TERKINI :

Saturday, February 23, 2013

Renungan - Tak kelapaq pangkah Pas... !!!

Tak kelapaq pangkah Pas...

Salam semua...

Semalaman Pak Long tak boleh tidoq. Memang bukan pasai nyamuk, dah tidoq dalam kelambu. Tapi merah mata dok layan kerenah Mak Long hang. Sampai ke cerah dia berletiaq. Dia meluat sungguh dengan kelaku sekerat dua kaki kencing kawan kat dalam Pas tuh... DAP pun bukan suka sangat ngan Anwar tapi tak la sampai peringkat kencing kawan.

Masaalahnya, pasai apa la baru hangpa nak cerita kata hangpa meluat sangat kat Anwar? Awat sebelum ni hangpa tak mau buat perangai, dah tinggai dua tiga hari nak pilihanraya baru hangpa nak tunjuk rupa? Saja perut busuk ka hapa? Hangpa kata elok sangat ka kelaku Ku Li dari Anwar? Hangpa nampak Ku Li tu pemuja Islam totok sangat ka? Adakah tingkahlaku Ku Li tu lebih Islamik nampaknya dari Mat Sabu?

Tengok ke kelaku puak-puak kaki kencing kawan ni pun Mak Long hang dah termuak. Bukan pasai Mak Long hang suka Anwar tapi Mak Long hang terlebih bencikan Umno, tu jaa... Hangpa boh la sapa pun jadi Perdana Menteri, waima Mat Sabu pun tak pa lagi asaikan bukan Umno. Umno neh dah lama layan rakyat macam tak guna seduit pun... Jadi jangan dok buat kelaku bodoh untuk untungkan Umno disaat rakyat bangun mengharapkan kita benamkan Umno.

Allah Huakbar.... Nak PERJUANGA KALIMAH ALLAH pun jangan la ''telanjang''


GAMBAR-GAMBAR PEJUANG KALIMAH ALLAH S.W.T

"Balik dari Alor Setar tadi selisih dengan konvoi "KEMBARA PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH" anjuran UMNO & PERKASA.

Kelihatan "mujahidah dan mujahid" penuh "kewarakkan" berkonvoi bersama-sama ke Padang Sera", kata ahli kita yang kirimkan gambar nie... Itulah realitinya UMNO/PERKASA. Kalimah Allah kamu pertahankan tapi hukum Allah kamu tolak...

Mereka menghina sendiri kalimah Allah bila mana pesertanya sendiri berpakaian tidak mengikut perintah Allah. Jangan salahkan kristian bila sendiri tak kenal Tuhan. Ini macai, jangan kata baca bible dia terpengaruh. Baca komik kartun pun dia siap beriman lagi.

Apakah Rahsia Apabila 4 General (B) menyertai PR.....

Tindakan empat General (B) sertai PR kerana bencikan rasuah


Minggu lepas empat bekas General dari ketiga-tiga cawangan angkatan bersejata Malaysia telah bertindak nekad untuk terjun ke dalam arena politik dan menyertai Pakatan Rakyat.
Apa kah yang menyebabkan mereka bertindak menyertai Pakatan Rakyat itu. Persoalan ini sangat penting kerana sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan itu mesti bersebab. Untuk mengetahuinya elok kita ikuti sebahagian dari kata-kata mereka:-

RCI - Orang buang UNDI mengaku sendiri...

RCI: Pemastautin tetap mengundi dalam 3 p'raya

Pemastautin tetap dapat mendaftarkan dirinya sebagai pengundi dan pergi mengundi dalam tiga pilihan raya, demikian suruhanjaya diraja menyiasat pendatang di Sabah diberitahu hari ini.

Omar Mohd Subair mengaku beliau adalah seorang pengundi selepas disoal oleh pegawai pengendali RCI, Jamil Aripin.

"Selepas menerima sijil kelahiran anda, anda memohon untuk menukarnya kepada kad pengenalan biru (warganegara) pada tahun 1991 dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) mengeluarkan resit sementara yang mengandungi nombor 12 digit," kata Jamil.

Tanpa pengetahuan Suruhanjaya Pilihanraya, Omar berjaya didaftarkan sebagai pengundi, kata Jamil dan Omar bersetuju dengannya.

Omar kemudiannya mengundi dalam 1994 pilihan raya negeri Sabah serta pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Ustaz Azhar Idrus pertahankan Nik Aziz dalam isu BR1M


SHAH ALAM, 23 Feb — Pendakwah Islam terkenal Azhar Idrus mempertahankan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam serangan terbaru pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap menteri besar Kelantan itu dalam isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyelar Nik Abdul Aziz yang dikatakan menyamakan penerima BR1M dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata,
”Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

“Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia,” kata Mursyidul Am PAS (gambar) itu menyebabkan beliau diserang hebat oleh pemimpin Umno dan BN di media arus perdana.

Menurut Azhar yang mempunyai program televisyen di saluran Astro Oasis bertajuk “Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus” itu, Nik Abdul Aziz bukan mengatakan penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi mengatakan pemberi BR1M menjadikan penerimanya seperti haiwan.

Abdul Hadi dakwa kerajaan Pakatan bebas rasuah

 
ALOR SETAR, 23 Feb — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pemimpin  dan kerajaan negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR) bebas daripada rasuah.

Beliau (gambar) juga mempersoal tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat berpendapatan rendah.

“Inikah cara BN mentadbir untuk meningkatkan tahap kehidupan dan ekonomi rakyat,” katanya dalam ucapan perasmian Karnival Tahun Baharu Cina peringkat negeri Kedah di sini, malam tadi.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam ucapannya menyifatkan pemberian BR1M kepada isirumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan umpama “mengumpan anak ayam”.

“Makanlah tapi jangan sampai tersangkut,” katanya.

Dalam pada itu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menafikan beliau sakit dan tidak mampu mentadbir Kedah sebagaimana didakwa banyak pihak. — Bernama

Menteri makan angin guna duit peneroka RM142,010 laa pulak...!!


Datuk Ahmad Maslan buat kenyataan di TV 3 kelmarin, tak mahu debat dengan saya sebab saya kaki fitnah.

Tolong jawab wahai Datuk Ahmad Maslan, pergi ke London dengan isteri tu makan angin ke lawatan sambil belajar?

Felda bayar RM142,010 kpd Travel Agensi termasuk keluarga tu bukan salahguna kuasa dan menyelewengkan duit peneroka?

Nantikan saya dedahkan particularnya seperti tiket perjalanan, penginapan dll atas nama Datuk Ahmad Maslan.

Pemimpin korup!

Mazlan Aliman
KLIK SINI

Raja Nazrin: Antara PAS dan Umno

Arifin Mohamad,

Ditakdirkan Allah penulis dijemput hadir ke majlis wacana perpaduan ummah anjuran DBP pada 19 Februari 2013 dengan acara kemuncaknya ialah titah Diraja DYMM Dr.Raja Nazrin.

Apa yang ingin sangat penulis kongsikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia ialah mengenai inti titah Diraja DYMM Raja Dr. Nazrin yang jujur dan berpandangan jauh dalam isu perpaduan ummah yang membabitkan UMNO dan PAS sebagai dua kuasa politik Melayu di negara ini.

Antara mesej titah baginda ialah;

i) PAS kini bukan lagi parti tok lebai dan guru pondok tapi parti yang dipimpin dan dianggotai oleh golongan ulamak, professional, teknokrat dan pelbagai kategori masyarakat yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan UMNO.

ii) Kehebatan PAS yang tidak ada pada UMNO ialah ketinggian peribadi pimpinan dan ahli-ahli PAS yang membudayakan hidup dengan masjid dan surau serta tazkirah dan syarahan agama dan tidak berpoya-poya.

Pertahan Kedah pemangkin perubahan ke Putrajaya



ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS peringkat kebangsaan di sini, malam tadi.

Karnival anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS itu mendapat sambutan hangat kalangan masyarakat Tionghua Kedah.

Kira-kira 2,000 kaum Cina sekitar Alor Setar menghadiri sambutan itu yang turut dimeriahkan dengan kehadiran treler Jelajah Negara Berkebajikan

Turut serta dalam majlis yang bermula jam 9.00 malam itu ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Exco Kerajaan Negeri antaranya, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Datuk Md Taulan Rasul, Datuk Dr Ismail Salleh dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

TG Hadi & MB Kedah bersama Masyarakat Cina di Alor Setar

Apabila Ayah Chik berbahasa Cina 

Guru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang lebih rela menjadi khadam rakyat dan menjadi nelayan daripada bercita-cita mencari jawatan, mengkagumkan pelbagai sekali lagi semalam ketika Program Pelancaran Karnival Tahun Baru Cina di Alor Setar.

Kenapa Mahathir takut sangat jika BN kalah?

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kenapa beliau begitu takut untuk berdepan dengan kekalahan Umno BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Ketakutan bekas perdana menteri itu kata Salahudin, sangat jelas kelihatan apabila sering mengeluarkan kenyataan yang cuba menakutkan rakyat kononnya akan berlaku huru-hara selepas PRU13 nanti.

"Saya merasakan Mahathir terlalu takut dengan kekalahan Barisan Nasional, dan sekiranya benar kerajaan BN tidak mampu lagi bertahan pada pilihan raya akan datang, apa yang sebanarnya yang Mahathir takutkan sangat," soalnya.

Mahatir sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai 'provokasi jahat' apabila mendakwa Pakatan Rakyat akan melakukan huru-hara jika kalah pada PRU13 akan datang.

[GEMPAR] Apa kata Tan Sri Sheikh Kadir Terhadap Anwar Ibrahim?


[BUKTI] UMNO lah punca MELAYU hilang kuasa di Pulau Pinang...


HIDUP MELAYU HIDUP MELAYU HANYA TIPU KERANA SEJAK DARI DAHULU UMNO MENGUTAMAKAN ORANG-ORANG BUKAN MELAYU SEBAGI KETUA MENTERI PULAU PINANG.

lihatlah pengkhianatan yang telah dilakukan oleh UMNO hingga Pulau Pinang yang dahulunya majoriti Melayu terpaksa merintih dan meminta simpati di negeri sendiri

13,291,385...............angka penentu pemerintah di negara Malaysia...!!!!

13,291,385 sah jadi pengundi PRU13

22 Februari 2013
Abdul Aziz Mohd Yusof
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

LANGKAWI - Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini termasuk 243,204 pemilih baharu yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi dalam PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April, dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari.

Malam nanti di Pendang akan muncul optimus prime bersama Mat Sabu & Tukar Tiub..!!!

 
nantikan kemunculan...:

 
 

Mahathir bayangi pimpinan Najib?

Wartawan Sinar Harian
23 Februari 2013

PASIR PUTEH - Kepimpinan Perdana Menteri Kenyataan Datuk Sri Najib Tun Razak menampakkan kelemahan ketara apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus membayanginya.

Adun Limbongan, Zainuddin Mohamad berkata, Mahathir bertindak demikian mungkin mempunyai kepentingan sendiri namun ia secara jelas menampakkan kelemahan Najib kepada rakyat.

“Pas tidak hairan dengan dengan apa yang berlaku kerana Mahathir mungkin mempunyai kepentingannya dalam soal ini sebab itu kita juga dapat melihat bagaimana Mahathir terus membayangi Perdana Menteri,” katanya.

Perkembangan itu katanya, membuktikan kelemahan kepimpinan Najib yang tidak mempunyai kekuatan untuk bersuara atau menangani isu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Penjelasan isu HAIWAN... Nama kata UMNO jika tak spin jangan panggil dah UMNO....


BERIKUT UNGKAPAN TG NIK AZIZ KETIKA BERUCAP SEKEMBALINYA DARI MENUNAIKAN UMRAH TEMPOHARI...

"Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu Kita Bubuh (Bagi) Jerami.

Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang Akan Datang Ambil).

Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu Kepada Manusia," - Nik Abdul Aziz Nik Mat

Lalu media-media pengampu pun memutarkanlah kononnya TGNA samakan penerima BR1M mcm haiwan. Dan kalau macai nak terasa jadi haiwan..itu lantak macailah..tapi....

Adakah Nik aziz samakan penerima BR1M mcm haiwan???




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...