TERKINI :

Saturday, January 26, 2013

Siaran Langsung bersama TG Nik Aziz & Ust Azizan Razak

Orang ramai sdg berpusu pusu masuk ke pelancaran markaz besar pilihanraya umum 13, di kompleks PAS Kedah yang akan dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat







Kerajaan Malaysia telah MENGHALALKAN HINDRAF semula...

K'jaan tarik balik pengharaman Hindraf

Selepas lebih empat tahun selepas diharamkan, kerajaan menarik pengharaman ke atas Hindraf.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam mesej teks berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada pertubuhan itu melalui surat bertarikh semalam dari Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut kerana sedang berada di United Kingdom.

Hindraf telah diharamkan pada 15 Oktober 2008 oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kerajaan pada masa itu menyifatkan Hindraf sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara serta keharmonian kaum.

Hindraf mendapat perhatian selepas berjaya menggerakkan lebih 30,000 orang turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November 2007 bagi memperjuangkan nasib masyarakat India yang didakwa terpinggir di Malaysia.

Hindraf juga dianggap telah menjejaskan teruk prestasi BN pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan sokongan kaum India untuk parti pemerintah merosot dengan mendadak.

BN gagal mengekalkan prestasi penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat sejak penubuhannya pada 1973.

Nampaknya Pemimpin di PUTRAJAYA akan jadi KAFIR sebab benarkan pihak lain guna KALIMAH ALLAH !!!


Jika berdasarkan pekeliling yang Putrajaya keluarkan dan apa yang dikatakan oleh mufti Perak ini nampaknya Pimpinan di PUTRAJAYA kena bertaubat dan mengucap 2 kalimah semula sebab berdasarkan dari apa yang dikatakan oleh mufti perak ini merekalah yang membenarkan KALIMAH ALLAH ini di gunakan dalam bible di SABAH SERAWAK sana...


Kesian Kak Jat sekali buka mulut terus kena LEMBU di fb....!


Anwar... "itu hak Dr Mahathir untuk berkempen bantu BN"




Anwar tidak risau kempen aktif Dr Mahathir


SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesejahteraan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dilihat kembali aktif di pentas politik dalam usahanya membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Putrajaya.

"Itu hak dia. Walaupun dia bekas perdana menteri, doakan dia sihat. Dia bantu kempen, tak apa," katanya ketika ditanya sama ada faktor tersebut akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Anwar telah dipecat oleh Dr Mahathir sebagai Timbalannya pada 1998 atas dua alasan iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dan menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan sembilan tahun bagi kes liwat pada 2000. Bagaimanapun beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada tuduhan liwat pada 2004.

Pada tahun lalu, Anwar sekali lagi dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Karier politik Anwar bersimpang-siur selepas beliau dipecat dari kerajaan. Beliau dikecam dengan pelbagai tuduhan dan gelaran termasuk agen Yahudi.

Anwar tampil sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia selepas PRU 2008 apabila berjaya menyatukan Pas, PKR dan DAP untuk menentang BN.

Ketika itulah BN berdepan sejarah pahitnya apabila kemenangan majoriti dua pertiga selama ini gagal dipertahankan.

Jika rakyat nak menikmati apa yang BN tangguhkan ini...maka pangkahlah BN..!


Pemimpin beri IC FREE... Rakyat pulak jual rakyat....


Gua masing tak dapat bayang apa yang ada dalam hati rakyat Malaysia yang 26 juta... Sampai ada golongan yang mencari keuntungan dengan menjual bayi bayi yang tak berdosa ini...

Pemimpin dok lelong ic free pada warga asing... Manakala rakyat sendiri dok menjual rakyatnya pada org luar....lst apa yang tinggai dalam negara....

Apakah begini yang dikatakan Malaysia sebuah nagara yang aman makmur dan harmoni ini..?

Jangan lupa malam nanti bersama TG NIK AZIZ di KOMPLEK PAS KEDAH BT 9


Akhirnya hajat Kedah bertemu team 'Real Madrid Malaysia' telah tertunai...tunggu di bumi Darulaman....!!

BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (45) Sabtu, 26.1.2013 Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN

KERJA KERAS MENGULANGKAJI PERMAINAN LAWAN SERTA MENG

ATUR STRATEGI TERBAIK BERJAYA MENGHASILKAN KEMENANGAN

Menurut ketua jurulatih pasukan Kedah, Mario Tot, kerja keras mengulangkaji rakaman permainan NS Betaria FC dan mengatur strategi yang betul serta perlaksanaan sempurna oleh kesemua pemain yang beraksi membuahkan hasil kemenangan 3-0 di Stadium Darulaman semalam.

Katanya, dia dan pembantunya Antonio Sisic terpaksa mengulangkaji rakaman permainan NS Betaria FC selama tiga hari dan mengatur corak permainan terbaik untuk mengatasi mereka, hanya pelaksanaan terbaik daripada kesemua pemain memastikan mereka layak ke peringkat seterusnya.

“Kini apa yang saya hajatkan sudah tercapai apabila pasukan Kedah bertemu Johor Darul Takzim FC pada peringkat seterusnya pada pertandingan Piala FA musim ini, kemenangan mengatasi lawan kita semalam pasti akan dapat meningkatkan lagi keyakinan pemain saya.

“Saya juga turut lega kerana akhirnya setelah melalui lima perlawanan Chayene Santos berjaya menamatkan kebuntuan menjaringkan gol dengan merobek gawang lawan menerusi tendangan penalti pada minit ke-47.

Anwar - Asalkan menang dah Alhamdulillah....


Anwar: 'Asalkan menang alhamdulillah



SHAH ALAM - Meskipun pelbagai pihak meramalkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, masing-masing berhadapan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perikatan itu akan menang dengan agak selesa.

Walaupun tidak membuat kiraan jumlah kerusi yang akan dimenangi, Anwar optimis jika pembangkang menang, ia bukan dengan majoriti terlalu mudah.

"Saya tak buat kiraan ikut kerusi. Asalkan menang Alhamdulillah. Tak terlalu tipis. Insya-ALLAH," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di pejabatnya baru-baru ini.

Selain penganalisis politik yang membuat pelbagai ramalan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebelum ini berkata, mana-mana parti yang menang dalam pilihan raya kali ini, kemenangan itu hanyalah dengan majoriti mudah.

Beliau menyanggah sama sekali keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN akan menang dengan majoriti dua pertiga jika tiada unsur sabotaj dalam parti itu.

"Kalau Pakatan Rakyat menang pun, kita tidak akan dapat majoriti dua pertiga. Tak akan ada mana-mana pihak yang akan mendapat kemenangan majoriti dua pertiga," ujar Mustafa.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir baru-baru ini dalam program Bicara Minda anjuran Kumpulan Media Karangkraf berkata, BN dikira tewas sekiranya gagal memperoleh kemenangan dua pertiga dalam RRU13 sepertimana 2008.

Artikel Berkaitan

Anifah Aman di kejar semula oleh Anwar berkaitan saman RM100juta

Mahkamah hidupkan semula kes saman Anwar ke atas Menteri Luar


25 Januari 2013 PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menghidupkan semula kes saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Panel hakim tiga anggota dipengerusikan Datuk Ramly Ali sebulat suara membenarkan rayuan Anwar bagi menghidupkan semula saman sivil beliau terhadap Anifah atas kapasiti peribadi menteri itu.

Kes itu juga diperintahkan dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan di hadapan hakim yang lain.

Panel yang turut dianggotai Datuk Anantham Kasinater dan Datuk David Wong Dak Wah, bagaimanapun menolak dengan kos rayuan Anwar untuk menghidupkan semula samannya terhadap Anifah atas kapasiti rasmi beliau sebagai Menteri Luar dan kerajaan Malaysia.

Pada 5 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk membatalkan saman Anwar terhadap mereka berhubung tuduhan yang didakwa dibuat menteri itu pada Mei 2010 semasa sidang akhbar di Jabatan Negara di Washington.

Adakah PR Kedah akan tumbang di sebabkan "over confident"..??

PRU13: Pakatan bernasib malang di Kedah?
oleh Ahmad Lutfi Othman

ustaz azizan
Semasa banyak pihak bercakap tentang kemungkinan besar Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya dalam PRU13, seorang veteran politik yang berpengalaman luas sejak 50 tahun lalu mengingatkan saya agar tidak terlalu "overconfident".

"Tak takut ke Lutfi?" tanyanya. "Takut apa pula?" balas saya, memang tidak dapat memahami maksud sebenar pertanyaannya.

Sebelum itu kami bersembang panjang tentang peluang, potensi dan cabaran Pakatan, khususnya PAS, berdepan dengan bermacam-macam taktik jahat Umno-BN. Jelas dia risau dengan persiapan pembangkang; baginya, masih longgar.

Kebetulan, jalur pemikirannya agak selari dengan tema yang selalu saya bangkitkan dalam tulisan, agar aktivis Pakatan lebih berhati-hati dan tidak "syok sendiri. AJK PAS Pusat, Khalid Samad semasa wacana buku "Detik Utopia" juga menyebut kekhuatiran saya terhadap kesepaduan dan kemantapan Pakatan, terutama di peringkat atas.

Dalang menyediakan 40,000 IC biru kepada pendatang haram wajib di tangkap..!!

Najib, AG guna RCI Sabah untuk benam kebenaran?

azlanAdakah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah satu rancangan tersembunyi dan sandiwara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Gani Patail?

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membangkitkan persoalan itu dan bertanya apakah kedua mereka itu cuba membenamkan perkara sebenar berkaitan masalah pendatang asing yang diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi?

Beliau menjelaskan bahawa tidak satu pun daripada lapan terma rujukan RCI menjuruskan untuk mengenalpasti pihak yang didakwa bertanggungjawab terhadap pengkhianatan kepada negara atau untuk RCI mengesyorkan tindakan terhadap mereka yang terlibat.

"Najib dan Gani seolah mempunyai niat bersama untuk melindungi dalang dan pengkhianat sebenar yang terlibat dalam Operasi Durian Buruk di antara tahun 1992 dan 1995 seperti yang didedahkan oleh salah seorang saksi RCI Sabah Mohd Nasir Sugip.

"Proses untuk mengeluarkan satu sahaja sijil kerakyatan palsu pun, adalah merupakan perbuatan jenayah terancang yang melibatkan penipuan, pemalsuan dan salahguna kuasa membabitkan beberapa pihak.

Isu ganas Perkasa membunuh harapan BN

oleh Aspan Alias


Saya mempunyai pendapat yang akhirnya Dr Mahathir dan Perkasa lah menjadi penyebab lunturnya sokongan rakyat terhadap BN khususnya UMNO. Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjawab persoalan yang dikemukakan kepada saya kenapa saya tidak pernah memberikan komen terhadap Perkasa sedangkan Perkasa itu bukannya NGO yang sejati tetapi ia merupakan cabang UMNO pada hakikatnya. Ia sesungguhnya badan politik yang aktif.

Sekarang ini ternyata yang Perkasa itu sedang memainkan isu keagamaan pula dengan seruan untuk membakar kitab Bible yang berbahasa Melayu yang menggunakan nama Allah. Perkasa membuat tuduhan yang pihak kristian telah mengedarkan kitab bible kepada murid-murid sekolah dan ini merupakan tuduhan yang bersifat jauh dari kebenarannya. Tetapi permainan politik pertubuhan itu menyebabkan Perkasa telah begitu di benci oleh orang ramai dan ia sekali gus meruntuhkan saki-baki kuasa dan sokongan rakyat terhadap UMNO itu.

Penaung Perkasa, Dr Mahathir juga akhir-akhir ini tidak lagi bersifat sebagai seorang negarawan dan masih bermain api dalam politik negara. Tindakan beliau memalitkan nama baik Tunku Abdul Rahman yang sudah lama meninggalkan kita merupakan satu tindakan Mahathir yang agak keterlaluan dan tidak dapat di terima oleh rakyat yang berterima kasih diatas pengorbanan beliau menyudahkan usaha tuntutan kemerdekaan negara kita dahulu.

Beginikah caranya Umno ‘menguatkan’ Islam?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

BN sangat bergantung kepada pengundi yang malas berfikir atau kurang daya berfikir untuk mengekalkan sokongan. Golongan ini hampir tidak menyedari bahawa setiap isu yang disensasikan media Umno/BN sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan kepentingan Islam atau Melayu. Mereka memberi reaksi spontan terhadap isu rasis yang dimainkan BN serta terus hanyut dengan propagandanya.

Apabila media Umno/BN mendedahkan cerita propaganda kononnya 10 ribu Bible berbahasa Melayu menggunakan kalimah Allah sedang diedarkan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, golongan kurang daya fikir ini akan menelan bulat-bulat dan meyakininya macam orang beriman percayakan kitab Al-Quran. Rentetan itu muncullah reaksi pelbagai yang menggambarkan kerisauan tidak berasas terhadap isu ciptaan itu.

Kononnya juga baru-baru ini terdapat cubaan mengedar Bible kepada pelajar Islam di Pulau Pinang. Gambar dua lelaki sedang mengedarkan Bible disebarkan di alam maya. Orang kurang daya fikir akan segera berkata, “Betullah macam dihebahkan, puak Kristian ni memang kurang ajar, sengaja nak cabar kesabaran umat Islam.”

Manakala golongan berfikir sudah nampak itu adalah rentetan propaganda Umno BN untuk kononnya mengesahkan apa yang menjadi kekhuatiran mereka. Mereka percaya mengedar Bible itu cuma pelakon, di mana pengarahnya ialah pihak yang terdesak untuk mendapat undi Melayu/Islam melalui sentimen rasisme.

Taib Azamudeen stabil selepas kena angin ahmar

GEORGETOWN: Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuden Mohd Taib kini berada dalam keadaan setabil selepas rebah diserang angin ahmar ketika hendak solat Dhuha semalam.

Beliau kini dirawat di salah sebuah hospital swasta di Pulau Pinang sejak semalam (23 Januari) kerana terkena angin akmar di kediamannya di Baling, Kedah.

Menurut anaknya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi, ayahnya tiba-tiba rebah ketika hendak menunaikan sembahyang sunat Dhuha kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Kini beliau dimasukan ke tingkat  1, Wad CCU di Hospital Swasta berkenaan. Namun keadaanya agak stabil.

"Keadaan ayah saya tidak sangat membimbangkan.  Dia perlu rehat buat sementara bagi memulihkan keadaan darah tingginya.  Insyaallah pakat- pakat berdoalah agar keadaanya pulih kembali, " ujarnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...