TERKINI :

Wednesday, January 30, 2013

Gempar.. ADUN-ADUN BN KEDAH hilang entah kemana sewaktu TUANKU merasmikan KUIN semalam..!!!

Boikot?..Termalu..? Sasau..? Atau Derhaka?...

Oleh : PARANG KEDAH

Perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil berlangsung dengan penuh gilang gemilang. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan berbesar hati merasmikan majlis berkenaan. Tuanku Permaisuri Haminah pun nampak manis comel bertudung. Raut wajahnya nampak lebih muda dari usia sebenar.

Lebih 5 ribu hadir, dari yang pangkat besar-besar hinggalah ke rakyat jelata yang kerja kampung, kutip buah kelapa, kutip getah skrap, kutip tin dan botol, tak mahu lepaskan peluang bersejarah ini. Terasa bangga orang-orang kampung Kuala Ketil dan Baling, Agong sanggup turun ke daerah mereka dan mereka juga boleh melihat wajah raja yang mereka sayangi dengan lebih dekat lagi, apatah lagi dengan penampilan baru Tuanku Permaisuri.

Tapi yang hairan bin ajaib..tak seorang pun ADUN-ADUN BN yang hadir. Nak boikot siapa sebenarnya?
MB? Kerajaan Kedah? atau nak boikot Yang diPertuan Agong. Kalau ia pun tak suka dengan MB, tak suka dengan projek kampus induk tu, takkan dengan agong pun tak suka juga.

Adakah ini sikap sebenar ADUN-ADUN pembangkang ini? Dimana taat setia yang selalu dilaung-laungkan.
Antara rukun negara yang menjadi tasbih zikir UMNO/BN ini..yang lebih dari rukun Islam dan rukun Iman mereka hormati...antaranya "kesetiaan kepada raja dan negara". Hah...kalau majlis yang dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong pun gagal hadir..setia apa namanya.

Jika menang, Pakatan humban pemimpin rasuah ke penjara


KUALA LUMPUR 29 Jan: Pakatan Rakyat bakal menghumban mana-mana pemimpin terlibat rasuah ke penjara sebagai balasan ke atas jenayah dilakukannya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, hukuman setimpal itu wajar dilaksana tanpa mengira latar politik dan ia disepakati pimpinan Pakatan untuk membersihkan sistem pentadbiran negara.

“Jika ada pemimpin di mana-mana peringkat yang mengamalkan rasuah, kita akan pastikan mereka bakal menerima hukuman penjara,” katanya di depan 10,000 hadirin pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, malam kelmarin.

Beliau menempelak kerajaan Umno BN menggunakan isu agama Islam dan nasib orang Melayu menjadi bahan kempen bagi menghalang pemimpin Pakatan.

Anwar berkata, barisan kepimpinan Pakatan dengan dibantu penyokong perlu melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

AmanTV - Video Perasmian KUIN yang tak ada di RTM & TV3

PM Najib dalam kesunyian

Jika benar kumpulan Muhyiddin yang disokong oleh pihak yang berpengaruh dalam UMNO untuk mengenepikan Najib sebelum pilihanraya ia sudah terlambat dan tidak mempunyai masa lagi. Najib pula sepatutnya menumpukan masa dan perhatian beliau terhadap lawan beliau di dalam partinya sendiri. Saya selalu berkata musuh Najib sebenarnya bukannya parti pembangkang tetapi musuh beliau yang lebih besar ialah dari dalam UMNO itu sendiri.

Bagi Najib menyalahkan pembangkang yang menjadikan isu lawatannya ke Gaza sebagai lawatan yang membuang masa dan ‘counter productive’ jika dipandang dari sudut hendak menaikkan imej BN dalam pilihanraya nanti itu adalah tidak tepat. Ianya di perbesarkan oleh mereka dalam UMNO sendiri. Anwar Ibrahim bukan orangnya yang membesarkan isu itu.

Yang menjadikan isu tentang lawatan itu adalah Presiden Palestin sendiri yang menegur Najib yang tidak betul cara melakukan lawatan ke Gaza itu kerana ia dilihat seperti masuk campur di dalam hal ehwal Palestin itu. Mahmud Abbas telah menempelak Najib kerana Najib menampakkan dirinya sebagai memihak kepada satu dari dua pihak Palestin yang berbeza itu.

Wasatiyyah Umno bila kroni bolot khazanah negara

TAPAH 30 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wasatiyyah Najib Razak gagal menepati konsep sebenar kerana membiarkan rakyat hidup menderita ketika pemimpin Umno BN rakus membolot khazanah negara.

“Wasatiyyah bukan naikkan harga gula dengan alasan atasi penyakit kencing manis atau biar tauke balak bolot kekayaan angkut keluar hasil hutan tapi rakyat dinasihat hidup sederhana.

“Bukan wasatiyyah apabila anak Raja Nong Chik (Zainal Abidin) dapat kontrak RM40 juta, anak Shahrizat Jalil gaji sebulan RM30,000, anak Jamaluddin Jarjis kontrak RM100 juta, anak Mahathir (Mohamad), Mokhzani kawal minyak melalui Kenchana Petroleum dan Mirzan pula kuasai syarikat arak terbesar San Miguel yang dibeli RM2.9 bilion.

“Tetapi wasatiyyah adalah usaha pertahankan prinsip kebenaran dan keadilan melalui iman, ilmu dan akhlak seperti yang terkandung dalam Al-Quran,” jelas Ketua Umum KEADILAN depan lebih 5,000 rakyat pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Perak, Temoh Stesen, di sini, malam tadi.

Anwar berkata, Rasulullah diutus Allah sebagai rahmat untuk redakan ketegangan sesama manusia, bukan untuk bergaduh, mengugut atau mengancam penganut agama lain sehingga bertindak membakar Bible seperti dilakukan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

LIVE Kuliah Agama dari Sg Petani

SPR mula bermain kata-kata nak tunjuk baik...!!!

Daftar pemilih tak mungkin 100 peratus bersih, kata SPR

PUTRAJAYA, 30 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata adalah mustahil untuk daftar pemilih bersih sepenuhnya, walaupun menerima tuntutan untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa tidak ada sebuah negara yang 100 peratus daftar pemilihnya bersih kerana kematian, berpindah atau penarikan kewarganegaraan.

"Kita telah cuba sebaik yang boleh untuk bersihkan daftar pengundi mengikut undang-undang," kata Abdul Aziz kepada pemberita hari ini.

"Jika saya bersihkan daftar pemilih hari ini, esok seseorang (mungkin) mati, ia akan tidak bersih lagi."

Abdul Aziz mengatakan SPR tidak boleh secara undang-undang mengubah daftar pemilih sewenang-wenangnya.

SPR turut menyebut tarikh pilihan raya 2013, dimana perdana menteri Australia Julia Gillard mengumumkan pilihan raya negara itu berlangsung lapan bulan dari sekarang.

"Apa saya boleh katakan tarikh pilihan raya semakin hampir," kata Abdul Aziz lagi.

"Kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain, kita ada cara kita sendiri."

Dalam masa 14 hari saja Kjaan Negeri Selangor akan ambik alih....

Selangor akan ambil alih urusan air dalam 14 hari

Harakahdaily, 30 Jan 2013

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan pihaknya akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat dengan berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air.

"Justeru, dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid berkata, pihaknya mendapat aduan dari rakyat bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air.

SPR pon dah mula joint BN UNTUK jaga periuk nasik dea

Berulang 13 Mei, tak wajar keluar dari mulut SPR

Muhammad Faizal, 30 Jan 2013

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membayangkan aktiviti membantah dan meraikan kemenangan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh mencetus kembali Tragedi 13 Mei 1969 sebagai tidak bertanggungjawab.

Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Dr Mohd Hatta Ramli berkata kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu sangat tidak wajar seolah-olah SPR cuba turut menakut-nakutkan pengundi.

“Bagi saya kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan pilihanraya yang adil dan telus.

“SPR perlu memastikan pilihanraya kali ini berlangsung dalam keadaan yang lebih telus dan adil, malah kenyataan Abdul Aziz itu seolah-olah mereka mengambarkan bahawa pilihanraya kali ini berlangsung secara tidak adil serta menyebelahi pihak tertentu,” jelas beliau.

Mohd Hatta menegaskan, SPR atau mana-mana pihak tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka bangkit menentang ketidakadilan yang terang-terangan berlaku dalam pilihanraya.

Kerajaan Negeri Kedah Juga Memberi Bantuan Persekolahan... Takda Pun Heboh-Heboh Macam Puak Tuu..!!!



GELI tengok cara Umno berkempen...

Hodoh betoi cara Umno berkempen... geli Pak Long tengok... Memang la keluarga budak William Yau tengah bersedih. Sapa tak sedih bila anak cucu yang depa sayang tu, baru berumoq 6 tahun dah pergi mengadap Ilahi... Dah tu pi dalam keadaan yang menyedihkan pulak tuh...

Bukan tak boleh nak pujuk orang bersedih neh... Bukan salah besaq sangat pun nak boh gambaq kat surat habaq, bagitau kat semua yang kita ni baik tapi, cari la gambaq yang senonoh sikit. Ni ka, boh gambaq yang kamera men penuh dok menyemak depan tuh... Geli la orang kampung tengok. Hangpa buat macam ikut skrip pulak time orang lain dok susah hati... hadoiihh...

Isu Mohon Tanah Gunung Inas : Akibat takut kena saman...terus puak buat kona baring 180'....

Akhirnya blog UMNO ni menjelaskan cerita sebenar... Terima Kasih! Lain kali jangan dok bahong dah....



Oleh: Kamera Kampung

(Baca link ini dulu bagi faham jalan cerita)

Akibat takut kena saman, akhirnya sebuah blog UMporNO dari Baling membuat pengakuan bahawa laporan yang dibuat oleh akhbar BN bahawa Tahak Lahamad memohon tanah di Gunung Inas adalah bohong. Macamtulah baru jadi Lelaki Gentel! Jelas blog tersebut, anak-anak Tahak yang sebenarnya memohon bukannya Tahak. Padanlah depa pi cari nama Tahak dekat Pusat Khidmat Cikgu Joe tak jumpa... lepas tu buat fitnah kata, orang pejabat pusat khidmat ADUN Kupang curi duit, buat magic 'hilangkan dokumen'... Syok sangat buat fitnah, akhirnya kantoi.

Bila Pusat khidmat acah nak saman... mulalah terketag-ketag. Tau pun takut... sebab dah terbukti ADUN Kubang Rotan YB Nasir dah saman dua orang penyokong UMNO yang buat buat fitnah melalui RTM kononnya beliau tak pernah turun padang... dah bicara pun tunggu nak jatuh hukum saja.

UMNO apa lagi...?


DISANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah dilema yang sedang menghantui UMNO-BN membuatkan mereka hilang arah dalam rangka politik buruk-memburuk dan fitnah-memfitnah yang sering mereka putarkan.

Di sebalik sensasi isu kalimah Allah yang dimomok-momokkan, dalam kekecohan Perkasa yang konon mahu membakar Bible versi bahasa Melayu, dua tokoh politik negara, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh bertemu dalam suasana penuh mesra memberi renjatan mengejutkan UMNO-BN.

Apalagi, ia bukanlah pertemuan formal di pentas ceramah. Malahan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut hari lahir beliau ke-82 di rumah Pengerusi DAP itu.

Mungkin hasil pertemuan ini polemik isu kalimah Allah yang dicipta balaci dan propagandis UMNO-BN terbantut tidak sampai klimaksnya.

Ada yang kata PAS dah lain. Ada yang kata DAP pun dah lain. “Dulu bujang sekarang dah kahwin,” sindir seorang teman UMNO. Lebih ekstrim, ada juga pencacai UMNO menuduh yang bukan-bukan, “Tengok, ini bukti PAS barua DAP.”

Bekas Puteri Umno sedih difitnah tukar pasangan...



KUALA LUMPUR: Bekas anggota Puteri Umno, Siti Azma Mohd Zin sedih kerana difitnah oleh Adun BN selepas kisah kemiskinan hidupnya yang tinggal di ‘rumah kotak' disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya, antara fitnah yang sedang menjadi buah mulut kononnya beliau terlibat dengan perbuatan maksiat dan sering bertukar-tukar pasangan, lapor BuletinOnline.

Beliau memberitahu demikian ketika dikunjungi Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat di 'rumah kotaknya' di Kampung Telaga Mas, Paka, Dungun, semalam.

LIHATLAH VIDEO DI BAWAH NIE...

Maaf Mufti Perak, boleh saya bertanya...???

Oleh Mohamed Hanipa Maidin


Baru-baru ini Mufti Perak mengeluarkan kenyataan tentang isu penggunaaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam khususnya penganut Kristian. Kenyataannya dilaporkan di Mingguan Malaysia di bawah tajuk “ Jangan terus cabar, hina Islam” ( Mingguan Malaysia 27/1/2013 ).

Antara lain beliau menyatakan jika Islam terus dicabar termasuk isu penggunaan nama Allah dibimbangi boleh membawa pertumpahan darah kerana menurut beliau umat Islam wajib berjihad mempertahankan kesucian Islam dan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam yang tidak mentauhidkan Allah.

Beliau berkata “ kalau diberikan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, kalimah Allah akan digantung di gereja dan diletakkan pada salib yang ada patung Nabi Isa di situ, seolah -olah Nabi Isa itu Allah. Maka itu tidak boleh dibenarkan kerana menghina akidah Islam.”

Beliau juga menegaskan umat Islam sama sekali tidak boleh benarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam kerana ia sama seperti mereka bersetuju dengan perbuatan menyekutukan Allah dan persetujuan itu juga menjadikan mereka kafir.

Nasa Oh Nasa... 'Ahli PAS menangis pun tidak, ketawa pun tidak'"



Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air.

"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat.

"PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Pengguguran Nasharuddin diumumkan Setiausa Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 27 Januari lalu.

Ahli PAS Wajib Belajar Dari Kesilapan Nasa dan Jangan Hanya Kutuk

Adapun Nasaruddin Mat Isa telah meninggalkan perjuangan Islam dan rela menjadi gonggongan golongan sekular terutamanya Najib Tun Razak serta Rosmah.

Asalnya Ustaz Nasa itu dihormati dan dipertahan oleh semua rakyat yang sayangkan Islam.

Sekarang ini, Nasa sudah tiada apa-apa lagi. Beliau hanyalah seorang yang bergantung harap dan kasihan dari UMNO atau dari Najib Tun Razak.

Kalau dahulu, Ustaz Nasa boleh bergantung harap kepada kerajaan di langit. Sekarang, Ustaz Nasa terpaksa bergantung harap dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Yang lebih menyedihkan adalah pada masa ini Nasa sudah tidak berguna seperti dahulu lagi.

Dahulu Nasa berjawatan penting. Mengetahui segala rahsia2 parti serta selok belok dalaman parti.

Sekarang ini, Nasa cuma ahli PAS biasa, tiada beza Nasa dengan Tulang Besi.

Istiadat Konvokesyen Khas dan Perasmian Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah

Tengok bila PR MEMERINTAH... YANG LAYAK saja diberi..tak kira hang UMNO ka sapa ka..!

Tunku Annuar dimasyur sebagai Pro Canselor I Kuin

29 Januari 2013 BALING - Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dimasyhur sebagai Pro Canselor I Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pada istiadat Konvokesyen Khas KUIN dekat sini hari ini.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Afiffudin Omar pula dilantik sebagai Pro Canselor II pada istiadat sama yang turut menyaksikan perasmian Kampus Induk Kuin di Kuala Ketil dekat sini oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ketika bertitah pada istiadat itu, Seri Paduka, yang juga Canselor Kuin, menzahirkan ucapan syabas serta tahniah kepada kedua-dua Pro Canselor yang baru dilantik.

"Sesungguhnya ilmu dan pengetahuan mereka merupakan khazanah yang tak ternilai, khasnya kepada masyarakat negeri ini.

"Beta berharap mereka akan sentiasa bersedia meneroka perkongsian ilmu dengan para ilmuan Insaniah (Kuin) dalam membimbing para pelajar dan masyarakat ke arah membentuk masyarakat berilmu dan bertaqwa," titah baginda.

Seri Paduka turut berharap satu proses pindahan ilmu dapat dirangka dan pengalaman serta kejayaan tokoh berpengalaman di Kuin dapat direkodkan bagi dijadikan rujukan untuk generasi akan datang.

Turut berangkat pada majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Sementara itu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam ucapannya berkata walaupun boleh dikatakan semua prasarana di kampus induk itu telah dibina namun penempatan untuk pelajar masih belum mencukupi.

Rogol Suka Sama Suka pun ada kaa?


Kes rogol berlaku setiap minggu

WARTAWAN SINAR HARIAN 29 Januari 2013 KULIM - Kes jenayah rogol melibatkan remaja bawah umur kini semakin membimbangkan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mengikut perangkaan dibuat, kes rogol berlaku setiap minggu dan dari jumlah itu 99 peratus darinya diklasifikasikan sebagai rogol suka sama suka.

Menurutnya, remaja hari ini terdedah dengan pelbagai anasir negatif yang mudah diperoleh .

“Jika dahulu kes rogol melibatkan golongan dewasa, hari ini tidak lagi dan terkini seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan dirogol lebih 20 lelaki.

"Ini merupakan satu fenomena yang tidak normal bagaimanapun keluarga seharusnya mengambil tahu aktiviti anak mereka dan tidak terlalu melindungi mereka.," katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, melakukan persetubuhan dengan mana-mana pelajar atau murid bawah umur akan diklasifikasi sebagai rogol dan polis akan bertindak menahan serta mendakwa pasangan terlibat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...