TERKINI :

Wednesday, February 13, 2013

BN Lemah....Rakyat Mewah.... Lagi Janji Manis BN...

Berita Gumbira 1.4 Juta Kakitangan Awam : Lebih 80 Elaun Kakitangan Kerajaan 2013 Akan Naik?
Wednesday, 13 February 2013
Berita Gumbira 1.4 Juta Kakitangan Awam : Lebih 80 Elaun Kakitangan Kerajaan 2013 Akan Naik?

Alhamdulillah, sejak satu dua bulan terakhir ini satu demi satu berita gumbira yang sedap didengar untuk halwa telinga khususnya buat 1.4 juta kakitangan awam. Antaranya….

80 Elaun Kakitangan Kerajaan Akan Dikaji Semula?
 

    Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.


    Beliau berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.


    “Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun.


Antara Senarai Penambaikan Untuk Elaun 1.4 Juta Kakitangan Kerajaan :
 
Di bawah ini adalah antara senarai elaun & kebajikan kakitangan kerajaan yang diberikan penekanan

        Gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian
        Persoalan dan permintaan mengenai status gred
        Status perjawatan kontrak
        Elaun perumahan
        Tuntutan perjalanan
        Ada lagi tuntutan kakitangan kerajaan yang cukup pentin, tertinggal?
        Ada lagi mahu anda tambah?

Seingat kami, ini kali kedua Ketua Setiausaha Negera mengumumkan tentang kajian yang melibatkan kakitangan kerajaan.

        Yang pertama, mengenai gaji kakitangan cemerlang bergaji statik mahu dinaikkan sehingga 5% sehingga menimbulkan kekecohan (SEPERTI DI SINI)
        Kali ini, yang akan dikaji semula adalah mengenai elaun

Cuma….kalau boleh bagi kami, adalah lebih baik selesaikan dahulu gaji yang sudah langgar dinding itu. Selesaikan yang itu dahulu, kemudian barulah menabur untuk janji-janji yang lain pula. ETP RM180 (KLIK SINI BUTIRANNYA) sekarang ini pun dalam kajian, berapa lama mahu dikaji kami tidak pasti.

P/S : Harapan kami, diharapkan jikalau lakukan kajian janganlah terlalu lama. Bertahun-tahun juga kalangan penjawat awam ini tertunggu-tunggu. Mari kita nantikan….elaun apa yang “terkena”. Apa kata orang kerajaan di sini?
Alhamdulillah, sejak satu dua bulan terakhir ini satu demi satu berita gumbira yang sedap didengar untuk halwa telinga khususnya buat 1.4 juta kakitangan awam. Antaranya….

80 Elaun Kakitangan Kerajaan Akan Dikaji Semula?

Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.

Beliau berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.

“Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun.

Undi PAS & DAP HARAM.. Undi MCA...HALAL...???

oleh AnakKedah007.blogspot.com


UNDI PAS HARAM
 
UNDI DAP HARAM
 
HABIH MAI KITA PAKAT UNDI 
MCA.. HALAL...!!!

Ulamak Thurath Malaysia/Thailand Vs Ulamak UMNO Abdullah Saamah..!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com


 

VS

Hangpa tau ka ULAMAK yang dok bercakap macam nie...sat kami bagi gambaq nie dulu...

Ini gambaq PONDOK dia yang ada pelajar 25 orang sahaja..

Politik Azizan politik harmoni antara negeri & pusat walaupun berlainan fahaman..!!

Pemuda Pas Kedah pertahan MB hadir My Beautiful Malaysia
ROSLINDA HASHIM
13 Februari 2013
 Ahmad Yahya
Ahmad Yahya
 
ALOR SETAR - Pemuda Pas Negeri Kedah menyokong tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hadir pada program My Beautiful Malaysia anjuran kerajaan pusat, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, 3 Februari lalu, walaupun sesetengah pihak menyifatkan ianya keterlaluan.

Ketuanya, Ahmad Yahya berkata, sikap profesional Azizan terbukti dengan kehadiran beliau itu walaupun program berkenaan dilancarkan serentak oleh perdana menteri di seluruh negara.

“Ini menunjukkan keharmonian yang terjalin antara kerajaan negeri dan pusat walaupun berbeza fahaman politik. Sewajarnya jalinan kerjasama ini wujud untuk jaga kepentingan rakyat,” katanya.

Menurutnya, ketidakpuasan hati segelintir pihak yang turut didakwa melibatkan ahli Pas Kedah tidak wajar dilayan, kerana Azizan sudah pun membuat penjelasan berhubung kehadirannya.

“Itu hanya pandangan segelintir, bukan dari kepimpinan negeri. Kami sokong selagi pemimpin itu tidak lari daripada dasar parti,” katanya.

Nah ambik sapa suruh ko buat pasal dok tunjuk jari tengah...!!!

Isyarat lucah: Juruukur bahan dijel, denda RM8,000
13 Februari 2013
Leong Pei Koe
Leong Pei Koe
 
BALIK PULAU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.
  
Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini pada pukul 11.50 pagi kelmarin.
  
Bagi pertuduhan kedua, Pei Koe didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.
  
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   

Jika ikut Kepala Mukriz & Mat Bashah..Pengarah Hutan Kedah tak reti buat kerja..!!!

Jangan tuduh Pengarah Hutan ni sokong PR pulak...

Oleh  : Pak Non Mahang

Hari ni Pak Non tak pi motong,pasai kena bawak anak Pak Leh Congo sebelah rumah pi hospital kena sengat lipan bara.Dok tunggu nombor giliran lama sangat Pak Non dan baca Sinar Harian cerita Dato' Mukhriz dok pertikai Kerajaan Negeri pasai bukak dusun di Pedu nu.. Mula tu rasa macam nak sokong apa dia cakap tu tapi mai tang "Masa BN dulu,kita tebang balak ikut saiz dibenarkan dan tidak tebang pokok kecil,sebab tu hasilnya kurang.Berbanding masa sekarang,hasil balak meningkat sebab mereka tebang blak 'sapu licin'tanpa mengira saiz"..rasanya tak sesuai ayat tu keluaq dari mulut seorang Timbalan Menteri anak bekas Perdana Menteri pulak tu.Rasanya ayat ni selalu diguna oleh blogger UMNO yang dapat upah tapi mengaji taraf SPM(Mukhriz mengaji sampai luaq negeri nu).Pak Non percaya prosedur untuk ambik balak tu sama saja tak kira zaman..Takkan pegawai Jabatan Hutan nak buat lagu tu sebab kalau tak silap Pak Non,undang-undang pasai hasil hutan ni bukan peringkat negeri tapi peringkat pusat yang buat.


Tengok bawah pada berita ni,Pengarah Jabatan Hutan Kedah pulak jawab.Kira tang ni Pak Non puji Sinar Harian la pasai adil dan beri peluang orang nak jawap..bukan macam suratkhabaq yang lain tu,kira depa saja  yang betui orang lain semua salah.Cuma lepaih ni Pak Non harap janganlah dok tuduh Pengarah Jabatan Hutan ni sokong PR pulak pasai bagi jawapan yang tak selari dengan BN.Pak Non yakin depa ni kerja ikut undang-undang dan profesional kalau dak tak dan subuh lagi SPRM dok tercongoih depan tangga dah..

Rahsia terbongkar kenapa BN kerap ulang ayat JANGAN LAKUKAN HURU HARA JIKA KALAH

King Jason


Siapakah yang akan melakukan huru-hara jika kalah dalam pru13 akan datang jika dilihat dari beberapa kejadiah setakat ini:

1. video mesyuarat pengurus felda Tengi - pihak ini mungkin menjadi dalang.

2. Kejadian mahasiswa dipelangkong di Pekan ketika mengedar flyer - belum menang pun dah kena terajang.

3. Anak dilarang masuk berceramah di kawasan felda - nak masuk pun tak boleh, macamana nak buat huru-hara.

4. Anwar dihalang masuk ke felda dan jalan masuk dihalang menggunakan treller - ini bukan kerja orang PR, ini kerja samseng.

5. Di Kampung kerinci, orang tua adam adli kena tumbuk - siapa tumbuk? Orang Pas kah?

6. Di pantai dalam, orang tua kena baling batu di kepala ketika ketika mendengar ceramah anwar - siapa baling, orang PKR kah?

7. Di johor, bas kena simbah cat dan cermin kena pecah - Siapa pecahkan bas? Orang Dap?

8. Di Gombak, seorang pengunjung ditusuk pisau - Sapa punya kerja? Orang Pas?

9. Di Kelang, seorang samseng dan pengikutnya mengamuk di kawasan ceramah PKR

BONGKAR 403 : Laporan Pollis & SPRM dah dibuat namun tiada tindakan maka masa serah pada rakyat ...!!

Gesa pemimpin BN buat penjelasan
Wartawan Sinar Harian
11 Februari 2013
Gesa pemimpin BN buat penjelasan
Mohd Azam (kiri) ketika hadir memberi sokongan kepada jawatankuasa Bongkar 403 juta.
 
ALOR SETAR - Pemuda Pas Alor Setar menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) segera membuat penjelasan membabitkan 11 isu yang dikaitkan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu.

Ketuanya, Mohd Azam Awang berkata, rakyat wajar didedahkan dengan kepincangan pentadbiran terdahulu termasuk butiran terperinci ke mana hilangnya wang RM403 juta yang dibelanjakan.

“Mereka yang terlibat diminta tampil jelaskan ke mana wang itu dibelanjakan, apa berlaku pada semua projek itu sebelum Pakatan Rakyat (PR) ambil alih Kedah. Saya percaya kerajaan negeri sekarang ada bukti dan fakta, sebab itu ianya dibongkarkan,” katanya.

Selasa lalu, Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar mendedahkan keseluruhan 11 projek sakit BN melibatkan kerugian RM403 juta, serta mendesak pemimpin BN membuat  penjelasan sebelum mereka turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Samseng BN merosakkan sistem demokrasi berpilihan raya

Beberapa insiden keganasan yang berlaku mutakhir ini, mencemar kedaulatan undang-undang dan merosakkan sistem demokrasi berpilihan raya di Malaysia.

Dalam mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, semua rakyat diberikan kesaksamaan dan semua parti politik yang terbabit, harus mengawal kegiatannya mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.

Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan dalam negara kita, seharusnya memberi ruang yang saksama kepada mana-mana pihak untuk berkempen, berceramah, menyampaikan risalah dan sebagainya, bagi mendekati serta mendapatkan sokongan pengundi.

Begitu juga di negara-negara lain. Mereka mengamalkan demokrasi, memberi ruang kepada semua parti sama ada kerajaan atau pembangkang, mendapat ruang yang saksama dalam televisyen, radio dan akhbar.

Malangnya demokrasi cara ini tidak dibenarkan di Malaysia. Kerajaan Umno-BN yang memerintah lebih 55 tahun, tidak sama sekali membuka ruang walau seminit pun kepada parti-parti pembangkang.

Jika pun disiarkan berita, rencana atau pun fokus mengenai parti pembangkang, semuanya yang buruk dan hodoh-hodoh belaka.

Keadilan sebegini memang tidak wujud. Umno-BN menutup segenap ruang demokrasi kepada parti pembangkang, khususnya Pakatan Rakyat untuk bersuara.

Ramai pemimpin cakap tak serupa bikin…

Oleh Lanh

iklan
SEORANG agamawan terkenal ditanya: “Jika agama benar-benar berkesan, mengapa berlaku banyak kejelekan di dunia ini?” Beliau bertanya balik, “Dengan banyaknya sabun, mengapa pula terdapat ramai orang busuk di dunia ini?” Agama, seumpama sabun (mengikut pandangan cendekiawan itu), mestilah diaplikasi secara peribadi jika seseorang itu mahu penghidupannya lebih bermakna).

Namun hari ini semakin ramai pemimpin pandai cakap tetapi tak pandai bikin (tak praktikkan apa yang mereka syarahkan). Misalnya, mereka mengesyorkan rakyat hidup secara wasatiyyah (sederhana) tetapi mereka hidup boros, termasuk 'menghanguskan' wang kerajaan bagaikan harta milik sendiri.

Ada pemimpin melaungkan ikut cara Islam, tetapi anak isteri mereka sendiri berpakaian tidak menutup aurat sepenuhnya (ini perkara asas), jadi apa cerita ini?

Benar, dunia dipenuhi 1,001 kejelekan. Lebih membimbangkan kejelekan dan kebaikan bercampur-aduk diutarakan sesetengah pemimpin, sekali gus membingungkan orang awam seperti kita untuk memahami sesuatu isu ataupun membuat pilihan. Demikianlah semakin hari semakin sukar golongan awam seperti kita mencari kebenaran dalam sesuatu isu itu.

Tahalluf: Perjelas kepada Melayu

Oleh ABD SHUKUR HARUN

Dengan hanya sebulan dua saja lagi menjelang PRU Ke-13, musuh politik PAS dan mereka yang keliru dan berkepentingan berusaha berhempas pulas untuk menggagalkan Tahalluf-Siasi, persepakatan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Pelbagai fitnah, tuduhan dan prasangka dilemparkan kepada Pakatan Rakyat, terutama PAS. Antara tuduhan popular yang ditaburkan oleh Umno/BN bahawa kononnya PAS sudah menyeleweng dari dasarnya dengan menyertai Pakatan Rakyat. Dengan itu mereka mendakwa kononnya DAP akan ‘menelan’ PAS di mana Melayu/Islam akan terancam pelbagai lagi andaian.

Pengundi Melayu, baik di luar bandar mahupun di dalam bandar dihidangkan dengan tuduhan ini dengan harapan supaya pengundi Melayu akan mengundi BN dalam PRU akan datang. Tujuan utamanya supaya PAS akan kalah.

Memang wujud kekeliruan sesetengah pengundi Melayu baik di luar bandar mahupun di dalam bandar sendiri akibat propaganda musuh PAS, terutama golongan generasi lama yang sudah merasa hidup selesa dalam suasana yang melingkungi mereka selama ini. Bagi mereka, jika parti lain yang memerintah, tidak ada jaminan hidup selesa seperti sekarang di mana Melayu/Islam kononnya akan terancam. Kerana itu tidak pedulilah amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran kronisme, pilihan raya yang sedemikian rupa, harga barang melambung dan pelbagai lagi.

Golongan yang keliru ini, termasuk bekas-bekas penyokong PAS sendiri – kerana prejudis dan sebab-sebab tertentu yang lain - turut meriuh rendahkan suasana ini dengan menokok tambah dan mereka cipta pelbagai andaian.

Umno patut bersyukur jika jadi pembangkang

Lawatan Najib ke Pulau Pinang merupakan lawatan yang membazir bagi dirinya dan partinya. Lawatan beliau itu adalah lawatan politik dan kali ini beliau diiringi oleh penyanyi pop terkenal Psy dari negeri Korea dan berbelanja sebanyak RM2 juta untuknya. Saya tidak tahu berapa pula bayaran yang dibayar kepada penyanyi tempatan, Shila Hamzah. Psy menyanyi tidak lebih dari 10 minit itu merupakan orang yang diharapkan oleh Najib untuk meniupkan ‘mood’ bagi mendapatkan sokongan terhadap beliau dan BN dalam pilihanraya nanti. Najib sedang berusaha untuk merampas Pulau Pinang dari DAP dan Pakatan Rakyat.

Najib tidak membawa dirinya sebagai pemimpin utama secara betul dan tidak ada siapa di kalangan kabinetnya mampu membawa diri mereka sebagai pemimpin yang baik lagi. Najib telah dimalukan oleh orang ramai semasa berada di Pulau Pinang di hadapan tujuh ribu orang yang diangkut beramai-ramai itu. Beliau dimalukan oleh orang ramai dengan jeritan ‘NO!’ apabila beliau bertanya sama ada sudah bersedia untuk BN atau tidak. Laungan ‘NO’dengan spontan dan gemuruh telah ditunjukkan oleh orang ramai di situ. Sebelum itu pertanyaan Najib sama ada mereka bersedia untuk Psy, orang ramai dengan gemuruh menjawab YES apabila Najib bertanya sama ada sudah bersedia untuk Psy atau pun belum.

Keadaan seperti ini sepatutnya memberikan kesedaran kepada semua pemimpin UMNO BN bahawa rakyat sudah tidak mahu lagi memberikan sokongan atau dukungan terhadap BN pimpinan Najib dan barisan kepimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi parti itu. Rakyat terpaksa berhimpun dan menyatakan secara berdepan yang mereka tidak mahukan lagi BN untuk memerintah mereka.

Jom Sekolahkan ADUN BN KEDAH Antara hormat dan biadap

Written by Editor Warta 

APABILA Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih, antara pesanan awal Mneteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan kepada kerajaan negeri ialah supaya bekerja dengan penuh amanah dan beliau sama sekali tidak menghalang sesiapa pun untuk mempunyai ideologi politik yang berbeza dengan beliau.

Beliau tetap menghormati hak dan tidak berlaku, pemecatan tugas kakitangannya kerana berfahaman politik berbeza. Ustaz Azizan cukup arif antara tugas kerajaan negeri dan parti.Itu semua diterapkan kepada pasukan pimpinannya.

Ustaz Azizan juga menghormati Kedaulatan Raja dan tidak pernah berlaku sengketa antara beliau dengan pihak istana. Setiap kali Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Sultan Kedah berangkat pergi atau kembali, beliau akan setia menanti di lapangan terbang untuk menyambut baginda.

Setiap hari Rabu, sama ada di Kuala Lumpur atau di Kedah, Ustaz Azizan akan bertemu dengan Tuanku untuk memaklumkan perjalanan dan keadaan negeri.

Begitu juga tahap menghormati tinggi kepada Perdana Menteri yang sudah berulang kali datang ke Kedah sama ada bagi tujuan rasmi ataupun parti, Ustaz Azizan akan tetap menyambut kehadiran pemimpin negara itu.

Jawapan Untuk Mukhriz & Utusan - Setitik air kesan pembalakan pun tidak masuk ke Tasik Pedu

Oleh zaminc
 
PADANG TERAP - Hutan tadahan hujan di Tasik Pedu semakin terancam! Demikian tema liputan besar-besaran oleh media talibarut BN yang difokuskan semata-mata untuk memburukkan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat di Kedah.



Tiada apa lagi isu besar yang boleh dimainkan untuk membohongi rakyat jelata mengenai Kedah, maka isu 'kemusnahan' hutan di kawasan yang jauh nun di pedalaman Kedah dijadikan modal maklumlah di situ bukan kawasan ramai penduduk. Jadi lambatlah sedikit pembohongan itu diketahui orang.

Dua pembohongan utama yang dimainkan oleh media serta juga para pemimpin BN. Pertama, kononnya kawasan hutan yang dicerahkan untuk projek agroteknologi itu adalah berstatus Hutan Simpan Kekal. Sebenarnya kawasan terbabit adalah hutan simpan biasa yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Pedu pada 11 September 1952. Ia boleh diubah status mengikut prosedur tertentu. Hutan Simpan Kekal ialah hutan Tasik Pedu yang terletak cuma di seberang laluan TEKIH (sebagai sempadan) dengan kawasan agroteknologi.


Manifesto PAS, Kedah berubah wajah

SETELAH hampir lima tahun Pakatan Rakyat memerintah di Kedah, sudah lebih 80 peratus Manisfesto Pilihan Raya Umum Ke-12 telah berjaya dilaksanakan antaranya:-

1.Memastikan pentadbiran yang sifar rasuah.
Sehingga kini, kerajaan berjaya memimpin dengan bukti sebuah kerajaan yang bersih kerana tiada pemimpin, pegawai atau kakitangan kerajaan yang disabitkan dalam rasuah.

Pihak kerajaan telah berikrar tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan serta bersikap terbuka kepada SPRM untuk membuat siasatan sekiranya terdapat aduan.

2.Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.
Perakuan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berkenaan perbelanjaan berhemah, penjimatan serta penambahan hasil dalam negeri seperti buat pertama kalinya, pihak GLC telah menyumbang dividen kepada pihak kerajaan sebanyak RM 30 juta.

Kewanangan negeri lebih kukuh apabila berjaya melepasi paras defisit RM 16 juta pada tahun 2010.

Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industri, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.

Isu Kedah: Baru 4 -1

Oleh Kapten Power

Amboi..depa dok serang kami saja noo...baru 1 penggal dan 1 projek yang dihebohkan gagal..hangpa hingaq bagai nak runtuh Wisma Darul Aman..Biasa la..niaga..ada untung ada rugi..kadangkala kena tipu..meniaga teloq ayam pun ada yg kena tipu..tambah pula meniaga dengan nilai juta-juta RM.

Dalam hidup ni mana ada yg sempurna..tambah pula kalau masih baru memerintah..ada la yang ambil kesempatan..apa pun yg berlaku ia masih baik dari dok buat 1 lagi projek kerajaan barisan nasional...gah bagaikan depa saja yang pandai dan boleh..sebaliknya..harga projek berlipat kali ganda..tak rugi kan..pandai sungguh depa..rakyat dok tengok nganga saja depa pun nganga juga tapi masyukkkk..
Oghang tak mau nak dedah sangat bab buruk hangpa tu..tapi kalau gini punya gaya, elok le didedahkan juga tentang kerugian yg depa buat dulu..
Akhirnya, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mengambil pendekatan ‘menyerang balik’ pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini tampil mendedahkan empat projek di bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung beban hutang yang banyak.

YB NASIR nafi beliau terlibat dalam rakaman audio kritik MB Kedah

Kontroversi rakaman audio Adun Pas kritik MB Kedah

ROSLINDA HASHIM 13 Februari 2013


ALOR SETAR - Beberapa blogger tempatan mendedahkan tiga rakaman audio mendakwa penglibatan Adun Kubang Rotan (Pas), Mohd Nasir Mustafa serta ahli Pas kawasan Kuala Kedah mengkritik kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ke program My Beautiful Malaysia peringkat negeri Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, 3 Februari lalu.

Berdasarkan rakaman itu yang dipaparkan dalam blog 'Medan Tempur Kedah' dan 'Kedah ke KL', Azizan dikritik hebat kerana menyarungkan baju IM4U selain dilihat ‘mesra’ dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) selaku penganjur program.

Mohd Nasir dikaitkan dengan rakaman terbabit gara-gara namanya disebut dalam perbincangan itu, yang diselang selitkan dengan pandangan beberapa orang tidak dikenali.

Justeru, Mohd Nasir yang juga Naib Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah dikaitkan dengan usaha mahu menjatuhkan Azizan, apabila rakaman suara itu sepakat mahu menggulingkan Azizan di Dun Sungai Limau.

Mohd Nasir ketika ditemui menafikan suara yang dirakamkan dalam audio terbabit yang membincangkan topik itu miliknya, namun mengakui beliau bertanggung jawab membangunkan saluran keyrod@KubangRotan, yang dimuat turun melalui Zello.

“Ketika ahli kumpulan bahas isu tu, saya tak sertai kerana ada program lain. Memang benar nama saya disebut tetapi saya tidak respon kerana saya tidak aktif ketika itu. Saya dengar rakaman itu semula tetapi tidak pasti siapa yang terlibat,” katanya.

Lapor Polis Kerana Menyamar Ahli PAS

Oleh IZWAN ABDUL HALIM 
 
PADANG SERAI: PAS Kawasan Padang Serai membuat laporan polis berhubung sekumpulan individu yang mengaku sebagai ahli dan penyokong PAS. Laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini 3 Februari lalu. 

Ketua Penerangannya, Ahmad Rizal Mohd Nor menegaskan, individu-individu berkenaan didapati telah menyamar sebagai ahli PAS apabila semakan mendapati tidak wujud keahlian mereka.

Menurutnya, ini bermakna semua individu tersebut telah melakukan kesalahan undang-undang kerana mengaku sebagai ahli sebuah parti berdaftar yang mungkin bertujuan mengelirukan awam hingga boleh menggugat keharmonian, keamanan dan mencetuskan huru hara.

Tegasnya, dakwaan beliau itu berasas apabila kumpulan berkenaan telah mengadakan satu bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung isu kalimah Allah di Masjid Sungai Kob, Karangan pada 1 Februari lalu.

Perkara itu maklumnya, mendapat liputan media elektronik dan cetak sebagaimana keratan berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Februari yang dilampirkan beliau dalam laporan polis itu.

Penyelewengan BN, Kedah tanggung hutang RM403 juta


KUALA LUMPUR: Suara Anak Muda Kedah atau Bongkar 403 juta hari ini tampil untuk membuat pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sewaktu pemerintahan mereka di Kedah.

Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, sebanyak 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini yang mengakibatkan rakyat kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta.

Menurut beliau lagi, perkara ini perlu diketahui oleh semua rakyat Kedah agar mereka boleh menilai kenapa perlu menolak BN pada piliharaya yang akan datang.

"Kita tampil dengan satu Suara Anak Muda Kedah atau Bongkar 403 juta yang akan membuat pendedahan terhadap 11 penyelewengan yang dilakukan oleh BN sebelum ini.

"Pendedahan yang kita lakukan ini perlu dijelaskan oleh BN, kerana kita mahu seluruh rakyat Kedah mengetahui penyelewengan yang dilakukan oleh mereka," jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...