TERKINI :

Wednesday, February 27, 2013

Pencerobohan Lahad Datu - Ketua Cawangan UMNO, Tentera Sulu & Sultan Sulu...!!!

PENCEROBOHAN LAHAD DATU : KETUA CAWANGAN UMNO @ KETUA MUNDU/ LANUN?

LOGISTIK......Siapakah yang mereka buru dan kenapa tidak dapat mengesan kemasukan 76 orang tentera palsu Sultan Sulu setelah beratus ribu sudah lama bermastautin di Sabah, malah layak menerima BR1M.

Oleh : MUTALIB M.D

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.
 
Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.
 

LIVE! PENDEDAHAN P.I BALA

Aku dok habaq AZMIN DIN nie UMNO piang hangpa tak caya..!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Nie dia hangpa nak kenai MAMAT UMNO dalam WISMA NEGERI KEDAH...hangpa perati elok-elok kala kuning tu nama apa dan nama tandatangan kat surat bawah tu nama apa....




Bekas Bendahari UMNO pulak dituduh menipu RM12.8juta...

Pelabur British saman bekas bendahari Umno kerana didakwa menipu RM12.8 juta

 Peguam Hasnal (kiri) dan Kamarul pada sidang media. — Gambar Boo Su-LynPETALING JAYA, 27 Feb — 60 pelabur British hari ini memfailkan saman ke atas Doxport Technologies Sdn Bhd milik bekas bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi serta dua defendan kerana didakwa menipu dan memalsukan dokumen pelaburan.Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu melalui firma guaman, The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.

“Pelaburan ini dikatakan untuk membeli enam suis telekomunikasi dan saham di dalam syarikat Doxport,” Hasnal memberitahu The Malaysian Insider hari ini.

“Mereka dijanjikan suis telekomunikasi itu akan menjana keuntungan, serta menjadi pemegang saham dalam Doxport, tetapi dokumen itu dipalsukan,” katanya lagi.

Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, berkata, 60 pelabur British melalui syarikat Fiscal Capital City Sdn Bhd (FCC) jelas ditipu oleh Doxport, syarikat milik Azim, dan mereka menemui beberapa pemimpin tertinggi negara, antaranya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Surat Habaq 'pencacai' yang kalah saman memanjang hari nie umum rugi RM15juta..!!!

Utusan catat kerugian sebelum cukai RM15.50j


Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan.

Bebas lagi OKT BERSIH 2. ....masa saman bukan main hebat....last kalah jugak...!

Mohamad Sabu, 13 yang lain dibebas

Anis Nazri, 27 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan 12 yang lain daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih pada November 2007.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, hari ini.

Namun, ahli parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan disabitkan kesalahan tersebut kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Dalam penghujahannya, hakim Jagjit berkata pihaknya berpuas hati dengan pengakuan bersumpah Mohamad yang mengatakan polis telah membenarkan beliau mengiringi bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, tidak dihalang polis ketika berjalan kaki atas tujuan tersebut ke Istana Negara.

Perkara sama turut diputuskan bagi Tian Chua, yang mana mengatakan tiada sebarang halangan untuk beliau berjalan bagi menyerahkan memorandum tersebut.

Mohamad, yang ditemui selepas penghakiman tersebut, merakamkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas pembebasan itu.

Bagaimanapun, beliau turut bersimpati dengan dua rakannya yang disabitkan bersalah atas pertuduhan tersebut.

"Apa yang saya ingin katakan, sebarang himpunan aman, yang tidak bersenjata, eloklah untuk Peguam Negara (AG) menarik semula kes-kes membabitkan himpunan, sama ada kes yang dahulu hingga sekarang kerana pendakwaan ke atas kes sedemikian sudah dianggap tidak popular sekarang," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Akhirnya Saifuddin Nasution disahkan bertanding di kerusi Zul Kulim...!




Sah!! Saifuddin Nasution Bertanding di Kerusi Zulkifli Noordin

MACHANG - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Bandar-Kulim Baharu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam.

Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah.

“Bagi tujuan itu, PKR akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu (Machang) malah perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kerusi Bandar-Kulim Baharu dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi.

Zulkifli bagaimanapun meninggalkan PKR tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas. ~sinar harian

Inilah otak menteri BN...jika untuk rakyat.. bangrap negara.. tapi untuk depa.....



Inilah Mentaliti Menteri Malaysia...

Bila Melibatkan Rakyat, TAK MUNGKIN.

Bila Melibatkan Gaji Menteri Yang Berpuluh2 Ribu Sebulan Diminimakan, MUNGKIN.......

Di Malaysia, Yang Miskin Terus Papa, Yang Kaya Bertambah Raya... Cuba Bagi Menteri Nie Rasa Gaji RM600 Ke RM800 Sebulan, Tengok Dia Rasa Macamne Nak Hidup...

Kalau Betul Kata Malaysia Antara Negara Maju, Mengapa Gaji masih bawah paras kemiskinan...

Pegawai KCS mintak RM5juta dari Najib untuk buat kerja menikam MB dari belakang..!!!

oleh Team Selongkaq.blogspot.com

Azmi Din kempen untuk BN secara terang-terangan walaupun beliau salah seorang pegawai KCS kanan dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Beliau merupakan pengerusi SADA yang mana sedang berkempen untuk bertanding di DUN Sg Tiang.

Kami mendapat lampiran proposal ini dimana menyatakan beliau sedang merancang untuk menaikkan sokongan masyarakt cina kepada BN sekarang ini....

Politik punya pasal beliau yang makan gaji dengan Kerajaan Negeri telah menikam kepercayaan YAB Dato Seri Ust Azizan Abd Razak.

Adakah hanya Sekolah Cina sahaja diberi sumbangan.....bagaimana dengan Sek Agama Rakyat, Sekolah India....takan tak ada apa-apa kot....

Menyanggah Johari Baharom kata tak ada masjid dibina di Kedah....!


Zulkifli Yahaya

Dato' Johari Baharom dakwa tiada masjid dibina di Kedah sejak PR berkuasa. Tim Menteri lain kali cakap kena tengok fakta, jangan main merapu ikut suka...

Ingat menteri kata tak ada masjid dibina di Kedah jadi kami senaraikanlah dibawah nie bahawa ada masjid dibina......tapi masjid yg dibina sumbangan dia ada yg mai dari pusat, ada mai negeri, ada wang zakat, ada sumbangan orang ramai..

bila dicampoq semua nie..maka inilah senarai masjid yg dibina di Kedah sepanjang 2008 - 2013

Umno Parti Cap Ayam...!


UMNO Khianat Orang Melayu

Mari kita lihat cara UMNO mengurus ekonomi.
oleh Sakmongkol AK47, 

 
Mahathir Mohamad mengurniakan projek Double Tracking kepada MMC-Gamuda pada 21hb October 2003. Ini ialah projek Electrified Double Track Project (EDTP) antara Ipoh dan Padang Besar. Kos nya RM12 billion lebih. Kita akan lihat, seperti yang saya sudah nyatakan dulu2- ini harga yang sudah di UMNOkan.

Modus operandi nya sama- kos sebenar akan ditambah dengan komisyen untuk golongan UMNO. Sebagai contoh kos PLUS yang sebenar hanya RM3 billion. Ia nya ditambah lagi dengan RM3billion menjadikan kos kepada rakyat sebanyak RM6billion. Sehingga hari ini, hasil kutipan tol ialah RM24billion. Ertinya, kos yang sudah diUMNOkan pun sudah dipungut kembali! Namun kerajaan penyamun UMNO meneruskan kutipan tol untuk mengagihkan rampasan perang.

Mengenai prpjek EDTP- pemberian nya hanya 9 hari sebelum Dr Mahathir berhenti jadi PM. Apa pasal nak beri semasa sudah mahu berhenti bagaikan tidak menyabar? Pada 1hb November 2003, Abdullah Ahmad Badawi, yang di kenali dengan nama manja Pak Lah, jadilah PM. Maka Kak Endon pun berkata- finally, you made it.

Pemilihan Perdana Menteri secara konvensyen sekarang ini sudah lapuk

oleh Aspan Alias

Kerajaan negara ini bertambah lemah dari masa ke semasa kerana cara pemilihan pimpinan negara secara konvesyen itu sudah lapuk dan tidak relevan lagi di zaman ini.. Selama ini Perdana Menteri dipilih melalui konvensyen dalam mana Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri. Jika lemah seorang Presiden UMNO itu lemah lah Perdana Menteri negara ini dan berkecamuk lah keadaan negara dan pentadbirannya.

Sesungguhnya cara pemilihan Perdana Menteri dengan kaedah konvensyen ini tidak merupakan pemilihan yang ‘legitimate’ kerana ia hanya di pilih dan di tentukan oleh tiga empat ribu perwakilan yang boleh di jual beli undian mereka dalam pemilihan pimpinan parti UMNO itu. Seorang Perdana Menteri sekarang bukannya di pilih oleh rakyat yang ramai atau setidak-tidaknya oleh Ahli-Ahli Dewan Parlimen yang mewakili semua dan segenap lapisan rakyat yang berbilang kaum dan agama serta cara hidu itu.

Kita sewajarnya memilih seorang Perdana Menteri itu dengan memilih seorang yang mendapat keyakinan dari ahli-ahli Dewan Legislatif Parlimen dan itu sememangnya ada tertulis dengan jelas di dalam Perlembagaan negara kita. Saya yakin jika pemilihan seorang Perdana Menteri itu telah dilakukan seperti yang di kehendaki oleh Perlembagaan itu kita tidak akan mengalami mempunyai seorang Perdana Menteri yang terlalu sarat dengan kontroversi dan masalah peribadi beliau seperti yang sedang kita semua alami sekarang.

Suasana dekat PRU mencemaskan

Oleh ABD SHUKUR HARUN


Suasana menjelang PRU Ke-13 yang diramalkan bulan depan semakin mencemaskan. Ia dilatari dengan insiden serangan demi serangan terhadap ceramah dan kempen Pakatan Rakyat hampir seluruh negara. Tempat ceramah dikepung, dibaling batu dan botol, di mana akibatnya ada yang cerdera, bas disimbah cat merah, kereta dirosakkan dan pelbagai lagi keganasan.

Lebih malang lagi, menurut laporan terkini, siswa/siswi yang mengedar risalah mengenai politik dan perjuangan mahasiswa berdepan dengan halangan, malah kekerasan dari pihak tertentu untuk menyekat pandangan siswa dari sampai kepada rakyat biasa.

Dalam masa yang sama, radio TV dan akhbar harian tradisional mengintensifkan kempen untuk parti yang memerintah.

Apa erti semuanya ini kalau bukan membayangkan rasa bimbang yang amat sangat kemungkinan kekalahan Umno/BN di tangan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Kalau tidak masakan ia kelihatan sangat cemas menghadapi PRU kali ini.

Natijah dari semua ini ialah bahawa semua orang, khususnya Umno/BN sendiri sudah sangat terasa akan kebangkitan rakyat yang puncaknya diperlihatkan dalam ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’ Januari lalu yang berjaya menghimpunkan hampir 700,000 orang. Sebelum itu puluhan ribu menghadiri himpunan yang diadakan di negeri-negeri seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal


(Anwar membetulkan manifesto Pakatan dengan diperhatikan Nazri di Pasir Puteh petang tadi)

KOTA BHARU: NGO 'R' mengucapkan syabas kepada pimpinan Pakatan Rakyat kerana berfikiran terbuka dan bersedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat.

Ini ekoran pengakuan pimpinan Pakatan bahawa mereka tertinggal memasukkan tuntutan untuk mendapatkan 20 peratus royalti minyak  kepada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bukannya Sabah dan Sarawak sahaja.

"Saya ingin menyampaikan komen ikhlas saya kepada pimpinan tertinggi dalam PAS, PKR & juga sekritariat PR dengan ucapan syabas kerana berfikiran terbuka da bersedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat," kata Presiden R, Nazri Deraman (gambar).

Saham Najib terus merudum....

Merdeka Centre: Populariti PM kian merosot


Satu kajian oleh Merdeka Centre menunjukkan sokongan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini semakin merosot di waktu pilihan raya umum semakin dekat.

Seramai 61 peratus daripada 1,021 responden yang ditinjau antara 23 Januari hingga 6 Februari tersebut berpuas hati dengan prestasi perdana menteri, turun dua mata berbanding tinjauan sama yang dijalankan pada Disember tahun lalu.

Merdeka Centre menyebut, penurunan itu sebahagian besarnya disebabkan penurunan sehingga empat mata di kalangan pengundi Melayu –berbanding 77 peratus sejak sebulan lalu.

Jumlah responden Cina dan India yang berpuas hati dengaan Najib pula masing-masing di tahan 37 peratus dan 75 peratus.

Kedah pinjam duit demi rakyat, bukan untuk bermewah..

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

BN Kedah tidak tertanggung lagi dengan serangan oleh Bongkar 403 juta, akhirnya menggerakkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah 'menghinggut pokok cermai' (ayat Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah). Terbaru beliau menghantar memorandum ke pejabat Wisma Darul Aman mendesak Menteri Besar memberi jawapan berhubung isu hutang negeri Kedah yang kononnya bertambah sehingga hampir RM1 billion.

Perang saraf itu sengaja dibuat BN kerana mereka tahu Ustaz Azizan tidak akan melayan isu yang dibangkitkan Tan Keng Liang kerana Ketua Pemuda Gerakan itu 'cukup seronok' jika isunya dilayan. "Macam berok yang disergah, habis daun cermai luruh dihinggutnya tapi kalau kita tak layan, dia akan diam," ujar Azizan

Bagaimanapun serangan BN itu dijelaskan juga oleh Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah. Katanya, sebahagian besar hutang kerajaan negeri Kedah terhadap Pusat sejak Mac 2008 ialah untuk tujuan pembesaran Taman Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan pengurusan bekalan air terawat untuk rakyat.

Maknanya, hutang dibuat bukan untuk projek mewah, hiburan atau membeli cincin dan beg tangan isteri pemimpin negeri. Ia betul-betul untuk faedah rakyat.

Menurut Amiruddin, hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu pada 2 Mac 2008 ialah sebanyak RM2,095,556,334.17. Pertambahan hutang selepas itu sehingga kini adalah sebanyak RM500 juta.

Tarif elektrik lebih rendah di bawah Pakatan Rakyat

Photo: Tarif elektrik lebih rendah di bawah Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 26 FEB: Pakatan Rakyat akan menyalurkan subsidi berjumlah RM25 bilion terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat apabila sistem monopoli dihapuskan.
Penawaran ini disebut dalam Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancar semalam.
Ia terkandung di bawah paksi kesejahteraan rakyat pada muka surat 23 dokumen manifesto itu.
Dokumen itu menyatakan, setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri.
“Walaupun mendapat subsidi negara, mereka menjual elektrik kepada TNB (Tenaga Nasional Berhad) pada harga tinggi. Untung penjana bebas mencecah ribuan juta ringgit setiap tahun, tetapi caj elektrik naik,” kata dokumen itu.
“Kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya,” dokumen itu dipetik.
Manifesto yang diumum di Pusat Konvensyen Shah Alam itu memfokus empat paksi utama, iaitu rakyat bersaudara, ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat dan kerajaan rakyat.

KUALA LUMPUR 26 FEB: Pakatan Rakyat akan menyalurkan subsidi berjumlah RM25 bilion terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat apabila sistem monopoli dihapuskan.

Penawaran ini disebut dalam Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancar semalam.

Ia terkandung di bawah paksi kesejahteraan rakyat pada muka surat 23 dokumen manifesto itu.

Dokumen itu menyatakan, setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri.

Johari Baharom salah jolok sarang tebuan..rupa-rupanya jolok geng KCS Pencen..!!

'Kisah Datuk Joe dan 40 orang KCS'


Ceritanya macam ni..

Di zaman BN dahulu kala, persatuan pegawai-pegawai tadbir negeri Kedah (KCS) buat permohonan untuk dapatkan tanah milik kerajaan negeri. Kumpulan pertama 60 orang KCS senior manakala kumpulan kedua 40 KCS yang lebih muda. Atas jasa bakti KCS terhadap kerajaan negeri permohonan itu diluluskan. Biasalah urusan tanah di mana-mana pun, bukan macam renew lesen memandu... bayaq duit la la tu dapat. Jadi permohonan zaman dahulu (mungkin sebelum Tok Det lagi) lulus zaman dulu, maka depa baru dapat tanah tu zaman PAS merintah ni.

Berani kerat kuku..jawapan NEGARA BANKRAP nie adalah skema jawapan BN..!!!

Manifesto PR: 'Negara bankrap' skema jawapan BN

Harakahdaily, 26 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak terkial-kial mencari tarikh pembubaran Parlimen, Pakatan Rakyat pula berjaya melancarkan Manifesto yang menyentuh untuk keperluan rakyat semalam.

Seperti biasa, di dada-dada akhbar arus perdana hari ini pula mula menyiarkan komen-komen dari pemimpin BN mengecam tawaran Pakatan Rakyat itu.

Namun bagi AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, komen-komen kecaman tersebut sudah boleh dijangka sejak awal lagi.

"Kita sudah dapat menjangka komen yang diberikan oleh pemimpin BN, iaitu negara akan bankrap jika ikut manifesto Pakatan Rakyat.

"Inilah skema jawapan pemimpin Umno BN apabila setiap kali kita keluarkan tawaran untuk rakyat," katanya.

Mahdzir Khalid semakin panaih dalam isu Bongkar 403 juta..!!

BONGKAR 403J: Dato’ Seri Mahdzir Khalid tak faham atau sengaja buat-buat tak faham?



Oleh: Mohd Irfan Mustafa (SAMK)

Saya tertarik untuk mengulas kenyataan yang dibuat oleh bekas MB kedah, yang meminta Suara Anak Muda Kedah membuat laporan SPRM jika terdapat penyelewengan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu dalam isu Bongkar 403J.

Setelah dijelaskan berkali-kali oleh Pengerusi Bongkar 403J, YB Firdaus Jaafar, saya merasa musykil bagaimana bekas MB itu membuat kenyataan tersebut... sama ada beliau benar-benar tak faham atau sengaja buat-buat tak faham.

Isu Bukit Perangin - ‘Tanah terbabit sudah jadi hak milik pegawai KCS…’


ALOR SETAR – Kerajaan negeri tidak terlibat dalam proses mendapatkan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) di kompartmen tujuh, Bukit Perangin, Changlun kerana tanah berkenaan sudah diberi hak milik.

Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata kepada pemberita ketika sidang media di pejabatnya di Wisma Darul Aman, tanah berkenaan dahulu memang dijadikan hutan simpan namun status tanah rizab sudah ditarik balik oleh Jabatan Perhutanan dan tanah itu menjadi milik kerajaan negeri semula.

“Semasa kerajaan negeri sebelum ini, ada sekumpulan Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) yang memohon mendapatkan tanah kerajaan dan ianya sudah diluluskan lebih awal.

“Apabila sudah menjadi tanah milik kerajaan semula, maka di sini peranan Jabatan Tanah dan Galian untuk masuk campur dan memberi hak milik tanah serta geran kepada pemohon berkenaan,” jelasnya lagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...