TERKINI :

Saturday, February 2, 2013

Hallo KARPAL SINGH.. lu boleh tutup sekejap ka lu punya mulut..!!!!!


Karpal kecewa kenyataan Hadi berhubung isu kalimah Allah

GEORGE TOWN, 2 Feb — Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata adalah salah untuk menyatakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu kalimah Allah diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

[Gempar] Gambar Wan Azizah dengan Cincin terdedah..!!

Wao! Dr Wan Azizah shopping for Cincin, at Pasar Malam Guar Perahu?
Wao! Dr Wan Azizah shopping for Cincin, at Pasar Malam Guar Perahu?

LIVE : Jelajah Merdeka Rakyat PANDAN



Bekas ahli UMNO ajaq PR macamana nak jawab soalan bodoh SPR..!!!

Kadir tunjuk jalan macamana nak sanggah jawapan bodoh SPR?

TAN SRI Kadir Sheikh Fadzir memang cukup prihatin dengan proses pilihan raya yang sepatutnya bersih, bebas dan adil. Bekas menteri kabinet ini mahu kerajaan atau SPR memberi respons positif terhadap tuntutan rakyat, termasuk melalui Himpunan Kebangkitan Rakyat baru-baru ini.
Berdepan sekumpulan wartawan Harakah yang dsiketuai AHMAD LUTFI OTHMAN, semasa kunjungannya ke pejabat Harakah, 21 Januari lalu, Kadir menekankan agar isu media bebas dan salahguna jentera serta kemudahan kerajaan mesti diberi perhatian utama. Ia tidak boleh dipandang sebagai isu lapuk. 

HARAKAH: Tan Sri juga dilihat antara pencetus awal idea Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), yang mendapat sambutan hebat, 12 Januari lalu. Mungkin ada rumusan terbaik mengenainya?
 
KADIR: HKR di peringkat nasional berjalan dengan begitu baik. Ia membuktikan,  kalau tiada campur tangan pihak yang berniat buruk, maka perjumpaan seumpama ini dapat berjalan  dengan cara baik.
Ini satu pengajaran kepada kerajaan bahawa kalau tiada campur tangan, dia pun untung. Dia pun tak dapat nama busuk. Apabila saya jelajah seluruh negara, saya yakin angka satu juta boleh dicapai.

Najib, Mahathir dan watak agama Umno

Oleh RUHI HAYATI THANI
Apabila Dr Mahathir Mohamad dikecam hebat setelah memecat Anwar Ibrahim, maka seluruh amal baiknya tertolak dan ditolak oleh rakyat. Dr Mahathir perlu mencari suatu watak yang boleh memurnikan kembali wajah dan watak Umno yang rosak itu.

 Dr Mahathir sendiri sedar bahawa umat saat itu sudah menolaknya. Jika beliau masih mentadbir, maka Umno dan BN akan tumbang dengan sendirinya. Jika BN yang diterajuinya hari ini tewas, maka segala perilaku bejatnya terdedah dan salah laku pemimpin BN terburai dengan sendirinya.

Jadi, Dr M mesti mencari watak suci bagi menggantikannya. Lebih baiklah dia berundur, asalkan sistem BN tidak rebah. Dalam kelelahan mencari watak penggantinya, maka ditemuinya permata bersinar berwatak agama yang boleh kembalikan keyakinan rakyat kepada Umno dan BN.

Tiba-tiba saja, nama Abdullah Ahmad Badawi hadir di ingatan. Cucu ulama, mufti bertaraf wali dipilih sebagai penyelamat bahtera umno yang hampir karam di lautan bergelora. Dugaannya itu tepat. Umat tertarik kepada watak keperibadian agama Abdullah dan Umno menang semula.

Jadi mungkin ditilik daripada pola pemikiran Melayu hari inilah maka faham Mahathirisme telah mengenakan pelan tindakan tersirat, iaitu Mahathirisme akan meletakkan watak agama bertujuan mengekalkan kuasanya dan Umno, BN.
 

JUARA taik kucing hang Najib.. JUARA tibai duit rakyat hang tak cerita..!!

Najib: BR1M 2.0 bukti BN juara tadbir negara

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juara dalam mentabir negara dan mengurus ekonomi.

Perdana menteri berkata, kelangsungan pemberian BR1M yang kini memasuki pusingan kedua diteruskan kerajaan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekod kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 bilion tahun lepas.

"BR1M merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyat, ia boleh ditunaikan kerana pentadbiran dan pengurusan ekonomi dilakukan dengan baik. Kita boleh beri BR1M kerana berjaya memastikan ekonomi terus berkembang, peniaga sama ada kecil dan besar berjaya menambah keuntungan.

"Bila ini berlaku, maka cukai untuk kerajaan juga bertambah, dan ini adalah sebenarnya asas mengapa BR1M boleh dilaksanakan," katanya pada pelancaran BR1M 2.0 dan pemberian insentif itu bagi kawasan Parlimen Ampang dan Pandan di sini.

Mahathir ambil alih kempen BN...

Mahathir ambil alih kempen BN tapi tak yakin menang – Anwar

SONY DSC
PULAU PINANG 2 FEBRUARI: Kembalinya Tun Mahathir Mohamad mengambil alih kempen pilihan raya umum (pru) ke-13 dari tangan Datuk Seri Najib Razak menyerlahkan kerajaan pimpinan Umno BN itu, tidak stabil.

“Ia tidak sedikit pun menggugat jentera dan kekuatan Pakatan Rakyat, malah dialu-alukan,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Beliau berucap demikian pada majlis Jamuan Makan Malam DAP Pulau Pinang bertemakan ‘Perubahan di tanganmu’ di Penang International Sports Arena (PISA).

Mahathir adalah individu yang merosakkan pelbagai institusi penting dalam negara termasuk badan kehakiman dan memperalat agensi kerajaan demi kepentingan politiknya.

Perdana Menteri paling lama berkuasa iaitu 22 tahun dan dianggap diktator juga bertanggungjawab memecat Anwar dari Umno dan kerajaan yang melawan amalan rasuah dan kronisme.

Anwar berkata, Mahathir juga tidak berkeyakinan meraih kemenangan pada PRU 13 manakala rakyat sedari awal tidak percaya dengan kepimpinan Najib.

Mahathir gagal hantar 'anjing belaan' nya untuk memperok perandakan Pakatan Rakyat..!!

Apa Dibimbangi Terhadap Musa Telah Terjadi

Mula-mula lagi saya telah mengsyaki sesuatu yang tidak baik kepada bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan bila dia secara tiba-tiba menunjukkan minat kepada Pakatan Rakyat dan dalam masa sama mengkritik bekas pasukannya.
Musa: Tektik tak menjadi.
Asas kesangsian saya mudah, Musa ialah polis, polis merupakan peribadi yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sangat menghormati pasukan mereka. Setiap dari mereka akan bersumpah taat setia dan memegang piagam perkhidmatan. Piagam itu mereka akan genggam hatta hingga ke saat akhir hayatnya. Ada orang kata kalau dia polis jangan dipercayai ketegasannya dalam jawatan baik dia ayah, abang, adik, isteri atau suami kita.

Saya pernah menonton sebuah filem Barat mengenai ketinggian peribadi seorang tentera. Tentera ini sangat menghormati kepada ikrar dan sumpah setia perkhidmatannya. Dia sangat menghormati kepada ketua dan sedia berkorban untuk negara atas arahan bosnya. Kerana semangat tentera itu sudah 'menjelirat' ke dalam darahnya, hingga ke saat beliau hendak menghebuskan nafas terakhirnya dia masih angkat tangan, (tabik) kepada ketuanya yang menziarahi dia saat di sakaratumaut itu.

Nah.. begitu juga dengan polis, apa lagi orang seperti Musa Hasan, bekas IGP. Orang yang bertaraf sepertinya tidak mungkin akan terbalik ketaatanya kepada kerajaannya dengan begitu mudah kalau tanpa ada sebab musabab besar. Apa lagi kenaikannya menjawat jawatan itu dengan melangkau beberapa orang pegawai senior lain lagilah dia perlu berdisiplin. Dalam kata lain kenaikan Musa menjadi IGP kerana ada sebab bersebab tentulah dia berterima kasih banyak kepada 'rekmendor'nya.

UMNO sudah mati pucuk....!!!

UMNO sudah tidak ada yang berkepimpinan lagi
oleh Aspan Alias

Anwar Ibrahim menafikan tuduhan Dr Mahathir yang beliau (Anwar) terlibat secara terus dalam pemberian kad pengenalan kepada pendatang haram untuk mendapatkan undi dalam pilihanraya negeri 1994 dahulu. Dr Mahathir menyatakan yang beliau tahu Anwar terlibat secara terus dalam pembahagian kad pengenalan itu walaupun beliau tidak dapat membuktikannya.

Saya setuju dengan pendapat Dr Mahathir yang beliau tidak ada bukti tentang penglibatan Anwar dalam isu itu kerana sememangnya Anwar tidak terlibat kerana jabatan pendaftaran negara tidak terletak di bawah jagaan Anwar. Anwar tahu yang Kementerian Dalam Negeri merupakan Kementerian yang bertanggungjawab keatas isu ini dan Dr Mahathir adalah Menteri nya dan Megat Junid, Timbalan nya.

Dalam pemberitahuan oleh bekas pengarah immigresen, Ramli beliau diarahkan untuk mengeluarkan resit dengan nombor yang sesuai dan bertepatan dengan nama dalam pendaftar pengundi. Megat Junid yang merupakan timbalan kepada Dr Mahathir yang juga Menteri Dalam Negeri semasa itu adalah orang kuat Dr Mahathir dan beliau dibantu oleh Setiausaha Politik beliau, Aziz Shamsuddin, untuk urusan pemberian kad pengenalan itu.

Seperti biasa Dr Mahathir akan memilih untuk mengalihkan tuduhan itu kepada orang lain termasuk Anwar Ibrahim. Dr Mahathir sememangnya sifat beliau begitu. Beliau yang selalu membaling batu kepada rakan-rakan politik beliau dan akan menyorokan tangan beliau yang membaling batu itu. Beliau yang membuatkan Datuk Hussein Onn menarik diri kerana Mahathir jugalah yang meletakkan Sulaiman Palestin untuk menentang Hussein semasa beliau (Mahathir) menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pengerusi MTEM nie siapa yang suruh Pengerusi Petronas berundur.. baik suruh Najib yang berundur itu lagi baguih..!!

Pengerusi Petronas perlu berundur gesa Majlis Tindakan Ekonomi Melayu


KUALA LUMPUR, 2 Feb — Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini menggesa pengerusi syarikat minyak negara Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya meletak jawatannya kerana kegagalan melaksanakan tanggungjawab membangunkan ekonomi bumiputera dan hanya mementingkan syarikat-syarikat asing.

Semasa sidang media sempena mesyuarat agung MTEM, pengerusinya Datuk Syed Ali Al-Attas (gambar) mendakwa Petronas mengambil sikap menganaktirikan golongan bumiputera walaupun berkelayakan.

“Dalam mesyuarat yang kali pertama dianjurkan ini, kami sebulat suara menggesa pengerusi Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan lembaga pengarahnya meletak jawatan dan mengundur diri.

“Sepanjang beliau memegang jawatan, kami mendapati Petronas sudah lari daripada tanggungjawabnya dan membantutkan perkembangan usahawan tempatan yang berkecimpung dalam industri kecil dan sederhana,” kata beliau.

[Video] Betulkan UMNO BN kebal undang-undang negara


PDRM juga tiada sebab untuk benarkan perhimpunan politik BN bebas usung anak2 kecil bawah 15 tahun.

Fair and Square.

Nak bukti? Pdrm nak bukti? Amek la. Video ini boleh dijadikan rujukan. Budak2 siap pakai baju HIMPUN yang kita tahu himpunan partisan dan pegang bendera BN lagi. Kalau nak siasat sangat hah kau siasat seme orang. Tapi kalau ko taknak siasat bn maka jangan sibuk2 nak siasat perhimpunan rakyat. Adil beb. 

http://amenoworld.blogspot.com/2013/02/kanak-kanak-di-perhimpunan-politik-bn.html

Putar belit perencah kempen BN menghadapi PRU13

KUALA LUMPUR: Pemimpin BN Umno masih lagi bermain taktik lama untuk menghadapi PRU13 dengan memutar belit fakta demi mencapai matlamat kemenangan BN terutama dengan pengundi Melayu.


Contohnya, kata Idris Ahmad isu pengguguran Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulamak PAS pada 13 Januari lalu tetapi pemimpin Umno yang kebuluran isu menipu rakyat kononnya beliau dipecat kerana mengiringi Datuk Seri Najib ke Gaza sedangkan pemergian beliau ke Ghaza pada 23 Januari 2013.

“Umno sudah rabun angka, sehingga tidak tahu beza mana tarikh yang terdahulu. Begitu juga mengenai isu penggunaan nama Allah, dan terjemahan Bible.

“Pemimpin Umno cuba menjadi hero mempertahan nama Allah, dan memfitnah PAS bersetuju nama Allah diterjemah,” ujar AJK PAS Pusat itu dalam satu kenyataan.

Ini dikatakan UMNO.. buat kerja bodoh tak sudah sudah...!!!

Puak2 UMNO/BN diketuai oleh Isteri ADUN Paloh berdemonstrasi halang Kerajaan Negeri Kelantan beri Geran Tanah pada Peneroka KESEDAR... Dalam majlis tersebut, 54 Ahli Tegar UMNO terima Geran dari Kerajaan Negeri Kelantan.

Kata "Rakyat Didahulukan", apasal nak halang pemberian Geran Tanah pada Peneroka yang banyak bantu KESEDAR selama ni..?

Bengong tak bengong UMNO/BN, KESEDAR bawah UMNO/BN, masalah Geran Tanah tak diselesaikan, bila Kerajaan Negeri selesaikan masalah Geran Tanah Peneroka KESEDAR termasuk penyokong & Ahli Tegar UMNO, Kerajaan Negeri dituduh ZALIM.

Fathul Bari si mamat Umno tarik diri lagi untuk berforum...


Inilah taraf macai macai umno..jika bercakap seorg diri memang cukup berani..tetapi bila ajak face to face haram tak berani.... Umno oh Umno dasar pengecut politik kamu nie....

Najib terbang pie Gaza jumpa Hamas tapi Anwar..Hamas terbang mai sini jumpa dia..


Anwar puji usaha Najib ke Gaza


SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
 1 Februari 2013

PETALING JAYA - Setelah mengkritik kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilihat "memuji" pula usaha Perdana Menteri untuk memulihkan keamanan di Gaza.

Minggu lalu Anwar berkata, lawatan Najib ke Gaza yang dikuasai oleh Hamas hanyalah sebagai gimik politik untuk memenangi undi Melayu.

Namun Anwar yang menerima kunjungan anggota Kabinet Hamas, Walid Amudi hari ini bagaimanapun berkata, Pakatan sentiasa menyokongusaha memulihkan persengketaan di negara bergolak itu termasuk usaha yang dilakukan Najib.

"Kita tidak pernah kompromi dalam hal ini, sesiapa sahaja yang ada usaha untuk membantu Gaza, kita alu-alukan walaupun Datuk Seri Najib Razak, walaupun baru kali pertama beliau ke sana," katanya.

Walid berkata pihaknya, berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib yang menimpa umat Islam di Palestin.

Betoikaa...PAS janji nak buat litar lumba nie wahai Najib..?

Najib akhirnya akui janji bina litar lumba motor memang tiada dalam manifesto PAS kedah PRU12


Punya nak burukkan PAS sampai sebut benda takdak dalam manifesto... itulah terdesaknya Najib

Oleh: Hafiz Azmi

Alor Setar - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak setelah didesak akhirnya mengakui memang tiada dalam manifesto PAS untuk PRU12 lalu menjanjikan pembinaan litar lumba motor. Perkara tersebut didedahkannya dalam sidang media yang diadakan di Pejabat UMNO.

"Bohong itu Rukun Nombor Satu UMNO... itu kewajipan saya," ujar Najib.

Sementara itu, penilitian terhadap manifesto PAS Kedah 2008, memang tidak terdapat langsung janji 'membina litar lumba' seperti yang disebut oleh Perdana Menteri di hadapan dua ribu ahli UMNO di Suka Menanti.

Perdana Menteri dijangka akan melakukan lebih banyak pembohongan menjelang PRU demi untuk memenangi pilihanraya.

(Berita ini adalah sindiran untuk penipu bernama Najib)

[Video] Jangan Ceroi..Pilihanraya dah dekat tibai UMNO sampai rapat..


Ust Sharil Long : Jangan Ceroi..Pilihanraya dah dekat tibai UMNO sampai rapat..

Hallo MBAS..tak boleh berbincang ka..yang kalut sangat nakroboh-roboh.. mana Ahli Majlis.. Mana MKK.. mana JKKKP.. makan Elaun Buta kaa..??

Kecewa gerai diroboh MBAS
Wartawan Sinar Harian
1 Februari 2013
Kecewa gerai diroboh MBAS
Salim bersama isterinya, Che Pian Ahmad menunjukkan pelan gerai 
miliknya dan jiran, di samping surat kebenaran dari MBAS dan dokumen lain.
 
ALOR SETAR - Hilang mata pencarian sekelip mata. Begitulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri apabila gerai milik mereka yang terletak berhadapan Taman Wawasan, Kota Sarang Semut dekat sini telah dirobohkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Salim Ismail, 46, berkata, walaupun mereka telah mengemukakan permohonan rayuan penangguhan selepas menerima notis agar pihak terbabit tidak melaksanakan perkara berkenaan, namun dia tetap menerima notis lagi bagi memintanya mengosongkan gerai berkuat kuasa dalam tempoh 24 jam bermula kelmarin.

“Mana sempat, semalam (kelmarin) ketika ingin menjalankan urusan dan berbincang dengan pihak berkenaan, mereka mengadakan mesyuarat pula, jadi saya pulanglah ke rumah.

“Dan, hari ini (semalam), apabila ingin berbuat demikian sekali lagi di pejabat mereka, saya dimaklumkan bahawa gerai saya telah dirobohkan pihak berkenaan,” katanya.

Calon BN Parlimen & DUN Merbok Bocoq...!!!

Oleh AnakKedah007

Ketua UMNO Merbok taja 10,000 naskhah Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia

Tajul Urus Md. Zain (dua, dari kiri) bersama ahli jawatankuasanya menerima replika tajaan
kempen 1Rumah 1Utusan daripada Mohd. Firdaus Ahmad Sabli (kanan) sambil diperhatikan
oleh Opat Rattanachot (tengah) di Sungai Petani, semalam.

Assalamualaikum....

Apa habaq hangpa semua...lama kami tak update blog nie.... bukan apa dok pikiaq jugak nak update natang pa...nak belasah MB rasanya sehari dua nie kerja buat dia OK tak ada yang nampak lari dari landasan dia.... nak belasah NASA..rasanya biaq la dia meroyan seorang diri macam tu ja kot.... nak belasah UMNO BN..yang tu tak payah habaq laa...kami tak belasah pon hangpa dah tentu laksanakan tugas tersebut....

Psssssssssttttttttttttt... hari nie kami nak cerita bab pertarungaan tenaga batin di Parlimen Merbok...nampak nya sudah ada jurus santau menyantau antara orang-orang kuat merbok... semuanya ini bermula dengan senarai nama calon2 bagi parlimen dan dun di Merbok...

Alhamdulillah....Khabar Angin Ust Taib meninggal tak benar...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...