TERKINI :

Friday, February 1, 2013

Ini baru betul..welkome Abdullah Sammah..nie tak asyik berkuku luar gelanggang jee..!!!

Abdullah Sammah Tanding Atas Tikit Umno!!

Satu maklumat yang baru saya terima dari Kelantan, guru pondok tersohor di Tumpat yang lantang mengkritik Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdullah Samaah katanya akan diletakkan sebagai calon UBN di salah stau kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.
Abdullah: Calon BN di Kelantan?

Beberapa orang tertentu yang menganggotai satu unit kajian bebas mengenai bakal calon Umno di Kelantan mengemukakan cadangan ini langsung kepada presiden parti Mohd Najib Razak tanpa melalui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed.

Alasan untuk menurunkan Abdullah untuk mempengaruhi pengundi Melayu di Kelantan mengenai isu-isu agama seperti kalimah Allah, doa KO Umno, Umno KO dan juga 'keceluparan' Nik Aziz dalam ceramahnya seperti menyebut 'Tuhan mencarut', Nabi Muhammad sama dengan budak kampung bernama Mamat saja dan sebagainya.

Unit kajian itu juga mencadangkanh kepada Najib agar Umno menguar-uarkan Abdullah bakal dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan. Alasannya keilmuan dan kedudukan beliau sebagai guru pondok amat sesuai dilantik sebagai MB Kelantan.

Alhamdulillah.. Ust Taib Azzamuddin Masih Stabil..


Dari dulu hingga sekarang UMNO dipecah-belahkan oleh Mahathir

oleh Aspan Alias

Dr Mahathir semalam berkata nasib Najib bergantung kepada kehendak UMNO jika BN tidak dapat kejayaan lebih dari apa yang diperolehi oleh Abdullah Badawi dalam pilihanraya yang lalu. Beliau memberi pandangan peribadi beliau yang Najib sepatutnya memberikan laluan kepada Muhyiddin Yassin jika prestasi BN lebih lemah dari pilihanraya ke12 dahulu.

“Hanya nasib Najib tidak berapa baik kerana beliau mewarisi kerajaan lemah Abdullah Badawi dahulu” kata Mahathir lagi. Walau bagaimanapun Mahathir berpendapat perkara itu terpulanglah kepada UMNO untuk menentukannya. Kenyataan Mahathir ini merupakan satu kenyataan yang membawa makna seperti yang diduga oleh banyak pihak. Menggalakkan Najib untuk mengambil alih Abdullah dahulu merupakan tindakan sementara sahaja.

Najib merupakan pemimpin yang paling sesuai untuk dijadikan ‘stop-gap Prime Minister’ kerana dari awal lagi semua pihak tahu yang Najib tidak boleh kekal kerana mempunyai ‘baggage’ peribadi yang terlalu besar. Keadaan Najib tidak membolehkan beliau kekal lama sebagai Perdana Menteri. Sesungguhnya Dr Mahathir mahukan Muhyiddin untuk mengambilalih kepimpinan negara dari Najib dalam tempoh yang singkat sahaja. Maka isu yang dipergunakan untuk menaikan Muhyiddin secara ‘expedient’ ialah isu dan masalah peribadi Najib itu sendiri.

Saya tak terlibat.. saya bersedia ke siasatan RCI.. bukan berani cakap belakang sahaja..!!!!

Anwar ulangi tiada sebarang kaitan dengan Projek IC

NONEAnwar Ibrahim terus menafikan sebarang peranan dalam Projek IC di Sabah, dengan berkata perkara itu tidak pernah dibawa ke kabinet,  ataupun menghadiri atau mempengerusikan mana-mana mesyuarat mengenainya.

Ketua pembangkang itu juga mendakwa projek memberikan kad pengenalan biru kepada pendatang, tidak berakhir pada 1990-an dan ia berterusan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri (PM), Tun Abdullah Ahmad Badawi dan berlanjutan sehingga tahun lepas, meliputi pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak juga.

Anwar berkata, pasukan petugas itu dikendalikan oleh PM ketika itu,  Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang kanannya Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (setiausaha politik Mahathir ketika itu) dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayub (timbalan menteri dalam negeri ketika itu).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir semalam bahawa Anwar terlibat secara langsung dalam Projek IC itu.

Pemimpin umum PKR itu yang pernah menjadi timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir, mengulangi bahawa beliau bersedia memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah jika dipanggil untuk berbuat demikian.

Sembang kemaih... tapi kerajaan HAMAS sampai sekarang Putrajaya tak iktiraf...

Anwar persoalkan keikhlasan Putrajaya iktiraf Hamas
February 01, 2013

Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan bernilai USD700,000 kepada wakil pimpinan Hamas bagi tujuan pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin. Turut serta adalah pelakon dan pelawak terkenal Afdlin Shauki.

PETALING JAYA, 1 Feb — Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dianggap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu langkah baik diambil Putrajaya tetapi mempersoalkan mengapa terpaksa menunggu begitu lama untuk mengiktiraf Hamas sebagai sebuah pemerintah yang sah di Palestin.

Menurut Anwar, berbeza dengan Pakatan Rakyat yang sudah lama mengiktiraf Hamas sebagai sebuah organisasi sah, langkah kerajaan Malaysia baru-baru ini lambat dan tidak mencerminkan keikhlasan sebenar oleh Najib.

“Saya tidak bersetuju dengan orang ramai yang mengatakan langkah Najib tersebut sebagai gimik politik sebelum pilihan raya,” kata Anwar.

“Sokongan kami kepada Hamas adalah sejak dahulu lagi, bersama-sama PAS. Berbeza dengan kerajaan Malaysia, kami tidak iktiraf mereka selepas Mac 2008.”

Walau bagaimanapun, ketua pembangkang itu masih mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin dan memujinya sebagai langkah baik.

“Namun, saya mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin walaupun ia adalah yang kali pertama dalam sejarah pentabdiran negara,” tambah Anwar meraikan kedatangan pemimpin utama Hamas di ibu pejabat PKR pagi tadi.

Nampaknya skandal menteri Shafie Afdal & Zahida Rafik meletop semula angkara SPRM...!!!

Bekas pemandu Zahida Rafik ditemui SPRM
1 Februari 2013
PKR mahu SPRM siasat isu Shafie-Zahida
Zahida Rafik
 
PUTRAJAYA - Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik, Noor Azman Azemi, hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi sejumlah besar wang kepada artis itu.

Peguam Noor Azman, Latheefa Koya yang juga Pengerusi Biro Undang-undang PKR, berkata anak guamnya memberi keterangan selama sejam berhubung kes yang disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 itu.

"Noor Azman telah memberikan kerjasama dengan memberikan segala butiran yang diperlukan," katanya kepada pemberita selepas itu.

Latheefa berkata mereka juga berpuas hati dengan layanan SPRM pada hari ini.

Baru UMNO BN ada akai... Bila BUKU bertemu RUAS..!!

Bila buku bertemu ruas

Ahmad Lutfi Othman, 01 Feb 2013


Berbanding kajian badan-badan penyelidikan universiti yang lain -- khususnya Majlis Profesor Negara (MPN) -- saya lebih menunggu rumusan yang dihasilkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Pertama, saya tertarik dengan kewibawaan pengarahnya, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman. Beberapa kali berpeluang menemubualnya -- walaupun beliau lebih selesa dengan tema politik antarabangsa, terutama pergolakan di Timur Tengah, apatah lagi berkaitan gerakan Islam, misalnya Ikhwan Muslimin -- saya dapat mengesan pakar sejarah ini cukup mementingkan disiplin ilmu dan cermat dengan pendekatan penyelidikan.

Kedua, meneliti carta organisasi UMCEDEL dan barisan felo penyelidiknya, saya kira, ia satu kombinasi yang mantap. Ketiga, beberapa buku yang dihasilkan, seperti "Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-12: Isu dan Pola Pengundian", serta empat judul tentang siri pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Sibu, menambahkan lagi keyakinan kepada UMCEDEL.

Tulisan ini bukan sekadar bertujuan untuk respons dapatan terbaru UMCEDEL, berdasarkan kajiannya pada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013, yang dilihat menyenangkan pemimpin Pakatan Rakyat dan para penyokongnya. Saya cuba meneliti "sisi-sisi gelap" Pakatan yang boleh diambil iktibar pemimpinnya bagi mengkoreksi diri sebelum terlambat.

Selagi Parlimen dan Dun belum dibubarkan, dan kempen secara rasmi belum berjalan, saya lebih teruja dengan hasil kajian, tinjauan pendapat atau himpunan persepsi rakyat, yang dikira berjejak dan membumi, biarpun nampak negatif buat Pakatan. Kadang-kadang sebagai "pemain aktif" di lapangan, kita keliru dengan tanggapan "penonton".

Macam nie punya merapu apa kata kita tukaq nama AKTA PERHIMPUNAN AMAN..!!!

Apa kata tukar nama Akta Perhimpunan Aman?

KUALA LUMPUR: Memandangkan Akta Perhimpunan Aman mempunyai pelbagai kekangan yang tidak sesuai pada namanya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata lebih elok kalau akta tersebut ditukar nama.

“Ini kerana syarat dalam akta tersebut tidak menggambarkan semangat dalam akta tersebut seperti larangan membawa kanak-kanak,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan polis untuk mencari 14 orang suspek membawa kanak-kanak ketika perhimpunan raksasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu.

“Cari anak orang hilang tak secepat itu,” sindir Tuan Ibrahim.

Selain Tuan Ibrahim, ramai yang mengeluh mengenai tindakan polis yang disifatkan double standard, kerana ibu bapa yang membawa anak-anak ke himpunan yang dianjurkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pula diberi 'layanan' yang sama.

LESEN B2 - Sykt Biasa kena bayar RM350..BL1M kena bayar RM199 tapi JPJ cuma RM211... nakmain silap mata kaa..??


Nak mohong siapa nie..:

JPJ bagi RM211
BLIM bagi RM199
[+/- xtra RM10 je]
Kadar Semasa RM350 
[ambik sykt mana tak tau]


#SAVEKEDAH - Mat Bashah Bohong ka Azizan yang Bohong..??

oooo inilah sebab dia puak BN ponteng masa perasmian tempohari...nak gelak dak nie....

nie hangpa tengok kawan kata pakat Mat Bashah nie...

[Panas] Najib meroyan tengok Anwar serah sumbangan USD700,000 ...


Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan bernilai USD700,000 kepada wakil pimpinan Hamas bagi tujuan pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin. Turut serta adalah pelakon dan pelawak terkenal Afdlin Shauki.

[Berita Mohong] Tu dia 500 ribu sambut Najib di Std Suka Menanti Kedah

BN Kedah terima pukulan maut... hanya 2,000 (anggaran maksimum) anak muda hadir bertemu PM  

Oleh: Sudin Ishak

BN angkut budak2 sekali..tak pa BOLEH..polis benarkan
BN menggunakan pertubuhan belia untuk menghimpunkan anak-anak muda di Stadium Suka Menanti bagi menggambarkan sokongan besar untuk seorang Perdana Menteri kononnya. Dengan menggunakan bajet kerajaan Pusat para pelajar sekolah dari tingkatan 5 dan 6, serta institusi pengajian yang lain dikerah hadir dengan bas percuma. Para Mat Rempit diberi sedikit duit poket untuk mengisi minyak dan rokok, di samping ramai juga yang datang kerana dijanjikan lesen motor terbang secara percuma.
 
Pun begitu BN Kedah hanya mampu menghimpunkan kira-kira 2,000 (anggaran paling maksimum) anak muda untuk mengangkat kain tertera 'I love PM' sebagai satu cara untuk menghiburkan hati Najib yang gundah gulana akhir-akhir ini. Sokongan palsu untuk menipu seorang pemimpin adalah cara biasa yang dihidangkan kepada semua para diktator dunia oleh para pengampunya.

Singapura perbetul kenyataan pengerusi SPR diatas kata-kata merapu dia..!!!

Pengundi luar negara, S'pura perjelas kenyataan SPR

macamana orang tak kata hang UMNO..!!
Singapura memberi penjelasan berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang merujuk syarat pengundi luar negara di republik itu.

Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur hari ini menjelaskan bahawa untuk melayakkan warganya mendaftar sebagai pengundi luar negara, seseorang perlu mendaftar sebagai pengundi dan tinggal sekurang-kurangnya 30 hari di republik itu dalam tempoh tiga tahun sebelum tarikh daftar pemilih terbaru.

Ia berkata kenyataan Wan Ahmad pada 27 Jan lepas bahawa warga Singapura yang berada di luar negara perlu kembali ke republik itu dan tinggal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mereka layak mendaftar sebagai pengundi luar negara, adalah tidak tepat.

SPR membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mendaftar sebagai pengundi biasa, selain pengundi tidak hadir, untuk melayakkan mereka menjadi pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, mereka perlu tinggal di negara ini sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Wan Ahmad berkata syarat itu turut diguna pakai negara Komanwel lain seperti Australia, Kanada dan Singapura.

- Bernama

Polis Oh Polis : BN - Boleh bawa budak... PR - Tak Boleh bawa budak...

Buru peserta HKR bawa anak, polis ikut telunjuk Umno

KUALA LUMPUR 30 Jan: ‘Kepantasan’ polis mengenal pasti peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu yang membawa kanak-kanak sepatutnya diamal apabila memburu penjenayah.

Demikian sinis Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas tindakan polis dilaporkan mengeluarkan 14 gambar ibu bapa yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke HKR di Stadium Merdeka.

“Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR.


“Membawa anak-anak mereka adalah hak ibu bapa. Tapi kenapa perhimpunan BN tidak pernah menyatakan larangan bawa kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi.

[TERKINI] Najib dah pie ngadap Agung pagi nie..!!

PECAH BERITA : Najib mahu mengadap agung agar haramkan PRU!! 
#TumbangBN #KOBN #KL112

Gila kentang berita hari ini yang gua pecahkan. Kerana melalui pilihan raya mana-mana negara berisiko untuk menukar kerajaan. Melainkan menjadikan negara Malaysia sebuah negara diktaktor. kahkahkah

Apa kata Najib baca bawah ini.


Hanya satu cara sahaja Najib untuk mengelakan tukar kerajaan!  
Dengan mengharamkan Pilihan Raya. kahkahkah

Kerajaan Negeri lulus bantuan Ibu tunggal RM12 ribu untuk baiki rumah



ALOR SETAR - Bukan saja tinggal di kediaman usang, malah seorang ibu tunggal terpaksa menjaga dua daripada 10 anaknya di mana seorang menghidap penyakit jantung manakala seorang lagi orang kurang upaya (OKU).

Begitulah kesusahan yang dialami Fatimah Lad, 50-an di mana dia tiada tempat bergantung melainkan hanya anak-anak menjadi penguat semangat.

Menurutnya, kediaman yang diduduki sekarang mengalami kerosakan terutama di bahagian bumbung selain dinding yang makin reput.

“Lebih memburukkan nasib kami sekeluarga, apabila berlakunya musim tengkujuh, bumbungrumah pula bocor dan kami terpaksa berteduh sekitar kawasan dapur sahaja. Nak baiki sendiri memang tak mampulah, saya bergantung harap kepada dua anak yang bekerja sambilan sahaja untuk menyara kehidupan kami,” katanya yang tinggal di Kampung Pegawai, Seberang Jalan Keretapi, Sungai Korok, di sini.
Alhamdulillah, nasib yang menimpa Fatimah mendapat perhatian Pengerusi Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) Kampung Pegawai, Zainol Endut.

Baguih sungguh kelaku anak-anak la nie.. Sikit-sikit lari rumah...!!!

Rayu Norfara pulang
Wartawan Sinar Harian
31 Januari 2013
Rayu Norfara pulang
Samsudin menunjukkan gambar Norfara yang menghilangkan diri sejak Disember tahun lalu. Gambar kecil: Norfara
 
BALING - Seorang bapa merayu agar anak perempuannya pulang ke pangkuan keluarga setelah dia menghilangkan diri sejak 3 Disember tahun lalu.

Samsudin Mohd Daud, 40, dari Kampung Bendang Man berharap anaknya, Norfara Izati, 17, pulang berikutan terlalu rindu dengan anak sulungnya itu, selain gadis itu juga bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Menurutnya, dia tidak mengetahui punca anaknya itu keluar dari rumah, sedangkan tiada sebarang perselisihan faham berlaku sebelum ini.

“Saya dan keluarga tidak pernah bergaduh dengan dia (Norfara) sebelum ini. Hubungan dengan dua adiknya yang lain juga baik.

“Disebabkan itu, saya bingung setiap kali memikirkan mengenai tindakannya itu,” katanya kepada Sinar Harian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...