TERKINI :

Sunday, February 3, 2013

UMNO lah punca menyebabkan Melayu berpecah dan tak dapat bersatu dengan PAS..!!!


Contoh Politik BN & PR di Kedah amatlah berbeza dan patut di contohi oleh NAJIB di Putrajaya..!!!

Gotong royong peringkat Negeri Kedah..YAB Dato' Seri Diraja Ust Azizan bersama YB Dato' wira chor menteri perumahan dan kerajaan tempatan..Tahniah

Ini menjadi teladan kpd DS Najib kalau nk mai Kedah kena jumpa MB selaku tuan rumah. Baru orang respek PM. Ini mai dok kutuk pemerintah negeri. Bukan nk tanya habaq MB, atau dapatkan taklimat pentadbiran,nak bantuan apa,peruntukan apa dsbnya. Barulah nama pentadbir bertemu pentadbir.

ini menunjukkan Ust Azizan tak bermusuh dengan mana 2 parti...parti parti punya hal... rakyat di utama kan...semoga Kedah Terus Sejahtera...



LIVE | KEDAH FA vs SONGKHLA UNITED



:: KLIK BUTANG PLAY::
di bawa khas oleh KFATV

Jika kos "GANGNAM" seperti dibisingkan jadikan ia konsert terakhir BN di muka bumi Malaysia..!!!


Kos bawa 'Gangnam' ke acara Najib dijangka lebih RM1j
 
BN nampaknya tiada masalah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membiaya hiburan di acara politik ketika dasar parti itu mendakwa cuba mengekang masalah kos sara hidup rakyat dengan mengedarkan bantuan kewangan.

Ini dilihat melalui rancangan untuk menganjurkan acara bersama penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang.

br1m 2.0 launch by najib razak 2Acara di perkarangan kolej Han Jiang yang akan dihadiri 60,000 orang itu dijangka akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa orang penganjur konsert memberitahu Malaysiakini bahawa Psy mungkin hanya akan membuat penampilan ringkas selama kira-kira 60 minit.

Penganjur berkenaan menjangkakan bahawa Psy akan mengenakan bayaran sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 to RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.

Tengku Razaleigh sendiri pun tak percaya dah boleh menang selesa..!!!

Ku Li: PRU13 dijangka paling sengit
Wartawan Sinar Harian
3 Februari 2013
Lebuh raya rakyat: Ku Li nasihat Kelantan bincang Pusat
Tengku Razaleigh Hamzah
 
GUA MUSANG - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi disifatkan paling sengit dalam sejarah negara.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau mahu rakyat membuat keputusan bijak bagi memilih wakil rakyat mereka sama ada bagi kerusi Parlimen atau Dun.

Beliau turut menasihati rakyat jangan mudah mendengar khabar angin yang boleh mengurangkan tumpuan terhadap pengundian, kerana ia penting untuk masa depan.

“Paling penting, kita fokus kepada penilaian calon yang bertanding untuk membuat keputusan mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Gua Musang di Dewan Bukit Chekati dekat sini, petang semalam.

Fuyoooooo..!! Depakata RM2juta nak bawa penyanyi "Gangnam Style" nie...

Penyanyi Korea, Psy akan dibawa ke Pulau Pinang sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional pada 11 hb ini. Dikhabarkan bahawa kos untuk membawa penyanyi tersebut menjangkau sehingga RM2 JUTA untuk SATU lagu!

Rakyat menuntut turunkan harga, pendidikan percuma, BN kata Malaysia boleh bangkrup. Tapi 2 juta untuk satu lagi tak ada masalah pulak?

Jerung pun ada masalah! Najib pun ada masalah..!!!

Ayat popular UMNO Kedah...Jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti...

Dok ulang ayat tu lima tahun dahhh... bukti UMNO Kedah sedang nazak

Jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti,  jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti,  jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti,  jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti....

Oleh: Dr Azman Tempur

"Jangan sabotaj parti"... Kalau nak kata 5 ribu kali banyak sangat kot, tapi kalau 5,6 ratus kali adalah aku dok dengaq ayat tu yang keluar dari mulut pemimpin UMNO. Apa maksudnya kalau bukan memang itulah masalah besar dalam UMNO bukan setakat di Malaysia tapi di seluruh negara. 

Yang syoknyer antara pemimpin UMNO yang dok pesan benda tu... depa pun sabotaj jugak bila calon dari kem lain naik. Di Bukit Lada hari tu, bukankah Datuk Ahmad Lebai Sudin yang turun kempen 16 cawangan UMNO suruh pangkah Ustaz Izat. Di Baling bukankah Dr. Mashitah yang sok sek sok sek minta wanita UMNO pastikan Datuk Aziz kalah. Di Alor Mengkudu bukankah Ustaz Fadzil Hanafi yang bagi arahan 'salam kalih' untuk semua penyokongnya untuk kalahkan Mazlan.

Baguih la hang kawan dengan NAJIB wajai fathul Bari..2X5 ja hangpa dua nie..!!!

Memang padan dah dua orang ni duduk sebilik... 
  
Memang padan dah Fathul Bari ni dok sebilik dengan Najib... hang tak boleh kata kat aku, aku pun tak boleh nak peleceh hang. Sebabnya, dua-dua serupa... anunya ciput... Kah..3x

Ulama muda Umno yang terkenal sebagai pakar mengKHAWARIJkan tokoh-tokoh ilmuan Islam lain telah menafikan menarik diri dari dialog anjuran Umno tuh...
NAFI TARIK DIRI... bukan takut cuma ketar kepala lutut saja, kan... kan... kan...

Wahai Pejuang.. dah nak Menang dah nie.. Jangan di remehkan potensi menang ini..!!!

Usah remehkan potensi menang

Ahmad Lutfi Othman, 03 Feb 2013

Mungkin tidak ramai menaruh harapan tinggi bahawa Melaka dapat dikuasai Pakatan Rakyat dalam PRU13. Malah, ada pihak menyifatkannya sebagai negeri paling selamat buat BN.

PAS dan KeADILan belum mempunyai wakil dalam sidang Dun Melaka. Lebih tepat lagi, tiada pembangkang Melayu dalam Dun berkenaan. Daripada 28 kerusi, DAP menang lima, manakala di peringkat Parlimen, BN hanya tewas satu kerusi di Kota Melaka, juga kepada DAP.

Ketika perhatian rakyat lebih tertumpu ke Putrajaya, kerusi Parlimen Bukit Katil dikira menjanjikan persaingan sengit, selain Alor Gajah yang diwakili MCA, parti yang dilihat semakin terhakis sokongan masyarakat Cina. Kedua-duanya merupakan kerusi campuran.

"Kami mungkin mempunyai 'kerajaan pembangkang' di peringkat negeri selepas PRU13 nanti," kata seorang rakan, yang lama menetap di Melaka. Beliau merujuk andaian BN masih kekal mentadbir negeri walaupun Putrajaya dijangka mengalami perubahan.

"Tanpa mengira suatu perkara luar biasa boleh berlaku nanti, Pakatan hanya dapat mengharapkan dua lagi kerusi Parlimen dari Melaka," tambahnya, sambil menekankan jumlah itu sudah cukup untuk membuatkan kerajaan persekutuan bertukar tangan.

Istilah pelik 'kerajaan pembangkang' itu sebenarnya dipopularkan media Umno-BN, yang ditujukan khas kepada negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, menzahirkan kejengkelan mereka untuk mengiktiraf pilihan rakyat yang menyokong Pakatan membentuk kerajaan baru.

'Negara baru' sedang menanti... kita merdekakan Malaysia sekali lagi...

Muhammad Sanusi Md Nor


Pada Jam 10 malam hari pengundian PRU-13, TV dan radio mula mengumumkan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen satu demi satu dimenangi oleh PAS, PKR dan DAP. Menjelang jam 12 malm, TV mengumumkan Kedah Kekal di tangan PR. pada jam 2.45 pagi, impian seluruh rakyat termakbul, Pengerusi SPR mengumumkan PR memenangi lebih banyak kerusi dan semua tokoh-tokoh BN tumbang, sebuah kerajaan baru boleh dibentuk oleh PR di semua negeri dan Persekutuan.

Pada jm 10 pagi, rombongan daripada PR akan mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda YD Agong menyembah maklum kemenangan yang dicapai dan seorang Perdana Menteri aru Malaysia daripada PR mengangkat sumpah jawatan.

Menjelang 3.00 petang, satu pengumuman dibuat. Harga minyak seluruh negara turun 50 sen seliter. Pengumuman kedua, pinjaman PTPTN dihapuskan dan digantikan biasiswa. Pengumuman ke tiga..... pengumuman keempat..... Adakah orang yang tak mahu hutangnya dilupuskan?? -: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Ceramah di Kuala Ketil.

'Negara baru' sedang menanti... kita merdekakan Malaysia sekali lagi...

Kanak-Kanak Berhimpun : Perlembagaan Bagi... Tapi Akta BN & POLIS tak bagi untuk PR sahaja..!!!

Perlembagaan benarkan kanak-kanak berhimpun
Oleh Mohamed Hanipa Maidan

Berdasarkan laporan media pihak polis dikatakan sedang memburu 14 orang yang dikatakan melakukan kesalahan membawa kanak-kanan menyertai perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka pada 12 Januari yang lalu. Gambar-gambar suspek kini tersebar di media .

Hakikatnya ini satu lagi projek Barisan Nasional (BN) melalui institusi polis bagi melakukan intimidasi ke atas rakyat yang memilih untuk melaksanakan hak berhimpun yang dijamin ke atas mana-mana warganegara sepertimana yang diperuntukkan di bawah Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Jika BN merasakan intimidasi ini perlu bagi mewujudkan ketakutan ke atas rakyat yang menyertai perhimpunan aman dan bersejarah itu, BN hakikatnya melakukan kesilapan besar. Kehadiran ratusan ribu rakyat prihatin tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri menunjukkan tiada lagi elemen ketakutan di kalangan rakyat terhadap politik buli oleh BN melalui institusi polis.

Alahai NASA oh NASA... awat hang jadi lagu nie..???


Alahai NASA oh NASA... kami yang jadi ahli bawah nie dah naik celaru dok tengok kelaku hang sehari dua nie.. bukan apa jika kami di bawah nie pimpinan selalu takankan WALA' WALA' WALA'.... tapi bila kami tengok yang kat atas tu dah jadi lain pulak bila di lihatnya...

Kami nak tanya hang WALA' tu apa dia wahai NASA... kami kat ahli bawah nie selalu hangpa katakan kawan dengan puak UMNO BN nie adalah untuk mengajak mereka menyertai kita..tapi sekarang tengok dah jadi terbalik dah..

Kami tengok hang sekarang nie bukan kata kawan nak ajak tetapi hang dah dok pie sondoi dengan depa....dan dok cakap merapu pasai perjuangan PAS dengan PR... Awat masa hang jadi Timb Presiden dulu masa dok sembang dan bincang nak buat PAKATAN RAKYAT awat hang tak bantah dan bangkang....jika masa tu hang pertahankan hujah hang kami boleh pertimbangkan apa yang berlaku sekarang nie... tapi ini semua berlaku selepas hang kalah JAWATAN Timb. Presiden dengan Mat Sabu....

Hang sekarang nie jadi lagu mana...adakah hang kecewa....adakah hang merajuk..jika kecewa dan merajuk itu bukan perjuangan PAS.... pemimpin pun ada kelaku kecewa dan merajuk habih kami kat bawah nie nak sandaq harapan kat sapa dah....

Nie nak tanya.. hang jaga tak Bachok tuu... orang Bachok dok tanya mana pie YB depa... ingat hang menang jadi YB pun orang PAS Bachok yang undi..bukannya UMNO Bachok..ingat tuuu.. Gaji hang lanie hasil rakyat Bachok yang sokongnya.. bukan Najib dan Rosmah....

Jika hang orang baik hang mesti tolak kebathilan dan kedurjanaan BN... tapi pasai pa hang nak jilat juga dengan depa... apa hujah hang nak bercium mulut dengan UMNO BN nie... dulu hang juga yang suruh lawan depa.... yang mana satu betoi nie...

Hang nak bohong kami ahli biasa nie ka pasai kelaku hang sehari dua nie....hang jangan dok buat kelaku mangkaq... sekarang nie rakyat semakin ramai nak tolak UMNO BN tapi hang dok nak pie cium mulut dengan depa...apa la hang nie....buat malu kat Arwah Ust Fadhil Noor ja tengok kelaku hang nie....

Mai Tang Nie NAJIB Cerdik sikit dari Karpal Singh yang bangang tak bagi kat orang langsung..!!

Najib lawat 5 tempat ibadah, tapi membisu isu kalimah Allah

najib razak visits 5 places of worship in brickfieldsPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat lima tempat ibadah dalam tempoh dua jam dalam usaha yang jelas untuk melegakan hubungan antara agama, tetapi masih membisu tentang isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu atau tentang ancaman untuk membakar kitab tersebut.

Perdana menteri memulakan tinjauan beliau pada pukul 4 petang dengan melawat sebuah gereja, sebuah surau dan kuil Cina, Hindu dan Buddha - semuanya di Brickfields, Kuala Lumpur.
Beliau menandatangani plak peringatan di setiap destinasi dan kemudiannya menyampaikan replika cek RM30,000.

Sikap beliau berdiam itu berbeza sama sekali dengan ramai ahli politik BN dan Pakatan Rakyat - yang masing-masing telah bercakap mengenai isu tersebut.

Antaranya ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok -  kedua-duanya menggesa supaya kalimah Allah dibenarkan digunakan dalam Bible mengikut keputusan Mahkamah Tinggi - Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula menentangnya, dan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, yang menggesa semua pihak bertenang dan menegaskan perkara itu masih didengar di Mahkamah Rayuan.

Najib & Mahathir bertembung lagi nampaknya...!!!

Najib Dan Mahathir Tidak Sekata Kriteria Calon

Mahathir: Bercanggah dengan Najib.
Saya rasa saya tidak salah dengar dan telinga saya tidak berdengung. Sekejap tadi saya dengar Mahathir Mohamad ahli Umno supaya mengundi calon-calon UBN tidak kira siapa mereka itu. Katanya jangan peduli siapa calon undi saja sebab hendak menang. "Kita pilih siapa saja calon UBN kerana kita hendak menang," katanya.

Kemenangan perlu apa lagi dengan undi besar. Sebab katanya kalau UBN menang kecil mereka (Pakatan Rakyat) akan tunjuk perasaan hari-hari.

Rayuan dan penegasan Mahathir itu menjelaskan sesiapa calon dari UBN perlu dipilih. Ini bermakna yang perlu dilihat ialah parti bukannya peribadi calon.

Kenyataan Mahathir ini bertentangan dengan hasrat Najib Razak yang mahukan calon-calon Umno yang berintegriti, bersih dari rasuah, jenayah dan skandal. Mana-mana bakal calon yang tidak lepas tapisan SPRM tidak akan diambil untuk bertanding. Dalam Umno mereka menjadi SPRM sebagai Majlis Syura Ulama kalau di dalam PAS.

Baru-baru ini Umno telah menghantar senarai calonnya untuk ditapis oleh SPRM. Selepas ditapis difahamkan ada beberapa orang termasuk tiga wakil rakyat, seorang menteri dan seorang ketua menteri dan orang menteri besar dari negeri Pantai Timur tidak lepas saringan SPRM. Menteri Besar berkenaan dikaitkan dengan beberapa projek kerajaan di negeri itu yang runtuh dan rosak sebelum dipakai.

Tu dia aihh artis Malaysia dah tak ada kaa... Zek Zaidi cuba tengok sat..!!

Psy bakal beraksi dalam konsert BN di P. Pinang



GEORGE TOWN - Penyanyi rap Korea Selatan yang popular dengan tarian kudanya, Psy (gambar) bakal membuat persembahan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang pada 11 Februari nanti.

Bintang berusia 35 tahun itu yang dikenali menerusi lagu Gangnam Style dijangka menghiburkan kira-kira 60,000 tetamu yang bakal menghadiri majlis itu nanti.

Ragut - Pakat boh penyepak ja jika terjumpa kejadian macam nie..!!!

Dua peragut berputih mata
Wartawan Sinar Harian
2 Februari 2013
Dua peragut berputih mata
Suspek patah kaki kanan terlibat dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah.
Dua peragut berputih mata
Suspek yang mengalami cedera ringan dibawa balik ke Balai Polis Kulim.
 
KULIM - Dua peragut terpaksa berputih mata apabila motosikal jenis Yamaha 125Z ditunggangi mereka merempuh belakang sebuah kereta ketika cuba melarikan diri setelah meragut seorang lelaki di sebuah kedai 24 jam, di sini, kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam empat petang itu, kedua-dua suspek merempuh bahagian belakang kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kilang Lama.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, suspek menghampiri mangsa yang juga ahli PPKM dan cuba merampas telefon bimbit mangsa bagaimanapun, telefon itu terjatuh.

Kedah Medical Center lakukan lebih sejuta rawatan



ALOR SETAR - Kedah Medical Center (KMC) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pakar Utara telah berkembang pesat menjadi sebuah pusat perubatan swasta yang terunggul di negeri Kedah sehingga kini.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, KMC kini beroperasi dengan 132 katil dan mempunyai lebih kurang 450 pekerja serta 32 doktor pakar dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan serta peralatan yang canggih.

“Saya difahamkan sejak tahun 1987, KMC telah memberi lebih daripada satu juta episod rawatan kepada pesakit. Permintaan perkhidmatan perubatan di KMC juga semakin meningkat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 KMC di Dewan Bandaraya Alor Setar, di sini baru-baru ini.

Takhziah blog penarik beca kena "BOM"...- Bunuh kuasa Umno dulu, yang lain kira kemudian

Bunuh kuasa Umno dulu, yang lain kira kemudian

Salam. Blog lama, penarikbeca.blogspot.com mula-mula depa tulis "this blog has been removed". Lepas tu depa tulis "locked" pulak kat dashboard aku. Bila aku unlock, dah depa tulis hanya author ja yang boleh tengok blog tu.

aku tak reti nak buat apa. Lantaklah. Ni aku buka blog baru penarikbeca15.blogspot.com

Untuk yang tak pernah baca blog saya, antara lain, kesimpulan dari tulisan-tulisan saya dulu ialah:

1. Maruah, harga diri dan survival Melayu bukan terletak di tangan raja-raja Melayu, Umno atau entah apa-apa lagi. Maruah, harga diri dan survival Melayu terletak di tangan Allah s.w.t.dan hanya boleh dicapai melalui kesempurnaan iman kepada-Nya dan ketinggian ilmu dunia dan Akhirat.

2. Semua parti di negara ini ada sisi buruk masing-masing. Kalau nak disebut bahaya, semua bahaya. Kalau nak disebut mudharat, semua ada kemudharatan masing-masing. Tetapi, bahaya dan mudharat terbesar dan terjahat ialah Umno dan Barisan Nasional (BN).

3. Bunuh kuasa Umno dulu, yang lain kita kira kemudian. Dah ada pengalaman lawan Umno yang merupakan bahaya dan mudharat terbesar dan terjahat, takkan tak reti nak lawan parti lain bila depa pun kurang ajaq macam Umno.

Takat tu dulu untuk posting pertama blog ni.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...