TERKINI :

Wednesday, January 23, 2013

Apa UMCEDEL nie mengarut nie... Pecat macam pegawai Bank islam baru tahu...!!!

UMCEDEL: Integriti dan salahgunakuasa BN akan beri kesan buruk dalam PRU
Oleh Md Izwan
January 23, 2013

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam pembentangan kajian mengenai pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 menekankan isu integriti dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) antara punca utama akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka.

Menurut pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman hasil penemuan terkini daripada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati masyarakat masih lagi peka dan mengambil tahu tentang skandal melibatkan pemimpin BN.

"Dalam kajian kami, isu-isu melibatkan pemimpin kerajaan seperti Deepak Jaikishan, NFC dan lain-lain yang melibatkan ketelusan pemerintah masih lagi menjadi perkara utama yang diperkatakan," kata Mohammad Redzuan semasa membentang kajian hari ini.

[Panazz] Anwar mengejar Najib cuma tinggal 1% ja lagi nak potong....

Populariti: Anwar makin hampiri Najib
 
Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib ke depan sedikit dengan memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar 'sebagai paling layak menjadi perdana menteri'.

NONE
Dua lagi pemimpin turut dimasukkan dalam kajiselidik itu, dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ketiga (26 peratus) manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat terakhir (22 peratus).

Hangpa yang dok pie ambik duit RM100 jika tak macam pakcik nie..lekehhh la jawabnya...!!!!

Foto terbaik di majlis bantuan dana persekolahan

Tahniah!! aku betul kagum kat pakcik ni. Tanpa segan silu hadir menerima dana bantuan persekolahan di Sekolah Kg Nyor Paka Terengganu yang disampaikan oleh Adun Paka dengan memakai baju PGU, yess !! PAS Ganti Umno ~ Sumber

Kisah Tudung Puteri UMNO Kedah nak kena londeh laa pulak....!!!

Misteri kain tudung Puteri Umno (macam cerita hantu laa pulak…)


Oleh: Aiman Rasist

Entah mimpi apa boss aku ni, tiba-tiba suruh selongkark kain tudung Puteri UMNO, eh maksud aku isu kain tudung… duit yang disumbangkan oleh Seri Temin sebanyak RM20 ribu. Kisah berlaku zaman Datuk Shahanim Yusof (ehhh Datuk ke belum?) jadi Ketua Puteri Kedah dulu nun.

Maka sebagai pekerja sukarela kepada boss, aku pun bawak fail pi siasat. Ikut catatan dalam akaun runcit Seri Temin duit RM20 ribu tu dibayaq kat pembekal bernama HM Design & Trading. Maka pendekkan cerita bawak fail, bawak no. rujukan bertarikh sekian-sekian pi jumpa HM Design kat Kanchut… rupanya depa tak terima pembayaran serupa itu pada tarikh itu, dan depa pun tak pernah berurusan dengan Seri Temin. Maknanya catatan akaun Seri Temin tu mungkin palsu... opss silap, bukan palsu... muhong.

Nasib aku baik sebab bila risik2 dengan rakan-rakan Puteri UMNO rupanya ada orang kiri kanan Shahanim ramai yang dah tak bersamanya kini. Pendekkan cerita lagi… berapa kali pendek dahh, mengikut cerita mereka kaian tudung RM20 ribu tu tak pernah dibeli pun. Abih tu kalau tak beli duit RM20 ribu tu pi mana…?

Macam nak jadi jaa NAJIB nak kena 'libas' oleh orangnya sendiri..!!!

Usaha mengenepikan Najib dari kepimpinan UMNO macam 'real' nampaknya

Terperanjat juga saya mendengar ‘rumors’ yang berkisar hebat dikalangan UMNO yang Najib sudah sampai masa untuk di ketepikan untuk menyelamatkan UMNO dari di humbankan oleh rakyat dalam pilihanraya ini. Malahan isu ini telah pun ditulis oleh beberapa pihak dalam 'cyber space' yang usaha untuk memaksa Najib meninggalkan jawatan atau membuangnya mengikut saluran parti sedang berjalan rancak.

Ada penafian di buat di kalangan UMNO tetapi penafian di kalangan UMNO itu selalunya adalah cara untuk mengiyakan apa yang di khabarkan itu adalah perkara benar. Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim menafikan ada pertelingkahan di antara mereka dahulu, tetapi akhirnya terjawab yang berita yang dikatakan sebagai khabar angin itu adalah perkara yang benar, malahan lebih benar dari apa yang di beritakan itu. Sekarang kedua-duanya telah berputus arang dan tidak boleh memandang di antara satu dengan lain.

Saya sendiri acapkali berkata yang musuh Najib yang sebenarnya bukannya parti pembangkang tetapi musuh beliau sebenarnya adalah dari kalangan UMNO sendiri. UMNO tidak terbuka dan apa yang berlaku pun selalunya akan terjadi di dalam gelap buat seketika. Berlainan dari parti-parti dalam Pakatan. Mereka (parti-parti Pakatan) terbuka dan menunjukkan perbezaan mereka secara terbuka dan ini merupakan satu perkara yang sihat.

Ada yang tidak sama pendirian tentang isu dalam Pakatan, tetapi perbezaan itulah yang membuatkan mereka berusaha untuk bermuafakat dan ini tidak dapat dilakukan oleh BN. Masakan ada permuafakatan jika tidak ada perbezaannya? Sebaliknya kebaikan ini diambil sebagai perpecahan oleh BN dan media massa memainkan isu ini sebesar yang mungkin bagi memecahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Antara PUTRAJAYA, UMNO & Ibrahim Ali..siapa yang terjerat dalam Isu kalimah Allah..??

KDN diseru selesaikan polemik kalimah Allah

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengingatkan rakyat agar jangan bertindak secara emosi dalam isu sensitif khasnya agama seperti dalam isu kalimah Allah.

“Fokus pada hujah dan berdebatlah secara matang dan jangan sesekali terikut-ikut dengan sentimen yang cuba dibakar pihak tidak bertanggungjawab,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kanan) hari ini.

Beliau juga mengingatkan rakyat agar jangan mengambil undang-undang di tangan sendiri seperti yang disarankan oleh beberapa pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang ingin mendapatkan modal politik tatkala kekeringan isu.

Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada saranan provokatif Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru umat Islam membakar kitab Injil berbahasa Melayu yang mengandungi nama Allah.

#LISTEN 2 : Terbukti UUM merupakan UNIVERSITI UMNO MALAYSIA..!!!

UMNO memperalatkan kampus untuk kepentingan parti.

Poster di atas adalah program yang dianjurkan oleh MPP UUM yang mana diberi nama Bakti Siswa, program ini diatur oleh pihak pentadbiran UUM iaitu pihak HEP dan digerakkan oleh MPP UUM, perlu diketahui program bakti siswa ini dijalankan secara berkala dan merupakan program wajib kepada pihak MPP UUM.

Program Bakti Siwa ini bertujuan untuk mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat dan merupakan salah satu cara untuk menerap nilai prihatin kepada masyarakat. Program ini dipromosikan secara langsung oleh pihak MPP UUM di kampus untuk menarik golongan mahasiswa untuk turun bersama dalam program ini. Program yang dianjurkan oleh pihak MPP sebelum ini sering dicurigai kerana dilihat ada anasir-anasir politik luar kampus yang ingin didoktrinkan kepada mahasiswa dan peserta program terbabit. 

Perkara ini dilihat bertentangan dengan pendirian yang sering mereka war-warkan iaitu pihak MPP bebas dari kawalan politik luar kampus. Namun kali ini, program ini dapat dilihat dengan jelas telah disalah guna oleh pihak UMNO sebagai alat untuk mereka berkempen menjelang pilihanraya umum ke 13 (PRU 13). Masakan tidak, jika lambang dan nama mereka dicanang dengan “zahir” sekali di dalam program ini, jika pihak mereka ingin menafikan keterlibatan mereka dengan UMNO, kami mahasiswa prihatin terbuka untuk memberi ruang kepada mereka untuk menjelaskan perkara ini walaupun sudah terang lagi bersuluh.

Umno melalui Mahathir gadai maruah negara

KUALA LUMPUR: Pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan pemberian kad pengenalan kepada warga asing menunjukkan Umno menggadaikan maruah negara.

Pengakuan tersebut yang turut menyeret Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman juga dilihat untuk mengalih isu kebobrokan yang dilakukan Tun Mahathir.

Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Firdaus Jaafar (gambar), berkata dengan menyeret Tuanku dalam perkara itu, Mahathir cuba berselindung di sebalik salah laku yang dilakukannya.

"Sedangkan apa yang dibuat Tuanku ketika itu sudah dipersetujui, tetapi bila pendedahan mengaitkan beliau (Mahathir), cepat sahaja menyeret pihak lain," kata beliau yang juga anggota Parlimen Jerai ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, tindakan yang dilakukan Tun Mahathir itu wajar membuka mata rakyat untuk menilai bagaimana pemimpin negara mentadbir dengan menggadaikan negara.

"Orang muda, pengundi baru perlu menolak Umno dan BN bagi memastikan tiada berlaku penyelewengan seperti ini.  Kena lihat apa yang dilakukan BN untuk kepentingan politik mereka," tegas beliau.

Bekas Timb. Panglima Angkatan Tentera Darat pula joint PR sambil mendedah tembelang Kem. Pertahanan

Akhirnya Tembelang Kementerian Pertahanan Terbongkar..



PETALING JAYA 22 Jan: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.

Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup.Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.

Garis Panduan : DAP KEDAH tiada masalah dengan arahan tersebut..!


Nampaknya kali ini terbalik kuang dimana DAP dapat terima tetapi EXCO PKR pulak boleh pertikai garis panduan nie...nampak sangat exco tersebut main komen dan bercakap ja depan media....dan tak pie tanya kerajaan negri terlebih dahulu...

Bila DAP boleh terima sekarang masih dok tunggu pendirian UMNO & PERKASA.. Sampai skrg tak dengaq pendirian mereka...jgn nanti bila org tanya jawab tak tahu pulak....

TOLAK - MCA, GERAKAN, PKR
TERIMA - PAS, DAP & TERAS
ATAS GARISAN - UMNO & PERKASA...

Nukilan - Brahim Keli

Projek IC : ANWAR sedia beri keterangan jika RCI panggil....


Anwar sedia beri keterangan di RCI jika dipanggil


Hafiz Yatim 1:32PM Jan 23 2013

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja berhubung isu pendatang asing di Sabah sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian.

Pada masa sama beliau turut menegur Datuk Seri Najib Razak yang membiarkan proses pemberian kerakyatan diteruskan semasa pentadbiran perdana menteri itu.

Anwar yang merupakan timbalan perdana menteri pada tahun 1990-an –sebelum dipecat pada 1998 – menegaskan bahawa beliau tiada peranan dalam dakwaan pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah.

Beliau berkata, perkara itu boleh disemak melalui rekod dan melalui ketua setiausaha negara untuk mengenalpasti menteri yang terlibat dan sama ada beliau hadir dalam mesyuarat atau taklimat mengenai pemberian kerakyatan.

"Malah semasa saya jadi pemangku (perdana menteri), saya tidak terlibat dalam perkara seperti itu," katanya.

Sokong UMNO bertahun tahun.. pertahan Najib mengalahkan Rosmah... Tapi yang dibawa pie Gaza puak pembangkang....


PAS dibuli, Hamas disantuni

Nik Nasri Nik Malek,

Perdana Menteri Malaysia ziarah Gaza buat pertama kali. Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyyah ditemui. Cuma lawatan kemanusiaan (?) hanya sehari. Cakna Palestin sungguh ke atau bina imej semula sebelum PRU 13 nanti? Bagaimana dengan Apco dan ‘rangkaian’ halus Zionis melalui pelbagai aktiviti?

Palestin diziarah selepas pergi ke Kelantan tabur janji. Sedangkan janji-janji lepas belum dipenuhi. Royalti Kelantan tidak diberi. Kerajaan PAS Kelantan dimusuhi. Peruntukan untuk Kelantan penuh birokrasi. Projek minyak dan gas syarikat nasional dibuat macam hak sendiri.

PAS berjuang Islam di sini. Hamas berjuang Islam di Palestin hingga kini. PAS dan Hamas seperti adik-beradik dalam satu famili. Saya masih ingat, ketika mantan Imam Masjid al-Aqsa Sheikh Mahmud as-Siyam datang berceramah di Malaysia, beliau berkata PAS dan Hamas adalah sama parti. Hanya tempat yang menjarakkan kami. Justeru, kenapa PAS dibuli sedangkan Hamas disantuni?

Kerajaan BN pun masih belum mengiktiraf kerajaan Hamas lagi. Justeru, lawatan itu atas sifat apa punya diplomasi? Dengarnya, Rosmah yang nak isytihar bantuan RM4 juta untuk hospital kanak-kanak itu baik, tapi atas apa punya kapasiti? Menteri? Isteri Perdana Menteri? atau ikut suka hati?

Dalam gambar, Ustaz Nasha juga ada berdiri. Baguslah kalau jadi orang tengah antara dua perdana menteri. Cuma dari dua perdana menteri itu, seorang berjuang Islam sungguh dan seorang lagi dari parti Melayu kat sini. Ismail Haniyyah hidup zuhud, tawadhuk, tiada rasuah, tidak mewah dan merendah diri. Seorang lagi tak payah cerita, tahu sendiri. Anta pergi kalau tolong sungguh Alhamdulillah tapi jangan ada udang di sebalik mi.

Yang pasti, PAS dan Palestin tetap di hati ini.

Penulis ialah Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan, Dewan Ulama PAS Terengganu.

Bila PR nak hapus PTPTN hangpa kata negara Bangrap tapi bila PR kata Bangrap hangpa kata dak la pulak....!


Muhyiddin: Dakwaan Anwar negara bankrap satu pembohongan besar


22 Januari 2013 MELAKA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan ditadbir Barisan Nasional (BN) sudah bankrap, merupakan satu pembohongan besar.

Beliau berkata negara mempunyai dana dan sumber, malahan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa sebagai model contoh dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

"Sama ada beliau (Anwar) tidak mengetahui bagaimana analisis dilakukan oleh badan-badan antarabangsa atau sengaja menolak hakikat sebenar (berhubung ekonomi negara)," katanya yang menyangkal dakwaan Anwar itu yang dipaparkan di laman sosial YouTube.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertemuan Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Melaka di Dewan Pusat Dagangan ntarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

[TERBUKTI] Program bagi wang RM100 disekolah dijadikan tempat bantai Kerajaan Negeri Kedah

Kerajaan Pas Kedah dicabar kemuka bukti laksana syiar Islam

22 Januari 2013 JITRA - Kerajaan PAS Kedah hari ini dicabar mengemukakan fakta dan bukti ia telah melaksanakan syiar Islam dan menjaga kepentingan umat Islam negeri ini dengan sewajarnya.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharom mendakwa setakat ini tiada satupun masjid atau surau dibina kerajaan negeri sejak memerintah Kedah selepas memenangi pilihan raya umum 2008.

"Umat Islam Kedah beruntung kerana kerajaan persekutuan terus membela nasib mereka walaupun diperintah pembangkang. Nak harapkan kerajaan PAS Kedah, cakap saja lebih, macam tong kosong.

"Sejak 2008 hingga tahun lepas, kerajaan pusat telah membelanjakan lebih RM80 juta untuk membina masjid dan surau serta menaiktaraf kedua-dua institusi itu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ketua Puteri UMNO bagi duit RM100....he he he..

64,000 pelajar di Kulim Bandar Baharu terima bantuan sekolah

KULIM 18 Jan. - Seramai 64,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari 113 buah sekolah dalam daerah ini dan Bandar Baharu menerima wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM100 seorang bermula Selasa lalu hingga 31 Januari ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu, Abu Bakar Md. Ali berkata, pengagihan wang bantuan tersebut melibatkan 36,220 murid sekolah rendah dan 27,880 pelajar sekolah menengah.

"Tugas pengagihan wang ini akan dilakukan Penyelaras Parlimen atau Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah.

"Bagi melancarkan proses pengagihan, beberapa guru telah dilatih secara khusus bagi menguruskan acara berkenaan di setiap sekolah," katanya di sini hari ini.

AWAS..! Hangpa tolong cari sat mamat nie.. dia dikehendaki polis...


Lelaki dikehendaki bantu siasatan polis


WARTAWAN SINAR HARIAN


22 Januari 2013 ALOR SETAR - Seorang lelaki dikehendaki bagi membantu siasatan polis membabitkan kes penipuan.

Lelaki berkenaan, Mohd Firdausi Mohd Daud, nombor kad pengenalan 880125-09-5057 dengan alamat pertama di 175 belakang dewan orang ramai, Kampung Behor Lateh, Kangar.

Alamat kedua, Batu 3 ¾, Jalan Simpang Behor Lateh, Kangar manakala alamat ketiga di 18, Lorong Merak 40, Taman Merak, 14100 Simpang 4, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Sesiapa mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Inspektor Abd Rahman Rashid di talian 04-5762222 atau 012-8391198.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...