TERKINI :

Saturday, February 16, 2013

Senarai "BIAWAK HIDUP" Tinggalan BN - RM403Juta!!!!



LIVE JELAJAH MERDEKA RAKYAT - SETIAWANGSA



UMNO beli pukal buku Chegu Non untuk di taburkan di seluruh negara..!!


Nah nie dia dua buah buku yang paling laris di beli secara pukal oleh UMNO untuk diedarkan seluruh negara. 

Nampaknya penulis buku ini iaitu Chegu Non @ CN AL-AFGHANI boleh menarik nafas lega kerana buku tulisan beliau yang dua buah ini telah digunakan oleh UMNO untuk di poskan kesemua JKKK & MKK di KEDAH, SELANGOR, PENANG & KELANTAN...

Selain itu ia juga diedarkan kepada GURU-GURU serta kakitangan kerajaan di seluruh negara...edaran terkini adalah di program TPM bersama GURU-GURU MUDA di KEDAH siang tadi....

Terjumpa Najib peniaga petai


Najib dan pimpinan UMNO menyelenggarakan kempen pilihanraya seperti orang menjual petai dan jering yang saya pernah kenali. Kebetulan namanya ialah Najib dan beliau menjual petai itu di salah sebuah tempat pasar sehari di Selangor. Najib penjual petai ini akan menunggu petai yang di pesannya dari orang asli di sekitar tempat perniagaan pasar sehari itu.

Saya pernah duduk dengan si Najib penjual petai ini di sebuah warung di tempat beliau berniaga itu dan saya bertanya kepadanya apa yang dia sedang tunggu di warung itu. Dia berkata dia menunggu petai yang dia pesan dari salah seorang asli yang akan menghantar petai itu kepadanya setiap hari pasar sehari itu beroperasi. Saya berseloroh dengannya sambil bertanya siapa yang memberi nama ‘Najib’ itu.

Dia menjawab sambil tersenyum, “kebetulan bang, nama ayah saya pun Razak, dan dialah yang memberi nama ini kepada saya. Saya sebenarnya berasal dari Tanjung Malim tetapi pindah ke sini mengikut arwah bapa saya yang bertugas sebagai anggota Polis di sini”. Saya menjawab sambil berseloroh, “bagus nama tu, itu nama Perdana Menteri tu!” Dia lantas menjawab, “tak sama bang, saya beli petai untuk di jual, Najib yang satu lagi tu membeli undi dari orang dengan harga RM500 sekali beli untuk di jual juga”

Al Fatihah - Pelakon Kuswadinata meninggal


KUALA LUMPUR 16 Feb. - Pelakon veteran Kuswadinata, 75, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, kira-kira pukul 5.07 petang ini.Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia kerana penyakit buah pinggang dan kanser usus yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Jenazah pelakon itu akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Resmi Jaya, Ampang, sebelum dimandikan dan dikafankan di Masjid Bukit Indah, Ampang Selangor esok.

Selain mengalami pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami kerosakan buah pinggang sebelah kiri dan sering dimasukkan ke Hospital Ampang sejak Julai lalu.

- UTUSANArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130216/dn_32/Pelakon-Kuswadinata-meninggal#ixzz2L3euZGkX © Utusan Melayu (M) Bhd 

Ada artis jadi Ayahanda baru untuk pertubuhan EPANCO

Gelaran ‘Ayahanda’ Zed Zaidi Tiada Kaitan Gengsterisme

PETALING JAYA: Pelakon Zed Zaidi meminta masyarakat agar tidak mempertikaikan gelaran ‘ayahanda’ yang diterimanya daripada Pertubuhan Kebajikan Epanco Malaysia (Epanco) pada Ahad lalu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, gelaran itu adalah istilah yang digunakan sebagai simbolik pelantikannya mengetuai Bahagian Ekonomi pertubuhan berkenaan.

“Saya harap masyarakat jangan pertikai gelaran yang saya terima. Ia adalah penghormatan Epanco atas sumbangan dan kerja saya terhadap masyarakat selama ini.

“Masyarakat perlu ubah persepsi kononnya istilah ‘ayahanda’ berkaitan dengan pertubuhan gengster walhal ia hanya gelaran yang tidak membawa sebarang maksud tersirat,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Jumaat.

Pengajaran dari PSY untuk Najib, BN, Umno serta PR...


PSY datang dan telah pergi. Rakyat Malaysia berfikirlah, adakah kita telah telah ditinggalkan? Jika ya, sejauh mana dan mengapa?

Korea mencapai kemerdekaan secara rasmi dari Jepun pada tahun 1948. Walau bagaimanapun, pada awal tahun 1950-an, perang saudara Korea selama 3 tahun yang melanda negara itu dan berpecah kepada dua hingga ke hari ini.

Malaysia pula mencapai kemerdekaan beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1957. Ketika itu kita 3 kali ganda lebih kaya dari Korea Selatan, dengan purata pendapatan per kapita sebanyak AS$287 berbanding Selatan Korea US $92 pada tahun 1961.

Walaupun Korea Selatan tidak mempunyai apa-apa kelebihan seperti Malaysia untuk terus hidup, mereka hanya bergantung kepada kepintaran rakyatnya, Malaysia mempunyai kemewahan berterusan dan meningkatnya penemuan minyak dan gas yang lumayan, menyumbang beratus-ratus berbilion ringgit untuk tabung kewangan negara.

Walau bagaimanapun, Korea Selatan pantas mendahului rakyat Malaysia dari segi ekonomi. 50 tahun kemudian, Korea Selatan mempunyai purata pendapatan sebanyak US $22.424 lebih dua kali ganda daripada kita, hanya $9.977 AS.

Modal terakhir UMNO BN..laksanakan projek pecahkan PAS dari PAKATAN...tapi kantoi juga akhirnya..!!!

GEROMBOLAN MAHU PECAHKAN PAS DARI PAKATAN

PROJEK PECAHKAN PAS DARI PAKATAN
gambar banner yang sedang dicetak 
dan sudah mulai digantung sejak semalam.

banner ini dicetak melebihi 10 ribu 
di beberapa buah kilang di ampang / pandan.

INI BUKAN KERJA HARUN DIN
INI BUKAN KERJA MUSTAPHA ALI
INI JUGA BUKAN KERJA HAJI HADI
kerja siapa ini?


NOTA:
gambar dalam kilang pun bocor
siapa yang bocorkan ini?
ini mesti kerja mat ezam
kah kah kah

[TUKAR TIUB]

Keinginan untuk berubah itu sudah lama terpendam di hati rakyat

oleh Aspan Alias

 Ketidakpuasan hati terhadap UMNO memimpin negara sebenarnya sudah lama di rasakan oleh rakyat khususnya bagi mereka yang boleh berfikir dan menilai sesuatu isu itu dengan baik, telus, ikhlas dan rasional. Hanya mereka tidak perasan yang ketidak puasan mereka itu sudah bersemi di dalam diri mereka sebegitu lama.

‘Sub conscience’ mereka yang inginkan perubahan itu sudah berada di dalam diri mereka sebegitu lama. Hanya setelah mereka nampak ketidak telusan dan elemen-elemen negatif sudah menjadi sebegitu jelas berlaku maka barulah mereka menzahirkannya melalui parti-parti politik dan NGO-NGO dan berbagai-bagai saluran yang lain. Mereka kini menzahirkan rasa tidak puas hati itu dengan terbuka, lebih-lebih lagi zaman komunikasi yang canggih yang menjadi cara hidup rakyat di zaman kemajuan ini.

Di dalam sesebuah negara demokrasi elemen terpenting yang penyaluran ‘informasi’ yang aktif dan terbuka dan elemen ini sudah menjadi begitu maju sehinggakan kerajaan yang selama ini menekan dan menutup segala ‘avenue’ untuk rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku itu tidak lagi berdaya untuk membendungnya.

Blogger BN jawab isu RM403 juta.. tapi boleh bagi markah kesian 5/100 sahaja..!!!

RM403 juta tu hanya beban tinggalan BN yang ditanggung kerajaan kini... kalau nak kira semua kerugian angkara BN berbillionlah..!!


Oleh: Pak Dee

Akhirnya, sebuah blog Umeno Kedah jawab juga isu RM403 juta yang jadi tinggalan bewak hidup BN Kedah kepada kerajaan kini... itu pun mungkin terpaksa berhempas pulas sehari semalam pikiaq macam mana nak putag pusin isu supaya jawapan dapat diberi jugak. Tapi kalau aku jadi cikgu yang bagi markah... maka jawapan yang diberi oleh blogger upahan calon Pantai Merdeka itu hanya dapat 5% (markah kesian).

Mai cikgu nak komen pasai apa jawapan yang diberi tu tak boleh pakai...

1) Jumlah kerugian RM403 juta itu ialah jumlah yang ditanggung oleh kerajaan Pakatan Rakyat kini akibat perbuatan durjana BN yang memerintah Kedah dulu. Lebih banyak lagi kerugian duit rakyat yang berlaku di zaman BN tapi kerajaan kini tak payah tanggung... maka sekretariat Bongkar 403 tak masuk kira. Kalau masuk semua tu sejak zaman Syed Nahar tentulah berbilion-bilion jumlahnya. Contohnya projek kantoi chalet muzium padi, chalet Pulau Payar, screen gergasi MBAS, Marina Harbour Kuala Kedah, Kompleks Ikan Bakar Kuala Kedah, Mutiara Resort dan padang golf Tasik Pedu, Maahad Dini Jalan Suka Menanti, jambatan Pulau Bunting... ihh banyak lagi, tak larat aku nak taip. Itu semua tak masuk dalam RM403 juta tuu.

Siapa penyelamat Felda, harta orang Melayu?

JENGKA: Felda perlu diselamatkan. Tapi siapa penyelamatnya? Orang Felda juga – iaitu anak peneroka Felda yang kini di perantauan.

“Anak peneroka harus menjadi agen perubahan dan penyelamat Felda dan harta orang Melayu. Mereka kena balik mengundi dan pastikan maklumat mengenai penyelewengan di Felda yang ditutup di media massa sampai ke tangan ahli-ahli keluarga mereka,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) kepada Harakahdaily.

Bagi Tuan Ibrahim, jika generasi kedua dan ketiga Felda tidak berusaha menyelamatkan harta-harta Felda yang diusahakan oleh ibu-bapa mereka segalanya akan tergadai di bawah pemerintahan Umno.

Selain itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyeru para kakitangan Felda untuk mengambil peluang di pilihanraya umum ke 13 untuk membebaskan diri daripada cengkaman Umno.

“Mereka juga boleh menjadi agen penyelamat Felda dan harta orang Melayu dari dalam. Golongan ini sebenarnya harus membebaskan diri daripada cengkaman Umno yang selalu memaksa melakukan aktiviti yang melaksanakan agenda Umno,” tambah Tuan Ibrahim.

Beliau juga berharap para generasi kedua dan ketiga Felda akan menyampaikan mesej bahawa apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti, semua peneroka yang sudah selesai membayar hutang akan diberi balik geran tanah ladang dan tapak rumah.

Demokrasi BN... demokrasi kena kat dia..!!!

Demokrasi apakah ini?

Abu Umar,


Tidak pernah terlintas di fikiranku seorang Perdana Menteri yang dipilih atas landasan demokrasi boleh mengugut dan merasuah rakyatnya di atas pentas kerajaan. Seolah-olah kerajaan ini parti dia yang punya. Seolah-olah kakitangan awam itu semuanya dibayar gaji dan pencennya oleh Barisan Nasional. Seolah-olah dunia ini akan kiamat jika bukan BN yang menang? Demokrasi apakah ini?

Sewaktu belajar di Ireland, aku melihat integriti dan professionalisme yang tinggi. Ireland mempunyai sejarah hitamnya yang tersendiri. Fanatik Kristian Protestan dan Katholik membawa kepada implikasi sosiopolitik yang hakikatnya merumitkan demokrasi. Namun, isu-isu kepartian hanya menonjol sewaktu pilihanraya dan isu-isu yang ditonjolkan melambangkan idea dan gagasan yang diperjuangkan, jauh sekali slogan ataupun janji-janji manis jalanraya ataupun stadium apatah lagi serangan peribadi mahupun ugutan-ugutan yang tidak dapat diterima oleh akal-akal yang memahami hak dan kebebasan individu yang dibela oleh prinsip demokrasi.

Demokrasi menekankan hak dan kebebasan individu untuk memilih. Hari ini, hak dan kebebasan tersebut dikawal sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Rakyat diberitahu berulang-ulang kali bahawa mereka sahajalah yang membawa pembangunan, mereka sahajalah yang berjuang demi kemerdekaan, mereka sahajalah yang bertungkus lumus menjana ekonomi negara, mereka sahajalah yang bekerja di agensi kerajaan. Rakyat tidak diberi pilihan yang seluasnya, media arus perdana dilacur habisan sehinggakan timbul satu kefahaman di mana yang baik itu datangnya dari Barisan Nasional dan yang lemah serta pincang itu datangnya dari parti selainnya. Demokrasi apakah ini?

Muhyiddin seperti Najib, sangka rakyat rela dijual beli

oleh Aspan Alias


Muhyiddin Yassin yang di ura-urakan oleh sebahagian pimpinan UMNO untuk mengambil alih kepimpinan dari Najib itu adalah seorang pemimpin yang lebih lagi tidak menggunakan alat untuk berfikir (otak) anugerah Tuhan untuk digunakan dengan sebaik-baiknya. Itu lah sebabnya saya tidak berhenti-henti berkata bahawa siapa sahaja dalam kepimpinan tertinggi UMNO itu adalah mereka yang tidak sempurna akal fikiran politik mereka. Mereka tidak tahu apa yang baik untuk disebut dan yang sepatutnya dihindari untuk terkeluar dari mulut seorang yang bercita-cita tinggi untuk mengambil alih kepimpinan negara kita yang kita sayangi ini.

Saya terpaksa memberikan komen terhadap kata-kata Muhyiddin di Johor semalam di mana beliau telah menjanjikan BRIM akan di tambah menjadi RM1000 selepas ini. Beliau berkata jika menolak BN dan UMNO itu merupakan penolakan terhadap rezki. “kalau hendak rezki yang seribu itu terpaksa lah kekalkan kepimpinan BN dalam pilihanraya ini” kata beliau lebih kurang kepada orang-orang yang menyambut ketibaan beliau dan di siarkan dalam saluran-saluran TV arus perdana malam tadi. Mendengar kata-kata ini membuatkan saya hampir terjatuh dari kerusi kerana terkejut dengan taraf pemikiran seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri itu.

Isu Balak PEDU - JAS & Pengarah Hutan..OK tapi BN pula yang menghalangnya..!!

Jabatan Alam Sekitar tiada halangan, ‘pihak’ lain cuba menghalang
“Baru-baru ini Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya turun meninjau ke Tasik Pedu untuk meninjau lokasi tapak projek dan tiada halangan daripada pihak mereka untuk meneruskan projek tersebut.
ALOR SETAR – Projek Agro Tourism di Charok Genting Bunga, Padang Terap yang bakal menyediakan banyak peluang pekerjaan dan mengubah wajah Tasik Pedu sering mendapat tentangan apabila kebenarannya sering diputar belit oleh pihak yang tidak mahu projek tersebut berjalan dengan lancar.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, apabila selesai dan tiada masalah berkenaan isu tadahan air di Tasik Pedu, maka timbul pula isu bahawa kerajaan negeri rakus menebang balak di kawasan terbabit sedangkan setiap aktiviti pembalakan perlu dapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Hasil Bumi terlebih dahulu.

“Baru-baru ini Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya turun meninjau ke Tasik Pedu untuk meninjau lokasi tapak projek dan tiada halangan daripada pihak mereka untuk meneruskan projek tersebut.

“Mana-mana aktiviti penebangan balak yang dibuat adalah mengikut peraturan JAS dan Jabatan Hutan Negeri. Malah kajian mendapati tiada aliran air daripada kawasan ladang masuk ke Tasik Pedu kerana kedudukan tasik lebih tinggi dan kawasan penebangan di sebelah bawah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman.

Lebih 900 cedera meteor terhempas di Rusia

Wartawan Sinar Harian
15 Februari 2013

[DIKEMAS KINI] MOSCOW - Meteor dari angkasa menimpa Rusia pagi tadi (waktu tempatan) menyebabkan bola api, yang mengejutkan ramai, dan mencederakan lebih 900 orang Di Chelyabinsk, wilayah Ural, timur Moscow, pagi tadi waktu tempatan.

Jurucakap pihak berkuasa Chelyabinsk berkata, sembilan orang dimasukkan ke hospital. Kebanyakan cedera disebabkan terkena kaca yang pecah.

Meteor timpa Rusia 400 cederaAgensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lagi kritikal, juga akibat terkena kaca pecah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi.

Menurut laporan agensi berita rasmi, Itar-Tass, satu cahaya terang berwarna putih muncul di langit untuk beberapa saat diikuti dengan bunyi "bang" yang sangat kuat seperti letupan.

Itar-Tass melaporkan, letupan itu berpusat di 50 batu (80 kilometer) di bandar Satka, Chelyabinsk.

Sementara itu, pegawai kecemasan Rusia berkata, meteor telah musnah selepas sebahagiannya terbakar ketika berada di atmosfera lebih rendah berbanding daerah Ural.

Pegawai Kementerian Kecemasan Gennady Onishcenko berkata, kebanyakan mangsa cedera akibat terkena serpihan kaca selepas hujan meteoroid tersebut jatuh ke kawasan perumahan dan sekitar bangunan.

“Kebanyakan mangsa dikejarkan ke hospital akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan selepas meteoroid itu terkena premis bangunan, kedai dan kediaman,” katanya.

Suasana bergambar himpunan di Pedu.. berapa orang hangpa kira sendiri lah..!!

Alhamdulillah semuanya selamat 
dan yang best MB siap kena nai motor sebab jammed dengan anak muda nak kesana....ini ada beberapa gambar sahabat fb saksikanlah...
 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...