TERKINI :

Thursday, February 28, 2013

Najib tidak henti-henti berwirid

oleh Aspan Alias


Dalam masa akhir-akhir ini UMNO telah mengulang-ulangi isu yang pembangkang tidak akan berjaya menunaikan janji-janjinya terhadap rakyat. Beliau bercakap perkara yang sama seperti seorang yang asyik berwirid dengan wirid yang sama siang dan malam. Muhyiddin pun sama wiridnya dengan Najib. Mungkin kedua-duanya mempunyai guru yang sama dan agaknya guru mereka ini tentu lah Dr Mahathir.

Setiap kali Najib dan pimpinan UMNO bercakap mereka menekankan yang Pakatan Rakyat hanya pandai berjanji dan tidak akan mampu melaksanakannya. Pimpinan UMNO terutamanya Najib sedang mundar mandir memuji diri beliau sendiri. Beliau terpaksa memuji dirinya sendiri kerana rakyat sudah tidak lagi memandang tinggi terhadap parti yang sakit ini.

Sedangkan Tuhan pun tidak memuji dirinya sendiri. Tuhan mentajallikan Muhammad untuk memuji dan mentauhidkanNya. Sementara Najib pula tidak payah dan tidak perlu rakyat memberikan pujian itu. Beliau boleh puji dan ‘mentauhidkan’ dirinya sendiri. Najib sudah penat menunggu pujian tetapi tidak kunjung juga tiba, maka beliau terpaksa memuji diri dan kebolehan beliau sendiri. Kalau hendak di sebut dalam bahasa dan peribahasa yang mudah ia berbunyi, ‘masuk bakul angkat sendiri’. Begitulah bunyi nya lebih kurang.

UMNO sering tertewas dengan 'mantik' TG Nik Aziz....

Binatangkan rakyat satu Malaysia

Subky Latif, 28 Feb 2013

SAYA diberi borang BRIM 1.0 dulu. Saya layak menerimanya.

Ketika berduyun-duyun menerimanya, saya tidak mengisi borang itu. Ada yang berkata saya bodoh, tolak rezeki.

Tetapi saya terasa malu untuk menerimanya walaupun adalah dalam lingkungan orang yang boleh mendapatnya. Saya rasa boleh dihina. Tetapi saya tidak terasa hina dimasukkan dalam katogari orang yang boleh menerima skim kifalah RM1,000 apabila mati nanti.

Saya tidak kata apa-apa tentang pemberian sekali sekala di ambang PRU itu kerana ramai orang berpeluang berolah pemberian yang lebih baik daripada duit zakat fitrah setahun sekali itu. Ada sebab disyariatkan pemberian zakat fitrah kepada fakir miskin, tetapi apa sebab BRIM itu diberi di premis umno/BN dan menerima sedikit syarahan dari pemimpin UMNO yang menyampaikannya.

Tidak seronok dengannya. Naluri jadi begitu.

Sekarang saya dapat jawapan dari kenyataan Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan bahawa pemberian itu dikira Binatangkan Rakyat 1Malaysia.

Kesian Mahathir...sedih sebab takut PROTON tak laku..!!

oleh Bang Mat Kobah

Ada aku kesah PROTON terjejas atau tidak.... yang aku nak kereta yang selesa dan system safety nya yang terbaik dan servis yang bagus..... Jika tak mau bagi terjejas silalah buat kereta PROTON yang berkuality dan setaraf dengan kuality kereta luar....

Setahu aku jika kereta luar turun harga kereta proton pun turun harga jugak..habih apa masalahnya... biarlah rakyat buat keputusan nak naik kereta yg mana....





[Kantoi] Berapa biji kereta AUSTRALIA yang Malaysia import & yang kereta Jepun pulak untuk orang kaya sahaja..!!

Pengumuman Miti tiada kesan kepada harga kereta

KUALA LUMPUR: Pengumuman Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (Miti) bahawa cukai import bagi kereta-kereta import siap pasang (CBU) dari Jepun dan Australia akan dikurangkan secara berperingkat menjelang tahun 2016 adalah helah politik menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).
"Ini bukanlah perkara baru dan adalah dasar sedia ada yang sudah pun diketahui umum," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar).

Malah, katanya perkara itu diulas dengan panjang lebar di dalam Laporan Kesatuan Eropah Mengenai Industri Automotif Malaysia bagi Januari 2012, menunjukkan bahawa perkara itu sudah pun wujud sejak tahun 2012 lagi.

Lebih teruk lagi, ujar beliau penghapusan cukai import untuk kereta-kereta mewah CBU yang diimport dari Jepun telah pun dilaksanakan oleh Umno Barisan Nasional sekarang.

Mengapa Mahathir takut sangat Manifesto Rakyat?

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad disifatkan takut kepada bayang-bayang sendiri kerana bimbang parti Barisan Nasional menghadapi kekalahan dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Mahathir kembali berfikir secara tidak rasional apabila faktor-faktor besar yang melanda BN akan menyebabkan parti yang sudah lebih 50 tahun memerintah negara ini, boleh tersungkur dalam PRU13 nanti.

"Dia bekas Perdana Menteri, segala ketirisan, penyelewengan, kerugian Pewaja, MAS, PKFZ di zamannya sehingga menyebabkan puluhan bilion hilang tetapi negara tidak pun bankrap.

"Tanya pada dia (Mahathir) sendiri, apa sebenarnya yang menakutkan beliau sehingga tidak boleh berfikir secara rasional?

"Apakah sebab dia jadi terlalu takut bila nampak tanda-tanda BN akan tewas dalam PRU akan datang," soalnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Isu Kalimah Allah - Jawapan untuk UMNO BN & Utusan Malaysia

oleh AnakKedah007.blogspot.com


 Kenapa hendak salahkan TG Hadi Awang sedang anda sendiri yang ekor berlumuran taik.. Maka Ini Jawapan UNTUK UMNO BN:

HUJAH PERTAMA :

Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
April 07, 2011
KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan “menodai” undang-undang Islam negara ini.

Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah “diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

“Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.

Baru depa tau besarnya pengaruh Pakatan... artis hebat pun bisa tersungkur

dari KedahLa.blogspot.com

Oleh: Mc Hapis

Salleh Yaakub adalah satu nama besar dalam industri hiburan tanah air kita. Mc diantara salah seorang peminat Salleh Yaakub. Namun keputusan Salleh Yaakub untuk mengundurkan diri dari dunia hiburan adalah sangat mengejutkan.

Amat sedih apabila seorang OTAI lawak seperti Salleh Yaakub undur diri kerana dikecam oleh majoriti rakyat Malaysia yang tidak dapat menerima realiti penghinaan terhadap buku jingga yang dibuat oleh Salleh Yaakub dan Nabil.

UMNO Menipu Melayu... depan melayu kutuk cina tapi depan cina siap bagi RM5juta lagi..!!


Cina tepuk tangan kalau melayu sama melayu bergaduh, Cina tak boleh dipercayai, Cina sudah naik tocang, Cina akan berkuasa kalau melayu tak sokong UMNO, Cina Kafir Harbi, Cina akan buat negara Kristian, Cina sudah besar kepala dan macam-macam lagi tomahan dan cacian yang UMNO berikan kepada orang Cina sewaktu mereka berceramah dihadapan orang-orang Melayu. 

Lihatlah bagaimana UMNO mempergunakan jentera kerajaan untuk mengadakan Majlis khas Perdana Menteri membodek orang-orang Cina. 

HIDUP MELAYU : UMNO Penang pulun menang.. supaya GERAKAN jadi Ketua Menteri..!!!

Kesian UMNO Penang pulun nak bagi kerusi UMNO menang banyak... bila menang kerusi KETUA MENTERI dapat kepada GERAKAN.... Hidup Melayu...!!!

Saingan di DUN Melayu, campuran - 4 kerusi rebutan
PRU13 Umno Pulau Pinang mensasarkan untuk memenangi 14 daripada 15 kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi pada masa yang sama, ia juga berdepan tugas berat untuk mempertahankan kemenangan tipisnya di empat kerusi di negeri itu.

Empat kerusi tersebut di mana Umno menewaskan PKR dengan majoriti kecil pada 2008 ialah Sungai Acheh (majoriti 250 undi), Pulau Betong (294), Teluk Bahang (465) dan Seberang Jaya (533).

Nilai sehelai kot dari TG Nik Aziz kepada Anwar sewaktu lawatan ke Kelantan kelmarin..

Tinjauan Banjir Politik Anwar di Kelantan

PERISTIWA                                                                                                                         

Kunjungan Anwar Ibrahim sehari ke Kelantan kelmarin dalam rangka meninjau perkembangan dan suasana politik mutakhir di negeri itu memberi pengertian besar kepada dirinya dan juga bagi penyokong Pakatan Rakyat.
Kanan: Ismail, Abdullah Zohdi, Amran, Zaki dan Ghafir.
Kebetulan kelmarin Kelantan dilanda banjir secara tiba-tiba menjadikan kunjungan Anwar itu seolah-olah kunjungan perdana menteri untuk meninjau kawasan-kawasan terlibat banjir, tanpa menghulurkan bantuan kebajikan?

Dengan membayangkan Anwar seorang perdana menteri, ternyata beliau mengambil berat kepada masalah rakyat. Walaupun sudah dimaklumi cuaca di Kelantan tidak begitu kondusif dan boleh menganggu program, namun beliau tetap juga ke Kelantan tanpa membantalkan majlis.

Saya dapat merasakan Anwar kini berada dalam keadaan seronok dan begitu selesa untuk menghadapi pilihan raya. Mood atau pun sikap dipamirkan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menjadi tenaga tambahan buatnya sekaligus beliau melupai akan kecapekan.

Keluhan geng 'R' : Pergi nak jumpa pimpinan BN kena halau.. Nak jumpa pimpinan PR kedai kopi pun kira jadi...

PANAS ! ANWAR SETUJU PINDA PENINGKATAN ROYALTI 5% KEPADA 20% DI KEDAI KOPI..!!! 

Presiden R menunjukkan Manifesto PR yg telah dipinda oleh Dato Seri Anwar Ibrahim

Memasukan peningkatan Royalti 5% kpd 20% bg negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak dan Bakal Negeri2 Pengeluar Minyak dan Gas :)

ALLAHUAKBAR!!!

Hebat pemimpin PR, berbeza benar dgn pemimpin UMNO/BN, kami pergi ke PWTC semasa Perhimpunan Agung Umno utk serah memo agar usul royalti Kelantan dibahaskan pun dihalau.

Kami pergi ke PWTC utk serah amanat Tun Razak pada Awe Adek pun dilayan dgn ayat "TAK PAYAH!!! TAK PAYAHH!!!"

Kesian tengok MAHADET...setiap hari meroyan sekarang nie..!!


Satu laporan agensi berita nasional Bernama hari ini mendakwa Pakatan Rakyat menawarkan bayaran tol percuma kepada pemegang kad keahlian parti DAP, PKR dan PAS.

Laporan berhubung kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa, manifesto berkenaan menyatakan tawaran bahawa kad keahlian tersebut boleh digunakan di kesemua plaza tol.

“Pada 25 Februari lepas, pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keahlian DAP, PKR dan PAS boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun,” laporan itu dipetik.

Malaysiakini turut menyiarkan laporan berkenaan pagi ini.

BALA dah bersuara - Wang komisyen US500k itu wujud seperti dikatakan

PI Bala dakwa Razak kesal tak bayar komisyen Altantuya

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa penganalisis politik Abdul Razak Baginda menyatakan kekesalan kerana tidak membayar komisyen US$500,000 yang dituntut wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Beliau mendakwa Razak berkata demikian sejurus sebelum ditahan pada 2006.

Balasubramaniam berkata beliau pada masa itu sedang meninggalkan pejabat seorang peguam yang dikenali sebagai Puravelan, bersama Razak dalam satu lif.

Balasubramaniam, yang diupah Razak pada masa itu, membuat pendedahan mengenai peristiwa berhubung kematian Altantuya, dalam kemunculan pertamanya di majlis umum di negara ini, selepas melarikan diri hampir lima tahun lalu.

Aduhai NAJIB.. kesian tengok hang sehari dua nie...ayik dok beralasan je nak bubar Parlimen...!!!

Penangguhan Pilihanraya: Alasan Najib tidak munasabah


Lagi lambat pilihanraya di adakan lagi kuat bukti yang penangguhan yang begitu lama itu adalah di sebabkan ketakutan UMNO dan BN menghadapi kekalahan. Seperti yang di sebut selalu di sini Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang tidak di pilih sampai penghujung penggal pilihanraya. Selalunya mana-mana Perdana Menteri yang baru mengambil alih jawatan itu tidak akan sabar-sabar untuk mengadakan pilihanraya bagi mendapatkan mandat yang terus dari rakyat.

Seorang Perdana Menteri itu mahu tahu sejauh mana sokongan orang ramai dan itulah yang menyebabkan semua Perdana Menteri sebelum Najib telah memanggil pilihanraya sejurus selepas mangambil alih jawatan itu. Ramai orang berkata Abdullah Badawi itu lemah dan tidak ‘effective’ tetapi apa pun orang kata terhadap beliau, Abdullah telah memanggil pilihan raya selepas empat bulan mengambil alih jawatan PM itu dari pemimpin yang boleh berjalan di atas air, iaitu Dr Mahathir Mohammad.

Tema Manifesto PR : RAKYAT senang KRONI UMNO terlentang..!!


 Buka Akses Media Perdana 
untuk Penerangan Manifesto Rakyat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mendesak agar kerajaan UMNO/BN agar membuka akses media perdana untuk Pakatan Rakyat membuat penerangan tentang Manifesto Rakyat yang telah dilancarkan pada hari Isnin yang lepas.
Pemimpin UMNO/BN tidak payah melempar pelbagai tuduhan yang tidak berasas atau memburuk-burukkan dasar bersama Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Manifesto Rakyat. Adalah lebih produktif sekiranya kerajaan UMNO/BN membuka ruang media perdana seperti televisyen dan radio sepanjang satu jam untuk membuat penerangan yang selanjutnya.
Atau dengan mengadakan debat perdana berkenaan dengan Manifesto Rakyat di antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan UMNO/BN, maka dasar-dasar tersebut boleh diperbincang dengan lebih mendalam. Tambahan pula budaya debat juga merupakan salah satu elemen asas dalam sistem demokrasi yang diamalkan.

Kalimah ALLAH - AWAS..!! UMNO sedang main jarum dikampung sana..

oleh AnakKedah007.blogspot.com


PAS kena lakukan sesuatu...supaya isu ini dapat didengar oleh semua rakyat MALAYSIA bahawa yang khianat dan memberikan kebenaran ialah PUTRAJAYA... kerana isu ini sedang dijaja kedalam kampung bahawa PAS MENYOKONG PENGGUNAAN NAMA ALLAH DALAM BIBLE VERSI BAHASA MALAYSIA...

Nak demo kah.. nak buat laporan polis kah... nak naik kain rentangkah... dipersilakan... target utama mesej itu sampai ketelinga puak UMNO yang sedang memanipulasi cerita tersebut....

Ayuhhh fikirkan sesuatu.....

Jangan lupa semua.. Ingat akan pengkhianatan UMNO!

 
Bersempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 ini, ia masih berada dalam musim perayaan tahun baru Cina, maka atas kesempatan ini  diucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua kaum Cina yang turut bersama-sama dalam konvensyen ini.

Justeru atas prinsip kasih sayang dan kenal mengenal sesama manusia, maka eloknya kita mengambil pengajaran daripada firman Allah SWT:


Maksudnya: “Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati). Allah berfirman lagi: “Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)”. (Al-’Araf 7: 24-25)

Video pendedahan pertama PI Bala mula tersebar..!!



PI Bala, saksi utama tampil menceritakan bagaimana dia terjebak dalam kes Altantuya dan rentetan kronologi peristiwa 8 hari & detikIdetik yang membawa kepada peletupan. Di forum 'Siapa Arah Bunuh Altantuya?' pada 27 Februari 2013 di Dewan KLSCAH. Dikelolakan oleh Chegu Bard (SAMM)

Perhatian: Diharap bersabar mengikuti sesi ini akibat PI Bala kurang fasih berbahasa Melayu dan mengganggu kelancaran cerita.
Ringkasan Vid:
Disklaimer 0:01
Mengapa Saya Kembali dengan Berani 2:42
Dilantik penyiasat persendirian Razak Baginda 9:30
'Ada VVIP involved' 13:00

SETPOL MB Kedah SAMAN blog PADI JANTAN atas kes Fitnah Rasuah RM1.3juta..

Fitnah rasuah RM1.3 juta: Muhd Sanusi Setiausaha Politik MB Kedah SAMAN blog Padi Jantan


Ni foto sidang media di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Suka Menanti tengahari tadi, memang sah Muhammad Sanusi Md Nor Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Kedah melaui peguamnya (sebelah kanannya tu) failkan saman fitnah terhadap seseorang yang menjadi pemilik blog Padi Jantan. Untuk berita selanjutnya hangpa baca akhbar Sinar Harian besok atau suratkhabar Cina.

Lepas ni... jeng jeng.. ada sorang YB nak saman fitnah terhadap blogger yang buat cerita fitnah kononnya YB tu bercerai-berai.. dahsyat punya fitnah! Kita tunggu selepas ini....

Tuah terlalu mahal buat Pasukan Hijau Kuning..!!

E-BERITA RASMI KEDAH FA: HIJAUKUNING 3SIXTY (86) Rabu, 27.2.2013

Wartawan: Bashah Zainol Abidin
Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin


TUAH TERLALU MAHAL BUAT PASUKAN HIJAUKUNING

RAKYAT negeri Kedah dan amnya keseluruhan peminat setia Pasukan Hijau Kuning patut berbangga dengan barisan pemain negeri Jelapang Padi walaupun tewas menerusi tendangan penalti 5-4 kepada Johor DT FC pada perlawanan Piala FA di Stadium Darulaman semalam.

Seperti kata orang rezeki sudah sampai ke tangan tetapi ketika hendak masuk ke dalam mulut ia tercicir begitulah nasib pasukan Kedah walaupun sudah berjaya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama tetapi seminit sebelum perlawanan sepenuh masa tamat lawan berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Kalau ikut perasaan hati memanglah menyakitkan hati tetapi apa nak dibuat masa untuk Kedah menyinar pada pertandingan ini masih belum tiba lagi, sejarah pahit sekali lagi berulang lagi di Stadium Darulaman apa bila musim lalu pada pertandingan sama pada perlawanan separuh akhir kedua kita juga berjaya mendahului dua gol tetapi Kelantan berjaya mengikat kedudukan dan terus layak ke akhir dengan kelebihan gol di gelanggang lawan.

Pondok Gajah Mati terbakar..mailah pakat hulur bantuan...

Rumah pusaka 100 tahun hangus
NURUL HIDAYAH HAMID
25 Februari 2013
Rumah pusaka 100 tahun hangus
Gambar rumah pusaka berusia hampir 100 tahun dibina Ismail sebelum kebakaran.
 
Rumah pusaka 100 tahun hangus
Kitab dan manuskrip lama tulisan tangan musnah dalam kebakaran.
 
PENDANG - Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah pusaka berusia kira-kira 100 tahun tinggalan pengasas sekolah pondok terkenal, Ismail Mustafa musnah dalam kebakaran kira-kira  jam 3.40 pagi di Pondok Gajah Mati di sini, semalam.  
  
Mangsa, Wan Mohd Izzuddin Idrus, berada bersama isteri manakala tiga anak perempuannya tinggal berasingan kerana masih menuntut di Ma’had As-Syatirie.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berlaku akibat masalah litar pintas hingga memusnahkan sebuah rumah pusaka, barangan kelengkapan, perabot dan satu-satunya kereta yang menjadi kegunaan hariannya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...