Tidak pernah lagi kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang paling ‘controversial’ dalam sejarah negara seperti yang kita ada sekarang. Tidak juga mengalami keadaan parti pemerintah yang paling lemah dan paling mahal untuk di kekalkan. Rakyat terpaksa menanggung beban yang terlalu mahal dan ia boleh di ibarat kan sebagai ‘mahal rantai dari beruk’. Harga beruk-beruk nya tidaklah berapa mahal tetapi harga rantai nya yang lebih mahal.
Masalah bukan sahaja hinggap kepada batang tubuh Perdana Menteri itu sahaja tetapi juga kepada ahli-ahli keluarganya sekali, terutamanya isteri beliau sendiri. Isterinya telah menghadapi sebegitu banyak masalah dan isu termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan jenayah seperti yang di sebarkan oleh ramai di seluruh negara.
Kalau hendak di ikut etika kepimpinan negara demokrasi yang sebenarnya, Najib sepatutnya meletakkan jawatan kerana dalam demokrasi itu semangatnya wajar di berikan perhatian. Demokrasi bukan sahaja isu menang kalah dalam pilihanraya tetapi ia juga melibatkan moral itu sendiri. Apabila seseorang pemimpin utama menghadapi isu-isu yang besar dan menjadi bualan rakyat ramai, ia merupakan petanda dan permulaan bagi sesebuah negara itu hancur dan hilang ke tamaddun nya secara beransur-ansur.