TERKINI :

Tuesday, February 12, 2013

Pengganti UAI ditemui... Ustaz Azhar Othman....


Ini yg dikatan bagi serigala jaga reban ayam....
Ada ka bagi tokey kelab malam atasi masalah sosial
Semakin hari semakin pening tengok kehidupan di MALAYSIA...

Mudah2an saudara kita nie Ustaz Azhar Othman dapat ganti Ustaz Azhar Idrus



Video 2 selepas ARE U READY... PSY tak joint politik bodoh BN..!!


TAMPARAN KPD BN DARI PSY: Bintang Korea tak mahu gaul 'yee-sang' bersama Najib, BN

PENANG - Bintang antarabangsa Korea, Psy telah memberi tamparan hebat kepada Parti pemerintah apabila dia enggan naik ke pentas untuk bersama-sama perdana menteri bermasalah beserta ahli-ahli tertinggi BN setiba masanya untuk upacara tradidi menggaul 'yee-sang' dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina.

Di Pulau Pinang untuk menyanyikan lagunya yang terkenal, Oppa Gangnam-style, Psy telah memberikan persembahan seperti yang dijanjikan bernilai RM 2 juta itu. Orang ramai turut menyanyi dan menari bersama-sama artis itu dan para penarinya yang begitu menarik dan bergaya.

Selama 4 minit, ribuan rakyat Pulau Pinang yang datang ke padang sekolah Han Chiang bagaikan terpukau. Mereka menuntut apa yang mereka mahu dan Psy telah memberikannya. Lagi Gangnam!

Individu terlibat PROJEK IC kata Anwar & Pak Lah tak terlibat..!!!

'Anwar dan Pak Lah tak terlibat Projek IC'
 
Seorang individu yang mengaku bertindak sebagai dalang Projek IC sekitar lewat 80-an dan awal 90-an berkata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar dan mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah terlibat dalam operasi itu.

NONEMat Swadi Awi yang merupakan pengurus Bank Pertanian Malaysia di cawangan Kota Kinabalu pada tahun 1980-an, menceritakan peranannya dalam projek itu bersama bekas presiden Usno, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dalam temuramahnya dengan Harakahdaily.

Mat Swadi yang mengakui dirinya 'Gurkha setia' Abdullah menjelaskan peranannya dalam operasi itu dan menegaskan bahawa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam operasi itu.

Beliau turut mengaku menjadi dalang di sebalik kemasukan Umno ke Sabah di samping menghapuskan Usno dari negeri itu. 

"Anwar tidak pernah terlibat langsung dalam Projek IC ini sebab semua orang Umno tahu bahawa Anwar bukannya 'sekutu' dengan allahyarham Megat Junid (Megat Ayob) dan juga dengan Pak (Tan Sri Aziz Shamsuddin).

"Malah Allahyarham Tun Mustapa dulu pun ada terguris hati dengan Anwar, jadi macam mana Anwar nak terlibat dalam Projek IC ini. Saya tak salahkan Anwar meminta RCI memanggil Tun Abdullah ke RCI. Itu mungkin jawapan beliau secara spontan atau mungkin beliau sengaja menjolok Tun Abdullah untuk menghentam balik Mahathir.

Fenomena ARE YOU READY lagi besar impaknya dari LISTEN....


Dua video panas dibawah, yang sedang tersebar dengan meluasdi laman sembang sosial facebook sekarang ini jelas sekali membuktikan rakyat Pulau Pinang rata-ratanya tidak teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak ke negeri Pulau Mutiara itu semalam.

Najib berada di Pulau Pinang bagi meraikan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia yang diadakan di negeri terbabit. Malah, buat julung-julung kalinya, penyanyi terkenal, PSY telah diundang mengadakan persembahan sempena program anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di Kolej Hang Chiang. Apa yang jelas dapat dilihat, orang ramai bukanlah hadir untuk mendengar ceramah Najib atau meraikan sambutan rumah terbuka anjuran BN itu, tetapi mereka hadir untuk menyaksikan persembahan PSY atau nama sebenarnya, Park Jae-Sang yang muncul di pentas pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Gempar..rupa-rupanya PM & MENTERINYA tidak makan sekupang pon gaji mereka..!

Kenapa nak berterima kasih? Dia buat kerja free ? Tak dapat gaji? Buat amal jariah ke? Guna duit sendiri bangunkan negara ke?

Nak bodek pemimpin pun pada2lah.... Pemimpin nie naik atas undi rakyat...jadi dia yang patut terima kasih pada rakyat sebab undi dia...

Namun dunia dah terbalik... Orang lantik bayaq gaji bayaq upah takut pulak kat kuli yang dia angkatnya.....




Najib bengang dengan UMNO & BN PENANG pasal konsert PSY...

Oleh Geng Biru

Kami dapat maklumat bahawa teruk UMNO PENANG & BN PENANG kena tiaw dengan Najib dan Rosmah berkenaanisi NOOOOO... Di konsert PSY semalam... Punca yang didapati persahabatan antara UMNO PENANG & RAKAN BN yang lain sudah kurang manis... Ini disebabkan Pengerusi BN sekarang telah dijanjikan kerusi KM jika BN rampas Penang nanti....

Entahlah pandai pandailah hangpa putaq janji ARE YOU READY FOR BN......NOOOOOOOO...!




Misteri antara Samsung dan Najib...!,

Kenyataan Media

29 Januari 2013

MISTERI BERKENAAN PENGANUGERAHAN KONTRAK KEPADA Samsung Engineering & Construction UNTUK MEMBINA PERAI POWER PLANT, PULAU PINANG


Merujuk laporan media bertarikh 22 Januari 2013 yang melaporkan Majlis Tandatangan Penganugerahan Pembinaan Prai Power Plant yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat asing iaitu Samsung Engineering & Conctruction.

Keputusan untuk menganugerahkan projek bernilai RM2.47 billion ini kepada sebuah syarikat asing dengan mengenepikan sepenuhnya syarikat tempatan yang berkemampuan mengundang seribu satu persoalan. Ini jelas melanggar nilai merit yang diambil kira dalam penilaian tender dan m
<enjadi polisi kerajaan iaitu sebuah syarikat asing harus bergabung (JV) dengan syarikat tempatan demi perkongsian pengalaman dan agar dana yang besar tidak hanya teralir keluar tetapi turut dinikmati dan memperkukuhkan korporat tempatan. Menurut semakan ringkas yang SAMM lakukan Samsung Enggineering & Conctruction bukan asing di Malaysia, antara projek besar yang syarikat ini pernah terlibat di Malaysia ialah 2 nd tower KLCC, namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir 100 % menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih Samsung sendiri. Langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. Ini beerti hampir 100% wang negara teralir ke luar. Malah selepas siap Samsung Engeenering dikatakan terus keluar dan langsung tidak ada sumbangan kalau ada pun ia amat minima dalam negara lagi. Selepas itu nama syarikat Korea Selatan ini senyap sehinggalah wujud tawaran pembinaan menara warisan 118 tingkat. Samsung mula mendekati beberapa mereka yang berkedudukan penting dalam negara.

Rakyat Akan Kembali Berkuasa Di Perak


Barisan Nasional Perak telah melakukan satu kesilapan besar apabila merampas kerajaan pilihan rakyat pada tahun 2009. Pada 8 Mac 2008, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, PKR dan DAP untuk memerintah negeri Perak. Kehendak rakyat itu wajib dihormati oleh semua pihak. Tetapi, Barisan Nasional Perak kerana ketamakan kuasa telah merampas kerajaan rakyat itu dengan melanggar semua undang-undang yang sedia ada. Barisan Nasional telah menubuhkan kerajaan melalui ‘Pintu Belakang’ yang tidak sah di sisi Undang-undang Tubuh Negeri Perak mahu pun Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Perak ketika itu.

Barisan Nasional mengharapkan bahawa peristiwa rampasan kuasa itu akan dilupai oleh rakyat apabila dimakan oleh masa. Tetapi, andaian Barisan Nasional itu adalah tidak benar. Perdana Menteri Najib Tun Razak telah membuat perhitungan yang terkeluar dari landasan apabila membuat andaian ‘rakyat Malaysia mudah lupa’. Peristiwa ramapasan kuasa itu telah terpahat dalam sanubari setiap rakyat perak yang menghormati demokrasi, undang-undang dan keadilan. Walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan Barisan Nasional Perak untuk mengalih perhatian rakyat Perak daripada isu itu, tetapi segala usaha itu terbukti gagal. Rakyat sedar bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah tidak sah atau ‘haram’ disisi undang-undang. Rakyat Perak tidak akan membenarkan keadaan ini berterusan lagi. Negeri Perak memerlukan satu kerajaan sah yang diberi mandat oleh rakyat.

KOMPOM BN akan kena sabotaj....

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Aduhai BN oh BN...hari-hari asyik dok sembang bab SABOTAJ dari ahli parti..
Jika macam nie punya kelaku SAH KOMPOM masalah sabotaj nie ada..
Tunggu.......

ARE YOU READY FOR SABOTAJ...YESSSS
ARE YOU READY FOR VOTE BN...NOOOooooo..

NOR AZURA MD AMIN
12 Februari 2013
Ahmad Maslan
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan

 - Tindakan segelintir ahli yang sabotaj parti menjadi punca kemerosotan Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, masalah itu dapat dielakkan dengan menubuhkan jawatankuasa disiplin parti di setiap bahagian sekaligus menjadi langkah pencegahan perkara sama berulang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, penubuhan jawatankuasa itu diharap dapat memberikan ingatan kepada ahli-ahli Umno supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh merugikan orang Melayu, parti dan BN
.

Mahathir dihantui Arab Spring

oleh Subky Latif

SEOLAH-olah ada dalam pemikiran Dr. Mahathir, Arab Spring atau Arab Bingkas mungkin sampai ke Malaysia kiranya Putrajaya tidak dapat dicapai melalui peti undi. Ada orang yang setuju akan kebarangkalian itu.

Dan bukan pula tidak mungkin akan adanya anti-Arab Bingkas bagi menangkis Putrajaya diambil. Semuanya termasuk dalam teori kemungkinan. Teori kemungkinan itu ada selain dari sifat kemalat Allah Taala saja.

Pada Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim adalah individu paling berpotensi  mengimport Arab Spring itu berdasarkan apa yang dibuatnya  semasa menjadi ketua pelajar awal 70-an dulu, Baling Spring, gerakan RE-FOR-MA-SI dan siri unjukrasa Bersih serta kebangkitan rakyat 12 Januari di Stadium Merdeka.

 Saya tidak tidak kata Anwar tidak ada lintasan pemikiran itu, tetapi siapakah yang benar-benar bersih dari keinginan seperti itu?

Apakah Dr Mahathir sendiri budak yang sangat baik seperti Puteri Lilin, tak keluar rumah dan tak boleh terdedah kepada panas matahari?

Siapakah kalau bukan Dr. Mahathir yang minta jasa baik Anwar membenarkan pelajar-pelajar universiti mengadakan tunjuk perasaan anti-Tunku Abdul Rahman Putra semasa Mageran tahun 1970 dulu?

Anwar bukan orang yang mencetuskan demo anti-Tunku itu. Dia sekadar memberi ruang kepada Dr. Mahathir bertemu dengan pelajar. Bukan Mahathirkah yang mengajak pelajar ke padang dan ke jalanan bagi memalukan Tunku dan Perikatan yang dipimpinannya? [read more]

Cakap banyak tak mau.. Arab Spring ka Potatos Spring ka.. tipu kalu tunggulah nasibnya..!


Mat Sabu: 'Arab Spring' mungkin berlaku jika PRU13 diseleweng


WARTAWAN SINAR HARIAN 12 Februari 2013 SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan, 'Arab Spring' hanya akan berlaku di negara ini jika pilihan raya umum dicemari dengan penipuan pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Katanya, keadaan itu tidak mungkin berlaku hanya kerana mana-mana parti politik yang bertanding itu tewas dan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.

“Arab Spring itu berlaku kalau berlaku penipuan dalam pilihan raya, tak ada demokrasi, bukan soal kalah, kita dah banyak kali kalah, tak ada masalah, tak ada pun turun ke jalan raya.

"... Pas sendiri dah banyak kali bertanding dan kalah dalam pilihan raya, tapi kita tak turun jalan pun,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Heret bakal menantu Najib ke muka pengadilan

(Oleh Arif Juhani)
 
KUALA LUMPUR : Kemunculan Daniyar Nazarbayev, warga Kazakhstan bersama Perdana Menteri dan anaknya, Nooryana Najwa ketika menikmati nasi kandar di Pulau Pinang malam semalam bukti Datuk Seri Najib Razak sorok bakal menantunya itu di negara ini, kata Fariz Musa.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu berkata, kehadiran Daniyar di khalayak mengesahkan dakwaan mengatakan Najib sembunyikan tunang Nooryana, penjenayah paling dikehendaki.
“Najib bukan sahaja menyembunyikan jenayah seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu) tetapi turut melindungi penjenayah. Inilah sebenarnya Najib.
Najwa
“Sikap diam diri Najib sebelum ini berhubung bakal menantunya sekarang terjawab apabila muncul makan nasi kandar di Pulau Pinang,” kata Fariz ketika dihubungi.

Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan seorang lagi anaknya, Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit di Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling, sempena lawatan kerja dua hari ke negeri itu.
Sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).
Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri.
Fariz menempelak tiada tindakan polis terhadap penjenayah itu walaupun media antarabangsa mendedahkan penipuan oleh beliau membabitkan puluhan juta ringgit.

Biarkan Mahathir meroyan.. Otak dia dah tepu dah memikirkan cara nak sekat Anwar

Mahathir sudah tidak mampu berfikir lagi
oleh Aspan Alias
 
Dr Mahathir semakin hari semakin tidak berpedoman dengan meminta supaya dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa kepada kerajaan melucutkan kerakyatan kepada peguam-peguam seperti Ambiga, Pengerusi Bersih dan yang lain-lain. Ini di sebabkan Mahathir tidak selari dengan pemikiran manusia yang bertamaddun dan selari dengan kehendak masa dan zaman rakyat dan negara. Mereka dianggap sebagai penentang kerajaan oleh Dr Mahathir.

Sikap Dr Mahathir semakin hari semakin mencacau dan tidak lagi menampakkan ciri-ciri seorang yang berkepimpinan untuk sebuah negara demokrasi yang beliau pernah pimpin ini. Cadangan beliau itu merupakan satu cadangan yang begitu 'unconstitutional' dan amat memeranjatkan ramai. Kata-kata yang begitu 'unlawful' itu meranapkan imej Dr Mahathir dan tidak mungkin beliau dianggap sebagai seorang negarawan sampai bila-bila.

Dengan sikap Dr Mahathir ini maka semakin hari semakin jelas membuktikan yang bekas PM ini merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan minda rakyat beku khususnya orang Melayu yang beliau pimpin melalui UMNO selama dua dekad itu. Bagi Mahathir memberikan tekanan untuk meningkatkan ketelusan dan kebersihan di dalam pilihanraya negara. Memberikan pandangan yang berbeza dan mendesak untuk mendapatkan hak rakyat itu adalah salah kepada pemimpin yang sudah lama bersara ini.

Skandal seks Zahida-Shafie menjelma kembali....

Skandal seks Zahida-Shafie menjelma kembali sejak pertelingkahan dlm Umno Sabah meningkat menjelang PRU

Kekecohan telah berkaku di kalangan pemimpin Umno Sabah dengan pesaing politik Zuhairie DaEngine disyaki membongkar semula skandal seks melibatkan pelakon jelita Zahida Rafik untuk memalukan menteri persekutuan bahagian pembangunan luar bandar dan wilayah.

"Kami terkejut mendengar bahawa SPRM telah akhirnya bersetuju untuk menyiasat tuduhan pemandu Zahida. Mengapa sekarang?" soal Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang dari PKR, yang telah mendedahkan skandal itu tahun lepas.

"Dulu, kita telah membuat begitu banyak laporan tetapi ia telah diabaikan dan disapu di bawah permaidani oleh pihak berkuasa, jadi persoalannya - kenapa sekarang? Siapakah begitu berkuasa di sebalik keputusan mengejut SPRM untuk mengambil tindakan? Siapakah yang begitu kuat sehinggakan SPRM bertindak balas begitu cepat dengan secara tiba-tiba. "

Ahli parlimen pembangkang telah merujuk kepada berita bahawa pemandu Zahida, Noor Azman Azemi, telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi kenyataannya berikutan skandal itu hari ini.

Ada orang buat busuk nama PAS pun pihak PAS KEDAH boleh relax jerrr..!!!

oleh AnakKedah007

Alhamdulillah nampaknya PAS TERENGGANU lagi PANTAS daripada PAS KEDAH & PAS PENANG...

Ok baca dulu apa yang AKU PUJI PAS TERENGGANU...
"Syaitan Dikenali" Berdemo Guna Lambang PAS - Laporan Polis Dibuat
PAS Terengganu membuat satu laporan polis ekoran tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan lambang PAS dalam demonstrasi isu kalimah ALLAH yang diadakan di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai pada Selasa 5 Februari lalu.

Dalam laporan tersebut, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Haji Hanafiah Mat menegaskan beliau tidak mengenali langsung mereka-mereka yang mengadakan demonstrasi itu.


Beliau berkata, lapoan tersebut dibuat kerana tindakan individu terbabit khususnya Mohd Firdaus Harun yang menjadi jurucakap kumpulan itu telah menyebarkan ketegangan kaum dan agama serta boleh menyebabkan keselamatan negara terancam.
Tengok depa dengan pantas membuat laporan POLIS diatas beberapa Individu yang membuat demontrasi dengan mengaku AHLI PAS...

TETAPI kepada PAS KEDAH apa mereka sudah lakukan apabila ada beberapa orang yang buat kerja bangang nie




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...