TERKINI :

Tuesday, January 29, 2013

Mana satu puak UMNO : Antara yang BANGANG tak nak & BENGONG yang nak..?


Biaq betoi...Najib nie dulu kaki kipas Anwar rupa-rupanya..!



Sah UMCEDAL nie talibarut Anwar....he he he...!

PENGUNDI YAKIN TAWARAN PAKATAN BERI MANFAAT BESAR KEPADA RAKYAT


Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan terhadap tawaran-tawaran yang dibuatnya berdasarkan satu kajian baru-baru ini. Ia berlaku ketika BN terus memperlekehkan tawaran itu melalui slogan 'Janji ditepati'. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Universiti Malaya melalui 1409 responden itu mendapati sebanyak 57 peratus menyokong cadangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak.

Hanya 28 peratus tidak bersetuju dan 15 peratus pula tidak pasti. Menurut Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman, persepsi pengundi kali pertama pada PRU-13 dengan soalan dan janji yang sama mendapati 62 peratus bersetuju, 24 peratus tidak bersetuju dan 14 peratus masih tidak pasti.

"Kita melihat janji Pakatan dalam memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan penyediaan pendidikan secara percuma, sebanyak 60 peratus bersetuju dengan janji itu.

"Dalam pada itu hanya 26 peratus tidak bersetuju dan 14 peratus tidak pasti," sambung beliau.

Tambah, Dr Mohammad Redzuan lagi, janji penurunan harga kereta juga turut mendapat sokongan iaitu 50 peratus bersetuju setuju, 33 peratus tidak bersetuju manakala 17 peratus tidak pasti.

RCI diberitahu petugas JPN terima RM1juta kerana benarkan pendatang mengundi


KOTA KINABALU, 29 Jan —Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjual 16,000 resit JPN dengan RM1juta, yang membenarkan pendatang mengundi di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram diberitahu hari ini.

Pegawai polis cawangan khas (SB) DSP Badaruddin Ismail yang bekerja di Kelantan memberi keterangan hari ini Ramli Kamaruddin menjual setiap resit dengan harga RM250 setiap satu sekitar 1993 dan 1995 kepada pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan negara-negara lain.

"Beliau (Ramli) beritahu dia melakukan perkara tersebut kerana wang," kata Badaruddin kepada RCI hari ini.

Badaruddin yang pernah menyoal siasat Ramli, menegaskan Ramli memberitahunya, beliau melakukan perkara tersebut untuk keuntungan peribadi tanpa menerima arahan daripada pihak atasan.

Ramli walau bagaimanapun, memberitahu RCI baru-baru ini, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada pendatang.

Ramli telah memberitahu sejumlah 200 resit JPN dikeluarkan bagi lima atau enam kerusi dewan undangan negeri, dimana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.
Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.

Laaa dok bercakaq lagi ka UMNO KEDAH nie.. Camna nak menang nie?


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah


PRU13: Anggota parti BN Kedah diminta henti bercakar

29 Januari 2013 KULIM - Anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Kedah perlu menghentikan sikap suka bercakaran dan berbalah sesama sendiri, dan menumpukan usaha meningkatkan kerja menguatkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata para anggota parti komponen khususnya pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak mempunyai masa lagi untuk mengadu domba antara mereka tetapi sewajarnya bekerja keras untuk kemenangan parti.

"Angin perubahan kini bertiup kencang ke arah BN yang kini yakin akan dapat menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga Parlimen yang dimenangi pembangkang pada PRU-12 sekali gus membentuk semula kerajaan negeri kerana sebilangan besar kerusi berkenaan asalnya adalah hak BN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang untuk aktiviti PDM Padang Serai di sini malam tadi.

Katanya segala persengketaan dan perselisihan faham yang remeh-temeh hendaklah dilenyapkan demi menjayakan pilihan raya umum kelak.

UMNO akan merasakan nikmat menjadi pembangkang


Usaha mengenepikan Najib dan menggantikan pimpinan UMNO dengan Muhyiddin nampakya semakin diketahui umum. Kepulangan Najib dari luar negara dengan sambutan yang agak besar itu adalah usaha pihak penyokong Najib bagi menunjukkan yang beliau (Najib) mempunyai sokongan kuat. Kehadiran ramai itu juga adalah untuk menunjukkan kepada pihak yang mahu mengalih dan menganjak kepimpinan dalam UMNO itu supaya jangan cuba-cuba untuk melakukan apa-apa terhadap beliau.

Dalam ramai-ramai ahli UMNO yang menunggu itu ada juga beberapa orang yang datang dari kalangan yang melakukan usaha mengenepikan Najib kerana tidak mahu tindakan mereka dihidu oleh pihak yang mempertahankan Najib. Yang jelasnya kumpulan yang datang beramai-ramai menunggu kepulangan Najib itu termasuklah mereka yang telah membaling batu terhadap Najib dan menyorokkan tangan mereka dengan hadir bersama dalam perhimpunan itu.

Itulah yang berlaku di dalam UMNO menjelangnya pilihanraya ini dan persediaan sudah nampak berlaku untuk melakukan apa yang telah dilakukan terhadap Abdullah Badawi dahulu. Jika BN memenangi pilihanraya kali ini dengan majoriti yang lebih kecil dari apa yang di perolehi oleh Abdullah Badawi dalam pilihanraya yang lalu maka Najib akan diminta mengundurkan diri dan memberikan pimpinan itu kepada TS Muhyiddin Yassin. Itulah caranya di dalam UMNO selagi ada seorang yang masih dibiarkan aktif dan menyibuk dalam politik UMNO itu sekarang.

Tu dia aihh.. Nak IC cuma bagi akuan Bersumpah Palsu sahaja

JPN beri kerakyatan pada warga India guna SD palsu

Seorang warga India memperolehi kerakyatan Malaysia dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan hanya menggunakan akuan bersumpah (SD) palsu, demikian suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang Sabah di Sabah, diberitahu hari ini.

Nur Mohd Ibrahim, yang berasal dari Tamil Nadu, India, berkata beliau datang ke Sabah pada tahun 1981 dan tidak lama selepas itu, dia memohon kad pengenalan biru atas gesaan rakan-rakannya dari Filipina di sebuah restoran.

Bagaimanapun, permohonan pertamanya yang menggunakan SD palsu telah ditolak.

Pada tahun 1983, dia mencuba nasib sekali lagi, dengan menggunakan kaedah yang sama, dan kemudiannya mendapat kad pengenalan biru. Ini adalah hanya dua tahun selepas dia menjejakkan kaki di bumi Malaysia.

SD itu menyatakan bahawa Nur Mohd dilahirkan di Kinarut, Papar.

Nur Mohd memberitahu siasatan RCI bahawa dia didaftarkan sebagai pengundi pada tahun 1991 - lapan tahun selepas menjadi warganegara Malaysia. Menurutnya, dia telah mengundi sebanyak empat kali bagi kerusi DUN Likas.

Semoga Nasa berbahagia menjadi gonggongan Najib dan Rosmah

Anwarista/Parasit vs Ulama Gonggongan Najib

Itulah hakikat Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Satu waktu dahulu, beliau adalah pemimpin kepada sebuah gerakan Islam yang disegani di seluruh dunia.

Kata-kata beliau mempunyai makna. Unjuran dan cadangan beliau mempunyai kredibiliti.

Beliau dihormati pihak kawan mahupun lawan.

Dalam bidang dakwah, suara beliau cukup disegani. Kemana sahaja beliau pergi, beliau akan ditatang, diangkat serta diangkat oleh para penyokong parti yang rata-rata ikhlas memperjuangkan Islam itu.

Di peringkat antarabangsa, beliau menjadi rujukan kepada ramai pemimpin2 Islam seluruh dunia. Beliau dianggap sebagai pimpinan contoh dan pejuang Islam yang tulin.

Namun, semua itu rupanya tidak boleh menjadi ukuran. Rupanya godaan keduniaan itu lebih kuat berbanding dengan ganjaran yang dijanjikan Allah SWT di Padang Mahsyar kelak.

Datuk Fauzi cakap kat blogger UMNO jika tak puas hati pie report SPRM siasat harta saya..!!!

Banglo: Fauzi telus, sedia disiasat SPRM

 KUALA LUMPUR: bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari hari ini menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung banglo miliknya yang dimainkan bloger Umno.

Katanya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan banglo dua tingkat setengah miliknya di Seksyen 10, Shah Alam itu dibelinya pada 2004 dengan harga RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.

“Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.

PRU13: Agama pula jadi cagaran Umno

KUALA LUMPUR: “Sekarang Umno terpaksa mengikut rentak PAS di dalam memperjuangkan agama,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, dahulu Umno sering menuduh PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik sehingga ada cadangan supaya nama Islam pada parti PAS dibuangkan.

Jelasnya, PAS sememangnya wajib memperjuangkan Islam kerana tertera dengan jelas di dalam Perlembagaan PAS Fasa 3 "Dasar PAS ialah Islam".

Justeru, ujarnya apabila Umno bercakap tentang Islam, ianya agak janggal seperti pepatah "cakap tidak serupa bikin".

Menurutnya, oleh kerana Umno wajib mendapat sokongan Melayu, maka pemimpin Umno terpaksa berlakon untuk menunjukkan mereka pembela agama.

Contohnya, kata beliau dalam isu kalimah Allah, Umno berlagak mempertahankan nama Allah, tetapi Umno melawan hukum Allah dan kempen mereka kepada orang Melayu, kononnya bimbang gejala murtad berlaku.

“Peliknya mana suara Umno ketika Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin, Lina Joy meninggalkan agama Islam. Umno membisu seribu bahasa.

“Mereka mendakwa mereka mempertahan nama Allah, tetapi ulama yang hendak mempertahankan ajaran Allah, Umno hendak tangkap.

“Ini yang terjadi kepada Datuk Dr Harun Din, Almarhum Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus ketika Umno berkuasa di Selangor,” ujarnya.

Yang di-Pertuan Agong telah selamat merasmikan Kampus Kuin dan Istiadat Konvokesyen Khas, pagi tadi.

Dewan Kuin dikenali Dewan Permaisuri Hajah Haminah




BALING: Dewan Induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang terletak di Kuala Ketil kini dikenali sebagai 'Dewan Permaisuri Hajah Haminah'.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengisytiharkan demikian sempena Perasmian Kampus Kuin dan Istiadat Konvokesyen Khas, pagi tadi.

Dewan yang berkapisiti 5,000 orang itu kini megah di laluan pintu masuk kampus  yang berkeluasan 360 ekar yang mampu menempatkan 7,000 pelajar.

UMNO Meroyan sebab Informer mereka dah kena pecat..!!!

Inilah punca UMNO yang MEROYAN apabila Nasha digugurkan..

UMNO memang meroyan apabila Nasha tidak lagi dapat memberi publisiti kepada UMNO. Selama ini Nasha telah beberapa kali memberi publisiti kepada UMNO sama ada dengan niat atau tidak, bermula dengan tindakan menemani Najib ke Arab Saudi tahun lalu yang dilaporkan media sebagai menjadi jurubahasa kepada Najib.

Selepas itu Nasha sekali memberi publisiti kepada UMNO BN sama ada secara sedar atau tidak apabila bercanggah pendapat dengan Karpal Singh dalam isu hudud. Peliknya Nasha tidak berbunyi pun apabila MCA melalui Chua Soi Lek menghina hudud secara terang dan nyata.

Nasha terus menjadi saluran publisiti UMNO secara sengaja atau tidak apabila menimbulkan isu kononnya terdapat usaha mengkristiankan Malaysia yang kononnya dibincangkan di Sarawak. DAP Sarawak menafikan tuduhan tersebut dan Nasha terus senyap tanpa mengeluarkan bukti terhadap tuduhannya itu.

Terkini, Nasha sekali lagi memberi publisiti kepada UMNO dengan mengiringi Najib ke Gaza. Satu lawatan yang dilihat sebagai usaha memecah belahkan Palestine sehingga mendapat kritikan teruk daripada president Palestine Mahmoud Abbas.

Lihatlah Program Sayangi NAJIB lagi hebat dari JANJI-JANJI PR.....

Ceramah Abdullah Saamah punya pasal ahli UMNO pakat serah borang PAS...!!!

Keluar Umno Setelah Dengar Ceramah Abdullah Saamah

TANAH MERAH: Di Pasir Gudang sembilan bilik gerakan Umno ditutup, di Pengkalan Chepa ahli di peringkat cawangan mendesak ketua bahagian meletak jawatan.

Manakala di Bendang Nyiur Dun Kemahang malam tadi 111 ahli dan penyokong Umno menyertai PAS.

Kumpulan ahli dan penyokong Umno itu diketuai Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Nyiur A, Ali Lizon Isa, 45. Turut menyertai PAS 11 lagi adik beradik dan emaknya Che Som Mamat.

Ali yakin lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Beliau mengetuai sayap pemuda Umno di cawangan berkenaan sejak dua penggal lalu, sebelum itu memegang jawatan timbalan ketua pemuda Umno cawangan.

“Segalanya bermula selepas saya mendengar ceramah penceramah Umno Abdullah Saamah (gambar) dari Geting, Tumpat tidak jauh dari rumah tahun lepas.

“Ketika itu penceramah yang disebut sebagai ustaz itu mencerca Menteri Besar Kelantan sehingga bagi saya langsung tidak masuk akal.

“Bermula dari situlah jiwa saya mulai pudar untuk terus berjuang bersama Umno kerana penceramahnya menabur fitnah tanpa berlapik langsung,” katanya ditemui di program berkenaan.

[GEMPAR] Koh Tsu Koon rupa-rupanya keturunan JAWA BANJAR...!!

Tamrin Tempelak Barua Umno

Semalam anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba, Tamrin menempelak para brua Umno yang tidak habis menakut-nakut orang Melayu khasnya di kampung dengan menimbulkan cerita-cerita yang tidak masuk akal kerana terdesak untuk menang dalam pilihan raya.

Tamrin sedang menyampaikan ceramah.
Kata Tamrin, Umno menerusi agensinya sanggup memperbodoh-bodohkan orang Melayu sampai sanggup menengelamkan fakta yang ada di depan mata mereka.

Misal kata beliau, boleh agen Umno bercerita kepada orang Melayu kampung sekiranya Pakatan Rakyat menang lagi di Pulau Pinang negeri itu akan terus menjadi milik Cina, hari ini pun dakwa mereka DAP sudah berkuasa apabila Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Dengan nada lelucoh Tamrin menyebut satu persatu bekas-bekas Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini; katanya KM Pulau Pinang pertama ialah Wong Pow Nee (1957 - 1969) ialah seorang berbangsa Bugis, yang kedua Lim Chong Eu (1969 - 1990) soorang berbangsa Jawa, ketiga Koh Tsu Khoon (1990 - 2008) berbangsa Bajau.

"Hanya kini baru Lim Guan Eng baru berbangsa Cina," sinis Tamrin.

"Saya hairan dengan Umno dan agen-agennya ini masakan buta sejarah begitu teruk sekali," katanya sambil disorak oleh para hadirin. Tamrin membuat senikal itu semasa berceramah di Padang Bola Rejang Setapak malam tadi. Tambah beliau lagi memang patut kalau kita hantarkan mereka ini ke sekolah semula dari Tadika hingga ke IPTA untuk mengenalkan mereka dengan sejarah dan fakta-fakta yang direkod.

Ibrahim Ali yang nak bakar Bible...Nik Aziz yang di temui Uskup Katolik Sebastian Francis...

Uskup temui Nik Aziz redakan ketegangan bakar Injil di P. Pinang

 Ahli parlimen bebas Pasir Emas, Ibrahim pada minggu lalu mencetuskan kontroversi dan bantahan daripada pemimpin gereja dan kumpulan bukan Islam apabila menggugut untuk membakar cetakan Injil berbahasa Melayu. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 28 Jan — Uskup Katolik Sebastian Francis mengadakan lawatan mengejut bertemu pemimpin utama PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena ulang tahun kelahiran ke lapan puluh dua tahun pemimpin PAS tersebut semalam di Pulau Pinang, lapor akhbar parti tersebut Harakah Daily hari ini — langkah yang dianggap bertujuan meredakan ketegangan antara penganut Kristian dan Islam melibatkan isu penggunaan kalimah “Allah”.

Uskup Pulau Pinang tersebut dilaporkan oleh laman berita PAS berkata negara perlu mencontohi Musyidul Am PAS tersebut yang bukan seperti pemimpin Perkasa, Datuk Ibrahim Ali atau penyokongnya yang berterusan mengapi-apikan sentimen berunsur kebencian.

Sebastian turut dilaporkan telah menghadiahkan Nik Aziz sebiji kek ulang tahun sebagai tanda pertemuan buat kali pertama kedua-dua pemimpin tersebut.

Selasa lalu, seorang paderi Anglican di Pulau Pinang telah membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah oleh pihak tidak dikenali untuk mengadakan upacara membakar Injil di Butterworth, yang dirancang berlaku semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...