TERKINI :

Friday, January 25, 2013

Penjawat Awam - jangan anda selindung kerja jahat BOS anda...!!

Penjawat awam bantu PR
SAIFULLAH AHMAD
25 Januari 2013
IPOH -  Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan ada segelintir penjawat awam negeri Perak membantu mereka mendapatkan beberapa dokumen untuk didedahkan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, penyaluran beberapa maklumat dan dokumen kepada pemimpin PR menunjukkan penjawat awam sudah hilang kepercayaan kepada Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, segala maklumat yang didedahkan berkaitan pemberian tanah dan konsesi adalah benar dan bukan rekaan semata-mata.

“Maklumat yang diterima sahih kerana ia diterima daripada penjawat awam yang ada sekarang ini berikutan hubungan kami baik dengan mereka semasa 11 bulan lalu dan mereka juga menghormati PR.

“Merekalah orang dalam yang memberikan maklumat kepada kami. Kerana mereka bersimpati kepada rakyat dan mereka tahu kami ada wibawa untuk mendedahkannya,” katanya ketika menjadi panel Debat Darul Ridzuan, di sini, kelmarin.

Konflik Umno Johor, rakyat perlu buka mata

KUALA LUMPUR: Rakyat Johor diseru menilai sendiri berhubung konflik dalaman yang melanda Umno negeri itu demi masa depan mereka.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pergeseran dalaman Umno di Johor itu diperingkat kronik termasuk hilang kepercayaan kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman itu sendiri.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, sebahagian besar cawangan parti di Pasir Gudang menutup bilik gerakan kerana kecewa dengan tindakan Abdul Ghani yang masih belum memberi hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Laporan berkenaan memetik kenyataan pegerusi tetap Umno bahagian tersebut, Abu Bakar Alibi yang mendakwa lima bilik gerakan ditutup dan empat lagi dijangka mengambil tindakan sama menjelang pilihan raya.

"Kegagalan Abdul Ghani dalam mempertahankan kampung-kampung melayu dan juga tanah menyebabkan orang-orang Melayu di sana akan kehilangan tanah mereka.

"Kampung-kampung Melayu juga semakin terpinggir apabila kerajaan negeri gagal memberi jamin untuk mempertahankan hak mereka, apabila Umno lebih mementingkan pembangunan dari menjamin hak orang Melayu terutama dalam isu tanah," kata Salahudin.

Lebih ramai 'pengundi hantu' dapat surat Najib

NONELebih banyak kontroversi menyelubungi surat ucapan tahun baru dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas pembangkang menerima satu lagi aduan mengenai berpuluh surat tersebut dihantar kepada orang yang tidak dikenali di sebuah rumah di Petaling Jaya.

ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh (kiri dalam gambar) yang juga menjaga kawasan pilihan raya Bukit Gasing berikutan kematian wakil raknyat, berkata aduan terbaru itu datangnya dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.

"Pemilik rumah tersebut telah menerima 28 surat daripada BN, tetapi dia tak kenal pun mereka," katanya dalam sidang akhbar bersama ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Kasthuri Patto, iaitu setiausaha politik kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Hannah berkata carian pada daftar pemilih menunjukkan terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali yang didaftarkan di alamat tersebut.

Malaysia tayang filem yang diban kerana hina Islam


KUALA LUMPUR: Ketika Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem Tamil, Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana didakwa menghina komuniti Islam di sana, rakyat Malaysia bebas menonton filem itu.

Ekoran itu, sebuah NGO dari komuniti India Muslim akan membuat laporan polis bagi membantah tayangan filem ini.

Menurut mereka, selain Madras, filem ini telah di halang untuk tayangan di Singapura, Srilanka dan UAE tetapi di Malaysia kini sedang ditayangkan di seluruh negara.

Antaranya di GSC Midvalley, tempat tumpuan anak muda untuk menonton filem.

Filem Tamil ini didakwa mengandungi penghinaan terhadap Islam khasnya komuniti Islam di India.

"Esok (hari ini) kami NGO India Muslim akan membuat laporan polis terhadap penghinaan ini dan untuk menghentikan dgn segera filem ini," kata satu kenyataan.

Mahkamah Tinggi Madras telah menggantung penayangan filem ini sehingga 28 Januari ini.

Mahkamah akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum keputusan dibuat.

Awie boleh tanya..Apa Salah Buka Kelab Malam..?... Hangpa Jawab sat boleh tak...!!!

Hoii...!! Apa salahnya gua bukak kelab malam?
Gua dapat lesen yang sah maa... lu semua poyoooooooo...

Selebriti terkenal, Awie sedang bertanya neh...
Ada sesapa yang boleh tolong jawabkan...??

Kenapa PAS dayus biarkan NASA & HAFIZ NORDIN memporak perandakan jemaah..!!

Perwakilan pilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden bukan suruh jadi patung...

Takkan Lajnah Politik nak tunggu Ust Nasha beraksi lebih hebat lagi ala 'si anjing Umno' kot baru nak ambil tindakan. Dayus sangat ka PAS ni?

mStar melaporkan:
PETALING JAYA: Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin adalah di luar pengetahuan PAS.

Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia. - mStar
Bab taktau dan takdak maklumat tu satu isu, tapi takkan lepas dah tau pun masih jugak nak buat macam taktau apa-apa jugak kut.

Syeikh Ghazali dipilih Tokoh Pendakwah Negeri Kedah


PADANG TERAP 24 Jan. - Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Datuk Syeikh Ghazali Yaacob, 75, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Kedah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Tunku Temenggung Kedah, Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Syeikh Ghazali yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tandop pernah menjawat jawatan sebagai guru dan Imam Masjid Ar-Rafeah, Taman Uda pada tahun 1986 hingga 2008.

Beliau dilantik memegang jawatan sebagai Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah pada tahun 1998 hingga sekarang dan bergiat aktif dalam bidang dakwah di negeri Kedah dengan menyampaikan ceramah serta menghasilkan risalah-risalah tentang agama Islam.

Anak muda penentu PR ke Putrajaya- Dr Abu Hassan

(Oleh: Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 24 Januari: Golongan muda akan menjadi penentu kejayaan Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya, kata Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Beliau berkata, meskipun tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 belum diumumkan, namun momentum sokongan golongan muda pada masa ini lebih menyebelahi PR.

“Banyak isu yang berlegar berkaitan dengan anak muda menjadi topik hangat, daripada tuntutan pendidikan percuma, hapus PTPTN dan AUKU. Oleh sebab itu PR dilihat dekat dengan mereka.

“Golongan ini sebenarnya akan memberikan kesan memandangkan mereka tidak mengundi berdasarkan kepopularan, sebaliknya mekanisme ditawarkan untuk memberi kesenangan kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Piala FA - Malam ini Kedah berentap dengan NS Betaria FC di Darulaman

BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (41) Jumaat, 25.1.2013
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN
Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN

BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (41) Jumaat, 25.1.2013
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN
Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN

PREVIU KEDAH BERTEMU NS BETARIA FC PADA PERTANDINGAN PIALA FA DI STADIUM DARULAMAN MALAM INI

Musuh Kedah yang akan menjadi penghalang bagi mereka mencapai kemenangan mudah di Stadium Darulaman malam ini ketika bertemu NS Betaria FC pada pertandingan Piala FA adalah diri mereka sendiri bukan lawan mereka.

Kedah sepatutnya tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengenepikan cabaran NS Betaria FC tetapi sifat mengambil mudah yang kemungkinan besar akan menguasai barisan pemain Pasukan Hijau Kuning setelah membenam Sabah di Kota Kinabalu Isnin lalu takut akan menjadi penghalang pada hasrat mereka meraih kemenangan.

Di atas kertas Kedah memang lebih jauh mantap dan konsisten prestasinya  pada lima perlawanan Liga Perdana musim ini tetapi di atas padang apa sahaja boleh berlaku kerana terlalu yakin kerap kali pasukan pilihan menjadi mangsa karenah diri sendiri.

Selepas tamat latihan di Stadium Darulaman petang semalam ketua jurulatih Mario Tot tidak bercakap panjang lebar mengenai lawan mereka esok (malam ini) , beliau hanya memberi tahu anak buahnya perlu berada pada tahap terbaik dari segi mental mereka kerana keletihan pada keadaan mental bererti letihlah seluruh anggota mereka tetapi cergas mental untuk menghadapi lawan mereka bererti cergaslah keseluruhan anggota badan mereka.

Kesemua pemain perlu merenungi kata-kata daripada Tot  kerana apa yang di sampaikan adalah benar dan juga menjadi faktor utama yang akan membantu mereka melepasi pusingan pertama Piala FA musim ini.

Baddrol yang diketepikan oleh Tot pada perlawanan kerana kecederaan juga nampaknya akan berada dalam kesebelasan utama memulakan perlawanan esok (malam ini) dan ini adalah berita baik untuk pasukan Kedah dan ribuan peminat yang pasti akan memenuhi setiap ruang Stadium Darulaman bagi menyaksikan kehebatan pasukan kesayangan mereka.
END.
#iamhijaukuning
© Media KFA
PREVIU KEDAH BERTEMU NS BETARIA FC PADA PERTANDINGAN 
PIALA FA DI STADIUM DARULAMAN MALAM INI

Musuh Kedah yang akan menjadi penghalang bagi mereka mencapai kemenangan mudah di Stadium Darulaman malam ini ketika bertemu NS Betaria FC pada pertandingan Piala FA adalah diri mereka sendiri bukan lawan mereka.

Kedah sepatutnya tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengenepikan cabaran NS Betaria FC tetapi sifat mengambil mudah yang kemungkinan besar akan menguasai barisan pemain Pasukan Hijau Kuning setelah membenam Sabah di Kota Kinabalu Isnin lalu takut akan menjadi penghalang pada hasrat mereka meraih kemenangan.

Di atas kertas Kedah memang lebih jauh mantap dan konsisten prestasinya pada lima perlawanan Liga Perdana musim ini tetapi di atas padang apa sahaja boleh berlaku kerana terlalu yakin kerap kali pasukan pilihan menjadi mangsa karenah diri sendiri.

Piala FA bermula...masa membuktikan kewibawaan kita sebenar....

BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (39) Khamis, 24.1.2013
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN
Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN


PIALA FA ADALAH MEDAN UNTUK MEMBUKTIKAN KEWIBAWAAN SEBENAR KITA
BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (39) Khamis, 24.1.2013
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN 
Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN


PIALA FA ADALAH MEDAN UNTUK MEMBUKTIKAN KEWIBAWAAN SEBENAR KITA

Menurut ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar medan Piala FA adalah pertandingan terbaik untuk membuktikan kewibawaan sebenar mereka dengan kehadiran pasukan-pasukan dari Liga Super dan juga Pertandingan FAM.

Katanya, matlamat utama beliau dan rakan sepasukan lain ialah mengatasi cabaran NS Betaria FC pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Darulaman malam esok dan kejayaan mereka berjaya melayakkan diri sehingga ke perlawanan separuh akhir pada pertandingan Piala FA musim lalu menjadi cabaran utama kepada mereka.

“Saya tidak sabar untuk bersama rakan sepasukan lain ketika mereka berdepan NS Betaria FC pada perlawanan Piala FA esok kerana menjadi penonton ketika rakan beraksi di Sabah memang sesuatu yang begitu menyakitkan dan membuat kaki saya gatal untuk beraksi semula.

“Kini saya hanya berdoa agar Mario Tot akan dapat menamakan saya dalam kesebelasan utamanya pada perlawanan esok, kalau saya dapat menjalani latihan seperti biasa di Stadium Darulaman petang ini, saya memang sudah tidak sabar untuk beraksi semula.

“Kami mengetahui bukanlah sesuatu yang mudah untuk kami melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA musim ini setelah di undi berada dalam kumpulan kuat seperti Johor Darul Takzim FC, Selangor, Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kalau dapat melepasi kesemua halangan ini bermakna pasukan Kedah akan di segani oleh kesemua lawan dalam pertandingan Liga Malaysia musim ini,” kata Baddrol.

Katanya, musim lalu Sime Darby FC berjaya ke perlawanan akhir dan kalah kepada Kelantan 1-0 walaupun mereka beraksi dalam Liga Perdana musim lalu dan ini adalah cabaran kepada kesemua pasukan dari liga bahagian rendah untuk dijadikan pembakar semangat mereka.

“Pasukan Kedah yang beraksi pada Liga Perdana musim 1992 telah berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan rekod cemerlang ini sepatutnya menjadi pencabar utama kepada kesemua pemain Pasukan Hijau Kuning musim ini khususnya bermula pada pertandingan Piala FA musim ini.

“Di atas kertas memang kita memiliki kemampuan untuk menjinakkan NS Betaria FC tetapi di atas padang lain pula ceritanya kerana kejayaan terletak pada prestasi barisan pemain yang beraksi esok, kalau dapat mengekalkan permainan yang di pamerkan ketika beraksi di Sabah Isnin lalu tidak ada sebab mengapa kita tidak mampu mencatatkan kemenangan.

“Kini kesemua pemain memang bersemangat tinggi dan kehadiran ribuan peminat setia dalam Stadium Darulaman malam esok pasti akan dapat meningkatkan lagi prestasi demi mencari kemenangan bertemu lawan yang berjaya mengatasi KL SPA FC pada perlawanan Liga Perdana lalu walaupun ketinggalan dua jaringan pada awal perlawanan,” kata Baddrol.

Katanya, kesemua pemain dan juga pihak pengurusan tidak pernah memandang rendah kemampuan  mana-mana pasukan yang ditemui kerana mereka beranggapan lawan mereka mampu mengatasi mereka seperti mana mereka mampu melakukannya ke atas lawan.

END.
#iamhijaukuning
© Media KFAMenurut ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar medan Piala FA adalah pertandingan terbaik untuk membuktikan kewibawaan sebenar mereka dengan kehadiran pasukan-pasukan dari Liga Super dan juga Pertandingan FAM.

Katanya, matlamat utama beliau dan rakan sepasukan lain ialah mengatasi cabaran NS Betaria FC pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Darulaman malam esok dan kejayaan mereka berjaya melayakkan diri sehingga ke perlawanan separuh akhir pada pertandingan Piala FA musim lalu menjadi cabaran utama kepada mereka.

“Saya tidak sabar untuk bersama rakan sepasukan lain ketika mereka berdepan NS Betaria FC pada perlawanan Piala FA esok kerana menjadi penonton ketika rakan beraksi di Sabah memang sesuatu yang begitu menyakitkan dan membuat kaki saya gatal untuk beraksi semula.

“Kini saya hanya berdoa agar Mario Tot akan dapat menamakan saya dalam kesebelasan utamanya pada perlawanan esok, kalau saya dapat menjalani latihan seperti biasa di Stadium Darulaman petang ini, saya memang sudah tidak sabar untuk beraksi semula.

Bola Kedah - Tuan Pengurus dengan Nyok Pandan..!!!

BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (40) Jumaat, 25.1.2013
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN
BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (40) Jumaat, 25.1.2013
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN
Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN

PENGURUS YANG PATUT DI TELADANI OLEH SEMUA PENGURUS PASUKAN LAIN

Keprihatinan pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low Hang Chow patut di teladani oleh semua pengurus pasukan pada Liga Malaysia musim ini kerana beliau sanggup mengutip kelapa Pandan muda dari laman rumahnya dan membawa sendiri bagi dinikmati oleh barisan pemainnya setelah menjalani latihan di Stadium Darulaman petang semalam.

Datuk Jeffrey tidak segan dan malu untuk membawa kelapa muda itu dari rumahnya yang terletak lima kilometer dari stadium dan memunggahnya sendiri dari kereta ke dalam stadium dan di letakkannya dalam longgokan ais bagi dinikmati dalam keadan sejuk oleh anak buahnya.

Beliau juga turut membawa sebilah parang untuk membelah kelapa muda kalau pemain mahu merasakan isi kelapa pandannya dari pokok yang di tanam oleh beliau sendiri.

Para pemain sejurus selepas tamat latihan tidak mensia-siakan masa dengan terus mendapatkan kelapa muda itu untuk melegakan rasa dahaga setelah menjalani latihan selama satu  jam setengah sebelum itu.

Suasana yang dapat di lihat oleh peminat setia pasukan yang berada di stadium serta penulis sendiri ialah betapa akrab hubungan di antara pemain dengan pengurus mereka dan inilah juga menjadi punca utama mengapa Kedah kini berada di tangga kedua Liga Perdana ketika ini.

END.
#iamhijaukuning
© Media KFA
 Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN

PENGURUS YANG PATUT DI TELADANI OLEH SEMUA PENGURUS PASUKAN LAIN

Keprihatinan pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low Hang Chow patut di teladani oleh semua pengurus pasukan pada Liga Malaysia musim ini kerana beliau sanggup mengutip kelapa Pandan muda dari laman rumahnya dan membawa sendiri bagi dinikmati oleh barisan pemainnya setelah menjalani latihan di Stadium Darulaman petang semalam.

Datuk Jeffrey tidak segan dan malu untuk membawa kelapa muda itu dari rumahnya yang terletak lima kilometer dari stadium dan memunggahnya sendiri dari kereta ke dalam stadium dan di letakkannya dalam longgokan ais bagi dinikmati dalam keadan sejuk oleh anak buahnya.

Angkara mengantuk ketika memandu...!!!

Maut angkara pemandu mengantuk
Wartawan Sinar Harian
24 Januari 2013
Keadaan motosikal ditunggangi Kaharudin yang dilanggar.
Keadaan motosikal ditunggangi Kaharudin yang dilanggar.
 
BALING - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 49 Jalan Kulim-Baling, kira-kira jam 8 pagi, di sini, semalam.

Mangsa, Kaharudin Muhammed, 39, dari Taman Kenari, Kulim, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa dalam perjalanan dari arah Kulim ke Baling sebelum dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit dipercayai mengantuk apabila memasuki lorong bertentangan sehingga merempuh motosikal mangsa.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...