TERKINI :

Thursday, February 7, 2013

Ketua Pemuda Gerakan nie IQ zero tapi gila buat statement kondem Kerajaan Negeri...!!

Ketua Pemuda Gerakan Kedah : Cerdik tak boleh diikut...bodo tak boleh diajaq...


Oleh : TUKUL BESI

Kalau kata bodoh hampa marah..tapi memang jelas bodoh...macam ni boleh kita labelkan..' bodoh tak boleh diajar..cerdik tak boleh diikut '. Sia-sia saja belajaq undang-undang, jadi lawyer..tapi pemikiran yang terlalu rendah......nak sama dengan pemikiran orang yang tak pernah kenal sekolah dan tak pernah sekolah.

Itulah, tuan-tuan dan puan-puan sekelian, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, yang kerap mengadakan sidang media..keluar statement yang menampakkan kebodohannya dan sekaligus merugikan BN sendiri. Dulu cuba nak jadi hero pasai kerugian balak di Papua New Geine, last-last habih semua penyelewengan UMNO kita bongkar....padan muka..bodoh sombong.

Ni pulak..satu lagi statement bodo lagi bangang yang dikeluarkan oleh beliau. rujuk Sinar Utara ( 7.2.2013), beliau mempertikaian keupayaan dan kemampuan kerajaan negeri kedah untuk membayar hutang pinjaman sebanyak RM330 juta yang dipinjam untuk pembinaan kampus induk KUIN di Kuala Ketil.

Isu tarian Lucah Kulim - program tu bukan dibuat untuk orang UMNO tapi untuk MCA dan Gerakan Kedah...!!

Awat yang orang UMNO pi tengok tarian lucah, haktu depa buat untuk MCA yang gila sex tuu...

Oleh: Mat Kering Bakag Bata

Datuk Mat Bashah desak kerajaan negeri ambil tindakan terhadap PKR kerana kononnya anjur tarian separuh bogel. Aittt mana hang pi tau ada tarian macam tu kat Kedah ni? Takkan orang UMNO pakat pi tengok kot? Nak habag kat orang UMNO... tak boleh tengok benda-benda lucah macam tuu, haram!!! Daripada hangpa pi tengok tarian lucah, baik pi masjid dengar ceramah Maulidul Rasul.

MK telah hubungi tanya Non Muslim dalam PR Kulim yang anjur program tu, betoi ka? Depa pun jelaskan, program tu bukan dibuat untuk orang UMNO tapi untuk MCA dan Gerakan Kedah mai tengok sebab depa ni syok sangat nak tengok benda-benda lucah. MCA dan gerakan marahkan kerajaan  Kedah kerana haramkan persembahan lucah untuk orang Islam. 

Sejarah tercipta di Pulau Pinang dan Najib terpaksa menjanjikan perkara lain pula..

 
Nampaknya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksalah turun ke Pulau Pinang untuk menabur janji yang baru pula...

Ini kerana janjinya yang dibuat pada awal Disember 2012 yang lalu iaitu akan membina sebanyak 20,000 unit rumah mampu milik jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula pulau tersebut pada pilihan raya nanti telah dilaksanakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang..

“Kita akan laksanakan tidak kurang daripada 20,000 unit rumah mampu milik,” kata Najib semasa ucapan perasmian Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia.

Beliau berkata janji perumahan itu tidak bersyarat dan membuktikan BN sebuah kerajaan yang mengambil berat tentang Pulau Pinang.

Dia kata janji itu tak bersyarat tapi perlu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional Pulau Pinang.. apa tah dia cakap ni..

Mahathir Mengapa Jelous?

MEMAYUNG RASA                                                                                     

Dari saya sentuh hal ehwal 'orang itu' pagi-pagin ini seperti mana ramai kekawan yang minta saya mengulasnya baik saya sentuh perihal Mahathir Mohamad, tokoh kematu yang tidak pernah sedar diri. Lebih berbaloi kalau saya mengulas mengenai Mahathir setidak-tidaknya kalau dapat 'dosa' ia balik modal kerana kedudukan Matahir yang tinggi dan tidak pernah mahu tunduk ke bumi itu. Lagipun Mahathir kini berada dalam war room, Umno.

Menjadi amalan saya, saya tidak suka mencatat mengenai ahli politik kecil atau pun mereka yang berkedudukan tetapi tidak ada nilai buat saya. Orang yang pendek akal politik atau merasa dirinya gah walhal dia tidak gah setara mana pun membuangkan masa saya saja atau kalau ditulis ia akan menghauskan keyboard laptop saja.

Bila sebut orang itu saya teringat kata-kata Salentia suatu masa dulu mengenai orang itu. Katanya orang itu tidak layak jadi orang besar atau pun berada ditempat kedudukan sekarang kerana fizikalnya tidak menarik. Dia kelihatan seperti budak dan orang kerdil saja. Maaflah... kalau nak marah, marahkan kepada Salentia yang juga kepada saya dia (Salentia) kerdil moral politiknya.

Relax Nong Chik.. jangan ghairah sangat....!!!

NFC & skandal RM30 juta anak Nong Chik bukti Umno bobrok – Izzah

IzzahKUALA LUMPUR 7 Feb: Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), isu kontrak RM30 juta yang dianugerah kepada anak Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan banyak lagi penyelewengan Umno simbol ketamakan dan kebobrokan pemimpin parti itu, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau mengulas keyakinan Nong Chik, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai bahawa skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN.

Izzah“Semua pendedahan tentang penyelewengan adalah refleksi kepada BN, dan Nong Chik adalah simbol kepada BN. Dari situ rakyat boleh nilai kewibawaan dan integriti beliau,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

17 Mei lalu, Keadilan Daily melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.

Turut dilampir salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 yang menunjukkan anak Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu.

Jadikanlah detik PRU13 sebagai tempoh akhir cengkaman dan campurtangan politik pada Perkhidmatan Awam

KENYATAAN MEDIA 7.2.2013

PAS jamin pembebasan cengkaman dan campurtangan politik pada Perkhidmatan Awam

PAS menyeru kakitangan kerajaan agar keluar dari kemelut tekanan penguasa politik dan campurtangan melampau Umno dalam Perkhidmatan Awam selama ini.

Pelbagai tekanan dan paksaan yang dikenakan ke atas kakitangan-kakitangan bagi menyokong program dan agenda Umno. Pelbagai surat tunjuk sebab dikeluarkan yang langsung tidak berkaitan dengan tugas rasmi.

PAS mengingatkan bahawa perkara ini boleh dihentikan dengan para kakitangan perkhidmatan awam, termasuk polis dan tentera membuat perubahan dalam pilihanraya ke 13.

Campurtangan melampau Umno juga menyebabkan ramai kakitangan awam ditukar, diberi amaran dan ditahan kenaikan gaji dan pangkat, semata-mata dilihat tidak menyokong Umno.

UMNO BN Penang meroyan bila tengok orang ramai serbu dapatkan borang rumah mampu milik kerajaan negeri..!!

Hanya 82 unit rumah mampu milik berharga RM400,000, kata Guan Eng


Tergesa-gesa di Komtar untuk mendapatkan borang pendaftaran. — Gambar K.E. Ooi
KUALA LUMPUR, 7 Feb — Kerajaan Pulau Pinang cuma memperuntukkan enam peratus sahaja daripada perumahan mampu milik di negeri tersebut yang bernilai RM400,000 ke atas, kata ketua menteri Lim Guan Eng.
Projek perumahan yang membina 1,840 unit rumah di bahagian pulau dan tanah besar, adalah sebahagian dari projek RM500 juta Rumah Mampu Milik yang dijalankan kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk membina 19,172 unit di seluruh Pulau Pinang, termasuklah di bahagian pulau.

“Adalah tidak benar mengatakan hanya projek perumahan untuk unit RM400,000 sahaja dibina seperti yang dituduh pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Lim dalam majlis perasmian pendaftaran perumahan mampu milik di Pulau Pinang hari ini.

Lim menjawab tuduhan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, yang mendakwa kerajaan negeri hanya membina unit pangsapuri bernilai RM400,000 sahaja untuk mengaut keuntungan.

Muhyidin kata Guan Eng bodoh..last balik kat diri sendiri...

Amboi sedap je kata org bodoh...nah dah terbalik kat diri sendiri dah....nasb hg lag pak din oi...

Adakah polis takut kepada 'samseng umno' atau sekadar tugas jaga lalulintas..?

PAS kaji tindakan undang-undang terhadap polis

Harakahdaily, 07 Feb 2013

KUALA LUMPUR: PAS bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada polis jika terus membiarkan kegiatan menyekat aktiviti PAS oleh pihak lain.

Ketua Lajnah Undang-undang PAS, haji Asmuni Awi (gambar) berkata, memang menjadi 'statutory duty' kepada pasukan polis untuk mencegah pergaduhan, jenayah dan sebagainya.

"Tetapi jika polis berada di tempat kejadian tetapi tidak mencegah pihak yang membuat pergaduhan misalnya, hanya menjaga lalu lintas sahaja, itu sudah salah.

"Oleh itu kita sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap pihak polis," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas beberapa kejadian yang melibatkan program PAS disekat dan diganggu oleh pihak tertentu tetapi polis yang ada dalam kejadian itu tidak bertindak menghalangnya.

Polis hanya memastikan lalu lintas tidak terganggu sahaja.

Di pintu masuk Felda Teloi Timur, samseng jalanan menyekat pemimpin dan aktivis PAS dari mengadakan ceramah di sana.

OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.

Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!

Nasharudin Mat Isa ialah mangsa kawan kencing kawan

Ramai yang kutuk Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam Facebook dan di mana-mana bila dia bercakap merugikan PAS dalam media-media Umno.
aku mula mengkritik Mamat tu secara terbuka di dalam akhbar sejak selepas pilihan raya Pengkalan Pasir pada 2005. Secara tidak terbuka memang dah lama.
Bila Nasharudin kecundang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS, itu kali pertama aku tulis dengan nada simpati kepada dia. aku tulis tentang kisah kawan makan kawan.
Orang-orang yang Nasharudin anggap sahabat dan menaja dia ke jawatan Timbalan Presiden PAS sebelum itu berkonspirasi menjatuhkan dia dan menjadikan dia seperti anjing kurap. Antara penyebab Mamat tu jadi seperti sekarang ialah perbuatan puak kawan makan kawan tu.
Kata orang, kalau kencing manis tak pa lagi. Tapi kalau kencing kawan, tak guna seduit pun.
Bayangkan, kalau sahabat depa pun selamba je depa kencing dia, tak dapat dibayangkan betapa teruknya rakyat akan kena kencing dengan puak tu.
 

Jika penjenayah masih berkuasa, rakyat salahkan lah diri sendiri

oleh Aspan Alias

Deepak sekali lagi membawa orang ramai menatapi isu pembunuhan Altantuya dengan membuat kenyataan yang memanaskan semasa perjumpaan Mahfudz Omar, Naib Presiden PAS semalam. Dalam kenyataannya beliau meminta perlindungan dari pihak berkuasa jika beliau memberikan segala bukti pembabitan Najib dan isteriya dalam kes pembunuhan itu.

Isu pembunuhan itu sudah menjadi buah mulut orang ramai sejak bertahun-tahun yang lalu dan dua orang pegawai keselamatan yang berkhidmat dengan Najib dan isterinya telah pun di jatuhkan hukuman mati kerana di sabitkan dengan kesalahan membunuh itu. Kedua-dua pegawai keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib ini telah membunuh seorang wanita Monggolia tanpa sebab kerana tidak dipersoalkan kenapa mereka membunuh wanita yang mengenali Najib dan rakan-rakan beliau itu.

Mahkamah Tinggi negara, mendapati mereka berdua bersalah kerana membunuh keatas dua pegawai Polis itu, tetapi yang amat anih dalam kes ini pihak peguam cara tidak pernah bertanyakan motif pembunuhan oleh kedua-dua pesalah itu. Ini merupakan satu-satunya kes pembunuhan yang sangat anih kerana tidak di sentuh sedikit pun tentang motif pembunuhan terhadap Altantuya itu dan ini lah yang menjadi tandatanya semua pihak. Bagaimana dua orang pegawai keselamatan kepada Perdana Menteri dan isterinya melakukan pembunuhan tanpa sebab.

Semalam Deepak, ‘adik angkat’ Rosmah Mansor sendiri telah meminta Mahfudz Omar untuk melakukan sesuatu bagi melindungi beliau kerana beliau sudah bersedia untuk membongkar segala-galanya tentang apa yang beliau tahu berhubung dengan pembunuhan itu. Di negara ini, kita mempunyai ‘Protection Act 2009’ dan ‘Whistleblower Act 2010’ dan Mahfudz Omar percaya itu mencukupi untuk Deepak berlindung dalam menghadapi pembongkarannya terhadap isu pembunuhan Altantuya beberapa tahun dahulu.

TAHNIAH #SAVEKEDAH - Jasa UMNO dalam 55 tahun yang jangan anda lupakan..!!


KAJIAN 2008 PENYIASATAN PENDAPATAN ISI RUMAH:
Seramai 496,500 rakyat Malaysia gaji kurang RM1000
daripada jumlah tersebut MELAYU adalah 301,000

Inilah JASA UMNO yang 
dikatakan membela MELAYU

Ada manusia dok sabotaq dengan bakar tong sampah..agak hangpa siapa..??

Sabotaj bakar tong sampah
Wartawan Sinar Harian
6 Februari 2013
Sabotaj bakar tong sampah
Akibat tong sampah terbakar, berlaku lambakan sampah sarap di kawasan perniagaan Taman Patani Jaya, Sungai Petani Sritharan (kiri) menunjukkan kesan daripada ketiadaan tong.
 
SUNGAI PETANI - Kejadian tong sampah terbakar di Taman Patani Jaya dan Taman Keladi, Jumaat lalu dianggap sabotaj pihak tertentu yang sengaja mencetus kontroversi menjelang cuti perayaan sehingga menyebabkan pihak berkenaan terpaksa menanggung risiko ke atas insiden tersebut.

Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), P Sritharan berkata, kejadian tersebut disedari 1 Februari lalu di mana tiga tong sampah dekat Taman Patani Jaya berhadapan dengan Pasaraya Econcave dikatakan terbakar.

“Kejadian dipercayai berlaku pada sebelah malam apabila kita menerima maklumat orang awam tentang kejadian mengatakan tong sampah terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sritharan berkata, kejadian sama turut dilaporkan berlaku di Taman Keladi pada hari yang sama dan sehingga kelmarin dianggarkan sebanyak enam hingga lapan tong terbakar.

“Kita percaya ia dibakar pihak tertentu dan meminta siasatan segera dilakukan berkemungkinan ia disabotaj. Tambahan pula Tahun Baru Cina akan disambut dalam masa beberapa hari lagi,” katanya.

Medan Selera Taman Wira : Antara PENIAGA & MBAS Pakat beri kerjasama baru OK..

Medan selera meloyakan
Wartawan Sinar Harian
6 Februari 2013
Medan selera meloyakan
Fazri terpaksa menutup hidung semasa menunjukkan saluran kumbahan yang melimpah.
 
ALOR SETAR - Busuk dan meloyakan! Begitulah rungutan pelanggan dan peniaga Medan Selera Taman Wira, Mergong apabila berhadapan dengan masalah saluran kumbahan tersumbat sejak dua minggu lalu.

Pelanggan, Fazri Masari, 28, berkata, keadaan saluran kumbahan yang dikhuatiri bocor hingga mengakibatkan air mengalir keluar itu menimbulkan ketidakselesaan untuk menikmati juadah yang dijual di situ.

“Bagaimana ingin menikmati makanan jika keadaan yang menjijikkan dan bau yang kurang menyenangkan sudah pun membantutkan selera kita untuk makan.

“Makanan dan minuman di sini dijual dengan harga murah namun jika keadaan ini berterusan tanpa sebarang tindakan maka keadaan akan menjadi bertambah kotor hingga pelanggan berkemungkinan akan berkurangan,” katanya.

Katanya, jika keadaan air kotor yang berterusan mengalir tidak diselenggarakan, ia akan mencacatkan imej medan selera berkenaan.

Antara Undang-Undang Baru SPR...

PRU13: Elemen Baru
Wartawan Sinar Harian
SPR: Jangan pertikai dakwat kekal
Noha Mohd Fadrullah, yang berkerusi roda, ditanda dakwat pada jari sebelum 
layak diberi kertas undi - Foto Bernama
Dakwat kekal: Harap jadi kenyataan
BERIKUT elemen-elemen baru yang akan diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum ke-13.


Peti undi lutsinar - pertama kali akan diperkenalkan pada PRU. Ia sudah digunakan ketika PRU Negeri Sarawak

Dakwat kekal - akan dilaksanakan pada PRU13

OKU – boleh ditemani

Mansuh proses bantahan - tidak akan sesi proses bantahan, bermakna keputusan status akan diumumkan dalam jam 10.30 pagi

Calon tidak boleh tarik diri - peruntukan calon boleh tarik diri dibatalkan

Mansuh pondok panas - SPR juga melarang kewujudan pondok panas oleh parti-parti atau calon bertanding




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...