TERKINI :

Wednesday, February 20, 2013

Najib nak tunjuk baik dengan buat ikrar intergriti PRU13 tapi harta tak istihar jugak..!!

Najib ikrar integriti PRU13 tanpa isytihar harta


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Barisan Nasional lain hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya, lapor Buletin TV3.

Ikrar itu ditandatangani di depan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Syukri Abdul di Putrajaya.

Presiden Transperancy International - Malaysia (TI-Malaysia) , Datuk Paul Low Seng Kuan turut menyaksikan gimik politik itu.

Selain Najib, Timbalannya, Tan Seri Muhyiddin Yassin dilaporkan turut menandatangani ikrar politik itu.

Pun begitu, pentadbiran Najib masih dilihat tidak mengamalkan integriti politik tulen sebagaimana yang dilakukan oleh kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Najib buat keretapi laju untuk rakyat Singapore..tapi pakatan tawar untuk bandar ke bandar..!!!

Pakatan bersaing dengan Putrajaya, tawarkan keretapi laju antara bandar

 Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli. — Gambar oleh Choo Choo May

PETALING JAYA, 20 Feb — Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan hari ini keretapi laju antara bandar akan menjadi sebahagian daripada manifesto Pilihan Raya 2013 mereka, dengan mengatakan ia lebih diperlukan berbanding keretapi laju Kuala Lumpur - Singapura.

Ini datang di tengah-tengah usahasama antara kerajaan Malaysia dan Singapura untuk melengkapkan jaringan keretapi laju di antara kedua-dua bandar raya menjelang 2020, yang diramalkan memakan kos sehingga RM13 bilion.

"Walaupun manifesto PR hanya akan dilancarkan Isnin depan... Saya boleh beri penjelasan awal ianya akan memberikan komitmen khusus untuk membina sistem keretapi laju antara bandar," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kepada pemberita di sini.

"Ia adalah pembangunan dalam tempoh jangka panjang dan dilaksanakan secara berperingkat."

Sistem ini menghubungkan bandar-bandar utama dari Perlis ke Johor Bahru, serta menghubungkan Pantai Timur dari Kelantan ke Pantai Barat, Rafizi menawarkan.

"Projek ini mendahulukan rakyat ini terus menjadi perbezaan utama di antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional BN).

Ustaz Azizan halang BN kempen anti Pakatan




Subky Latif, 20 Feb 2013

BEBERAPA orang awam dan pegawai kanan kerajaan pusat memuji kebijaksanaan dan kepintaran diplomasi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak mengendali musuh politiknya di Kedah, UMNO dan Barisan Nasional.

Kerajaan pusat menjelang pilihanraya ini melancar kempen kebersihan Beutiful Malaysia.

Apakah kempen termasuk dalam program pilihanraya? Entahlah! Tetapi kerana ia diadakan dekat dengan PRU13, maka tentulah ia bermotif politik. Macam pemberian BRIM 1.0 dan 2.0. Acara menyampaikan duit RM500 itu dipenuhi dengan kempen BN dan memburukkan Pakatan Rakyat.

Apabila pelancaran peringakat negeri Kedah diadakan dengan menteri perumahan sendiri merasmikannya, maka Menteri Besar menyatakan dia hendak hadir. Bila Menteri Besar hadir, kerana dia adalah ketua kerajaan, tidak manislah dia datang saja dan tidak membuat ucapan.

Maka terpaksalah penganjur memberi layanan yang sewajarnya. Menteri terpaksa bersetuju memberi peluangnya berucap.

Semua dapat mengagak bahawa Ustaz Azizan tahu tujuan pelancaran itu adalah untuk kempen. Sudah tentulah dalam kempen itu ia akan memuji BN dan memburukkan kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat. Akhirnya menteri akan menyeru supaya orang ramak jangan lagi mengundi PAS/PR tetapi kembalikanlah Kedah kepada Barisan.

Ni lah keluarga bakal MB kedah jika BN menang....

Sikit Sikit Sikit DAP... kenapa Melayu tak perlu takut DAP!!!!


~Kenapa Melayu tidak perlu takut DAP~~




Semasa berada di Mansoorah, Mesir dengan Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Mohamad Sabu berforum dengan para pelajar Malaysia di sana, soalan berikut ditanya kepada kami : " apa akan jadi sekiranya Dap dan Mca menang banyak kerusi dalam pilihanraya umum nanti?".

Saya menjawab soalan tersebut seperti berikut " jika kita turuti silsilah soalan tersebut percayalah ianya berasal usul dari Umno. Itulah kempen Umno di kampung-kampung dan malangnya kini pelajar di menara gading juga terjerat dengan kempen jahat tersebut.

Hakikatnya soalan itu sendiri adalah tidak betul. Bagaimanakah Dap dan Mca boleh kedua-duanya menang banyak kerusi dalam keadaan kedua -dua parti tersebut lazimya bertanding antara satu sama lain bagi merebut kerusi yg sama. Adakah masuk akal di kawasan Parlimen Bukit Bintang misalnya yang Dap dan Mca bertanding , jika Dap menang Mca juga akan menang? "

Betulkah Mukhriz di tolak kebanyakan UMNO di Kedah?


Khabar angin tentang pencalonan Mukhriz sebagai calon menteri besar timbul beberapa tahun lalu.


–Gambar fail KUALA LUMPUR, 20 Feb – Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Kedah berhati-hati dalam menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai calon menteri besar jika parti tersebut memenangi negeri jelapang padi itu dengan mengatakan pengalaman di peringkat pusat atau faktor keturunan bukanlah jaminan kepada kejayaan. Beberapa ADUN yang dihubungi The Malaysian Insider mengatakan Mukriz tidak mempunyai kelebihan kerana beliau anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, atau sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, sambil menegaskan mentadbir negeri di utara tersebut berbeza dengan pentadbiran di peringkat pusat. “Status sebagai seorang anak mantan perdana menteri bukan sesuatu jaminan kepada beliau,” kata ADUN Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar kepada The Malaysian Insider. “Pengundi sekarang banyak mendapat maklumat dan mereka sudah bijak untuk membuat pilihan,” tambah beliau. Selain Mukhriz, anak kepada bekas perdana menteri yang aktif berpolitik adalah Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Apabila ditanya sama ada Mukhriz yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk memimpin Kedah jika BN kembali merampas negeri tersebut daripada PAS, Ahmad Zaini berkata corak politik dan pentadbiran pusat dan negeri adalah sesuatu yang berbeza. “Tidak semestinya memegang jawatan di Pusat akan menjamin beliau dapat mengendalikan pemerintahan negeri, corak kedua-duanya berbeza sekali,” katanya. Mukhriz menafikan semalam pencalonannya sebagai menteri besar Kedah, mengatakan BN perlu memenangi negeri tersebut dalam PIlhan Raya 2013 sebelum membincangkan mengenai jawatan tersebut. “Kita nak kena menang negeri itu dulu, kemudian baru cakap siapa yang dilantik ... saya khuatir cakap-cakap ini macam tidak matang dan berunsur spekulatif kerana tumpuan kami adalah untuk menangkan negeri itu,” katanya sambil menambah BN mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali negeri jelapang padi itu.


Bukti blogger Pakatan Rakyat dibayar tersebar!

Wah!! Nasib baik ada macai UMNO buat pendedahan pasal Blogger Pakatan Rakyat dibayar ni.. kalau tidak sampai mati pun aku tak tahu..

Kalau ikut apa yang tertera pada surat kat bawah ni aku dibayar RM3,000 sebulan.. Jadi tak sia-sialah aku menulis selama ini..

Aku dah menulis blog ni lebih kurang tiga tahun..

Jadi.. RM3,000 x 36 bulan = RM108,000 dah yang aku patut dapat..

RM108,000??.. banyak tu.. boleh buat downpayment Vellfire lah pulak... kah..kah..kah...

Tapi??.. kat mana aku nak claim?.. kah..kah..kah..
Dibayar Kepala Hotak Hang!!


http://darisungaiderhaka.blogspot.com

‘Saya kesal apa dilakukan ke atas Dr Fadzilah’

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan melahirkan kekesalan terhadap apa yang dilakukan ke atas pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

“Biarpun kita tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan beliau, namun janganlah sampai menghina dan mengaibkannya sedemikian rupa, itu bukan akhlak kita berjuang,” tulis beliau di Facebooknya.

Justeru, penegasan beliau buat kesekian kalinya, khas dihulurkan kepada semua rakan-rakan pimpinan, penceramah, facebooker, blogger, websiter dari Pakatan Rakyat agar tidak membalas hujah dengan kejian dan makian atau menyerang lawan dengan memburukkan peribadi dan hal anak beranaknya.

“Kekalkan rentak menentang penyelewengan, penipuan dan fitnah lawan atau mana-mana pihak dengan hujah yang berasaskan nas, fakta dan figure,” ujarnya lagi.

SPR daftar ikut suka depa rupanya..

Patutlah jumlah pengundi baru meningkat mendadak... SPR daftar ikut suka depa rupanya..

14 Februari yang lepas, aku terpandang artikel yang disiarkan di muka hadapan The Star yang tajuknya 'Big jump in new voters'..

Aku rakam gambar muka hadapan The Star itu kemudian aku 'Tweet; kepada YB Fuziah.. aku tak harappun dia akan reply..

Tapi dia reply, jawapnya.. "Org tak memohon mendaftar pun, nama di daftarkan. Apa tak tinggi jumlah".

"Teruk punya kerja kali ni.." jawab aku..

Lepas tu dia minta aku tolong cari nama pengundi baru yang tak memohon menjadi pengundi tapi namanya didaftarkan sebagai pengundi oleh SPR..

Memandangkan betul-betul teruk punya kerja tu.. aku tak jawab dah sampai hari ini..

Hari ini aku dapat satu kenyataan media dari YB Fuziah tentang 'Big jump in new voters' ni.. beliau mendedahkan kenapa pengundi baru meningkat secara mendadak..

Mengapa kerajaan tak berani usik Cina Pengerang?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

HAMPIR sepanjang perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, 8 Februari lalu, diiringi hujan lebat. Dua hari kemudian, Ahad, semasa sarapan pagi bersama AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman dan rakan-rakan aktivis PAS Kulai, di bilik gerakan PRU13 Bukit Permai, hujan turun renyai-renyai.

Semasa wartawan kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob, wartawan Johor, Salman Hussin, jurufoto Wan Zahari Wan Salleh, Mazlan, anak lelakinya dan saya bertolak ke Pengerang, hujan masih belum reda. Malah bertambah lebat apabila kami menghampiri pekan Sungai Rengit.

Anis Afida gadis berani

Sambil menunggu Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli, kami memesan makanan. Oleh kerana sajian pagi agak berat -- pertama, di Pulai bersama Onn Jaafar, Setiausaha Perhubungan PAS Johor dan kedua, dengan petugas muda yang sedia berkempen untuk Mazlan -- saya memilih mee bandung; sebenarnya juga tidak sesuai untuk penghidap diabetis dan pernah menjadi pembedahan pintasan jantung seperti saya!

Saya perhatikan bandar kecil ini tenang, damai dan menyenangkan. Jauh daripada kesibukan. Suasana hujung minggu agak sunyi, apatah lagi ia hari pertama Tahun Baru Cina. Saya cuba mencari topi atau payung untuk melindungi kepala yang mudah sakit apabila terkena hujan, tapi banyak kedai tutup.

Menghadap ke laut, walaupun dibatasi titisan hujan, saya perasan projek penambakan laut giat dijalankan. Entah kenapa kepiluan segera menerpa. Waktu itu saya belum dimaklumkan masalah sebenar yang mengasak penduduk Pengerang, sekadar beberapa isu asas seperti pengambilan tanah dan masalah alam sekitar ekoran projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).

Namun naluri saya menangkap, ada kepedihan yang tersimpan. sekurang-kurangnya para nelayan terjejas mata pencarian.

Rupanya Anis Afida, aktivis gigih memperjuangkan hak penduduk di sini -- yang saya dengar namanya dari jauh -- masih muda, baru menamatkan pengajian di UTM, Skudai. Awal bicara dengan Anis, terserlah kematangan berbanding usianya, 24 tahun. Lancar dia menjelaskan mukadimah awal isu-isu kritikal yang perlu ditangani.

Menjawab Mahathir: Kalau kita tolong dia, dia balas duit kita….

Oleh Hafiz Zainuddin


“ORANG memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa”, inilah kalimah indah yang diungkap sejak kecil sehingga menyatu dalam minda dan gerak tindak kita sebagai individu. Mungkin atas sebab itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu agar rakyat terutamanya peneroka FELDA agar “tidak menggigit tangan orang yang membantu mereka.”

Sudah tentu kita tahu, mesej langsung Mahathir ialah agar peneroka FELDA tidak mengundi oposisi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi. Dia mahu peneroka membalas budi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menyediakan segala “nikmat” yang dikecapi mereka.

“Kenapa kita nak tolong dia (BN), sebab dia tolong kita. Kalau dia tak tolong kita, kita jadi penganggurlah dulu,” katanya pada majlis ‘Warga FELDA Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad’, di Kuala Lumpur, semalam.

SADA sudah jadi SYABAS.. buat kelaku huduh nak bagi rakyat marah

Operasi potong air sedang giat dijalankan oleh SADA... supaya rakyat marah kat kerajaan Negeri Kedah

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Aku tak mau ulas berhubung tajuk di atas... semua sedia maklum bahawa CEO Sada ialah Datuk Adzmi Din bakal calon BN Sungai Tiang. Cuma nak ajak rakyat Kedah pikiaq akan kerja buat dia sebagai pegawai KCS... professional ke haprak?

Sila baca surat nii...



Adakah ‘Gangster Pekan Style’ tajaan Umno-BN direstui polis?

Oleh ARIF ATAN 
 
KUALA LUMPUR: Sikap pihak polis yang membisu terhadap serangan samseng Umno-BN sehingga mereka bertindak melampaui undang-undang seperti yang telah berlaku di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, 4 Februari telah berjangkit di Pekan, Pahang. 

Parlimen di bawah kuasa Dato’ Seri Najib Tun Razak itu yang juga Perdana Menteri, seolah-olah jadi “sarang” samseng apabila tindakan biadab mereka membelakangkan undang-undang negara dilihat tidak berani disentuh polis.

Petang Jumaat lalu, mereka mengepung dan menghalau kira-kira 30 penggiat Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang sedang mengedarkan risalah dan surat harapan mahasiswa antaranya mengenai tuntutan pendidikan percuma.

Teng dicabar dedah penyelewengan RM403 juta

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang dicabar untuk mempersoal Umno-BN dalam isu kerugian RM403 juta dalam 11 projek awam ketika kerajaan BN memerintah Kedah sebelum dimenangi Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Pengerusi Bongkar 403, Mohd Firdaus Jaafar berkata, tindakan Teng mempersoal kononnya kerajaan PAS Kedah berhutang RM2.933 bilion bagi tujuan projek membela rakyat tidak masuk akal.

Sedangkan isu yang jauh lebih besar adalah bagaimana ketika kerajaan negeri ditadbir BN, beberapa projek yang dibuat untuk kroni akhirnya melahirkan kerugian yang besar hingga terpaksa ditanggung oleh kerajaan PAS yang ada sekarang.

Firdaus berkata, isu penyelewengan RM403 juta itu perlu mendapat penjelasan daripada pentadbiran kerajaan Umno-BN ketika itu dan pihak Jabatan Audit Negara perlu membuat siasatan.

Mengulas lanjut, beliau yang ditemui Harakah pada 15 Februari lalu berkata, apa yang disebut Teng mengenai RM2.993 bilion itu memang benar, tetapi ia adalah hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno-BN terhadulu.

Menteri Besar lawat ladang anggur di Sungai Senam



SIK – Hasrat Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak untuk jadikan Kedah sebagai jelapang makanan bukannya mimpi kosong semata-mata.

Kesungguhan beliau berterusan dari semasa ke semasa, di mana setiap kali program Mesra Rakyat adalah tidak lengkap jika YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan tidak melawat tapak pertanian yang diusahakan oleh rakyat bagi bertukar-tukar pandangan serta idea untuk bangunkannya.

Baru-baru ini Mesra Rakyat Peringkat Daerah Sik, beliau melawat ladang anggur di Kampung Sungai Senam, di sini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...