TERKINI :

Monday, February 18, 2013

Video Panas Pengumuman Dr Haron Din Keluar Pas

Video di rakam pada jumaat 15 febuari 2013... Di Masjid Kg Banggol Peradung Kuala Terengganu... Menjadi saksi kebenaran bahawa ustat haron din keluar dari pas... Saksikan... tengok video nih dari awal sampai abis.. Pasang speaker kuat2 sikit... dan kenali watak sebenar ustat haron din... Kredit - AstanaKandis

Banjir kat Puchong pun mau jadi isu politik ke.... umno ohh umno...!!!

Lori, kereta tersadai akibat banjir kilat di Puchong
 
Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Haswan Wasir berkata satu banjir kilat berlaku di kawasan kompleks membeli belah IOI dan juga turut menenggelamkan sebahagian Lebuh Raya Damansara-Puchong.

Katanya, air naik sehingga 1.5 meter di kawasan persimpangan Bandar Puteri kira-kira jam 5.30 petang tadi yang menyebabkan sebuah bas, dua buah lori dan dua buah kereta mengalami kerosakan.

"Bagaimanapun saya tidak pasti ke dalaman air yang naik di IOI mall kerana tidak mendapat maklumat. Saya juga tidak dapat memastikan jumlah kerosakan di IOI Mall," katanya yang menambah, banjir berkenan surut kira-kira sejam kemudian.

Aduhai Ridhuan Tee.. Dia nie melayu ka cina..?

PKR bidas tulisan provokatif Ridhuan Tee


7:30PM Feb 18 2013 PKR membidas tulisan seorang pensyarah Dr Ridhuan Tee Abdullah dalam sebuah akhbar hari ini yang disifatkan sarat dengan nada ketaksuban agama dan perkauman.

Pengerusi biro hak asasi manusia dan undang-undang PKR S Jayathas berkata rencana itu bercanggah dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebebasan beragama.

"Kenyataan ini memaparkan baur-baur perkauman yang tebal dan boleh mencetuskan kekacauan dan huru hara antara pengikut agama," katanya yang merujuk kepada tulisan Ridhuan bertajuk 'Kesabaran Umat Islam Ada Had' di akhbar Sinar Harian hari ini.

Tulisan di ruangan "Buka Minda" itu antara lainnya mempersoalkan perayaan Thaipusam dan pembinaan rumah ibadat bukan Islam selepas pilihan raya umum ke-12.

"Pernahkah kita bersungut ketika perayaan Thaipusam? Seminggu sebelum perayaan, seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak.

"Kenderaan diparkir sesuka hati. Lautan manusia satu warna berhimpun, seolah-olah tidak ada warna lain lagi di negara ini," tulis Ridhuan dalam kolumnya.

Dalam tulisannya juga, Ridhuan menyifatkan rumah ibadat bukan Islam semakin "semakin tinggi dan berwarna-warni" hasil daripada peruntukan kerajaan Persekutuan dan negeri selepas pilihan raya yang lepas.

UMNO itu pertubuhan haram, maka tidak sah memimpin negara

Oleh Aspan Alias

UMNO sedang sibuk untuk meminta ROS (Pendaftar Pertubuhan) untuk melakukan siasatan ke atas isu pemilihan CEC parti DAP di Pulau Pinang Januari lalu. Hishamuddin Hussein, baru sahaja menghadapi malu kerana meminta ROS mengambil tindakan terhadap DAP kerana gagal menghantar laporan persidangan tahunan DAP dalam jangka masa yang telah di tentukan. Ketua Pengarah ROS juga berkata dengan nada yang sama.

Tetapi akhirnya telah jelas yang isu itu merupakan isu yang tidak wujud kerana laporan yang di perlukan itu sesungguhnya telah di hantar oleh DAP pada 8hb Februari yang lepas. ROS telah memohon maaf kepada DAP kerana kesilapan itu. Hishamuddin berkata di Johor dua hari yang lepas mengakui yang laporan yang di hantar oleh DAP pada 8hb Februari itu tidak sampai ke pengetahuannya. Ketua Pengarah ROS juga mengakui kesalahan tidak mengetahui yang DAP sudah pun menghantar laporan itu ke pejabat ROS dalam tempoh yang di benarkan.

Apa beza prngganas di Sabah dengan di Sauk dan Memali..?

Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk

4:03PM Feb 18 2013

Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar kumpulan warga asing bersenjata yang dikepung pihak berkuasa di Lahad Datu, Sabah ditangani dengan keras seperti tindakan ke atas kumpulan al-Maunah dalam insiden tahun 2000 di Sauk, Perak.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim memberi alasan, situasi yang berlaku di Kampung Tandou, Lahad Datu itu tidak banyak berbeza dengan peristiwa di Bukit Jenalik itu.

"Jika kes Sauk boleh diklasifikasi sebagai 'melancarkan atau cuba melancarkan perang ke atas Yang Di-Pertuan Aong atau Yang Di-Pertua Negeri', yang merupakan kesalahan ke atas Negara, maka rakyat boleh menuntut agar undang-undang sama dikenakan ke atas penceroboh Sulu ini.

"Jika rakyat kita sendiri terlibat dalam insiden Sauk boleh dilucutkan senjata atau dibunuh oleh pasukan keselamatan dan kemudiannnya didakwa di mahkamah dan beberapa orang daripadanya dihukum gantung, maka rakyat berhak untuk menyuarakan kemarahan mereka sekiranya perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang menjadi menteri pertahanan semasa insiden Sauk, menangani penceroboh ini dengan tindakan ringan," katanya.

Ada pimpinan PR masih gagal hayati tempo peperangan lagi 60 hari....!

Mungkinkah Satu Lagi 'Dr. Hassan Ali' Bakal Muncul Dalam PAS?


Masih ingatkah kita dengan Semangat 46 ? Ketika itu Regim warisan penjajah ini (baca : Ubn) sudah begitu nazak. YBM Tengku Razaleigh Hamzah berjaya membawa keluar hampir setengah dari kabinet Dr. Mahathir bagi bersama denganya.

Cuma kelemahan ketara beliau gagal menyatukan PAS dan DAP yang masih termakan propaganda hasutan maka terpaksa berlawan dengan dua gabungan iaitu S46 bersama PAS membentuk APU dan S46, DAP & PBS membentuk Gagasan. Kerugian pada ketika itu rakyat sudah mula ada riak perubahan cuma masalahnya masing - masing pada ketika itu (pemimpin yang melawan Bn) ego sempit pertahan idea yang masing - masing kata betul.

Percayalah jika pada ketika itu masing - masing membuang ego membentuk satu pakatan keputusan mungkin berbeza. Maka kerana kegagalan penyatuan tersebut dengan mudah dipatahkan serangan dan pancingan 'black ops' regim mengena apabila KuLi mengenakan tengkolok punya corak 't' yang dikatakan salib.

Kegagalan pada ketika itu rancak diaminkan dengan bahan bakarnya sentimen agama dan kaum yang menebal. Walaupun jika difikir dengan kepala otak (bukan kepala lutut) Umnolah malah Mahathirlah punca bangsa dan agama ini menjadi sedemikian rupa pada ketika itu.Kini keadaan berbeza, paling tidak Anwar Ibrahim berjaya menyatukan hampir kesemua parti yang melawan regim warisan penjajah ini dibawah panji Pakatan Rakyat. Namun regim tua ini masih menggunakan taktik yang sama tetapi pendekatan berbeza.

Teliti maksud mendalam kenyataan Presiden PAS



SUBANG JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan agar jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tanpa memahaminya terlebih dahulu.

Kata beliau, kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu perlu ditelitikan kerana ia mempunyai maksud yang mendalam.

"Apa yang diperkatakan oleh Ustaz Hadi semalam mempunyai maksud yang perlu kita telitikan. Saya tegaskan jadi jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kenyataan tersebut tanpa memahaminya," jelas beliau.

Salahuddin menjelaskannya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Demi Rakyat PKR Cabang Kelana Jaya di sebuah hotel di sini, malam ini

Kuwait Malaysia: Mendengar rintihan pegawai Petronas



Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca mengenai keluhan seorang bekas pegawai tinggi Petronas yang telah hampir 30 tahun tinggal dan berkhidmat di Kerteh, Terengganu yang di anggap sebagai hub kepada "Kuwait Malaysia'.

Beliau mengutuskan e-mail kepada saya untuk berkongsi keluhan mengenai keadaan sebenar industri gas dan minyak di Terengganu serta kelemahan kerajaan Terengganu menguruskan hasil minyak sehingga menjadikan kebanyakan rakyat Terengganu terpaksa hidup 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dalam 'negeri kaya, rakyat miskin' ini.


Salam Tuan Syed,

Saya bekas eksekutif kanan Petronas dan tinggal di Kerteh selama hampir 30 tahun. Saya bertugas dengan Petronas hampir 27 tahun dan memegang pelbagai jawatan di Petronas Gas Bhd.

Saya ingin berkongsi pengalaman dan informasi mengenai kawasan industri minyak dan gas dan kawasan persekitaran Kerteh.

Pada pandangan saya, pentadbiran kerajaan Terengganu amat lemah dalam membangunkan kawasan 'KUWAIT MALAYSIA'  yang menjadi jolokan kepada bandar Kerteh dan lebih lagi kepada bandar Kemaman.

Dari aspek pembangunan, Kerteh amat ketinggalan berbanding kawasan lain seperti di Bangi dan Shah Alam, Selangor. Begitu juga dengan kawasan peindustrian di Gong Badak yang terletak dipinggir bandaraya Kuala Terengganu.

Dari sudut pendapatan tahunan, Majlis Daerah Kemaman adalah diantara yang tertinggi di Terengganu dan Malaysia pada amnya.

Cuba Tuan Syed melawat kawasan Kerteh apa yang ada, cuma rasa pembangunan di kawasan 'Mesra Mall'.

Kawasan-kawasan kampung di sekitar bandar Kerteh, persiapan infrastruktur seperti  sistem perparitan dan jalanraya adalah amat tidak sempurna.

Malahan sehingga kini terlalu banyak kawasan di Kerteh masih lagi tiada disediakan sistem perparitan yang sempurna.

Mari kita bantu Nur Farahin Fateen ringankan bebanan pengajian di Universiti Tanta, Mesir

dari Harakahdaily

Seorang ibu, Rosiah Ismail dari Kulim, Kedah merayu sum-bangan pembaca Harakah bagi menampung keperluan ke-wangan pengajian anaknya, Nur Farahin Fateen Ahmad, 20, yang kini menuntut di Fakulti Pergigian, Universiti Tanta, Mesir. Menurut Rosiah, beliau telah bersusah payah mendapatkan pembiayai pelajaran anaknya beliau daripada pelbagai pihak tetapi hasilnya mendukacitakan.

Katanya, anaknya sangat-sangat memerlukan sumbangan kewangan itu bagi menampung kos sara hidup termasuk sewa rumah, yuran, makan minum dan buku pengajian yang kese-muanya berjumlah hampir RM11,000 setahun. Rayuan beliau kepada Yayasan Pelajaran Mara, Yayasan Belia 1Malaysia dan Yayasan Islam Kedah serta Tan Sri Muhyidin Yassin, Dato' Seri Mohd Fuad Zarkarshi dan Dato' Aziz Sheikh Fadzir masing-masing gagal mendapat jawapan.

"Anak saya sudah lanjutkan pelajaran dua tahun di sana. Cemerlang dalam pelajaran, cuma tiga tahun saja lagi untuk menamatkan pengajian doktor. Kenapa kerajaan susah sangat nak bagi pinjaman?" keluhnya kepada Harakah baru-baru ini. Walaupun Nur Farahin memperoleh keputusan semua gred A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2010 tetapi tidak mendapat sebarang tajaan untuk melanjutkan pelajarannya.

Sehubungan itu, Rosiah merayu orang ramai yang sudi membayar zakat atau menderma dapat menghubungi beliau di talian 016-4080021 atau menyalurkan bantuan kepada nombor akaun CIMB Bank: 0208-0009497-52-2.

Projek Menyamar sebagai AHLI PAS buat demo terkantoi juga akhirnya..!!

Terbongkarr...akhirnya perangai jelik Umno.

Lihat wajah spesis manusia berbaju kotak diatas..sama kan kan kan


Edisi pecah telur tembelang...

Hancing bagaikan kencing lembu NFC..

Projek menyamar oleh puak Umno sebagai ahli pas terburai kini.

Gambar sebagai bukti bertapa puak puak ini berperangai macam dajai yang suka membuat adu domba dan menabur fitnah untuk memecah belah manusia.

Parti yang penuh dengan dosa dan noda sanggup berlakon demi menyelamatkan parti yang hampir karam.

Jika pembangkang pun mereka sanggup tipu , ini bermakna rakyat yang mengundi dan memenangkan umNo/BN pun akan kena tipu juga .

Kalau perangai dah mcm dajai maka akan menghasilkan kerja pun seperti Dajai juga

Eee geramnya!!

khirkkk tuihhh..

Soi.... punya spesis yang busuk sampai keusus. ~~ batuvskayu

Apakah kenyataan Harun Taib ini merupakan sabotaj peringkat tertinggi..???

oleh AnaKedah007.blogspot.com

Kita di 60 hari terakhir. tak perlu buat sebarang kenyataan yang bersifat 'neither here nor there".

Harun Taib agak ketinggalan zaman, dalam zaman cyber ni isu meletup dan reda dalam tempoh 2-3 hari saja. Paling lama 10 hari. Isu kalimah Allah telah diputuskan majlis syura hampir 3 minggu lalu, dan telah hampir reda. kenyataan karpal pun hampir 2-3 minggu lalu dan telah dibalas oleh Ust Tuan Ibrahim dan Ust Harun Din sebaik saja ia ditimbulkan.

Cukup lah. Apa keperluan Harun Taib untuk 'kejutkan' semula isu yang hampir tidur ini? Isu PM selepas PRU 13 pun tak perlu ditimbulkan. Lebih baik didiamkan dalam 60 hari (mungkin kurang) terakhir ini.

Apa Harun Taib masih kepingin dengan UG dan kerana itu akhir-akhir ini kerap buat kenyataan menongkah arus? Sabotaj peringkat tinggi?

Hormati pendirian dan prinsip PAS

KUALA LUMPUR: PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.

Lantaran itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berharap rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.

Lantaran itu, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

Parti Arak Batu Feringgi - Dalang di sebaliknya sudah terdedah.. parti tersebut tidak diluluskan oleh Kerajaan Negeri

Jho Low mengaku kerajaan P Pinang tolak pesta arak

PULAU PINANG: Penasihat perniagaan kepada Perdana Menteri dan isterinya, Jho Low mengakui sebuah parti arak yang melibatkan ramai selebriti di Pantai Batu Feringgi telah tidak diluluskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Menurut mesej yang dihantar oleh Jho Low melalui Twitternya, kerajaan Pulau Pinang tidak meluluskan permohonan ramai selebriti untuk berparti di pantai itu.

Namun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tetap dituduh oleh Umno menganjurkan parti arak di pantai itu.

"Umno mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang menganjurkan parti arak di pantainya," kata beliau sampai menyambung mesej yang dihantar oleh Jho Low tersebut.

Jho Low adalah antara orang kepercayaan Datin Seri Rosmah Mansor dan suaminya untuk menguruskan hal pelaburan dan kewangannya.

UMNO berjuang demi AGAMA, BANGSA & NEGARA... atau...!!!

"(Kalau PR menang) saya bimbang anak cucu saya"

Seorang bekas pemimpin terkanan Umno berkata: "(Jika Pakatan Rakyat (PR) menang), saya tidak bimbangkan diri saya (dimangsakan), saya bimbangkan anak cucu saya".

Nyatalah, mereka berhempas-pulas mempertahankan kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN) bukanlah kerana kepentingan negara, kepentingan orang-orang Melayu jauh lagilah kepentingan Islam. Mereka tak pernah peduli pun fasal Islam.

Bukan juga kerana mereka takut DAP berkuasa, Cina berkuasa dan apa sahaja taktik rasis yang mereka gunakan (taktik rasis ini dijilat dengan penuh bangang oleh beberapa pemimpin PAS yang tidak ada akal dan keyakinan diri untuk menangani kemenangan DAP dan Cina - habis banyak pun 40 kerusi DAP boleh menang).

Kesian kat Ezam... dah jadi tahap pencacai yang kritikal dah dilihatnya..!!!

Salam semua...

Mak Long hang cukup berkenan ngan budak Ezam neh... kalau boleh menantu dia pun nak cari muka macam Ezam, kiut dia kata... Tapi tu duluuuu... Zaman Ezam cakap keluaq api, zaman Ezam dokong reformasi.

Tapi la ni dak dah malah Mak Long hang cukup kesian pulak kat Ezam... Lembik macam tak cukup karan, sengau macam terlebih belacan. Mak Long hang kata Umno nih penaya dia betoi-betoi laa... sampai makam terpaksa tebaikan kulit muka demi sesuap nasik dari ayaq tangan Umno.

Sejak Ezam mula melutut balik kat Umno, maruah dia sebagai hero zaman reformasi dah berkuboq sebenaqnya, jauh terpelanting dalam longkang yang berdanok... Dia hanya sorang lagi pencacai belaan bawah ketiak Najib dan suaminya... Tapi tentu dia berbangga gila, nama dia sebarih dengan dua anak Ali... Hassan Ali ngan Ibrahim Ali... hehe...

Diktator Tua semakin gentar dengan Media Alternatif..

Dr M mahu kerajaan tapis media alternatif
Oleh Boo Su-Lyn
February 17, 2013

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau lebih rela kerajaan menapis internet daripada media alternatif terus dimanipulasi.

Bekas perdana menteri itu berkata dalam blognya chedet.cc bahawa video penyanyi sensasi Korea Psy di Pulau Pinang, yang menunjukkan orang ramai berkata “No” (tidak) kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi mempertikaikan video tersebut dengan mengatakan video itu diubahsuai.

“Saya akan hilang kebebasan dalam media apabila kerajaan mungkin merampas kebebasan saya,” kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc hari ini.

“Terus terang saya rela kerajaan menapis saya, kerana jika saya tidak suka apa yang kerajaan buat, saya boleh buat apa sahaja untuk menolak parti yang membentuk kerajaan. Tetapi saya tidak boleh buat apa untuk menghentikan orang ramai yang cuba merampas kebebasan saya melalui media alternatif,” katanya lagi.

Dr Mahathir berkata mengenai video Psy yang semakin popular di Facebook, “diubahsuai” dengan “kumpulan tertentu” dengan kamera video dan mikrofon yang berkata “No” (tidak) kepada soalan Najib kepada orang ramai sama ada mereka bersedia untuk Barisan Nasional (BN).

BN Kedah harap keajaiban balak selepas gagal isu lain

Oleh ZULKIFLI YAHAYA


UNTUK kali kedua BN Kedah menghimpunkan penyokongnya dari seluruh pelosok negeri di Charok Genting Bunga bagi melakukan 'battle cry' terhadap isu pembalakan yang kononnya berlaku dengan rakusnya di bawah Pakatan Rakyat

Mereka mendakwa 12,000 orang berhimpun kali ini, lebih 2,000 orang berbanding perhimpunan pertama.

Setiap peserta perhimpunan dibekalkan dengan baju-T percuma, minyak motosikal untuk konvoi, wang sagu hati dan makanan. Ditambah dengan bayaran untuk artis jemputan, sewa ratusan buah khemah, publisiti dalam pelbagai bentuk - maka jumlah yang dianggarkan tidak kurang RM1 juta dibelanjakan untuk himpunan kali kedua.

Himpunan kali pertama juga tidak kurang besar belanjanya apabila orang kampung yang tidak tahu apa-apa dikerahkan dengan beratus-ratus buah bas, hadir terpinga-pinga mendengar ucapan Dato' Ibrahim Ali.

Persoalan menarik ialah, mengapa BN Kedah sanggup melaburkan wang dan masa dengan begitu banyak hanya untuk memfokuskan isu yang satu, iaitu balak? Cukupkah dengan isu tersebut untuk menumbangkan Pakatan di Kedah?

BERLEPAS KE KUALA LUMPUR TANPA KETUA JURULATIH MARIO TOT

Wartawan: Bashah Zainol Abidin
Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin


Pasukan Kedah bertolak dari Alor Setar tepat jam lapan pagi tanpa ketua jurulatih Mario Tot yang di serang demam panas malam semalam, ketika tiba di perkarangan Stadium Darulaman pembantunya Antonio Sisic yang tiba dengan menaiki teksi memberitahu mereka terpaksa meneruskan perjalanan mereka tanpa Tot.

Sekali lagi barisan pemain Kedah terpaksa bersabar dan meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur yang memakan masa selama enam jam, apa yang dapat di lihat dari air muka kesemua pemain Pasukan Hijau kuning ialah mereka kelihatan ceria dan sudah dapat mengatasi kekecewaan di tangan Perlis Jumaat lalu.

Barisan pemain Kedah yang tiba di Shah Alam jam 2.30 petang hanya berehat selama dua jam sebelum mereka meneruskan latihan di Stadium UiTM Shah Alam, sehingga tujuh petang dan mereka juga menjalani segala latihan yang sudah disediakan oleh Tot dan Antonio.

Walaupun padang permainan bertakung air hujan yang turun jam empat petang tadi keadaan ini tidak melemahkan semangat kesemua pemain Kedah mengikuti segala arahan Antonio dengan ceria dan kesungguhan bagi memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong dari Shah Alam bertemu KL SPA FC.

E-Idaman & Pendududk - Dua-dua saling beri kerjasama baru selesai masalah sampah

Sikap salah guna bahu jalan
Wartawan Sinar Harian
17 Februari 2013
Sikap salah guna bahu jalan
Kedua bahu jalan sekitar Taman Sri Derga dicemari sampah 
oleh individu tidak bertanggungjawab.
 
ALOR SETAR - Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak menyalahgunakan bahu jalan sepanjang laluan berdekatan Taman Sri Derga, di sini sebagai tempat pembuangan sampah mencemarkan dan menjejaskan pemandangan kawasan berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati longgokan bungkusan sampah bertaburan tanpa sebarang inisiatif daripada penduduk setempat untuk membendung kawasan di situ daripada terus tercemar, sebaliknya berterusan mencampakkan buangan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Environment Idaman Sdn Bhd, Mhd Saiful Anuar Zainal berkata, aktiviti pembuangan sampah di kawasan berkenaan kemungkinan dilakukan pihak tertentu yang tidak dibekalkan dengan tong sampah.

Menurutnya, namun mana-mana pihak yang mempunyai tong sampah berkenaan kebiasaannya tidak akan melakukan tindakan sedemikian.

Al Pelik Bin Ajaib dah nie...!!!!

Terkejut daun getah bentuk panjang
Wartawan Sinar Harian
17 Februari 2013
Terkejut daun getah bentuk panjang
Mat Isa (kiri) menunjukkan daun getah yang ditemuinya.
 
KEDAH - Seorang penoreh getah terkejut apabila pokok getah yang ditorehnya memiliki daun yang berbeza dari pokok getah lain iaitu berbentuk panjang.

Mat Isa Awang 60, berkata, dia menyedari keanehan daun pokok getah itu tiga hari lalu apabila hampir semua daun pokok itu luruh sebelum berputik semula.

Menurutnya, saiz daun getah itu sangat berbeza kerana ia lebih panjang dari daun getah biasa.

“Selama 25 tahun saya menoreh getah, ini kali pertama saya menemui daun getah seperti ini. Ia merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Mungkin baka pokok getah ini lain berbanding pokok yang saya tanam sebelum ini.

"Bagaimanapun hasil getah yang diperoleh adalah sama, cuma daunnya sahaja berbeza,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...