabah Mudah Di Bolos Penceroboh Terjawab..


Mengapa perairan negara kita mudah di ceroboh terjawab apabila kerajaan Malaysia bawak umno BN menamatkan operasi Polis Marin dan setelah terlupusnya operasi Marin di Sabah.. berlakulah pencerobohan besar besaran pendatang asing masuk ke Sabah. Apakah penutupan operasi Polis Marin berkaitan dengan projek ic? Boleh jadi kelongaran perairan Sabah untuk memudahkan kemasukan Filipin bolos... maka SAH lah .. inilah antara puncanya mengapa dan bagaimana dengan mudahnya penceroboh memasuli negara kita dan menyebabkan berlakunya krisi Sulu dan akhirnya meragut nyawa polis dan orang awam....

Berikut perdebatan dalam parlimen berkaitan dengan pembatalan operasi marin Sabah.

Petikan DR 17/11/2009 (Muka Surat 41)

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

12.40 tgh.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada tiga perkara iaitu P.6, Butiran 18000 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. B.6, Butiran 020200 - Unit Perancang Ekonomi dan juga P.6, Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan.

UMNO menyamakan kelemahan mereka dengan kebolehan orang lain

oleh Aspan Alias

Sekarang ini UMNO dan BN sibuk mengkritik manifesto Pakatan Rakyat pula. Penghujung tahun lepas UMNO terutamanya Najib sibuk dengan komennya tentang bajet Pakatan Rakyat teapi takut untuk berhadapan dengan wakil dari Pakatan Rakyat untuk membahaskan bajet BN itu sendiri. Najib tidak hadir di Dewan Rakyat untuk mengelakkan perbahasan dan mempertahankan bajet BN yang beliau sendiri bentangkan.

Apabila diajak berbahas Najib menjawab yang berbahas bukannya budaya kita. Najib patut di beritahu yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa bukannya budaya kita juga. Budaya kita di tempelkan dengan adat dan adab dan letaknya dalam lingkungan hukum syarak agama yang tidak membenarkan pemimpin melakukan rasuah.

Sekarang sudah diperbesarkan oleh BN khususnya UMNO yang manifesto Pakatan Rakyat itu tidak realistik dan mustahil untuk dilaksanakan. Kebanyakkan yang di paparkan dalam manifesto Pakatan itu menjadi masalah kepada BN. UMNO menggunakan media massa arus perdana mencela dan mencacatkan paparan manifesto Pakatan Rakyat. Dalam hal ini rakyat masih lagi menunggu giliran Pakatan Rakyat untuk menggunakan media massa perdana pula untuk memberikan penerangan tentang manifesto nya kepada rakyat..

Adakah ini angkara Anwar.. Penduduk sudah ambik tindakan sendiri.. Menteri, IGP & Panglima Tentera tak ada kata putus lagik..!!

Penduduk pukul lelaki bersenjata hingga mati

Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, di Semporna.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

UMNO kedah berniaga buluh kasap, modal hilang untung lesap....!!!

Keluaq balik citer ni sebab 'Melayu mudah lupa'...

Oleh: SAIBURI SUDIN

Pembinaan Sintok Sdn Bhd (PSSB) adalah anak syarikat Permodalan Kedah Berhad. Elaun Ahli Lembaga Pengarah PSSB di zaman BN ialah sebanyak RM20 ribu sebulan. Mereka yang kebanyakan terdiri dari pemimpin Umno juga menerima elaun bulanan antara RM1,000 hingga RM3,000 seorang setiap bulan di samping bonus raya RM3,000.

Tidak kisah jika mereka dibayar elaun yang lebih lumayan dari itu jika GLC yang diterajui menunjukkan keuntungan besar. Tetapi Pembinaan Sintok macam berniaga buluh kasap, modal hilang untung lesap.

Mereka diberi projek membina kompleks baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), auditorium dan Dewan Kenangan Sungai Petani berjumlah RM46 juta.

Projek belum dimulakan, tetapi MPSP telah membayar PSSB sebanyak RM10 juta. PSSB mensubkan kerja tersebut kepada Najwa Bina sebuah syarikat ‘silap mata’ yang dilaporkan tidak tersenarai sebagai kontraktor kelas A untuk melakukan projek besar.

bila lagi Dato' Bashah nak jawab isu kehilangan Tanah Simpanan Melayu di Kedah zaman BN?

Mat Bashah terkejut dalam DUN tapi sampai laa tak jawab pun

Oleh: SAIBURI SUDIN

Kalian masih ingat Sidang DUN Kedah 2010. Exco yang jaga perumahan YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi dedahkan bahawa sewaktu BN dulu sebanyak 4845.22 hektar Tanah Simpanan Melayu telah diserahkan kepada tauke-tauke perumahan untuk ditukar status ke free hold (pegangan bebas).

Mengikut syarat, sepatutnya pemaju mesti lakukan swapping terhadap tanah tersebut; maksudnya pemaju kena cari tanah dengan keluasan yang sama untuk dijadikan pula Tanah Simpanan Melayu yang baru.

Malangnya, daripada jumlah tersebut hanya 3564.72 hektar yang diganti oleh pemaju sedangkan 1280.5 hektar tidak berganti.

Tragedi Lahad Datu Akan Berpanjangan: Mungkah Sabah Didaruratkan?

oleh Mohd Sayuti Omar

ANALISA MINGGUAN                                                                                                      

Aksi atau sesetengah orang memanggilnya sebagai 'acara' pencerobohan rakyat Filipina (keturunan kesulatan Sulu - P) ke atas bumi Malaysia di Lahad Datu tampaknya berterusan dan jalan penyelesaiannya semakin kompleks. Walaupun acara itu telah memakan 14 korban - dua anggota komando VAT 69 Malaysia dan 12 di pihak pencerohoh ia tidak mengakhiri acara berkenaan.
Sultan Jamalul Kiraim III
Bumi Lahad Datu telah menghisap darah. Bahkan kematian di kedua-dua pihak itu menjadi acara itu semakin tegang. Sudah pasti baik di pihak Malaysia maupun di pihak penceroboh yang dikenali dengan berbagai latar belakang itu, semakin panas kepala dan berdendam kesumat. Kehilangan nyawa di dalam sesuatu 'peperangan' boleh menambah dan membangkitkan semangat. Hutang nyawa akan dibayar dengan nyawa, tidak hari ini esok, tidak esok di masa-masa mendatang.

Nyawa dalam peperangan pula dibayar dengan gandaan tertentu. Satu tidak dibalas satu, ada dibalas dengan dua atau tiga. Hukum diyat diguna pakai di dalam filsafat peperangan.

Kerumitan dan kebuntuan menyelesaikan acara ini ternyata, apabila di pihak Malaysia, seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Najib Razak, beliau telah menyerahkan tindakan ke atas acara itu searus peratus kepada tentera dan polis. Ertinya Najib telah memberi isyarat perang. Penyerahan itu menunjukkan perundingan atau pun penyelesaian secara diplomasi sudah berakhir. Nampak Najib semacam kesal, kecewa dan marah dengan apa yang berlaku. Tindakan itu juga menggambarakan kelemagan Najib sebagai perdana menteri.

Dalam acara ini Najib tidak semudah mendapat gelaran wira pendamai seperti mana dia berada di tengah antara kerajaan Filipina dengan bangsa Moro yang menandatangni 'dikri' perdamaian tidak lama dulu. Kali ini Najib gagal dan sekligus mengenalkan beliau kepada umum bahawa beliau tidak bijak. Buruknya orang akan menganggap berdirinya beliau di antara bangsa Moro dan kerajaan Filipina dulu adalah hasil penyambungan kerja orang lain, antara Abdullah Ahmad Badawi.

Tuntutan Sultan Sulu Ke Atas Sabah : Antara reality & fantasi....

Fakta Yang Anda Mesti Tahu Mengenai Tuntutan Sultan Sulu Ke Atas Sabah.





Benda yang aku simpan aku kena luahkan juga akhirnya. Nanti aku luahkan ia di part kesimpulan.

Isu lahad datu aku menulis disini, sini, sini dan sini.

Siapakah yang menceroboh perairan negara di lahad datu?

Tentera Diraja Kesultanan Sulu = The Royal Sulu Sultanate Army. Mereka di anggarkan dalam 400 ketika mula2 datang. Jumlah terkini [3.3.2013] mungkin telah berubah ikut situasi dan keadaan semasa. Mereka dilengkapi dengan senjata. Mereka juga terlatih. Mereka datang dari selatan filipina. Ketua mereka ialah Raja Muda Agbimudin Kiram, iaitu adik kepada Jamalul Kiram III dan Ismael Kiram II. Jamalul Kiram pernah bertanding untuk jawatan senator bagi memasuki dunia politik di negara kelahiran dia, iaitu filipina.

PKR cabar dakwaan kaitkan Anwar dengan pencerobohan

Azmin berkata setiap tuduhan yang dibuat juga perlu dikemukakan dengan bukti. – Gambar fail

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Pembangkang mencabar dakwaan daripada media antarabangsa yang mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, dan menegaskan laporan berkenaan telah di putar belit untuk mengalihkan fokus daripada kegagalan kerajaan menangani insiden berkenaan.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata laporan media antarabangsa seperti Reuters dan portal Filipina The Philipine Inquirer yang melaporkan sumber risikan Filipina mendakwa seorang pemimpin yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah bukanlah perkara mengejutkan.

“Saya tidak terkejut kalau ada pihak luar digunakan untuk memburukkan Anwar,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Ini semua tuduhan yang tidak berasas dan cuba mengalihkan pandangan dari isu sebenar ... kita minta jangan alihkan pandangan rakyat, bagaimana keselamatan lautan dan wilayah kita boleh dicerobohi,” tegasnya, dan menuntut jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara (KPN).

Ada 224 orang lagi Pengikut Sultan Sulu enggan serah diri

Ceroboh Sabah: Pengikut Sultan Sulu enggan serah diri
Wartawan Sinar Harian
3 Mac 2013
eroboh Sabah: Pengikut Sultan Sulu enggan serah diri
Sultan Sulu, Jamalul Kiram dan pengikutnya tidak mahu berganjak dari Lahad Datu.
 
MANILA - Raja Muda Agbimuddin Kiram berkata, beliau dan 224 pengikutnya yang masih berkubu di Lahad Datu tidak akan meninggalkan Sabah meskipun pihak berkuasa Malaysia dan Kerajaan Filipina berulang kali menggesa mereka menyerah diri.

Dipetik portal Inquirer, Agbimuddin telah memaklumkan pendirian itu dalam mesej yang dihantar kepada abangnya, Sultan Jamalul Kiram III kira-kira jam 5 pagi semalam.

[Video] Sejam bersama PI Bala di Kelantan


Matematik Mudah nak ajar puak UMNO yang sengal...!!!

UMNO yang lemah matematik


Oleh: Sakmongkol AK47

Saya sangat “lemah” dalam matematik bila saya katakan daripada 10 orang, 11 orang tak akan percaya. Saya sendiri hampir percaya tentang kelemahan saya dalam matematik sehinggalah akhbar arus perdana melalak mengenai DAP mahukan Perdana Menteri beragama Kristian dan Kristian patut dijadikan agama rasmi Malaysia.

Saya sedar, lingkaran kuasa boleh menjadikan sesetengah orang lembik. Apa yang sepatutnya saya sedar lebih awal tapi tidak pula tersedar ialah lingkaran kuasa itu juga telah melembikkan otak sesetengah orang.

Kita mempunyai 222 kerusi Parlimen untuk direbut. DAP bertanding 40 kerusi. Kalau mereka menang semua 40 kerusi itu pun, mungkin ahli matematik UMNO boleh jelaskan kepada saya, bagaimana dengan 40 kerusi, DAP atau mana-mana parti mampu membentuk kerajaan? Anda ada 82 kerusi dan itu pun tak cukup untuk bentuk kerajaan.

Bilangan orang Melayu lebih kurang 17-18 juta. Mereka membentuk 60 peratus penduduk negara. Kalau pun DAP dapat sokongan kesemua orang Cina, mampukah 20 peratus mereka mengatasi kumpulan yang jumlahnya melebihi 60 peratus? Mungkin ahli matematik UMNO boleh mencerahkan saya tentang ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...