TERKINI :

Monday, January 28, 2013

Iktibar Lawatan Najib Ke Gaza, Palestin

RENUNGAN                                                                                                                     

Dalam minggu ini ada dua lawatan dilakukan oleh tokoh besar politik negara ini. Satu lawatan ke luar negara melibatkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, melawat ke Gaza, Palestin, kedua lawatan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Penang, Malaysia. Kedua lawatan itu membawa signifiken tersendiri dan ia bersifat politik namun tetap ada cebisan-cebisan kebaikannya.

Najib melalui satu jalan di Gaza.
Najib menamakan lawatan ke Gaza sebagai lawatan kemanusiaan, untuk melihatan kesangsaraan umat muslim di sana yang diserang oleh Israel. Lawatan Najib adalah pertama kali dan dicatatkan sebagai satu sejarah buat dirinya dan Malaysia, kerana menjadi perdana menteri pertama melawat bumi Gaza.

Najib menghabiskan masa enam jam untuk melihat dengan mata kepala sendiri kesangsaraan dan kekejaman Israel terhadap Gaza dan penghuninya. Najib melahirkan rasa 'kemanusiaannya' dan menggali erti humaniti terhadap apa yang dilihat itu. Dalamn kunjungan itu beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh sempat bergambar dengan kanak-kanak menjadi yatim piatu akibat keganasan Israel laknatullah.

Nampak juga dia berdoa di hadapan sebuah bangunan atau jentera rosak akibat keganasan Israel. Lokasi itu bagi menunjukkan betapa kejam dan ganasnya Israel.  Lawatan Najib tentunya menggembirakan penduduk Palestin. Bagi rakyat Paletin lawatan Najib itu sebagai kesenimbungan kepada lawatan dan kunjungan ribuan rakyat Malaysia ke Gaza sebelum ini. Lawatan yang didambakan akan membawa sinar perdamaian dan keharmonian di bumi Palesatin?

Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13


"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.

Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

UTUSAN dah taraf surat habaq 'jamban'..HARAM di beli & di baca

Kenapa kita dilarang untuk membaca dan percaya pada akhbar Utusan? Ni antara sebab-sebabnya...
"Mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah HARAM untuk dibeli dan dibaca" ~ Prof Datuk Dr Harun Din Al-Hafis
Betoi...

[Video] UMNO/BN cuma tinggai 3 modai nie sahaja..!!

Dr Mohd Asri - Kau ingat, Tu Duit Mak Bapak Kau kaa BN.. Itu duit rakyat yang bayar cukai...


28,000 pelajar di Kubang Pasu terima bantuan persekolahan minggu ini 

28 Januari 2013 JITRA - Lebih 28,000 pelajar sekolah menengah dan rendah daerah Kubang Pasu dijangka menerima bantuan awal persekolahan RM100 sumbangan kerajaan pusat selewat-lewatnya Khamis ini. Naib ketua Umno Kubang Pasu Zulfitri Yaacob berkata setakat ini 40 daripada 57 sekolah menengah dan rendah di daerah itu telah menyerahkan bantuan terbabit kepada ibu bapa dan waris pelajar. "Kita mahu menyelesaikan pemberian wang bantuan persekolahan ini sebelum Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mula dibayar pada 2 Februari," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan itu kepada 390 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Malau di sini, hari ini. 

Semoga UMNO menjadi pembangkang yang baik..

Keputusan pilihanraya 'predictable'. UMNO menjadi pembangkang yang baik


Majlis Bekas Wakil Rakyat, MUBARAK, telah meminta pucuk pimpinan menamakan bakal menjadi Menteri Besar Selangor lebih awal.. Dalam temuramahnya dengan Presiden Mubarak, Tan Sri Aziz Abdul Rahman, Sinaran Harian on-line melapurkan yang Mubarak mencadangkan nama bakal menjadi Menteri Besar Selangor dinamakan lebih awal untuk mengelakkan ada beberapa orang yang berminat untuk jawatan itu tidak berasa hati dan kecewa jika nama calon MB itu diumumkan di saat akhir.

Tan Sri Aziz mengingatkan ini sangat penting diambil perhatian kerana ramai yang berminat untuik menjadi Menteri Besar negeri Selangor itu. Jika diumumkan nama bakal Menteri Besar untuk menyaingi Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat maka ada banyak masa untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dari pengumuman bakal MB itu. Pihak pimpinan Persekutuan akan mempunyai masa untuk memberikan jawatan gantian kepada sesiapa yang tidak dapat menjawat jawatan MB itu sebelum pilihanraya diadakan.

Sememangnya isu siapa yang bakal dinamakan sebagai Menteri Besar merupakan isu besar bagi Selangor jika BN berjaya kembali menguasai kerajaan negeri Selangor itu. Isu inilah yang menjadi masalah besar dan itu jugalah isunya kenapa kemungkinan BN gagal untuk merampas kembali kuasa dari PR di negeri terkaya dalam negara ini. Selain dari itu BN menghadapi masalah kerana pentadbiran Selangor yang lebih ‘efficient’ dari pentadbiran BN dahulu amat jelas sejak Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar nya Tan Sri Khalid Ibrahim sejak lima tahun yang lalu. Tidak payah disentuh kejayaan-kejayaan yang di capai sejak lima tahun dahulu kerana rakyat Selangor sedang merasainya sekarang.

Boleh undi calon bukan Islam - Dewan Ulama

KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang masalah bagi orang Islam untuk mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti jika langkah itu boleh menjuruskan ke arah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman yang berlaku dalam negara ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali berkata para ulama Islam sepakat bahawa menghapuskan kezaliman adalah wajib, apatah lagi apabila melibatkan kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang diberi amanah menjaga maslahah rakyat.

Begitu juga menegakkan kerajaan yang adil lagi berkebajikan adalah wajib. Maka sebarang usaha yang boleh membawa kepada tertegak perkara yang wajib itu juga menjadi wajib.

"Ia dijelaskan oleh banyak ayat al Quran dan Hadis. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad baginda menegaskan bahawa pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam.

"Maka sebarang cara yang boleh membawa kepada terhapusnya kezaliman perlu diusahakan termasuk dengan kerjasama antara muslim dan bukan muslim dalam pilihanraya. Justeru itu mengundi calon pilihanraya bukan Islam yang boleh menyumbang kepada usaha tersebut tentulah sangat wajar sekali," katanya kepada Harakahdaily.

Dengan Terlancarnya biro IPT UMNO maka Pakatan Rakyat pun wajib menyusul...!!


Gua dok terbayang jugak bagaimana keadaan mahasiswa bila dilantik menjadi sukarelawan PAKATAN RAKYAT...

Menjawab isu 110 Peneroka di tipu Kerajaan Negeri Kedah..!!!

Pencerahan isu oleh PKWR Kupang



1. PKWR DUN Kupang bukan pengutip bayaran untuk urusan permohonan tanah oleh peneroka di Hutan Gunung Inas, Kupang. PKWR hanya bertindak sebagai pemudahcara terhadap pemohon dengan menempatkan Juru ukur Bertauliah di pejabat PKWR supaya mendapatkan harga yang berpatutan di samping para pemohon tidak perlu pergi ke pejabat juruukur yang letaknya jauh dari rumah para pemohon tanah.

2. Rujukan di PKWR Dun Kupang mendapati nama Tahak Lahamad tidak ada dalam senarai pemohon dan pihak juru ukur tidak menerima apa-apa bayaran daripada beliau (Tahak Lahamad) seperti yang didakwa dalam akhbar baru-baru ni. Justeru itu, tindakan undang-undang berikutan fitnah ini akan difailkan oleh pihak PKWR Kupang ke atas Tahak kerana memfitnah.

IC Palsu - Nampaknya puak UMNO BN tak tahu atau buat tak tahu...

Assalamualaikum sahabat..ini kerakyatan untuk rakyat yg dah bertapak dibumi malaysia yg lahir disini tapi tak dapat ic...yg org dok bising nuu dok bagi kerakyatan kpd PATI aka warga asing yg baru mendarat kena bezakan 2 perkara ini baru boleh berhujah...jgn main gaul sekali sahaja....


Antara perkara yang di 'londeh' kan dalam RCI Sabah

 
 
8 perkara utama mengenai RCI Sabah

Ada yang menggelarkannya sebagai Projek IC dan ada yang mengenalinya dengan nama Projek M. Namun apa juga gelarannya, berikut merupakan perkara yang diperolehi daripada siasatan suruhanjaya diraja ke atas isu imigran Sabah – khususnya operasi sulit yang memberi peluang kepada warga asing untuk mengundi dan menggulingkan kerajaan pimpinan PBS Sabah.

1. Sekurang-kurang terdapat dua operasi sulit yang dikenal pasti.

G17 (atau Kumpulan 17)

Pemimpin: Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah Abdul Rauf Sani (1990-1992).

Individu dikenali yang terlibat: Para pegawai JPN: Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil, Yakup Damsah, Asli Sidup.

Ahli politik yang dikaitkan: Setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa itu, Tan Sri Aziz Shamsuddin.

Tempoh masa: Sejak 1990.

Modus operandi:


Pegawai JPN Sabah memproses antara 40,000 hingga 100,000 kad pengenalan untuk warga asing. Butiran dan tandatangan di kad pengenalan pada masa itu diproses dengan tangan.

TOK GURU menerima kunjungan Father Sebastian Michael Uskop Roman Katholik

(Bishop Francis menghadiahkan kek harijadi untuk TG Nik Aziz)

 PULAU PINANG: Selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz bertemu pula dengan Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis di hotelnya dekat sini.

Di majlis itu, Francis Sebastian telah memberikan sebuah kek sempena hari lahir Tuan Guru Nik Aziz yang ke 82.

Pertemuan ini tidak termasuk dalam jadual lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang tetapi acara spontan ini memberi kesan mendalam kepada keharmonian antara agama di negara ini.

Pertemuan ini berlaku ketika masih panas ancaman yang dibuat Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali agar Bible yang mempunyai perkataan Allah dibakar.

Ancaman ini dibuat Ibrahim ketika konvensyen Perkasa yang diadakan di Pulau Pinang juga.

[Video] Bekas jeneral kecewa prasarana ATM




Perjumpaan 2 Musuh ketat kepada UMNO BN..!!!



Jika ini salah DAP juga maka tak tahulah nak kata apa lagi wahai UMNO..!!!


TMJ tidak pernah minta tukar venue Piala FA

NORSHIKIN MOHD SALLEH
28 Januari 2013
TUNKU ISMAIL
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
 
TIADA permohonan dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk menukar  venue perlawanan dari Stadium Darul Aman ke Stadium Larkin bagi saingan kedua Piala FA bulan depan.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim berkata, dakwaan itu tidak benar dan tidak mengetahui dari mana isu tersebut ditimbulkan.

“Kita tidak tahu dari mana cerita ini datang dan seterusnya disebarkan, malah kami tidak mengetahui niat sebenar cerita ini dibuat.

Pelabur terbesar Rapid Pengerang tarik diri...

KUALA LUMPUR 27 JANUARI: Firma minyak dan gas dari Jerman, Badische Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.

Setiausaha Gabungan NGO Pengerang (GNP), Kapten Hasnul Ahmad, berkata BASF selaku pelabur terbesar projek kontroversi berkenaan, menarik diri kerana memikirkan reputasi syarikat pada masa depan.
“Isu alam sekitar, pemilikan tanah dan kampung warisan punca BASF tarik diri. Isu Rapid bukan saja jadi isu nasional tapi sudah menjadi isu dunia.

“Mungkin tak tahan dengan tekanan dan himpunan (anti-Rapid), (maka) BASF tarik diri,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau juga menyifatkan penarikan syarikat berpangkalan di Eropah itu sebagai kejayaan rakyat hasil tekanan badan bukan kerajaan (NGO) dan  penduduk tempatan dan sokongan Pakatan Rakyat.

Program Team Kedah sepanjang FAM bagi cuti...

Persatuan Bolasepak Kedah - KFA -
 Aktiviti pasukan hijaukuning sepanjang tempoh rehat Liga Malaysia selama 3 minggu ini:

26-29 Januari - Rehat

30 Januari - Lapor diri semula ke kem latihan skuad Kedah

1 Februari - Perlawanan Persahabatan VS Penang FA (dalam perbincangan, belum disahkan)

3 Februari - Perlawanan Persahabatan VS Songkhla FC (confirm)

*Venue perlawanan persahabatan di Stadium Darul Aman, 8.45 malam.

Teknik Menjawab Solan UMNO - PAS tukar dasar kerana berkawan DAP....

pasai apa pulak PAS asyik sebut Negara Kebajikan? PAS dah tinggal dasar perjuangan?? Jeng jeng... mai pakat baca nih....



(Foto hiasan - Ahli MCA seumur hidup yang menghina Islam, tapi UMNO takut untuk bertindak terhadapnya)

Fitnah UMNO: PAS tukar dasar kerana berkawan DAP, dahulu perjuangkan Negara Islam tapi sekarang Negara Kebajikan.

Inilah jawapannya: 

Dasar PAS tidak pernah berubah, yang berubah cuma strategi dan istilah. Misalnya masa bersama permuafakatan dalam Angkatan Perpaduan Ummah dahulu PAS guna ayat ‘menegakkan Islam sebagai addin’ dalam manifesto. Sekarang PAS guna ‘Negara Berkebajikan’ untuk mengelak fobia dari kalangan yang mahu menyokong Pakatan Rakyat tetapi takut dengan 'Negara Islam' akibat persepsi negatif yang berjaya ditanamkan oleh BN terhadap PAS selama separuh abad.

Ambil iktibar Sirah Rasulullah SAW. Waktu Perjanjian Hudaibiah, draf perjanjian tertulis perkataan ‘Allah sebagai Al-Rahman dan Al-Rahim’ dan ‘Muhammad adalah Rasulullah’. Wakil puak kafir Quraisy, Suhair bin Anbar tidak bersetuju dengan istilah tersebut kerana ia membawa maksud mereka mengakui kebenaran sebahagian ajaran Islam. Maka Rasulullah SAW bersetuju membuang perkataan tersebut dari dokumen perjanjian. 

Penjawat Awam - Anda bekerja dengan UMNO atau dengan Kerajaan..??

MASIH RAMAI YANG KELIRU DAN TIDAK MEMAHAMI


PENJAWAT AWAM bukan bekerja untuk parti dan gaji yang mereka terima bukan dari duit parti UMNO. Gaji PENJAWAT AWAM dibayar daripada hasil negara.

PENJAWAT AWAM bukan bekerja dengan syarikat kepunyaan parti politik. Tidak cerdik menuduh mereka pembelot jika menyokong pembangkang, apatahlagi meminta mereka berhenti.

Pembelot sebenar ialah pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat dengan rasuah, menyalah guna kuasa dan mengamalkan kronisme.

kalau mcm tu sapa yg sokong pembangkang (umno) di Penang,Kedah,Selangor dan Kelantan sila letak jawatan sebab anda tak sokong kerajaan negeri....

Negara ni negara demokrasi..terpulanglah deme nak sokong parti mana.....yg penting kerja.

Semakin ramai dah tak mengaku Minah #LISTEN geng depa..!!!

betul ker mathematic tu.. Tetapi mengapa terlalu lama masa di ambil untuk mengulas Isu yg dah nak basi nie..

Baguslah kamu dah jawab, tetapi terlambat. Burung ada masalah, kita ikat kaki..argghh, argghh, argghh..

nak tau cukup ke tak cukup...undi pr...kalau tanya bn...semua tak cukup....manaya nak cukup...satu menteri BN balun sorang RM250juta....kalau ada 100 menteri BN??? mana nak cukup???


Tanggungjawab jika guna nama 1Malaysia, kata Razali

Semua badan bukan kerajaan (NGO) yang menggunakan istilah 1Malaysia perlu bertanggungjawab, mempunyai kemahiran dan fakta jelas berkenaan sesuatu isu yang dibangkitkan supaya tidak menjejaskan imej kerajaan.

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim menegaskan kegagalan NGO terbabit mengetengahkan fakta yang betul akan mengundang salah faham dalam kalangan rakyat.

"Pemimpin badan NGO kena jawab persoalan yang timbul kerana rakyat memerlukan jawapan," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gotong-royong Perdana dan Pelancaran Siswa4U Parlimen Muar di Parit Raja, Jalan Temenggung Ahmad, di Muar hari ini.

Ahmad Fauzi Saari mahu berehat selepas kemalangan


POKOK SENA — Ahmad Fauzi Saari yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Km407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah ke Ipoh, dekat Lembah Beringin, Hulu Selangor awal pagi tadi mahu berehat di kampungnya di Kulim sehingga pulih.

Pemain Felda United itu yang patah tangan kanan dalam kemalangan 1.40 pagi semalam berkata beliau tidak pasti berapa lama perlu berehat sebelum dapat beraksi semula.

“Saya akan meneruskan rawatan susulan di hospital di sini dan akan berehat di kampung saya di Kulim,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Kampung Bukit Lala di sini selepas pengkebumian rakan beliau Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang maut dalam kemalangan itu.

Ditanya tentang kemalangan itu, bekas pemain Kedah ini berkata beliau berkata ia berlaku terlalu pantas tanpa beliau sedari bagaimana ia berlaku.

“Apa yang saya ingat, keadaan jalan agak berlopak dan basah. Kami berdua tidak mengantuk ketika kejadian berlaku,” tambahnya.

Menurut polis Hulu Selangor, kereta BMW yang dipandu Muhammad Khairul Adnan dipercayai hilang kawalan dan terbabas semasa melalui satu selekoh sebelum merempuh penghadang jalan dan terbakar.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...