TERKINI :

Saturday, February 9, 2013

Wasiat Najib untuk beruk-beruk Umno/BN


Najib berpesan kepada pembangkang agar tidak menimbulkan keadaan kacau-bilau selepas keputusan PRU-13 diumumkan.

Memang rakyat semua sudah tahu, yang selalu menimbulkan kekecohan dan kekacauan dalam segala perhimpunan aman, ceramah dan sebagainya ialah pihak UmnoBN dan puak-puak upahan mereka. 

Najib sudah menjangkakan bahawa puak Umno/BN akan menjadi pembangkang selepas keputusan PRU-13 diumumkan. Jadi nasihat Najib itu amat wajar diberi perhatian oleh golongan yang selama ini yang menjadi alat kepada Umno/BN bagi menimbulkan kekacauan.

Ditakdirkan Allah, Umno/BN menjadi pembangkang seperti yang disebutkan oleh Najib selepas PRU-13, puak-puak ini tidak lagi akan mendapat sebarang perlindungan pihak berkuasa seperti mana yang mereka nikmati sebelum PRU-13.

Contoh, bagaimana mereka mendapat panduan dalam kerja-kerja menimbulkan keadaan kekecohan dalam majlis-majlis anjuran Pakatan, dapat dilihat/dengar melalui klip video berikut:

Kenapa sehari dua nie NAJIB komfiden akan menang PRU13..inilah sebabnya....!!!

Segala persiapan untuk Umno BN menipu dalam PRU13 dah lengkap?

Apa pun, aku cukup yakin, segala persiapan untuk Umno BN menipu masa PRU13 nanti dah pun sedia. Pasai tu Najib nampak dengan penuh yakin yang Umno BN akan menang lagi dalam PRU13.

Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Gelombang Arab Spring tidak akan berlaku di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerima apa sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PR tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sebarang huru-hara kerana negara ini mempunyai undang-undang. - Sinarharian.   

Kalau perjalanan pilihanraya berlaku secara adil dan telus memang takdak sebab untuk sapa pun mempertikaikan keputusan PRU13 nanti.

Sinarharian juga melaporkan:
"PR tidak boleh mencari apa sahaja alasan jika tidak menang dalam PRU13 ini dengan membuat huru-hara di negara ini.

"Kita yakin dengan kemampuan yang ditunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), begitu juga PR.

"Menghormati keputusan rakyat adalah satu daripada prinsip yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan," tegas beliau lagi. - Ibid.
Pandai-pandai pulak Najib nak jadi jurucakap kepada PR konon PR jugak yakin dengan kemampuan SPR. Kalau PR yakin dengan SPR apa guna PR bersungguh-sungguh menyokong tuntutua Bersih.

Sampai ke saat ni PR tak pernah berpuashati dengan daftar pemilih yang tak bersih. Macamana PR nak yakin dengan kemampuan SPR kalau daftar pemilih yang merupakan perkara terpenting dalam pilihanraya pun SPR tak mampu untuk sediakan senarai yang bersih dan telus.

Antara Mat Bashah & MB Azizan...banding cara kasar..!!

oleh Zul Chegaq


Secara perbandingan kasarnya pun sudah jauh beza banyak perkara antara Mat Bashah dgn MB Ostat Azizan.

1.Dari segi umur pun dia kurang.
2.Kelulusan langit dgn bumi.
3.Pengalaman berhujah pun kurang.
4.Daya intelek pun tak ada kerana kurang buat kajian.
5.Itulah bezanya pemimpin no satu umno dgn pemimpin no satu Pas di Kedah.

Biarlah......

Kasihan pada dia kerana kekurangan seperti itu.

Nasib UMNO Kedah....

Insha Allah...Johor milik PR...


| Print | Johor bakal milik Pakatan Rakyat selepas PRU13

Muhammad Faizal, 09 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Jelas beliau, ini akan menjadi kenyataan apabila melihat tsunami politik dan sokongan yang diberikan rakyat terhadap Pakatan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Menurut beliau lagi, 12 kerusi parlimen akan turut menjadi milik Pakatan Rakyat apabila rakyat di beberapa kawasan khasnya luar banda dan kawasan pinggir bandar mahukan suatu perubahan.

"Saya yakin jika adanya lonjakan undi Melayu pada tahap 35 hingga 45 peratus termasuk sokongan undi bukan Melayu pada PRU13 nanti Johor menjadi milik Pakatan Rakyat.

"Walaupun ada beberapa tempat yang masih menjadi kubu Umno tapi itu dalam dalam lingkungan yang kecil kerana di tempat-tempat lain sokongan dari kaum Melayu sudah melebihi 30 peratus," jelas beliau lagi.

12 kali PRU kami dah kalah...ada huru-hara kaa?

Siapa sebenarnya tolak keputusan rakyat?

Harakahdaily, 09 Feb 2013

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan PAS tidak pernah tidak menerima keputusan rakyat tetapi sikap itu selalu ditunjukkan BN.

"Semasa rakyat Perak menolak BN melalui pru 12, BN bertindak merampas Perak melalui pembelian wakil rakyat untuk merampas Perak kembali.

"Semasa rakyat Terengganu memilih PAS dalam pilihan raya 1999, BN yang rampas royalti minyak dari rakyat Terengganu.

"Jadi sebenarnya siapa yang tidak terima keputusan rakyat. BN atau PAS?" soal TG Abdul Hadi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Kenyataan yang dikeluarkan melalui Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu berikutan kenyataan Perdana Menteri yang disiarkan media hari ini.

Dalam kenyataan itu Najib meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan rakyat dalam pilihan raya umum nanti.

Bagi Presiden PAS itu, sebelum Najib membuat kenyataan itu dia sepatutnya menilai dahulu tindakannya sebelum ini.

Ini kerana tindakan BN sebelum ini yang banyak menafikan hak rakyat untuk memilih.

Bagi beliau, tindakan BN menarik royalti minyak dari kerajaan negeri Terengganu selepas rakyat memilih PAS untuk mentadbir negeri itu dalam pilihan raya 1999 membukti sikap BN sebenarnya yang tidak boleh menerima keputusan rakyat.

Deepak setuju ke mahkamah....Najib bagaimana..?


| Print | Saya setuju ke Mahkamah, bagaimana Najib - Deepak

Harakahdaily, 09 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan setuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir bahawa isu dakwaan beliau perlu diselesaikan melalui proses mahkamah.

Namun katanya, isunya adalah adakah pihak polis sedia membawa segala dakwaannya ke mahkamah dan bersediakan Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Najib, Nazim Razak sedia ke mahkamah menjadi saksi.

Beliau juga menyebut, apakah "pihak lain juga akan datang sebagai saksi bila sapina dikemukakan atau menjadi 'demi god' bila diminta mengangkat sumpah dan bercakap benar atau ketika disiasat polis atau SPRM."

"Kita semua tahu, ia tidak akan berlaku," tegas Deepak dalam kenyataannya yang dihantar kepada media hari ini.

Deepak dipercayai mengulas nasihat Tun Dr Mahathir agar Najib jangan melayan semua dakwaan Deepak terhadapnya.

Katanya, Najib tidak perlu membuang masa untuk menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Deepak terhadapnya dan keluarganya.

"Beliau tidak perlu menjawabnya," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Cheras hari ini.

Beliau berkata sebagai perdana menteri, Najib akan berdepan dengan pelbagai tuduhan sepertimana yang pernah dialaminya semasa menerajui kerajaan dahulu.

Ditanya lebih lanjut mengenai dakwaan Deepak itu, Dr Mahathir berkata tuduhan seperti itu sepatutnya dibawa ke tempat yang betul, seperti mahkamah, yang boleh memutuskan perkara itu.

BN Kedah memang tak tahu menghargai KUIN

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA (Nota Utara, Harakah)


Menggelabah juga BN Kedah apabila ketidakhadiran para pemimpin mereka di majlis perasmian kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dijadikan isu. Dakwaan bahawa mereka bertindak biadab kerana 'memboikot' Agong terkesan di hati rakyat Kedah kerana baginda adalah Sultan negeri ini.

Berhempas pulas pihak BN menjelaskan bahawa mereka tidak dapat menghadirkan diri kerana ada urusan lain yang lebih penting (dari Yang di-Pertuan Agong?). Tiada kelibat menteri pengajian tinggi mahupun pegawai tertinggi kementerian, semuanya terlalu sibuk dengan urusan masing-masing.

Kewujudan sebuah pusat pengajian tinggi adalah peristiwa besar yang sangat tidak wajar dilihat dari perspektif politik.

Berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa “bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan. Nak jadi khalifah macam mana nak makmur kalau tidak berilmu, kalau beriman tanpa ilmu tak mungkin boleh selesaikan. Jadi inilah konsep yang diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan."

Nampaknya, seperti biasa, segala kata-kata hikmat pemimpin BN hanya terpakai untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri.

Mari kita MenTalqinkan UMNO dan BN

Oleh sakmongkol AK47

Kita biarkan Muhyidin melalak sana sini. Dia kata menawan kembali Pulau Pinang bukanlah perkara yang mustahil. Hendak menyedap hati sendiri dan pendengar, boleh lah. “kita ada pasukan yang boleh mentadbir Pulau Pinang lebih baik”. Benar- kamu sudah memerintah Pulau Pinang lama sebelum Guan Eng jadi KM. apa yang dicapai oleh pasukan kamu? Orang Melayu merempat, berniaga tidak teratur, kontrak2 kerajaan disapu semua oleh gerombolan UMNO.

Kita biarkan Najib susun batu bata surau sana dan sini. Sambil itu boleh bercakap mengenai wasathiyah. Kalaulah wasathiyah menjadi panduan dan pedoman hidup UMNO, kita tidak ada skendal pembelian scorpene, tidak ada puspahanas, tidak ada skendel NFC dan puluhan lagi kes samun dan rompak harta benda rakyat. Fakta nya, konsep wasathiyah itu hanya dipakai untuk menjual bangsa Melayu. Bangsa Melayu ini mudah dihamba-abdikan pemikiran mereka sehingga berfikiran kalau UMNO tidak ada dalam hidup mereka, maka dunia orang Melayu akan hancur lebur.

Demikianlah buruk nya keadaan pemikiran dam minda orang Melayu, yang rata2 nya miskin dan 8.7 juta dari mereka hidup dengan pendapatan RM1500 kebawah, sanggup menunjukkan perasaan bertegas dan berdegilan mahu anak2 mereka bayar PTPTN dan bayar denda AES. Bukan rosak pemikiran orang Melayu? Kita tawarkan pendidikan percuma , dia hendak bayar? Kita nak hapuskan AES, mereka berdemonstrasi mahu bayar? Kaya sangat ke orang Melayu? Sedar atau tidak , bila bayar maka yang kaya ialah kroni UMNO. Yang kaya, syarikat Beta Tegap yang mencadangkan AES. Sedangkan yang mati ramai dijalanraya ialah penunggang motosikal.

Ubahlah, usah tangguh lagi, jangan takut ugutan!

Oleh Ahmad Lutfi Othman 


Majoriti rakyat Malaysia amat mendambakan perubahan. Dan hasrat itu tidak boleh ditangguh lagi. Menunggu lebih lama hanya memburukkan situasi, menyeret negara ke kancah kemusnahan dan menyukarkan usaha pembaharuan nanti, selain memakan kos lebih mahal.

Satu demi satu masalah bertindan-timbun. Negara dikepung krisis dan konflik. Pemimpin lebih memikirkan soal kepentingan diri, kelompok, kroni dan suku-sakat.

Kalau ada pun perubahan, ia semata-mata demi meraih simpati dan sokongan politik. Segalanya kosmetik. Misalnya, pemberian bantuan 'one-off' yang dipopularkan Najib Razak, mungkin difaktorkan janji-janji Pakatan Rakyat sendiri, melalui Buku Jingga.

Najib resah PRU13 menyentap kuasa Umno

Oleh SAFAR JUMAAT

Ada juga yang mengatakan 22 Februari hari pembubaran Parlimen, 16 Mac hari penamaan calon dan 30 Mac, pengundian berlangsung.

Ahad, 20 Mac lalu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dilihat berada di Ibu Pejabat BN bersama-sama beberapa pemimpin kanan Umno, dikatakan mendengar taklimat akhir dari “war room” Umno, mengenai calon-calon Umno.

Beberapa hari sebelum itu, Najib selaku Pengerusi BN mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC.

Semua Presiden parti-parti komponen dikatakan sudah menyerahkan senarai calon kepada Najib sejak dua bulan yang lalu.

Pengerusi-Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri dikatakan turut berbuat demikian, sebulan yang lalu dan Najib dikatakan sudah meneliti kesemua senarai calon yang diserahkan, dengan sedikit pindaan dibuat di saat-saat akhir.

BUKTI bahawa NAJIB tak percaya kepada setiap Bahagian UMNO...!!

Sabotaj: Wakil jawatankuasa disiplin di setiap bahagian Umno

8 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bersetuju seorang wakil Jawatankuasa Dispilin akan dilantik di bahagian-bahagian Umno sebagai usaha untuk mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj dari dalam.

Katanya, wakil yang terpilih pada tahun ini akan ditapis daripada kalangan tujuh perwakilan bahagian yang datang ke Perhimpunan Agung parti baru-baru ini.

"Nama-nama mereka akan diumumkan di bahagian dan setiap yang berlaku di bahagian masing-masing akan ada wakil yang boleh pantau keadaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

PENANG - PM janji bagi RUMAH jika BN menang tapi KM pula bagi takyah tunggu menang..!!

KM jelas isu harga rumah
GOKINA MORGANAN
8 Februari 2013
Guan Eng
Guan Eng menyerahkan borang permohonan untuk membeli rumah.
 
GEORGETOWN - Kerajaan negeri hanya menjual 82 unit rumah mampu milik yang akan dibina di kawasan Jalan SP Chelliah pada harga RM400,000.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri bercadang membina 1,320 unit rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik dan hanya 6.2 peratus untuk rumah mampu milik (pangsapuri) dengan keluasan 1,000 kaki persegi dijual dengan RM400,000.

Beliau berkata, 70 unit pangsapuri kos sederhana bernilai RM72,500 dibina dengan keluasan 700 kaki persegi; 303 unit dengan 800 kaki persegi (RM200,000) dan 165 unit dengan 900 kaki persegi  RM300,000.

“Semua rumah itu akan dibina dari Dana Perumahan Mampu Milik Kerajaan Negeri bernilai RM500 juta,” katanya pada majlis pendaftaran perumahan mampu milik kerajaan negeri di Komtar  semalam.

Sejurus perasmian, orang ramai mengambil borang pendaftaran rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik di kaunter pendaftaran.

Nie dia JAWAPAN kerajaan Negeri cara nak bayaq balik hutang KUIN...

Tiada masalah bayaran balik pinjaman KUIN
Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Kerajaan negeri tiada masalah untuk membayar balik pinjaman pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil sebanyak RM330 juta.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, kerajaan negeri mempunyai sumber untuk membuat bayaran balik tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.

Kadar bayaran balik setahun Kedah Sato Sdn Bhd kepada Bank Islam Malaysia Berhad adalah sebanyak RM49.2 juta setahun, bermula Disember 2013. Bayaran RM49.2 juta perlu dijelaskan dalam tempoh tiga tahun pertama, dan bayaran semakin rendah sehingga tahun ke 15.

“Pinjaman yang dibuat dahulu daripada kerajaan Persekutuan untuk pembinaan Blok E Wisma Darul Aman telah selesai Disember 2012, jadi kita guna ‘wang tersebut’ sebanyak RM27 juta..(kali ini) untuk bayaran KUIN Kuala Ketil, maka kita perlu tambah lagi RM22 juta.

“Kita yakin mampu untuk bayar sebab kita ada sumber lain untuk tampung.

Masyarakat Cina terima sumbangan Tahun Baru

ALOR SETAR – Adalah menjadi kelaziman kepada kerajaan negeri menyampaikan sumbangan hari raya kepada rakyat negeri ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Bagi sambutan Tahun Baru Cina 2013, seramai 606 kaum Tiong Hua menerima sumbangan daripada kerajaan negeri.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul, bagi menggantikan YAB Menetri Besar. Majlis tersebut diadakan di Dewan Seri Mentaloon bagi meraikan masyarakat Tiong Hua menyambut Tahun Baru Cina.

Inilah dia BAPAK HARAM JADAH..!!!

Bapa dipenjara, disebat rogol anak tiri 7 tahun
Wartawan Sinar Harian
8 Februari 2013
Tertuduh dibawa keluar sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya.
Tertuduh dibawa keluar sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya.
 
SUNGAI PETANI – Seorang bapa berusia 44 tahun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Seksyen 3 Sungai Petani kerana mengaku bersalah merogol anak tirinya berusia tujuh tahun sembilan bulan dalam kejadian 21 Januari lalu.

Perbuatan dilakukan bapa kepada lima anak itu terjadi di dalam sebuah kedai bunga di Baling lebih kurang jam 6.30 petang hari kejadian.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Syazwani Syed Hussin memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh memandangkan perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang dan agama.

Sharifah Syazwani dalam hujahnya berkata, perbuatan tertuduh tidak berperikemanusiaan, selain mahu memberi pengajaran kepada masyarakat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...