'I Love New PM' sambut Anwar di majlis Dong Zong
Plakad 'I Love New PM' sambut kehadiran Anwar
 
KAJANG - Ketibaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong kira-kira sejam selepas perdana menteri meninggalkan majlis itu mendapat sambutan yang agak luar biasa.

Kehadiran Anwar bersama isteri dan pimpinan Pakatan Rakyat disambut dengan tiga plakad bertulis ‘I Love New PM’.

Plakad sama sebelum itu digunakan ketika menyambut kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ia diubah suai dengan menambah perkataan 'new' iaitu baru bagi menyambut kehadiran Anwar.

Salah satu plakad itu juga menambah 'I Love New PM Anwar'.