TERKINI :

Thursday, January 24, 2013

Najib, Satu-Satunya PM Yang Takut Dengan Pilihanraya

Oleh Shahbudin Husin

Ambo nak umum dah, itulah ayat terbaru yang dilafazkan Najib mengenai tarikh PRU 13. Sebelum ini, sudah beberapa kali beliau cuba memberi bayangan tentang tarikh pilihanraya akan diadakan. Pihak pembangkang pula cuba meneka beberapa tarikh yang difikirkan logik untuk Najib membubarkan Parlimen.

Tetapi semua tekaan dan ramalan itu tidak menjadi kenyataan.

Apabila beberapa hari lepas, Najib sekali lagi membayangkan tentang tarikh pilihanraya, rakyat sebenarnya tidak lagi teruja. Jauh sekali merasa suspen dan terkejut.

Tarikh piliharaya kali ini bagi rakyat sudah jadi anti klimaks. Tiada sesiapa pun yang stim dengan bayangan tarikh pilihanraya yang disebutkan Najib itu.

Ini kerana inilah kali pertama sejak Allah SWT menciptakan pilihanraya untuk Malaysia, ia diadakan di penghujung tempoh atau akhirnya mungkin terbubar dengan sendirinya. Sebelum ini pilihanraya biasanya diadakan dalam tempoh tiga tahun lebih selepas pilihanraya sebelumnya atau sekurang-kurangnya setahun lagi sebelum tempohnya berakhir.

MTUC pulak kecam Chua Soi Lek....!!!

Chua hanya pentingkan golongan atasan, kata MTUC

 Chua berkata MCA akan memberi sokongan penuh kepada para majikan dan pengusaha yang menerima kesan akibat kelewatan berkenaan. – Gambar fail

KUALA LUMPUR, 24 Jan—Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam satu kenyataan mengecam Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mempertikaikan pindaan gaji minimum yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor mendakwa sikap Chua tersebut menunjukkan dengan jelas pemimpin MCA tersebut terpaksa mengikut cakap bos mereka yang terdiri daripada orang atasan.

“MCA sebagai wakil kepada yang kaya mempunyai pilihan terhad dan terpaksa lantang untuk memenuhi permintaan bos dalam indsutri.

“Sudah difahami Chua tidak ambil kisah terhadap keperluan pekerja yang bersusah-payah setiap hari dengan gaji serendah RM500 sebulan,” kata Abdul Halim.

Abdul Halim menyifatkan tindakan Chua yang memberikan kata putus kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramanian bukan mengejutkan dan menasihatkan presiden MCA tersebut untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan perkara yang dibangkitkannya itu.

“MTUC menggesa Putrajaya tidak berpatah balik dengan keputusan mereka sebelum ini.

“Dr Chua wajar bertemu dengan Perdana Menteri memandangkan Rang Gaji Minimum telah diluluskan dalam mesyuarat Menteri Kabinet yang juga diwakili oleh MCA,” tambah beliau lagi.

Forom : Ke Mana Arah Melayu & Islam Selepas PRU 13 [1] [YB Shahidan Kassim / Dr Mazslee / Dr Mujahid]


Part 1 - manakala Part 2 akan menyusul kemudian

Najib lawat Gaza untuk tujuan politik, raih undi Melayu

(Oleh: Aisha Geofrey)

KUALA LUMPUR 23 Jan: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhd Nur Manuty berkata, lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza bertujuan meraih undi orang Melayu dalam Pilihanraya Umum (PRU-13).
 
“Ia  sekadar memberi bayangan kononnya Umno bersama Palestin, sedangkan selama ini mereka pasif berhubung isu Hamas,” kata Muhd Nur ketika dihubungi Keadilan Daily.

Dalam kunjungan 22 Januari lalu, Najib bertemu perdana menteri Hamas, Ismail Haniyeh dan menawarkan bantuan dalam usaha perdamaian antara Hamas dan Fatah ke arah penyatuan rakyat Palestin.

“Usaha penyatuan antara Hamas dan Fatah adalah hasil peranan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi, yang sememangnya punya wibawa dan telah lama menyatakan hasrat untuk penyatuan tersebut,”

Stesen KTM Alor Setar dipindah ke tempat baru

24 Januari 2013
ALOR SETAR - Operasi stesen kereta api Alor Setar di Jalan Stesen Keretapi di sini akan diberhentikan mulai pukul 12 tengah malam 29 Januari.
  
Sehubungan itu, semua operasi stesen keretapi itu akan dipindahkan ke stesen kereta api sementara di Jalan Tanjung Bendahara, iaitu berhadapan stesen lama itu, mulai pagi 29 Januari.
  
Penutupan stesen itu adalah untuk memberi laluan kepada pembinaan projek Landasan Berkembar Eletrik Ipoh-Padang Besar, kata kenyataan MMC Gamuda JV Sdn Bhd, syarikat pemaju projek itu.
  
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan, aduan atau cadangan boleh menghubungi talian hotline 24 jam melalui talian 1-300-80-1999. - Bernama

Peraturan Baru SPR yang dikatakan TERBAIK kena kat depa..!!!


Kerajaan Negeri layan hangpa macam nie jee.. Itu la sokong lagi UMNO tuu sampai reput..!!!

'Mana rumah dijanjikan'
SITI NOOR SEPEE
24 Januari 2013
'Mana rumah dijanjikan'
Mohd Noh bersama isteri dan anaknya menunjukkan notis yang 
diterima supaya mengosongkan kediaman akibat gagal membayar tunggakan.
 
KANGKAR PULAI – Bekas penghuni rumah rakyat SEDC Tampoi, dekat sini menuntut janji  kerajaan negeri yang didakwa masih belum tertunai selepas penantian 12 tahun untuk memiliki kediaman sendiri di tapak sama.

Seorang pesara, Mohd Noh Osman, 69, mendakwa dalam perjanjian itu penduduk hanya perlu tinggal di rumah transit di  Rumah Pangsa Kangkar Pulai, sementara menunggu rumah teres kos rendah disiapkan.

Katanya, berdasarkan perjanjian secara lisan itu, penduduk perlu tinggal dirumah pangsa  dengan caj sewaan RM100 sebulan dalam tempoh tiga tahun iaitu bermula tahun 2001.

“Selepas semua penghuni setuju pindah tiada sebarang pampasan diberikan namun kami akur kerana pihak bertanggungjawab berjanji menggantikan kediaman baru secara percuma.

“Namun, kami dikejutkan dengan pembinaan projek kompleks sebuah agensi penguatkuasaan awam dan pusat membeli-belah, sedangkan mereka janji bina kediaman kami ditapak asal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

GAZA dah pie dah..Bila lagi MALAYSIA nak iktiraf HAMAS sebagai kerajaan yang sah Palestin..??

Pemuda Pas gesa iktiraf Hamas
Wartawan Sinar Harian
24 Januari 2013
Raja Ahmad Al-Hiss
Raja Ahmad Al- Hiss
 
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera mengiktiraf Pergerakan Islam Palestin (Hamas) sebagai sebuah organisasi Islam serta kerajaan Palestin yang sah di bumi Palestin.

Dalam kunjungan Najib ke Gaza kelmarin, beliau bertemu dengan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh yang mewakili kerajaan Hamas.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, kunjungan PM seharusnya diterjemah sebagai hubungan akrab antara Malaysia dengan Kerajaan Hamas.

Katanya, Hamas perlu dikeluarkan daripada rekod sebagai kumpulan pengganas antarabangsa dan Malaysia perlu membersihkan nama Hamas di pentas dunia.

Rupa-rupanya 118 projek Kerajaan Pusat telah di bekukan di Kelantan..!!


Merajuk pulak Ahli2 UMNO/BN Pasir Gudang ...jangan susahati PRU13 nanti pangkah UMNO lagik..!!!


Semuanya gara-gara janji 10 tahun lepas yang hingga kini masih tak ditepati oleh pemimpin Menteri Besar Johor sendiri..

Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.

Saham FGV - Ahmad Maslan dah pening harga jatuh..last bubuh taik atas PR..!!

Ahmad Maslan dakwa fitnah pengaruhi harga saham FGV

NONETimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ketidaktentuan harga saham Felda Global Venture (FGV) sedikit sebanyak berpunca daripada fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat.

Dakwanya lagi, kegagalan FGV juga sentiasa dinanti-nantikan Pakatan Rakyat yang didakwanya paling gembira sekiranya ia berlaku.

"Pembangkang tak suka FGV ini berjaya, dan fitnah-fitnah mereka ini sedikit sebanyak mempengaruhi sentimen pelabur.

"Mereka ini jahat sebenarnya," kata Ahmad sewaktu mengulas prestasi harga saham FGV mutakhir ini.

Saham FGV merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 pada 21 Januari lalu - jauh lebih rendah daripada harga tawarannya - semasa kemelesetan Indeks Komposit Kuala Lumpur paling besar dalam tempoh 16 bulan.

Ia merupakan trend penurunan kedua sejak 27 Disember, semenjak penurunan pertama direkodkan di paras RM4.50 pada minggu pertama Disember lalu.

Kenapa UMNO Palestin marahkan UMNO Malaysia?


Kesian bila dilihat pencacai umno berbangga dengan lawatan najib ke gaza...hakikatnya pada pandangan pihak lain inilah lawatan untuk politikal millage najib untuk menyambung nyawa politik beliau di Malaysia...

Sedarlah semua ini lawatan gov to gov jadi tiada masalahnya kerajaan hamas di gaza hendak terima najib...tetapi lihatlah apa hujah pencacai umno seperti diatas...

Mereka sekadar berhujah namun tidak melihat akan reality sebenarnya....diman adakah HAMAS itu Malaysia dah iktiraf.... duta di Malaysia siapa wakil dia sekarang ini...? semua ini jika dilihat mungkin sebab itulah Umno Palestin tak suka kedatangan najib ke Gaza....

Jadi ada otak ada akal maka pakat-pakat pikiaq laa nooo....

Nukilan
Bang Mat Kola

Mat Basha pening..!


Betulkah bos rakyat tak suka dengan pembangkang.. Jika di kedah memang pon rakyat dah tolak dah hangpa jadi pembangkang.....

Gua hairan laa puak umno nie..jk tidak depa nie jk sebut bab duit kompom depa dulu yang terpanya....tapi mai nak bagi ngaji free pakat tak kelapaq pulak.....

Orang nak bagi pendidikan percuma dgn menawarkan biasiswa...bknnya dok kena bayaq setiap bulan dan dok luggok hutang macam skrg....

Ada otak ada akai pakai laa
Dok simpan buat apa?

PAS nie yang utama ahli dia ISLAM lepas tu MELAYU.. jadi dimana hilangnya KUASA MELAYU jika undi PAS..??

Pas dakwa Umno cetus kebimbangan Melayu
Wartawan Sinar Harian
23 Januari 2013
 Abu Bakar Hussain
Abu Bakar Hussain
 
IPOH – Pas Perak mendakwa Umno cuba mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang Melayu dengan menggunakan sentimen perkauman dalam agenda politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, Pas melihat Umno sedang mereka-reka cerita bahawa bangsa Melayu akan terancam disebabkan bangsa lain dalam usaha mengekalkan kuasa di negara ini.

Menurut beliau, apa yang dilalukan Umno merupakan sebahagian daripada strategi untuk mengukuhkan kedudukan di mata rakyat dengan memomokkan orang Melayu menggunakan politik perkauman.

“Umno telah menakut-nakutkan rakyat negara ini terutamanya orang Melayu. Tindakan mereka sebenarnya akan menggagalkan semangat perpaduan kaum di negara ini yang telah dipupuk sejak 56 tahun lalu,” katanya.

Walaupun Adun BN kondem pembinaan KUIN...namun akhirnya tersergam indah di Kuala Ketil..!!

 Opssss... Sebelum baca cerita kat bawah nie..hangpa dengaq dulu video nie dimana ADUN UNMO BN Kedah mengondem usaha membina KUIN di Kuala Ketil yang mana beliau mengatakan pembinaan itu merupakan langkah yang tidak baik disebabkan ia akan memberikan BEBAN jangkamasa pangjang pada Kerajaan Negeri..... walaubagaimana pun baik tak baik ALHAMDULILLAH dah tersergam KUIN tersebut..


Kampus induk KUIN: Dulu ‘angan-angan’, kini jadi kenyataan

ALOR SETAR – ‘Angan-angan kosong’, itulah perkataan yang sering didengari apabila kerajaan negeri Kedah mengumumkan untuk membina kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil empat tahun lalu.

Tiada siapa yang menyangka, empat tahun berlalu, kini KUIN telah siap dibina dan tersergam indah bagaikan unversiti ‘lima bintang’.

Siapapun pasti akan kagum apabila menjengok ke kolej ini kerana di hadapannya terdapat tasik buatan yang sangat cantik sepanjang 1.2 km dan tidak lama lagi ianya akan menjadi tempat kejohanan perahu panjang dan perahu naga di rantau ini.

UMNO Kedah mengaku Kerajaan BN dulu tidak pernah bina masjid guna peruntukan negeri..!!

‘Johari Baharom mengaku Kerajaan Negeri BN dulu tak bina sebuah pun masjid guna peruntukan Negeri’

Oleh: Chin Jerlun

‘Johari Baharom mengaku Kerajaan Negeri BN dulu pun tak bina sebuah pun masjid guna peruntukan Negeri’... haktu bukan fitnah, itu cuma ayat aku nak smash Datuk Joe yang cuba memperbodoh rakyat.

Dia kata, setakat ini tiada satupun masjid atau surau dibina kerajaan negeri sejak memerintah Kedah selepas memenangi pilihan raya umum 2008.

Nak habag bagi, masa BN memerintah Kedah dulu pun tak ada sebuah pun masjid yang dibina oleh Kerajaan Negeri BN Kedah guna peruntukan Negeri. Mokalau tak percaya sila rujuk buku laporan Bajet zaman BN... duit dari hasil Negeri, tiada sekupang pun untuk bina masjid. Begitu jugak universiti, sekolah, hospital, balai polis, bomba... takdak satu pun yang dibuat oleh Kerajaan Negeri. Sebab, semua tu dibuat menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Mantan Timb Menteri Kewangan dilantik sebagai Pro Canselor ke 2 KUIN

Majlis Perasmian KUIN Kuala Ketil dan Istiadat Konvokesyen Khas yang dijadualkan pada 29 Januari ini akan disempurnakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Canselor KUIN.

Baru-baru ini, Rektor KUIN, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman menyembah maklum dan memohon perkenan YTM Tunku Bendahara dilantik sebagai Pro Canselor KUIN sempena majlis perasmian tersebut.
YTM Tunku Bendahara berkenan dilantik sebagai Pro Canselor KUIN dan meluangkan masa hampir sejam bagi mengetahui perkembangan terkini pembangunan fizikal kampus induk KUIN.

Dalam majlis perasmian itu nanti, mantan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Dr. Affifudin Omar dilantik sebagai Pro Canselor kedua menggantikan Dato’ Dr. Halim Ismail.

Alhamdulillah KUIN dapat disiapkan dengan duit kerajaan negeri


ALOR SETAR – Kejayaan pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dibiayai sepenuhnya peruntukan kerajaan negeri walaupun ianya menjadi kontroversi yang hangat sejak dimulakan.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, usaha ini membuktikan kesungguhan kerajaan negeri untuk memajukan dunia pendidikan sekaligus meletakkan nama Kedah di persada antarabangsa.

“Alhamdulillah berkat usaha gigih pihak kerajaan dan kesabaran pihak pentadbiran KUIN mengharungi pelbagai masalah yang timbul segala usaha jahat dan segala gangguan serta kekangan yang dilakukan bagi menggagalkan penyempurnaan pembinaan KUIN dapat diatasi.

Najib dimalukan oleh #TV3.....


Gua mampu tersenyum tengok video nie....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...