TERKINI :

Tuesday, February 26, 2013

Leman Raja Lawak menyeru Nabil dan Saleh teliti dahulu kandungan buku jingga...



Leman Raja Lawak Original

Saya minta sahabat sy saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..

Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tp biar berfakta kerana anda berdua pelawak yg hebat dimalaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia.

Belia anak muda boleh menilai ..salam sahabat.

Yang benar
Sulaiman ibrahim (leman raja lawak)
Presiden PANGLIMA
Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama
IKON ANAK MUDA PAS

Masalah utama Umno: Keengganan untuk bersaing secara sihat

Oleh Tuan Fairuz Tuan Ismail

Hizbi adalah merupakan merupakan gerakan pelajar di United Kingdom dan Republic Ireland yang di taja oleh PAS yang mula ditubuhkan pada akhir 1980an Melalui gerakan inilah PAS merekrut dan melahirkan pelapis kepimpinan mereka daripada golongan terpelajar Ia adalah merupakan satu tindakan yang strategik ke arah menjadikan PAS sebagai parti yang didokong oleh golongan profesional Saban tahun pengaruh gerakan pelajar ini semakin kuat sehingga memaksa Umno mengambil tindakan yang drastik dengan mengharamkan Hizbi pada tahun 2003 di Loch Lomond Ireland.

Secara kasarnya, mungkin tindakan ini dilihat sebagai tindakan bijak yang menguntungkan Umno. Namun, jika diteliti, ia adalah strategi yang memberikan kerugian besar kepada Umno untuk jangka masa panjang. Jika sebelum pengharaman, Umno berpeluang memantau pergerakan Hizbi dengan mudah, pengharaman yang memaksa gerakan pelajar PAS tersebut bergerak secara "underground" telah menyukarkan mereka berbuat demikian. 

Mereka juga yang sepatutnya berpeluang menjadikan Hizbi sebagai "benchmark" saingan untuk Kelab Umno luar negara dalam melahirkan kepimpinan pelapis, telah kehilangan peluang keemasan tersebut sebaik sahaja Hizbi diharamkan. 

[GEMPAR] Risikan Mahathir juga akui UMNO BN tewas PRU13..!!!

Mahathir Akui UBN Sudah Kalah?
BERITA PAGI

Semalam seorang kawan dari Sarawak memberi tahu beberapa hari lepas Mahathir Mohamad telah bertemu dengan para setiausaha politik perdana menteri dan menteri di Putrajaya dalam rangka memberi taklimat dan 'arahan-rahan' khusus berhubung pilihan raya. Katanya hampir semua setiausaha-setiausaha politik itu hadir.

Menurut kawan itu yang mengakui maklumat itu diperolehi dari salah seorang setiausaha politik yang hadir, antara apa yang dijelaskan oleh Mahathir ialah mengenai kedudukan UBN hari ini yang dalam keadaan kritikal dan kalah.

Jelas Mahathir buat masa ini UBN kalah dengan kekurangan 20 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi. Ini bererti kerusi yang dimenangi UBN kini hanya sekitar 80 atau 85 kerusi saja manakala Pakatan Rakyat meraih sekitar 130 hingga 135 kerusi.

Antara BALA & NAJIB serta BN...semuanya dah rosak angkara perbuatan sendiri..!!

Yang merosakkan tidak boleh membaikinya kembali
oleh Aspan Alias
 
PI Balasubramaniam telah kembali ke tanah air petang semalam. Beliau di sambut oleh lebih kurang 50 orang di lapangan terbang KLIA. Beliau dikatakan telah kembali dari India di mana beliau dan keluarga telah menetap semasa menghilangkan diri dari negara ini.

Di antara yang datang menyambut beliau kembali itu ialah Seevarasa, seorang Ahli Parlimen PKR serta Cik Gu Bad dan beberapa wakil NGO. Tidak pula nampak kelibat Najib Razak atau Razak Baginda berada di lapangan terbang untuk menyambut kepulangan Balasubramaniam itu. Dulu Bala ini menjadi orang penting dan Najib telah mengupah orang tengah untuk mencari PI ini, tidak kira malam atau siang. Ingatkan adalah Najib datang menyambut kepulangan Bala semalam.

Tetapi tidak ada pula liputan besar-besaran dari pihak media massa perdana seperti TV3 dan lain-lain. Dulu TV3 membuat liputan tentang akuan bersumpah kedua Bala ini secara besar-besaran tetapi kali ini apabila kembali menyatakan yang akuan bersumpahnya yang pertama yang betul dan benar, tidak pula di liputi oleh TV3 dan media perdana yang lain.

Perihal gangnam & stadium runtuh

Oleh Tok Perak

Runtuh lagi! Itulah yang terjadi kepada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, Rabu lalu. Lima pekerja cedera, tiga darinya parah, akibat dihempap runtuhan bumbung di tempat duduk utama.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata, siasatan lanjut mengenai keruntuhan kali kedua ini sedang dijalankan. Buat masa ini beliau menegaskan tidak ada tanda-tanda sabotaj atau perbuatan khianat dikaitkan dengan kejadian.

Semua orang kata runtuh, sebab besi keluli dan rangka bumbung yang sedang diperbaiki – hampir 60 peratus telah siap – jatuh ke tanah. Kalau tidak runtuh, pasti lima orang pekerja itu tidak terperangkap dalam runtuhan.

Hanya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berpendapat bahawa apa yang terjadi itu bukan runtuh. Kata beliau, seperti yang disiarkan media:

“Bukan runtuh, ini tak betul (jika stadium itu dikatakan) runtuh. Dia (pekerja kontraktor) sedang angkat (peralatan pembinaan) menggunakan kren tetapi terlepas (dan menyebabkan kecederaan itu). Dan itu adalah tanggungjawab dia (kontraktor).

Miskin Senjata BN Untuk Dapat Undi.

Oleh Idris Hj Ahmad 

Sepatutnya tidak ada lagi masyarakat yang tertinggal dan terpinggir setelah 55 tahun merdeka. Tetapi pemimpin BN yang diketuai oleh Umno menjadikan kemiskinan sebagai strategi untuk memancing undi setiap kali pilihanraya.

Tepat seperti kajian Merdeka Center peratus sokongan pada BN meningkat di kalangan orang yang pendapatan rendah. Ertinya rakyat yang kaya semakin jauh dengan BN. 66 peratus responden di bawah RM1,500 gembira dengan kerajaan, 47 peratus (RM1,501 hingga RM3,000), 36 peratus (RM3,001 hingga RM5,000) dan 35 peratus (melebihi RM5,001). 
 
Negari Sabah dan Terengganu walaupun mempunyai telaga minyak, tetapi negeri tersebutlah mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi. Jika kita melawat ke kawasan pendalaman kita akan temui kebanyakan rakyat miskin ialah penyokong tegar Umno. Rumah mereka diselimut oleh bendera Umno sebagai tanda aras mereka ialah penyokong tegar Umno. Mungkin Umno anggap rakyat miskin boleh kenyang dengan bendera sahaja. 

Tujuan pulang untuk bersama rakyat lakukan perubahan, kata Bala

SEPANG, 24 Feb — P Balasubramaniam berkata kepulangannya ke tanahair adalah kerana mahu bersama-sama rakyat Malaysia lakukan perubahan untuk menukar kerajaan yang dianggapnya sebagai korup pada Pilihanraya 2013 yang dijangka tidak lama lagi.

Balasubramaniam merupakan salah seorang saksi dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantunyaa Shaariibuu pada 2008 dan mencetus kontroversi selepas menukar Pengakuan Bersumpah (SD) sehari selepas membuat pengakuan yang pertama.

“Saya pulang kerana mahu bersama rakyat Malaysia.

“Kita perlu menukar kerajaan yang korup ini, kita perlu tukar. Jika kita biarkan berlanjutan 50 tahun lagi, negara kita akan teruk,” kata Subramaniam yang baru tiba dari India hari ini.

Dalam laporan media awal minggu lalu, Balasubramanian telah menyatakan hasratnya secara terbuka untuk pulang ke Malaysia dan menetap secara tetap serta pada masa membantu Pakatan Rakyat (PR) berkempen dalam pilihan raya nanti.

Peralat warga Thailand berlakon sertai Umno

RANTAU PANJANG: Tanpa mengira seseorang itu berasal dari mana, Umno di sini terpaksa memperalatkan pihak berkenaan bagi menjayakan program penyokong PAS menyertai Umno baru-baru ini.

Itulah yang berlaku kepada beberapa penama yang didakwa kononnya bekas penyokong PAS, menyerah borang menyertai Umno kepada ketua bahagian Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Noraini Dollah kini menetap di Kampung Tasik Bakong yang disebut menyertai Umno sebenarnya berasal dari Thailand dan tidak berdaftar sebagai pengundi.

Begitu juga Rahmah Che Noh kini tinggal di Kampung Tok Pelandok juga berasal dari Thailand.

Penghulu Mukim Padang Licin, Tasik Bakong, Wan Mohd Zain Wan Jaafar berkata, kedua-dua wanita berkenaan yang disebut media dan televisyen kononnya bekas ahli PAS adalah tidak benar.

Katanya, mereka tidak berdaftar sebagai pengundi kerana berasal dari negara jiran.

Setakat sain Ikrar Intergrity apa barang Najib... Jika berani mai kita istihar harta..!!!

Guan Eng cabar PM, anggota Kabinet isytihar harta
JAMILAH HAMZAH
25 Februari 2013
Guan Eng cabar PM, anggota Kabinet isytihar harta
Lim Guan Eng berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat 
Keempat di Shah Alam, hari ini. - 
 
Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
 
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinetnya mengisytiharkan harga masing-masing jika 'bangga' dengan langkah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya minggu lalu.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang ini berkata, ikrar tersebut tinggal kosong jika kesemua anggota Kabinet kerajaan pusat tidak mahu mengisytiharkan harta masing-masing.

"Najib ada mencabar kita untuk turut sama tandatangan ikrar tersebut. Tapi buat apa kalau Najib dan menterinya telah tandatangan, namun takut untuk mengisytiharkan harta mereka.

"Mereka gagal, jadi ikrar itu hanya tinggal janji kosong," kata beliau kepada peserta Konvensyen PR Kali Ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, hari ini.

Tawaran Pakatan.. Belum cuba belum tahu..!!!

SU Agung PKR: Manifesto Pakatan tawaran terbaik kepada rakyat
Nizam Zain
25 Februari 2013
 Datuk Saifuddin Nasution Ismail
SU Agung PKR: Manifesto Pakatan tawaran terbaik kepada rakyat

SHAH ALAM – Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Konvensyen Pakatan Rakyat Keempat menampilkan manifesto Pakatan Rakyat sebagai persediaan awal menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Konvesyen berkata, pertemuan kali ini menampilkan manisfesto pilihan raya yang telah dirangka sejak dua tahun lalu.

“Manisfesto ini berupa usaha kita yang berterusan untuk menampilkan kepada rakyat 13 juta pengundi tentang Pakatan Rakyat sebagai pakatan politik yang berada pada tahap siap siaga.

“... manifesto PR itu nanti adalah tawaran terbaik kepada rakyat bagi kerajaan di peringkat pusat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian konvesyen di SACC di sini, hari ini.

MB Kedah Azizan tetap tanding PRU13

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
 
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan tetap bertanding mempertahankan kerusi

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Azizan berkata, beliau masih sihat dan bersemangat untuk terus berjuang dan tiada sebab untuk berundur. 

"Mengapa ada orang hendak saya berhenti, kata saya tidak sihat, jalan tiga selinder. Itu tak betul," katanya kepada pemberita apabila ditanya sama ada akan berundur ekoran dakwaan bahawa keadaan kesihatannya tidak memuaskan.

Sejak tahun lepas Azizan telah beberapa kali mendapatkan rawatan kerana menghadapi masalah kesihatan termasuk masalah mata.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...