TERKINI :

Friday, February 8, 2013

JASA UMNO - 300,000 Melayu masih berpendapatan bawah RM1000.00

Ke mana perginya kelas menengah Melayu?
NURUL IZZAH ANWAR
5 Februari 2013


Satu ketika dahulu ada disebut bahawa pembangunan dan perkembangan kelas menengah Melayu menjadi agenda utama kerajaan.

Tetapi setelah sekian lama – ada yang kata sudah 43 tahun semenjak DEB diperkenalkan dan ada yang kata sudah 56 tahun semenjak merdeka lagi – kelas menengah Melayu tidak banyak kelihatan, malah kelas bawahan Melayu pula makin bertambah.

Sebanyak 80% rumah tangga di Malaysia, berpendapatan kurang dari RM3,000 layak menerima BR1M. Jangan pula disebut tentang 32% rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah dibawah RM1,500 adalah Melayu.

Satu bukti jelas yang ramai terlepas pandang adalah dengan perlunya kerajaan mengadakan BR1M yang rata-rata penerima adalah Melayu hanya membuktikan kegagalan kerajaan BN untuk ‘membebaskan’ serta ‘memartabatkan’ prestasi ekonomi Melayu. sebaliknya bantuan ini menambahkan kadar hutang negara sehingga RM700 billion (termasuk hutang yang dijamin kerajaan untuk GLC) – yang sebenarnya menjadikan rakyat berhutang untuk menerima bantuan itu sendiri -sesuatu yang tragik.

Orang Melayu tidak mahu BR1M, PR1MA, BL1M dan banyak lagi bantuan yang bersifat sementara dan semakin hari nampaknya merupakan ‘gula-gula’ pilihanraya sementara golongan elit pula terus mendapat ‘kilang gula-gula’.

7 Agenda Anak Muda Berkebajikan...

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
PELANCARAN 7 AGENDA ANAK MUDA BERKEBAJIKAN
(8 Februari 2013)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan Majlis Pelancaran 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan yang akan dibuat pada hari Sabtu, 9 Februari 2013 jam 3.0 petang bertempat di depan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ia akan disempurnakan oleh Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Exco DPPM yang lain. Pelancaran ini amat siginifikan ketika negara akan berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13.

Bersama Pemuda Pakatan Rakyat, Majlis ini adalah suatu inisiatif sebagai suatu tawaran khusus kepada golongan muda di negara ini. Sudah tentu, 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan ini adalah sesuatu yang amat realistik, relevan serta menyentuh kehidupan anak-anak muda.

Antara isu utama yang membelenggu anak-anak muda negara ini ketika ini adalah peningkatan kos hidup, pengangguran, perumahan, pendidikan, kenderaan serta kesejahteraan hidup. Faktor-faktor tersebut telah menjerut anak-anak muda sehingga mereka tidak mampu menterjemahkannya dengan kehidupan yang baik. Kesannya menjerumus kepada keciciran dalam pelajaran, kemiskinan bandar, kemelaratan, gejala sosial, kurangnya pendidikan agama, membawa kepada kemusnahan yang lebih besar seperti penyalahgunaan dadah, jenayah dan lain-lain lagi.

Mangsa SOSMA pertama...dilihat SOSMA & ISA nie 2x5 jaa..!!

Pendakwa mangsa pertama Sosma hambur kata kesat di mahkamah

polis 1AMPANG 8 Feb: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dituduh di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) di Mahkamah Majistret Ampang tengah hari tadi kerana disyaki terlibat ‘menggalakkan perlakuan keganasan’

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 Ogos hingga 20 Oktober 2012, antara jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di alamat DL11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang, Selangor.

Kenalannya, Halimah Hussein pula dituduh bersubahat di bawah akta yang sama, melakukan kesalahan menjalankan pelakukan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi, dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.

Yazid, Halimah serta pekerja Yazid, Hilmi Hafim ditahan semalam di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), sekaligus menjadikan mereka mangsa pertama akta yang menggantikan ISA.

PRU13: PUTRAJAYA di tawan namun KEDAH bernasib malang...!

oleh Ahmad Lutfi Othman

Semasa banyak pihak bercakap tentang kemungkinan besar Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya dalam PRU13, seorang veteran politik yang berpengalaman luas sejak 50 tahun lalu mengingatkan saya agar tidak terlalu "overconfident".

"Tak takut ke Lutfi?" tanyanya. "Takut apa pula?" balas saya, memang tidak dapat memahami maksud sebenar pertanyaannya.

Sebelum itu kami bersembang panjang tentang peluang, potensi dan cabaran Pakatan, khususnya PAS, berdepan dengan bermacam-macam taktik jahat Umno-BN. Jelas dia risau dengan persiapan pembangkang; baginya, masih longgar.

Kebetulan, jalur pemikirannya agak selari dengan tema yang selalu saya bangkitkan dalam tulisan, agar aktivis Pakatan lebih berhati-hati dan tidak "syok sendiri. AJK PAS Pusat, Khalid Samad semasa wacana buku "Detik Utopia" juga menyebut kekhuatiran saya terhadap kesepaduan dan kemantapan Pakatan, terutama di peringkat atas.

"Saya risau bila melihat ada rakan-rakan kita yang nampaknya bersikap terlalu yakin menang," jawab veteran politik itu. "Bagi saya, lebih elok kita menjangkakan situasi terburuk, worst scenario, dan dari situ kita merancang strategi bagi mengatasinya," tambahnya. Saya perhati ada kerutan di dahinya, petanda beliau serius dengan pandangannya.

"Benar, saya bersetuju," pintas saya. Bukankah selama ini banyak catatan saya menekankan agar pemimpin Pakatan dan aktivis oposisi tidak memandang rendah keupayaan pemimpin Umno untuk meraih kembali sokongan, khususnya melalui manipulasi 3M (media, wang dan jentera kerajaan)?

(Bongkar) BN punca Kelantan hadapi Masalah air berpanjangan...!


Inilah sebabnya Kelantan hadapi masalah air yang berterusan....
Negeri lain di Malaysia dapat PERUNTUKAN tapi
Kelantan hanya dapat PINJAMAN.....

Wahai PIMPINAN PR - Jadikan TARIKH TETAP PRU sebagai salah satu janji anda..!!

Tetapkan tarikh PRU 5 tahun sekali
Oleh Lanh

BEKAS Menteri Penerangan,Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir da lam satu wawancara baru-baru ini berkata bahawa alangkah eloknya pilihan raya umum hanya diadakan secara tetap selepas kerajaan memerintah tamat tempohnya selama lima tahun. Antara lain, beliau berkata: “Tarikh akhir hayat Parlimen 28 April. Maknanya elok sangatlah semua jabatan kerajaan tidak terlibat dalam urusan yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk satu pihak

Ada juga kita dengar cadangan daripada pihak kerajaan sendiri, agar Parlimen dibubarkan dengan sendirinya pada 28 April. Ini satu cadangan yang cukup saya sokong dan ini pembaharuan yang amat baik untuk generasi kita akan datang.

“Biarlah apabila kerajaan itu dipilih, maka dia akan berkhidmat dalam satu penggal yang cukup. Lepas itu biarlah rakyat menentukan, baik buruknya dia, berdasarkan rekod dia untuk lima tahun itu. Kalau kerajaan yang ada sekarang buat keputusan begitu, saya mengalu-alukan. Ini adalah satu pembaharuan, satu transformasi politik yang cukup bijak.

“Hampir dua tahun, rakyat macam tak ada ketentuan. Banyak pelabur-pelabur 'wait and see' (tunggu dan lihat). Pelabur-pelabur yang nak buat macam-macam, dia 'wait and see'. Apabila nak buat pilihan raya, siapa nak menang. siapa nak kalah. Jadi kita rugi amat banyak. Pegawai-pegawai kerajaan pun tak dapat tumpu pada kerja-kerja dia. Orang-orang politik pun banyak main politik, tak tumpu pada kerja-kerja membuat kebaikan dan perbelanjaan pun semua banyak habis. Satu benda yang cukup rugi. Kalau dah dipilih untuk lima tahun, biar dia serve 'full five years'. Lepas tu bubar dengan sendirinya.

[GEMPAR] 3 bulan terakhir 2012 kenaikan UNDI baru di Kedah ialah 21,000..!!!

"Markas Bukit Uhud" Beroperasi 24 Jam

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


ALOR SETAR: Pelancaran Markas Besar PRU13 PAS Kedah bermakna Markas Pilihan Raya PAS peringkat Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Unit Peti Undi (UPU) di seluruh negeri ini akan mula beroperasi 24 jam sehari, demikian tegas Pengarah Pilihan Raya PAS Kedah, Senator Muhamad Yusof Husin. Ujar beliau, sejak 2 tahun lalu, Bilik Gerakan Jabatan Pilihan Raya PAS Kedah telah pun bergerak kerja 24 jam.

“Markas ini kita panggil ‘Markas Bukit Uhud’ yang kita akan sentiasa menggerakkan operasi kita dan kita pertahankan. Tetapi kena juga ingat bahawa Markas Pilihan Raya di MTD dan UPU juga adalah Bukit Uhud di kawasan.

“Jentera parti, amilin dan askar-askar parti jangan tinggalkan Bukit Uhud ini. Mesti ada askar yang sentiasa jaga dan beroperasi. Insya-Allah jika ini yang dilaksanakan Allah pasti tolong kita disamping usaha kerja bersungguh-sungguh dan munajat,” tegas beliau pada Ceramah Pelancaran Markas Besar PRU13 PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 26 Januari lalu.

Umno – Bn Hasad Dengki Kejayaan PR Kedah

Oleh IZWAN ABDUL HALIM 
 
POKOK SENA: Umno-BN Kedah melihat kejayaan dicapai Pakatan Rakyat Kedah umpama ‘biawak meleleh air liur melihat bangkai’, demikian menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Ujarnya, banyak perkara dilaksanakan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat tidak berlaku semasa 50 tahun pemerintahan Umno-BN menyebabkan mereka berhasad dengki dan membuat pelbagai dakwaan.

Mengungkap satu-persatu antara kejayaan itu, beliau menyentuh mengenai kejayaan menyiapkan Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tanpa bantuan kewangan walaupun satu sen dari Kerajaan Persekutuan.

Jelas beliau, semua usaha yang dibuat adalah untuk kepentingan rakyat dengan melahirkan generasi bertakwa dan berilmu.

Terang beliau, sekiranya negeri maju tetapi tidak bertakwa dan berilmu maka akan terjadi huru-hara dan tidak aman.

Adakah Anwar akan kena patuk sekali lagi...?


Musa Hassan Telah Berjumpa Anwar: Untuk Apa?

Oleh mohd sayuti omar
SESUDAH SUBUH

Ada maklumat bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. Musa sebelum ini telah menarik samannya terhadap Anwar berhubung satu laporan polis dibuat Anwar kononnya Musa telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes membabitkan Ketua Umum PKR itu.

Penarikan balik saman oleh Musa tanpa atas kehendak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya atas kerelaan Musa menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ada yang berpendapat Musa menyesal dengan perbuatannya terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis yang penuh berkuasa dulu.

Tidak kurang juga ada yang beranggapan Musa telah menemui petunjuk baru dan ada juga yang menghitungkan penarikan balik saman itu kerana ada undang di sebalik batu.

Musa cuba telah menjelaskan ia adalah atas kerelaan dan bukan bermotif politik. Tetapi para pemerhati dan penganalisa berpolitik tetap beranggapan kerelaaan Musa untuk berbaik dengan Anwar itu tetap ada motifnya. Justeru Anwar diharap agar berwaspada dan tidak mudah tidur dalam perut Musa.

15 Kerusi parlimen sumbangan PR KEDAH ke Putrajaya..!!!

PR Kedah ikrar sumbang 15 kerusi ke Putrajaya

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Kedah berikrar akan menyumbangkan 15 kerusi kawasan parlimen kepada Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata jentera ketiga-tiga parti di negeri itu komited untuk menjadikan 15 kerusi dari negeri itu sebagai penyumbang pertama Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

"Atas nama PAS dan Pakatan Rakyat, kita berikrar 15 kerusi Kedah adalah penyumbang pertama pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Pakatan Rakyat negeri ini dijangka mampu mengekalkan 11 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU 2008 lalu dan yakin menambah empat lagi kerusi yang kini dikuasai BN.

"Seluruh jentera Pakatan Rakyat kini sedang berkerja ke arah itu iaitu untuk mendapatkan 15 kerusi parlimen bagi membantu Pakata Rakyat ke Putrajaya," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

UMNO Kedah pie tengok konsert separuh bogel tu buat apa..!!!

oleh AnakKedah007

Ha Ha Ha..aduhai Mat Bashah.. nampaknya pakat kantoi macam tu ja hangpa kena putaq dengan geng pakatan rakyat..itu la buat kerja apa satu study dulu baru tembak...nie dak main cakap je walaupun isu tu nak kena balik kat batang tubuh hangpa....

Antara sebab-sebab inilah Najib dah tak bagi gerak kerja kempen nak tawan Kedah nie kat hangpa dah....dia serahkan semuanya kat geng third party..... cuba hangpa tengok apa Soo Nee jawab pasai konsert nie..

"dia kata konsert nie untuk geng MCA & GERAKAN..seba depa nie bantah sangat garis panduan persembahan di tempat awam yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri...yang mana suruh pengajur memastikan artis yang buat persembahan kena berpakaian sopan..konsert nie sebenarnya dibuat secara tertutup dan hanya masyarakat cina saja yang terlibat..."... Sebelum ini MCA & GERAKAN begitu lantang kata Kerajaan Negeri hendak menyekat persembahan untuk masyarakat cina...

Inilah yang dikatakan "DEMOKRASI di zaman BN memerintah"

ERTI keadilan pemerintahan Barisan Nasional

Inilah ERTI keadilan dalam pemerintahan Barisan Nasional
Anda saksikanlah apa yang BN katakan itu DEMOKRASI...
 
Kelaku huduh macam ini wajib kita hentikan...

Siapa Kata cerita ALTANTUYA dah BASI.. selagi siapa yang arah bunuh belum diketahui..selagi itu ianya jadi "misteri"

Jika penjenayah masih berkuasa, rakyat salahkanlah diri sendiri
 
Deepak sekali lagi membawa orang ramai menatapi isu pembunuhan Altantuya dengan membuat kenyataan yang memanaskan semasa perjumpaan Mahfudz Omar, Naib Presiden PAS semalam.

Dalam kenyataannya beliau meminta perlindungan dari pihak berkuasa jika beliau memberikan segala bukti pembabitan Najib dan isteriya dalam kes pembunuhan itu. 

Isu pembunuhan itu sudah menjadi buah mulut orang ramai sejak bertahun-tahun yang lalu dan dua orang pegawai keselamatan yang berkhidmat dengan Najib dan isterinya telah pun di jatuhkan hukuman mati kerana di sabitkan dengan kesalahan membunuh itu.

Kedua-dua pegawai keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib ini telah membunuh seorang wanita Monggolia tanpa sebab kerana tidak dipersoalkan kenapa mereka membunuh wanita yang mengenali Najib dan rakan-rakan beliau itu.

Mahkamah Tinggi negara, mendapati mereka berdua bersalah kerana membunuh keatas dua pegawai Polis itu, tetapi yang amat anih dalam kes ini pihak peguam cara tidak pernah bertanyakan motif pembunuhan oleh kedua-dua pesalah itu.

Pemimpin BN Kedah biadab kepada Agong?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Catatan kejayaan paling besar dan bersejarah sepanjang tempoh satu penggal Pakatan Rakyat menerajui kedah ialah apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat merasmikan Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil. Manisnya catatan ini ialah apabila ia berlaku di penghujung penggal, kira-kira tidak sampai sebulan sebelum PRU13 diadakan.

Sejak Pakatan mengambilalih pentadbiran kerajaan, KUIN menjadi isu yang paling mencabar disensasikan oleh pihak pembangkang. Selepas satu isu, muncul pula isu lain yang berbeza, semuanya berentetan dari awal hingga ke akhir penggal. Itulah 'bahananya' apabila Menteri Besar meletakkan misi dan visi yang terlalu besar terhadap KUIN. Projek besar, cabaran pun besar dan muncullah beraneka masalah. Mungkin sepatutnya Ustaz Azizan tidak meletakkan matlamat yang terlalu besar terhadap KUIN, maka tidak muncullah masalah. Tapi itu bukan cara berfikir orang yang berfikiran besar.

BONGKAR 403 : Orang suruh hang jawab akan isunya bukan "hang kelepiaq..!!"

RM403 juta... jawablah dengan fakta Mat Bashah oooiii, jangan bagi hujah macam budak kanyaq Pekan Naka tuu..

Oleh: Ipad China

Alahai Tok Mat Bashah... kami serang hangpa dengan fakta dan angka takkan jawab macam budak kanyaq UMNO Pekan Naka tu saja isu RM403 juta... mudah saja jawab, "tak ada penyelewengan apa-apa pun, fitnah pihak pembangkang jee tuu.."

Kalau pihak BN dulu tak bersalah, kenapa mahkamah jatuh hukum arahkan kerajaan negeri bayar RM11 juta dalam isu Yayasan Islam, arahkan bayar RM2.16 juta dalam isu udang Kerpan, saman demi sama oleh pihak tertentu terhadap seri Temin atas kesalahan depa dulu? serta semua angkara BN dulu hingga kerajaan la ni kena tanggung beban sampai RM403 juta. 
Mat Bashah kena jawab kata (contohnya) hakim tu tak betoi, dia gila masa jatuhkan hukuman.... kira boleh pakai jugak jawapan macam tu sebab spesifik kepada isu dibangkitkan (kih kih) tapi kalau sebut.. itu cuma fitnah pihak Pakatan... budak kanyag UMNO kaki maki hamun kat Pekan Naka tu pun reti buat macam tuu. Takpalah mat bashah oii... mai jawab isu ni pulak...

BONGKAR 403 - Suasana benatahan di depan Balai Nobat Alor Setar




Inilah masalah hangpa UMNO & PERKASA...gebang depan TV bukan main hebat..bila berdepan

Tuduh tanpa bukti.. Akhirnya Pemuda PERKASA memalukan diri sendiri..

SEKUMPULAN pemuda, dalam satu pertemuan dengan Exco Phee Boon Poh petang tadi, gagal mengemukakan bukti mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menyeleweng sejumlah dana dari kutipan kempen 'Hari Tanpa bag Plastik Percuma'.

Jurucakap kumpulan itu, "Yaacob Bebas" (gambar tengah) berdalih, pihaknya menuduh Kerajaan Negeri menyeleweng dana tersebut selepas Boon Poh mendedahkan data berwajib yang disahkan oleh Audit Kerajaan Negeri.

"Saya bukan kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang tipu duit rakyat (kutipan kempen Hari Tanpa bag palstik), kita nak kata ada 'kemungkinan'," dalih Yaacob di Komtar, George Town.

Ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang, Razuan Mohd. Azudin dan seorang temannya turut hadir mewakili kumpulan tersebut.

Lebih 10 wartawan turut hadir sebagai saksi perbincangan dua hala yang dipengerusikan oleh Boon Poh, Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar.

Boon Poh menjelaskan, kutipan bayaran kempen "Hari Tanpa Bag Plastik Percuma" pada setiap Isnin dilancarkan sejak 1 Julai 2009.

Untuk geng kayuh gerek - 'Alor Setar Saturday Nite Ride 2013'

MBAS anjur 'Alor Setar Saturday Nite Ride 2013'

7 Februari 2013

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan kerjasama Tourism Malaysia Kedah dan Menara Alor Setar akan menganjurkan program kayuhan basikal 'Alor Setar Saturday Nite Ride 2013' yang akan diadakan pada 15 Feb ini, sempena ulang tahun kesembilan MBAS.

Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mat Noh Ahmad berkata pihaknya menyasarkan 800 peserta menyertai program riadah itu yang menyediakan dua kategori jarak kayuhan iaitu sejauh 16 Km dan 21 Km.

"Kita mengenakan yuran penyertaan RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi golongan berumur 18 tahun ke bawah. 500 peserta yang membuat pengesahan awal akan diberikan sehelai baju-T," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Al Fatihah - Azli Paat meninggal dunia

Azli Paat

[BH] KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini. 

Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam.

Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.

Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...