TERKINI :

Friday, February 15, 2013

Adakah TUN berani sahut cabaran supaya bertanding lawan ANWAR..??

Dr M dicabar tanding lawan Anwar dalam PRU
 
Bekas pemimpin kesatuan sekerja hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad, yang didakwanya sering memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya bertanding menentang bekas timbalannya itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bekas presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood berkata ketua umum PKR itu "telah lama dizalimi" oleh bekas perdana menteri tersebut dengan pelbagai cara dan patut dibela.

"Mahathir mendakwa beliau banyak berjasa kepada negara termasuk bangsa Melayu.

"Untuk memastikan sama ada benar beliau seorang yang banyak berjasa kepada rakyat terutama orang Melayu dan negara ini, dan masih mendapat sokongan daripada rakyat, wajarlah Mahathir bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 ini menentang Anwar," katanya di sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini

Mat Sabu: Saya tidak akan minta maaf

HASLINA KAMALUDIN
15 Februari 2013
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan memohon maaf kepada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, sebaliknya menyerahkannya kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Mohamad yang sebelum ini didakwa telah memfitnah Wan Ahmad menerusi kenyataan di dalam akhbar Harakah berhubung isu 'projek IC' Sabah, bertajuk “Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan”.

Menurutnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan dan hanya menunggu susulan peguamnya sahaja.
"Saya tidak mahu mengulas perkara tersebut. Yang pasti, tiada maaf, saya sudah serahkan semuanya kepada peguam. Tunggu sahaja nanti," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, Wan Ahmad menerusi peguamnya dari firma guaman Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak telah menghantar satu notis mahkamah menuntut Mohamad, Pas, Angkatan Edaran Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar Harakah dan penulis artikel tersebut membuat permohonan maaf tidak bersyarat dan menarik balik laporan berita itu dalam tempoh tujuh hari bermula 7 Februari lepas.

Unit Kapal Selam yang ada di Sabah tak sedarkah sewaktu penjahat menceroboh masuk perairan negara..!!



Fakta bukan AUTA..


Kita ada 2 Kapal selam secondhand berharga RM7000 juta atau bersamaan 7 bilion berserta komisyen terhadap Najib Razak sebanyak RM500 juta....

GAGAL menjaga perairan negara hingga di ceroboh ASKAR negara luar.. napaknya TAK ADA FAEDAH apa pun duit sebanyak 7 bilion tu buat beli kapal selam 2nd nih.. beli harga BARU.. tapi dapat 2nd.. wang yg sebanyak 7 bilion tu boleh beli 8 bijik kapal selam baru .. woii .. sedar tak ni? puii! Sekian laporan .

[Bongkar] Mamat Jual Satay di kesan berlakon jadi AHLI PAS..apa lagik saman..!!!



Sapa orang Taiping mari sini sat..!!

Hasil maklumat yang didedahkan oleh kakitangan director itu sendiri menyatakan HASMADI ISMAIL ini ialah seorang peniaga satay disebuah gerai cina bersebelahan bangunan Kamal Bina di Taman Tasek Taiping.

Lakonan beliau kelmarin sebagai RAMLI SUDIN telah mendapat reaksi dari beberapa pimpinan PAS Taiping.

Jika benar Hasmadi Ismail ini ahli PAS mengapa perlu menyamar dengan nama Ramli Sudin..

Kisah lakonan Zoo Taiping : Demo Zoo Taiping : UMNO Taiping Jadi Director.

Ujian selepas kemenangan lebih berat............

 oleh Tuan Ibrahim Tuan Man,

Sabda Baginda SAW yang bermaksud; "Tidak ada seorang Nabi yang diutuskan kepada suatu umat sebelumku, kecuali ia memiliki hawariyyun (pengikut-pengikut setia) dan para sahabat yang sentiasa mengikuti sunnahnya dan mentaati apa yang menjadi perintahnya. Kemudian, sesudah mereka akan muncul generasi (orang-orang) yang mengatakan apa-apa yang mereka tidak laksanakan dan mengerjakan apa-apa yang tidak diperintahkan. Maka, barangsiapa yang memerangi mereka dengan tangannya, ia adalah Mukmin. Barangsiapa yang memerangi mereka dengan lisannya, ia adalah Mukmin. Barangsiapa yang memerangi mereka dengan hatinya. Ia adalah seorang Mukmin. Setelah itu, tidak ada lagi iman meskipun hanya sebesar zarah."

Dalam usaha memperjuangan Islam ini, lazimnya kita akan dihadapkan dengan dua golongan manusia, golongan pertama ialah golongan yang bekerja memperjuangkannya, manakala golongan kedua pula adalah golongan yang hanya ingin melihat kemenangan. Golongan bekerja pula ada kriteria-kriteria yang berbeza, belum tentu semuanya bekerja semata-mata ikhlas kerana Allah Taala. Seterusnya yang ikhlas itu pula, belum tentu mereka mampu bertahan apabila diuji oleh Allah Taala.

Oleh itu, ujian (fitnah), cubaan dan dugaan menjadi tapisan Allah Taala kepada para pejuangnya. Allah menjadikan ujian dalam tarbiyah sebagai proses menapis antara golongan yang istiqamah, dengan golongan yang tergelincir dalam perjuangan Islam. Kita berdoa, semoga Allah tidak menguji kita perkara yang kita tidak mampu tempuhinya.

Syarikat yang taja "Gangnam Style"...untung tahun lepas baru RM40K mai tahun nie taja sampai RM6juta...!!

Wajah Syarikat Taja "Gangnam Style"

Blog drhalimahali.blogspot.com
 
Dari segi adatnya, sebuah syarikat yang mampu menaja atau menjadi "event promoter-event manager" semestinya mempunyai modal berbayar dan modal kerja yang besar. Syarikat yang modal berbayarnya besar mampu menjalankan projek besar yang kosnya tinggi. Dalam dunia perniagaan, kata kunci untuk semua aktiviti sebelum diteruskan ialah " Berapakah pulangan balik pelaburan ini atau return on investment (ROI) ?"

Biasanya dalam dunia perniagaan paling busuk, kos perbelanjaan sesuatu aktiviti mesti dapat balik atau "break even" yakni tak untung tak rugi. Sebelum mampu menjalankan aktiviti kemasyarakatan, amal atau "corporate social responsibility" bertaraf mega atau antarabangsa, syarikat berkenanan tentulah syarikat yang memiliki keuntungan sebelum atau selepas cukai yang amat besar, paling tidak ratusan ribu.

Jika semua kos perbelanjaan di"write off" mesti ada sesuatu tak kena atau pulangannya disebut sebagai "non cash atau intangible return" atau "return for favour". Inilah apa yang berlaku dalam kes penajaan PSY dari Korea yang anggaran kosnya antara RM2juta ke RM6 juta. Namun PM Najib menegaskan kerajaan Malaysia tidak menggunakan satu sen duit rakyat ( atau duit Bank Negara ) . 
 

Ustaz UMNO ibarat "Roti 4 Segi" saja diguna ketika makan di majlis orang mati..!!

PRU13: Ustaz upahan jadi talian hayat Umno

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kebiasaan hampir pilihan raya akan muncul ustaz-ustaz upahan untuk mencari dalil supaya menghalalkan tindakan Umno di negara ini, lebih-lebih lagi ketika Umno nazak untuk menghadapi PRU13.

"Umno hanya bergantung kepada undi Melayu.

“Memang kita sedia maklum bahawa Melayu begitu intim dengan agama. Oleh itu peranan golongan ini amat diperlukan untuk mempengaruhi pengundi Melayu talian hayat Umno dilanjutkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Maka, katanya sudah kedengaran haram mengundi PAS kerana ia bersama dengan DAP yang menolak hudud.

“Apabila membaca kenyataan ini kita boleh buat dua andaian, pertama mereka buat tidak tahu kenyataan pemimpin MCA dan Umno yang begitu biadab dengan Islam,” katanya.

Kompom Tipu - Mamat demo di N9 tu mamat kaki karaoke bukan ahli PAS...

Tudia 'ahli PAS' kaki karaoke... zaman ICT ni hangpa tak malu ka dok muhong BN oii... sat saja cerita benar tersebaq

Ahli “PAS Seremban” ini rupanya kaki karaoke.. alahai UMporNO carilah budak Pondok Pak Ya ka nak berlakon jadi ahli PAS pun..


Siapa dia Mohd Abinaufal Mohd Sohaimi yang mendakwa diri dia ahli PAS Seremban yang menyertai demo yang dihadiri beberapa kerat orang membantah penggunaan kalimah Allah? 'Ahli PAS' ini pernah mewakili N.Sembilan dalam Pertandingan Bintang P.Ramlee tahun 2008. Bila pula PAS ada ibu pejabat di tengah bandar Seremban di depan Padang MPS? Adakah media pecacai BN ingin memberi kredit kepada PAS bahawa satu hari nanti ibu pejabat PAS N.Sembilan akan terletak di bangunan Yayasan Negeri atau Wisma Negeri atau Majlis Perbandaran Seremban?

Maklumat dari PAS Nogori... budak ni tak pernah tersenarai pun sebagai penyokong PAS, jauh lagilah kalau ahli PAS.

Sebenarnya UNDI UMNO tu yang HARAM JADAH


Undi UMNO lah Sebenarnya Boleh Jatuh Syirik dan Kufur (Haram)
Oleh: Tok Janggut


Tiba-tiba sahaja ada golongan yang mengaku ulamak (ular dalam semak) Kelantan membuat kenyataan bahawa mengundi PAS itu haram. Hujah dangkalnya yang setaraf dengan kanak-kanak belum baligh ialah kerana PAS menyokong Datok Seri Anwar membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible.

Menyamar kononya mereka ulama, tetapi tengok kenyataanya jelas mereka ini bebal, pekak dan buta agaknya. Apa kuasa DSAI dan PAS untuk membenarkan kalimah Allah itu digunakan dalam bible? Apakah selama ini bible di Sabah dan di Sarawak menggunakan kalimah Allah atas kebenaran dan kelulusan PAS dan DSAI? Begitu juga kelulusan kemasukan bible dari Indonesia yang menggunakan kalimah Allah itu juga dibuat oleh DSAI dan PAS? Dahsyat! Besar dan kuatnya pengaruh dan kuasa PAS serta DSAI sehingga boleh meluluskan perkara itu ya?

Apakah ular dalam semak itu sebenarnya adalah penyambung lidah iblis dan syaitan kerana begitu mudah dan selesa membuat fitnah semata-mata untuk mencari publisiti dan nama agar mendapat sesuatu habuan dari UMNO? Apakah mereka lupa bahawa Dato Nazri Aziz sendiri dalam Parlimen dulu pernah membuat kenyataan bahawa kebenaran dan kelulusan menggunakan kalimah Allah dalam bible di Sabah dan Sarawak dibuat oleh kerajaan iaitu termasuk Menteri dari kalangan UMNO? Begitu juga kebenaran dan kelulusan kemasukan bible dari Indonesia yang menggunakan kalimah Allah dibuat oleh Perdana Menteri dengan sokongan Menteri kabinet termasuk dari UMNO?

Video Are U Ready kena Edit...!!

Pengampu Najib Sunting Video Gangnam Style Untuk Tutup Malu


PPengampu Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyunting rakaman video yang memapar adegan Perdana Menteri berkomunikasi dengan penonton konsert Gangnam Style bagi menangkis penolakan secara terbuka rakyat negeri itu terhadap BN.

Rakaman itu dikesan dimuat naik dua hari menjadi kejadian itu menjadi hangat dan jenaka segenap lapisan rakyat, malah menjadi muka depan Suara Keadilan edisi 104, sebelum video yang disunting itu disebar melalui facebook khususnya fan page Sayangi Selangor yang didalangi Umno BN.

Suntingan itu melibatkan adegan Najib bertanya ‘Are You ready For BN?’ dan penonton menjawab ‘Yes’ sedangkan rakaman asli menunjukkan rakyat menyebut ‘No’ sebanyak tiga kali.

Paparan gambar ketika sebutan ‘Yes’ juga beralih-alih akibat suntingan berkenaan, menyebabkan ramai pengguna internet tidak menyakini kesahihannya sedangkan kedudukan kamera rakaman asli, statik dan tidak berubah-ubah.

Apa itu BONGKAR 403 juta?

Grafik ringkas menerangkan BONGKAR 403 yang sedang dijalankan di Kedah. Mohon sebarkan.



Mulanya aku tak berapa nak sokong benda ni, sebab ada unsur-unsur partisan. Tapi bila difikirkan balik interest rakyat, rasanya perlu juga aku bantu mana yang patut. Partisan untuk rakyat takpa kot, jangan partisan meng-ular-sawa-kan hak rakyat haha

Menteri Besar akan turun Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah di Tasik Pedu petang nanti..

SAVE KEDAH... DARI PENYAMUN TARBUS BERNAMA BN
 

Oleh: Fauzi Pisau Cap Ayam

Berita baik untuk rakyat Kedah yang sedang berkempen Save Kedah (dari penyamun dan penyangak), insya Allah besok YAB Menteri Besar Dato' seri Di-Raja Ustaz Azizan Razak akan turun bersama ribuan rakyat Kedah di Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan berhampiran Tasik Pedu, bermula jam 3.30 petang 15 Februari 2013.

Dah dua kali puak2 Perkasa menghantar rombongan melancong projek agro pelancongan Charok Genting Bunga maka kali ini giliran rakyat yang waras pula berhimpun untuk membongkar pembohongan yang dibuat oleh Perkasa, UMNO dan konco2 mereka.

Pas sedia ‘bantu’ Mahathir betulkan fakta

RUZY ADILA IDRIS
14 Februari 2013
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
 
SHAH ALAM – Pas mendakwa sebahagian fakta yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui entri semalam bertajuk, Siapa Tipu Siapa tidak benar.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali secara sukarela menawarkan diri untuk bersemuka dengan Dr Mahathir itu untuk membuat pembetulan fakta dan membantu  membuat kenyataan berdasarkan fakta sahih.

“Beliau (Dr Mahathir) kalau nak bercakap perlulah cakap yang benar.

"Saya sedia semuka dengan beliau untuk jelaskan fakta. Saya sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan ketika itu dan menyaksikan sendiri survival Pas dalam mengatasi kemelut yang berlaku.

“Banyak fakta yang disebutkan itu salah. Yang pertamanya, Pas bukan keluar dari Barisan Nasional (BN) sebaliknya dipecat dari BN. Malah pemecatan itu dilakukan bukannya sebelum pilihan raya sebaliknya selepas pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian Online.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...