TERKINI :

Sunday, January 27, 2013

Perjumpaan 2 orang musuh utama Umno BN yang buat depa meroyan....


Nampaknya Ciri-Ciri Pembangkang Semakin Terserlah dalam UMNO..!!!

Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNO


Strategi terakhir UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang mengudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.

Tetapi cara ini tidak berkesan lagi kerana kali ini. Buat pertama kalinya hampir keseluruhan rakyat bercakap dan mentelaah tentang politik. Rakyat tahu yang tuduhan orang Cina dan DAP akan menguasai politik dan kerajaan itu ialah untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama DAP dalam memperjuangkan kerajaan yang bersih dan matlamat PAS yang mahukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mengaddinkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

Matlamat BN untuk memecahkan DAP dangan PAS itu adalah satu tektik yang berkesan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu tetapi isu itu tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang kini. PAS pula telah membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjadi pilihan yang menggantikan UMNO sebagai parti Islam yang dikuasai oleh orang Melayu.

Bakar Bible Melayu - Akhirnya PERKASA terpaksa jilat semula..!!!

Perkasa tidak berhasrat mahu bakar Injil lagi


KUALA LUMPUR, 27 Jan — Selepas bantahan dari orang ramai mengenai ugutan membakar kitab Injil minggu lalu, kumpulan Melayu berhaluan kanan Perkasa berkata mereka tidak lagi mahu membakar buku suci itu.

"Kami tidak bercadang lagi untuk bakar (kitab Injil)," kata setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memberitahu The Malaysian Insider hari ini.

"Kami tak pernah bercadang untuk anjurkan (bakar kitab Injil)," katanya lagi.

Minggu lalu, pemimpin Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) menyeru umat Islam membakar kitab Injil yang mengandungi perkataan "Allah" atau sebarang kalimah Arab.

Ugutan tersebut menimbulkan kemarahan pemimpin bukan Islam, terutamanya ahli politik dan agamawan, yang mengatakan pemimpin berhaluan kanan itu menimbulkan kebencian di kalangan agama dari kalangan dua agama terbesar dianuti di negara ini. Pada Selasa lalu, seorang paderi dari Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap dakwaan edaran risalah mengatakan pesta membakar kitab Injil berlangsung di Butterworth, yang sepatutnya berlangsung hari ini.

10 soalan yang di tanyakan oleh PENCARUM kepada KWSP..!!!

10 PERSOALAN PENCARUM KEPADA KWSP:


1. Sejak bila KWSP diiktiraf atau diwartakan sebagai bank?
2. Sejak bila pula KWSP boleh memberi pinjaman kpd syarikat korporat?
3. Brp peratuskah faedah yang dikenakan oleh KWSP kepada peminjam?
4. Kenapa tidak diberi kemudahan pinjaman tersebut kepada pencarum-pencarum tetapi berbillion ringgit diberikan kepada syarikay kroni?
5. Bolehkah KWSP senaraikan peminjam2 yg telah diluluskan dan tempoh syarikat tersebut membayar balik pinjaman?
6. Bolehkah KWSP senaraikan syarikat2 korporat yang gagal membayar balik pinjaman yg telah diluluskan dan berapa kalikah jumlah NPL tersebut?
7. Apakah cagaran atau jaminan dan siapakah yg memberi kuasa atau kelulusan pinjaman tersebut?
8. Apakah tindakan KWSP kepada syarikat2 yang gagal membayar ansuran bulanan yang ditetapkan?
9. Apakah jumlah minima atau maksima sesuatu pinjaman tersebut?
10. Kenapa syarikat tersebut tidak membuat pinjaman terus kepada pihak bank yang berdaftar di Malaysia?

Penerbangan ihsan bawa pesakit dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur


27 Januari 2013
SUNGAI PETANI - Unit Udara Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara yang berpangkalan di Bertam, Pulau Pinang melakukan penerbangan ihsan menghantar seorang pesakit dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
  
Penerbangan itu membawa Mohd Ridwan Saad, 16, untuk mendapatkan rawatan di bahagian Vaskular HKL selepas kakinya cedera terkena mesin hidraulik.
  
Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Shahrol Zaman Osman berkata pesakit diterbangkan kira-kira pukul 2.45 petang menggunakan helikopter Agusta AW139 yang dikendalikan juruterbang Kapten Ali Mydin dengan dibantu tiga anggota.
  
"Ini adalah penerbangan ihsan kali pertama untuk tahun ini. Penerbangan mengambil masa hampir sejam untuk tiba di HKL," katanya kepada pemberita ketika ditemui di HSAH.  - Bernama

Tapisan SPRM - Sebenarnya bukan 4 tapi ramai jika tapisan rakyat dilakukan..!!!

Kenapa Hanya 4 Pemimpin BN Disytihar Tidak Bersih?
Oleh Shahbudin Husin

Ramai yang tertanya-tanya siapakah empat pemimpin BN yang tidak berjaya melepasi tapisan SPRM serta dianggap tidak bersih dan dinasihat digugurkan sebagai calon dalam pilihanraya akan datang ini. Mereka itu, sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian, ialah dua menteri, seorang menteri besar dan seorang lagi ketua menteri.

Sinar Harian yang dilaporkan memetik sumber-sumber memberitahu, bahawa keempat-empat pemimpin itu didapati gagal melepasi tapisan SPRM kerana mempunyai masalah undang-undang dan akan memberi implikasi kepada parti jika dicalonkan.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut parti mana dan negeri mana asal keempat-empat pemimpin itu.

Ramai juga yang tertanya-tanya, jika sudah dianggap tidak bersih dan ada masalah dengan undang-undang oleh SPRM, kenapa keempat-empat pemimpin itu tidak didakwa saja di mahkamah?

Sebenarnya banyak lagi persoalan dan tanda-tanya yang timbul di sebaliknya berita mengenai empat pemimpin BN yang didakwa gagal melepasi tapisan SPRM itu. Meskipun usaha itu dianggap berniat baik tetapi ia dianggap tidak praktikal dan lebih terdedah kepada masalah lain yang lebih merimaskan.

Dalam usaha untuk mencapai kemenangan dan memastikan calonnya benar-benar bersih, BN sebelum ini dilaporkan telah menghantar nama bakal calon mereka kepada SPRM untuk dinilai sebelum diputuskan untuk dipilih sebagai calon. Pakatan Rakyat pula sejak awal menolak kaedah ini kerana tidak meyakini agensi itu.

Fauzi: 'Kemalangan bagaikan mimpi, berlaku pantas'

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
27 Januari 2013
Ahmad Fauzi Saari
Ahmad Fauzi Saari - Foto ihsan FB Ahmad Fauzi

SHAH ALAM - “Saya bagaikan bermimpi di siang hari. Kejadian itu berlaku dengan sangat pantas," demikian kata pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemalangan yang berlaku di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin, Kuala Kubu Bharu, awal pagi tadi.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta BMW yang dinaikinya terbabas sendiri di selekoh kanan sebelum merempuh penghadang lebih raya lalu terbakar kira-kira 1.40 pagi tadi.

Dalam kemalangan itu, Fauzi mengalami patah tangan manakala rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta maut akibat kecederaan parah di kepala.

Adakah dengan menghalalkan Hindraf, BN ibarat melepas "Anjing Tersepit"..??

Pengharaman ditarik balik, Hindraf berikrar desak Putrajaya selesaikan isu India
TERKINI @ 11:00:22 AM 27-01-2013
Oleh Clara Chooi


KUALA LUMPUR, 27 Jan — Keputusan kerajaan untuk menarik semula pengharaman selama empat tahun ke atas Hindraf untuk memenangi undi kaum India tidak begitu mudah apabila kumpulan yang kini “halal” itu berikrar untuk meneruskan tuntutan mereka sebelum pilihan raya 2008 dahulu.

Ini terjadi walaupun ramai menganggap kumpulan tersebut sudah berpecah kepada beberapa fraksi beberapa tahun kebelakangan ini semenjak mereka mengetuai perhimpunan lebih 30,000 masyarakat India di ibu negara pada tahun 2007.

Apabila dihubungi semalam, pemimpin Hindraf mengatakan penarikkan pengharaman” bukanlah sesuatu yang perlu dirayakan”, kerana ia hanyalah peringatan tentang kekejaman musuh politik mereka, dimana hanya dengan satu tandatangan, hak mereka boleh dirampas atau dipulangkan semula.

“Tidak ada apa yang hebat langsung. Apa yang kami mahu, apa yang kami perlu cari adalah pampasan. Dan 18 tuntutan sebelum ini.. masih kekal.

Nah ambik..nak buat cerita janji ada nama NAJIB RAZAK sampai terkeluaq cerita PM bercinta dengan ROZITA CHE WAN..!!

Panas! Najib Razak mengaku bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan

BERITA panas hari ini, disiarkan di Metro Ahad muka surat S21 ruangan selebriti. Metro Ahad menyiarkan pengakuan Najib Razak yang mendakwa beliau sama-sama suka dengan pelakon Rozita Che Wan.

"Kami sama-sama suka, dan Rozita balas cinta saya" kata Najib Razak seperti yang dipetik dari Metro Ahad hari ini, 27 Januari 2013 dalam sebuah artikel dua muka di akhbar itu yang bertajuk "bukan syok sendiri".



Mufti ada lebih 10.. Ada Majlis Fatwa..Majlis Raja-Raja Yang Jaga Agama ada... duduk berbincang baru la keluar Hukum boleh tak..!!

Kalimah ALLAH : Pas gesa mufti panggil muzakarah
Wartawan Sinar Harian
27 Januari 2013
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM – Pas menggesa mufti di setiap negeri supaya mengadakan muzakarah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh hukum agama Islam bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, langkah itu perlu diperhalusi dan pemegang fatwa perlu lebih berhati-hati khususnya dalam memberikan maklum balas terhadap isu kalimah ALLAH yang kembali menjadi kontroversi sejak akhir-akhir ini.

"Kenyataan ini saya ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang telah memberikan kebenaran untuk menggunakan nama ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu.

"...sebagai mufti dia sepatutnya menjadi penasihat bagi kerajaan kerana bidang kuasa mufti hanya terhad kepada negeri yang diwakili sahaja,” dakwanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menyifatkan umat Islam akan menjadi kafir sekiranya membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

Pak Long aka Fauzi Saari terlibat kemalangan


KUALA KUBU BHARU - Pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin di sini, awal pagi tadi.

Rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebuh raya lalu terbakar kira-kira 1.40 pagi tadi.

Pendakwah gesa Kristian gugur kalimah 'Allah'


Seorang pendakwah Kristian merayu agar masyarakat agama itu di negara ini menggugurkan penggunakan kalimah "Allah" daripada digunakan di dalam Bible.

BS Poh yang pernah ditahan ISA atas kegiatan keagamaannya berkata, orang Kristian harus berbuat demikian untuk menunjukkan kemuliaan hati nurani mereka.

"Orang lain tidak boleh memaksa kita mengugurkan kalimah Allah. Kita sendiri yang perlu memilih untuk tidak menggunakannya," katanya.
Katanya orang Kristian boleh berbuat demikian berdasarkan keyakinan ke atas kesusilaan dalam tindakan berkenaan.

"Kebebasan hati nurani ialah kebenaran yang berharga. Hanya Tuhan sahaja yang paling mengetahui mengenai hati nurani manusia," katanya.

Jenayah Oh Jenayah.. Benarkah Negara Kita Selamat..???

Pembunuhan, penculikan dan rompakan di mana-mana. Benarkah negara kita selamat?

Setidak-tidaknya dua kes yang amat menyedihkan berlaku di negara ini yang melibatkan kematian. Kes yang pertama ialah kes kematian William Yau seorang kanak-kanak yang berumur enam tahun yang dilarikan oleh orang yang tidak dikenali di Putra Heights minggu lepas. Mayatnya dijumpai di Pelabuhan Kelang dan dikenal pasti oleh ibunya sendiri Goh Ying Ying semalam sebagai anaknya yang telah hilang diculik sejak seminggu yang lalu.

Kes yang kedua ialah kematian C Sugumar yang dikatakan dipukul oleh beberapa orang anggota Polis semasa C Sugumar tangannya masih digari. Yang lebih menyedihkan ialah C Sugumar telah ditaburkan dengan serbok kunyit di muka yang ini menyebabkan C Sugumar menghadapi masalah jantung dan akhirnya meninggal dunia. Kejadian ini berlaku di Serdang dan dengan kejadian ini ramai yang bertanya samada negara kita ini benar-benar sebuah negara yang aman dan damai.

Setiap hari ada sahaja berita manusia dibunuh dan mayatnya dijumpai merata-rata samada di dalam semak atau di dalam longkang serta di kebun-kebun kelapa sawit dan dimana-mana. Bangkai kucing pun susah untuk ditemui tetapi mayat manusia bergelimpangan di mana-mana seolah manusia ini lebih rendah dari haiwan seperti kucing dan anjing. Jumlah kematian manusia dibunuh dalam tempoh dua tiga tahun ini sahaja mungkin melebihi jumlah kematian di dalam peperangan Iran Iraq dahulu walaupun peperangan itu melibatkan penggunaan senjata berat dan berbagai-bagai alat peperangan yang canggih-canggih. .

Saya berserta dengan semua pihak yang lain meminta kerajaan menubuhkan IPCMC untuk melakukan penyiasatan terhadap perlakuan anggota-anggota Polis yang terlibat dalam kes C Sugumar ini kerana jika Polis menjadi penyebab kepada jenayah yang berlaku kita tidak tahu dimana kah rakyat hendak mendapatkan perlindungan jika mereka berada dalam keadaan bahaya. Kita tidak boleh berdiam diri kerana musibah yang berlaku keatas orang lain itu tidak semestinya tidak akan berlaku kepada diri dan keluarga kita sendiri.

HIDRAF dah HALAL..adakah ini satu tindakan yang bijak PUTRAJAYA..??

Tarik Balik Pengharaman Hindraf, Tidak Bijak

Semalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menarik balik pengharaman pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebuah pertubuhan ekstrem kaum India bawahan. Pertubuhan ini diharamkan pada 15 Oktober 2008 sewaktu pentadbiran Abdulah Ahmad Badawi.
Salah satu aksi Hindraf.
Surat pemakluman Hindraf dibenarkan bergerak itu dihantar semalam.

Penarikan balik pengharaman ini dilihat satu lagi tindakan terdesak dan rasa gerun UBN untuk menghadapi pilihan raya kerana bimbang dengan sokongan masyarakat India. Kononnya disebabkan tindak tanduk pertubuhan ini pilihan raya 2008 Umno tidak mendapat majoriti 2/3 di parlimen.

Hindarf diharam setelah pertubuhan itu berjaya mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran dari kalangan kaum India. Pertubuhan ini membuat 18 tuntutan kepada kerajaan.

Ekoran tunjuk perasaan itu yang bersikap ganas beberapa orang pemimpin kanan pertubuhan berkenaan telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Setengah yang lain melarikan diri ke luar negara.

Nampaknya dalam UMNO KEDAH..hanyalah Dato' Mat Bashah sahaja yang berani pun..!!!

Hanya Dato' Bashah Yg Berani...?

Dato' Bashah tidak pernah menjadi Menteri Besar, tetapi lama di dalam DUN, sama dengan MB Ustaz Azizan dan Abu Hasan Sharif. Dia tidak pernah menjadi nombor satu dalam kerajaan, tetapi kini menjadi nombor satu dalam UMNO/BN Kedah. Dia dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah selepas Shafie Afdhal menggalas jawatan itu untuk meredakan kekalutan keranan tewas dalam PRU-12.

Dia jarang terpalit dengan skandal sepanjang menjadi exco di bawah beberapa Menteri Besar, hanya dalam pengambilan tanah Kg Batin dan pembinaan Tesco Mergong namanya disebut orang. Itupun mungkin kerana dia adalah Adun di kawasan itu dan Exco Kerajaan Tempatan.

Saingannya dalam politik UMNO untuk memimpin Kedah ialah Timbalannya Dato' Mukhriz Tun Mahadhir, bekas MB Dato' Mahdzir Khalid dan seorang muka baru yang masih 'bersih' dari sebarang isu di Kedah.

Baguih Puteri UMNO Kedah edar portawifi... semoga depa buka blog KedahLanie..!!!

Puteri Umno Kedah agih 672 portawifi
Ini Gambar Penyerahan Untuk Puteri Umno Negeri 9

26 Januari 2013
ALOR SETAR - Pergerakan Puteri Umno Kedah hari ini mengagihkan 672 portawifi kepada semua daerah mengundi dalam 15 bahagian di negeri ini bagi membolehkan setiap daerah mengundi menerima maklumat mengenai pilihan raya dengan cepat.

Ketuanya Datin Norasimah Md Nowar berkata, maklumat yang akan disampaikan melalui portawifi adalah mengenai sistem maklumat data pengundi pilihan raya dan perkara berkaitan pilihan raya.

"Portawifi ini adalah kemudahan untuk semua tempat mengundi yang menjadi platform sistem komunikasi antara kita dan tempat mengundi. Ia bukan sahaja komunikasi antara petugas malah digunakan sebagai komunikasi ruang siber. 

"Contohnya blog kita dapat dikemaskinikan sentiasa sebelum dan semasa pilihan raya berlangsung supaya setiap pengundi mengetahui apa yang kita buat dan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas penyerahan sistem portawifi kepada petugas ICT Puteri Umno Kedah di Bangunan Tunku di sini.

Jika Ikut Kepala PERKASA.. tak payah belajaq GEOGRAFI dah cuma perlu SUMPAH LAKNAT sahaja selesai masalah..!!

Dongeng Bersumpah Laknat: Air Baja dan Air Selut Mudik Ke Hulu Demi Bermadu Asmara Dengan Air Tasik Pedu...


Tapak Ladang Agrotourism yang menjadi punca Utusex mencabar sumpah laknat bahawa satu hari nanti di bawah kerajaan PR, air, racun dan baja yang terlarut resap akan 'ragaih' bukit mudik ke hulu untuk masuk ke Tasik Pedu

Saya tidak pernah terbayangkan sepanjang hidup saya satu hari nanti,  saya akan menempuh satu zaman di mana masalah geografi, topografi tanah dan rajah geometri yang saintifik perlu dipertahankan dengan sumpah laknat! Tapi ia telahpun muncul hari ini di akhbar milik UMNO Utusan Malaysia. Setelah lebih sedekad menyajikan ummat melayu Islam dengan cerita sex, liwat dan porno, hingga mempopularkan sumpah laknat untuk membuktikan dubur Saiful Bukhari telah ditusuk sembilu tumpul.

Saya sering diingatkan bahawa cerita bohong yang diulang-ulang akan disangka benar secara psikologi paksa. Berita Tasik pedu akan kering kontang dan dasarnya merekah keras 'kong' gara-gara projek agrotourism kerajaan PR Kedah akan mengancam nyawa seluruh penduduk Malaysia akan ditulis selepas pembohongan ini berjaya - sekiranya rakyat Kedah buta mata dan buta huruf - mujurlah TIDAK!

Air lari dari kawasan projek akan membawa segala baja dan racun tenaman menerpa masuk ke tasik dengan kaedah mudik ke hulu dan meragaih permatang jalan setebal 300 meter dengan keadaan tercungap-cungap keletihan. 

Penjelasan KFA berkenaan venue pertandingan pusingan ke-2 Piala FA

Keratan FB yang berlegar ketika ini
Persatuan Bolasepak Kedah - KFA -

Sedikit pencerahan berkenaan venue pertandingan pusingan ke-2 Piala FA antara KEDAH FA vs JOHOR DARUL TAKZIM FC pada 26hb Februari ini.

Spekulasi berkenaan venue pertandingan menjadi perbualan hangat peminat-peminat bolasepak tempatan. Status quo ketika ini adalah venue pusingan kedua Piala FA mengikut peraturan pertandingan PIALA FA adalah Stadium Darul Aman. 

Selagi tiada pengumuman rasmi dari FAM jadi berpeganglah bahawa venue masih kekal di Stadium Darul Aman. Tiada sebarang kenyataan rasmi dari FAM berkenaan sebarang perubahan venue ketika ini.

Berita yang tidak rasmi sebelum ini diterima selepas perlawanan oleh persatuan berdasarkan maklumat semasa bahawa akan dimainkan di Larkin. Jika terdapat sebarang kekeliruan, maaf di pihak kami.

Pihak persatuan akan memaklumkan pengesahan rasmi venue untuk kali ke-2 pada Isnin ini paling awal untuk semua peminat hijaukuning bagi menjernihkan suasana bolasepak hijaukuning 'PULUN KEDAH PULUN' dan suasana bolasepak Johor 'LUASKAN KUASAMU".

Apapun demi bolasepak, doakan yang terbaik untuk pasukan hijaukuning!

Alhamdulillah...Akhirnya Nasa digugurkan dari Majlis Syura Ulamak PAS


 
Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...