TERKINI :

Saturday, March 2, 2013

BALA memang sudah menjadi bala kepada Najib Altantuya...

Lebih 10 Ribu Hadir Dengar Cerita Balasubramaniam

KENYATAAN & PERISTIWA                                                                                            
Semasa di Kelantan Bala kunjung Tokguru Nik Aziz.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menjadi promoter membawa penyiasatan persendirian Balasuberamaniam a/l Perumal memaklumkan majlis talk show #Tanya Bala "Siapa Arah Bunuh Altantuya" siri kedua yang berlangsung di Bachok malam tadi dihadiri kira-kira 10 ribu orang.

Menurut satu kenyatan SAMM walaupun Talkshow PI Bala berlangsung di daerah Bachok, Kelantan, namun mereka yang hadir bukan sahaja dari sekitar pelusuk negeri Kelantan, malah kehadiran 10 ribu yang memenuhi padang di Kompleks Pendidikan Islam Kg Badak adalah termasuk pengunjung dari negeri jiran, Terengganu.

Menurut kenyataan itu kehadiran yang besar di Bachok ini menjadi bukti betapa isu pembunuhan wanita Monggolia yang berkait rapat dengan rasuah penyelewengan pembelian Scorpene, masih menjadi perhatian utama rakyat.

Lebih istimewa kata kenyataan itu yang di e-mailkan ke blog Merah Tinta, program malam tadi menyaksikan pertemuan Bala dengan Tokguru Nik Aziz bagi mendapat restu dan pedoman untuk meneruskan niat murni beliau untuk melihat negara ini dibebaskan dari cengkaman Barisan Nasional dan seterusnya memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia. 

[Gempar] Anwar yang arahkan supaya Laksamana (B) buka perairan negara bagi lanun tu masuk Lahat Datu..!!!

Menteri makan gaji buta...

Salam semua...

Ca hangpa tengok, camana perairan negara kita yang dikawai empat agensi penguatkuasa, dengan 12 radar 24 jam yang boleh kesan bot sejauh 100 km, dengan bot laju kombat CB90 tetiba senang-senang ja boleh tembuih?

Woi, maklumat kat ataih tuh bukan Mak Long hang dapat dari menengok ayaq dalam mangkok tau, tapi dari bekaih Jeneral TLDM yang cerita. Benda ni serius gila dah neh. Neh bukan bab musang menyeronot masuk lau ayam Mak Long hang, tapi bab yang terpenting berkenaan dengan kedaulatan negara kita.

Takkan nak biaq Mak Long hang hamput menteri semua makan gaji buta kot.

Siapa Untung jika Ir Phahrolrozi di tendang ke "PARLIMEN"..??

oleh DepaKataV2

Kami sebenarnya ingat nak tutup buku dah bab nak sembang kedohok nie tetapi memandangkan Sehari dua nie nampaknya PAS KEDAH kembali berbunyi suam-suam kuku... antara 2 pihak utama iaitu team Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Ust Azizan Abd Razak.

Ini berpunca dari ada orang kata ura-ura sedang dilakukan operasi mencantas-mencantas untuk beri musuh sesama sendiri tidak ada dalam barisan DUN KEDAH. Cerita pertama didengar ialah ada kemungkinan Phahrolrazi akan di bawa ke PARLIMEN JERLUN dan DUN Pengkalan Kundur akan di beri muka baru.

Dari maklumat yang kami dapat budaya cantas mencantas ini memang wujud dan ada beberapa think tank yang terlibat... Berkenaan hujah hendak mengangkat Phahrolrazi ke Pusat itu bab kedua... tetapi yang pasti proses menyahkan Phahrolrazi sedang berlaku.

Video Meroyan TUN hari ini : Bab hutang negara..!!!


Tun Mahahathir mengatakan Malaysia berhutang sebab nak melabur..hasil keuntungan ..di bayar balik hutang... yang pelik hutang negara semakin besar..bukan semakin berkurang...

Tidak ada apa-apa yang ditakutkan jika kerajaan bertukar ganti

oleh Aspan Alias


Seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat (AS) semasa ‘Datum Economic Forum’ di ibu kota semalam berkata pertukaran kerajaan dalam pilihanraya 2013 ini tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Walau pihak mana pun mendapat mandat untuk mentadbir negara prestasi ekonomi negara tetap akan melalui kemajuannya secara natural.

Nouriel Roubini yang terkenal dengan ramalan-ramalan tentang pilihanraya berada di sini kerana menghadiri ‘Datun Economic Forum’ yang sedang berlangsung sekarang ini. Malaysia mempunyai asas keyakinan dan institusi yang tinggi dan peralihan kuasa itu tidak memberikan apa-apa impak negatif kepada ekonomi negara selepas pilihanraya itu.

Katanya di mana-mana demokrasi sekali pun tentunya akan ada tidak kepastian yang kecil tetapi ia selalunya akan pulih setelah polisi sesiapa yang mentadbir negara itu bertambah jelas dan ia akan hanya memakan masa yang sedikit untuk pemulihannya itu.

Najib mesti perjelas status keselamatan negara

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tampil memberi penjelasan mengenai status keselamatan negara berhubung dengan insiden yang berlaku di Lahad Datu.

Beliau bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub agar Najib memanggil segera persidangan Parlimen bagi tujuan penjelasan terhadap insiden tersebut.

Mahfuz turut mempertikaikan kawalan pengairan negara yang begitu lemah sehingga membolehkan pemberontak memasuki negara dan seterusnya berada  Lahad Datu.

"Najib perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang berlaku, kelemahan pengawalan keselamatan negara menyebabkan anggota polis kita turut terkorban.

"Bercakap tentang soal kawalan pengairan, kenapa radar kita tidak dapat mengesan kapal yang penuh dengan senjata sehinggakan mereka boleh terlepas begitu sahaja," ujarnya.

"Kacau gula dengan kopi tidak pecahkan cawan"

Oleh ARIF ATAN & SAIDAH HAIRAN

SHAH ALAM: Pertelingkahan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang PRU13 ini, hanya akan menguntungkan Umno-BN jika tidak ditangani sebaiknya, tegas Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

“Buktikan perpaduan dalam Pakatan Rakyat walaupun berbeza pendapat, kita berdebat. Boleh berbalah tetapi seperti mengacau gula dengan kopi tidak pecahkan cawan.

“Kita tidak mahu jadi lesung dan alu berlaga, ayam yang kenyang. PAS dan KeADILan jika bergaduh yang kenyang Barisan.

Itu hanya merugikan kita (Pakatan),” katanya di depan lebih 2,000 perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat kali Ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam, 25 Februari lalu.

Tambahnya, Pakatan Rakyat telah berjaya membuktikan dalam PRU12 lalu, orang Melayu yang menyokong PAS boleh mengundi calon-calon DAP dan KeADILan yang bukan Islam.

Demikian juga, penyokong DAP tidak gentar mengundi calon bukan daripada parti mereka dan bersedia mengalahkan calon MCA-BN yang sama kaum dengan mereka.

IM4U bergema laungan BN Gemilang di IPT...!!

IM4U telah menular ke IPT...
Bergema laungan..
1 Malaysia 3x
BN Gemilang 3x
Mahasiswa sayang PM 3x

 

Siapa PM baru Umno?

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT


“BN kalau nak menang, kena umum calon PM baru.”

Begitulah tajuk sebuah laporan Harakahdaily (28 Feb 2013). Portal berita berkenaan memetik secara langsung sumber dalaman Umno sendiri. Maksud tajuk tersebut adalah terjelas dengan sendirinya.

Dalam pada pemimpin Umno-BN begitu gundah gulana memikirkan apa yang terdapat dalam stor untuk mereka pasca PRU13, keadaan sekeliling tidak lagi seindah bunga mawar. Bukan sahaja apa yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak jelas semuanya tidak kena, tapi pelbagai laporan, analisis, kajian daripada banyak pihak menunjukkan BN sedang menghadapi hari-hari terakhir parti itu selaku kerajaan yang memerintah.

Pada mulanya, barangkali setahun dua lalu tatkala perihal PRU13 mula terapung di kalangan rakyat Malaysia dan juga dunia luar, BN yakin kebarangkalian mengekalkan status quo (iaitu kedudukan seperti selepas PRU12) bukanlah satu pertempuran sengit. Ia mungkin tidak semudah makan kacang goreng sambil menonton drama TV di ruang tamu rumah, tetapi bagi kebanyakan pemimpin BN, sama ada yang Umnonya atau MCAnya dan lain-lain ia tidak sukar dan boleh dilakukan.

Lewatkan PRU untungkan Pakatan - Merdeka Center

KUALA LUMPUR: Ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tarikh pembubaran parlimen sebenarnya akan menguntungkan Pakatan Rakyat, tegas Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian (gambar).

Beliau berkata, terdapat ruang untuk berkempen lebih lama bagi menerangkan kepada umum kandungan Manifesto Rakyat yang dilancarkan 25 Februari lalu termasuk bergerak mendekati pengundi atas pagar dan pemilih di luar bandar serta di Sabah dan Sarawak.

“Sekarang, budaya politik kita lebih sihat tidak lagi tumpu isu sensasi dan peribadi kerana manifesto tersebut jadi topik perbualan harian rakyat.

"Walaupun, ada tidak puas hati tetapi paling penting rakyat bagi respons sekali gus maklumat tentang tawaran Pakatan Rakyat itu tersebar,” katanya.

Parlimen JERLUN OK.. tapi kena pertahankan DUN Pengkalan Kundur..!!!

Penyokong mahu Phahrolrazi pertahan kerusi Pengkalan Kundor

ALOR SETAR - Pas Pengkalan Kundor mahu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Pengarah I Majlis Tindakan Dun Pengkalan Kundor, Ziyadi Abdul Raof berkata, mesyuarat penuh ahli jawatakuasa majlis tindakan DUN tersebut pada 29 Mei tahun lepas memutuskan untuk menolak calon lain selain Phahrolrazi yang juga anggota exco kerajaan negeri.

Perjumpaan AJK Unit Peti Undi yang dihadiri 60 orang serta 56 anggota Majlis Ketua Kampung pada 23 Februari lepas turut mengambil keputusan yang sama, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Kami tidak rela Phahrolrazi bertanding kerusi lain selain Dun Pengakalan Kundor. Namun kami merestui beliau bertanding kawasan Parlimen Jerlun jika itu yang dimahukan Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak," katanya.

Antara Jahat UMNO & DAP mana lagi teruk.. yang kafir tolak Islam atau yang Islam tolak Islam..??

Nik Aziz: DAP ‘kawan’ perlu disantuni
ADILA SHARINNI WAHID
2 Mac 2013
Nik Aziz: DAP ‘kawan’ perlu disantuni
Nik Abdul Aziz menurunkan tanda tangan pada poster yang di tampal pada kereta peserta Konvoi Explo‘R’ace sempena Karnival BioKelantan 2013.

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama dengan DAP sambil menyifatkan tidak salah berkawan dengan ‘orang jahat’ asalkan berniat memberi kesedaran Islam kepada mereka.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan DAP adalah ‘kawan’ yang perlu disantuni Pas bertujuan memperbetulkan dan memberi nasihat kepada kelompok itu.

Dalam masa yang sama beliau berkata, Umno sering menuduh DAP jahat, tetapi, sebenarnya parti orang Melayu itu sendiri yang lebih jahat kerana dakwanya mengambil pendekatan berteraskan kebangsaan tetapi menolak Islam.

“Kita boleh berkawan dengan orang jahat untuk memberi nasihat, Umno marah kepada Pas berkawan dengan DAP, (Umno) kata DAP jahat, tapi kenapa DAP jahat? Kamu (Umno) jahat juga.

“Berkawan dengan Pas, insya-Allah Pas akan beritahu tentang Islam, syurga begini, neraka begini. Dia hendak dengar atau tidak, peduli apa. Paling penting, tujuan kita berkawan untuk baiki dia (DAP).

“Berkawan dengan Umno, Umno pun jahat juga. Macam mana tidak jahat, Umno tolak Islam ambil kebangsaan, agah(berlagak sombong),” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Pas negeri di sini, semalam.

Projek IC: Mahathir khianat rakyat Sabah, cabul kedaulatan negara

Madey
Pendedahan oleh Puan Siti Aminah Binti Mahmud hari ini membuktikan bahawa pemimpinn UMNO – BN adalah pengkhianat negara yang sebenarnya.

Di bawah projek IC inilah kerakyatan diberikan sewenang – wenangnya terhadap warga Filipina dan Indonesia. Bukan itu sahaja, malah status bangsa sebagai ‘Melayu’ dan agama sebagai ‘Islam’ dikurniakan atas arahan pemimpin yang terlibat sekitar tahun 1990 sehingga 1994 iaitu Tun Mahathir Mohamad, Allahyarham Tan Sri Megat Junid dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.Madey

Puan Siti Aminah yang terlibat dalam usaha kempen dan mempengaruhi penduduk Sabah untuk menyokong UMNO – BN ketika itu menyaksikan bahawa petugas – petugas UMNO – BN dikerahkan untuk mengedar borang pendaftaran kad pengenalan (borang dari Jabatan Pendaftaran Negara), mendapatkan butiran penduduk, mengambil gambar passport dan cap jari.

Koleksi Video Kejadian di Lahad Datu...




Azwan Ali nak jadi calon PRU 13

Inilah Dia Calon BEBAS pada PRU13...

Dicatat oleh Tuk Kiyai

Azwan Ali bersama Anwar

PETALING JAYA: Kerana percaya dengan pengaruh yang dimilikinya, pengacara dan selebriti terkenal, Azwan Ali menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau menegaskan, hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas itu adalah benar dan bukan sekadar cakap-cakap kosong.

Azwan, 47, menegaskan yang beliau akan membuat keputusan kerusi manakah yang akan ditandingi selepas menilai maklum balas daripada para peminatnya.

"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.

"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti," katanya kepada mStar Online.

Tolong....Tolong....Tolong.... DAP sedang tindas tanpa belas ehsan umat Islam di Pulau Pinang.....

Wahai orang2 Islam di seluruh Malaysia, tolong kami, bantu kami..Kami sedang di tindas oleh DAP/PR  diPulau Pinang...Lihatlah apa yang kerajaan UMNO/BN bantu kami dulu...Bandingkan dengan apa yang kerajaan DAP/PR buat sekarang....Tolong....Tolong....Tolong....DAP sedang tindas tanpa belas ehsan  umat Islam di Pulau Pinang.....

1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00

3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00

5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri

6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN
Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun

*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
Wahai orang2 Islam di seluruh Malaysia, tolong kami, bantu kami..Kami sedang di tindas oleh DAP/PR diPulau Pinang...Lihatlah apa yang kerajaan UMNO/BN bantu kami dulu...

Bandingkan dengan apa yang kerajaan DAP/PR buat sekarang....Tolong....Tolong....Tolong....DAP sedang tindas tanpa belas ehsan umat Islam di Pulau Pinang.....

Anwar tidak sama dengan Najib...!!!

Oleh AZIZ MUDA
 
KUALA LUMPUR: Anak negarawan Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghaffar menyangkal keras laporan mengatakan Dato’ Seri Najib Razak sama hebat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Najib bukanlah lawan kepada Anwar kerana Najib sentiasa tertinggal dalam banyak perkara berbanding dengan ketokohan Anwar yang berupaya membentuk mood rakyat.

“Najib mana hebat? Kalau Najib hebat dah lama dia debat dengan Anwar. Tetapi hingga hari ini dia tetap tidak berani debat.

“Pada hal, dia Perdana Menteri dan dia boleh dapatkan pelbagai information daripada pegawai-pegawai kerajaan untuk membantunya menghadapi Anwar dalam debat itu,” katanya 

Utusan Malaysia atau Utusan Umno ..???

Utusan Umno
oleh Tuan Fairuz Tuan Ismail


Jika dikurniakan duit yang lebih, saya ada satu syarikat yang benar-benar saya ingin beli, Utusan Group.

Sebuah syarikat yang berdaya saing satu ketika dahulu dengan menghasilkan pelbagai karya ilmiah kini kelihatan semakin lesu (persepsi saya) dan hilang taringnya. Akhbar hariannya, Utusan Malaysia yang mempunyai pembaca yang sangat ramai suatu ketika dahulu, kini semakin hari semakin kurang pembacanya.

Akhbar inilah yang mencatatkan penurunan pengedaran (circulation) yang konsisten dari setahun ke setahun berdasarkan laporan Audit Bureau of Circulation sebanyak 20 peratus dari Jun 2006 hingga Jun 2009 (213,445 pada tahun 2006 kepada 169,548 pada tahun 2009). Jumlah penurunan sebanyak 20 peratus sepatutnya membuatkan pemilik dan pelabur syarikat tidak senang duduk, namun jika saya berada di tempat mereka, saya lebih membimbangi “trend” menurun yang konsisten setiap tahun. Tentu ada masalah fundamental yang perlu ditangani untuk memastikan akhbar tersebut kekal relevan. Teramatlah malang sekiranya akhbar yang mempunyai sejarah yang panjang, lebih lama daripada usia negara kita sendiri, musnah akibat kesilapan keputusan perniagaan (bad business decision).

‘Keajaiban terakhir’ yang diharapkan Najib

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
 
Tarikh 22 Februari seperti yang dihebahkan kononnya berlaku pembubaran Parlimen berlalu begitu sahaja. Kini muncul pula spekulasi baru oleh Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad yang membayangkan PRU13 berlaku selepas LIMA di Langkawi.

Hujahnya agak kuat, kerana persiapan untuk LIMA sudah berlangsung selama dua tahun di samping Najib adalah bekas Menteri Pertahanan yang sudah sinonim dengan penganjuran LIMA.

Betul juga, takkanlah Perdana Menteri nak lepaskan penganjuran LIMA begitu sahaja dalam keadaan tidak pasti sama ada beliau masih Perdana Menteri atau tidak, sewaktu program besar itu dirasmikan.

Dari mulutnya sendiri, beliau mahu biar semua orang merasa ‘letih’ dalam membuat persiapan menghadapi PRU13. Kenyataan itu semacam PRU tidak diadakan dalam masa terdekat, walaupun tempoh yang berbaki hampir rapat ke garisan penamat.

Semua yang sepatutnya dibuat oleh seorang Pengerusi BN dalam mempertahankan kerajaan Pusat sudah disempurnakan. Semua golongan masyarakat telah disantuni, malah ada yang diulang berkali-kali seperti golongan muda dan Felda. Ganjaran dilaburkan untuk ‘merasuah’ rakyat kali ini adalah yang terbesar sejak pilihanraya umum diadakan di negara ini.

MB Kedah nafi syor senarai baru calon 'singkir musuh'

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyangkal dakwaan Pas Kedah menyerahkan senarai baru calon-calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dalam usaha beliau mahu menyingkirkan beberapa pemimpin yang dilihat tidak sehaluan. Katanya, tidak ada senarai baru membabitkan rombakan besar-besaran, sebaliknya hanya senarai sedia ada yang dibuat penambahbaikan berdasarkan penilaian berterusan.

“Pusat yang akan tentukan siapa paling layak dan sesuai di saat akhir kelak, berdasarkan kepada senarai yang saya serah itu. Mana ada senarai baru,” katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, berdasarkan senarai itu, beberapa nama bagi sesuatu kawasan disenaraikan, di mana nama-nama calon itu dibuat penilaian berterusan sehingga tiba PRU13.

“Mana-mana calon yang kita senarai tu, contohnya, jika ada masalah timbul, skandal ka, uzur ka, mungkin terpaksa ubah di saat akhir. Perubahan itu terpaksa dibuat bagi pastikan calon boleh menang diketengahkan,” katanya.

Buku Sayangi Kedah Sejahtera akan diterbitkan

ALOR SETAR - Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘SAYANGI KEDAH SEJAHTERA’ bersaiz 21.25 sentimeter kali 27.6 sentimeter, setebal 56 halaman dan berwarna penuh.

Pegawai Khas (Penerangan) Kepada Menteri Besar Kedah, Ustaz Musoddak Haji Ahmad berkata, dalamannya akan dihiasi dengan susun atur foto-foto interaktif dan nostalgik berserta coretan fakta dan kisah manis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pre-launching buku Sayangi Kedah Sejahtera di pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, judul buku berkenaan ialah Sayangi Kedah Sejahtera: 2008-2013 Sepenggal Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah.

“Objektif utama penerbitan buku Sayangi Kedah Sejahtera bertujuan mendokumentasikan dan mempromosi siri-siri kejayaan dan pencapaian Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak sepanjang tempoh sepenggal bermula Mac 2008 sehingga 2013 meliputi semua aspek, jabatan, agensi dan GLC,” ujarnya.

Al Fatihah - Semoga pahala syahid buat wira tergugur.




Gas pemedih dan air asid dipancut padu,
Ketika rakyat berjuang perkara luhur,
Air mata dan darah mengalir di Lahad Datu,
Semoga pahala syahid buat wira tergugur.
[Tuan Ibrahim Tuan Man]





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...