TERKINI :

Wednesday, February 6, 2013

Nie baru nama SOKONG UMNO.. Jadi Ketua Bahagian pun dah ada RM1.2juta... belum kira menteri lagik..!!!

Pemimpin Umno pamer longgokan duit depan penduduk


(Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah)

TANAH MERAH: “Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu.

“Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong,” kata Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dipetik sebuah akhbar hari ini.

Semalam seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau melihat pemimpin Umno berkenaan membawa wang yang dibungkus di atas meja ketika menghadiri satu program di Kerilla baru-baru ini.

Katanya, perbuatan Ketua Umno Tanah Merah itu secara jelas cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan sesuatu untuk mereka.

Kesian UMNO Penang..sampai sanggup makan 'kek taik' untuk bela Melayu last jika menang GERAKAN juga jadi KM..!!


Kesian TUN.. semakin hari semakin meroyan di lihatnya.. hari nie suruh PAS keluar PR pulak..!!

Mahathir: Pas tak berani keluar PR
NORSHAHZURA MAT ZUKI
6 Februari 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
 
KUALA LUMPUR - Pas tidak berani keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana bergantung kepada DAP, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, parti yang memperjuangkan Islam itu akan kekal bersama PR kerana 'menyayangi Karpal'.

"Jika Pas keluar daripada PR, parti itu akan kalah. Dia (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) meraikan hari jadi bersama Karpal (Pengerusi DAP, Karpal Singh) dan menyambut perayaan Thaipusam bersama.

"Mereka tidak berani keluar PR, Nik Aziz bercerai dengan Nasha (Nasharudin Mat Isa) tetapi dia tidak mahu bercerai dengan DAP," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku bertajuk Antarctica: Malaysia's Journey to the Ice di sini, hari ini.

Semalam, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok meminta Pas keluar daripada PR.

[BONGKAR 403] Aduhai PERKASA & UMNO...bila atug program tak dapat sambutan, dok kalut nak kacau program orang pulak..!!!

Tak habih-habih nak buat khianat program Pakatan...

Oleh: Aiman Rasist

Mungkin kerana teruja dengan kejayaan menggagalkan ceramah Mazlan Aliman di Felda Teloi Timur semalan... maka dengan rasa diri penuh gagah perkasa nak mai pulak gagalkan Himpunan Bongkar 403 yang dijadualkan di Alor setar esok. Depa atug program tak dapat sambutan, dok kalut nak kacau program orang. Jenih ni pun ada dalam dunia ni... entahlah apa nak jadi puak-puak nii.

Jangan pedulikan mereka, mai kita hadir beramai-ramai...

#savekedah ...UMNO lah yang benarkan KALIMAH ALLAH digunakan dalam Bible..!!

Siapa Sebenarnya Benarkan Kalimah "ALLAH" Dalam Al-Kitab? Jawabnya UMNO!!



Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan “menodai” undang-undang Islam negara ini.

Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah “diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

[#TumbangBN] Anggota Askar yang pergi #KL112 didakwa atas dakwaan "memudaratkan perkhidmatan"

Anggota tentera hadiri KL112 berdepan tindakan
 
Enam anggota tentera yang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat (atau KL112) yang disokong pembangkang bulan lepas mungkin didakwa atas dakwaan "memudaratkan perkhidmatan" tersebut.

"Mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 87 Akta Angkatan Tentera 1972," dakwa Presiden Pahlawan yang berkaitan dengan PKR.

Beliau berkata ahli keluarga kakitangan yang terlibat - lima daripada Tentera Laut Diraja Malaysia dan seorang dari tentera darat - telah memaklumkan perkara itu kepada Pahlawan.

Keenam mereka telah menyiarkan gambar masing-masing ketika menghadiri perhimpunan tersebut di laman rangkaian sosial Facebook, dan kemudiannya dipanggil oleh pegawai atasan mereka.

Pahlawan mendapati mereka adalah pegawai berpangkat rendah, yang menghadiri perhimpunan itu ketika tidak bertugas dan tidak memakai pakaian seragam.


Nasha sedang menyusun langkah untuk PAS memecat beliau..!!

oleh Mat Azli jr

Malam ini Nasha akan masuk tv rancangan soal jwb..hari nie masuk berita harian....ini semua agenda nak mintak kena pecat...jadi ahli pas semua jangan terkejut...dia di mita oleh najib rosmah utk jadi pnyelamat..ini di sebabkan Deepek akan dedah isu Najib satu demi satu...jadi sekarang Nasha lah akan berkerja keras untuk selamat kan Najib...

Itu hasil tarbiah Nasha dlm pas...menyelamatkan pemimpin yang zalim..Dengar kata malam esok Nasha akan mula menyerang pimpinan pas pulak... dan dalam masa yang sama dia akan mepuji almarhum Dato Fadhil Nor, sebab nk halalkan kerja jahat dia, selepas tu berkemungkinan dia akan buat demo dengan tema supaya PAS tak besama DAP lagi, disamping itu Nasha akan keluarkan fatwa haram undi PR, menyesal bersama PAS  dan dia akan kutuk PAS sebanyak mungkin ..

Kita tengok apa akai AHMAD MASLAN nak mengelak dari orang felda tahu dia jantan atau betina..!!!


Tinggi ILMU NASA sehingga Majlis Syura & Pandangan Tok-Tok Guru Pondok yang bersama PAS.. telah dinafikannya...!!


Ahli majlis syura bukan sorang.... tok guru pondok bukan sorang..... kira dalam ramai2 ustaz dan tok guru dalam Pas nie, dia sorang ja kata PAS langgar prinsip Islam.. Maknanya dia anggap dia sorang je yg betul.. Org lain semua tak leh pakai.. Masuk ISMA cepat2 lah jika macam tu Nasa.. Sesuai sgt...



Masalah sekarang cuba lihat apa Nasa cakap Semasa ada jawatan dulu... bkn main semangat bercerita tahaluf siyasi yang di bawa oleh PAS...tapi bila jawatan semua melayang...ko dah jadi tak ketahuan hala dah..Nasa oh Nasa... 


Demokrasi Ala Malaysia.. Demokrasi Orang Penakut... [#savekedah #tumbangBN #listen]


Budak baru beranak pun tau DEMOKRASI jenih apa yang di jalankan di Malaysia..

Ada otak ada akal maka fikirkanlah apa anda nak buat dengan Malaysia

Yang PASTI this ELECTION WE MUST CHANGE...

Anda Saksikanlah Video Ini... 


Kisah sahabat baru balik mesyuarat UMNO..yang pasti..UMNO koi lingkop dan jahanam..!

merenung masa depan yang semakin kelam

Dua tiga hari ini baru kembali meeting bersama pihak UMNO. Bukan apa depa ni bukan tahu aku ini siapa. Oleh kerana masih memgang jawatan didalamnya untuk kepentingan sebahagian penduduk terpaksa PRU.TIGABELAS masih berada dalam UMNO seketika sehingga tamat PRU13.

Apa yang memeranjatkan setiap kali mereka adakan mesyuarat 50% daripada agenda adalah pasal duit peruntukan dapat ke tidak untuk PR13 ini dari Bahagian atau perhubungan. Kalau pasti barulah mereka mulakan minit sekadar seperti arahan pihak atas. Kalaulah duit tidak sampai, korang agak apalah akan jadi pada puak-puak UMNO ni? Itu perigkat yang bermusyarat, yang di bawah-bawah ni nampaknya tak terbela rasa. Itu sebab ramai remaja, penyokong UMNO mula berubaha dan berduyun-duyun hadir ceramah serta menyokong PR terutama PAS.

Perubahan ini terlalu banyak sebabnya..

 Permaisuri Agong dikurnia darjah tertinggi Jepun


6 Februari 2013 KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menerima pengurniaan darjah tertinggi Diraja Jepun Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum'

Baginda mencemar duli menerima anugerah itu daripada Duta Jepun ke Malaysia Shigeru Nakamura di Istana Negara di sini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berangkat pada upacara itu.

Anugerah itu hanya dikurniakan kepada anggota kerabat Diraja wanita, baik untuk kerabat Diraja Jepun mahupun dari negara asing.

Anugerah sama dikurniakan kepada Raja Permaisuri Agong ke-12 Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid pada 2005.

November lepas, Kedutaan Jepun memaklumkan kepada Wisma Putra akan hasrat kerajaannya untuk mengurniakan darjah itu yang mencerminkan keazaman Jepun dalam mempertingkat hubungan dua halanya dengan Malaysia.

Antara yang pernah menerima anugerah itu ialah Ratu Margrethe II dari Denmark, Maharani Farah dari Iran, Ratu Paola (Belgium), Ratu Silvia (Sweeden), Ratu Sirikit (Thailand) dan Ratu Sofia dari Sepanyol. - Bernama

Musim pimpinan BN berjanji "BULAN & BINTANG" sudah tiba..!!

Tanjung Agas belum buat, Najib janji Gebeng pula

KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan tidak terlalu ghairah mengumumkan janji projek mega baru sedangkan projek yang diumumkan sebelum ini masih belum terlaksana.
Penganalisis politik negeri Pahang, Syed Ali Badaruddin Al-Habsyi (gambar) mengulas tindakan Najib yang melancarkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), berjumlah RM10.5 bilion di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini semalam.

Katanya, sedangkan projek mega Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dianggarkan bernilai RM8 bilion di parlimen Pekan yang dijanjikan Najib dahulu, terus gagal dilaksanakan.

“Dulu Najib bukan main gah mengumumkan projek mega di Tanjung Agas kerana janji awalnya bakal memberi nikmat besar kepada penduduk termasuk 3,000 peluang pekerjaan baru di samping menyediakan peluang perniagaan.

“Harapan penduduk Pekan pada masa itu bukan main ghairah kerana daerah mereka diuar-uarkan bakal setanding dengan bandar-bandar besar seperti Kelang apabila siapnya projek raksasa di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) itu.

Utamakan masa depan 28 juta rakyat Malaysia daripada fikir nasib Najib atau BN

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Datuk Seri Najib Razak dianggap Perdana Menteri yang tidak mampu membuat keputusan sebab itu sehingga kini beliau masih teragak-agak dan gagal menentukan tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, selama mentadbir negara, Najib sudah mencipta dua rekod buruk dan adakah dia akan mencipta dua lagi rekod buruk menjelang PRU-13 nanti.

Katanya, Najib menjadi Perdana Menteri paling lama memerintah tanpa mandat rakyat iaitu hampir tiga tahun 10 bulan iaitu lebih lama daripada Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Hussein Onn dan bapa beliau sendiri, Tun Abdul Razak.

“Najib juga mencipta rekod buruk kedua iaitu Parlimen di bawahnya berjalan untuk satu penggal yang paling lama selepas “tsunami politik” pada PRU 8 Mac 2008 dan kini tinggal satu bulan tiga hari daripada ulang tahun ke-5 PRU-12 itu.

[BONGKAR] Perjanjian Ayaq di Langkawi zaman UMNO sekadar menguntungkan KRONI RM128 jutasahaja..!!!

Pelik sungguh aihh... takkan takdak sorang pun pemimpin BN Kedah yang berani jawab isu niiii?


Perjanjian dengan Taliworks Langkawi rugi RM128 juta

Di zaman BN, Taliworks dilantik sebagai operator air Langkawi dengan kontrak sehingga 2020. 

Terma perjanjian sangat merugikan kerajaan negeri kerana kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK, sekarang SADA) mengenakan caj kepada pengguna hanya sebanyak RM0.40 untuk satu meter padu air (sekarang RM0.50) tetapi terpaksa bayar kepada Taliworks RM1.80 untuk satu meter padu air. 

Kadar bayaran terhadap Taliworks itu semakin meningkat setiap tahun seperti tercatat dalam perjanjian. Kerajaan terpaksa tanggung setahun RM25-26 juta, kira-kira RM128 juta untuk lima tahun.

FELDA TELOI - Kata ini negara demokrasi.. kenapa BN terpekik telolong mcm orang gila..?

Ceramah ANAK disekat lagi!


Kali ini disekat di pintu masuk Felda Teloi Timur. OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yg membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.

Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalulintas bukan menghalau samseng jalanan!

Sekali lagi hak bersuara dinafikan. Saya kesian tengok peneroka Felda Teloi Timur. Tanam semula dah 3 tahun tak siap, hutang sara hidup bertimbun, kami datang nak membantu, disekat pula.

Anwar: Pendidikan percuma tanggungjawab pusat



5 Februari 2013 SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan Selangor tidak melaksanakan pendidikan percuma kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat biarpun Selangor mencatat lebihan RM2.5 bilion tahun lepas.

Menurut Anwar, pendidikan percuma mampu dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan kerana dakwanya, hasil kelapa sawit dan petroleum negara menghampiri RM150 bilion setahun. Bagaimanapun beliau sedia maklum kerajaan persekutuan mengalami defisit.

Anwar yang juga penasihat ekonomi Selangor berkata demikian dalam ucapannya "Pendidikan Percuma di Malaysia Suatu Realiti" di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan anjuran Unisel dan kerajaan negeri di sini.

Kerajaan Selangor mempunyai dua universiti iaitu Universiti Selangor (Unisel) yang mempunyai kampus di sini dan Bestari Jaya manakala Kolej Universiti Islam Selangor di Bangi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa satu acara Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kulim pada 2 Februari lepas dicemari dengan tarian menjolok mata, beliau berkata, jika berlaku perkara yang kurang sopan, parti itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ditanya apakah bentuk tindakan yang bakal dikenakan, beliau berkata:" Tak tahu lagi apa tindakan, tapi kalau ronggeng sikit-sikit nak ambil tindakan apa bendanya?" - Bernama

Meroyan BN Di Felda Teloi semalam......!!

Muhammad Sanusi Md Nor


Jam 6 petang, dalam perjalanan ke Rumah Adun Jeneri tempat berkumpul penceramah, Ust Ismail Mahmud Pengarah MTD Jeneri telefon...Si, aku kena kepung di pintu masuk Felda, ada ramai pemuda BN dengan besi dan kayu, depa tak bagi ana masuk. Mu dapat berita apa dak? Dak la lagi...bokpa jadi macam tu... Aku tanya. Taknthu lah...dema kata aku tak leh masuk, mungkin dema takut kat Mazlan Aliman yang akan londeh isu Felda malam ni. Kata Ustaz Ismail. Tak pa mu tgu situ, satgi aku sapei.

Lepas makan malam di rumah Adun Jeneri, YB Dato' Yahya Abdullah, kami bergerak dan diarahkan berkumpul di Surau Kuala Lesong. Kami sampai waktu solat Isyak diimamkan oleh Ust Ismail.

selesai solat kami bergerak secara konvoi ke Felda Tetloi Timur. lebih kurang 30 buah kereta dan bepuluh-puluh moto.

Sampai di lokasi 30 meter dari pintu masuk, semua kereta terhenti. Di depan pemuda BN menyorak bertempik terlolong menghalang kami masuk. Rundinganndengan polis dibuat, Aku YB Cikgu Ya dan Zol Osman. Untuk kepentingan keselamatan polis minta ceramahndibatalkan. aku minta nak ceramah di situ untuk menyuraikan penyokong yang semakin ramai. Jalan tertutupnsama sekali dengan kereta dan orang ramai.

Tunggu heller agak lama, kami naik atas pick-up Din Belalang. Di dalam felda, petugas yg masuk sejak petang lebih kurang 30 orang terperangkap,ntidak dapat keluar. Semua alat pembesar suara ada di sana.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...